Sunday 28 April 2013

Pengalaman Lalu Penentu Siapa Kita Hari Ini

Aku sendiri masi tekejut, kelantangan ku bersuara tentang kes buli tu. Rasa mcm nda percaya aku seolah menghentam seseorang yg berkuasa di daerah ini dgn begitu berani. Baru macam terfikir, akukah org itu? Betul, masi macam kurang percaya aku sudah lakukan dari segi cara dan kepantasan tindakan itu. Aku rasa macam menjadi calon parti pembangkang dan ingin mengubah dasar kerajaan yang sedia ada. Rasa besar sangat tindakan ni.

Beberapa hari berfikir...

Dari apa yang aku lalui sejak beberapa tahun lepas, konflik remaja pastu konflik rumahtangga, kekeluargaan, kerjaya, uh macam2 berlaku. Garam demi garam aku makan. Sedikit demi sedikit membentuk jati diri dan mungkin kesannya mulai kelihatan.

Aku dibesarkan dgn kurang sokongan dari bapa, setiap apa yang dilakukan dikritik, kritikan memusnah bukan membina cuma bergantung kpd penerimaan ku. Aku jadikan kritikan sebagai satu pencabar supaya aku perlu buktikan sesuatu. Aku biasa mendapatkan apa yg aku mau dengan azam dan keyakinan sendiri, aku tidak suka mengikut rules orang lain. Selagi aku merasakan apa yg aku buat ialah baik dan bukan sia2, bulihlah kamu katakan aku ni orang yang degil tapi masih bertempat.

Aku masih bulih menerima kesilapan diri, aku masih bulih ditegur tapi aku suka cara berhemah. Semua orang pun suka. Aku hormatkan orang lain biar siapa pun dia asal bukan penjenayah maka aku pantang kalau orang tidak menghormati siapa diri aku.

Orang nampak aku steady tapi sebenarnya aku sedang bergelut untuk membina hidup dan membuat pencapaian diri. Aku rsa masa dah suntuk sangat, aku mau menjadi seseorang pada umur tepat 30 tahun, strictly! Aku desak diri utk mencapainya dengan waktu yg tepat. No excuse, patutlah hebat tekanannya.

Dalam bergelut mengejar yg dicapai sedikit mengubah peribadi ku, aku hadkan pergaulan. Aku jadi selektif dalam bersosial. Aku nda akan nmpk ceria depan org yg bukan aku pilih, aku akan jadi pendiam sangat kepada orang yang aku rasa tidak sekepala dgn aku. Apa yang bimbang kalau aku tidak kenal diri aku lagi sebab manusia akan berubah dari semasa ke semasa sejajar dgn pengalaman masa lalunya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 27 April 2013

Kes Buli SMK Pitas ii: Kami Cuma Mau Murid Selamat

Kes buli di SMK Pitas ii ni bertahun sudah wujud, bila ada pelajar yang rasa diri lebih dominan, ada kumpulan tersendiri maka mulalah dorang berani mengganggu pelajar lain yg biasanya nampak lemah dan penakut.

Setakat digertak diejek tidak mengapa tapi berani pula memukul rakan-rakan sendiri. Yang lagi menaikkan darah, yg dibuli ialah pelajar2 yg baru masuk, adui apalah dorang tau.. Dan yang dahsyatnya budak tingkatan dua pun sudah berani membuli.

Adik aku pernah dipukul sekali sblm cuti sekolah Mac lalu, sampai bengkak2 leher. Masa tu aku sdh bercadang terus mau ke sekolah buat aduan tp ngam2 hari tu kelam-kabut mau pg kk jadi ndala sempat singgah ke sekolah. Tangguh lagi sb ingatkan perkara ni tidaklah teruk sangat.

Rabu yang lalu 24 April, masa balik dari SK Sosop dan lalu di smk ii, ngam2 budak2 mau begaduh dan memang jadi gaduh pun. Budak luar yg adiknya kena buli menuntut bela dan geng2 pembuli apalagi mau tunjuk herolah. Maka berlakulah pergaduhan di sekolah dan geng2 pembuli tu ada yg bersenjata kayu dan besi. Pergaduhan tu tidak berlangsung lama sb laki aku yg leraikan dan aku sempat memanggil guru2 untuk menghentikan pergaduhan itu. Ada sorg pelajar cedera sampai berdarah2, ada cerita mengatakan budak tu luka sampai kena jahitan di hospital. Budak tu juga terus di bawa di balai.

Ptg tu juga aku buat aduan kepada pihak yg berkenaan dan aku disarankan buat aduan juga ke smk ii. Esoknya aku guru berkenaan, selepas diberi penjelasan aku mencadangkan supaya sekolah buat satu meting dgn pibg utk sma2 berbincang membenteras kes buli sb apa yg dibimbangkan skg, ramai murid takut datang ke sekolah slps insiden pergaduhan itu takut geng2 pembuli ingin membalas dendam dan menjadikan mangsa2 sblm ni dipukul semula sb selalunya itula style yang dorang pakai. Kau report guru kau siap! Kau cari org utk pukul kami pun kau siap!

Keesokannya pula (Jumaat) aku didatangi 3 orang dari pihak berkenaan untuk menyoal siasat kenyataan2 yg aku postkan di facebook berkenaan insiden pergaduhan itu dan seterusnya memberi liputan/update tentang kes itu dari semasa ke semasa. Terkejut juga pada mulanya, walaupun hal itu sudah aku jangka tapi agak mengejutkan sebab benar2 berlaku, pihak tersebut print segala post aku di fb utk dijadikan bahan soal siasat. Apa yg aku faham selepas dorang jumpa aku, drg terus ke smk ii mgkn utk mencari detail lanjut hal itu.

Tadi pula, kawan aku hantar bb mengatakan, akan ada kenyataan akhbar dari pihak terbabit yg mengatakan kes itu sudah selesai sdgkan kes ini masi tergantung, kami blm mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah lagi untuk memberi laluan kepada pru.

Ya tidak kisah lah pasal kenyataan akhbar itu sebab pihak berkenaan sudah pun turun padang tapi harapan kami agar kenyataan akhbar itu tidak menghentikan proses perbincangan yg bakal diadakan nanti. Kami mau pihak itu faham yang kami cuma mau anak2/adik/ahli keluarga kami selesa dan berasa selamat meneruskan persekolahan. Kami tidak mau ramai lg pelajar berhenti sekolah kerana takut dibuli. Kami bukan mahu memburukkan nama, kami mau bekerjasama sebab sudah lama hal ni sekolah tidak dapat mencari penyelesaiannya. Mungkin dorang pun sudah buntu sebab buli-membuli ni bukan hal yg mudah untuk dicegah dan dikawal.

So kami betul-betul berharap pihak berkenaan lebih prihatin dan memandang serius akan hal ini. Bagi kami bila pelajar lain berhenti sekolah kerana takut dibuli itu bukan lagi perkara kecil dan bukan lagi perkara biasa. Murid yg membuli tu patut diberi perhatian dan cari jalan supaya dorang berhenti buat begitu. Salah satu cara yg aku dpt fikir ialah memindahkan dorang di sekolah lain dan dalam masa yang sma letakkan dorng dalam pemerhatian. Kalau buang sekolah nda boleh, dihantar ke sekolah pemulihan pun nda boleh, pindahkan saja dlu. Mungkin hilang taringnya jika bersekolah di sekolah baru.

Di Pitas ni ada beberapa buah sekolah menengah tapi kes buli yg agak menonjol ialah di smk ii sb itu aku terfikir salah satu penyelesaiannya ialah memindahkan murid itu ke sekolah yg rekodnya baik so mgkn dia berubah menjadi baik juga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 21 April 2013

Marilah Mari Pergi Mengundi...

Ikutkan rasa binasa...

Aku rasa slow sgt perjalanan hidup, yang dirancang pun masi berstatus pending.

Tapi fikirkanlah, bgnilah hidup kita manusia. Tidak semua yang kita mau berlaku sekelip mata. Dia ada proses, perjalanan dan memerlukan masa. Ada yang cepat ada yang lambat sikit. Jalani hidup dengan ketenangan dan kesabaran.

Wah, nda lama lagi mengundikan? Ni kali kedua aku mengundi. Kamu sdh tau siapa calon2 parti di kwsn kamu? Bikin rambang mata ka tidak? Hehehe. Kalaulah bulih mengundi dua parti aku mau hehehe. Pastinya pru kali ni meriah sangat. Ada kwsn yang bertanding smp 7 penjuru, bnyk parti bebas kali ni. Xtau kenapa drg mau becalon bebas? Nda rasa sia2ka buang duit?

Kebangkitan anak muda pru kali ni pun sangat membanggakan. Tahun 2008, penggunaan laman sosial terutama fb belum meluas. Yang aku kenal masa tu baru blog. Jadi pendapat ku krn fb, twitter dan blogla yang memberi pendedahan dunia politik kpd kita org muda.

Aku ingat lagi masa pru12, aku nda pernah pun befikir pasal kerajaan dan pembangkang. Nda pernah pula mau bedebat sma kawan2ka pasal parti mana yang bagus. Tp skg ni sejak bnyk info2 politik disiarkan dlm fb terutamanya, boleh dikatakan bdk sekolah pun sudah tebuka matanya pasal politik. Bagi kita yang lingkungan 20-30an ni yang nda prnh besuara tiba2 berani sdh menyuarakan pendapat. Terus paham psl politik.

Di tv hari tu dia bilang pru12 700ribu sja pengundi baru, pru13 pula klu x silap 4 juta pengundi baru. Sgt mendadak! Impak laman sosial. Ok jugalah, aku pun suka. Kalau bulih, biar JKKk pun dikalangan orang muda yang lebih berpengetahuan. Pasti pengurusan lebih agresif berbanding si pacik2. Kan?

Apakah harapan ku utk pru kali ini? Kita tengok dan lihat saja. Dengan senario yg kita lihat skg ni pastinya masing2 sudah ada jawapan. Hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 16 April 2013

Simptom Mengandung Lagi...

Iya aku memang mau tmbh anak, anak sulung ku sdh 6 thn umurnya. Sesuai sgtla ada adik tapi kami sudah berusaha stkt yg kami mampu namun masi blm diizinkan Allah untuk mendapatkannya.

Aku redha, x kisahlah Allah tahu apa yg terbaik tapi....

Seringkali dapat simptom...

Mula2 lambat haid lbh dari seminggu. Omaigod! Btl2 aku confident sdh aku positif sb seumur hidup aku mmg x prnh lmbt haid. Dan masa aku positif pegnen Nadia pun hari ke7 haid lmbt dtg. Last2 hampeh! Hehe. Bnyk kali jg aku tertipu dgn kes lmbt haid ni, pastu tiba2 bdn naik naa tau sdh hormon aku mmg x stabil. Haid lmbt, bdn naik, naa dia la tu.

Slps tu aku mmg xpcya lg biar brp lama pun haid lmbt sb sdh lali dan xmau mengharap lg.

Skg ni simptomnya pula:
-kejap2 lapar tp mkn skit2.
-emosi cpt brubah sdgkan aku ni cool :p
-suka mkn masam tp ni dkt haid2 pun mmg kebiasaan
-tba2 gastrik mudah menyerang..
-malam ni aku mau sgt mkn sardin tumis smp rsa mcm mau nangis sb lupa pesan dgn laki td na mana lg ada kedai buka skg. Ermmm:(

Dgn simptom2 ni adalah sgt menjejaskan emosi daku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 12 April 2013

Ulangtahun Bercinta ke10 Tahun

Sebelum bercinta 2003.

Gambar tu di mabil di Tanjung Dahan Melaka... aku x ingat sangat nama kampungnya, mgkn itu la tu hehe.
masa ni kami baru masuk kolej, belajar komputer MLVK punya. Belim kuar SPM lagi ni.

ni tahun lepas 2012, bercuti di Kundasang, ni di ladang lembu, Mesilau.
 
Bercuti dgn kawan2 di Genting 2011.
 
Bercuti di Port Dickson lps balik dar Genting terus ke sini 2011.
 
Raya 2010, baru resign dari keja dan buat MLM ngeeeeh:)
 
Anivesari thn lps 2012 menawan puncak gunung Kinabalu.

aku dah lupa kami buat apa utk ulangtahun thn lps, bila nmpk balik pic ni baru ingat... adoi.
 
ulangtahun ke8, karoke di CP dgn kwn2 keja BTC.
 
yg ni sudah bersinta tahun 2004. budak lagi baru 19 thn. Melaka.

raya 2009.
 
Dinner di Dataran Bengkoka, Tanjung Senimpul Pitas.
 
Tahun ni makan kek ja di rumah.
Beli yg 1kg punya dapatlah kami tiga beranak makan, bagi skit sama mentua dan mak aku.

Sejak dulu kami memang sambut anivesari tiap tahun tapi ada jgla tahun2 yg kami skip beli kek yg lain tiada gambar diambil sebab zaman tu ialah zaman aku belum main fb lagi. Di blog lama ada kut tapi aku sudah delete blog lama tanpa membackup entry2nya.

Trademark sambutan kami ialah KEK hihihi..

Kenapa kek? Sebab bagi aku kek tu simbolik pada cinta lah kononnya.
Kek kan sedap, cinta pun macam tu lah jgk, sedap kalau nda begaduh haha, kalau gaduh na macam makan taik rasanya hahaha.

Kalau kamu mau tau ulangtahun kawin yg rasanya kami blm pernah sambut lagi. 
Kadang wish pun selalulah lupa.
Ntah macam rasa nda penting saja tarikh kawin tu sma kami tapi mulai thn ni mgkn kami mau sambut dua2, tgkla kalau nda lupa hihihi.
Yang nda sambut tu sebab selalu lupa ba.

Feeling selepas 10 tahun bercinta?
Erm, dalam melayari perhubungan ni biasalah banyak gaduh tapi pointnya makin bnyk gaduh kami makin mesra, manja dan berkasih-sayang. di usia 28 ni, (mgkn masih muda bagi kamu yg lebih senior), kami masih bulih pigang2 tgn kalau jalan2 di KK. Kalau di kg tu manalah dapat pigang2 tgn kan haha.

Kunci kebahgiaan bagi aku ialah biarla berapa lama kamu sudah kawin, kekalkan menganggap kamu ialah bercinta. Bila set dlm mind kamu becinta, adalah manjanya, tumbuk tamparnya, dan ghairah tu masih tinggi hehe.

bagi aku kalau rasa dia tu just sbg suami bukan kekasih rasa macam formal sgt hubungan tu sampai membataskan perasaan manja-manja. Ya kawan aku ada macam tu. Even mau goda2 suami pun dia malu tunggu ja lakinya mulakan langkah. hurm, hambarlah macam tu kan. Si laki pun macam kayu ja, beguyang bila perlu saja. Xdala mau mengusik2 bni tp yang bestnya drg jarang gaduhlah pulak hahaha.
Ah, peduli! Aku mmg suka cari gaduh pun sb mau manja2 haha.

Wednesday 10 April 2013

Rasa Kekurangan

Aku sensitif sgt dgn org sekeliling kmrn.

Erm.. Di taman kmrn jumpa dgn kawan.. Lelaki sdh beristeri. Dia berjoging dgn isteri dan anak perempuan umur 3 thn. Tima kwn ni tengok2kan anaknya main di tmn permainan, aku pun dtg menyapa. Masa tu bninya sdg lari mengelilingi taman kemudian dtg ke arah kami. Berbual2lah aku sma lakinya aka kawan ku.

Lakinya: apa projek kau Ani skg?
Aku: ntah, xda ni. (Kalau dia maksudkan projek kontrak aku mmg aku x tau menau. Bapa yg atur semua tu, aku tkg cek akauan sja hehe).
Lakinya: kau masi buat Elken ka?
Aku: nda sdh tu. Utk guna sndri ja lg. Lumayan ba tapi penat.
Lakinya: xpa ba. Guna sndri pun bagus. Mmg penat ba buat tu.

Pas tu bla.. Bla.. Terus bininya meyampuk, dan membawa pulang. Tiada pun minatnya mau ikut serta dlm perbualan kami. Cepat2 drg masuk dlm keta bininya, bninya lagi drive. Wah, aku terasa sangat. Terasa yg si bni mcm menunjuk kuasa. Kwn tadi tua setahun ja dari aku kontraktor sepenuh masa, boleh tahan bisnes dia. Bninya pula keja di hospital pitas xtau nurse ka apa. Mcm bukan, so klu bkn nurse dia pakai seragam putih jg. Takkan atendan kot? Apapun dia buli dikira sebagai bini orang kayalah juga hehehe.

Erm, kau bulihlah berlagak ging, macam aku ni..... Stop.

Kdg2 aku merasa tak patut hidup macam ni. Sejak aku meninggalkan cara hidup mewah besar perubahan emosi dan mental. Hihi. Bukan sng kau mau tukar lifestyle sbnrnya. Ya aku rasa adakalanya sukar tapi sebenarnya best. Cuma kau sensitif skit kalau jumpa manusia2 yg berlagak ni. Memang sakit hati jg skit dibuatnya.

Its ok. Aku yg pilih hidup begini kerana mengejar kebebasan hidup. Tinggal rumah yang daif, pakai keta second hand, cat pudar, sport rim lusuh, roadtax pun selalu lambat renew sebab save bajet sgt. Kesiaaann haha.

Aku pilih hidup begini sb mau mula dari bawah semula. Yalah, bila keja sndri sudah jaranglah terus kaya-raya kan. Ada startingnya, ada prosesnya kemudian barulah hasilnya.

Xpala, yg berlagak tu aku anggap sebagai cabaran supaya aku cepat2 tingkatkan usaha majukan diri. Biarlah skg aku dipandang sebelah mat, dihina, insya Allah ada jalannya. Biasalah tu dunia. Allah juga yang Maha Kaya.

P/s: hari ni 10 April ialah ulangtahun percintaan aku dan suami yg ke10 tahun. Doakan kami ya :)... Nanti sambung cerita lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 9 April 2013

Perniagaan Bergerak

Sebentar tadi berurusniaga dgn costumer di Taman Pekan Pitas. Sambil tunggu dia sampai aku menyempat joging sekejap. Zumba off hari ni sb sifu zumba kami ada hal.

Rsanya utk naikkan bisnes aku ni, perlukah premis?

Sebelum ni aku rasa perlu tapi bila ada kedai kos operasi bertambah, aku kena cari pkerja sb aku x mau duduk hari2 di kedai nanti susah aku mau buat keja lain. Tu tandanya, aku memang mengelak dgn komitmen masa.

So cara operasi ku selama ini, sama ada aku dtg rmh costumer klu yg dekat, jumpa di taman macamni dan pernah juga aku berurusniaga dgn costumer tanpa berjumpa, tanpa berkenalan just tru fb ja urusan beres! Yg lain, biasala, call dan sms. Mudahkan?

Setakat ni, Puteri Canopy lebih dikenali di facebook. Kedai aku ialah facebook. Inilah bestnya perniagaan online, jimat kos. Xpyh sewa kedai, xpyh jaga kedai hari2. Apa yg perlu, langgan internet bulanan hanya RM25 utk Blackberry, on fb na bukalah kedai.

Mgkn masa akan dtg bila sudah maju aku akn buat juga galeri, tunggulah masa. Step by step hihi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 7 April 2013

Surirumah Sepenuh Masa?

Aku mudah lupa...

Aku sangkakan aku surirumah sepenuh masa, rupanya tidak. Aku masih bekerja untuk mendapatkan duit. Ya, bekerja... Wpun bkn sudah makan gaji. Kini aku keja sendiri tapi tujuannya tetap sama untuk mendapatkan duit.

Masa ku agak terikat sejak mengendalikan mini kantin sekolah. Demam2 pun paksa juga turun keja, kalau nda turun xda income. Hmmm....

Komitmen masi besar. Tugas di luar dan tugas dlm rumah.

Ketika ini rumah betimbun dgn kain kotor. 2 minggu sudah daerah ku mengalami gangguan bekalan air. Paip pecah oleh keja2 pembinaan. Bayangkan 2 minggu. Tghmalam baru air on, siapala lagi larat mau basuh kain malam2 buta. Itu masa utk berehat.

Hari ni aku mcm org sakit! Otak ku kurg oksigen. Kejap2 rsa ngantuk. Laki baru jg out station 4 hari, smlm balik pagi td sdh ikut pertandingan bola tampar lagi. Adui, rsa mcm mau packing baju dan lari dari rumah ni. Lari dari kain betimbun, lari dari rmh yg xda air dan lari dari suami yg malar menyibukkan diri. Keadaan ni membuatkan aku xda smgt mau keja esok. Isk!

Nda bulihkah aku ni btl2 menjadi surirumah sja? Basuh pinggan, kemas rumah, lipat baju, basuh kain, masak, layan anak dan layan suami ja... Itu ja rutin harian, xpyh fkr psl keja, psl carik duit. Penat, btl2 penat!

Sori entry berbunyi negatif pula hari ni. :(
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 6 April 2013

Janda ???

Ermmm...

Bukan mau mengata tapi aku cuma tertanya-tanya...

Status janda selalu jd perhatian org, jd bahan gosip org, jd fitnah org.

Kenapa?

Janda selalu dicop gedik, gatal dan penggoda. Selalunya kaum bini akan panik bila mendengar ada janda dikalangan kenalan suami. Hehehe...

Aku?

Setakat ni blm lg berasa bgtu, mgkn blm masanya. Yalah, suami blm buat apa2 takkan kita mau emosi duluan. Rilek ar! Nanti klu suami sdh buat hal barulah keluarkan taring.

Sebenarnya baru tadi tefikir. Nampak sorg kenalan yg baru memegang titile itu. Post gmbr2 bsma kwn2 lelaki... Biasalah, dah single suka ati lah mau begambar sma siapa kan cuma klu ada diantara kwn bgmbr tu sdh berpunya, naaaa. Jeng! Jeng! Jeng! Tu pasal aku blg bkin panik sma bni-bni kalau ketahuan lakinya ada kenalan janda. Miawww!

Kenapa ya? Bila sdh bergelar janda org suka melakukan perkara yg seolah boleh menjatuhkan saham?

Contoh pertama mcm artis. Time ada suami ada yg betudung. Lps cerai buka tudung, pakai seksi segala... Adoi, kenapalah mau pilih penampilan murahan...

Dan nagi org biasa, bila sdh memegang title janda, tiba2 jadi kaki clubbing, layan lelaki sana-sni. Disebalik tu mungkin kerana dendam dan membalas perbuatan bekas laki tp kalau boleh jgnla pilih cara yg terlalu sosial. Btl2 menjatuhkan saham. Bagi aku title janda tu ko macam kembali jadi anak dara. Kena jaga kelakuan dan pergaulan tp mgkn krn janda2 ni sdh terlalu dewasa, maka berlagaklah seperti dewasa.

Bukan apa, rsa sayang sgt dgn keperibadian dorang ba.

Mgkn drg mau buktikan pada suami lama yg drg masi ada power tapi jgnlah pilih cara bgtu. Wpun mgkn drg tidak seteruk mana tp drg bagi gambaran yg buruk dgn perlakuan bgtu.

Aku xmau cakap lebih takut kebalikan, tp aku mau luahkan apa yg aku rasa dlm hati.

Sayang bah sama janda2. Tinggi saham bah drg tu tp kalau buat bgtu drg sndri merendahkan. Xpa la.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 4 April 2013

Subuh Jumaat

Rasa minggu ni cepat betul berlalu. Malam isnin lepas aku demam, hari selasa tu aku paksa ja buka kantin. Sakit2 gitu dptla jg aku masak nasi dan lauk sb skg ni aku mau seminggu sekali gitu mau buat nasi campur utk guru-guru. Kesian tekak dorang merasa mknn goreng2 ja hari2. Ok jg la, lauk abis jg, aku masak kacang buncis tumis sos tiram dan ayam masak merah ja.

Cakap pasal ayam, naik aa harga ayam skg. Adui, 2kg/pek tu ba anduu, berapa ketul sja pahanya. Adeh. Bkin sakit hati membeli.

Ok yg Rabu pula, ada rsa bagus skit tp malam selasa tu mmg aku sakitlah. Smp baring pun sambil nangis2 lg. Aku malas mau pg hospital tp mentua risau so pg sja la. Sekali tu, aku disahkan jangkitan kuman dalam salur kencing yg peliknya dia x test pun kencing ku, pegawai perubatan terus sahkan melalui simptom sja. Dibagilah aku ubat panadol, antibiotik dan pencuci kencing tu. Aku x sentuh pun ubat2 tu. Yg utk alkalikan kencing tu aku mnum skitla sbb si Panjang paksa minum pastu ketiga2 ubat tu aku campak dalam tong sampah. Hm, memang menyampah aku sma ubat2an ni. Konon, padahal supplement bukan selalu pun mampu membeli hihi.

Aku ni kan kalau sakit cara ku sng sja. Tunggu sampai tiga hari tanpa ambil sebarang ubat2an. Selalunya klu just demam2 biasa, lps 3 hari dia baik. Yg aku perlu buat, selama 3 hari tu aku rehatkan diri sja. Baring kalau mau baring. Selain dijangkiti virus, bagi aku demam juga disebabkan oleh penat. So kasi peluanglah bada kita ni rehatkan. Jgnla dibebankan lg dgn ubat2an kalau tidak memerlukan sgt. Ramai org aku tgk, sakit skit panadol, sakit skit, panadol. Yg aku heran, yg selalu ambil panadol tu bnyk kali sakit dlm setahun. Aku yg jrg mkn ubat ni kdg langsung xda demam dlm setahun tu. Tu la aku makin pcya, mgkn badan penat. Panadol tu pain killer. Bila mkn sakit hilang jd kau pun teruslah buat keja. Mana la badan dpt rehat mcm tu. Tu yg bnyk kali sakit. Cewah, memandai ja.

So kemarin, khamis aku dengan jayanya beroperasi seperti biasa di kantin. Tapi aku slow2 sja la wpun bdn rsa sihat sdh. Aku just mnum panadol soluble sb aku xtahan sakit blkg pinggang, tekak dan sakit kepala. Kalau aku masih tahan tu, mmg aku x ambil panadol. Hihi. Zumba pun aku off jg kmrn, insya Allah sabtu nanti baru aku join balik.

Hal-hal lain (macam baca minit ba), semalam kecoh sudah di fb pasal pengkebumian pengganas sulu yg 5 org kalau x silap di Pitas. Ramailah yg marah psl benda tu. Hmmmm, aku xtaulah. Kerajaan ni suka buat kontoversi. Baguslah sudah bubar. Berabislah kamu bekempen. Kasi limpas2lah ni perang politik. Malas suda aku. Aku pun xtau knp x disekalikan sja kebumi di Tanduo sekaligus buat memorial. Ni dikuburlah pula merata tempat di Sabah. Mmglah org awam marah. Pandailah kamu.

Pastu lg satu. Video tangkap basah 2 budak remaja couple dan buat maksiat dalam hutan diupload dalam fb. Hm, aku setuju juga abang tu tangkap dan marahkan budak2 tu cuma ralatnya bdk perempuan tu separuh bogel ba. Sepatutnya, suruhla dlu budak tu berpakaian baru marah2. Pastu upload lagi tanpa edit. Ndala nampak budak tu telanjang sb dia cover jg kakinya tu dgn seluar tapi yg menangkap tu pasti nmpk jg. Mula2 aku tgk pun, nda perasan budak tu rupanya cuma cover kakinya dgn kain seluar yg sdh dibuka. Alahai...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 1 April 2013

Isu Cari Kerja

Hari ini dan esok ada temuduga terbuka utk jawatan Kerani Sambilan di Pjbt Pendidikan, Pitas. Mengikut status sorg anak jiran katanya 9 saja kekososngan tapi yang datang dalam anggaran 500 org. Omaigod!

Pemuda-pemudi betul2 kehausan pekerjaan.

Beberapa hari lalu my beliau ada cakap menyuruh aku ikut temuduga tu. Pok diserap ke jawatan tetap katanya. Itu baru mukadimah, belum sempat dia menyampaikan isi syarahan aku terus balik rumah ku (masa tu di rmh bapa) hehe.

Sampai rmh aku bepikir balik...

Hina sangatkah kalau aku surirumah?

Hina sangatkah jika kami memulakan hidup baru biar pun slow?

Hinakah kami hidup begini? Pakai keta tangan ketiga (3rd hand), buat rumah pun nda pakai loan, pendapatan tidak menentu tapi masih buli makan lagila...

Aku xmau tau apa pandangan org lain sama kami sekeluarga (aku, suami dan anak) tapi pandangan beliau aku sendiri. Itu yg sukar dikikis. Baginya makan gaji adalah manusia yang terhormat sedangkan dia bising2 kebun sawitnya xda org handle. Skg kami kerahkan keringat kami sndri laki-bni menjaga pokok sawit itu sebelum ada modal utk mengupah pekerja (sambil belajar dan ambil pengalaman) tapi mungkin dimata beliau itu langsung xda harga.

Aku bukan mau merendah2kan jawatan kerani tapi bagi aku xda yg istimewa sangat sekadar jawatan tu. Kita buli dapat lebih dari gaji kerani jika berbudi pada tanah. Misi dan visi aku dalam jadi petani tersusun kemas dalam fail perancangan ku. Aku yakin, life beginilah yang aku mau. Bebas dari cengkaman org atas, bebas dari komitmen 8-5 sehari.

Aku respek org makan gaji dan tolong janganlah pandang kami begini...

Aku betul-betul terkilan dengan sikap bapa... Tapi macam mana juga, dia org tua. Aku nda taulah kalau Allah takdirkan aku semula makan gaji tapi setakat ni fikiran ku belum berubah. Biarla hidup sederhana asalkan hati senang dan paling penting ialah TENANG.

P/s: aku pernah merasa seketika makan gaji dan dikatakan berduit tapi aku nda mau lagi hidup begitu kerana penuh dengan tekanan. Tekanan masa, tugas pejabat dan juga tugas rumahtangga. Pliss...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.