Sebelum bercinta 2003.
Gambar tu di mabil di Tanjung Dahan Melaka... aku x ingat sangat nama kampungnya, mgkn itu la tu hehe.
masa ni kami baru masuk kolej, belajar komputer MLVK punya. Belim kuar SPM lagi ni.
ni tahun lepas 2012, bercuti di Kundasang, ni di ladang lembu, Mesilau.
Bercuti dgn kawan2 di Genting 2011.
Bercuti di Port Dickson lps balik dar Genting terus ke sini 2011.
Raya 2010, baru resign dari keja dan buat MLM ngeeeeh:)
Anivesari thn lps 2012 menawan puncak gunung Kinabalu.
aku dah lupa kami buat apa utk ulangtahun thn lps, bila nmpk balik pic ni baru ingat... adoi.
ulangtahun ke8, karoke di CP dgn kwn2 keja BTC.
yg ni sudah bersinta tahun 2004. budak lagi baru 19 thn. Melaka.
raya 2009.
Dinner di Dataran Bengkoka, Tanjung Senimpul Pitas.
Tahun ni makan kek ja di rumah.
Beli yg 1kg punya dapatlah kami tiga beranak makan, bagi skit sama mentua dan mak aku.
Sejak dulu kami memang sambut anivesari tiap tahun tapi ada jgla tahun2 yg kami skip beli kek yg lain tiada gambar diambil sebab zaman tu ialah zaman aku belum main fb lagi. Di blog lama ada kut tapi aku sudah delete blog lama tanpa membackup entry2nya.
Trademark sambutan kami ialah KEK hihihi..
Kenapa kek? Sebab bagi aku kek tu simbolik pada cinta lah kononnya.
Kek kan sedap, cinta pun macam tu lah jgk, sedap kalau nda begaduh haha, kalau gaduh na macam makan taik rasanya hahaha.
Kalau kamu mau tau ulangtahun kawin yg rasanya kami blm pernah sambut lagi.
Kadang wish pun selalulah lupa.
Ntah macam rasa nda penting saja tarikh kawin tu sma kami tapi mulai thn ni mgkn kami mau sambut dua2, tgkla kalau nda lupa hihihi.
Yang nda sambut tu sebab selalu lupa ba.
Feeling selepas 10 tahun bercinta?
Erm, dalam melayari perhubungan ni biasalah banyak gaduh tapi pointnya makin bnyk gaduh kami makin mesra, manja dan berkasih-sayang. di usia 28 ni, (mgkn masih muda bagi kamu yg lebih senior), kami masih bulih pigang2 tgn kalau jalan2 di KK. Kalau di kg tu manalah dapat pigang2 tgn kan haha.
Kunci kebahgiaan bagi aku ialah biarla berapa lama kamu sudah kawin, kekalkan menganggap kamu ialah bercinta. Bila set dlm mind kamu becinta, adalah manjanya, tumbuk tamparnya, dan ghairah tu masih tinggi hehe.
bagi aku kalau rasa dia tu just sbg suami bukan kekasih rasa macam formal sgt hubungan tu sampai membataskan perasaan manja-manja. Ya kawan aku ada macam tu. Even mau goda2 suami pun dia malu tunggu ja lakinya mulakan langkah. hurm, hambarlah macam tu kan. Si laki pun macam kayu ja, beguyang bila perlu saja. Xdala mau mengusik2 bni tp yang bestnya drg jarang gaduhlah pulak hahaha.
Ah, peduli! Aku mmg suka cari gaduh pun sb mau manja2 haha.
No comments:
Post a Comment