Friday 31 August 2012

Banyak Kekurangan

Ibubapa ku mualaf.
Kami dilahirkan selepas mereka memeluk Islam.

Kami memang hidup dalam budaya Islam tapi oleh kerana kami baru generasi pertama dan kedua yang dewasa maka bila hal-hal kematian ni susah sikit mau cakap.

Soal hukum itu letak di no.2, dalam hal kematian perkara no.1 yang perlu ialah kesepakatan di kalangan adik-beradik. Jika tiada kesepakatan, hukum tidak akan dapat dilaksanakan.

Tapi yang berlaku, kesepakatan itulah yang sukar.

Mungkin bapa ku dibesarkan bukan suasana Islam, so dorang tiada feeling sangat tentang hal ni. Segala keperluan diambil ringan. Aku sebagai generasi kedua keluarga yang beraga Islam amat terkilan dengan sikap mereka adik-beradik.

Ya Allah, semoga telah Engkau basuh dosa datuk dan nenek ku kerana Engkau tahu anak-anaknya belum tentu boleh menebus untuk mereka. Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 30 August 2012

Raya Tahun ini 2012

Aku tau kalau raya mesti masing2 berlumbakan mau upload gambar2 terhebat dorang....
masing-masing mau tunjuk gambar sedondon dan aksi-aksi romantik bersama pasangan, kalau yang masih pengantin baru, lagilah show off! Macam dia sorang ada laki, hew! Membuatkan rakan-rakan bujang mendengki atau pun menyampah lalu mulalah gelisah kerana masih tiada jodoh. Bagi rakan yang sudah kawin, dia senyum sja sebab dalam fikiran "dua, tiga tahun romantiklah.... Sudah 2,3 anak, jahanam!" hahaha. eh, bukan mendoakan tau tapi itulah asam garam berumahtangga. Semakin romantik pasangan itu, disebaliknya mereka selalu bergaduh tapi gaduh-gaduh sayang... So jangan takut-takut pula mau romantik-romantik, buat saja tapi jangan pasang niat mahu menunjuk.

Tengok muka i, ada niat menunjukkan kah? :p

Atas tu raya pertama, ya tema kami pink. Yg ni raya ke2, 

pakai baju lama tahun 2010 punya baju.

 Di kampung kami (Kelumpang-kampung suami) tiap tahun diadakan sambutan hari keluarga sempena hari raya tapi tahun ni agak awal sebab memberi laluan kepada keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan. Nanti majlis tiada orang pula kalau diadakan serentak dengan sambutan raya. 

Gambar ni ialah acara ratu fesyen kanak-kanak dan baju coklat tu ialah Nadia. Saja nda bagi dia solek sebab baru mau test dia berani posing ka tidak, lagipun target dapat hadiah saguhati saja, rupanya memang dia berani posing so tahun depan nanti mami uruskankamu nak.

 Ni pula acara, baju paling sedondon... Dan dalam ramai2 hadirin, hanya pasangan ini yang sangat sedondon di mata-mata juri lalu mereka dipertandingkan. Acara ini memilih peserta secara rambang sahaja sebab tu nda ramai yang memakai pakaian yang betul-betul sedondon. Dorang ni kebetulan ajer! Dan pemenangnya ialah si baju merah! Yeay!!!! (tepuk tangan).

 Raya ke3 open house di rumah mama tapi aku sorg ja pakai baju lawa yang lain degil tak mau santik-santik! Bedebah betul mereka ya... Barisan belakang kiri sekali adik aku yang selebihnya ipar-duai ku dan anak-anak buah.

 Bersama ipar-duai juga (keluarga suami). Ni lah majlis kahwin yang dimaksudkan tapi pengantin tiada dalam sini. Tema kuning+hitam, k.

 Bersama biras baru yang sedang mengembang...

Anak-anak yang sedondon.

ni dia pengantinnya...

Kami sekeluarga sebelah suami aku..... Suami aku 4 beradik ja, so nda berapa semak kalau begambar ramai-ramai haha..

Best ja tingu baju sama color kan?

Selamat pengantin lama.... hihi

Wednesday 29 August 2012

Raya dan Kenduri-Kendara

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Macam mana raya kamurang? Ada ok?

Aku? Ok dan juga kurang ok.

Yang oknya, dipanjangkan umur oleh Allah dan dapatlah menyambut syawal tahun ini. Semoga tahun depan kita beraya lagi. Amin.

Yang kurang ok, masa raya pertama dan ke2 duduk di rumah (mentua) ja melayan tetamu. Kali turn beraya di rumah mentua. Erm, belum dapat beraya sendiri sebab rumah ku masih daif hehe.

Dan kebiasaan keluarga ku, bila raya kami akan ziarah sahabat-handai dan saudara mara yang tidak berkesempatan berkunjung ke rumah, dan tahun ini aku ketinggalan dalam setiap perjalanan mereka. Sedih :(.

Raya tahun ni sangat sangat padat dengan jadual. Antaranya kawen sini-sana, dan juga mengendalikan tempahan kanopi untuk majlis kawin. Dari hari sebelum melihat anak bulan, aku sudah mengerah tenaga mencari baju raya (tahun ni last minute sudah shopping) dan 1 syawal hingga kini masi berada dalam kesibukan. Penat nda abis lagi.

Isnin lepas bersamaa 27 Ogos, atuk aku sebelah bapa telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 10 tahun lumpuh separuh badan akibat strok. Arwah berusia dalam 76 tahun semasa pergi. Semoga atuk ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Amin.

Hari ini majlis tahlil ke3 hari.

Banyak gambar yang perlu dikongsi, nanti aku update ya :))
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 20 August 2012

Masih Mencari

Kadang-kadang....
(Sebenarnya selalu tapi tak mau layan perasaan sgt)
Terasa seperti yang dicari sudah dijumpai,

Tiba-tiba
Terbuka minda rupanya diri berhak meraih lebih dari apa yang ada sekarang,

Lalu
Terasa seperti yang dimiliki sebenarnya kekurangan sesuatu
Tidak lengkap

Apakah
Harus ku kejar apa yang ku mau itu?

Atau
Terus saja menjalani apa yang ada dan lupakan impian yang lebih tinggi?

Mungkin
Ku perlu menunggu saatnya

Menunggu yang belum pasti namun peluang sudah tersedia

Aku keliru
Namun aku tau kesabaran itu perlu

Berpegang kepada
Buat sehabis baik dahulu jika gagal juga barulah berganjak...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 6 August 2012

Kegilaan Ku Pada Keluarga Kardashian

Aku sudah lama tau si KIM KARDASHIAN ni siapa since terbaca ada satu blog dulu yang kononnya si Kim ni anak jutawan dari Malaysia dan dia kononnya berbangsa ala-ala India lah begitu. So oleh kerana ida cantik sangat maka aku pun cuba-cubalah google maklumat lanjut pasal dia. Ingatkan dai pelakon terkenal Hollywood tapi sebenanrnya asal-usul si Kim ni hanyalah orang biasa macam kita.


Yang aku tau, gara-gara dia jadi artis pun pasal dia berkawan baik dengan Paris Hilton dan pada satu hari si Paris bawa si Kim di satu majlis yang sudah tentu jadi tumpuan ribuan media. Dari sanalah media tertarik dengan kecantikan Kim dan ingin tahu lebih lanjut pasal dia. Tu belum lagi, momentum si Kim ni jadi famous bila dia couple sama seorang penyanyi R&B yang aku sudah lupa namanya (betulkan jika silap). Nah, di sanalah titik tolak dia jadi bahan cerita media hiburan sampailah ke penyebaran video porno rakaman peribadi si Kim dan boyfriendnya (yang juga aku lupa yang mana satu... boyfriend sia berganti-ganti ja ni).


Selepas kes video seks tu, mula sudah family dia dikenali sampailah dibuat satu rancangan realiti yang tinggi ratingnya iaitu Keeping Up With Kardashians... Baru-baru ni aku terbaca satu artikel yang sumbernya kurang dikenalpasti bahawa Presiden Amerika sendiri melarang untuk rancangan ini diteruskan selepas dibuat beberapa musim yang lalu kerana memaparkan beberapa kisah hidup yang agak negatif seperti seks tapi channel E (Astro) tetap meneruskan juga musim baru yang akan bermula tidak silap 25 Ogos ini...



Ok, kenapa aku gila sama mereka?

1. Ikatan kekeluargaan dorang yang begitu erat dan untuk orang Barat ni, ikatan sebegini amat sukar dicapai sebab gaya hidup dorang yang sangat berbeza dengan kita. Pernah tau yang Angelina Jolie memutuskan silaturahim antara dia dan bapanya hanya kerana satu insiden? Berkali-kali bapanya pujuk pun, Angelina nda mau terima (sumber: Astro 712). Kalau dalam masyarakat kita jaranglah ada kes begini. Sampai Angelina tukar nama kepada Jolie. Nama sebelum aku lupa sudah. So, itulah pasal aku kagum sangat dengan keluarga Kardashians.



2. Salasilah keluarga Kardashians yang agak unik. Ibu si Kim bercerai dengan bapanya lalu ibunya berkahwin dengan seorang bekas atlit Olimpik Bruce Jenner. Yang aku suka tentang bapa tiri si Kim dia begitu pandai mengambil hati anak-anak, penyayang dan pandai mendidik anak-anak. Kebetulan si Bruce Jenner ni pun duda (cerai) anak 4 juga macam ibu si Kim. Perkahwinan dorang sudah 20 tahun.. Buli tahan bila selebriti boleh kahwin sampai bgitu lama. Dorangkan suka cerai-berai?


3. Kekayaan keluarga Kardashians. Aku ni bukanlah bilang berangan nda bertempat tapi memang aku kagum dan terinspirasi dengan idea-idea bisnes keluarga dorang. Masing-masing ada produk dan jenama sendiri. Kasut, baju, minyak wangi dan aksesori antara produk dari keluarga ini. Hm, pinjam otak kejap boleh Kim?



rumah khloe & Lamar


perfume Kim


Kardashians skin care


perfume Khloe & Lamar


Kourtney & Scott's car


Jenner's House

4. Kecantikan. Hurm, aku memang terliur tingu punggung dan payudara si Kim. Curvy sangat! Antara dorang beradik dialah paling seksi dan selalu menyeksikan diri bila dalam rancangan tv. Heiii!



5. Aksi spontan. Dalam rumah dorang berpuluh kamera stand by merakam scene-scene penting dalam kehidupan dorang dan aku suka bila scene2 tu semua sangat real, bukan macam lakonan. pandai dorang acting kan? Paling aku suka bila dorang dirakam di bilik tidur, si Khloe dan Kourtney pakai baju tidur seluar panjang.. Sangat sopan. Hehehe...

So cukup 5 sebab aku gila sama dorang... Kamu macam mana?

Thursday 2 August 2012

JAWAPAN KENAPA LELAKI CURANG

diambil dari google..

Aku baru habis membaca buku berjudul KENAPA LELAKI MENIPU? Dimuka hadapan buku itu tertulis “naskah yang mesti dimiliki oleh setiap wanita-membongkar rahsia di sebalik KECURANGAN LELAKI” ataupun bagi aku naskah yang kalau tidak dimiliki pun mesti dibaca oleh setiap wanita. Terpulanglah pada kamu sama ada rasa mudah menjumpai buku ini di perpustakaan desa/negeri ataupun di kedai buku, sama ada hanya membacanya atau memilikinya sekaligus. Aku jumpa buku ni di perpustakaan desa berhampiran rumah (di kampung) dan sebenarnya buku ni dipinjam secara curi-curi kerana limit buku yang boleh dipinjam hanya dua tapi aku curi pinjam sebab takut ada orang lain pinjam dulu hehe. Padahal library ni hari-hari lengang, aku rasa sejak 2 hari lepas, akulah pengunjung tetap dan satu-satunya di sini... Apa aku peduli, aku sudah habis baca so hari ni bulih curi-curi memulangkannya hah, hah, hah!

Sebelum menulis draf entry ni, aku sebenarnya baru selesai menemankan suami bersahur, aku nda puasa sebab ‘uzur’. Sudah baring atas katil mata nda mau tidur pula dan sekarang semasa aku menaip ni perut memulas so aku ke tandas sebentar ya.... 

***
(Selepas lima 3.5 minit)
Ok, sudah. Lawas pula subuh-subuh ni, mungkin minum air soya banyak sangat kali.
Kita mulakan. Selepas habis membaca buku ni aku mau buat ulasan sendirilah tentang kenapa lelaki menipu, kenapa lelaki curang...

Sebelum tu, ada satu petikan yang mencuit hati aku dari buku ni iaitu:

“Untung menjadi lelaki. Sehingga umur mencecah belasan tahun masih tidak perlu berbuat apa-apa. Hampir tidak perlu berfikir tentang tanggungjawab lain selain belajar (sekolah), paling teruk Cuma sekali-sekala kena ke kedai belikan ini-itu untuk emak. Biasanya itu semua bukan dilakukan secara percuma, mesti ada upah. Selebihnya Cuma main, main dan main. Kain baju emak cuci, makan-minum pula kakak sediakan. Pinggan dan cawan adik perempuan basuhkan.”

Kenapa aku suka petikan tu, sebab bila terbacanya baru aku terfikir. Patutlah lelaki lambat matang, patutlah selepas kahwin pun ramai lelaki tidak bertanggungjawab dan nakal, ini rupanya punca dia. Sejak kecil lelaki dididik dengan cara dia dilayan serba-serbi, kurang dilibatkan tugas-tugas dalam rumah, dari kakak sampai adik menguruskan dirinya. Ok, mungkin kita tidak pertikaikan kalau kanak-kanak lelaki tidak diajar macam mana buat kerja dapur tapi yang silap kanak-kanak lelaki juga tidak diajar macam mana bekerja seperti membantu ayah di sawah, di kedai atau menjadi nelayan (mengikut pekerjaan ayahnya) dan sebagainya seperti mana kanak-kanak perempuan diajar masak, basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah, sapu rumah dan jaga adik. Kalau kanak-kanak perempuan sejak umur 5 tahun sudah diajar peranan dia sebagai perempuan lelaki juga patut diajar peranannya sebagai lelaki tapi dalam kebanyakan keluarga ini yang mereka terlepas pandang.

Pendapat aku, sepatutnya lelaki sejak kecil dididik memikul tanggungjawab, kalau tidak dapat membantu ayah bekerja pada masa lapang atau cuti sekolah, sepatutnya anak lelaki menjadi penyelia kepada timbalan ketua rumah iaitu ibu. Anak lelaki sepatutnya mengetuai kakak-kakak dam adik-adik di rumah. Sama-sama belajar buat kerja rumah. Aku yakin kalau anak lelaki diterapkan sikap ini sejak kecil, bila dia besar nanti dia akan ada keupayaan mengepalai rumahtangga dan mendidik isteri sebaik mungkin. Ini tidak, semua tugas rumah isteri seorang bersusah-payah, yang dia tau bila lapar hidangan tersedia depan mata. Bila dia ngantuk, bila-bila masa boleh landing atas tilam. Bila dia bosan, sesuka hati lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi hingga lewat malam tanpa menghiraukan keadaan isteri di rumah dan lagi parah bila gatalnya sudah sampai, pasang lain pula di luar.

Aku melontarkan pendapat ini bukan saja berdasarkan petikan itu tapi dari pengalaman ku sendiri. Di sekeliling ku lelakinya terdiri daripada golongan tadi. Menganggap diri sebagai raja dan kurang mengambil kira diri orang lain khasnya isteri.

Buku ini juga mengupas siapa lelaki selepas berkahwin dan siapa perempuan selepas berkahwin. Secara keseluruhannya, hidup lelaki masih bebas selepas berkahwin tapi hidup perempuan umpama keluar dari satu kandang masuk ke kandang yang lain. Jika suami seorang yang yang agak kurang bagus, kandang itu bertukar sangkar. Kamu fahamlah bah tu kan, apa maksud kandang dan sangkar? Ya, tanggungjawab dan beban. Tanggungjawab itu sudah wajib tapi beban itu bila suami langsung tidak bertanggungjawab mencari nafkah apatah lagi membantu tugas-tugas isteri yang lain. Sudahlah malas bekerja, di rumah tidur makan saja kerjanya. 

Soal curang dan menipu pula, penulis berusaha mengupas pelbagai kes kecurangan dan akhirnya kesimpulan yang kita boleh dapat dari buku ini ialah tiada sebab-sebab khusus kenapa lelaki suka menipu dan berlaku curang. Ini berkaitan dengan fitrah kejadian lelaki. Maksud fitrah pada pendapat aku, itulah sifat-sifat lelaki sejak ia diciptakan. Maksudnya, fitrah lelaki bukan curang tapi fitrah lelaki sentiasa inginkan cabaran, buat benda-benda baru, selalu tukar selera, berhibur tiada hujungnya, inginkan kelainan dan hati muda walaupun badan sudah tua. Lalu dalam Islam ada poligami kerana Allah tahu itulah fitrah lelaki tapi poligami itu disalahgunakan, hanya menurut nafsu jarang mengikut hukum yang sepatutnya. Oleh kerana selalu disalahgunakan, tiada perempuan yang mahu hidup bermadu dan itulah yang menyebabkan ramai lelaki curang dibelakang isteri.

Dalam buku ni juga diselitkan beberapa kisah kecurangan yang mana banyak melibatkan rumahtangga yang aman damai. Selalunya kecurangan dikaitkan bila isteri tidak pandai melayan suami, isteri hilang bentuk badan, isteri tidak pandai ‘bermain’ seks, dan macam-macam alasan lagi tapi banyak juga kes yang melibatkan perempuan-perempuan yang baik dan sempurna tidak kiralah dari layanan, penampilan mahupun seks dan jawapannya tiada jawapan untuk menjawab KENAPA LELAKI CURANG?

Dari pemikiran aku sendiri, aku juga mengakui tiada cara untuk mengelak daripada risiko diduakan suami dan aku selalu menasihatkan diri sendiri jangan terlalu memberi harapan tinggi dalam hubungan, jangan terlalu berangan tinggi bahawa hidup ini sentiasa bahagia dan sentiasa membuka hati membuka minda akan kemungkinan kecurangan itu berlaku supaya kita boleh bersedia dari segi fizikal dan mental.
Kebanyakan daripada rakan-rakan ku jika ditanya hal ini antara jawapan yang aku dapat “oh, tidak. Aku takut memikir hal ini sedikit pun.” Maksudnya dia nda mau fikir dan menolak kemungkinan lalu bila benar-benar berlaku atas dirinya, sendiri hampir sasau dan semakin dibenci suami. 

Bagi aku simple saja, biar apapun pun berlaku kita sediakan diri. Sentiasa perbaiki diri, sayangkan diri dan jaga diri baik-baik. Maksudnya, jaga kecantikan, jaga pergaulan dan pandai membawa diri. Ada kawan kata “alah, nda payahlah becantik-cantik. Tingu Erra Fazira, cantik pun kena cerai juga. Tingu si anu lawa pun cari lain juga lakinya”. Kalau sendiri pun nda mau peduli diri sendiri, kenapa kita mengharap orang lain mau bersama kita sampai bila-bila? Betul, kecantikan tidak menjamin kebahagiaan tapi apa yang penting jika berlaku kecurangan yang membawa perceraian, sekurang-kurangnya nilai diri kita masih ada. Orang tidak memandang kegagalan rumahtangga itu berpunca dari kita yang tidak pandai mengurus diri. Mungkin kita buruk di hati suami yang lama tapi siapa tahu ada lelaki lain yang lebih menghargai kita dan bakal menjadi teman hidup sehidup-semati. Paling tidak pun, jika memilih untuk membujang hingga ke tua selepas berpisah, orang masih memandang tinggi pada kita. Orang akan berkata “biar pun janda tapi dia sangat baik, sangat hebat. Suaminya memang rugi meninggalkan dia” dan paling bagus kalau suami yang curang itu gila talak pula dengan kita. Hah, hah, hah, boleh gitu? Macam drama Bagi Balik Janda Ku lakonan Betty Banafe dan Shamsul Ghau Ghau. Lucu sangat!

So, akhir kata... Hidup berumahtangga memang tidak dapat dijangkakan tapi asal saja kita sayangkan diri kita terlebih dahulu dan menghargai diri sendiri terlebih dahulu. Paling penting kita respek diri kita sendiri terlebih dahulu.

Ingat kisah Irma Hasmie dan Nabil? Lu fikirlah sendiri...

P/S: Jangan salah didik anak lelaki, kelak anak kita bakal menjadi perosak hati seorang wanita satu masa nanti.

Wednesday 1 August 2012

TIPS MENULIS

1. Disiplin Diri
Anda perlu ada disiplin diri yang tinggi. Ini ada kaitan dengan penggunaan masa. Sekiranya anda tidak berdisiplin, maka anda tidak akan bertemu dengan masa untuk menulis. Dalam hal ini jua, anda tidak boleh berputus asa sekalipun sudah banyak kali mencuba dan tidak menjadi. Dengan disiplin diri yang baik, anda akan terus mencari masa dan membuat semakan bagi membolehkan anda menulis.


2. Imej Penulisan
Anda perlu mencari suatu imej yang anda ingin tonjolkan dalam penulisan anda. Imej ini ada kaitan dengan ‘genre’ yang anda pilih dan juga diri anda sendiri. Jangan tiru imej orang lain kerana ia tidak sesuai kalau tidak kena dengan diri anda itu. Ingat… imej inilah yang akan kekal dengan pembaca nanti.


3. Kajian
Sebagai penulis kreatif, anda perlu rajin. Anda wajib lakukan kajian, mencari fakta yang tepat dan seterusnya mencari bahan yang sesuai untuk penulisan anda. Tidak kiralah apa ‘genre’ nya dan apa imej yang ingin anda ketengahkan, anda mesti lakukan kajian. Jangan main agak-agak. Penulis mesti andaikan pembacanya adalah terdiri daripada orang yang bijak pandai dan kerana itu juga penulis tidak boleh ‘acuh tak acuh’ dalam membentangkan apa sahaja maklumat dalam penulisannya.


4. Mata dan Hati
Tulislah dari mata dan hati anda. Tulis perkara-perkara yang anda lihat dan juga anda rasai. Cari bahan-bahan yang dekat dengan hati anda agar apa yang anda tulis itu sangat berkesan untuk pembaca. Tidak kiralah penulisan itu jenis inspirasi atau novel.


5. Belajar
Dalam proses penulisan, anda mesti anggap diri anda sedang belajar. Sebagai manusia, kita tidak lengkap dan kerana itu kita perlu terus belajar perkara yang baru. Belajarlah dari mereka yang lebih tahu, dari teman-teman dan juga dari pembaca. Belajar juga dari buku-buku dan maklumat yang terdapat di Internet.


6. Kelengkapan yang Sesuai
Untuk menulis dengan efektif dan selesa, anda perlukan kelengkapan dan alat yang sesuai seperti komputer, kerusi dan meja, kamus, buku rujukan, tempat dan suasana yang boleh membawa inspirasi kepada anda.


7. Perancangan
Buat perancangan tentang subjek yang anda ingin tuliskan. Pastikan objektifnya. Perancangan penulisan ialah seperti menguruskan sebuah projek.


8. Konsep dan Tema
Anda perlu tahu konsep dan tema anda. Kalau tidak pasti, cari maklumat sebelum menulis. Pastikan dalam hal ini anda pentingkan kelainan. Jangan buat apa orang lain sudah lakukan.


9. Tajuk Tentatif
Tajuk atau judul sementara perlu ada. Ini akan memudahkan kerja anda. Perlu ingat bahawa judul ini adalah sementara sahaja kerana biasanya pihak penerbit akan menukar mengikut keperluan semasa.


10. Jalan Cerita
Tidak kira apa jenis penulisan anda (kecuali ilmiah), anda perlukan gambaran jalan cerita yang ingin diaturkan dalam penulisan anda.


11. Watak
Bagi penulisan buku cerita atau novel, anda perlu tahu watak-watak yang akan berperanan dalam penulisan anda. Aturkan watak utama dan kemudiannya watak-watak sampingan. Anda perlukan deskripsi watak-watak ini, misalnya gambaran fizikalnya, kelakuannya, teman-temanya, ahli keluarga dan sebagainya.


12. Lokasi
Bagi penulisan fiksyen, anda perlu tahu lokasi yang anda ingin gambarkan dalam penulisan. Tidak kira sama ada cerita itu berbentuk sci-fi, dogeng atau ‘present date’, anda perlu gambarkan latar tempat.


13. Ringkasan Plot
Untuk mudahkan penulisan, terutama bagi penulisan manuskrip fiksyen, eloklah anda aturkan ringkasan plot anda agar anda tidak keliru nanti.


14. Mesej
Pastikan penulisan anda membawa mesej-mesej tertentu yang akan memberi makna kepada pembaca.


15. Unsur Saspens
Dalam sebuah penulisan fiksyen yang baik, unsur turun naik perlu ada. Detik-detik saspens dan unsur berteka-teki akan menguatkan jalan cerita anda. Pastikan anda tahu di mana letak klimaks cerita anda itu.


sumber: karnadya.com