Tuesday, 26 February 2013

Sebagai Manusia Biasa

Tidak terlepas dengan perasaan

Terkilan
Kecewa
Hampa
Sedih.

Banyak sangat benda aku mau capai dlm hidup aku hinggakan menimbulkan konflik antara aku dgn individu lain. Yg paling rapat pulak tu!

Sebab dia nda paham apa yg aku mau dlm hidup aku.

Sebab dia nda paham, apa sepatutnya posisinya dlm keadaan aku begitu.

Sebab dia bukan macam aku.

Dia tiada matlamat, tiada target apa yang harus dia capai dalam hidupnya.

Bagi dia cukupla dapat makan nasi hari-hari, hidup, pastu tunggu mati saja. Ibadat belum tentu lagi ada.

Aku bukan begitu.

Ya nampak sangat aku ni terlalu mengejar kesempurnaan hidup. Bukan, aku cuma mau yg terbaik utk hidup aku sebab ada peluang untuk aku maukan yang terbaik.

Peluang depan mata!

Aku nda bulih ba tutup mata dan pura2 nda nmpk peluang tu.

My God, Allah.

Starting hidup aku nda berapa baik.

Bapak mau aku jadi cikgu, gaji 3k, katanya boleh tlg dia byr keta Prado.

Terpesong jauh hidup aku dari track yang bapa impikan.

Pastu, haaa ni yg x sanggup aku cerita.

Pendek kata aku sdh bnyk kecewakan keluarga.

So itu sebab aku mau tebus!

Ya, aku mau buktikan yg aku ni masih mampu mengubah hidup wpun nda dapat jadi cikgu, nda dapat beli keta prado utk bapa, nda dpt kawin dgn kontraktor kaya! (Salah bapa jg nda carikan aku dlu...).

Sebab aku percaya, rezeki Allah luas. Nda pyh cium tapak kaki org baru buli cari duit. Kalau sejadah pun setahun sekali baru kau cium, apa ka jadah kau mau cium kaki org demi duit?

Manusiakan lg disembah lebh dari Tuhan sendiri? Manusia apa jenis itu?

Petikan kata2 dari Yatt (pelakon yg kepalanya melekat di sejadah pastu insaf terus tutup aurat) ketika dijemput dlm satu majlis anjuran PAS (perhimpunan hijau klu x silap).

Katanya:

Maaf, saya bukan ahli PAS... Saya cuma mahu mencari redha Ilahi...

Sambil dia tersedu-sedu, sebak sangat mengenang dosa2 lama.

Aku pun gitu, aku cuma mahu mencari redha mak bapa, takut nda dpt cium bau syurga. Allah takkan redha dgn aku kalau mak bapa aku nda redha dgn aku.

Aku mau walau sekali drg merasa bangga terhadap aku dan mati dengan dada lapang bila tiba ajalnya lalu masuk syurga krn dpt anak yg diredhai Allah.

Dalam menuju matlamat, ada pula batu penghalang. Mau sja aku singkirkan tapi, tunggulah petunjuk dari Allah. Aku nda berdaya, kepada Allah jugalah aku serahkan setelah berusaha bgni. Semoga dibukakan pintu2 hati orang yg terkunci rapat untuk mencari makna hidup, mencari redha Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 22 February 2013

Aku Mahu Milikku Menjadi Milikku

Hati ku demam...
Demam panas...
Adakalanya sejuk...

Hanya Allah tempat mengadu...
Hanya dia tahu segala isi hati ku...
Dia tahu bukan seperti manusia tahu...
Bila, kenapa, siapa, mana, macam mana Tuhan sja yg tau...

Aku mau dia...
Dia...
Dia...
Dia...

Tapi biarlah Tuhan yang menentukan...

Aku tak mau dia...
Dia...
Dia...
Dia...

Tapi biar Tuhan memutuskan...

Hanya dia tau apa terbaik untuk setiap manusia...
Sedangkan kita tidak pernah tau...
Kita hanya mampu memohon, mendoakan...
Biarlah Tuhan pilih untuk kita semua...

Happy weekend! :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 20 February 2013

Soal Jodoh

Bilang urang, kawin mesti ada restu ibubapa supaya bahagia. Kalau xda restu susah mau bahagia. Betulka?

Aku bukan mau sangkal kenyataan di atas tapi berdasarkan senario masa kini, restu/tidak bkn lagi penentu kebahagiaan dlm rmhtga. Betulkan jika tanggapan ini silap.

Begini baitu.

Kalau kawin dengan restu pastu kau laki bni begaduh hari-hari, kau buli merajuk balik rmh mama bpa pastu cakap laki kau jahat macam hantu, lalu mama bapa mu gigit lidah sendiri sebab rasa bersalah kerana itulah menantu pilihan (selalunya yg direstu ni drg berkenan sgt dgn calon tu dan berusaha spya bulih jadi laki kau). Lagi gigit lidah kalau dorang sendiri aturkan jodoh kau itu.

Berlainan pula kalau kau kawin dgn laki yg kurg direstu cukup setakat bapa kau jadi wali semasa nikah tp hatinya hancur berkecai kerana kau kawin dengan lelaki yang dia x suka. Abislah kau!

Kalau kamu gaduh, tebal muka mu mau balik rmh mama bapa sebab kau yg gigit lidah nanti menanggung rasa berdosa kerana kawin dengan pilihan sendiri. Kalau dapat mama bapa yang berdendam kesumat, nah dptlh kau kata2 hikmah yang istimewa.

Bukankah situasi itu sama saja?

Cuma bezanya kalau pilihan mama bapa ni, bahagia atau nda bukan kau yg tanggung. Dorang yang tanggung. Kesian dorang kan...

Tp kalau soal jaminan bahagia atau nda bahagia itu bukanlah terletak pada restu semata-mata. Perjalanan hidup kita sudah diatur oleh Allah yang Maha Esa.

Ramai juga pasangan yg direstu aku tingu masih hidup merana, dan ramai jg pasangan yg nda direstu tp akhirnya berjaya dlm hidup dan bahagia.

Mungkin buruk di mata orang bila kita kawin dgn tanpa/separuh restu org tua tapi kita sama-sama manusia. Sama ada direstu atau nda direstu dugaan berumahtangga tetap akan datang. Wpun jodoh kita bkn pilihan keluarga namun mgkn itulah jodoh pilihan Allah utk kita.

Tapi sebagai anak, adalah sangat mulia jika berkorban perasaan untuk menggembirakan mereka. Adakala ibu bapa kita salah menafsir cara untuk membahagiakan anak, tapi adalah lebih baik kalau kita menjadi anak yang patuh. Cuma di sini aku mau menyangkal bahawa restu pada jodoh kita bkn penentu bahagia tapi kena ingat, kawin dgn restu adalah lbh baik.

Cc: Shila Amzah (tiba2 hahaha).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mahu Menukar Hanpon

1st dlu aku pakai hanpon:

-Nokia 3315 rm320/2003-2005
-Nokia (lupa model)RM1k++/2005-2006
-Nokia N70 RM1200/2006-2007
-hanpon Made In China touch screen rm600/2007-2008
-i-mobile RM99/2009
-Sony Ericson harga RM450/2009-2010
-Blackberry Bold 9700 RM1699/2010-2013 !

Aik, 7x aku suda tukar hengpong?
Mentang2 aku suka no7. Haa mmg sesuai pun mau tkr hengpong sdh balik, hehe.

Yah, itulah sejarah hengpong ku.

Aku dlu nda berapa suka juga pakai hengpong mahal2 ni, asalkan boleh sms, boleh call. Sebab ramai org aku nampak pakai mahal2 tp nda tau guna pun. Gaya saja manang! Nah, aku nda suka begitu.

Sejak start blogging thn 2008, di snalah mulai menggila aku punya minat berinternet.

So, sblm aku beli Blackberry aku mmg tahan hati utk x mau tkr hengpong setiap tahun, maklumlah ada saja model baru yang menggoda. Sejak menyedari diri gila berinternet (bkn berpesbuk ya), na aku tercari2 hengpong yang boleh memenuhi keperluan ku. Masa tu plan2 sdh dlm hati mau beli iPhone. Kerlass kan? Mau beli laki-bni lagi tu, buang 8k ging! Jgn kau main2.

Sekalinya blm sukup duit kumpul 8k, terus ada sorang member cerita pasal blackberry. Dia blg bgtu-bgni, best! Murah! Internet murah! Ada BBM! Senang! Dan cool sjala, x kecoh sgt mcm kau ada iPong! Nampak sgt kau kayakan kalau pakai iPong. Dan eksen lbh ba pakai iPong, nmpk kaya tp yg memakai tu blm tentu kaya btl2. Asalkan kelihatan kaya, sudah. Jd aku x mau kelihatan kaya sb aku jujur, aku mmg kaya sedia, woha!

Eh, x maula kelihatan kaya, hutang keliling pinggang. Dan xmau kelihatan telampau begaya pakai iPong, (tp kau jgn. Skg org pakai samsung note,S3 lagi berlagak kau tau! Camcung btl kan...) So aku risik2lah BB. Dr KL aku merisik, sampai balik Sabah nda juga tebeli sb risikan blm ckup maklumat.

Sampai ja Sabah terus bawa laki p Karamunsing, sanakan gudang gadget. Nah, di sanalah aku terpaut! Ambil BB sain contrak punya mah, smp skg blm abis bayo hahaha. Hambik kau! Kalau beli cash ari tu kan sng, padan muka. Sdhlah masi berhutang, ada hati lagi tukar hengpong, napsu... Napsu..

So skg, reason aku mau tukar hengpong ialah, jari aku lenguh menaip pakai keypad qwerty, dan benci btl mau scroll di skrin kecik ni. BB yg aku ada skg ni ngam utk budak2 yg baru mau berjinak dgn smartphone, aku ni kira lali sdh so bulih pass hp ni sma adik2 dan I beli BB baru!

Lupakan Camcung, lupakan iPong aku mau BB jg sb internet murah! Tadi ada dpt update Blackberyy baru launch model baru Z10! Body ala2 Camcung dan iPong jugak. Skrin besar. Rm2188, kau ada RM2188? Hahaha.

Mau siapkan entry secepatnya, mama aku berleter suda. Aduuui, ni yg aku x suka duduk sma org tua ni. Bkn aku dia leter, adik aku tapi...... Hm. Faham2la kan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 16 February 2013

Mencari Ilham Di Simpang Mengayau, Kudat Part i

Mula2 mslh mencari tukang rumah mahir, pastu skrg bahan rumah lambat dapat krn kelembapan kewangan dan terkini ketidak sependapatan suami-istri.
Calon tukang sudah ada...

Anytime pembinaan rumah dpt dimulakan tetapi kebingungan terhadap konsep rumah yg belum diputuskan sepenuhnya menyebabkan aku blm bulih membeli bahan binaan. Kalau lantai simin, aku bulih sdh start beli bahan tp kalau kayu jg kena ambil masa sbb lokasi tmpt ambil kayu tu blm mengizinkan. Jalan becak. Maklumlah dlm hutan. Tips membina rumah kayu yang jimat ialah, tempah kayu sinsu dari tukang kayu setempat. Adala tu org2 kampung yg pandai menyinsu, mmg harga kayunya lbh murah dari harga borong di kilang. Mmg jimat. Xpyh tgu title org kaya baru bulih buat rmh batu. Kos bhn mgkn x jauh dari simin tp kos upah nampaknya simin masih mendahului so di sni siapa ada rmh batu boleh dianggap orang mampu.

Tadi aku ada sebut kelembapan kewangankan, tp perenggan seterusnya xda. Hehehe.
Mmg gara2 masalah tu mula2 bajet pembinaan sedia ada sdh ditarik ke hal yg lain tapi aku xmau mengganggap itu sbg mslh utama melain tukang dan konsep rmh.

Tentang duit, aku terlalu optimistik. Biar pun akaun tgh kosong tp aku buli rasakan duit sdg datang... Tu pasal aku boros sb terlalu optimis pasal duit tapi jangan risau langkah2 utk menjamin masa depan sdh mulai aku laksanakan. (Mengasi sng hati sndri tu.)

Back to the track...

Aku pg Simpang mengayau sebab mencari ilham konsep rumah. Orang cakap di sna sdh bnyk penginapan yg comel2. Laki aku menekankan spya konsep rumah diubah.

Aku mau konsep kotej(cottage) tapi laki aku lbh suka rmh tradisional. Sampaikan dia cakap, dia sgt tertarik pada senibina rumah Rungus. Untuk rmh persinggahan aku maula tp utk rmh kediaman aku mau yg lbh dinamik! Nah, keluar sdh bahasa intelek ku. Jaga kau!

rumah tradisional perasaan ku ialah santai tapi aku nda rasa selamat.
Kalau cottage, santainya ada, gayanya ada, kukuh, rasa selamat tinggal di dalam dan menyerlah konsepnya. Dlm rasa kekampungan ada gabungan moden di situ. Nah, itu dia yg aku mau. Aku suka rmh tradisi Inggeris ba. Adei! Jgn kamu ludah saya aa..

Jadi selepas aku belek2 gmbr di Simpang Mengayau tu, aku bepikir. Bagus di kg ku buat rmh kediaman mengikut konsep ku, pastu buat rmh persinggahan di kg laki ku ikut konsep tradisional macam di Simpang Mengayau tu. Dan nti di tepi rmh ku di kg ku, kena buat satu pondok2 rmh Rungus tmpt santai2 waktu ptg menghirup angin yg nyaman. Amboi! Kalah-kalah jutawan sdh angan2 ku ni. Actually, kalau jadi bkin x jg mahal sgt baitu, pelan2la ba.

Kalau bini mau bgni, laki mau bgni bagus bkinlah dua2. Puas hati. Menetap di kg ku, menyinggah di kg nya.

Bah abislah serita ku untuk hari ni. Tunggu ja kamu, masi panjang update menyusul ni psl tu rmh. Hurm, x buli aku simpan. Mau serita juga. Kikikikik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Wednesday, 13 February 2013

Kisah Ku Dan Shila Amzah Part ii

Berita terbaru dari blog rotikaya kmrn aku baca, sah sudah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz putus!

Hurmmm, kesian sangat Shila.

Sharnaaz ckp dia sudah hilang hormat dgn ND Lala dan lps ni urusan Shila dan keluarganya dia xmau ambil tau lagi!

Sharnaaz, knp ego sgt?

Nda dapat bayangkan situasi Shila skg ni mcmna...

Memanglah Shila nampak bodoh sb masi mau pertahankan bf nya tapi itulah cinta namanya. Kita x bulih cakap apa, kita juga prnh bersinta kan...

Aku lagilah kena zip mulut sebab kisah ni sebijik macam aku tp mgkn sb laki aku masa tu zero so dia sabarkan saja segala tohmahan keluarga ku, dan terus ikhlas dalam niat mau memperisterikan aku.

Itulah bezanya lelaki artis dan lelaki biasa. Pokok pangkalnya sedalam mana dia cintakan Shila.

Tp uniknya cerita dorang sb jarang2 berlaku di kalangan artis.

Aku tertarik satu komen peminat kmrn, dia bilang dulu masa Shila bekepit/bepeluk sama Sharnaaz, ND Lala x ckp apa pun sdgkan perlakuan drg tu dosa. Knp bila drg mau melakukan prkra baik (kawin) tiba2 bapanya halang?

Haa btl juga kan?

Dan kalau btl si Sharnaaz tu buruk perangai knp dr dulu drg kena bagi lesen becinta? Siap mamanya sanggup kasi kwn sni-sna dating.

Pastu ada pula komen lg cakap, bisnes ND Lala nda brp baik skg so Shila sajalah lubuk duitnya. So klu Shila kawen awal mgkn bapanya takut xdpt menikmati lg duit Shila.

Hurm, pun ada betulnya. Siti yg asal dari kampung tu pun kawin dgn laki org nda pula klrganya halangkan?

Blm ckup lagikah Shila bg kesenangan sma family?

Dengan segala persoalan tu, nampak sngat situasi dorang masih kalut.

semoga Shila terus tabah dan diberi petunjuk oleh Allah. Sama2 kita doakan dia. Dia jg manusia biasa. Kesian dia...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seperti Ku Bepikir Sorg Diri

Urm, mau idup punya pasal.
Macam2 planning, macam2 usaha, macam2lah perbuatan.

Ada saja cabaran, halangan...

Kalau time besinta, mesej gf/bf minta semangat. Kena bagi ja ayat "baik2 ya syg, jgn pening2. Abg/ayg kan ada di sni, sntsa menyokong syg..". Uih! Terus semangat naik serta-merta. Nda rasa sudah apa bikin berat pikiran. Apalagi kalau bejumpa, bedating, naaa. Tiada suda tu. Indah balik dunia.

Ok tu kalau bujang.

Kalau yg suda kawin? Siapa bole jawap? Hahaha.

Laki/bini stress sikit bukan pula bagi semangat lagi menambahkan mood tgh bengang. Buat nda tau ataupun "kau ni, itu ja pun sakit kepala suda." Tu ok lagi, kalau yg lagi mau salahkan kita, hurmm nda kau kondem terus?

Besinta mmg indahkan tp knp perkawinan banyak pula pahitnya?

Tu lah pasal ada saja kes curang-mencurang. Manusia mau cari semangat baru... Tapi kalau nda ngam cara na semangat baru tu kejap ja, masalah memanjang yg datang.

Adakala terasa macam kita ni tiada pilihan lain di dunia ni. Buat ini pun sama juga, begitu pun sama juga. Last2 mati kutu.

Jawabnya, kita tawakallah banyak2. Hidup di dunia ni penuh pancaroba.

Kalau rasa diri keseorangan, bicaralah dgn Allah. Lagi best slps solat, kita duduk lama sikit atas sejadah. Luahkan segala isi hati tu, Allah Maha Mendengar.

Kalau yg malas solat, at least kita bercakap dari hati, sebut nama Allah banyak2 mengadulah sebanyak2nya. Mudah-mudahan Allah bagi hidayah spya kita sntsa dekatkan diri denganNya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JLo Kurus Sangat!

Tak suka! Tak suka! Tak suka!

Semalam p KK, menyempatlah kami tiga beranak kinguk wayang di CP.
Beberapa hari ni filem yang selalu dicanang di twitter ialah Juvana dan Hantu Kak Limah. Oh, ya Wawa Semput juga tapi semalam Juvana tiada sudah dalam panggung. Anak nampak poster Hantu Kak Limah terus dia cakap "mami mau tinguk hantu..". Aku tinguk pula pelakon dalam poster tu, adoyaiii... Semua pelakon yang mengarut (cewah panddai sudah kutuk pelakon local). Terus rejek!

Tinguk pula poster Wawa Semput, Yana okla tapi dua orang heronya menyebabkan aku berkata "sudah2lah kamu..". Tembirang betul aku semalam sama filem Malaysia. Cis! so, rejek juga.

Last2, tinguk poster filem lain. Cina pun ada, comedy. oke, mesti siok ni tapi takut laki nda suka. Tukar ke filem Inggeris. Yaaa... mana satu ya...... tiba nampak Parker dan nama JENIFFER LOPEZ! Oh yeh.... Inilah!

So layanlah cerita tu. Memang best, tentang perompak. Aku malas mau cerita sinopsis. Kamu pi tinguk sendirilah.

Tapi aku memang sedih tinguk JLo dalam tu, pasal apa dia keding sangat.
Punggung pun macam tiada isi sudah, muka kerepot macam nda cukup hormon dia ni.
Whats going on fren?
Telampau diet kali selepas dia brnk tu... Adui, jgnla kau jadi macam si Angelina pula>
Kurus kering macam kena aneroksia.

Jom layan pic dia.

 Kurus kan?

 Cengkung. Nampak tu wrinkle dia tepi mata dan hidung dalam filem Parker.

Nenen pun kicik suda...

Aku memang kecewa dia kehilangan aset yg sgt berharga (nens dan pants..)

bandingkan bodynya yang dulu..


 Badan yg pejal..
 5 bulan slps dia beranak.. Patut pun diet sakan...

 Paha masi besar

Punggung besar...

Monday, 11 February 2013

Aku Berjaya Harunginya

Rasa lbh dewasa kini... Kui!kui!kui!

Utk mau dewasakan diri bnyk hal kita perlu lalui dan pelajari.

Hal dlm pekerjaan, persahabatan dan jg kekeluargaan.

Yup, aku mmg terpelajar skrg.

Alhamdulillah, semoga yg ada skrg berkekalan dan aku terus dewasa dlm semua perkara.

Mau jaga hubungan dgn semua org.

Org gembira, kita pun akan gembira.

Hooyeh! :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 9 February 2013

Ladies, berat bah perasaan gini tp aku btl2 x bulih. Dari pagi tadi aku pg jumpa ipar ku, becerita panjang jg la kami. Pastu aku p Taka sb xda kwn mama ku jaga anak buah. Malam baru balik sni. Org sebelah panggil makan, tp aku berat langkah pg sna. Mcm sebutir nasi pun susah utk terima apalagi dlm situasi ramai2 bgni. Kenapa aku ni aa?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semoga Aku Cepat Pulih

Nda tau kenapa...

Kalau bulih aku pun nda mau ada perasaan ini dalam hati.

Tapi aku nda bulih paksa.

Aku x suka orang telampau judge aku.

Aku x suka terpaksa berpura-pura hanya kerana takut penilaian org dgn aku.

Aku rasa sukar sangat dalam situasi ini.

Aku sudah cukup penat, selama ni hidup dalam lingkungan orang begini.

Aku terpaksa jadi orang lain, bkn diri sendiri.

Penaaattt.

Dorang nda pandai paham ba.

Memaksa.

Kalau sdh nampak orang macam nda mau, plizz la paham.

Fikir yang baik2 ja.

Kau telampau judge org, lama2 orang akan menjauhkan diri.

Fine, kalau kamu x mau paham aku, cukuplah aku paham diri aku sorang.

So, its me.

Real me.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 8 February 2013

Penat Sangat!

Blm pon malam sngt aku rsa bdn mcm abis tenaga suda. Rasa macam mau tidur skg juga tapi waktu magrib pun blm abis lagi. Kau gila mau tidur time bgni?

Jam9 tadi cousin aku dtg, tuan punya Case (nama jentera utk korek/ratakan tanah). So start suda keja meratakan tanah tapak rumah aku tu.

Time aku di site (bhsa kontraktor skit), Panjang jaga kantin. Abislah cikgu2 makan megi ja klu dia jga kantin haha. Nasibla kuah soto sudah ready. Akhirnya Guru Besar makan soto not megi. Selamat, hihi.

Blm abis keja di site aku balik kantin masak utk pekeja (indon) jentera tu. Dia sorg ja. Aku xda msk nasi so aku buat mee goreng sotong ja. Penuh satu tapau, sampai dia ckp, bnyk sgt dia nda buli abis. Aik, nda kuat mkn pula si Indon ni. Aku suruh dia smpn ja mknnnya manatau ptg skit dia lapar balik.

Lps hntr mknn tu, aku tinggalkan dia dan blk ke kantin tlg Panjang kemas-kemas. Klu hjg mgu gni, cara kemas kena detail skit jd lambatla. Dia pula ada kursus jam2 dgn Justin Ganai. Apalaghi klu bkn kursus bola (Kejurulatihan).

Hangin juga tadi sebab sesak sangat ba masa. Aku lagi tekerjar2 pg tapak, masak mengemas, dia lg pun ada jg tujuan. Apalagi, berantemla jg skit haha. Laki bni, biasalah tu so malam ni berat skit keja. Pujuk memujuk, manja bermanja. Laki bni gaduhla mcmna pun asalkan tambah sayang. Ken? Hihi

So malam ni mmg jadual masak sudah dipadam. Beli mknn di tamu ja pastu tidur. Ya aku mau rehat. Actually, bkn bdn yg penat ni tp otak..

Tapak siap juga diratakan tadi. Alhamdulillah.

Babai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 7 February 2013

Kisah Ku dan Shila Amzah

Hurm patut aku emel jumiesamsudin (.com) kasik dia review skit pasal isu si Shila Amzah ni.

Yg mana kalau aku nda salah paham dia macam mau kawen bah sudah ni or serius bersinta sama si Sharnaaz tp ND Lala macam nda berapa restu.

So si Shila ni pun pergi membawa diri ke satu tmpt utk menenangkan hatinya. Ya aku ada baca status twitnya kemarin ka klu nda silap.

Merajuk btl si Shila sma tindakan bapanya tu. Nda lama dari tu blog2 hiburan #murai, beautifullnara,metro pun mulalah mengupdate pasal ni.

Headline (kepala cerita.. Yaka maksudnya?) blog dan paper (online) tu ialah "Shila nda mau dikongkong" (dalam versi Melayu Sabah). Ambek kaw, ayattt.. Haha.

Aku mula2 pun kompius juga sebab rupanya ada pula episod lain isu si Shila sama Sharnaaz yg encem dan cute tu.. Erm, dimata si Shila la, dimata ku Sharnaaz tu suam2 ja (ohoiiii! Sambung lagu M.Daud Kilau- senyumlah ahai cek mek molek-gitu!). Haha. Aik, bila la mau abis cerita. Balik2 ada iklan dalam kurungan ().

Sampai aku twit salah sorg peminat si Shila dan dia tagkan aku link krangkraf punya suku-skat web hiburan. Blm pun aku perasan dia reply, suda baca update di fb pula pasal isu yg sama. So aku bacalah komen2 peminat di fb tu. Sana baru aku clear apa masalah si Shila yg sbnrnya bila ramailah yg suruh si Shila ketepikan perasaan sintanya demi menjaga hati orang tuanya.

Tba2 siang tadi aku dengan penyeboknya pg twit2 sambil tag nama twit shila dan peminatnya tu psl aku prnh berada dlm situasi tu.

Hokeh, mau kamu ke masa silam ku utk mengetahui kenapa aku geng sma Shila dalam isu ni?

Ok, ready???? Jom!!!!!

Pada tahun 2002 yg lalu, hujung tahun masa cuti panjang persekolahan aka ada sdh abis SPM, aku terus sambung belajar di Melaka. Jangan tanya aku belajar apa, aku malas mau explain. Nanti emel ja kalau mau info lanjut. Cewah!

Pendek kata tahun 2003, 10 April aku declare couple dgn laki aku skg sb sama2 blajo sano dolu.

5 thn satu smk nda pula jatuh sinta, di Melaka barulah berlaku sinta-sinta segala ni.

(Urm laki aku sdh balik, klu dia nmpk aku pgg hp ni mesti dia hangin. Nda paham2 aku dan bb ku mcm dia dan bolanya jugakkk. Stop kejap.)

Ok, laki bagi green light utk aku abiskan cerita bangas ni. Sb aku buatkan dia milo fuze panas2. Terus dia pun layan hanponnya haha.

Sambung,
Pastu 2004 kami sama2 dah abis blajo dan balik kampung sama-sama. Bas yg sma, flight yg sma, tmpt duduk bersebelahan, smp aport baru buat2 nda kenal sb mak dia jemput dia, aku dijemput oleh otai aku Mr. Jai.

Dicuttingkan cerita, mula2 mama ku bagi lesen kami besinta tp tiadala kes mcm mama Shila smp kasi kawan dating segala. Pastu bila drg nampak kami mcm makin serius baru porak-poranda nda mau kami besama.

So aku pun ada jugak buat2 merajuk pg jauh dari keluarga dan 'abang' ibarat Shila Amzah. Kiranya aku buat gitu utk mengelak gaduh2 dgn mama dan bapa disamping tu aku mau lupakan boyfren ku aka suami ku skg tp bapa suruh juga aku balik. So bila aku balik, op kos la niat mau melupakan insan yg disinta tu musnah ranap sama sekali. Makin erat adala, last2 laki aku datang minang. Sepanjang betunang pun bnyk juga kontroversi, nasibla aku bkn artis kennn.

Setelah 2 tahun, kami pun berkahwin dan walaupun bnyk badai melanda, kami saling mencintai hingga kini dan bulih dikatakan bahagia wpun hidup tidak mewah seberapa. Dan persamaan Sharnaaz dan laki aku juga dlu kuat cemburu dan panas baran no.1. Pemakaian ku memanglah perlu menurut standard dia sorg. X bole seksi, tapi nda pulak suruh aku pakai jubah dan tudung labuh kan.. Sedar diri juga yg dia tu bkn alim sanget. Ni cerita dululaaa.

Intermission...

Apa patut Shila buat skg? Lupakan kekasih dan kembali ke pangkuan keluarga walau hati disiat2.

Aku dulu apa aku buat? Teruskan kawin kan? Ya.

So?

1st, aku mau bagi Shila nasihat sikit. Tiada yg lbh mulia melainkan kita membahagiakan ibubapa walaupun terpaksa meranapkan kebahagiaan sendiri. Pendek kata, tinggalkan kekasih lbh baik jika itu yg ND Lala minta. Aku yakin, hidupnya akan lbh bermakna dan gembira lepas ni andai dia redha.

2nd, aku mau bagi nasihat kpd ND Lala juga. Berapa umur Shila ya? Kalau sdh lebih 21 dia ada hak untuk memilih. Dia pun ada kerjaya, sudah ada duit sendiri. Bagilah peluang untuk dia menjadi dewasa. Kalau kata si Sharnaaz ni jahat dan apa2kan Shila, bukakanlah tangan seluas2nya utk Shila semula.

Masa aku dulu, bapa memang nda mau kasi lepas sebab aku pun belum ada keja, yg meminang ni pun 2x5.

Mgkn sukar utk buat pilihan tapi sebolehnya biarlah Shila ikut kata ayahnya.

Katalah kalau aku dlu putus dgn suami aku, frust nonggengla. Kosong bgtu ja tapi Shila masi ada peminat, kerjaya dia. Mustahil tiada yg bisa mengubati hati.

Memangla kes Shila dan si Nani ni jauh panggang dari api tapi pokok pangkalnya, perlukah ikut hati sendiri or hati family?

Dan kalau masa boleh diundur semula aku pun xmau mengecewakan keluarga. Harap Shila xda penyesalan dalam hidup.

Aku memanglah nda menyesal sebab budak degilkan? Hehe. Ok gurau.

Ya aku memang kurang minat dgn perkataan menyesal. Rasa bodoh sgt kalau ada perasaan gitu. Aku anggap ini ujian Allah kpd manusia daif mcm aku. Aku x prnh mahu gagal dlm hidup tapi sudah Allah suratkan utk aku lmbt sedikit utk berjaya. Insya Allah. Kasih syg Allah itu tidak terkira pada hambaNya.

Semoga Shila diberi petunjuk yang benar. Amin.

Sebagai ibubapa juga kita kena redha. Anak itu anugerah tapi jangan lupa anak itu juga satu amanah. baik atau buruk adalah amanah ibubapa utk terus membimbing dan menerimanya. Kesian Shila, ditatang bagaikan baru 17 tahun. Bagi peluangla.

K,bye. Gud nite.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 5 February 2013

Nak Stay Jugak!

Kunun baitu ber'nak2 padahal dalam bahasa Melayu Sabah, mau.

Selama aku hidup ni, sudah banyak kali aku ke sesuatu tempat yg mana aku suka tempat tu dan mau stay lama tapi tak bole. Nda bulih.

Pernah dlu masa cuti panjang time form 4, aku ikut kawan ke Kudat. Kamilah satu geng pi sana mau cari keja sementara cuti.

Nda taulah, kami dulu dari kecik-kecik suka mandiri.

Form2 suda pandai piknik di air terjun dlm hutan, dan buat ekspedisi di suatu kampung yng geografinya ialah tanah tinggi (berbukit).

Di Kudat tu, sebulan ja stay sana rasa macam diri lahir di sna. Kejiranan dan family kawan yg sgt frnly lagi penyayang. Aku btl2 mcm x mau balik rumah sendiri masa tu tapi... Kau kecik lagi dik. Tunggulah masa mu.

Pastu time aku study di Melaka 2002-2004. Aku betul-betul suka bandar tu. Best sangat. KL aku nda suka, Melaka best! Aku sdh planning akan abiskan study sampai ijazah dlm bidang Sistem Maklumat (perkomputeran/kesetiausahaan), keja di Melaka dan terus menetap di sana hingga tiba masa balik ke kampung halaman, namun gagal. Bapa ku nda restu aku belajar di sana. Maka di sinilah aku hari ini.

Sekarang pula, setiap kali isnin bermula, aku sedih bila akhirnya putaran bumi sampai ke hujung minggu. Kalau bulih aku mau hari jadi pendek ke 5 hari sja. Aku nda mau ada sabtu dan Ahad. Pasal apa, sabtu dan Ahad memaksa ku untuk balik ke rumah yg aku rasa bukan lagi syurga dunia ku. Skrg, syurga ku ialah di kampung yg aman damai ini. Dan kali ini aku nekad dan tekad tidak akan lagi meninggalkan tempat yang memberiku kedamaian. Ya tidak akan lagi...

Aku akan di sini, sini dan sini...

Aku mohon, jangan rampas kedamaian ini lagi.

Hanya doa mampu ku lafazkan.

Ya, Allah. Permudahkanlah urusan rumah ku. Berkatilah usaha ku. Aku mau temui kedamaian hati ku di sini. Ingin bersamanya selama Engkau panjangkan umur ku. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 4 February 2013

Mencari Tukang

Alahai...

Time2 aku memerlukan payah pula dicarik.

Aku ada 4 orang tukang rumah ja yang paling aku percayai.

3 org aku kenal sejak kecik dan merupakan tukang kpd rmh2 bapa ku juga dulu.

Pacik Sewon, pacik Masatur, pacik Sirikon dan yang baru kenal 6 tahun lepas ialah Darus.

Napa aku nda panggil pacik Darus? Sb dia muda lagi. Kurg pasti dia lahir 80 brp tp adik kami lagi. Bayangkan kami 85 baru 28 tahun ni, naaa. Dlm 26/25 la kali umurnya. Tp budak ni memang terer buat rumah. Abis SPM ini ja kejanya di kampung. Masa baru beranak hari tu kami upah dia renovate rumah ala2 setinggan kami tu hihi. Hasil kejanya memang kemas.

Tapi keempat2 tukang yg aku maksudkan semuanya bizi.

Skg ni aku ada sudah tukang tp yg separa mahir. Aku kena cari juga yg mahir sbg ketua tukang.

Aku pun sudah pening pasal senibina tu rumah.

Mau buat rumah ampai lantai simin, traktor yg mau kasi rata tanah pun sibuk. Jadi takkan aku mau tunggu lama?

Kira mau tukar plan biarlah rumah tu bertiang lantai kayu lah juga tapi tukang ku tu mcm sure nda sure ja membikin. Maklumla separa mahir. Aku pula kena perah otak memikirkan sambil2 tu discuss jg la skit2 sma tukang tu.

Macam kelam-kabut btl mau buat rumah kan aku ni.. Bkn apa, takut nti duit yg ada melayang ke lain tujuan. Tu psl aku mau start cpt2 rumah tu dibikin. Biar poket ku kosong asal sja duit tu sdh diguna ke tujuan asal. Na makanya bgni aku jadinya.

Beberapa tahun kebelakangan ni puluhan ribu duit abis begitu sja. Kalau kumpul2, mmg buli siap sebiji rumah jadi ni kali aku nda mau lagilah membazir duit kpd hal yg bukan2. Aku serius mau rumah. Kalau bulih siap tahun ni juga! Bye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pening Juga

Mula2 mau buat rumah bertiang rendah.

Pastu mau buat rumah ampai, lantai simin.

Pening!

Skg blm tau mana satu pilihan masih menunggu apa kata pakar.

Konsep rumah ialah chalet kayu+rumah kayu Inggeris.

Ada wardrobe berasingan dgn ruang tidur.

Bajet kalau boleh 40k ja. Yg lain top up pelan2.

Biar bukan rumah mewah asal ada konsep, design tersendiri, sangat santai tinggal di dalamnya dan lain dari yang lain.

Urm, x sabar mau start buat dan siapkan secepat mungkin. Bnyk idea perlu dicurahkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 2 February 2013

Marilah Berangan Bersama Ku

imaginasi ku sudah jauh perginya.

Fokus ku masih satu iaitu bilik tidur tingkat atas rumah ku.

 Oleh kerana design rumah ala-ala begini...

 atau begini...

juga begini...

Haaa, mimanglah mengasah otak skit.

Mula-mula keluasan rumah ikut kiraan kampung ialah 25x30, tapi oleh krn aku risau pasal mana mau letak kain baju segala macam mau tambah saiz ke 30x40.

Rumah bertingkat, bawah tinggi dinding 10 kaki, tingkat atas 6 kaki plus tinggi bumbung yang ala-ala begini..

Ada ruang dalam bumbung. Nama saintifiknya aku nda tau.
Konsep/susun atur juga hampir begini.
Bahagian kepala ruang ialah katil pastu depan katil ada sofa tempat rehat2 sebelum masuk tidur.
Tepi dinding mau latak meja untuk aku letak laptop dan dikedua2 tepi meja ada rak buku untuk aku susun koleksi buku bacaan dan juga fail2 penting (dokumen diri).
 
Pandangan menghala ke beranda bilik tidur ala-ala gambar ni.
Konsep aku memang terbuka dan dinding kaca.
Adohai, mampu ka RM aku ni?
Rupanya nanti nda 100% macam dlm gambar ni, ni idea saja.
cermin2 ni nanti aku mau pasang langsir nipis warna putih.
Mau buat ala resort skit atau chalet.
Sebenarnya konsep keseluruhan rumah ni ialah chalet dan kayu sepenuhnya.
Nda tau pula kalau tiba-tiba ada keajaiban dapat bajet lebih aku buat rumah batu pula.
bajet rumah ni pun aku nda tentukan berapa, ikutlah sampai mana kemampuan.
Tapi siapa yang nda mau jimatkan?
Memang aku akan kawal juga kos jangan sampai mencecah ratusan ribu.
Kalau boleh tidak sampai 50k pun tapi entahla susah mau cakap...
Kalau kamu mau tau, bajet untuk rumah ni belum ready lagi sebenarnya, berapa yang aku jumpa nanti itulah yang akan tumpah ke rumah ni.
Sama-sama kita tunggu dan lihat.
 





Katil mungkin akan dipasang kelambu2 bgni hihi cuma warnanya belum ditentukan lagi tapi kalau buat macam dalam gambar ni pun mngancam juga kan? Dinding tu nda lah. Dinding aku pakai papan yang ada gigi tu. hm, nda taulah berapa sudah harganya skg. Cat varnis ja la ni.
 
Rasa macam makin jauh angan-angan aku ni...
Ya, Allah permudahkanlah dan makbulkanlah... Amin.