Thursday 21 July 2011

Deal !

Alhamdulillah, appoinment dengan sepasang ibubapa kemarin yang datang ke rumah berjalan dengan lancar. Insya Allah, bulan depan start dah aku jaga anak dorang. Parents pada budak ni keja polis kedua2nya. Sweet ja tak cerewet... Tak minta ini itu. Alhamdulillah.... Tapi pada mulanya dia macam terkejut juga sebab mungkin dalam fikirannya yang nak jaga anak dia ni seorang ibu yang berumur, paling tidak pun dalam 30an, sekali aku perkenalkan diri, hah nampak sedikit terkejut. Napa, bakal pengasuh anak kau ni vogue sangat? Hahaha!

Untuk persediaan menjadi ibu kepada lebih ramai anak, aku dah biasakan diri bangun seawal 4am setiap hari... Tiada alasan subuh aku terlepas lagi. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan hidayahnya kepada kita semua.

Sebenarnya, walaupun tugas mengasuh anak orang lain ni berat tapi aku rasa tak sabar pula memulakannya. Aku ni bukanlah fanatik sangat kepada kanak-kanak. Suka gitu2 ja tapi perasaan suka tu terbit sedikit demi sedkit dan sekarang macam aku dah rasakan balik naluri keibuan ku kembali seperti dulu.

Aku akui, kerana aku adalah ibu yang bekerja sebelum ni, aku menjadi ibu yang sangat tegas pada anak. Bila anak buat perangai aku cepat naik angin, sifat penyayang tu masih ada tapi cepat naik angin. Sebab, ibu yang bekerja ni banyak benda yang dia nak fikir. Walaupun mengelak untuk bawa masalah dan keletihan bekerja di rumah tetapi emosi kita tetap cepat tergugat.. So itu yang seolah macam menahan naluri keibuan yang sebenar tu, rasa macam terpendam seketika. Alhamdulillah sejak aku jaga anak sepenuh masa dalam hampir 2 bulan ini, aku lebih sabar melayan karenah anak dan aku lebih faham anak aku sekarang berbanding dulu. Dan inilah saat yang paling bermakna dalam hidup aku sejak bergelar ibu. inilah impian aku sebenarnya, mahu jadi ibu sepenuh masa.

Jadi surirumah ni, memang membosankan kalau kita tiada pengisian apatah lagi yang macam aku sebab anak baru sorang tapi yang penting kita suka kerja tu. Kerja ofis pun bukan best sangat tapi kalau kita dah suka, jadi best jugak.

No comments: