Wednesday 29 February 2012

Jangan Feeling Lawa Selalu

Selalunya dalam blog ni kita suka mempost gmbar-gambar yng comel-comel, cantik-cantik dan seksi-seksi sajakan? Comel dan cantik tu aku setuju tapi seksi nda sebab aku pakai tudung. Ewah!

So kali ini, aku nda mau control cantik, nda mau control comel. Walaupun sedar jika membuat pose-pose begini, ada yg mungkin akan melawat blog ini buat kali terakhir, aku berani tanggung risiko.

Wajah bukan sejelita model-model Korea yng buat muka huduh pun msi nak atik a comel so silakanlah menjahanamkan diri kali ini.

Ready?

Pancing-pancing dulu. jangan kasi tekejut trus.

Ok ni tau suda apa niat aku so dia memang nda bulih simpan rahsia. Awal2 pecah perut suda ketawa. Lokasi: KFC Centre Point, KK. (Haruskah kmu dibagitau lokasi?).

Bah awas, mula sudah.

Aku memang malas posing lawa-lawa hri ni walau sudah siap mekap dari rumah sebab ada motif mau begambar.

Jurukamera ialah Nadia, 5 tahun. Kamera: Blackbery Bold

Jika nda pandai buat muka pelik-pelik budak ini boleh dijadikan rujukan atau sample percuma.

Muka bengis! Aik, dia nda bengis pun. Buyuk!

Ok, bengis sudah.

Muka sedih.

Muka geram tp jelir lidah tu geramkah?

Ekspresi berkasih-sayang antara ibu dan anak.

Si Unying pun mau try.
Ok orang sebelah pandang semacam suda sama kami tapi ada aku kisah. Ni hari, KFC ni aku punya.

No komen.

Try lagi!

Ok, cukuplah.

Last dan penutup. 
Basuh muka kamu sebelum tidur nanti termimpi wajah-wajah *jelita sebentar tdi.

Sekian.

Tuesday 28 February 2012

Adik-Beradik Keluar Bersama

Kami adalah 6 bersaudara-saudari. 4 perempuan dan 2 lelaki. 2 orang sudah kawin, 2 orang bujang dan 2 lagi masih kanak-kanak. Umur kami beradik paling tua 27 dan bongsu 8 tahun. Umur orang tua kami pula, bapa 47, mama 46. Senang ingat sebab beza umur aku dan bapa ngam2 20 tahun, mama pula muda 1 tahun ja dari bapa so, selagi aku ingat umur aku, maka takkan ku lupa umur bapa. Wah, detail gitu. Kau ada? hehehe.

Biasalah, sebelum keluar ambil mood dulu dari rumah dengan snap-snap diri. Semangat tiba-tiba bermekap. Keluar dengan adik-adik mana boleh serabai nnti orang cakap "oh, itukah mama kau?". Naaa, siapa sandi nanti, aku juga. Harap-harap kalau dorang nampak kami "wah, kiutnya adik kamu yang tudung biru tu!". Hahaha, telebih perasankan? :p (memang kiut tapi badan dia lah).

Haaa ! Kenalkan kak long aku, kak long sangat sebab ini anak ketiga. Tinggi sikit dari aku. Umur 22, belum bekerja, sedang mencari. Namanya Umie Kalthom panggil ja nama glamernya Tinang.

Yang ni kak ngah aku haha. Anak ke4, baru abis SPM, tua sudah pun. Kalau muda 15 tahun macam aku. Namanya Siti Aisyah dan nama pamesnya Unying. Hahaha, paling manang! Nda tau macam mana juga tercipta nama glamer dorang ni. Aku ja sama anak no5 yang tiada nama glamer ni.

Gambar yang indah ini diambil dari Anjung Senja, dekat terminal Wawasan. Kalau nda silap, tempat ni bru buka 3 minggu lepas dan sambutan pngunjung buli tahan sebab, disamping buli makan-makan di gerai, bulihlah juga bersiar-siar di anjung ini dan tidak tinggal juga ada adegan-adegan asmara yang ringan2. Bikin sakit mta jugalah, napa pondok pengawal sana tu nda turut ditempatkan pegawai pencegah maksiat? Hurm..

Sedikit masa lagi, Waterfront pun akan berwajah baru juga yang akan bersambungh dengan Anjung Senja. Kalau tengok gmbar (sample) macam lagi cntik dari Anjung Senja. Dan buat msa ni, Anjung Senja adalah atara lokasi kgemaran ku untuk lepak-lepak bersama orang-orang rapat ku.

Anak bujang kecil ku ni pun mau juga diambil gambarnya. si Tinang ckap, pndai betul budak ni posing. Apa nda pandai, dari baby lagi biasa diambil gmbarnya. Tapi makin lama makin kelelakianlah pulak dia ni. Dia sangat cergas dan lasak. Harap-harap nanti besar jdi macam Erra Fazira. Lasak tapi cantik dan masih terjaga kelembutannya. iakah?


View laut pula. Bagi pembaca dari semenanjung, lokasi ini berada di bandar Kota Kinabalu, Sabah.

Posing comel.

Becomel-comel lagi.

Si Tinang cakap, napa si Tanak (nama manja Nadia) pandai buat muka comel? Buat nda buat memang nampak comel sebab dia masih budaklah dik. Aiya, tu pun nda taukah? Jadi dia pun mau buat muka comel juga. Bole la..

Si mami pun mau juga buat muka comel tapi failed! Aku mmang nda suka posing comel2 ok! Aku suka buat muka ayu.. uwekss!

Tujuan sebenar pada petang itu keluar ialah mau memperkenalkan pada adik-adik yang jarang turun KK ni tentang Anjung Senja dan makanannya. Dan ini antara menu yg popular masa kini iaitu Sanggar Cheese/Pisang Goreng Cheese. Selain tu Nasi Ayam Penyet yang pedasnya membakar lidah tapi sedap sangat gamaknya, nda sempat abil pic. nnti lain kalilah ya.

Nda sia-sia aku aktif bertwitter sebab banyak info yang cpat sebar dan cepat sampai khasnya utk perkara-perkara menarik di KK dan juga seluruh Sabah. Makanan ni pun famous sebab jdi sebutan di twitter. Maka berduyun2 orang twitter datang mkan sni di M&N Corner. Nda payah dorang byar iklan ratus2 ribu punya hrga, ada orang sukarela iklankan secara free. Thanks @KKCity dan @SabahInfo. Hari tu dapat pnuhkan jumlah rombongan mendaki gunung pun gara-gara aku iklan di twitter jugak.

So, kepada warga Sabahan silalah berkunjung ke Anjung Senja dan nikmati quality time di sana. Yang pnting kita ENJOY!

P/S: Aku perasan banyak typo error (itukah tu dlm english?) tapi malas aku mau edit balik. Seperti yang aku selalu bgitau, etry ini dibuat mlalui hanfon sahaja. 

Selingkuhan Suami ku ..

Kata orang kata-kata itu satu doa, aku selalu kata laki au curang. Berani betul mulut ini! Masin kang, nangis jugak.

Oke, semua tau apa itu selingkuh atau curang tapi definisinya bagaimana?

Setiap kali aku cemburu laki aku spent banyak masa untuk bola dorang selalu cakap "oklah main bola dari main perempuan" iaitu membawa maksud curang.

Ya, btul. Laki au main bola ja bukan min perempuan dan bukan curang tapi tahukah kamu apa itu curang?

Mari sini aku bagitau.

Menurut kajian Prof. Dr. Nanialing selama 6 tahun mengenai curang, boleh didefinisikan sebagai berpaling, tidak hirau dan tidak penting lagi.

Curang dengan perempuan, lelaki akan banyak masa di luar bersama kekasih sulitnya, tidak lagi dia rasa kita ini penting, sanggup mngabaikan kita dan sanggup mbohongi kita.

Apa bezanya pula dengan bola? Perlu aku hurai atau kasi faham?

Nda payahlah, lu pikirlah sendiri. slogan ulangsiar lagi.

Penjenayah yng dikehendaki.
Turut dijangkitkan dengan kegilaan baju petak. Dia bukan suka pakai casual sangat ni tapi bini pandai pilih so dia pun suka. Hahaha.

Suspek dikenalpasti!

Proses pengecaman.

Hampir cam!

Kini dikenalpasti secara rasmi.
Dan disahkan oleh hakim.

Hai-hai bai-bai. Abaikan badan ku yang makin 'mama-mama' tu. 

Dengan proses siasatan yng sangat rumit, identiti selingkuhan laki ku akhirnya ditemui dan telah ditangkap. Hahahaha...

Rasanya si Ghazali masih ada 4 pasang kasut bola yang masih bulih dipakai tapi katanya, mau tecabut sudah tapaknya. Maka merayu-rayu agar aku memberi hdiah kasut bola untuknya. Mata duitan sangat! Aku kata tunggulah dulu annivesary kita tapi dia memang nda bulih tunggu bertemu cinta hati barunya. Ah, lantak! Tiba-tiba masuk kedai sukan dan terus grab sepasang berharga RM380. Odoi dogo! Kalau sudah sinta mimang tidak bulih halang.

Okla, asalkan bahagia. Yang penting bukan duit aku. Hmmm, nasib anak si Collin Chong.

Monday 27 February 2012

Wedding Diary

Sabtu lepas kan, kita semua tau menjadi-jadi peminat filem Adnan Sempit 2. Aku pun menonton filem tu pada hari yang sama sebab di Twitter dorang cakap lucu pastu laki aku memang minat ni filem dari yang 1st lagi. Yg 1st aku nda dapat tinguk sebab masa tu tengah aktif berMLM jadi ngam2 upline aku bawa review pula so masa tu semangat mau berjaya memang berkobar-kobar so relalah berkorban apa saja untuk bisnes.

So what? Pening aku baca status orang di Twitter nda abis-abis membodek Yana Samsudin lebih-lebih lagi bila dorang fly ke KK dan Sarawak. Sampai hari ni, status twit masi sesak oleh peminat2 dorang gara-gara Adnan Sempit. Dan aku? Aku nda rasa pun filem tu bagus. Bagi aku Adnan Sempit hanya satu bentuk filem yang hiburan semata-mata tiada mesej bermoral yang jelas dan not my tastelah actually. Aku rasa lagi best Bujang Terlajak dari Adnan Sempit ni. Diakui, dalam panggung nda sunyi dari tawa hilai penonton, termasuk laki aku. Sesekali aku jeling dia dan bertanya dalam hati, apa yang lucu ah? Hadoi, memang aku tiada perasaan betul dengan filem ni walaupun aku juga minat Yana not Sahizey, Nabil yes! Tiba-tiba minat Nabil mungkin sebab dia hansem macam laki aku. Hansem? Lu pikirla sendiri. Hahahaha...

Dan apa pula filem yang selepas aku tinguk, balik2 aku mention bila bercerita sama laki aku dalam kereta? Yeah! WEDDING DIARY !!!!

Aku nda juga minat filem Cina ni kalau bukan filem yang berkisarkan sejarah/dulu-dulu tu pun memilih juga tapi masa tunggu kena singgah (utk pulang) oleh si Ghazali malam hari Ahad tu, kami isi masa tinguk wayang. Mula-mula mau tinguk This Means War (aku suka Reene Whiterspoon. Aku lupa ejaan, antam ja) tapi lambat dia main so, bila baca sinopsis Wedding Diary, hati terus terpaut dan sekali masuk panggung, hanya kami bertiga Melayu dan pakai tudung dalam panggung, yang lain semua Cina ! Hahahaha... Start ja wayang tu, kepala ku tegak nda guyang. Pembuka ja sudah siuk berabis dan lucu. Nda buleh cakaplah, memang ngam tepat terpahat dalam hati filem ni. Perlukah aku bagi sinopsisnya? Bah bulihlah aku cerita skit.

Begini, ia mengisahkan seorang lelaki yang nda kaya (bukan miskin sebab dalam cerita dia seorang Engineer di Singapura) dan kurang hansem (sedikit huduh macam laki aku masa muda-muda dulu wakakakak!) Kawin dengan anak orang kaya dan cantik pula tu. So terjadilah konflik masa dorang mau buat majlis perkahwinan yang mana gadis tu rupanya anak orang yang paling kaya di Singapura iaitu Collin Chong! So situlah cerita dia, di mana tu lelaki hampir muflis sebab menanggung kos perkahwinan yang sangat mahal tetapi cuba menyembunyikan masalah kewangan dari isterinya... Yang lain, pigi tinguk sendiri hehehe.. Memang lucu! Hahahaaha.

Dan kemarin, balik2 aku cerita pasal filem ni sama si Ghazali sebab awal cerita dia nda sempat tinguk. Dia datang lambat!

Dan sebenarnya, kenapa aku suka filem ni sebab sangat berkait dengan kami laki bini. Kini, aku gelarkan bapa ku sebagai Collin Chong dan laki aku sebagai menantu Collin Chong hahaha...

Paling lucu bila Colling Ching pigi jamin menantu dia di balai polis sebab bawa duit palsu bikin bayar hotel tempat dorang kawin. Kekekekekek! Rusak bah urang kaya hahaha. Lucu betul tinguk ekpressi muka si Collin Chong. Aiyak, macam bapa aku wooo.

Persamaannya ialah, aku kira anak orang kayalah juga (nah, jaga kamu. Temberang suda ni), walaupin kekayaan bapa ku ndalah macam si Collin Chong dan bapa aku ni nda suka sama menantu pilihan anaknya (nda setaraf dan kurang hansem hahaha). Astaga, ketawa ja aku ni.. Cuma bezanya, si Keat (menantu) seorang berdikari tapi menantu bapa ku ni anak manja.. Tahun 2010 bapa ku kasi beli aku kereta Toyota Land Cruiser (kereta ninja dulu-dulu). Sekali tahun lalu roadtaxnya mati, kami kasi balik tu kereta sama bapa ku sebab roadtax mahal dan jugha tayar botak sudah semua.. Mana mau cari duit bikin renew dan beli tayar? Tayar 1 biji pun suda berapa? Pastu kena saman lagi sebab nda perasan roadtax mati suda.. Nda pasal2 kantoi masa roadblock. Hahahaha! Lucu! Lucu! Kasian butul! Last2 beli Honda Accord yang roadtaxnya dan tayarnya bulilah ditanggung sikit walaupun duit tu aku kurik juga dari akaun company sebab akulah anak si Collin Chong! Adui, bah! :)))

Sori! Bukan mau aibkan suami aku yang aku cinta tu tapi inilah realiti dunia. Sebenarnya moral filem ni ada dua yang jelas!

1. Wanita kaya dan cantik nda juga pandang pada rupa dan harta pada lelaki asalkan lelaki tu ada 'hati'. Mean, jujur, respek, setia dan cinta sampai mati sama perempuan. Dan dlm filem ni juga persepsi ku sendiri, itulah yang berlaku. So kepada lelaki2 yg kurang hansem diluar sana kamu masih ada peluang mengurat sama si Neelofa! Sori, Lisa Surihani sudah kena ambil duluan.

2. Bakal2 pak mertua, janganlah nilai bakal menantu dari segi kemampuan wang ringgit... Manusia bukan bernilai di situ saja. Kenali dulu hati budinya. Asalkan dia ikhlas mengahwini anak kamu. Ya sejak 6 tahun ni laki aku memang daif tapi alhamdulillah dia masih boleh jaga aku dengan baik berbanding bapa aku jaga mama aku.. Mama aku sejak 29 tahun yang lepas belum abis deritanya.. Nda payahlah aku cerita panjang. At least, suami aku walaupun tiada harta tapi ada HATI. Aku jauh lebih bertuah dari mama ku kalau dari segi rumahtangga. Alhamdulillah. Anugerah Allah.

Dan filem ni memang mengharukan! Kamu pigilah tinguk.

Saturday 25 February 2012

Ayam Goreng

Selamat Hari Ahad!
CP masi jam ka? 1B? Suria?
Skandal cousin aku sms tadi suruh aku join dorang tinguk wayang tapi malaslah pulak jalan. Sejak minggu lalu dan minggu ini, kalau mau keluar kena laki yang bawa atau naik bas atau naik chater atau ahhh! Diam! Kereta antik kesayangan tinggal di Pitas sebab minggu lalu balik sini pak dan mak mentua aku ikut jadi inda bah buat sana Honda. Adik aku pun ikut juga jadi berehat mendrivelah dulu sebab kami bawa kereta beliau Toyota Land Cruiser atau kami panggil Wagon. Nda lagi aku campen bawa tu kereta, sudahlah manual, besar lagi pulak. Bawa-bawa berehat.

Cakap pasal makan, lainkan kalau kita mau makan sesuatu tu tapi kita tiba-tiba tukar menu lain. Mesti rasa macam nda puas. Walaupun kita sudah makan dua, tiga jenis makanan tapi rasa macam masih mau lagi sebab makanan yang sebenarnya kita mau tu belum kita telan.

Tengahari tadi patut makan nasi dengan ayam goreng tapi adik belanja makan di luar dan aku ambil soto. Ya kemarin siang dan malamnya aku tiada sentuh nasi hinggalah tadi. Opps! Ada pulak bah. Balik dari KK tu makan pula kami semalam nasi. Aik, pelupa sudah tapi hati masih nda keruan.

Dua orang adik bujang perempuan aku ada di rumah ni sekarang. Kami pakat-pakat tadi mau turun KK tinguk wayang dan lepak sana Anjung Senja tapi nda semangat mau jalan bila Nadia ada. Mau jalan tanpa budak bah baru bebas.. Jadi, dua urang bujang tu menidurkan diri dan aku melayan perasaan.

Sebenarnya sangat gelisah bila kita cuba mengontrol diri untuk makan sesuka hati. Nda susah pun tapi tulah, kita manusia ni seringkali tewas dengan nafsu sendiri.

P/S: Sebelum Mac mungkin aku boleh settlekan hutang kad kredit aku dan ianya sungguh melegakan... Insya Allah this Oct mau bawa si Ghazali honeymoon di Langkawi. Love... Love... Love... Aku hidup dengan penuh rasa CINTA... Uhuk! Uhuk!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kejadian Hari Ini

Happy Sabtuday!
Wah sangat ramai orang turun KK ooh ni hari.
Tu jalan depan CP jam teruk woo.
Lampu merah pun derang langgar ja.
Kereta sambung-menyambung ndak mu bagi chance kreta lain gerak walaupun lampu kawan sudah hijau.
Wa pun heran apsal manusia banyak sangat ini hari.
Rupanya CP ada event baik punya woo.
Pertandingan pasangan kawen-kawen dan paling gempak Sahizey Sam (ngamkah aku eja) dan Yana Samsudin datang sana Tingkat 5 CP depan tempat beli tiket wayang tu kasi ramai orang tinguk Adnan Sempit 2.

Dan aku tayang baju baru petakku dan muka ku yang masih rentung. Kan suka nda disiplin pakai sunblock. Padan muka.

Nadia !!!

ni cerita malam hari jumaat bila aku menghadirkan diri menonton perlawanan persahabatan Sabah vs Malaysia. Bila tinguk stadium penuh begini, rasa sangat mengujakan. Apalah agaknya perasaan kalau dapat tinguk Piala Dunia live begini? Huuuuuh, seram eh!

Walaupun nda nampak Khairul Fahmi secara dekat tapi oklah sudah nampak secara live mamat playboy no.1 negara (tiba-tiba minat semangat mau tinguk si Apek, laki aku jeles ok! Saja duduk jauh dari padang). Pertama kali melihat fenomena jeritan gadis tatkala Apek mengambil bola d tepi pagar tempat duduk penonton. Begitu pula, sakai aku sekejap. Kamu niaaaa ...

Siapalah nda mau jadi STAR bole sepak negara masa kini. Kefamousan mengalahkan Aaron Aziz ! 

Napalah aku jumpa awal lelaki ni? Sudah nda dapat teriak nampak Khairul Fahmi, woha!

P/S: Sebelum pigi stadium lelaki di atas marah2 sebab au nda pi beli tiket awal-awal. Tolong sikit! Siapa kaki bola ni sekarang? Akukah?

Thursday 23 February 2012

Cerita Kawen-Kawen

Macam susah mau dapat timing supaya aku buli tulis entry yang best2.

Mungkin pasal aku mengupdate dari hanfon ja yang menglimitkan kekreatifan aku berkarya. Sangat limit.. Entry pun sangat skema sebab kau nda dapat main color sama font, kasi bold atau kasi miring tu tulisan bila mau highlight sesuatu ayat atau perkataan. So tiada keterujaan mau becerita yang siok-siok..

Bila mau post entry bergambar terpaksa send gambar dulu baru edit. Bila lambat edit, komen akan duluan masuk sebelum cerita sebenar lalu si Aki : mana ceritanya? Takkan gambar ja? ~ Naaa, kan. Kena tiau sudah.

Si Aming pula mau cerita kawen-kawen. Hmm, apa yang aku mau share pasal kawen aku? Yang penuh kontroversi tu ka? Hahaha.. Aiyo, macam nda sanggup mau mengimbas balik. Terasa sangat banyak onak duri dan ranjau sebelum naik pelamin.

Kami bertunang secara nda rasmi pada tahun 2004. Rasmi pihak lelaki tapi belum rasmi pihak perempuan kerana percanggahan adat dan budaya yang berbeza. Pihak suami aku mau pakai adat dia dan kami sudah tentu mau pakai adat kami juga sebab kelaziman pihak lelaki kena ikut adat perempuan kan? Dan sangat nampak kedua keluarga nda mau kompromi hinggalah akhirnya kami bertunang secara rasmi 2 tahun kemudian. Kau ada? Bertunang dua kali? Hahaha..

Tunang Januari 2006, nikah September 2006. Sepatutnya lebih awal tapi atas permintaan pihak lelaki maka ditunda hingga ke bulan September. Majlis berjalan dengan sempurna.

Boleh dikatakan, segala persiapan perkahwinan aku yang buat sendiri. Masa tu makcik2 aku, apatah lagi mama aku tiada pengalaman mengatur pasal kawin-kawin ni, so akulah yang ulang-alik KK beli kain untuk buat baju pengantin. Mak Andam dan pelamin pun aku yang tempah sendiri.

Apa yang aku nda pernah lupa, perkahwinan kami tidaklah mengundang kegembiraan seluruh keluarga terutama orang tua ku sebab dorang belum bersedia untuk mengahwinkan aku. Dorang masih mau tinguk aku menggapai cita-cita, namun bolehkah kita mengubah takdir? Jodoh? Ajal? Suami aku memang bukan siapa-siapa. Bukan pegawai tinggi, bukan lawyer, bukan pesuruhjaya Polis, bukan bos besar tapi itulah insan yang Allah pilih untuk aku.

Ibubapa mana yang nda mau perkara terbaik diterima oleh anak-anak kan... Tapi alhamdulillah kami bahagia dan aku jauh lebih bertuah dapat suami macam tu... Kenapa pula? Aku taulah, kekekekek! Senang atur juga bos aku ni, so setakat ini kasih ku sinta ku semakin banyak untuk dia.. Hahaha..

Dan gambar-gambar dientry yang lepas itu, haaa itulah kami. Sweet couplekan? Kan? Kan? Siapa nda kan, aku nda kawan! Hehehe.

Sekian entry kawen-kawen ku ni. Kalau nda cukup, minta lagi :p.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 22 February 2012

Gambar-Gambar Terbaik Harnani•Ghazali

tunang januari 2006, umur 21...
kawin september 2006. camera nokia 2mp. 
maaf, gambar kurang jelas.

ada baby nov 2007
pic ni masa aku masi keja lagi.
anak umur 2 tahun.

                                  raya 2010

2010 sepupu ghazali bertunang.
baju ulang siar.

jun 2011 di genting.

genting.

januari 2012.
upperstar, suria sabah.

timpohon gate, kundasang januari 2012. ada meluat?:))
mesilau nature resort, 2012

ilham resort, port dickson, jun 2011. pic kesayangan.

dalam bas ke genting jun 2011.

ulangtahun couple april 2011. sayang pic ni juga.
pic ni semua akan dialbumkan..