Sunday 3 November 2013

Aku Dah Join Toneexcel

yihaaa!!!

hepi tak terkira akhirnya ku bolos dinding kedegilan ku hehe.

Sudah lama ku tau tentang simkad yg boleh diniagakan ini tapi sejak berenti buat MLM dlu, dengar saja bisnes yg ada upline/downline ni hati jadi alergik. Hampir setahun suda rakan2 fb mempromote simkad ni tapi aku buat bodo saja. Last2 aku join juga pertama sekali sb aku sdh muak dgn servis Celcom (padahal Tunetalk sebahagian drpd bisnes Celcom jgk). Skg aku pakai simkad Maxis yg baru untuk melanggan internet (sbnrnya free utk basic internet), rasa macam mau pakai satu no sja tp oleh kerana pelanggan kanopi sudah ramai yg tau no lama so aku kekalkan dgn no Toneexcel.

Antara kelebihan bila pakai simkad Toneexcel ni ialah:

1. Dapat insurans nyawa 100k percuma. Sekali pandang rasa macam remeh ja kan tapi cuba kau langgan insurans ni sama ejen, paling nda pun kau kena bayar rm100 sebulan seumur hiidup selagi kau hidup. Ni free, bayangkanlah betapa untungnya.

2. Dapat point setiap kali kau relod bole redeem tiket Airasia or smartphone. stp rm30 kau relod dia bagi 70 mata. dalam 3000 mata dpt suda tiket free Airasia. Untungka nda??? Untungla!

3. Dapat komisen setiap kali menaja org rm20/org. Untung ka nda??? untung... untung...

4. Dapat komisen setiap kali downline2 kita menop up no masing2. 6-11%.

Pendek kata biarpun harga permulaan sim ialah rm80, manfaat yg ada sbnrnya jauh lebih nilai dari harga sim yg mgkn agak mahal. Ya mmg mahal tu lah yg buat aku befikir lama mau join Tone excel atau nda.

Bayangkanlah aku sdh guna Celcom selama 10 tahun, tiada apapun  keuntungan yg prnh celcom bagi. Celcom tambah kaya adalah.

Hari ini kita nda tukar sim ke Tone excel kita tetap menggunakan hanpon, tetap top up kredit ngkn paling jimat seminggu sekali, utk brp lama lg? Selagi kita hidup kita akan terus beli top up, korbanlah sekali sja rm80 tu dan nikmati manfaat daripada penggunaan hanpon harian kita. Celcom, Maxis dan Digi makin lama makin bertambah kaya kita???

Saturday 19 October 2013

Preve!!!

Aku juga salah seorg rakyat Malaysia yg agak prejudis kpd kereta jenama tempatan. Aku suka Myvi dan hampir terbeli Saga BLM, sdh order pun, sudah bagi deposit tp last2 nda jadi ambil sb bapa bagi keta 'old skool' Toyota Land Cruiser (keta ninja 80an). Last2 keta hadiah bapa tu aku kasi balik sb kami nda mampu byr roadtax dan tukar tayar. Kesian kan? Bapa ckp, roadtax, tayar biar dia tanggung tp nda bestla asik2 kena taja kan..

Lps kasi balik keta Toyota, kmi jual satu lg keta (tu aku beli sndri secara curi2), dan beli Honda Accord dari geng karas, beli thn 2011 smp la skg. Kira Honda ni keta ke3 aku la, sblm beli yg 1st dlu, kawan karas tu offer jg Iswara aerovack dia tp aku blg nda mau. Aku mabuk naik keta Proton. Amboi2... Saga BLM pun aku mabuk. Raya lalu, ada lg sorg kwn sempat kasi pnjm Persona dia. Klu drive ok, tp klu aku sbg penumpang pon mabok!

Naaa. Buktinya aku mmg nda familiar sma Proton sgt. Perodua, Kancil dan Kenari ok. Myvi kdg2 pening jg skit2.

Lps dpt rasa drive si Persona tu terusla aku terfikir. Klu aku ada duit, keta Msia apa agaknya aku pilih? Msa sdh oder Saga BLM hari tu sbnrnya ada jg kau test drive Persona. Not bad tp mahal skit ansurannya tu yg pilih Saga seja knon.

Last2, teringatkan Preve! Yaaa, Preve! Aku suka Preve keluaran 2013! Kerlasss! Mula2 Preve keluar, bida. Skg macho suda. So kamurang klu ada model keta baru keluar jgn beli cpt2, tgu keluaran kedua pasti lg meletup! Hah, skg kau nda makan hati ada Suprima? Tunggu! Keluaran kedua baru beli! Pasti lg meletop! Haha.

Sblm Preve aku suka Inspira tp keta tu aku tgk wpun Proton beli dari Lancer Mitsubishi, mcm nda brp laku pun. Proton ubah skit spek buatannya lalu dari sebuah keta yg tampan dan gagah berani terus jd mcm keta pacik2 aku rasa. Odoiii. Klu aku mau pun, aku cari model yg ori. Xmau Inspira!

Ok itu saja angan2 ku utk hari ini. Babai :D.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 17 October 2013

Pulang Malam

Sakit badan2 ni. Ingat bole rest tadi balik dr kantin, tau2 baru mau btolak blk rmh dpt sdh calling dr bni cousin mta kwn pg Pos ambil duit ASB. Aduiii, malas sgt tp siapa lg mau tlg dia? Urgent pula tu. Terpaksalah.

Balik dr Pos, sgah mnum ptg tepi pantai...

Balik Taka, hntr drg dan aku terus stay mau surf intenet, adik mta beli tiket flight ke KL awal bln11 dan aku sekali pigi hntr dia. Di rmh ku, xda line tenet.

Skg sdh masuk larut malam, sempat update blog skjp.

Nite~
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Note iii

Wishlist yg masi belum tertunai...

Dengki tgk org pakai hp baru model baru, bkn x mampu, mampu.... Tapi... Sbnrnya blm mampu, wakakak!

Kamu tau kan, aku ni dalam tangguangan bapa, stkt beli gula, garam, beras d rmh sndri tu mampula, tp bila gadget mahal2 ni opkos mengharapkan peruntukan dr 'kjaan psekutuan' haha.

So mcm nda sedap hatilah eksen pakai hp baru, mahal pulak tu kalau hanya duit 'bantuan'. Kali ni aku nekad mau cari duit sndri dulu utk beli hp baru or bermimpi ada org sudi hadiahkan. Hmmm, siapala mau bg free kan?

Hari tu mau sudah beli Duos S tapi alang-alang. Xpala, bb ku pun ok lagi. Sabar ya Ani...

Daaa!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 5 October 2013

Hikmah Demi Hikmah

Hari khamis lepas, agak sibuk dan hari yang sangat letih sebenarnya. SK Sosop mengadakan sukan rumah2 dan oleh kerana sekolah ni serba kekurangan, xda padang sekolah krn bentuk muka bumi yg berbukit maka padang kampung sebelah dijadikan tmpt diadakan sukan.

Mulanya, aku cadang tutup kantin sebab semua guru dan murid tiada di sekolah, mau bawa jualan ke padang takut nda abis. Last2, bawa juga jualan. Alang2 sdh jd sebahagian dari sekolah ni, kalau boleh ndala lagi aku mau ketinggalan setiap aktiviti yg boleh disertai.

Mcm dlu time aku keja di Peladang, satu2nya aktiviti yg sepatutnya aku nda lepaskan ialah Mesyuarat Unit. Kebetulan masa masuk keja sna aku baru disahkan mengandung 2mgu, aku alah naik kereta. Sdh bsalin pun aku masi nda mau ikut mesyuarat unit, smpla aku berenti keja aku x prnh ikut. Bila dipikir balik, itu satu2nya pengalaman yg aku lepaskan. Terus mcm nda lengkap kewujudan aku d sna dlu.

Pendek kata, skg ni aku mau menikmati setiap detik, peristiwa dan menghargai setiap moment dlm hidup ku. Nda mau adalg yang terlepas.

Hasilnya, dpt juga jualan yg bnyk dan seronok tgk budak2 kampung sndri dalam acara tu. Teringat pula zaman aku dulu. Kenangan tu manis tp bila diingat balik aku sedih. Ok, ok. Takmau sedih2 ya...

Aku baru siap baca modul dan buat nota. Hampir jam11, aku sikit pun nda ngantuk dan masi boleh fokus pada apa yg aku baca dan tulis. Rasa mcm luarbiasa sekali. Dlu masa masih sekolah menengah xda2la ni perasaan bgni. Baru buka buku, ngantuk suda. Adakah ini juga hikmah?

Dikala aku mengalami keretakan rumahtangga aku masih boleh terfikir untuk sambung belajar dan ia betul2 aku lakukan?

Balik dari bejual di sukan tu, aku penat sangat. Pastu teringat lagi psl study, terus rasa stress sekejap tp aku cepat2 positifkan minda. Syukurlah, aku dapat mengalahkan gangguan emosi yg seketika itu.

Adakah dapat ku harungi yg seterusnya? Kantin, kanopi, kerja2 surirumah? Allah sja yang tau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 4 October 2013

Aku Penattt...

Tahun ini betul2 apa yg dirancang jauh tersasar dari taget. Malah mcm tunggang-langgang suda jadinya. Kalau bilang mau ditanya aku kecewa ka nda, urm lebih dari kecewa ni perasaan ku tp buat bodo sja la.

Aku simpan taget, pada umur 30 hdup aku stabil suda tp klu ini mcm, dugaan bertalu2 dan semua yg dirancang nda menjadi, xtau buli capai ka nda. Aku ni makin tua, maki n strict dgn taget-menaget. Kalau buli la kan, aku xmau ada perkataan 'gagal dilaksana' dlm stp perancangan. Aku x suka lambat2 bila mau capai sesuatu. Huarghh!

Aku penat!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 3 October 2013

Tidak Selesa

Aku target renovation rumah memakan masa 3 hari ja Tp nti sdh lebih. Aku NDA tau kenapa tu tukang sengaja lambat2. bkn bnyk benda pun mau Buat. AKu rimas sdh bgni. Tidur d rmh mama membuatkan komunikasi ku Dan Suami ja di kurang. Aku ja di pemalas buat keja rumah.

Aku ni lain skit klu d rmh klrga ku. Ntah knp pemalas btl he he. Tu lah aku selalu cakap aku x boleh tumpang klrga, aku jadi manja Tp aku mmg xmau pun. Mmg stail aku lah ni hidup2 sdri.

Hrp2lah dpt pinda hjg minggu ni. Aduh nda sabar suda.

Sunday 29 September 2013

Sebenarnya Aku Sudah....

Sudah pun bergelar student slps 8 thn meninggalkan alam pembelajaran.

Last ialah my STPM pada tahun 2005. Aku xda masuk form six sb msa tu bljr kolej pastu beliau x suruh sambung, menyampatla ambil STP.

Syukurla, wpun hanya 2x ikut tuition, pastu tutup buku. 2mgu sblm exam barula thegeh2 mbaca buku rujukan, sangkut jg dan layaklah ambil bachelor. Klu enda, ampai2la ba aku ni mcm kereta buruk.

***

Ehehehe... Happy, excited dan bangga rasanya dpt mencabar diri yg memang pun sdg dicabar ni.

Tadi kami taklimat suda utk student2 baru. Ba kmu rsa aku study di mna? Hihi, gedik mau jg main teka2 knun. Mesti kamu dpt teka ni..

Jumpa pula kawan keja di Peladang Ranau, si Cory. Aku kasi ktwa dia, apa mimpi smbg study (dia muda 4thn dr aku). Dia blg malas mau jd kuli, mau cuba nasib jd boss pula. Aiseh.

Aku check list pljr baru intake September, aku sorg ja dr Pitas. Aku check lg brp ramai kwn aku ambil course yg sma, kami berlima ja??? Apakah nda pemes course kmi or, kami sja org yg istimewa memilih course ni. Mgkn ramai beranggapan course ni nda laku. No body know. Dgn psaingan yg ada skg, apa course pun rasanya bkn sng dpt keja tp kita pecaya rezeki kan? Aku percaya, tu la malas mau canang apa course aku ambik. Nanti2la aku kasitau.

Pertghn bln Okt baru start kelas. Kan best klu stp mgu, ni 2mgu sekali ja. Ceh, klu stp mgu blm tau lg rajin dtg. Hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 25 September 2013

Masi Juga Begini-gini

Satu ja berita panas yg best aku buli cerita ni.. Kmrn sudah tertangkap penjenayah 'pukau' di Pitas ni yg mana sdh memukau beberapa mangsa penduduk setempat.

Salah satu mangsa ada kaitan keluarga sma laki dan yg sorg lg kenalan ku seorg peniaga kedai runcit. Yg sorg hilang duit rm3 ribu dan yg kenalan ku tu hilang 40k akibat dipukau. Mean, pukau tu satu ilmu utk drg merompak secara tidak sedar oleh mangsa.

Cerita lain, begitu2la juga. Bedenyut urat2 kepala ni skg.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 15 September 2013

Indah Di Luaran

Suda nmpk gambar?

Mcm steady seja kan?

Waaa btl2 hipokrit aku rasa diri ku tp nda apa la, pelan2la.

Kami cuba sekali lg wpun kali ini btl2 sukar sdh utk aku.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 10 September 2013

Damainya di Kampung

Aku kalau suda di kampung, rasa xmau balik rmh sndri lg. Snila klrga ku yg asli wpun drg kebanyakannya bkn Muslim. Maklumla parents aku mualaf masa drg muda dlu, hampir 30 thn yg lalu drg convert.

Kalau yg blm tau, aku ni keturunana Kimaragang-Rungus. Membesar di perkampungan Rungus ttp dewasa dgn persekitaran org Sungai di pekan Pitas.

Kenapa aku blg damai di sni, sb di snilah keturunan ku berada. Baru terasa diri 'asli' gitu. Dewasa dlm psekitaran kaum lain dan jg berkahwin dgn kaum lain, terasa mcm ada kecelaruan dlm diri ttg budaya.

Kerana family lain agama, nda berapa terasa kita ni ada family yg bsr. Bila ada kenduri, majlis kawin dan perayaan, terasa sgt mcm kami2 sja. Yg jadi tetamu hanyalah sahabat handai dan kenalan.

Agama biarlah berbeza, asalkan terasa dekat dgn klrga sndri dan dpt merasa diri adalah diri yg sbnr.

Aku mau diri ku balik. Seperti ada sesuatu yg merampas. Kata Maya Karin, "pulangkan" hehe...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 31 August 2013

Pernikahan

Melihat orang bersanding...

Satu perasaan halus akan terbit dari hati.

Terharu dan gembira namun...

Risau dan sedih kerana si wanita bakal menempuh sesuatu yg berat dan menyakitkan.

Kerana di mata ku, seburuk2 wanita tidak akan lupa kewajipannya...

Tidak akan ingkar tanggungjawabnya...

Biar hatinya dilukai beribu kali dia tetap setia dan taat pada suaminya...

Namun lelaki...

Biar isteri sempurna mana dia tetap akan mudah lupa diri...

Lupa kewajipan...

Lupa tanggungjawab...

Lupa jasa dan kebaikan isteri.

Balik2 entri sedih... Sorry.

Aku tidak sampai hati mengucapkan "aku xda perasaan lg pada mu" tp tadi terucap juga.

Alangkah sedih wajahnya mendengar ungkapan itu, aku tau tp taukah dia aku sengsara memaksa hati setiap hari. Dia bahagia aku bersamanya namun yg ku rasakan macam mana?

Ikhlaskan saja kepergian ku spt mana ku ikhlaskan bahagia ku pergi demi bertahan utknya...

Bukan berdendam tp terimalah kehidupan.

Aku nda mau hidup dalam kesedihan lagi. Aku nda mau lagi menatap pandangan2 simpati 'mereka' padaku. I'm ok, don't worry tp drg tetap jg memandangku penuh simpati spt tak mau pecaya yg aku ok. Pandangan simpati itu juga membunuh keyakinan diri ku. Seperti ingin menutup wajah bila keluar rumah. Spt muka bumi ini tidak layak dipijak org spt ku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 30 August 2013

Mood Hujung Minggu

Duduk rmh ja. Pagi ada p tamu kejap tu pun jam10 pagi sdh. Peniaga ramai sdh yg kemas barang. Mau beli mknn ringan utk jualan kantin. Pastu cari2lah knun sayur kampung manatau adalg tgl tp abis suda. Beli sayur putih yg masi ada akar dan bunga kempayas sja la. Beli bilis juga.

Pastu balik rumah, bekpes dan tidur. Sekali bangun waktu Zuhur sdh masuk dan berjemaah sma laki.

7 tahun kawin, nda prnh kami solat berjemaah. Syukurlah krn musibah ini laki ku mula berubah dan mula rajin solat. Kalau jln p mana2 dan masuk waktu dia akan singgah masjid/surau berdekatan utk menunaikan kewajipan.

Tapi yg sedihnya, aku masih belum dapat mengembalikan perasaan ku sma dia. Aku cuba tp berat...

Rumah ni terasa begitu sepi. Anak ku sekali-sekala sja tidur sma kami, dia tidur sma ibunya (kakak suami). Aku rsa dia boleh faham sdh kedaan kmi dan dia spt xmau masuk campur dan bg ruang utk kami bdua aman dlm rmh ini.

Dapur ku berselerak sedikit. Xda mud mau jadi surirumah cemerlang mcm dlu. Jarang kmi makan d rmh, kalau hari biasa, tghri mkn di kantin (aku masak lauk), malam kdg nda makan. Kalau lapar adala org tu membawa nasi dr rmh sebelah (mertua). Buruk perangaikan..

Pagi tadi ada sukaneka sempena sambutan hari raya keluarga Kg. Kelumpang tp aku nda pigi. Malam ni pun ada mkn2 pun aku nda mau pigi. Janganla aku dipaksa2 kalau nda mau api naga keluar dari mulut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pindah Rumah

Sejak kebelakangan ni, entry di blog ni menjadi semakin peribadi... Diharap kpd pembaca agar membaca dgn minda terbuka dan harap dimaafkan jika ada yg kurg selesa dgn kisah yg dikongsi...

Aku ada cousin yg baru dapat keja di Kementerian Pelajaran dan bertugas di Kudat. Sejak dia mula bertugas, rumahnya ditinggalkan kosong sb isteri dan anak2nya menumpang semula di rmh ibu saudara ku (mamanya). So, aku tanyala klu drg setuju baik aku duduk rmh tu semantara drpd dibiar kosong bgtu hanya dihuni tikus2 bekeliaran.

Cousin aku sdh mengizinkan dan Rabu lps isterinya bawa aku utk bersihkan rmh tu tp aku nda dpt buat sb kesuntukan masa. Petang sdh aku p rmhnya, so kami sembang2 sjala.

Berpisah itu tidaklah susah sangat tp bila ada anak, mgkn cara tu kenalah slow skit memikirkan persekolahannya. Ini pula sdh hjg thn, so mau pndh sekolah pun alang2 sdh tp sekurg2nya aku mau tinggalkan tmpt ni dlu. Angin aku x baik dgn semua org d sni. Aku mau mengasingkan keluarga ku dr persekitaran ini.

Rumah ku di kampung masi blm ada kejadian apa2... Bulan 12 lalu aku sdh tempah kayu dgn org yg ku percaya, tp ada saja alasannya smp skg mau bln12 sdh balik, tu kayu nda jg sampai2. Fed up aku bgni. Terpaksa ku bersabar dgn semua perkara.

Namun yg jelas, blm ada tanda2 yg pasti utk hati ku kembali 'sperti dulu'. Bagi aku, perasaan dlu mmg sdh smp di 'akhir garisan'. Bkn lg isu tanggungjwb, itu atau ini tp skg sdh jelas aku mmg xda perasaan sdh utk meneruskan hubungan ini, namun skrg aku terpaksa bertahan. Biarlah ku leraikan satu persatu kemelut ini. Hanya kuasa Tuhan akan mengubahnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Ini Dan Semalam iii

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 29 August 2013

Ke Mana Hendak Diteruskan?

Mungkin kamu blm mengalami, namun aku sedang mengalami.

Sedang mengalami 'kemelut di muara kasih' bak tajuk lagu Ziana Zain.

Aku merasa sesat dlm perjalanan ini, aku nda tau mau ke mana sdh ni. Ki kiri rasa salah, ke kanan juga rasa salah... Aiyo!

Tu maksudnya, aku hilang identiti diri sudah. Apabila segala ygh diperjuangkan spt sia2 dan tidak bermakna, jiwa ku pergi meninggalkan aku.

Raya 2013, alhamduillah aku dipertemukan dgn kwn lama... Sgt lama sb dr kecik kami sdh kenal, satu sekolah hanya tpisah bila abis sekolah menengah tp sementara sja. Lps tu jumpa balik tp x prnh berbual panjang.

Aku terima kasih sgt sma dia. Kerana perbualan yg panjang, aku seperti kenal diri balik. Sdh 2minggu perbualan itu berlalu, namun segala ygh dikatakannya selalu berngiang di telinga.

Aku spt x kenal diri ku lagi tp dia masih mengenal ku dgn baik. Ya Allah, apa sudah jadi sma diri ku ni?

Dia seakan2, dgn izin Tuhan menunjukkan ku di mana ku harus tuju dan jln mana harus dilalui.

Aku membelek album yg memuatkan gmbr2 lama ku. Segala kenangan menerpa dan segar balik diingatan.

Di sni rupanya aku bermula, kata ku dlm hati.

Dan aku sedar, org yg tepat kita patut cintailah ialah org yg tidak menyebabkan jiwa kita pergi tp dia seharusnya mengekalkan jiwa kita terus berada dlm jasad.

Ya Tuhan ku...

Dan aku sbnrnya sorg yg mudah melupakan kisah2 lama jika ianya tdk bererti, syukurlah masih ada org yg menyimpan segala memori itu utk aku diingatkan kembali.

Aku betul2 sedih dan kesal. Kenapa aku menyia2kan waktu yg ada dlu? Kenapa aku buta? Kenapa aku silap menilai? Aku mau mengulang detik2 indah itu, detik2 semasa aku adalah 'diriku' yg sebenarnya.

Bulihkah lagi aku mengutip sisa2 kenangan itu utk menjadi peta ku ke perjalanan di masa depan?

Sediiiiiihnya, itu sja yg aku bulih cakap.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pokok Dan Harapan

Pokok mangga tepi rumah beliau ku ni seingat ku blm penah bebuah tp cousin aku ada ckp penah bebuah. Ntah, aku nda ingat suda.

Aku post ni d fb dan aku merasakan keajaiban bila sebuah pokok yg spt sdh dikompomkan mandul tba2 bebuah.

Bagai ada satu mesej yg ingin disampaikan oleh pokok ini atau pun aku yg memandai2 ada mesej segala...

Jika kamu mau percaya dgn mesejnya, bunyinya bgni:

Jika bertahun lamanya pokok ini sabar menanti utk dirinya berbuah, bgtu jg dgn kehidupan yg sntsa ada harapan cuma kita yg mudah berputus-harap.

Dari ku yg masih mencari2 makna hidup sbnr...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 28 August 2013

Hari Ini dan Kemarin ii

Kiri pakai gincu Avon, kanan gincu magic D'Herbs.

Tabiat baru ku tiap pagi sblm turun kantin, aku mesti ambil gmbr dan post di fb. Adala keheranan, biarla ba aku buang tabiat kan..

Setiap perbuatan ada motif.

Selama ni rasa diri hodoh, btl2 hilang keyakinan diri akibat dan kesan drpd konflik hidup yg berlaku.

Boleh dikatakan aku hilang 'jiwa' ku selama beberapa tahun. Alhamdulillah, wpun skg aku masi dalam lingkungan mslh itu namun, sedikit demi sedikit kekuatan ku menular dan alhamdulillah aku 'bisa' menerima diriku semula dan menghargai kewujudan 'jiwa' ku kembali.

Sedihkan...

Hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 27 August 2013

Hari Ini Dan Semalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Membaca Buku Motivasi

Lepas makan tadi, aku mencapai buku2 di rak utk dibaca. 3 buku motivasi dan dua buku perkahwinan (agama) aku ambil dan membaca secara lompat2 semuanya sb sdh prnh baca so sdh mark mana isi2 penting.

Selesai membaca lumpat2... Barulah aku perasan. Ya ampun, kenapa sdh aku bgni ni?

Erm.

Mgkn sb aku dlm 'situasi' skg ni, membuatkan sikap ku pun nda menentu. Ya, Allah. Maha Tahu Engkau, mendetik hati ku membuka buku2 itu lalu mengingatkan aku pada sikap masa kni.

Ubah.

Ibarat kata Prof. Muhaya, minda perlu selalu reset. Betul, tingukla macam aku ni... Lain btl sdh perangai. Syukurla ada buku ni, buli jg bljr balik2. Jgnla kita kedekut mbeli buku2 ilmiah. Blh ulgkaji bila2 masa sb kita manuisa 'mudah lupa'.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bercakap Dengan Anak

Aku baru tiba di rumah, anak ku menyambut ku di pintu. Soalan wajibnya: mami ada beli makanan utk Cocong (nama timangan, org lain aku nda galakkan panggil dia Cocong, panggil Nadia)?

Aku bilang tiada. Merajuk dia.

Lepas laki ku solat isyak aku minta spya bawa Nadia pi rumah jiran aka kedai runcit kampung2 beli mknn. Duitnya cuma syiling berjumlah rm1.50 aku kurik di celah2 beg yg padat dgn brg (mcm2 ada).

Pastu aku ckp: bah pi la jln sma babah (kedai tu nda jauh pun. Selang dua rmh ja).

Aku pesan jgn kasi abis tu duit. Bakinya simpan.

Nadia tanya: mami yg mana aku pakai? (Ada 10sen, 20sen dan 50sen).

Aku jwb: mana2 ja yg pntg ada baki.

Moral of the story la ba knun..

Aku mengajar dia berfikir secara kritis, cewah. Hehe.

Bila dia tnya duit mana yg dipakai, aku nda tentukan yg mana, asalkan dia faham arahan dan belajar membuat keputusan sendiri. Mean, dia akan berfikir sendiri, pakai ja duit yg mana2; 10/20/50sen asalkan jangan abis.

Kita menunjukkan jalan kpd anak2, biar dia yg berinisiatif arah mana dituju asalkan sampai ke destinasi yg ditetapkan.

Ikhlas dari seorang ibu yg tidak punya apa2... Hihi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Edward Maya Ft Sianna In my Arms Lyrics YouTube

Agnes Monica - Rindu | Official Video

Nani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 24 August 2013

Ada Aku Kesah?

Hmmm, tadi perasaan ku sakit sangat. Dari semalam mau menangis, dari kemarin pula tp airmata ku keras kepala xmau mengalir. Last2 pagi tadi keluarla sekejap... Skg ni, terus mcm rsa xda apa yg berlaku. Hm, kdg kita ni pandai pelik dgn sikap sendiri.

Tp aku sedar... Bertahun bergelumang dgn sakit hati dan skrg mgkn sdh lali jadi boleh survive suda.

Nda sdh peduli sangat hati ku ttg hal2 yg menyakitkan hati ni. Kalau perlu aku menangis, menangis dan lepas tu semuanya jadi kosong semula. Xda masa la aku mau smpn memori2 jahat lama dlm kepala.

Jan la kita sedih2, kasi happy2 sja.... :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hidup Perlu Diteruskan

Petikan dr status fb:
Harnani Nani
Tidaklah beriman seseorg manusia itu jika Tuhan tidak mengujinya dgn ujian yg berat dan dia berjaya mengharunginya dgn sabar dan tawakal.
Sebentar tadi
 · Suka · Komen · Kongsi · Alih Keluar

Harnani Nani
Tiada manusia yg mau pengalaman yg menyakitkan dlm hdupnya nmun putaran hdup bagaikan roda, pasti ada pahit manisnya. Kesakitan bkn mudah utk diterima tp sekali dpt diserap dlm minda/emosi ia akn btukar mjadi kekuatan/kekebalan hati yg luarbiasa pd ujian hdup yg akn dtg. Allah sntsa ada...

***

Satu-persatu perkara menyakitkan datang namaun silih berganti dgn kemanisan. Betullah jika kita x ckup iman, sedikit keindahan kita akan terlalai namun sedikit kesukaran membuatkan kita terkulai.

Sebagai manusia biasa dan umat akhir zaman Allah sdh menggolongkan kita umat manusia yg sentiasa berbuat dosa namun kita juga umat yg akan masuk syurga mendahului umat manusia terdahulu jika kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 22 August 2013

Tabiat Ku

Aku masih kurang jelas aapakah sikap ku yg apabila menginginkan sesuatu, semahunya petik sja terus dapat adalah membawa kebaikan/keburukan. Tak mau kasi lama2, tak mau berlengah, tak mau tangguh2.

Contoh, klau aku mau beli sesuatu benda dan duit mmg ada, aku memang lps cakap ja terus akan dpt benda tu.

Tapi kalau menyiapkan tugasan pulak, aku suka buat last minute. Study pun mcm tu jg. 2mgu sblm exam barulah aku strugle mengadap buku. Aku x bole study awal2, sb klu aku study awal2 otak aku x bole fokus ttg apa yg aku bljr... Dan aku tertekan. Ermmmm...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 16 August 2013

Sabar

Mahukan hidup yang terbaik, proses tidak pendek, mungkin agak panjang.

Ya, Allah. Berilah aku kekuatan menghadapinya. Tingkatkanlah kesabaran ku menanti hari yg menggembirakan. Tabahkanlah hati ku meniti hari2 yg mendatang. Lapangkanlah dada ku menghadapi org2 sekeliling ku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 11 August 2013

Bertuahnya Aku

Hikmah disebalik kesusahan yg ku alami, menyedarkan aku betapa org2 terdekat ku begitu mengambil-berat dan menyayangi aku. Mereka memerhati aku membuat silap dan seakan menanti aku terjatuh dan bersedia untuk menyambut tgn ku yg ingin bangun semula.

Manisnya rahmat Allah...

Aku semakin menikmati kesalahan langkah ku satu masa dulu.

Kenapa aku menjauhkan dan mengasingkan diri daripada jalan hidup yg sepatutnya aku jalani?

Aku buta selama ni.

Tapi aku telah sedar. Yg ku inginkan semoga aku dapat memperbaikinya dan menebus semula waktu2 yg terbuang selama beberapa tahun sebelum ini.

Aku langsung nda sangka kalau mungkin aku buli kembali semula ke alam hidup ku yg sepatutnya. Alam hidup yg mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ku dan membuatkan aku mengenal siapa diri ku semula yg selama ini aku semakin kehilangannya.

Maha Suci Allah...

Semoga inilah kepastiannya. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2013-Osem!

Aku rasa, makin lama hidup ku ke arah kecelaruan, kekeliruan yg semakin memuncak. Kenapalah harus ku lalui semua ini? Apakah Tuhan sdg memberiku satu mesej? Dan aku harus mencari dan mengertikan apa mesej itu.

Ya, Allah. Aku benar2 perlukan petunjukMu. Aku bukan lg mau membahagiakan diri, cukuplah kalau boleh menyenangkan hati orang tua walau hanya sekali.

Bukakanlah pintu rezeki seluasnya, agar apa yg ku cita2kan dapat aku laksanakan.

Aku bukan mau jadi jutawan. Aku mau sekadar yang cukup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 8 August 2013

Raya Pertama

Seperti yang dirancang, menu ialah rendang daging, ketupat, dan soto. Mcm sikit ja kan, tp menyiapkan masakan ya Allah punyalah kami ribut hahaha.

Hmm, mgkn krn bkn stp tahun aku jadi ketua chef jd persediaan tu masi lemah. Makanya, bepikir lg aku. Tahun depan, rumah mama or rumah mentua? Klu tipa2 thn rmh mama, mesti lama2 aku jadi cekap. X la kelam kabut lg mcm stp thn bila beraya di sni.

Yg bkin klm kabut tu, sehari sblm rya aku pg suping sayur2. Pagi jalan jam3 ptg baru balik. Adik bujang 2 org yg tgl d rmh, just psg langsir dan tkr sarung kusyen. Mama pun jalan jg, tugas mama selalunya menyediakan dapur dan kelengkapan dapur lain tp xda kena buat.

Kami rileks ja smp la malam raya. Malam raya menyampat lg buat kuih siput sb mcm x lengkap klu kuih ni xda. Pastu adunan kurg memuaskan sb adik bujg yg satu cerewet xmau bnyk mnykla apala... Last2, adunan tlalu lmbut dan melekit sb x ckup mnyk. Digoreng pun susah. Adun balik.

Pastu dapur pun mama nda bungkar sedia, mau jam4 subuh sdh aku tidur tp mcm xda2la keja tebuat.

Jam5.30 bgn blk, snala berabis. Bwg2 pun blm dikupas, snala msk rendang, pastu, buat soto dan last sekali buat kuah kcg. Jam10 baru siap. Siap2 gitu, ingatkan aman suda, sekali keluarga dari kampung datang, ribut taufan jadinya. Punyalah ramai.. Kelam kabut lg goreng ayam, rebus mihun hahaha. Tapi, aku happy sgt2 drg datang, lama ba nda bejumpa time raya. Since drg pun pindah di kg sdh, tinggal kami2 lg di Taka ni. Kwn2 membesar ramai yg dtg. Ex2 bf pun ada juga, ehem! Haha. Eii, rindu zmn budak2 dlu sma durg. Skg semua sdh kawin.

Sblh ptg, xda tetamu sdh kmi beraya tmpt mentua la pula then pi rmh macik Asnah di Saab dan melawat kwn di Bawang yg baru balik SMC, sebulan di sna sb dia eksiden. Kepala kena opret buang drh beku. Kwn ni mmg rapat sma kmi sefamily, kalau raya x missed mesti dia beraya sama kmi. Dia eksiden moto, telanggar sapi. Kmrn, bdnnya sihat jg cuma blm pandai cakap lg. Tgn kanan masi besimen sb patah pergelangannya.

Balik rmh sdh malam, cuci muka sja pastu baring2 d ruang tamu naa tetidur smp pagi. Sekeluarga kmi tetidur di ruang tmu kepenatan hihi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 5 August 2013

Mood Beraya

Tema Baju Raya:
Tahun ni aku nda membeli baju raya sb aku ada 2 psg baju lg yg blm prnh pakai. Satu warna hitam+putih dan satu lg peach. Jd yg hitamputih aku jdkan baju raya dan kebetulan ada cousin suami kwin raya ni jd peach tu la dipakai nanti. Hitamputih aku jahit tmpt tkg jahit dan peach tu aku beli di TAR masa p kL Okt thn lalu. Dan thn2 rya akn dtg rasanya aku akn jahit sja baju, ndala membeli. Puas sdh pakai yg ready made.

Resepi:
Tahun ni mcm jg tahun2 lps bila raya tmpt family ku, makanan simple2 sja. Tahun ni antara menu dalam cadangan ialah:
-nasi impit/nasi pulut (nda kmi pandai menganyam ketupat :p)
-daging rendang
-kuah kacang (1st time buat ni, hrp2 menjadi)
-soto ayam
-tom yam seafood (extra)
-biskut raya (wajib ni..)

Simple kan? Hihi.

Turn Raya:
Tahun ni sebelah ku. Mama mentua sdh request raya pertama sblh pagi kumpul dlu di rmhnya tp mana bisa dong begitu. Hati ku nda enak makanya, ku biarkan suami ku di sna biarlah aku dan ank ku di sini. Nanti pagi2 raya klu semua kerja dapur ku di sini suda beres, mandi2, mekap2 barulah pg sna. Sdh jg aku kasitau mama kmrn, siap salam sium pipi lg. Nmpk wajahnya sebak tp apa bulih buat mak. Tahun ni dan tahun lps rezeki kami ckup2 makan sja. Kita tabah sajalah, mudah2an 2 tahun ini menjadi pengajaran yg lbh pekat kpd kmi utk berusaha lbh gigih lg spya thn dpn hidup meningkat bagus. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 2 August 2013

Pra Raya

Ni kali la rekod. Selasa-rabu KK, Khamis-Jumaat, Jumaat-Sabtu
KK lagi.

Selasa bawa anak dan suami beli baju raya dan servis acond keta dan beli cat keta mau touch up cat yg pudar. Sian ba keta ni, nda brp terurus segala keperluannya, nsb la keta ni wpun buruk2 masih lasak. Tq Honda buat keta yg hebat. Alhamdulillah, wpun hdup seadanya tidaklah sensara sgt mcm org lain.

Plan mau pergi balik ja tp Nadia mau btl menginap di hotel. Tu pun nda puas satu malam. Sekali aku ckp duit byr hotel sdh abis terus dia ckp "oh dibayar kaini mami tidur sini?". Hahaha, ya nak. Bayarrrrr. "Oooo". Dptla kasi happy hatinya skit. Yg sorg tu malar membawa gaduh. Ai tekanan aku tp magsabal sajala.

Smp Pitas, beliau suruh lg atur pembaharuan lesen CIDB ku yg sdh expired. Jalan lg khamis, pastu urusan nda siap tpaksa sambung hari ni. Alhamdulillah semuanya beres jg, yg sorg tu, ada2 ja hal bkinnya begaduh sama aku. Adihhhh. Bkin hilang sabar juga lama2. Tu la aku bljr sdh drive p KK sb kalau malarlah beikut bgni, nda jg ketahanan betekak sja kerja.

Apapun, hidup perlu diteruskan. Xda guna layan kesedihan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 1 August 2013

Wajah Penat

Raya tahun ini aku mau soping yg paling minima tapi oleh kerana kereta ku mengalami rupa yg hampir kritikal maka bajet 1.5k bnyk buang p kereta tu pun blm semua penyakitnya baik.

Mula2 servis aircond dan beli cat kereta utk touch up bonet dan bumbung yg sdh pudar warnanya. Maklumlah, 2 thn sma owner lama keta tu nada beparking d tmpt yg berbumbung. Itula jadinya. Yg lain, beli baju suami dan anak.

Tahun ini sederhana dan kalau boleh biarlah berterusan sederhana. Hati rsa lebih tenang dan aman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 24 July 2013

Teringat Satu Ketika Dulu

Ketika membaca pahala2 isteri solehah, hati bagai dihiris2.

Alangkah rindu aku pada diri ku yg dulu, ketika hati jadi suci bersih, putih tanpa cela.

Hanya redha Allah dan suami jadi dambaan hidup dan menghambakan diri dgn ikhlas demi suami dan anak tapi masa mengubah segalanya...

Aku manusia biasa...

:: GANJARAN BUAT ISTERI SOLEHAH

1] Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari isteri itu berpuasa setahun.

2] Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan Haji dan Umrah.

3] Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang Syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai Jihad.

4] Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak akan menjadi benteng neraka buatnya, manakala pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami akan menjadi Tasbih (zikir).

5] Tidak akan putus ganjaran dari ALLaH kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

6] Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam Syurga.

7] Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk Syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

[Hadis Riwayat: Anas Bin Malik & at-Tirmidzi]

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 18 July 2013

Aku Masih Di Sini

Seperti nda mau memperbaiki keadaan, aku nda mau cari pasal just teruskan hidup macam biasa tapi aku nda mau pergerakan ku diselidiki, dipantau dan disegalalah.

Wpun aku masih di sini tapi jiwa ku sudah di dunia lain.

Aku berusaha menjadi diri yang normal pihak sna nda puas hati. Mencari bukti, fakta dan ntah apalagi mau dicari sampai kan keamanan yg mula tercipta menjadi porak-poranda semula.

Aku puas sudah. Aku x tau lagi mau cakap apa, mau explain apa. Tunggu sajalah masanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 15 July 2013

Sejak Hari Itu...

Aku mcm xda apa mau cerita sdh di blog ni.

Siapa yg tau tu tau la...

Dalam tempoh bertenang ni mengasi waras kepala utak sewaras2nya.

Adakala kita ni terlebih reaksi tapi aku rsa aku belum berganjak dari pendirian cuma tunggu masa sajalah ni.

Cuma sedihlah, sdh zero begini. Semoga Allah terus tunjukkan ku jalan.

Salam Ramadhan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 7 July 2013

HH2728 Part ii

Aku bukan sabar menanti mu aku cuma sabar menanti apakah ketentuan Allah utk kita berdua.

Dalam kesabaran ku terasa seperti 'inilah Cinta Bertasbih yang sebenarnya' kerana ku merasa ketenangan dalam kesabaran ku menunggu mu.

Jika ku berteman airmata ataupun kesedihan, ku merasa siap untuk menghadapinya kerana ku percaya Allah Maha Kuasa.

Sama ada menang atau kalah, asalkan ku sudah berjuang sehabisnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 6 July 2013

HH2728 Part i

Jangan mencari sebab mengapa kamu harus mencintai tapi carilah sebab mengapa kita harus dicintainya...

Jika ragu utk mencintai seseorg, maka buatkanlah dia mencintai kita terlebih dahulu tanpa meletak harapan terlalu tinggi.

Adakala sesuatu hubungan jangan dirancang perjalanannya, biar ianya berkembang dgn sendirinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 28 June 2013

Harijadi Ke28 28/Jun

Aku buat sesuatu yg 1st time dlm hidup yg aku sntsa rasakan aku x boleh buat.

Driving Pitas ke KK !

Yahuuuu!

Lepas ni xda keraguan, xda kebimbangan sudah, kalau laki malas jalan ka apa ka, its ok honey, i can! Tinggal pg Kundasang lagi... Klu sna pun aku buli sampai suda naaa, ini dunia aku yg punyaaa haha.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 25 June 2013

Kamira Camcung!

Mulai tahun ini kalau kamu mau tau, aku jrg sdh post gmbr2 ku di fb. Aik, silap dari thn lalu pula tu. Sb aku ingat lagi masa mendaki gunung Kinabalu mcm satu pic ja aku uplod klu x silap la...

Ya sjk dpt sharing psl uplod menguplod hari tu di fb, yg mana sedikit aurat terdedah pun masi menyumbangkan dosa bila sdh mati (hari tu), na aku btl2 berhati2 sdh dan berfikir bnyk kali sblm menguplod sebarang gmbr di fb.

Lagi satu pada niat. Dlu klu aku menguplod, aku akan ada niat perasan cantik, mau tunjuk bagus dan yg riak2 segalalah punya perasaan. Nah, itu juga salah satu sebabnya. Dan aku ada satu perasaan malu utk berbuat bgtu pada diriku sndri sb aku befikir, kau tunjuk cantik, org lain pun cantik jg. Ei, mcm2lah pikiran. Bila ku meningu gmbr urg yg seksi, bergaya, manja dan menggoda mula2 aku semburu jg tp aku ckp dlm hati "kau pun buli buat begitu tapi ingat, kecantikan kau itu utk siapa, dari siapa dan smp bila? Adakah kau gunakannya hanya utk mgoda?". Haiya, mmg bnyk fkr lah aku ni.

Kenapa kebanyakan org di laman sosial berlumba2 uplod gmbr yg hebat2? Sb xmau kalah. Mau tunjuk jg apa yg dia ada.. Sbnrnya, semua org ada tp yg lain x kelihatan. Ditapuk dan dijaga, kita pula sewenang2 menjaja keajaiban tubuh kita? Aduh, mcm rugi sgt Allah menciptka kita seindah ini (kan?).

Makanya, dgn pemikiran yg sebegitu, aku btl2 control psl uplod-menguplod ni. Klu aku menguplod pun, yg seminima yg boleh. Profile pic aku pun, adakalanya aku pakai mukaku, baby adik ku, dan tgn aku dan anak ku. Itu semua ada simbolik. Bila sja aku gunakan selain dr muka ku, na itu simboliklah tu. Mau tau jg? Bah buli bah.

Slps muka ku, aku pakai gmbr pelamin salah satu costumer ku dlu, simboliknya ya, itulah bisnis ku.

Yg aku pakai pic baby adik ku )g dia duduk mereng pigang hp Camcung mommynya punya tu, tu simbolik yg aku ni mmg xboleh dipisahkan dgn online di hp.

Yg tgn anak ku tu, ia simbolik keakraban antara kami beranak dan tgnnya cumil, gebu sb badannya naik hihi.

Yg skg pakai pic sndri tp pakai sipik tu dan pic ala2 candid? Simboliknya ialah, aku xmau kelihatan menonjol bila sipik itu menutupi wajah ku yg x seberapa ini. Dgn kata lain, "aku insan biasa sama sja mcm org lain di sisiNya".

Pernah dlu kan, aku uplod pic yg.... Ntah lupa sdh mana satu. Mcm biasalah, adala cowok2 dewasa yg mcm menegur2, memuji2... Bkn pula aku rsa bangga kan, mcm rsa bersalah sb mengundang perhatian durg. Adui, na... Dari itu, kurg sdh mau buat posing yg manja2. Klu lps ni ada jg tekeluar gmbr bgtu simboliknya "ya aku insan biasa tidak lepas dari dugaan dan godaan". Hrp ada yg tegur secara baik. Manusia mudah lupa (jgn kata Melayu mudah lupa).

Maka dgn itu, maafkanlah gambar yg ku selitkan di sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 24 June 2013

Rutin

Baru balik dari kantin.. Smp rmh ja, cuci muka, berus gigi, basuh kaki, buka baju kantin dan tukar kepada yg lebih selesa... Pastu, terus menuju ke katil, on kipas (oh panasnya. Aku rsa sdh tiba masanya psg aircond di bilik ni tp bila ya...).

Aku perlu tidur sejam setiap siang utk memastikan prestasi optimum pada malam hari. Optimumlah sgt, pdhal sma jg tu kalau malam. Energy ckup2 utk mandi, masak yg simple2 dan menonton tv sblm msuk tidur. Patut skg, aku bilas kain dan jemur tp aku rsa aku perlu tidur dlu baru uruskan yg itu.

Skrg ni, stp ptg aku akan ikut laki pg taman di pekan tu utk bersenam. Klu kmrn sb aku uruskan kain2 ku dlu baru tidur, naa hampirla xdpt bangun. Klu x dipaksa, mgkn smp magrib kali tu tidur. Cuti sekolah, aku off senaman sb sibuk dgn kanopi, skg selulit2 ku mulai sdh kelihatan. No! Aku makin tua, badan jgn kasi manja. Nda bermakna tiap hari kita bersenam, teruslah jadi slim tapi badan boleh maintain. Lagipun, bila ptg2 kita keluar peluh, emosi akan lbh jd stabil dan fikiran juga lengang seketika. Fizikal dan mentala dpt release semua tekanan semasa senaman. Jadi di sini, aku menyeru sgt2 kpd yg membaca, buatlah apa cara pun asal kamu keluar peluh paling kurg 30 minit setiap ptg. Ayuh, teman-teman! Hihi.

Bah, aku modop dlu sekejap. Babai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 23 June 2013

Berperang Dengan Kain

Alhamdulillah, bangun pagi 7am... Tengok, hanpon terbaring lagi. Sudah berbaring, masih terasa lemahnya badan... Aku sakitkah? Kalau sakit, sakit apa? Sakit sebab nda tejalan pi Kundasang? Hemmm. Mungkin juga.

Aku lantas bangun, menuju ke mesin basuh dan memutar suis 'drain'. Iya, kain yg ada disitu, sudah seminggu. Bau kain pun lain mcm sudah. Nasiblah itu kain kanopi, nda berapa diusai pun, nda apa2. Asalkan lumpur dan pasir mengalir bersama air sabun. Aku terduduk lagi, memirasat kondisi tubuh. Masih lemah... Aku bangkit semula, mencapai heater elektrik, mengisinya air dan menekan suis karan. Aku mau buat minuman panas. Buka esbok, ya masi disitu tat telur beli di Tamu kmrn dan segelas bubur jagung. Nyummm... Bubur itu ku hidu, ok belum basi. Tatnya juga seakan masi boleh dimakan. Aku duduk dan mula menyuap bubur jagung. Sedikit masam. Suhu sejuk esbok ku sudah kurg. Tentu bubur ini mulai basi, aku ampai atas meja dan beralih ke kuih tat. Tat sebiji itu ok, yg keduanya separuh sja, aku buang sebab intinya sdh lain rasa. Sayangnya makanan ini ku buang. Lupa makan smlm.

Selepas meneguk minuman ku yg agak manis beberapa kali, aku bangun lg menuju ke mesin basuh dan membilas kain satin (skalop kenopi), mula menjemur dan meneruskan basuhan utk kain baju.

Aku berjaya! Aku berjaya! Aku berjaya melawan kelemahan/kemalasan badan. Aku bukan sakit cuma aku kurang semangat. Aku ingin mencipta hidup yang ada 'life'. Aku mau balance dalam semua perkara. Kalau beberapa jangka masa aku perlu berpenatan, maka aku akan beri ganjaran pada tubuh badan ku utk berasa tenang dan rileks. Tu psl mau ke Kundasang tapi plan nda menjadi. Itulah pasal aku menjadi 'sakit', badan lemah dan malas mau buat apa sja tugas di rumah. Badan ku menagih situasi rehat yg memuaskan. Aku memang cepat stress, itu salah satu sebab aku berenti keja dulu dan juga berenti MLM. Dua2 kerjanya stress! Aku nda bulih. I'm sorry.

Jam8 start cuci jam1 siap. Ada satu trip lagi dlm mesin tp laki ku nda tahan lapar sudah. Dia cakap tadi mau bawa aku dating, mgkn dia mau tebus plan ke Kundasang nda jadi (bukan plan kot sb aku mengejut sja mau ke sana).terus, aku bersiap. Laki cakap "kau drive" sambil dia sudah parking baik punya di tmpt duduk sblh pemandu dan jarinya mulai menguis-nguis skrin Samsung tab milik ayahnya. Ok, aku drive.

Last2, sampai di Dataran Bengkoka (tepi laut), kami lunch di gerai makan isteri mantan wakil rakyat kami Datuk Masrani Parman. Aku kenal Datin tp xtau namanya. Kami oder tomyam udang, sayur campur, sotong goreng tepung, lemon tea ice dan tea c special ping. Semuanya rm24.80. Nasi campur tiga. Abis makan, balik. Singgah ke tapak Tamu beli sedikit barang dapur kantin utk esok.

Now, aku santai2. Rasa badan macam segar dan kepala pun sudah lengang. Seperti status ku di facebook "tida jadi pi Kundasang, di sni pun jadilah -Dataran Bengkoka, Pitas".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 22 June 2013

Mogok

Aku nda marah suda...

Aku nda merajuk suda...

Tapi hari ni aku off masak, mencuci...

Haiya, astro kena putung sb ada tunggakan rm54. Tidakla sampat pi bayar. Pos pun jauh ba, taulah di pekan koboi ni manalah ada kemudahan yg cepat utk byr2 bil. Na, buringlah hari ni. Keja ku chat sma kawan ku saja dari pagi smp petang. Tghri aku tidur sejam lebih, mau kasi clear semua kekusutan. Alhamdulillah lps bangun rasa ringan skit kepala tapi aku masi malas mau cuci kain.

Si Panjang pg kenduri 40 sana kampung sabalah, berabis mencari jeans Levi's lembutnya. Cari di almari xda, cari disangkutan baju xda, cari dlm bakul xda sampai dia bepeluh suda. Aku diam ja duduk2, malas mau berusik, bilang ku pakai saja seluar yg sng jumpa. Dia blg xmau pakai seluar polonya, sb pahanya besar kikikikik. Terpaksa dia pakai juga, aku berabis ketawa, mmg lucu tu seluar. Aku ckp, kecik sdh skit tu seluar sb badan mu sdh naik (mmg naik bdnnya 3 mgu yg lps, lama stop main bula sb dia sibuk kasi training budak2 SAGA). Pastu dia merungut, tula suka kumpul cucian dia bilang. Ei, nda jg ba aku suka mengumpul ni tp tula ni minggu ke2 lps cuti sikulah aku rsa nda larat sja. Tu la aku membawa jln kmrn tu, mau refresh utak. Hemmmm....

Panjang suruh bawa tu kereta lg pi car wash sampai dia umpan aku suruh bawa Samsung tab bapa mentua tapi antahlah ni, betul2 aku malas mau bejalan. Dia blg, sambil tunggu keta cuci kau surf2lah dulu. Urm, nda makan umpan aku ni hari. Kenapalah ni? Macam penyakit suda... Duduk sekajap panat, baring lagi. Adusss! Wat hapen la to my body? Lemas semacam. Nda apalah, aku layan sjalah badan ku hari ni, mgkn esok pulihlah dan aku dpt buat keja2 rmh mcm biasa. Harap-haraplah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 21 June 2013

Bukan Style Aku

Sejak kawen ni kan, aku nda pernah mau cerita masalah aku dan laki pada mak..,

Kalau aku cerita pun hanya hint2 sja yg kedengaran hanya perkara biasa dan hal kecil...

Hanya beberapa cousin rapat dan kwn rapat sja yg tau apa masalah aku sebenar...

Bukan style aku gaduh skit balik rmh org tua tunggu dipujuk suami...

Bukan style aku memburuk2kan suami pada org tua aku malah aku berusaha agar semuanya nampak elok dimata mereka...

Dan memang bukan style aku mengadu dgn org tua...

Aku sudah dewasa...

Sebolehnya setiap masalah jgnlah membebankan org tua...

Settlelah sendiri selagi boleh...

Biar pun rumah ini buruk, namun di snilah aku rasakan syurga kecil ku...

Suka duka ku, selesa di sini...

Penat lelah ku selesa di sini...

Alhamdulillah, mgkn Allah masih utuskan malaikat utk menjaga ketenteraman ku di rumah usang ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 20 June 2013

Aku Mau Berlibur

Banyak btl benda yg aku fkr kan..

Sejak dua menjak ni..

Aku mau bertenang..

Mau reset minda..

Mau bersendirian di satu tempat yg dingin, terpencil..

Aku mau tinggalkan sekejap kehidupan di sini, satu malam pun jadilah..

Aku ajak suami ke Kundasang, mau berdua saja sma dia utk hilangkan duka..

Tapi dia tarik selimut dan zzzzzzz...

Apa patut aku buat ya?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 19 June 2013

Weak!

Masuk minggu ke2 persekolahan dan buka kantin. Penat dari kerja2 tempahan kanopi hari tu seakan masi bersisa. Wpun tempahannya x semua besar2 tp bjurut smp kapus2 membubut masa.

Suda abis tempahan kanopi, naa mengadap kain yg bnyk. Ada satu tempat tu hujan, terpaksa kain2 skalop pun harus dicuci sebab kena kotoran dari kesan2 lumpur. Biasalah kawin di kampung ni bukan semua pakai halaman besimin. Yg lain suda settle tinggal kain skalop saja ada 40 kaki x 2 helai.

Baju2 dari hari minggu masi betimbun di situ. Malam ni sudah plan mau cuci baju tp nampaknya macam aku nda serajin sebelum ni. Xtau knp badan ku mcm masih weak. Kebetulan tgh dtg bulan, mgkn itu salah satu faktor jg. Rasa badan penat sja. Kmrn sempat jugalah bezumba.

Oh, ya. Betullah senaman ni sangat membantu mengekalkan kesihatan. Sejak thn lps kitaran haid ku mula terganggu, darah haid juga nipis saja. Nda pernah pun tukar pad dalam sehari. Selepas launching Purple Woman Walk hari tu (x ingat date sdh), kami mula bezumba 2x seminggu dan selebihnya aku joging di taman Pekan Baru, Pitas. Sejak itu kitar haid jadi normal dan darah pun mulai lebat. Hari ke3 selalunya lebat smp aku perlu tukar pad pd tghrinya. Badan aku pun ada turun sikit berbanding awal tahun sejak kitar haid normal semula. Dan itulah buktinya keseimbangan hormon mempengaruhi metabolisma cuma lagi rezeki mengandung tu belum tiba.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 17 June 2013

Target

Bila ku kenang2 jatuh bangunnya aku 4 tahun kebelakangan ini, agak hebat juga cabaran yg pernah dan sdg aku tempuhi.

2010: melepaskan kerjaya, biarpun kuli2 sahaja dan berstatus kontrak. Kalau aku tidak lepaskan kerja ni mgkn aku ada peluang menjadi staff gomen yg bertaraf kekal.

2011: mencuba nasib di bandar dan menimba pengalaman bekerja dgn swasta. Pengalaman yg tidaklah menarik sangat tp dari pengalaman suami menjadi driver katering itulah yg menjadi inspirasi kami memulakan perniagaan sewa kanopi.

2012: bulan April, kami kembali ke kampung, ingin meninggalkan suka-duka di bandar dan membina hidup baru di kampung seterusnya membuka perniagaan sewa kanopi berkongsi modal dgn kawan.

2013: hari-hari biasa aku meniaga di kantin sekolah, wpun income tidaklah seberapa namun bolelah tanggung kami tiga beranak semasa bukan musim kanopi di sewa.

Aku sangat positif memulakan tahun 2013 dgn semangat yg berkobar-kobar. Mahu meningkatkan taraf hidup dengan cara bekerja sendiri. Tidak susah dan tidak mudah namun masih perit.

Aku mulakan tahun 2013 dengan perancangan membuat rumah. Tidaklah mewah tidaklah mahal namun aku mengimpikan syurga kecil ini aman utk didiami namun tidak menjadi kerana ada seseorang yg menghalang. Dgn alasan tapak tidak sesuai bla.. Bla.. Bla.. Tertangguh lagi.

Kelihatan seperti semuanya tidaklah seteruk mana. Sentiasa ada perkara positif berlaku setiap tahun namun yg menyakitkan ada insan yang selalu mencari silap kami. Menilai pencapaian kami dari sudut negatif. Sedih, sakit dan kecewa sekali. Kalau boleh aku mau hidup jauh dari sini. Jauh dari manusia2 yg suka menilai, manusia2 yg membawa aura negatif. Hanya doa saja mengiringi perjalanan ini semoga kesakitan ini berbaloi di belakang hari.

Aku mahu mengubah hidup dan ingin mencapai sesuatu pada umur 30 tahun; 2015! At least aku ada aset rumah, saving, bisnes yg terus berjalan dan maju serta membeli beberapa bidang tanah sbg hak milik sndri bukan dari bapa, bukan dari mertua. Aku catatkan semuanya di sini, bukan mau tunjuk bagus, jauh sekali berlagak tp aku mau push diri utk betul2 berusaha mencapai matlamat singkat ini. Tq kpd yg memahami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 15 June 2013

Aku Dah Pakai Bedak ARAB

Aku sdh lama tidak bersolek... Sejak aku aku meniaga kantin sekolah ni, rsa macam tiada hal aku mau becantik2, mau mekap2. Tidak salah pun, kau keja dapur dan bersolek nipis tp aku mmg xda mud mau buat.

Dari dapur kantin bawa ke tempat lain. Dlu klu aku ke KK atau Kota Marudu mesti mekap. Jalan dgn suami mestila kena lawa-lawa. Sampai ada satu masa laki tegur, kenapa mekap kau ni lain? Mcm nda ngam dimuka... Sejak dari itu aku stop terus. Pernah 2 minggu lalu, aku bawa mama dan adik2 soping di KM, pakaila bedak skit konon. Sekali sdh tghri bedak tu timbul dan x rata. Mgkn psl bepeluh, mgkn jg bedak tu sdh expired.. Alahai. Sgt x selesa. Berat terasa atas kulit. Aku cpt2 beli mineral water dan terus cuci muka. Huh, legaaa. Terus aku ckp, lps ni jgn hrp lagilah aku mau pakai bedak.

Dlm msa yg sma kwn aku ni jual bedak Arab. Balik2 follow up aku. Dia promote bedak ni di facebook. Mmg berminat tp malas mau buang duit beli bedak baru sb aku malas mau besolek lg buat masa ni tp kwn punya pasal, ambil sajalah. Tu pun byr ansur2... Aku xmau berhutang dia yg srh hutang, aku hutang la hehe. Rm50 ja pun. X mahal, aku sja yg kurg mampu hal2 kosmetik ni.

Aku dpt bedak ni ptg Jumaat, kira tunggu esok baru mau pakai tp nda kesabaran. Malam tu juga aku pakai. Hasilnya? Agak mengejutkan. Bedak ni ringan sgt. Kau x rsa ada bedak atas kulit. Selesa dan yg best bedak ni meresap dan mampu membuat kulit nmpk gebu. Aku test bawa tidur, still rasa ringan. Sblm ni aku baru mau try Ronasutra tp blm try Rona sdh dtg bedak baru ni, so oklah. Aku rsa aku sdh jumpa produk yg simple tp memenuhi kehendak wajah. Xpyh pakai krim dan bedak compact, pakai sja bedak Arab dua2 sdh ada. Dia 3in1, moisturizer, foundation, powder. Tp klu muka korg jenis bmnyk mcm aku dan mau nmpk smooth lg, taruhlah loose powder tp x taruh pun dia memang dah okla..

So sapa2 yg masi tercari2 bedak tu, belilah bedak ni. Berbaloi dan paling best dia simple sja pakai. Selain tu bedak ni boleh hilangkan jerawat dan jeragat. Hrp2 hilanglah jerawat pasir aku ni.

Sekian utk sesi bedak Arab kali ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 14 June 2013

Kain Menimbun

Inilah breakfast ku awal pagi. Perut lapar xda makan nasi smlm tp tahan sja sb x tahan sudah tingu longgokan kain ni. Sudah seminggu begini.

Knp jd bgni? Sb aku asik cuci kain-kain kanopi, jemuran nda bnyk, ditambah lg cuaca x menentu dan jg x ckup masa mencuci sb aku buka kantin sdh. Kantin tu stgh hari ja tp tp ptgnya ada sja la hal mau dibikin. Malam, penat na tebiar la bgtu.

Hari ini ada dua jemputan kawin. Satu sblh rmh, yg satu lg nun jauh di bukit sna. Esok bajet utk aku bermalasan seharian so hari ni, kain2 ni semua mesti aku selesaikan.

Sepatutnya pagi tadi jumpa mak bidan mau urut peranakan. Akar kayu yg dia bg aku sdh abis mnum so dia mau check balik progress rahim aku tp dgn kesibukan begini tangguh lagi. Doa2lah dpt baby cepat, ada alasan aku mau jd surirumah sepenuh masa. Hihi.
Aku rasa sdh tiba masanya aku ambil mesin basuh auto ni utk basuh kain2 kanopi. Jimat sikit masa dan tenaga. Mesin manual tu biarla utk kain baju aku. Auto tu bole cuci cadar tuala jg. Idea yg bagus! Tunggu kau.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 9 June 2013

Sipik Mata

Spek mata aku hilang 2 bulan lepas kalau x silap. Masa tu duduk2 di astaka tgk Panjang main bola, anak aku meragam, tertinggal di situ. Bila aku balik, kesan pun xda. Yg aku lg sedih, box dia pun hilang sekali. Klu box x hilang, bole jg smpn spek yg xda box ni. Aku suspek ni sdh jd kes curi. Yg aku heran, org2 yg duduk situ semuanya lelaki. Spek aku tu perempuan punya, ada brand la bkn spek kaki lima.. Klu ya pun mau ambil speknya, box tu xpyhla angkut sekali. Mau kasi hadiah gopren ka?

Tinted keta aku x la gelap sangat, so bila dlm perjalanan ke mana2 dan panas terik sakit mata menahan cahaya.. Sedih terkenangkan spek tu yg sdh 3 thn beli tanpa kerosakan skit pun. Itu sjala beza spek berjenama dgn kaki lima. X mudah calar atau patah. Klu spek kaki lima smpn dlm beg tanpa box sdh calar-malar. Yg tu, xda calar pun. Erm...

So mau nda mau terpaksa beli spek baru. Yg ni spek kaki lima. Rm15 ja pun, jgnla dengki dlu. Yg atas tu ciplak design Coachla kononnya. Klu ori berapa ya? Siapa tau? Aku mau menabung bkin membeli ori hehe. Mesti cecah ribu kali...

Spek bawah tu bila bawa begambar mcm kurg fotogenik (sndri yg x fotogenik, menyalahkan spek), yg atas tu bole la...

Urm, sebut pasal gambar ni kan, amboi kwn fb bkn main lg uplod. Lawa! Cantik! Gebu! Ayu! Semuala... Tp yg bnyknya tipu, camera trick ja rupanya. Ok yg ni aku dengki haha. Adik aku yg ada Samsung Y dan Gomax (Made In Msia) bkn main lg bila pakai setting 360 (kalau x silap). Awet muda kau di dalam gambar dibuatnya. Jakun jg mula2, bila mau begambar aku mesti cakap "muka tipu! Muka tipu!" Haha. X puas hati. Yalah, kita kalau mau tunjuk cantik sebolehnya biarlah yg natural dan real bkn psl camera trick ja. Ibarat kata laki aku baru2 ni (bila nmpk aku asik melawa dpn cermin) "kau ni cantik jg sbnrnya tapi kuat minta puji". Yang oi, d rmh sja la aku bgni. Di luar x bole sbb tutup aurat. Uplod pic lawa di fb pula, akan muncullah penggatal2. Sia2 aku mengundang dosa. Bni kalau melawa di rmh layan ja... Hihi.

Sejujurnya aku malu mau post gmbr2 d fb skg ni. Xtaula knp, rasa mcm mau minta puji ja klu selalu uplod gmbr d sna. Last2 post di grup sja la. Klu bkn di grup, dlm blog. Rasa lbh privasi. Kalau org tertengok pun, bukanlah semudah mcm di fb. Kalau diikutkan dlm blog pun mcm malas mau post tp nanti readers xtau pula siapa manusia sbnr di sebalik blog ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Whatsapp vs Wechat

Aku pakai hanfon Blackberry sejak 2010 dengan memory card hanya berkapasiti 2gb. Mau smpn bnyk2 aplikasi dlm henpon memang ralat skit. Mudah hang. Tukar2 henpon bukan sifat aku sbnrnya. Bila dah pakai satu, kalau bole nak pakai selagi dia boleh diguna tp nmpk gayanya bb aku ni mulai sakit tua. Sensitif, masi boleh lagila. Ni pun dipakai oleh tuan yg lasak, syukurla masi bole guna smp skg.

Pasal aplikasi pula, smala. Bkn sifat aku ada sja app baru situlah sibuk mau donload. Lagipun aku ni jenis malas jg. Klu bole mau guna bbm sja utk apa sja urusan tp xsemua contack pakai bb. So slps buang app whatsapp 2 thn dlu, baru2 ni baru install balik.

Dijadikan cerita, kmrn aku tgh sibuk2 check notification fb melalui emel. Tekan punya tekan ntah mcmna aku tertekan sesuatu... Heran jg, hp aku mendonload sesuatu... Tunggu punya tunggu, ingatkan whatsapp versi baru, rupanya wechat. Terus tryla... Yg aku suka selain yg kita sedia tau bole cakap2, aku suka dia punya color chat tu.. Haaa, terus buang whatsapp. Haih, malaslah mau smpn app bnyk2. Kwn srh dload LINE pula, alaa nanti2lah. Penat.

P/s: aku masih dlm emosi x sabar beli tab :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 7 June 2013

I Love Them

Comel sangat... Adik-beradik yang mencipta nama di dunia dalam bidang fesyen.
________________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from the App Store : http://jred.co/free_app_screen_grabber
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tab oh Tab...

Mau betul ba laki aku membeli tab. Ai, bikin fed up sdh pakai smartphone ni. Betul, aku pun fed up sdh. Sejak ada sdh langganan sim card data yg murah ni (Celcom), Blackberry mgkn tidak berapa releven lagi. Samsung, iPhone mungkinla tp bagi aku, buat apa buang duit bnyk pada gadget kecik yg masi xdpt memuaskan nafsu berinternet, kan? Haaa.

Ok, la. Fine, aku pilih tab. Tab murah or tab mahal?

Bila pusing2 CP, melilau mata. Punyalah hai bnyk brand tab. Ada China dan Malaysia lah yg banyak juga. Murah2. 299, 399, 499, 599.. Samsung Tab 7' 2nd hand RM658. Naaaa, juling mata. Laki aku mau jg beli tab murah rm388 buli psg sim data tapi mcm lucu ja pakai gadget budak2 ni. Hurm, kekwatnya kan kasi klafikasi tab murah gitu. Tapi bukan apa, kita ni klu mau membelanjakan duit kena pastikan berbaloi. Beli murah pastu cepat rosak or payah pulak connect-mengoneect ni, haa bkin panas jg. Siapa ada tab murah? Ok ka? Tahan ka? Senang connect ka? Kalau tanya penjual op kos semua ok dia cakap. Tunggulah tab tu turun sampai rm99 baru aku sanggup beli biar apapun risiko yang berlaku. Bunyi mcm kedekut sgt haha.

Tapi setakat ni laki aku blm jadi beli lagila. Aku pun mmg x sabar tp tunggulah bajet betul2 ready. Beli yg mahal sajala tp tahan lama dan x bnyk karenah. Hati pun x panas. Hihi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 6 June 2013

Suda Lama Tak Post Gambar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 4 June 2013

Hati Ku Terlanjur Sakit

Kadang2 aku rsa percakapan ku skg terlalu jujur, lurus tp sedikit sinis. Dalam waktu2 tertentu aku xmau bercakap sekadar menyedapkan hati org tp apa yg dicakap tu kurg realistik. Bahasa ku tidaklah sekejam mana namun bagi orang2 yg sudah biasa diampu, dipuji tidak akan menyenangi apa yg keluar dari mulut ku.

Aku bukan dengki dengan kehidupan orang lain, aku juga bukan sedih dengan kehidupan sendiri cuma rasa kecewa yg semakin dalam tertanam seperti sukar utk dicabut lagi.

Ingin menjauhi orang2 yg akan merasakan kita penting bila kita ada kedudukan, kuasa atau wang. Kita hanya dipandang bila memerlukan dan dipinggir bila tiada keperluan.

Aku keliru skrg... Perlukah lagi aku berbaik2 dgn org sebegini? Perlu lagikah aku menggembirakan org macam ni? Mengambil hati dgn wang ringgit? Itu saja yg mampu buat dorg tersenyum. My gosh!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seorang Lelaki Selepas...

Aku ni suka memerhati gelagat org, memerhati bukan sebarangan tp slps mengenalpasti aku akan menganalisis. Amboi! Santifik la sangat.

Kali ni subjek aku ialah seorang lelaki (nama dirahsiakan). Salah seorg pekeja setia aku juga la... Baru kawin 2 bulan kot. Uuuurmm!

Umur budak ni (waa laki urang digelar budak. Mampos la..), 21thn. Biasala kawin muda, jodoh sdh sampai, mcm ajal juga bukan boleh ditunda2. Kalau mau datang tu, datangla jgk.

Sblm dia kawin, dia ni mmg lawak orgnya... Ko buli2 skit pun dia no hal, petang tadi haaa keluar sdh sisik tapuknya (bahasa pasar). Uih, bukan main lagi tegas dan garang sedikit. Time2 dia syok keja org sebok jg call hp dia, naik suhu dia mau menjawab call. Hahaha. Isk... Isk... Tokojut den sokojap.

Secara umumnya, begitu ka lelaki? Aku rasa, ialah. Sebab dia rasa dia sdh jadi ketua kan... Mana boleh banyak main suda, buat apapun serius, fokus...! Siok jg tgk sbnrnya. Aku xtaula klu dia balik rmh dan penat marah2 bni ka tidak. Harap2la tidak, kesian bini. Dgn penuh setia dan cinta menunggu d rmh, laki balik dibentak2 pula, haaa mmg mau kena.

Lelaki cepat stress, paling sandi kalau yg suka bawa stress balik rumah. Habislah semua org kena dia punya mood swing. Haiyaaaa. Susah lo ini matcham..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 3 June 2013

Gaduh-Gaduh Dalam Keluarga

Masa kecik2 dlu aku ni budak yg aktif, berani, pintar dan cerdas. Di sekolah aku pintar dan disiplin. Di rumah aku nakal dan aktif. Semasa bermain petang aku aktif dan lasak. Aku berani gaduh dgn org tua, senior2 aku. Waa, klu aku ingat2 punyalah aku ni budak yg cerewet dulu. Adoi. Bila aku tinguk anak aku skg, adala sikit mewarisi sifat mommy dia ni. Aiyak! Itulah bahana budak pintar rasanya.

Selain tu, aku lasak sangat. Bila bermain waktu petang aku suka ikut aktiviti lelaki. Perempuan? Dulu aku duduk di kampung yg terpencil ja. Rmh pun jauh2 dgn jiran lain. Budak2 perempuannya x ramai yg aktif dan lasak mcm aku. Keja drg, masak, basuh kain dan buat keja2 rumah ja. Aku pulak, boleh main guli dgn kwn2 lelaki. Ptg2 bila mandi baru tgl mama basuh kain tu pun masa umur 11 thn. Sblm tu mama ja yg basuh semua, aku tlg masak nasi dan cuci pinggan ja tp klu aku ingat2 aku ndala buat keja bnyk sgt di dapur masa tu. Dan jaga adik la, sb aku anak sulung. Klu bukan main guli, kami mandi sungai dan main bom pasir. Adede.. Best sgt hihi.

Pastu aku jenis yg x mau mengalah dgn lelaki. Aku dgn adik no2 (lelaki) beza umur 3 thn ja. Belajar basikal kami sma2. Dia dlu skit ja pandai bawa basikal sb bila dia sdh pandai aku pun xmau kalah, mesti kena pandai jg. Pastu bawa enjin sangkut. Ni aku rsa aku yg pandai bawa dlu. Apalagi? Ok, bila masuk remaja skit bljr bawa motor pulak. Masa tu aku 14 thn. Smp betumbuk sma adik berebut pegang kunci motor. Sma-sma mau jadi org pentingla katakan. Semua kelebihan adik lelaki aku, aku mau aku pun ada dan aku mau selalu mendahului dia. Entahla, aku rsa aku nda berfikir mcm perempuanla masa tu. Form3 barulah aku stop betumbuk sma adik no2 bila begaduh. Sb masa tu payudara sdh tumbuh sikit, so bila adik pukul kadang kena di dada, na barulah rasa perempuan masa tu...

Ok, pasal gaduh2 pulak. Kami adik-beradik dibesarkan dgn kuat gaduh. Aik, marah skit pap! Dush! Pak! Hahaha. Begurau pun pap! Dush! Juga. Nda berenti selagi tiada antara kami yg menangis kesakitan. Bila sdh geram sangat satu benda yg paling kami naik darah ialah buang beg sekolah dan kasut sekolah. Ini akan jadi kemuncak pergaduhan bila masing2 sdh hot. Hahahaha. Lucu eh! Nasibla nda pakai senjata tajam, tp pakai penyapu adala style lawan pedang gitu hahahaha. Cuma yg bestnya, dgn kawan2 kampung atau sekolah kami nda pandai gaduh pula. Ada pun x la mcm kami gaduh adik-beradik. Yg selalu gaduh bepukul betandang semua tu kami adik-beradik no1-no3. Yg 4-6 tu xda sdh. Drg versi lain sdh. Lgpun yg bapa selalu pukul pun kami yg atas2 tu. Yg bwh2 nda suda. Untung dorg.

Di alam perkawinan pula, suasana tu masih ada. Aku dan suami sejak becinta mmg suka begurau-menyakat satu sma lain. Sblm couple aku panggil dia monyet, padan muka terus jd jodoh. Org selalu ckp, klu kita suka perlekeh/ejek org tu nanti lama2 suka sma dia, aku rsa mgkn betul. Msa di smk, laki aku ni nakal budaknya. Suda nakal, otak lembap belajar haha. Masa tu klu nmpk dia di sekolah, uih! Benci tgk muka samsing dia. Eiiye! Sekali lepasan SPM tersangkutlah pula sb masa tu dia berubah sdh skit. Baik sdh, take care sdh sma org bkn lg pembuli. Masa tu sma2 study di Melaka, aku sdh target cantik punya mau kawin org Melayu tup! Tup! Sma org daerah sndri. Hancus! :p

So bila sdh laki bni, kuat gaduh jgk hihi. Pap! Dush! Tu tiadala, cuma klu dlm gurau2 tu ada jg. Main cubit2, tampar2 atau tendang skit haha. Aku la selalu memulakan keganasan hehe. Bila telampau gaduh (gaduh betul), ada masa tinguk muka benci sgt. Mcm mau ludah2 pun ada tp hikmahnya selalu, kasih syg makin erat. Bgtula selalunya. Pusing2 pun bgtu jg. Kuat2 gaduh pun bila jalan jaranglah nda sama2. Kami antara pasangan yg jarang berjauhan. Paling lama pun setakat ni seminggu. Klu aku becuti di KL, sedih ja jalan sorg tp aku sdg biasakan xpyh sedih2. Kasi biasala enjoy sendiri-sendiri.

Dgn anak pun sma. Anak aku baru 6 thn, mmg buli sgt bawa gaduh. Kalau di rumah rebut channel tv la selalunya jd bkin gaduh. Smp anak aku nangis2. Aku sdh belikan dia portable dvd (tv kecik) utk dia pasang vcd Barbie kegemarannya tp kdg tu mau juga rebut tv besar ngan aku. Kalau abah dia ada, dia x berani, klu kami bedua ja na mmg riuh rumah hihi. Rsa mcm aku jahat dgn anak ja kan, tp the end kami akan bemanja2 dan besayang2 jg la. Xtaula klu dia ada adik nanti dorg jenis yg pap dush ka apa nanti... Tunggu sja la.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jodoh!

Aku ramai kawin yg menghampiri title andartu... Ada yg mula risau sb masuk 30an sdh pun, blm ada mau merisik. Kedut2 halus nmpk di muka sdh dia bilang. Pastu muncullah isu jodoh muda, sebaya or tua. Hehehe. Aku memang suka kupas isu ni utk dijadikan topik mencarut di petang hari ni... Slps teminum segelas Indocafe O'.

Jodoh muda:
Jadilah macam Che Ta, terus perasan jadi gadis dara sunti. Dressing comel2 mcm baru 19 thn. Klu dia x buat gitu muka dia mmg nmpk makcik2 berbanding Maria Farida. Mula2 dia muncul semula dlm industri hiburan pun aku minat dia sb aunty tua yg masi hot lps tu bila dpt detect sdh kegedikannya, terus x minat lg. Malas tgk gaya mengada2nya. Nda pasti laki aku masi minat ka tidak.. See, laki aku 28thn pun minat, no wonderla Zain Saidin. Tp Zain, xmaula putih sgt. Geli I, hikhik!

Jodoh sebaya:
Mcm I la... :p Syukurla aku lbh babyface berbanding suami haha. Tp penat jg mau maintain body actually. Kalau Che Ita pun berabis dpt sebaya pun berasap juga. Laki x prnh komplen pun, dia sdh rasa time aku kurus keding dlu, time bdn ngam2 dan time bdn gempal sedikit. Semua ok tp selagi badan blm terlalu degil, jaga jugalah setakat yg mampu. Klu bkn utk org lain, aku selalu fkr yg xda manusia lain boleh sygkan bdn kita mcm kita sndri yg menyayanginya. Itu sajalah motivasi utk terus menjaga diri biarpun mgkn aku x dpt menandingi kejelitaan Che Ita wakakakak! Jgn sentap, jgn sentap....

Jodoh tua:
Mean tua di sini takla yg bangka sangat. Tua 5-10 thn dr kita pompuan tu sdh sweeeeeeetttt sgt! Ya la, klu lah jodoh ni mudah mcm petik jari, siapala xmau lelaki yg seperfect yg bole kan? Tp aku ada persepsi sendiri dgn lelaki yg tua dr pempuan ni. Biasanya dia lbh cool, sabar dan pandai layan pempuan... Itu the best part setakat yg aku tau. Tu la bila nmpk kemesraan Zizie Izzete dgn Datuk Bung, oih! I adore them... (Ni sesi oh my english, ok. Jgn panik). Tp aku no feeling pulak kalau nmpk Datuk K dan Siti. Heran kan? Wpun Datuk Bung tidaklah sekacak misai Datuk K (Datuk Bung x suka simpan misai) tp aku rsa Datuk Bung more sweet guy than Datuk K. Aku xtau apa reasonablenya tp aku ikut perasaan aku ja. Kamu nda tau la, lol.

Bersambung......... (Jika ada idea lg :p)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 2 June 2013

Catatan 2 Jun.

Jam4.20 am paksa mata bangun walaupun bagai dilekat gam gajah. Alarm 3.50, saja kasi snooze balik2 smp 30 minit utk kasi mata betul2 ready mau bangun. Membasuh 10 helai alas meja saiz 4 kaki, dan dlm 80 helai alas kerusi dan reben kerusi. Terus bergegas ke rumah pengantin di Kg. Datong hantar alas tu. Target mengering sendiri slps dilapis pada kerusi dan meja nanti hihi. Ya, pernah buat taktik ni pada Mac lepas dan kini diulangi lagi membuatkan tuan rmh kecut perut sebab majlis mula jam10am dan aku jam7 baru terhegeh2 buat keja. Aku tau, memang sempat punya. Jam9, aku da setel. Nmpk tuan rmh pun puas hati.

Siap di situ, terus ke rumah pengantin lg satu sb krew2 aku d sna pula memasang 4 lagi kanopi, majlis jam2pm. Drg request skalop lagi tp kami x dpt tunaikan sb krew dah weak sgt. Xda mkn pagi pulak tu sb tuan rumah ambik katering so utk tetamu sblm majlis mmg kena puasa sekejap la. Its ok, kami x kisah sb keja kami bkn mau mkn pun, cuma bila tenaga sdh di hujung2 mmg sukar sdh mau tmbh keja lain. Lagipun ni tempahan last minute so mmg x deal sgt adanya skalop. Aku frust jg xdpt tunaikan semua permintaan costumer tp apa bole buat. Ntahla aku ni, susah sgt nak tolak permintaan org, takut org jadi hampa. Diri-sndri hampa sedih juga. Haa, pasal sedihlah aku xmau aku buat org sedih biarpun org lain selalu buat aku sedih. Kdg2 aku rsa, aku x bole gembira jika xdpt gembirakan org lain. Hmmmm. "Buat baik berpada-pada".

Lps siap pasang kanopi, bawa krew makan pagi. Aku tgk drg sdh lapar sgt. Aku xtau sampai mana kesetiaan budak2 ni keja ngan kami laki bni tp setakat ni bila ada sja job drg sgt semangat mau keja. Rajin, mudah belajar dan happy dalam bekerja. Pekeja aku aka kwn2 laki aku; ada talian keluarga berumur 19-21. Adik aku yg baru 13 thn pun aku sdh bawa buat keja mana yg dia mampu. Hm, sungguh2 dia buat keja. Bagus. Lelaki kena belajar carik duit biar anak org kaya sekalipun. Tidak salah. Sdh namanya lelaki, explore sebanyak mana cara cari rezeki halal di dunia ni.

Job kali ni aku sdh bole guyang kaki. Pasang skalop pun drg tiba2 sdh jadi cekap kesan dari pengalaman selama ni. Ya kali ni drg paling cemerlang. Aku dan laki sdh bole duduk2 dan buat arahan sja. Asalkan jgn terlalu cerewet mau buat arahan ini-itu, bg kebebasan drg bekarya tu yg buat kreativiti drg berkembang dgn cepat. Siapa senang? Bos jg kan... Hihi. Tapi kali ni, aku betul2 jaga perut drg. Keja penat2 dan makan sedap satu ganjaran yg boleh melupakan keletihan badan. Aku bkn bos cekik darah. Kebetulan kali ni jadual agak padat, xda masa balik rmh mau makan. Tanpa drg, siapalah perniagaan ini. Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki yg boleh dikongsi sama-sama.

Lps mkn, aku balik rmh dan rehat saja. Laki p KK tinggal aku dan anak di rmh. Keta pun kena bawa, ndala dpt p rmh mama. Badan sangat malas. Esok kalau jadi mau kemas barang d rmh pengantin. Ngantuk pun belum hilang lagi ni. Adoi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Catatan 01 Jun

Alhamdulillah, 28 Mei-2 Jun jadual berturut2 tempahan kanopi di beberapa tempat sekitar pekan Pitas iaitu, Kg. Kerasik, Kg. Taka, Kg. Kabatasan, Kg. Datong dan Kg. Tutuwoon.

Alhamdulillah juga setakat 31 Mei ni semua keja2 kami berjalan dengan lancar dan costumer pun semuanya baik2 dan senang dirunding. Hanya ada satu keja lagi diawal pagi 2hb untuk diselesaikan. Ni tempah kanopi last minute sebab dia lambat tempah kanopi nasib baikla masi boleh menyelit dalam jadual kami. Ikutkan, kami xmaula buat keja kelam kabut macam ni sb 1pm 2hb tu majlis mula sdh tp oleh krn costumer ni xda tmpt lain suda mau sewa kanopi, so aku ambil ja lah. Kesian juga pengantinnya. Ni dia mau dengan hiasan skalop sekali tp tengoklah kalau sempat.
Apa ndanya, 1hb banyak majlis kahwin serentak di Pitas ni dan sudah pasti di tempat2 lain juga. Ada pula yang pakai kanopi sampai 10 so nda heranlah semua kanopi yang boleh disewa di Pitas ni sudah habis ditempah. Mana tuan rumah yang kaya skit, senanglah. Sampai ada family lain yang beli kanopi baru utk bantu tuan rumah.

Hah, satu tips untuk mengadakan majlis akan datang, silalah jangan pilih hot date, ni lah jadinya. Siapa susah, sendiri juga. Cuti sekolah ada dua minggu, tapi tarikh 31,1 dan 2 jg yg dipilih. Kan senak sendiri. Bagi aku, aku paham persiapan kena diadakan seminggu tp nda salah ubah sedikit kebiasaan persiapan demi kelancaran majlis. Lagi satu, utk zmn 2000 belas2 ni, kenalah tempah pelamin dan kanopi paling selamat 3 bulan sblm majlis. kalau sdh keabisan kanopi tu buatla alternatif lain sewa dewan ka, demi memudahkan majlis. Aku sendiri yang meniaga kanopi ni pun awal2 sdh plan adakan majlis di dewan sb bagi aku lagi simple, kurg memenatkan dan jimat. Ni pendapat org malas hehehe tp bole pakai tau :p.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 26 May 2013

Masalah Demi Masalah

Aku xtau macam mana mau ceta ni hal... Aku pendekkan, org ketiga antara mama dan bapa. Sgt personal utk diulas secara detail. Tp yg ni org ke3 yg terbaru bukan y hari tu. Hoooomai (god)! Kali ini dengan aku, aku sekali bapa warning jgn masuk campur. Ya, hubungan kami sangat tegang sejak 2 hari lepas. Otak aku sakit sangat memikirkan org tua begini.

Aku bukan sesuka hati menyibuk, tapi aku sebagai anak tua dan sdh bersuami pasti lebih sensitif dengan hal sebegini wpun aku tidak pernah risau, syak dengan suami sendiri. Bukan cakap besar, tapi aku sudah set dalam kepala sejak bujang lagi. Lelaki kalau mau kawin banyak, mmg tidak boleh dihalang. Lantaklah! Tapi, kerana mama seperti tidak terbela dalam hal ini, itulah aku masuk campur. Tidak sangka bapa bertindak sampai begini.

Hati aku mengeras sudah. Aku akan hentikan mengacau hal bapa, tapi seperti tidak mau bersua muka lagi dengan dia. Ya kepala otak kami sma. Aku anak paling degil dan keras kepala macam bapa aku cuma versi kami berbeza. Aku masi boleh kompromi, my bapak straight! Kau jgn cuba kasi bingkuk dia, jgn cuba tegur dia, jgn mau memperbaiki diri dia sb dia betul dlm segala hal.

Harap2 kemarahan ini tidak berkekalan hingga membekukan perasaan kasih kepada bapa. Dan semoga Allah curahkan hidayah sebanyak2nya pada insan ini agar berubah dan lebih menghargai keluarga.

Sedikit sebanyak inilah kesan kepada nikmat kesenangan yang baru sedikit. Berapa ramai manusia memusnahkan hidup sendiri kerana mata sudah gelap dengan nikmat Allah. Merasa diri besar dan berkuasa di dunia ini. Merasa diri hebat dari manusia2 lain. Merasa diri mulia kerana mempunyai sedikit kedudukan kewangan. Money is a human power. Itu hakikat dan aku semakin benci dengan manusia yg tunduk kpd wang. Masalahnya di dunia ni, bila kita miskin kita dipandang hina, bila kaya jadi lupa dunia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 21 May 2013

Apa Yang Nak DiKata

Ntah macam makin slow benda yang aku fokus untuk tahun ini...

Rumah...
Saving...
iPad.... Apa? Sori ni silap taip hehe...

Pasal rumah ni, walaupun aku sudah gedik kasi tunjuk2 tapak dalam fb hari tu tapi sebenarnya nda kompom lagipun buat sana. Beliau kurang setuju.... Kamu janganlah heran, beliau ku ni cerewet, ini nda bulih, itu nda bulih... ini salah, itu salah, dia sja yg betul. So hingga skg aku blm buat keputusan muktamad di mana lokasi rumah. Sedang memirasat ni skg hihi.

Beberapa hari kebelakangan ni aku befikir pasal diri, sikap dan perjalanan hidup seterusnya.

aku nda tau kenapa kalau aku menaip di laptop rasa susunan ayat ku nda cantik. blur.

Sikap manusia selalu mengecewakan.

ada yang berubah sekelip mata.

Jika kau menabur kebaikan janganlah mengharap balasan.

jika selama ini kamu baik dengan orang, janganlah kamu sangka orang akan selalu baik dengan kamu.

Dunia satu medan perlumbaan menjadi menjadi manusia yang terhebat.
a
Dalam perlumbaan mereka akan fikir kemenangan sendiri saja, janganlah kamu harapkan orang lain akan tunggu kamu untuk sma2 sampai ke garisan penamat.

Mula-mula aku sedih juga dengan sikap2 dorang tu tapi semalam dan hari ni mungkin perasaan tu beransur2 hilang.

Biarlah. Kita jangan lupa Allah sentiasa ada.

Biarlah aku bersikap begini, biarlah apa saja tanggapan manusia, aku nda peduli sudah.

Aku sudah buat yang terbaik selama ni.

Masa aku senang dulu, aku nda pernah lupa orang susah. Cukuplah itu sja yang aku kenang dan time aku susah pun aku masih sedaya-upaya tolong orang sebab aku tau apa erti kesusahan. Kalau ada manusia yang lupa, apa bulih buat...




Saturday 11 May 2013

New BB, Samsung Galaxy Or Tab (ipad)

Urm... Urm...

Aku post pasal ni bkn psl aku mau beli da pun saja mau berangan hikhikhik!

Sebab aku sakit ati tiap kali pigi CP (kalau mau beli hp/tab sni paling murah di KK, klu adalg murah tlg bgtau), balik2 menyibuk pg kedai2 hp mengurit (bermaksud membelek2 brg saja2). Meninguk2 apa2 brand tab yg ada, harga bb 2nd hand dan juga samsung. Herm!

Aku syg bb aku ni, nda sampai hati mau kutuk tp aku mmg 70% fed up sdh pakai ni barang. Yg aku nda tahan ni balik2 hang.. Aiyooo, mcmna aku nak setia ngan kau bb klu bgni?

Tahun ni mmg rsa mau tukar gadget, sama ada baru or second x kisahla asalkan tukar! So dlm kpla aku ni, mgkn aku xmau tukar hengpong tp beli tab sja (merujuk kpd ipad). Aku nda berani beli tab murah nti sdh beli, nda best na menyesal syg duit lg membeli lain. Tp mgkn akn beli jg la utk anak, sb aku x bole ada ipad kalau anak aku xda tab sendiri. Pasti aku x bole pigang tab aku, asik dia sja main game. X bole jadi, nak...

Insya Allah, duit yg sikit demi skit dtg aku memang kena ikat perut, ikat napsu ikat syahwat semua mau menyoping sb mau buat rmh. Keta aku pun lusuh sdh tp xpa. Rumah first! Hehe. Ni pun nasibla ada Amanah Iktiar itu sjala tmpt loan duit skit2. Rumah tu kalau x siap thn ni pun x kisahla asalkan sdh bediri rangkanya. Rangka rumah tu murah ja tp dinding lantai, kemasan dll tu yg mahal. Mmg akn lmbt skit (ayat pujuk hati :p).

Aku xtau sma ada rmh impian aku tu yg akn terbina ataupun tidak, tingukla sapa tukang yg aku dpt nanti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 8 May 2013

Horizon Hotel Osem! (Part ii)

Ni pula pemandangan sblh kanan dari balkoni

Ni antara part yg osem bagi aku, buli dating2 time malam klu yang bawa bini/laki, skandal2 tidak termasuk ya... yg ada sijil nikah sja bole!

Kalau bawa anak kena perhati selalu la, nanti dia main panjat tanpa kita nampak tinggi juga ni tingkat 6.

Ruang tamu tempat si Man tido malam tu. Cepatlah carik bini spya ada teman ke mana jua..

Ni bilik tido yang tandasnya indada dinding, na mandila kau estail urang putih sna... Open gila! Live haha... more info layari http://horizonhotelsabah.com/rooms.php

P/s: aku memang suka buat entry yang macam tergantung endingnya ....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.