Thursday 29 November 2012

Fw: nani, rahsia dari hutang kepada JUTAWAN!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: "Mohd Nizam & Norazlina" <alin0179@gmail.com>
Date: Thu, 29 Nov 2012 11:20:48
To: <nanialing@yahoo.com>
Subject: nani, rahsia dari hutang kepada JUTAWAN!

Salam nani,

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang!
Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup
yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh
anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya
rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa
beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan
saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang
terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah
berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas
sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa
senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang
yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang
yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,
kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk
membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.
Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan
paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang
No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada
hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang
kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke
senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada
RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja
hutang pertama anda habis.

nani, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam & Norazlina

PS: Dengan sistem saya, anda boleh hapuskan
hutang dengan lebih cepat. Oleh itu anda tidak
perlu lagi risau bagaimana nak bayar hutang
setiap hujung bulan.

Bayangkan jika tiada hutang, anda boleh simpan
wang di ASB, melancong dan beli apa yang anda
mahu.

Beberapa jawapan yang mungkin anda mahukan...

>> http://rahsiakekayaan.com/bukti


Testimoni daripada Fadzli, Ampang..

\"FLB Pro adalah satu sistem genius yang mampu
menambah pendapatan pasif saya. Tidak perlu
berjumpa orang, dan saya hanya menjalankannya
secara part time sahaja. Bukan SCAM yang didakwa
oleh sesetengah orang yang tidak percaya malahan
tidak mahu mencuba formula yang sungguh luar biasa ini.
Dengan modal 3 angka, saya telah mendapat RM2200 dan
mampu menjana 4 malah 5 angka pendapatan.
Terima kasih Nizam, you are the best!!!\"
-Fadzil, Ampang Selangor


Lihat bukti terkini income saya dengan sistem eksklusif...

=> http://rahsiaduitmudah.blogspot.com/







(c) Hakcipta Terpelihara
------------------------------------------------
To remove yourself from future mailing, click the link below.

http://www.ecommercemastery.com/boxlist/remove.php?u=19960cc

Tuesday 27 November 2012

Aku Bukanlah Ibu Yang Terbaik Tapi Aku Cuba

Jangan dipandang enteng peranan surirumah juga jangan dipandang rendah seorang isteri yang tidak bekerja.

Kalau kamu mau tau sampai sekarang aku masih ada trauma bekerja. Kamu rasa aku telampau serius pasal ni padahal kamurang steady saja bekerja sampai pencen? Urm, mungkin tapi kamu perlu tau kita sama spesis manusi tapi hati kita lain-lain.

Sekali lagi aku tegaskan di sini, aku bukan ibu yang terbaik tapi aku cuba dengan meninggalkan kerjaya yang nda seberapa lalu menumpukan perhatian kepada anak yang sedang membesar masa tu.

Tugas seorang ibu dan isteri bukan mudah apalagi kalau ada suami yang kurang memahami tugas kita lalu aku memilih apa yang terbaik.

Kamu cakaplah aku bodoh dan silap buat pilihan tapi bagi aku, selepas bergelar ibu dunia anak ku lebih penting daripada harta dan kemewahan di dunia! Biarla kais pagi makan pagi asal saja anak aku tidak meraung melalak kerana ditinggal ibu bekerja.

Situasi ini juga sedang melanda adik lelaki ku. Isterinya bekerja sebagai jururawat dan selalu keja syif malam. Runtun hati bila dua orang anak 2 thn dan si adik 6 bulan meraung di tengah malam mencari si ibu. Keluar balik trauma ku. Ya Allah, memang aku tidak kuat melihat situasi ini. Siapalah lelaki yang boleh menangani situasi begini melainkan isteri juga. Apatah lagi di kala hati suami sedang tergila2kan perempuan lain, seberapa kuatkah isteri mengadapi semua ni? Nasib baikla, ada adik kami yang masih menganggur, doranglah yang bantu jaga anak-anak buah.

Hidup kami tidak mewah tapi aku bersyukur tidak lagi melalui situasi-situasi yang sukar untuk anak. Rezeki saja yang belum ada untuk aku ada baby balik tapi aku tidak terfikir lagi untuk kembali bekerja. Biarlah aku dengan anak-anak saja. Allah pasti suka dengan pilihan ini. Aku yakin!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 26 November 2012

Asam Garam Gula Kehidupan

Allah menciptakan manusia dengan amanah dan tanggungjawab. Kita adalah hambaNya dan kita ada kewajipan kepada agama. Selain itu, selepas Adam dan Hawa diturunkan ke dunia, manusia mulai mempunyai kewajipan duniawi pulak. Kita ada perjuangan hidup dan semakin lama, zaman semakin berubah.

Kalau dulu manusia hanya hidup untuk membiak dan meneruskan hidup tapi kini manusia mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan dalam hidup. Inilah perubahan zaman yang berlaku.

Kni kita perlu bersekolah, bekerja kemudian berkahwin dan mempunyai anak. Dalam mengharungi hidup berbagai rencah hidup kita akan hadapi. Pahit dan manis, suka duka dan macam-macam. Tiada manusia yang tidak diberi dugaan di dunia ini kerana kita semua hamba Allah dan Allah Maha Adil cuma setiap dari kita ada cerita berbeza.

Jangan mencemburui kebahagian orang lain, dan jangan terlalu meratapi kesukaran hidup yang kita hadapi. Allah Maha Mengetahui tapi percayalah kita semua manusia biasa, kita semua akan menghadapi waktu-waktu sukar kita. Kita harus berpijak di bumi nyata. Kita mungkin tidak lahir sebagai orang kaya, orang cantik atau berbagai kelebihan yang menonjol tapi hidup kita ada keistimewaan tersendiri yang belum pasti ada pada orang lain.

Aku juga sudah melalui pelbagai kesukaran. Anataranya, pembelajaran, percintaan, pekerjaan dan kini perkahwinan. Bila diusia ini, cabaran utama ku ialah untuk mencapai sesuatu dan ingin menghadiahkan rasa bangga kepada orang tua. Bukan aku saja mungkin anda-anda semua juga begitu.

Ya ada kesukarannya... Apa yang penting kita bukakan minda kita, positifkan pemikiran kita dan jalani semuanya dengan hati yang rela. Mengadu kepada Allah, insya Allah ada jalannya.

Selamat berjuang!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 17 November 2012

Perlukah Berubah?

Penat.

Aku bukanlah orang penting dalam sesuatu majlis keluarga sama ada besar atau kecil namun setiap penglibatan memerlukan tenaga.

Kalau majlis kahwin, aku hanya jadi tukang potong-potong sayuran dan membasuh pinggan-mangkuk namun bayangkanlah 4-5 hari berturut melakukan hal yang sama. Melebihi 12 jam sehari jika disiplin dengan masa kehadiran, penat bukan.

Aku berfikir kalau turn aku pula mengahwinkan anak nanti... Macam manalah agaknya. Dengan keadaan diri yang bukanlah arif sangat di dapur, rasa macam tak patut mengharapkan jiran tetangga menjayakan majlis yang sudah tentu sangat memenatkan. Malah aku sendiri mungkin tidak mampu menanggung kepenatan sebegitu.

Memandangkan budaya di sini lebih suka mengadakan majlis kahwin di rumah sendiri, tidak menggunakan perkhidmatan catering, oh tak dapat ku bayangkan kalau aku adalah tuan rumah. Haha.

Untuk mengubahnya, aku fikir upah saja tukang masak, tukang buat air, basuh pinggan. Bagi yang biasa buat keja bosanlah nanti tiada apa yang perlu dibuat tapi bolehla dorang menghadiri majlis dengan lebih bergaya. Ahli keluarga juga selesa bersuka ria sebab aku tengok, jam9 malam ahli keluarga terdekat masih belum tukar baju lawa. Kesian. Kalau majlis belah family aku, sebelum pengantin datang kami sekeluarga sudah bersiap lawa-lawa bagi menyambut kedatangan rombongan pengantin.

Lain tempat lain cara. Adakah aku mengikut kebiasaan mereka atau mengikut cara ku sendiri?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 10 November 2012

Bertukar Persepsi

Sebenarnya laki aku sangat kaki bola dan gila bola. Tiada salahnya pada kegilaan ini tapi aku rasa minatnya agak keterlaluan hingga mengganggu perancangan hidup yang melibatkan masa depan yang terjamin.

Dulu laki aku memang bercita-cita tinggi mau jadi pemain bola negeri dan kebangsaan. Ianya tercapai di peringkat sekolah menengah kemudian terkubur semasa remaja hinggalah sekarang. Namun di kampung, setiap anjuran piala dorang nda missed ikut dan di daerah Pitas, team dia merupakan team kedua teratas. Setiap anjuran besar klu bukan johan team dia akan jadi naib johan.

Pada satu hari, seorang bekas coach kelab bola sepak di Norway, Harald Vinnes juga seorang konsultan perniagaan datang ke Pitas untuk mencari pemain bola sepak yang berbakat. Laki aku mengikutinya dan terpilih. Si Harald, 58 tahun ni sudah dilantik oleh SAFA Kudat sebagai pengurus dan ketua jurulatih untuk menubuhkan kelab bola sepak bagi menyertai Liga Perdana 2014. Kelab ini nanti di bawah naungan syarikat si Harald, pemain akan dibayar gaji tapi setakat ini kelab ini belum didaftar secara rasmi dan sebarang bayaran kepada pemain pun belum dibuat kerana bajet untuk kelab belum sampai.

Sekarang separuh pemain tinggal bersama di rumah coach dan makan minum sendiri tanggung. Sudah 3 minggu dorang menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebagai meningkatkan kemahiran bermain. Sesetengah pemain yang berbakat belum berpengelaman luas bermain di padang dan mereka masih di peringkat pendedahan dan pembelajaran teknik permainan.

So, bila tiada sebarang bayaran dibuat malah makan minum adalah tanggung sendiri dan juga pengangkutan, aku rasa hal ini membuang masa dan merugikan.

2 minggu angin ku kurang baik terhadap suami sebagai tanda tidak setuju bila dia meneruskan latihan di daerah Kudat (2 jam perjalanan dari Pitas). Minggu ke3 iaitu minggu ini, pada Rabu lepas aku membuat kunjungan ke Kudat. Berkenalan dengan coach dan semua pemain malah tinggal serumah dengan mereka selama 2 malam dan menyaksikan 2 persahabatan dan sekali latihan bermain dan sekali latihan kecergasan di tepi pantai.

Dalam masa 4 hari, persepsi ku pada penglibatan suami kali ini benar-benar berubah kepada sokongan hampir 100% ! Kerana melihat semangat dan kesungguhan dorang pada permainan. Bakat-bakat muda yang mencuit hati bila melihat dorang beraksi dipadang amat-amat menggamit rasa.

Betul kata coach, masa depan bola sepak di Malaysia cerah namun banyak dipolitikkan. Penglibatan swasta masih kurang lalu membataskan perkembangan sukan ini ke peringkat lebih tinggi sedangkan bakat di sini sangat semulajadi.

Kerajaan bukan tiada peranan di sini, ada dengan peruntukan-peruntukan tertentu tapi bila orang-orang yang terlibat tidak berjiwa sukan sepenuhnya hanya berjiwa duit maka, inilah jadinya. Semuanya tidak ke mana. Bakat-bakat muda tidak dapat didedahkan sepenuhnya. Potensi yang ada dibazirkan begitu saja.

So aku doakan supaya Allah melimpahkan rezekiNya kepada pasukan ini. Semoga coach Harald boleh merealisasikan kelab ini seterusnya berjaya menyertai Liga Perdana 2014 dan memberi pendapatan lumayan kepada pemain!

Wahai pemain Kudat Vickings, bersinarlah... Bersinarlah...!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 5 November 2012

Birthday Girl

05.11.2007 jam9.50 pagi aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75kg. Sepatutnya due ku 24.11, alhamdulillah aku bersalin 19 hari lebih awal dengan bayi yang sihat dan comel.

Semalam, 5.11.2012 bayi itu sudah pun membesar dan kini berumur 5 tahun.

Itulah satu-satunya buah hati buat masa ini DayangKu Zairatul Nadia binti Ghazali. Abahnya bagi ucapan semalam, "happy birthday anak babah, seniga cepat-cepat dapat adik". Hehe.

Aku merancang dengan makan pil hanya setahun lapan bulan ja, pastu aku stop untuk tujuan mau sudah ada anak kedua. Terlajak pula, sudah 3 tahun masih belum mendapat lagi. Apa nak buat, kuasa Allah. Kita usaha sajalah.

Planning akan datang, kalau pregnant anak kedua nanti, direct teruslah untuk yang ketiga. Tak mau lagi rancang-rancang. Aku bukan wanita subur. Ada empat anak, cukuplah. Kalau larat, nanti boleh tambah dua lagi, maksimum enamlah. Wah, bolehkah aku handle anak ramai ni? Baru sorang pun beperang ja kerja kami hehehe. Aku ni garang kalau di rumah. Mudah-mudahan dapatlah rezeki secepat mungkin, amin.

Semalam, ibu mertua yang menyediakan kek dan buat sup tulang sebagai juadah harijadi. Ipar aku buatlah soto sikit. Aku sudah bagitau, 13hb baru sambut bday Nadia sebab abahnya tida di sini. Abahnya suruh tunggu dia balik baru sambut tapi sudah dorang buat, so oklah. Aku nda taupun dorang mau sambut sebab kemarin sehari suntuk aku di luar, pagi-tengahari bawa adik review ngan doktor (patah tangan), pastu bawa dia daftar form 1 pula. Kena tunggu dia habis orientasi sesi petang jam5.30 baru aku balik rumah.

Terima kasihlah pada mak dan kakak-kakak ipar sudi adakan sambutan semalam. Aku datang, tinggal makan ja :p.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 1 November 2012

Meneroka Khasiat Minyak Kelapa Dara Cara nanialing

Mula-mula kawen dulu, baru seminggu kot... Aku masi ingat lagi bila kami dipanggil untuk menghadiri taklimat projek dari Kerajaan Persekutuan yang dikendalikan oleh JPPS masa tu di Marudu Inn, Kota Marudu.

Selepas selesai taklimat, pegawai JPPS sempat mempromosikan produk minyak kelapa dara yang pada masa itu (2006) produk ini baru juga dihasilkan.

Tidak banyak khasiat yang difahamkan kepada kami hanya satu iaitu dijadikan pelincir seks!

Ya pelincir seks!

Aku nda ingat berapa harga yang ditawarkan masa tu tapi agak mendapat sambutan hangat daripada kontraktor2 yang hadir dan ada diantaranya yang terus membeli beberapa botol. Aku saja yang tidak berbuat apa-apa kerana masih memegang status pengantin baru dan dalam fikiran aku, aku belum perlukan pengetat ataupun pelincir. Buat masa ni semuanya ditanggung *beres! Haha. Maka senyaplah pasal minyak sehinggalah pada satu hari.

Hari yang aku maksudkan itu ialah, pada tahun lepas. Aku dan suami menetap di Kota Kinabalu dan sedang window shopping di Kompleks Karamunsing.

Jalan punya jalan lalu di sebuah kedai jamu. Mula-mula aku tertarik pada satu krim *pepek bernama Ayuzip. Benda ni utk mengetatkan sewaktu *bersama. Mahal jugaklah tapi kuantitinya sikit sahaja. Di situlah aku terpandang sebotol minyak kelapa dara. Botol spray sebenarnya. Harga rm27 jika tidak silap. Dalam 100ml saja isinya. Aku tergerak hati untuk membeli teringat kepada pegawai JPPS 5 tahun lepas.

So aku beli dan pakailah pada *waktunya. Oh, yeah! Sungguh tidak mengecewakan dan dari hari itu hinggalah saat ini, tidak lengkap rasanya jika tidak ada minyak itu di bilik tidur ku. Apatah lagi di Pitas (kami menetap di kg semula) ada pengilang MKD (minyak kelapa dara) yang sangat murah. Hanya RM10 untuk 150ml!

Baru-baru ini, sorang kawan aku mengupdate gambar bbm dia (DP). Semakin cerah mukanya padahal kulit kami lebih kurang ja (Jijah). Aku tegurla, ingatkan pasal dia minum calogen dust dan vit c, tapi dia bilang dia sudah stop kalogen dan skg dia combine vit c + MKD/VCO soft gel. Oh my......... Me sangatlah jeles k. Me gugel la pasal VCO soft gel tu dan membaca beberapa testimoni dari web tu. Orait, me perlu buat sesuatu lepas ni.

Apa dia, MENEROKA MINYAK KELAPA DARA CARA nanialing!

So biar aku ceritakan serba sedikit tentang kegunaan MKD/VCO.

Utk kegunaan seks, yup! Pelincir:

Bagi yang dah kawin sama ada dah sah nikah ataupun kawen belum sah tu, op kos korang buat seks kan? Kalau yang jarang tu no hal, kalau yang agak kerap mesti ada something yang mengganggu. Betul tak?

Kalau bukan kekeringan, keperitan.. Biasalah tu.

So mkd ni boleh mengatasi maslah itu. Korang sekslah berapa kerap pun (iklan ini tidak sesuai dibaca oleh pelaku seks bebas) no problem. Mkd bukan saja melicinkan anu malah mengelakkan rasa pedih disebabkan geseran ketika seks. Tiada lagi rasa pedih dan seks boleh dilakukan sekerap yang anda mampu. Bukan itu sja, mdk membantu wanita mencapai klimaks lebih cepat dan membantu cik abang tahan lama. Caranya: sblm *bersama silalah sapu atau titiskan saja ditempat strategik. Jika rasa mengering boleh titiskan lagi. Lebih banyak lebih enak! Opps! Hehe.

Kedua, dari segi kecantikan:

Oleh kerana aku malas mau beli soft gel secara online, maka langkah awal yang aku ambil ialah menjadikan MKD yang aku ada tu sebagai pelembap muka siang dan malam.

Kepada pengamal kosmetik yang pemalas macam i tapi masi berangan awet muda, cubalah mkd. Kulit jadi licin, halus dan glowing dengan minyak kelapa dara.

Caranya: selepas membasuh muka dgn facial wash, tanpa menggunakan toner terus titiskan setitik atas tapak tangan, ratakan pada tapak tangan dan urutkan ke serata muka menghala ke atas. Urut sehingga anda rasa ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan. Selepas 15 jika rasa berminyak boleh bilas dengan air. Kalau tak rasa berminyak, biarkan macam tu ja. Gunakan setiap hari siang dan malam. Murah dah mudah. Minyak ni juga bertindak sebagai anti penuaan.

Selain itu, boleh jadikan losyen bdan dan minyak rambut.

Untuk keterangan lanjut sila gugel sajalah ya.

Tips ini adalah yang dipercayai secara peribadi, berdasarkan info yang diperolehi diinternet dan testimoni sendiri. Jika ragu-ragu, lupakan saja.

Itu saja untuk kali ini, selamat mencuba.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.