Monday 11 July 2011

Malam Isnin

Hm, malam ni ada kelainan sikit...
1st, dah ada jiran yg duk kat atas call tanya pasal servis aku nak jaga budak.
Dia nak antar dua orang masing2 berumur 5 bulan dan 2 tahun...
Dia tanya laratka aku nak jaga?
Panik sekejap, hahahaha....
2 tahun tu rasanya ok, tapi 5 bulan tu macam payah skit sebab bulan 11 nanti, Kak Ati jiran depan rumah nak antar baby dia pula, tu lagi kecik baru dalam 3 bln.
Skg Kak Ati sedang tunggu minggu nak bersalin, so dia dah booked awal.
Terus akak tu tanya lagi, dia nak amah dia duk rumah aku time dia pg kerja untuk aku tolong tengokkan anaknya...
Hmmmmm....... yang tu boleh. Ada juga kawan aku borak cuma payment sikit ja la... Bolelah, tapi nanti akak tu datang tuk kita bincang2....


2nd, tiba2 Panjang ada angin bawa kitorg tengok dia main futsal.
Aik, cam pelik ja.... Dah lama tak mengajak... Ni tiba2 ni, ada apa2ka?
Katanya, saja nak ambik ati sebab siang tadi aku cam merajuk ngan dia... 
Alahai, mudahnya aku kena pujukkan tu, lepas tu pujuk hanya kena bawa pegi gelanggang futsal, apa kelesss? Hahahah.....
Alah, aku ni perempuan cool. Tak pandailah nak merajuk lama2... Tak gediklah merajuk lama2. Tak seksi pun. Hot pun tak jugak! Untung laki dapat aku kan? Korang kalau nak bini hot cam aku, bgtau kat bini jgn merajuk lama2. Hehehehe...


Tu dio, Abe Panje aku.... Sdg duduk ngan anak dio.. Sori, gambar agak terseksi sedikit...
Ops, lupa nak bagitau..
Actually, aku dah tukar profession buka taska persendirian.
Insya Allah kalau Allah berikan rezeki, dapatlah bekerja hanya dari rumah dengan income yang sama saja kalau aku keja opis.
Berbaloi tak berbaloi tu?
Alhamdulillah, Allah bukakan hati aku nak try kerja ni pulak.
Sementara aku tunggu aku ni terer drive, ini sajalah kerja yang paling best aku boleh buat disamping jaga anak sendiri, boleh jaga rumah dan jadi surirumah seperti yang aku impikan sebelum ni.
Apapun, setiap kerjaya ada cabaran tersendiri, mohon pada Allah agar Dia kuatkan hati ku untuk kerjaya ini pulak. Amin.

2 comments:

abglan said...

Wah cepatnye dpt pelanggan... goodluck!!

Nani said...

tengkiu abglan.... market besarla jaga budak ni... nanti dah jaga budak, kurg skit bloggingnya...