Saturday 23 July 2011

Baru Dapat Lihat Dunia

Wah, tajuk entry semacam aku sedang duduk gua sekarang....
Hah, memang pun sebab duduk di rumah ja memanjang so perasaan duduk dalam gua tu harus ada.
Ada masa aku panas jugak, iyala  kalau nak keluar kena tunggu Panjang, kalau tak, kena naik bas...Huh!

Kemarin excited keluar sebab Fazdli datang Sabah, baru ada kawan nak pusing2 1B (one Borneo) ... Ni kalau kena tunggu kawan2 dari KL datang baru ada kawan nak jalan2, memang kes naya. Apa aku dah takde kawan ke kat Sabah ni? Hm, ada ja tapi semua nak buat hal masing2. Lantaklah.

Fadzli keja MAS so kebetulan flight ke Sabah so stay semalaman kat sini sebelum meneruskan tugas ke Korea. Kira malam kedatangan dia nak lepak di Anjung Selera, Tanjung Lipat melantak sayap panggang tapi dia sampai dah lewat so tak jadi. So katanya kita jalan2 esok ja. Rasa macam tak sanggup ja naik bas gi sana tapi redah ja sebab dah bohsan sangat duk umah... Budak pun takde lagi yang nak dihantar kat aku. Alamak!!! Macam mana nak gi Perth kalau macam ni? Kesiannnn kan? Hehehe...

 Dalam kedai Padinni, katanya Fadzli nak cari baju tapi tak jumpa yang berkenan ke dia nak window shopping ja.
 Lepas keluar masuk kedai baju dan bawa Nadia beli mainan, kitorg lunch di Homes... the febret place to makan... Nasiblah ada kedai mainan murah untuk Nadia. Pandai budak ni, dia tak ambik banyak barang pun yang worth Rm10 sahaja. Mak dia kedekut nak beli yang mahal2..
 Sementara tunggu oder, jom layan bbm!!!
menu kegemaran Fazdli...
 Dah nak abis baru ingat nak ambil pic... Aku makan laksa saja... Sedap!
 Nadia oder lambat, saja tak ambikkan dia makanan sebab ingatkan masi kenyang. Lor, lupa pula yang dia kuat makan sekarang. seperti biasa, menu kegemaran ialah bubur nasi..
 Dari 1B kita ke CP (Centre Point)... Port kegemaran orang2 Filipina. Ingatkan kalau dah ada 1B, CP jadi lengang tapi tetap maintain macam dulu. Kat sini wayang murah tapi hall tak berapa nak best. Skrin pun kecik tapi bolehla. Kitorang selalu ja tengok sini sebab dekat dengan rumah banding ngan 1B.

Nadia tertidur dari bas hinggalah sampai CP. Lenguh tangan aku mendukung. Dia sangat2 letih, aku bangunkan pun langsung tak gerak. Kalau bukan nak ambik hanfon aku, tak kuasa nak singgah sini lagi.
 Pink Stiletto Uncle Fazdli hadiahkan....
 oleh kerana nak kejar masa, terpaksa bangunkan juga Nadia... Mengamuk jugalah mula2nya nasib jumpa kawan ni... Nampak ja, Nadia terus terpa kat maskot tu. katanya dah tak takut tapi bila sentuh tangan dia sejuk sangat. Tahan takut kot...

Akhirnya kekasih ku kembali pada ku.... Kata Bold tak sesuai upgred OS tapi yang ni dorang dah upgred... Terus rasa mcam dapat hanfon baru hehe... Harap2 takdelah masalah lepas ni....

Itu sajalah aktiviti melihat dunia kemarin. Jumpa lagi..

No comments: