Saturday, 27 April 2013

Kes Buli SMK Pitas ii: Kami Cuma Mau Murid Selamat

Kes buli di SMK Pitas ii ni bertahun sudah wujud, bila ada pelajar yang rasa diri lebih dominan, ada kumpulan tersendiri maka mulalah dorang berani mengganggu pelajar lain yg biasanya nampak lemah dan penakut.

Setakat digertak diejek tidak mengapa tapi berani pula memukul rakan-rakan sendiri. Yang lagi menaikkan darah, yg dibuli ialah pelajar2 yg baru masuk, adui apalah dorang tau.. Dan yang dahsyatnya budak tingkatan dua pun sudah berani membuli.

Adik aku pernah dipukul sekali sblm cuti sekolah Mac lalu, sampai bengkak2 leher. Masa tu aku sdh bercadang terus mau ke sekolah buat aduan tp ngam2 hari tu kelam-kabut mau pg kk jadi ndala sempat singgah ke sekolah. Tangguh lagi sb ingatkan perkara ni tidaklah teruk sangat.

Rabu yang lalu 24 April, masa balik dari SK Sosop dan lalu di smk ii, ngam2 budak2 mau begaduh dan memang jadi gaduh pun. Budak luar yg adiknya kena buli menuntut bela dan geng2 pembuli apalagi mau tunjuk herolah. Maka berlakulah pergaduhan di sekolah dan geng2 pembuli tu ada yg bersenjata kayu dan besi. Pergaduhan tu tidak berlangsung lama sb laki aku yg leraikan dan aku sempat memanggil guru2 untuk menghentikan pergaduhan itu. Ada sorg pelajar cedera sampai berdarah2, ada cerita mengatakan budak tu luka sampai kena jahitan di hospital. Budak tu juga terus di bawa di balai.

Ptg tu juga aku buat aduan kepada pihak yg berkenaan dan aku disarankan buat aduan juga ke smk ii. Esoknya aku guru berkenaan, selepas diberi penjelasan aku mencadangkan supaya sekolah buat satu meting dgn pibg utk sma2 berbincang membenteras kes buli sb apa yg dibimbangkan skg, ramai murid takut datang ke sekolah slps insiden pergaduhan itu takut geng2 pembuli ingin membalas dendam dan menjadikan mangsa2 sblm ni dipukul semula sb selalunya itula style yang dorang pakai. Kau report guru kau siap! Kau cari org utk pukul kami pun kau siap!

Keesokannya pula (Jumaat) aku didatangi 3 orang dari pihak berkenaan untuk menyoal siasat kenyataan2 yg aku postkan di facebook berkenaan insiden pergaduhan itu dan seterusnya memberi liputan/update tentang kes itu dari semasa ke semasa. Terkejut juga pada mulanya, walaupun hal itu sudah aku jangka tapi agak mengejutkan sebab benar2 berlaku, pihak tersebut print segala post aku di fb utk dijadikan bahan soal siasat. Apa yg aku faham selepas dorang jumpa aku, drg terus ke smk ii mgkn utk mencari detail lanjut hal itu.

Tadi pula, kawan aku hantar bb mengatakan, akan ada kenyataan akhbar dari pihak terbabit yg mengatakan kes itu sudah selesai sdgkan kes ini masi tergantung, kami blm mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah lagi untuk memberi laluan kepada pru.

Ya tidak kisah lah pasal kenyataan akhbar itu sebab pihak berkenaan sudah pun turun padang tapi harapan kami agar kenyataan akhbar itu tidak menghentikan proses perbincangan yg bakal diadakan nanti. Kami mau pihak itu faham yang kami cuma mau anak2/adik/ahli keluarga kami selesa dan berasa selamat meneruskan persekolahan. Kami tidak mau ramai lg pelajar berhenti sekolah kerana takut dibuli. Kami bukan mahu memburukkan nama, kami mau bekerjasama sebab sudah lama hal ni sekolah tidak dapat mencari penyelesaiannya. Mungkin dorang pun sudah buntu sebab buli-membuli ni bukan hal yg mudah untuk dicegah dan dikawal.

So kami betul-betul berharap pihak berkenaan lebih prihatin dan memandang serius akan hal ini. Bagi kami bila pelajar lain berhenti sekolah kerana takut dibuli itu bukan lagi perkara kecil dan bukan lagi perkara biasa. Murid yg membuli tu patut diberi perhatian dan cari jalan supaya dorang berhenti buat begitu. Salah satu cara yg aku dpt fikir ialah memindahkan dorang di sekolah lain dan dalam masa yang sma letakkan dorng dalam pemerhatian. Kalau buang sekolah nda boleh, dihantar ke sekolah pemulihan pun nda boleh, pindahkan saja dlu. Mungkin hilang taringnya jika bersekolah di sekolah baru.

Di Pitas ni ada beberapa buah sekolah menengah tapi kes buli yg agak menonjol ialah di smk ii sb itu aku terfikir salah satu penyelesaiannya ialah memindahkan murid itu ke sekolah yg rekodnya baik so mgkn dia berubah menjadi baik juga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Mohd Idzwan said...

adeii,.jdi apa crta la skg,suda kena ambl tndakan ka. ?

Nani said...

sdh diambil tindakan oleh pihak sekolah dan budak2 pun mula sudah ke sekolah balik tanpa gangguan buli.