Sunday 31 July 2011

Esok Aku Tak Nak Puasa !

Sob! Sob!
Sedey! Aku tak dapat puasa esok sebab period! Huaaaaa!
Tak boleh, nak juga. Insya Allah. Walaupun puasa ku tak dikira nak juga asalkan dapat merasa suasana hari pertama berpuasa.
And seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku pasang azam tuk puasa 6..
Dah bertahun berazam tak juga terlaksana dek kerana nafsu yang tak tertahan.
Insya Allah tahun ini boleh.

Masa jaga baby aku memang tiada masa nak share pic dorang dalam blog.. Hari ni barulah aku berkesempatan. Aku bangun seawal 4 pagi untuk buatkan Panjang air sebelum pegi kerja dan terus kemas rumah dan prepare apa2 yang patut sampai baby datang pada 6.30am. 6pm barulah aku free balik. Bila malam, line internet slow di sini tu yang tak dapat nak update malam2 tu. Nak tunggu tengahmalam pula, badan dah macam patah2 delapanbelas....

 Ini Lionel, berumur 4 bulan.. Baby yang aku jaga sejak seminggu lepas.
 Ini Orlando, abang Lionel 1tahun 4 bulan...
 Cute kan?
Tiba-tiba hari ni dia maja sangat ngan aku. Nak dukung ja sampai dia terlelap dalam dakapan ibu tumpangnya hehe... Rupanya hari ni last day aku jaga dorang sebab dorang dah ada maid... 
Maunya anak aku tak jeles tiba2 dapat dua orang adik sekelip mata yang membuatkan kasih mummy terbahagi 3.

Nadia sangat tak menyukai Orlando dia hanya sukakan Lionel. Nadia lain sikit dia tak suka layan budak yang kecik atau sebaya dengannya. Dia lebih suka berkawan dengan budak yang umur 7 tahun ke atas terutamanya lelaki. Perempuan kawan juga tapi kalau yang aktif macam dia. Kalau pendiam dia memang takkan tertarik untuk berkawan. Pelik sikit anak aku ni.

Panjang pula sejak hari pertama aku jaga baby, hingga hari ni nak sgt jumpa baby tapi memang tak dapatlah sebab hari2 dia balik malam. Ni pun dia belum tau yang baby2 tu aku tak jaga lagi. Dia mesti hampa. Dia tu suka baby lelaki tu yang anak orang pun dia semangat nak jumpa. Nak ambil aura katanya hehehe... Kitorang ni dah setahun lebih planning nak baby no.2 tapi belum ada rezeki. Nanti ada masa, kita pinjamlah Orlando tu sekali-sekala hehehe..

Friday 29 July 2011

Cemburu Makan Hati...

Kesian anak aku terpaksa makan hati kerana mummy nya menduakannya depan mata....
Hari pertama Nadia dah murung tapi belum berani protes.
Hari kedua mula menunjukkan simptom.'
Hari ketiga mula mengamuk.
Hari keempat, lepas geram!!!!!

Hari ni rasa2nya dia 60% demam tu mungkin kerana dia menahan emosinya.
Kesian anak aku, apa boleh buat inilah keja mummy sekarang..

Lagi Pasal Tudung....

Jenis-jenis dan Fesyen Tudung

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.


2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.


3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...



4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.

Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]


5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...



6. Tudung Dato'
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif


7. Tudung Apa Jadah Entah?
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

*****

Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin... :)


Wednesday 27 July 2011

3rd Day

Sorila kawan2 dah beberapa hari tak update.
Mak sebok dengan anak2 baru mak.
Hari ni masuk hari ketiga mak dengan anak2 baru hehehe.

1st day memang sukar. Aku sakit satu badan sbb baby umur 4 bulan tak nak lepas dari gendongan.
Tangan aku kebas sehari dukung baby. Hampir2 give up nak jaga baby hehehe.

2nd day (kemarin), dah ok skit. Baby dah boleh letak atas tilam tp petang tu meragam taknak atas tilam.
Huh, geram juga. Nasiblah anak orang, kalau anak aku sendiri berderet cam ni sbb baby ni ada abang umur setahun 4 bulan yg aku jaga sekali, memang aku akan sakit jiwa. Aku jaga dorang 6.30am-6 pm ja. Tapi kemarin aku x penat sgt macam 1st day.

Hari ni aku rasa bertambah baik. Baby dah bole letak atas tilam selalu. Bebas skit badan aku, taklah kejang sangat menggendong dia macam 2 hari lepas.

Kesimpulannya, jaga budak taklah sesukar mana kalau dah biasakan diri. Aku lama tak ada baby so dah kekok melayan karenah dorang. Alhamdulillah, hari ketiga aku semakin serasi dengan keja ni.

Next week cousin aku nak datang bantu aku jaga budak2 so makin senanglah keja aku nanti. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.

Monday 25 July 2011

Haaa... Puas?

Semalam dah tengok wayang kan?
Sepatutnya hari ni duk umah ja... Bajet nak rehat puas2 tapi godaan nak keluar tu ada ja.
Kali nak nak ke Taman Tun Fuad Stephen yang hanya beberapa km dari rumah tetapi dipandang sebelah mata.
Ramai orang cerita tempat tu lawa dan mendamaikan tapi bila saja ada niat nak ke sana, asyik tertangguh oleh jadual lain.
So hari ini, kami laki bini bulatkan hati untuk ke sini juga akhirnya...

 Dimulakan dengan wajah terbaru Nadia... Hari ni mak dia tiba2 rajin ikatkan rambut budak ni... Budak ni tak betah rambutnya diurusin...

 Taman ni kawasan bukit...

 Ni laluan untuk joging dan jalan kaki. Basikal tidak dibenarkan..
 Pintu masuk ke water world tapi lupa pula tanya berapa bayaran masuknya...
 View mengintai dari celah2 pagar... Panjang dah mula gatal hati nak mandi tapi tahan hati ja...
 Tengah2hari pun ada orang mandi... Huh, nafsu dah meluap2 ni ....
 Rasa nak terjun ja...
 Besar jugala tasik tu... Kalau nengok pada airnya, tasik ni semulajadi...
 Macam dalam ja airnya...
 Pondok di sepanjang jambatan... Hm, bestnya dating ngan suami di sini...
 Hutan yang dipelihara daripada penceroboh....
 Tengok tu, atuk dan nenek Chinese kita pun dating juga....
 Restoran berbentuk kapal... Sangat klasik... Kawan cakap makan kat sini mahal tapi nanti nak survey harga juga. Kalau mampu, nak juga rasa makan sini. dia jual makanan seafood.
Dah penat jalan, tekak haus kitorang mengakhiri aktiviti kali ini dengan makan ABC... Alhamdulillah... Tu dia rambut Nadia, dah serabai balik. Bertuah anak aku.

Oleh kerana bila waktu Panjang bekerja, sudah pasti kitorg berkurung dalam rumah dan tiada entry bergambar, so bila ada kesempatan, muntah entry dengan gambar... Balas dendamlah katan kan... Hehehe.

Sunday 24 July 2011

Belajar Tentang Solat Dhuha

Aku mengaku aku sangat cetek ilmu bab-bab agama.
Kalau bab solat aku hanya pasti dengan solat wajib tapi tidak seberapa kepada solat2 sunat.
Jujurnya, aku juga tak pandai mengaji dan hanya belajar hingga Iqra 4 saja dulu.
Kami dibesarkan di sebuah perkampungan yang bukan Islam.
Parents pula orang mualaf so hanya belajar bab agama yang asas sahaja.
Sudah tentu di kampung itu tidak ada kelas mengaji dan tidak pula belajar semasa sekolah padahal ada kawan yang dah khatam berkali-kali. Hah, baru ada rasa menyesal.

Dalam tingkatan dua, aku menghafal semua bacaan solat dalam bacaan rumi melalui sebuah Muqaddam lama milik mama. Alhamdulillah, akhirnya bacaan diperbaiki dengan mendengar cara bacaan orang lain yang lebih mahir. Semoga Allah menerimanya.

Tentang solat Dhuha ni, aku selalu dengar "luangkanlah masa kamu bersolat sekejap sebelum Zohor". So aku rasa tertarik dan pernah terbaca ada ofis yang menggalakkan staf yang beragama Islam menunaikan solat Dhuha lalu menyediakan surau.

Maka pada hari ini, aku betul2 nak tau tentang solat ni dan ternyata sangat mudah dan sangat banyak fadhilatnya... Alhamdulillah, dibukakan hati menerima ilmu.

 Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan 


barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan 


barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, 


barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan 


tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Facebook Kita Selepas Kita Mati

Pernahkah kita terfikir
Jika satu hari nanti
Yang pasti akan datang
Kita akan mati....

Pernahkah kita terfikir
Apa akan jadi kepada facebook kita...
Yang hanya kita yang tahu passwordnya
Dan hanya kita yang boleh mengaksesnya...

Mungkin masih ada yang melawat
Mengucap takziah pada awal kematian kita
Dan masih ada yang melawat selepas bertahun kita pergi
Sebagai mengubat rindu
Melihat gambar-gambar kita....

Pernahkah kita terfikir
Gambar yang kita tinggalkan itu
Menjanjikan azab yang berpanjangan di alam kubur
Jika gambar itu tidak menutup aurat dengan sempurna
selagi ada lelaki yang melihatnya

Semoga kita semua fikirkannya dari sekarang....

******************************************************
Nani: Entry ini dipetik dari sini. Aku sangat tersentuh melihat videonya, dan rasanya mesej ini bukan hanya untuk kaki-kaki facebook tetapi juga kepada kaki-kaki blog. 

Tips: Lebih baik wasiatkan dari sekarang fb yang kita ada dan blog yang kita ada, semoga ianya dapat dibersihkan sebelum kepergian kita. Wuallahu'alam.

Opps! Pocot

Hoorey!
Dengan tidak disangka2 Panjang balik seawal jam1 pm kemarin..
Tokojut mak ni. Kelam kabut kemaskan pakaian kotor dan baling ja kat balkoni belakang di mana adalah ruang cuci-mencuci bagi ku. Kalau dia nampak betimbun dekat tepi ruang tamu, mampus mak kena komplen. Jangan tak tau, laki aku suka sangat komplen aku bila ada kerja rumah yang tak siap dipandangan mata terutama kain kotor berlonggok. Nasiblah kain bersih berlonggok dia diamkan, hahaha...

Pastu aku siapkan cucian baju yang dah terlonggok dalam mesin dan mandi. Kalau dia tak pulang awal, pasti aku tak mandi sehari, kuang..kuang! Burukkan perangai? Hehehe..

Panjang tidur dan kami layanz tv kejap. Bila dia dah jaga sebab terdengar suara Erra fazira mengilai dalam Hantu Susu, baru kami diskus2 nak gi mana petang ni... Dari Jumaat lagi dah plan nak tengok movie.. Dah lewat petang baru kami gerak ke Centre Point...


 4'10 vs 6'2.... Ni dah pakai heel 3 inci, kalau tak, aku bawah ketiak Panjang saja..
 Nadia dengan uncle Eric....
 Puan Nani
Dan En. Ghazali (Panjang)

Selalunya bila ada pic laju ja tangan nak post kat FB tapi sejak kebelakangan ni aku macam dah buang 70% tabiat tu.... rasa tenang dalam hati, tak payahlah semua benda kena share kat san kan? Takut orang bosan dengan kita sebab aku selalu bosan tgk pic orang. Haaa, rupanya itu motif dia...

Saturday 23 July 2011

Baru Dapat Lihat Dunia

Wah, tajuk entry semacam aku sedang duduk gua sekarang....
Hah, memang pun sebab duduk di rumah ja memanjang so perasaan duduk dalam gua tu harus ada.
Ada masa aku panas jugak, iyala  kalau nak keluar kena tunggu Panjang, kalau tak, kena naik bas...Huh!

Kemarin excited keluar sebab Fazdli datang Sabah, baru ada kawan nak pusing2 1B (one Borneo) ... Ni kalau kena tunggu kawan2 dari KL datang baru ada kawan nak jalan2, memang kes naya. Apa aku dah takde kawan ke kat Sabah ni? Hm, ada ja tapi semua nak buat hal masing2. Lantaklah.

Fadzli keja MAS so kebetulan flight ke Sabah so stay semalaman kat sini sebelum meneruskan tugas ke Korea. Kira malam kedatangan dia nak lepak di Anjung Selera, Tanjung Lipat melantak sayap panggang tapi dia sampai dah lewat so tak jadi. So katanya kita jalan2 esok ja. Rasa macam tak sanggup ja naik bas gi sana tapi redah ja sebab dah bohsan sangat duk umah... Budak pun takde lagi yang nak dihantar kat aku. Alamak!!! Macam mana nak gi Perth kalau macam ni? Kesiannnn kan? Hehehe...

 Dalam kedai Padinni, katanya Fadzli nak cari baju tapi tak jumpa yang berkenan ke dia nak window shopping ja.
 Lepas keluar masuk kedai baju dan bawa Nadia beli mainan, kitorg lunch di Homes... the febret place to makan... Nasiblah ada kedai mainan murah untuk Nadia. Pandai budak ni, dia tak ambik banyak barang pun yang worth Rm10 sahaja. Mak dia kedekut nak beli yang mahal2..
 Sementara tunggu oder, jom layan bbm!!!
menu kegemaran Fazdli...
 Dah nak abis baru ingat nak ambil pic... Aku makan laksa saja... Sedap!
 Nadia oder lambat, saja tak ambikkan dia makanan sebab ingatkan masi kenyang. Lor, lupa pula yang dia kuat makan sekarang. seperti biasa, menu kegemaran ialah bubur nasi..
 Dari 1B kita ke CP (Centre Point)... Port kegemaran orang2 Filipina. Ingatkan kalau dah ada 1B, CP jadi lengang tapi tetap maintain macam dulu. Kat sini wayang murah tapi hall tak berapa nak best. Skrin pun kecik tapi bolehla. Kitorang selalu ja tengok sini sebab dekat dengan rumah banding ngan 1B.

Nadia tertidur dari bas hinggalah sampai CP. Lenguh tangan aku mendukung. Dia sangat2 letih, aku bangunkan pun langsung tak gerak. Kalau bukan nak ambik hanfon aku, tak kuasa nak singgah sini lagi.
 Pink Stiletto Uncle Fazdli hadiahkan....
 oleh kerana nak kejar masa, terpaksa bangunkan juga Nadia... Mengamuk jugalah mula2nya nasib jumpa kawan ni... Nampak ja, Nadia terus terpa kat maskot tu. katanya dah tak takut tapi bila sentuh tangan dia sejuk sangat. Tahan takut kot...

Akhirnya kekasih ku kembali pada ku.... Kata Bold tak sesuai upgred OS tapi yang ni dorang dah upgred... Terus rasa mcam dapat hanfon baru hehe... Harap2 takdelah masalah lepas ni....

Itu sajalah aktiviti melihat dunia kemarin. Jumpa lagi..

Friday 22 July 2011

Malang Atau Bertuah....

Hm, ada masanya aku rasakan hidup aku susah... Yang sekarang ni la...
Bila nampak kawan-kawan berkahwin dan dapat suami yang berpendapatan tinggi, aku kata 'aku susah'.
Bila ada kawan yang post kat fb nak tukar kereta yang ansurannya RM1700 satu bulan, aku kata 'aku susah'.
Bila nampak kawan-kawan pakai kereta baru dan drive sendiri, aku kata 'aku susah'.
Bila aku kata 'aku susah' aku jadi sedih dan kesal 'kenapa aku tak bertuah macam dorang?'
Aku mula mengganggap bahawa aku lebih layak menerima kehidupan yang lebih baik berbanding mereka.
Hm, macam kelakar pulak entry ni hehehe...
Aku kata 'aku susah' tapi see, ada tiga perkara ja yang aku nampak yang menyebabkan aku kata 'aku susah'.
Dalam susah2 tu aku nak checklist balik benarkah aku susah:


  1. Walapun gaji suami sederhana tapi kami masih boleh menonton wayang selalu...
  2. Walaupun gaji suami sederhana kami masi boleh makan kat luar selalu...
  3. Walaupun kami taklah senang macam orang lain tapi kami ada 2 bijik kereta satu besar dan satu kecik (kereta lama).
  4. Walaupun kami belum mampu beli rumah tapi masih mampu menyewa rumah yang selesa di kawasan yang selesa.
  5. Walaupun income tak banyak tapi masih bole jalan-jalan di negeri orang dan insya Allah di negara orang pulak lepas ni.
  6. Time kesempitan duit masih ada cousin2 yang sedia membantu walaupun dorang juga bukanlah dari golongan yang mampu sangat.
  7. Aku masih boleh melayari internet.
  8. Guna hanfon blackberry walaupun ada masa line kena bar sebab lambat bayar bil (hahaha...).
  9. Ada mesin facial yang berharga 2 ribu.
  10. Pakai korset harga 2500 ribu.
  11. Masih bole tengok Astro.
  12. Ada anak yang nakal (hehehe..)
  13. Suami yang baik.
  14. Ayah aku yang dah sumbangkan banyak wang ringgit untuk kami.
Sebenarnya banyak lagi nikmat yang masih kami kecapi dengan izin Allah tapi aku tak tau macam mana nak listkan di sini.... So, korang pun boleh nampak walaupun aku selalu kata 'aku susah' tapi kalau bandingkan dengan orang lain, aku sebenarnya jauh lebih mewah dari orang yang betul2 susah.
dan, 

"Kalau kita mudah bersyukur, kita takkan perlukan banyak perkara untuk buat diri gembira"

Cukuplah kalau kita masih mengingati Allah, ada keluarga yang bahagia cukup makan dan cukup pakai.
Alhamdulillah...

Pendek kata, apapun corak kehidupan kita, cukup untuk kita gembira andai kita selalu bersyukur dan tak payah nak bandingkan hidup kita dengan orang lain.

Dunia tak menuntut kesempurnaan, manusia yang mempelbagaikannya hingga seolah manusia perlukan segalanya untuk bahagia..

Thursday 21 July 2011

Yang Ni Aku BERKENAN: Tips memakai tudung Syria yang SUPERB!


Assalamualaikum.
Dewasa ini, email aku sering basah kerana dihujani pelbagai soalan-soalan yang menarik tertarik kaw mmg da bomb la wey. Ada suara-suara (ecece suara kaw) yang mengatakan bahawa aku pakai tudung syria nampak smart la sebab tak melekap kat dahi pastu sesuai sebab muka aku bujur dan pipi aku tak tembam. Salah tu. Siapakah gerangan yang cakap pipi aku tak tembam?? Terguris taw tak sebab pipi aku ni dah terang lagi bersuluh tembam nak mampos.



Kaw tengok ni kaw tengok ni..dah macam pinggan taw tak (-_-)


Tapi tidak apalah pipi tembam mungkin ada hikmah contohnya kalau nak tdo kat meja dalam class tu tak sakit sangat sebab pipi ni dia bertindak sebagai penebat dan pengurang friction antara tulang muka dan meja. Disebabkan muka dah bulat cam pinggan tapi nak pakai juga tdung syria, jadi harus berusaha sehabis mungkin supaya muka nampak bujur. Sapa terasa, dia patut ikot tips aku nak bagi ni hehe.....



Tips 1 : beli anak tdung kain COTTON. kerana dia selesa, serap peluh, senang dibentuk dan elastic. Siyes weyh, aku suka anak tdung syria yang cotton. Memang senang bentuk !

Tips 2 : kedekut gila, tips ke-2 pon pakai gambar yang sama...hahaha. Ok kalau anak tudung tu ketat (biasa beli2 mmg dah ketat sampai melekap kat dahi pastu keliru eh ni muka ke bola), korang jangan lupaTETAS JAHITAN KAT BHGN BELAKANG anak tudung tu. kalau korang tengok gambar kat atas, ada nampak kan aku tetas sikit. masa nak tetas tu, jangan tetas banyak-banyak, tetas sket & try. tetas sket & try smpai la korang dapat bentuk muka yang korang nak.


Tips 3 : Ha...aku tak bapa suka jenis kain macam anak tudung kat atas ni..dia licin, susah nk bentuk pastu kalau tetas dia jadi tajam gila rasa macam boleh mencederakan orang lain pulak. Kalau aku lah...bila pakai jenis yang ni, dia suka bergerak-gerak dan tak istiqamah cam kain cotton. Pastu mulala rasa tak selese.




syria cotton hitam. darkness


syria cotton purple. bengongness


syria cotton dark green. Sweetness


syria cotton pale purple marble. Ayuness.

muke tak nmpak bulat kan kan? ahakz best gle tak yah buat plastik sejeri pon muka boleh nampak kurus. anyway aku beli suma anak tudung syria on9 ja kat akedsyria.blogspot.com in case kalau korang nak tau. tapi banyak je orang len jual kat facebook aku tengok. bole la usha. ok itu saje. selamat mencuba rakan-rakan :)

Tak BerKenan ..

Korang baca ni pastu baca ulasan aku kat bawah ni...

Sebelum aku mengulas lebih lanjut, aku nak bagitau aku ni bukan anak orang alim... Aku pun bukan alim sangat.. Tapi bab2 agama ni kita jadikan mudah. Mana yang mudah diikuti tu, buatlah dulu. So aku just nak ingatkan diri dan harap kita sama belajar ok.

Tidak dinafikan sekarang ni bab2 fesyen muslimah ni bertaburan sini sana. Fesyen tudung jangan cakaplah, macam2 gaya ada... Cun melecun pulak tu. Bila kita pakai rasa kitalah orang yang berpakaian yang teruptodate pada zaman ini hingga kadang kita terlepas pandang...

Blogger ni lawa dan dia bagi tips macam mana supaya nampak menarik dengan hanya pakai t-shirt biasa.
Look, very nice but yang aku tak berkenan tu, tudung dahla tak tutup dada. Bila dikenakan dengan belt tu, terbonjol (menyerlah) lah pulak 2 biji atas tu... So sweet tapi tak berkenan. Bagi akulah, aku tak berani nak rekomen sebarang fesyen macam ni takut kalau tak ikut syariat dosa tu berganda2 bila fesyen yang kita bawa jadi ikutan orang...

So kita ada mata untuk melihat dan hati untuk menilai. Yang baik kita ikutlah yang samar2 baik jangan... Ni bukan nak ajar korang. aku bukannya pandai bab agama, aku hanya nak belajar yang mudah2 dulu... Insya Allah semoga ilmu bertambah dan kita makin dekat dengannya. Muslimah tidak harus jadi mangsa fesyen. Kita carilah identiti kita sendiri....

Deal !

Alhamdulillah, appoinment dengan sepasang ibubapa kemarin yang datang ke rumah berjalan dengan lancar. Insya Allah, bulan depan start dah aku jaga anak dorang. Parents pada budak ni keja polis kedua2nya. Sweet ja tak cerewet... Tak minta ini itu. Alhamdulillah.... Tapi pada mulanya dia macam terkejut juga sebab mungkin dalam fikirannya yang nak jaga anak dia ni seorang ibu yang berumur, paling tidak pun dalam 30an, sekali aku perkenalkan diri, hah nampak sedikit terkejut. Napa, bakal pengasuh anak kau ni vogue sangat? Hahaha!

Untuk persediaan menjadi ibu kepada lebih ramai anak, aku dah biasakan diri bangun seawal 4am setiap hari... Tiada alasan subuh aku terlepas lagi. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan hidayahnya kepada kita semua.

Sebenarnya, walaupun tugas mengasuh anak orang lain ni berat tapi aku rasa tak sabar pula memulakannya. Aku ni bukanlah fanatik sangat kepada kanak-kanak. Suka gitu2 ja tapi perasaan suka tu terbit sedikit demi sedkit dan sekarang macam aku dah rasakan balik naluri keibuan ku kembali seperti dulu.

Aku akui, kerana aku adalah ibu yang bekerja sebelum ni, aku menjadi ibu yang sangat tegas pada anak. Bila anak buat perangai aku cepat naik angin, sifat penyayang tu masih ada tapi cepat naik angin. Sebab, ibu yang bekerja ni banyak benda yang dia nak fikir. Walaupun mengelak untuk bawa masalah dan keletihan bekerja di rumah tetapi emosi kita tetap cepat tergugat.. So itu yang seolah macam menahan naluri keibuan yang sebenar tu, rasa macam terpendam seketika. Alhamdulillah sejak aku jaga anak sepenuh masa dalam hampir 2 bulan ini, aku lebih sabar melayan karenah anak dan aku lebih faham anak aku sekarang berbanding dulu. Dan inilah saat yang paling bermakna dalam hidup aku sejak bergelar ibu. inilah impian aku sebenarnya, mahu jadi ibu sepenuh masa.

Jadi surirumah ni, memang membosankan kalau kita tiada pengisian apatah lagi yang macam aku sebab anak baru sorang tapi yang penting kita suka kerja tu. Kerja ofis pun bukan best sangat tapi kalau kita dah suka, jadi best jugak.

Dulu Dan Kini

Ini blog baru aku so dah ada beberapa orang follower baru yang tak pernah follow blog lama.
So bertuahlah korang sebab ini 1st time aku mau share gambar-gambar lama sepanjang aku membesar dan hampir dewasa sepenuhnya (apakah, dah nak 30 pun hehehe. Tak dewasa lagi ka?).

Dulu masa kanak-kanak aku sorang anak dara sunti yang hitam manis. Di sekolah rendah dulu ada sorang cikgu suka usik kulit aku. Dia kata, kenapa kau hitam, adikmu putih? Entahlah cikgu, hehehe... Jom layan kehitaman ku...

 Alhamdulillah, ada juga gambar masa umur aku baru seminggu...
5 tahun bersama adik no.3
Masa ni parents aku masih 20an suda ada anak 3 org. Masa ni aku 6 tahun suda.
 Ni la pic hitam aku tu. Darjah 6, 1997. Masa ni aku ialah pemain bola sepak di sekolah. Cikgu yang melatih team bola tu suruh aku potong rambut untuk dia bawa masuk team join Sukan sekolah2 nasiblah sorang cikgu lagi tak setuju.
 Tingkatan 2,1999. Time ni aku berkelakuan ala2 tomboy sebab masa tu sedang mengalami krisis identiti diri.
 Alhamdulillah jadi perempuan sejati balik. Bersama Radi, classmate aku Form5, 2002.
 Paling kanan, ex- aku hehehe.... Aku tiada boyfren sejak ting1-4 ok. Couple dgn yg ni pun, dah ujung taun... Tu pun couple 2 minggu ja... Lepas abis form six baru cari aku balik, nah padan muka. Hehehe... Tapi masa tu aku couple suda sama laki aku.
rakan sekelas, 5 Cempaka. Ini ialah kelas paling hapenning. Sampaikan ada sorag pelajar tu, suka sangat stay dalam kelas kami hingga kedapatan oleh guru kelasnya yang mengajar BI di kelas kami tapi dia selamba ja ikut subjek tu di kelas kami. Wpun meriah, student kelas kami pintar walaupun kami ialah kelas kedua terpandai bukan yang no.1. Muka2 4 orang di depan ni ialah ex pelajar kelas Sains (kelas no.1 pandai) tapi takut sangkut SPM so kami pindah kelas ambil Ekonomi.
 Kahwin dan dapat baby...
 Kerja di Pertubuhan Peladang hampir 3 tahun
Masa event Elken... Bersama para downline.... Masa ni aku sudah resign dari PPK.
 Stop Elken buat sementara dan jadi surirumah sepenuh masa.
 Dapat kawan-kawan baru yang semua baik hati tapi semua duduk KL... Sedih....
 Bersama bestfren yang selalu disisi... Suami ku Ghazali @ Panjang...
Begitulah sedikit perjalanan hidup ku yang penuh ranjau.... Apapun, aku bersyukur tentang siapa aku dijadikan Allah pada hari ini. Walaupun cita-cita belum tercapai tapi insya Allah semoga Allah terus memberkati usaha kami agar dapat kami membanggkan dan menggembirakan hati orang tua.