Wednesday 27 March 2013

Bersabar Tidak Akan Sia-Sia

Bukti Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Walaupun kita tidak solat 5 waktu, puasa pun blm tentu penuh, kita diduga dengan kemiskinan dan tohmahan orang, tiba masa tertentu, Allah bagi rezeki melimpah-ruah terus ada keta besar, income bulanan yang tetap hasil keja sendiri.

Dulu bergaul dgn org kebanyakan, skg bila nampak lepak di kedai kopi, kawan duduknya orang penting dalam politik dan orang2 bisnes semuanya.

Ya, ramai suda yang aku nmpk bgtu di sekeliling ku.

Dulu anak-anaknya terbiar. Tiada siapa peduli dengan kewujudannya. Bila hidupnya sudah berubah, mereka dilayan bagai VIP. Bila datang kenduri, semua sanak-saudara mahu memegang, mendukung dan menegur anak-anaknya. Semua menunjukkan kasih-sayang.

Dulu bininya pakai baju-baju murah. Rantai/gelang hanya seutas di tangan tu pun yang nipis dan kecik saja. Skg, bila muncul di majlis kenduri-kendara kaum kerabat, hampir setiap darinya dia memakai barang kemas yang baru.

Berkat kesabaran akan tohmahan orang sekeliling dan tidak tinggal saudara-mara dgn hidup miskinnya satu masa dulu.

Sedih melihat manusia begitu memandang kebendaan, kedudukan dan pangkat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 26 March 2013

Cuti dan Itu Ini...

Makin cuti makin sibuk aku rasa.
Kemarin setelkan kain baju yang belum becuci sebelah pagi. Petang ke rmh adik mau jumpa anak buah kecik yg lama nda balik sni sebab tiada penjaga bila adik2 aku sambung belajar. Maghrib baru balik rumah, masak dan tidur.

Hari ni pula, pagi buat laporan kewangan dan harga pakej baru utk diemelkan pada bisnes partner. Petang, aku bezumba...

Ehehehe.... Ada aktiviti baru rupanya patut pun masa pack sangat.

Kain-kain kanopi aku masih betimbun. kira mau suruh bni sepupu basuh tapi lakinya bawa ke Kudat sempena cuti. Ya cousin aku posting sna tp anak bni masi di Pitas. Time cuti ni mestilah bawa dorang kan... Erm, nda apa. Esok aku setelkanla sikit2.

Baru planning mau cuci kain kanopi mama sms minta tlg aku jaga anak buah sebab dia ada urusan ke Kota Marudu. Urm, ni yg gundah ni kena suruh jaga baby. Aku hairan aku penyayang pd anak2 buah tp utk menjaga drg secara individu, aku memang nda tabah. Uiyooo, pening2...

Dan rasa kosong ja cuti ni. Sudahla xda bajet pg becuti, laki pula sibuk kasi training budak2 belasan thn main bola. Yg aku geram, ntah dibayar ntah free peluhnya di situ. Huh!

Ini kebosanan duniawi, jgnlah kita ambil kisah sangat. Dunia ni tetap dunia. Mmg nda banyak nikmat hidup kerana nikmat itu semua ada di syurga. Klu rasa hati gundah-gulana dengarkanlah ayat2 suci Allah. Insya Allah tenteram jiwa, sejuk hati mendengarnya. Larilah iblis yg sntsa menghasut manusia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 24 March 2013

Puteri Canopy: Hasil Kerja 20-23 Mac

Semakin lama kami berkhidmat dalam bidang ini, semakin banyak yang kami belajar. Semakin banyak belajar semakin banyak penambahbaikan. Ya masi belum complete. Dengan peningkatkan jualan step by step, pasti tempahan akan datang mendapat sentuhan yang lebih berkualiti hasil dari apa yang kami belajar dari kekurangan/kelemahan sebelum ini.

Terima kasih kepada yang terus menyokong kami.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puteri Canopy: Hasil Kerja 20-23 Mac

Semakin lama kami berkhidmat dalam bidang ini, semakin banyak yang kami belajar. Semakin banyak belajar semakin banyak penambahbaikan. Ya masi belum complete. Dengan peningkatkan jualan step by step, pasti tempahan akan datang mendapat sentuhan yang lebih berkualiti hasil dari apa yang kami belajar dari kekurangan/kelemahan sebelum ini.

Terima kasih kepada yang terus menyokong kami.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 23 March 2013

Majlis Kahwin: Adakalanya Kita Jangan Berkira Pasal Duit

Musim kawin telah tiba. Cuti seminggu sudah tentu majlis ada di mana-mana. Yang kita kenal ataupun tidak. Yg kita dijemput ataupun tidak. Dlm fb rakan2 mengupdate beberapa majlis yg dihadiri masing2. Selamat pengantin baru kpd yg melangsungkannya hari ini.

Secara umum aku mau selitkan sesuatu sempena musim kawin ni.

Aku tak tau kalau bacaan ini sesuai untuk semua tapi di kawasan setempat ku ini mungkin sesuai utk dijadikan sedikit pedoman. Nasihat untuk diri-sendiri jugak.

Sejak terlibat secara langsung dalam perniagaan yg berkaitan dengan perkahwinan, banyak gelagat yang diperhati.

Majlis vs keluar duit banyak.

Majlis vs mau segala2nya perfect.

Majlis vs servis dari perniagaan yang berkaitan, kanopi/pelamin/katering dll.

Zaman masa kini budaya gotong-royong adakalanya sukar di lihat disesuatu kawasan. Mungkin faktor dari kita sendiri yang malas tunjuk muka di majlis orang maka orang juga xmau tunjuk muka di majlis kita.

Boleh jadi juga kita sentiasa memenuhi undangan setiap majlis kenalan tp ternyata kenalan kita tidak membalasnya dengan memenuhi undangan kita pula.

Mungkin juga kita memenuhi undangan tapi hanya dtg, duduk, makan kemudian pulang tanpa menyumbang sama ada duit ataupun tenaga maka org juga akan membalas perbuatan yg sama. Maka jika ini berlaku, apakah yag patut kita harapkan agar majlis berjalan dgn lancar sedgkan kita senang-lenang tidak terlalu pening mempastikan majlis berjalan spt yg dirancang.

Kalau kita bukan org mampu, maka ringan2kan kaki dan tangan ke majlis kenalan dan bantulah apa yg patut di bahagian dapur. Jika x mampu menghulur tenaga maka hulurlah ringgit seberapa yang kita mampu dan sesuai dgn majlis.

Di majlis kita juga begitu. Jika rasa2nya kita malas untuk mengatur segala perjalanan majlis, silalah ringan2kan tangan melayangkan sedikit wang ringgit dan amanahkan tugas berbayar kepada sesiapa yg berkenaan.

Jika malas masak, hubungi katering runding harga makanan dan servis melayan tetamu makan sekaligus supaya kau tidak berdengus bila katering sampai, ampai makanan dan terus hilang! Kau terpinga2 apa nak buat dengan longgokan periuk belanga yang penuh dgn nasik dan lauk-pauk. Oh baru teringat, aku hanya bayar upah memasak! Kemudian kau suda pening mau suruh siapa handle periuk belanga tu sedangkan tetamu yg hadir hanya tau duduk menanti majlis bermula. Yang ada pun orang2 tua sahaja... Nda kau bingung? Tiba-tiba kau menympah seranah si katering sebab begitu biadap di majlis mu. Ya terus lupa kau hanya bayar utk upah masak! :p

Kedua, untuk setting susun-atur kedudukan majlis; bangku, meja dll.

Jika sedar kau tiada kakitangan yang bertugas silalah berunding dan ringankan tangan kepada penyedia kanopi untuk mengatur secara keseluruhan susun-atur majlis yang tidak termasuk dalam perkhidmatan mereka supaya, kau juga tidak terpinga-pinga meja tetamu sudah cantik tapi kerusi-kerusi yang mungkin disewa/dipinjam di pihak lain masi bertaburan. Anak mahupun menantu yang sepatutnya boleh diharap melakukan tugas itu hanya berdiam diri. Berasa canggung melakukan kerana tidak biasa bergotong-royong.

Pokok pangkalnya, ringankan tangan untuk melayangkan beberapa helai wang bagi sedikit upah kepada anak-anak jiran atau juga tambahkan sikit kepada caj perkhidmatan kanopi untuk mengaturkan hal-hal di luar jangkaan. Kalau rasa-rasa idea ni buruk sekali, sila fikirkan cara mu sendiri sebelum terkena batang-hidung kau. :p

Pengalaman aku sendiri sebagai peniaga kanopi, bila pekerja ku tiba2 menerima arahan dari tuan rumah melakukan kerja-kerja yang tidak termasuk dalam servis kami, kelatnya muka krew aku...

Yalah, dorang tau itu tugas yang tidak dibayar, mereka terpaksa lakukan padahal badan sudah rasa patah-mematah berhempas-pulas dgn tugas dari majikan yang sah. Aku suruh dorang buat kerja lebih, aku byr lebih tapi bila ada pihak lain yg cuba ambil kesempatan, aku kurg sng hati melihatnya tapi dari sudut yang lain kasihan melihat tuan rumah yang pening sendiri dgn perjalanan majlis. Hendak dibantu, sendiri juga sudah tidak mampu tenaga. Hendak disuruh pekerja aku, memang liatlah jawabnya sb tau itu tidak termasuk dlm tugas hakiki tapi sekurg2nya kalau ada tip tambahan mungkin berbaloi skit. Krew aku pun akan melakukannya dgn gembira wpun sudah penat jika tahu ada tip utk tugas tambahan.

Pendek kata, kita janganlah berkira. Kita kena fikir, tak mampu dengan tenaga kita lakukan dengan wang. Golongan yg selalunya tak mampu tenaga ni merupakan golongan yang tiada senarai dalam e-Kasih.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 17 March 2013

Lady Mariah.jpeg

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kita Merancang Tuhan Menentukan

Aku betul2 maukan ketenangan hidup skg ni... Dan kamu taukah bahawa hanya rumah yang selesa boleh membuatkan aku tenang. Hidup ini bermula dari rumah. Tidak semestinya rumah tu hebat sangat dan mewah, asalkan selamat, selesa dan kemas sudah cukup bagi ku (konon tapi design rumah yang bakal dibina sangatlah boleh tahan...).

Actually, aku keliru sangat... Aku nda bulih tunggu lama untuk bikin rumah. Baru dapat rasa bila keja sendiri payah dpt pembiayaan. Kau income ribu2 sebulan pun tanpa meminjam duit di mana2 kau kena tunggu bertahun utk simpan duit barulah boleh tanggung biaya perbelanjaan yg kau maukan.

Mungkin Allah ingin menduga kesabaran ku. Kamu tau? Sblm start buat rumah kami yg ala kadar tu, aku mau minta bikin rumah biasa dulu di kg tapi yg aku pelik sangat ni, tiap kali cari tukang mesti semuanya sibuk. Aik, bikin rumah buruk pun xda tukang? Melampau sgt aku rasa. Aku mau buat rumah kayu bulat ja ba. Kayu yang nda payah beli di mana2 just upah org cari dalam hutan sekaligus dengan membinanya.

Rumah utama tu kena tunggu sikit masa lagi, baru dapat start. Skg masalah dia ialah, duit blm berapa cukup. Doakan rezeki kami bertambah dan apa yg aku rancangkan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 14 March 2013

Mari Kita Cerita Ex... Hehe

Macam terlambat sudah aku mau tulis2 pasal entry sinta-sinta ni ba sb aku sdh kawin tp macam mana juga kalau ada sesuatu yg aku mau sampaikan. Mungkin berbentuk 'sesuatu mesej mahupun hanya cerita penglipur lara, terpulanglah sama kamu menilainya...

Ni kali aku mau sakap pasal putus sinta ba... Harap maklum pada pembaca semenanjung Msia sinta tu bermaksud Cinta. Huruf C yg aku pi suka2 ati tukar S tu kununnya pelat bagi kita urang Sabah lah kan? Siapa paham tu baguslah, yg nda paham korang pandailah kasik bunyi S=C, oke! Sajalah xmau taruk tu huruf C mcm jiwang sangat kalau pakai huruf formal.

Let's go!

1st time aku becinta kan masa umur aku 9-10 thn la gitu ; pada tahun 1994-1995 la kali tu. Aku ada dua kampung, sbnrnya. Satu kg tmpt aku menetap dan satu lg tmpt kbnykn klrga ku berpindah. Kg ke2 tu tmpt nenek2 dan kbnykn klrga rapat menetap slps berpindah dr kg lama. So bila cuti kami selalu ke kg nenek. Sna best, ramai geng x kira lelaki perempuan. Rumah saudara-mara berdekatan so kampung rasa meriah. X sma mcm kampung ku sb penduduk pun duduk jauh2 kwn pun x ramai.

So kg nenek ku ni kan ada sorg 2 pupu aku yg ngorat2 aku tp kami konon on off couple gitu. Kejap putus kejap sambung blk. Msa tu feeeling blm sebati sgt sb cinta budak2, suka yg gitu2 ja xda perasaan mendalam. Suka ketika bjumpa dan lupa ketika aku sdh blk ke kg ku. Eheee. Bila aku ke kg nenek, aku ni jd perhatian skit sb jrg ada sna. Wpun aku smsa kecik hitam legam tp mgkn aku jrg di sna so drg rsa aku menarik dan lain kali haha..

Pastu yg aku kira cinta yg ada felling msa aku drjh 5, 1996. Aku becinta sma budak drjh 6. Ni mmg ada feeling. Wpun hari2 jumpa main kirim2 surat gitu. Bila balik sekolah mesti adalah surat yg dibagi sb msa sekolah nda berani bejumpa. Becakap pun malu2 dan kejap sja. Bestnya budak2 dlu becinta xdanya mau becium bepeluk belobait semua tu mcm budak2 skg buat. Adoi, umur baru brp tp sdh pandai main sium2 tu semua. Bensi oo! Dari jauh klu nmpk boipren terus lari betapuk sb malu sangat! Kan? Hahaha. Tu pasal main kirim surat sja.

Yg ni bertahan selama 2 tahun la. Boipren ku sdh masuk form1 dan kami x sdh jumpa pun, masi jg cinta karas kunu. Hehe. Setialah katakan. Last2, bila aku sdh form1 dan dia form2, 1998 aku putuskan dia sb dia suka jeles2kan aku sama classmate dia. Time tu, aku sudah mula benci dia sb perangai dia masih kebudak2an dipandangan mata ku. Yalah, xda2 hal mau kasi jeles2 aku, mmglah geram. Lama2 aku bosan tingu dia bgtu, aku kasi putuslah konon. Apapun, kami masi jadi kawan sekampung, time dia form3 pun masi bekawan sma budak2 sekolah rendah main di bawah kulung hehe. Langsung xda hati aku mau balik sma dia wpun dia sntsa mau mengurat2 hehehe. Pasal perangai kebudak2an dia yg keterlaluanlah kononnya... Bijak kan aku menilai lelaki masa tu? Skg? Hemmmmm!

Kamu tau apa jadi budak tu skg? Dia sudah jadi polis dan perangainya 360 darjah berubah! Skrg dia sgt baik dan perangai pun gud very gud lah. Tapi yg aku respek dia smp skg, dia x prnh masam muka dgn aku. Klu balik kg dia akan cari aku tanya kabarlah semua. Layanan dia x prnh berubah wpun dia skg pun sudah kawin. Ya dia antara ex aku yg terbaik buat masa ni! Tidak berubah!

Pernah sekali, kami terserempak di restoran. Dia dgn bni dan cousin2nya makan semeja, aku dgn suami. Dia tegur aku mcm biasa depan bni dia, dan dia tarik aku pg kereta semata2 dia mau kasi tinguk aku anaknya. Sekali lagi, depan bninya dan depan suami ku, okey! Aku terkulat2 ba kena buat bgtu takut salah satu psgn kami cemburu. Nasiblah nda. Dia btl2 xprnh berubah. Dari dulu baik sampailah skrg.

Slps putus dgn dia time budak2 dlu aku hanya bercinta dgn 3 org sja dan ke4 dgn suami dan terus kawin. See? Aku mmg x aktif becinta, bkn mcm kwn2 yg lain, 5 thn di smk 5x jgla tukar boipren. Tp ketiga2 percintaan aku sblm kawin tu ndalah membawa feeling putus cinta yg sampai menjejaskan hati dan perasaan ku. Masa tu aku ada satu prinsip, aku cinta org yg cintakan aku. Xmau cinta, jgn paksa, tinggalkan sja. Tu psl, aku klu putus cinta dlu ndala merana sgt.

Tp kan, x semuanya ex ni sanggup berkawan dgn kita rupanya... Ada juga yg lain btl tabiatnya.

Paling menyakitkan bila kita sdh xda apa2 dgn org tu tp masi perlu berurusan dgn dia hari2 dan dia pula selamba buat mcm x prnh kenal kita pun. Langsung xmau menjaga hati wpun perpisahan berlaku secara baik.

Come on la... Perlukah buat macam tu? Apa beza dia dgn ex2 aku yg lain? Dia hebat sgt ka?

Kalau ya pun sudah tak cinta x payahlah berlagak yg kita ni langsung x prnh muncul dlm hidup dia sbg org yg istimewa. Lu jiwang la bro...

Kah kau masih ada hati dgn aku?

Pendek kata: HENTIKAN BERLAGAK!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 9 March 2013

Lupakan! Lupakan! Lupakan!

Sejarah lama patutnya jangan lagi menjelma di kepala dan paling penting jgn lg muncul dihati...

Memulainya mudah tapi mengakhirinya sangat sukar.

Mari bina hidup baru.

Hidup tanpa bayangan kisah lalu yg tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Kisah yg boleh menjadi penghancur kehidupan kita.

Ku doa, jika ia baik utk ku dan agama ku maka aku harap Allah jadikanlah ia utk aku.

Klu tidak, ya Allah tolonglah aku memadamkannya dari hati ku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 8 March 2013

So, What?

Aku tak mau lagi update pasal si Kiram. Jemu, jenuh sudah aku dibuatnya... Menyampah lagi sb PRU semakin lambat berlangsung. Malas suda dgr isu politik... Mari kamu sni, aku update pasal diri aku lagi bagus.

Aku?

Masih rutin meniaga kantin seperti biasa.

Rumah?

Belom... Belom setat buat lagi.. Sabar kamu ya. Kita sama-sama bersabar. Biarlah lambat asalkan planning sudah cantik2 bikin.

Bisnes?

Cuti sekolah ni dptlah job satu pakej yg boleh tahan tp yg nda boleh tahan tu banyak pula barang baru kena beli sampai melebihi harga pakej. Its ok, kalau mau maju kenalah keluar fulus mana yang berpatutan. Wpun kali ni xda untung tapi aset sudah bertambah, next time volume pun up... Pandang ke depan jangan pandang bwh kaki ja.

Apalagi?

Skg ni apa yg aku mau berlaku secepat mungkin ialah satu persekitaran baru yang menenangkan hati dan sekaligus menenangkan hidup ku.

Kamu tau ka kenapa aku mau pindah ke kampung? Bukan... Aku bukan merajuk dengan siapa2. Aku baik sudah ni, yg lepas usah dikenang. Kita teruskan perjuangan.

Mari aku bgtau kenapa aku mau pindah di kampung.

Bila malam suasana hening...
Tika bulan mengambang kau akan lihat kabus di sekeliling rumah yang muka buminya berbukit...
Dinginnya seperti di Kundasang...
Apabila fajar mula menyinsing, kelihatan kabus memutih dan suci...
Embun membasahi bumbung rumah yang tidak bersiling, menitis tepat ke dahi suami ku yg berbaring di bilik...
Bila ku memandang sekeling, pandangan bukit-bukau nan mempesona...
Ya Allah, inikah yg aku cari selama ini?
Inikah ketenangan yang Kau beri?
Ya, dialah...
Aku sudah jumpa apa yang aku mau...

Tamat.

Haaa, itulah segala jawapan.

Sebelum ni, aku tercari-cari arah.

Keja gomen...
Resign pulak...
Bawa diri di KK...
Balik kampung pulak...

Masih aku nda dapat menduga apakah kehidupan yg aku maukan?
Dan di mana kan ku dapatkannya?
Tahun 2013 telah menemukan aku, jalan yg sebenarnya aku lalui.
Destinasi yang nyata aku datangi.

Aku penat sudah pindah-randah. Berhijrah dari satu kehidupan kepada satu kehidupan yang lain. Aku hanya maukan ketenangan. Semoga Allah meminjamkan aku nikmat itu.

Harap2 di sinilah aku menetap, membesarkan anak, mencari rezeki dan tidak lupa utk menambah anak. Insya Allah. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 1 March 2013

Sempena Tragedi 1313 Lahad Datu

Aku tiada komen panjang dengan isu ni, rasanya semua orang dpt update dari fb mahupun twitter.

Setakat ini sudah 2 orang polis komando terbunuh dan gambar salah seorg daripadanya allahyarham Inps. Zulkifli ada tersiar di twitter kemudian di fb. Rasanya gambar hari raya bersama isteri dan 2 org anak kecil.

Sangat2 sayu hati melihat dan memikirkan insan mulia yang terkorban itu.

Apa sudah jadi dengan Sabah?

Aku meragui adakah Sabah masih ditahap selamat selepas ini kerana populasi rakyat Sabah yang sebangsa dengan penceroboh bukan sedikit jumlahnya di negeri ini. Kenapa? Inilah sejarah politik yang menyebabkan mereka menjadi warga di sini tanpa kelayakan yg sah. Jika mereka bangkit ingin menuntut bela apakah nasib rakyat pribumi?

Sangat terkilan dengan permainan politik dulu dan inilah akibatnya.

Cuma yang aku harapkan, agar pilihanraya umum dpt dijalankan secepat mungkin utk mengakhiri semua masalah ini. Rasanya lagi lambat ia berlangsung, lagi banyak isu dan masalah akan timbul.

Ya Allah lindungilah bumi bertuah ini. Singkirkan pengkhianat2 negara. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sempena Tragedi 1313 Lahad Datu

Aku tiada komen panjang dengan isu ni, rasanya semua orang dpt update dari fb mahupun twitter.

Setakat ini sudah 2 orang polis komando terbunuh dan gambar salah seorg daripadanya allahyarham Inps. Zulkifli ada tersiar di twitter kemudian di fb. Rasanya gambar hari raya bersama isteri dan 2 org anak kecil.

Sangat2 sayu hati melihat dan memikirkan insan mulia yang terkorban itu.

Apa sudah jadi dengan Sabah?

Aku meragui adakah Sabah masih ditahap selamat selepas ini kerana populasi rakyat Sabah yang sebangsa dengan penceroboh bukan sedikit jumlahnya di negeri ini. Kenapa? Inilah sejarah politik yang menyebabkan mereka menjadi warga di sini tanpa kelayakan yg sah. Jika mereka bangkit ingin menuntut bela apakah nasib rakyat pribumi?

Sangat terkilan dengan permainan politik dulu dan inilah akibatnya.

Cuma yang aku harapkan, agar pilihanraya umum dpt dijalankan secepat mungkin utk mengakhiri semua masalah ini. Rasanya lagi lambat ia berlangsung, lagi banyak isu dan masalah akan timbul.

Ya Allah lindungilah bumi bertuah ini. Singkirkan pengkhianat2 negara. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.