Wednesday, 20 July 2011

Update Jaga Budak

Ada banyak pilihan dalam hidup tapi buat masa ni aku memilih untuk jadi surirumah dan jadi pengasuh anak orang kerana itulah pilihan terbaik buat masa ini .



Mungkin kerana agak lambat mengiklankan diri, maka lambatlah jugak dapat pelanggan.
Rupanya ambil masa juga ye cari budak ni tapi agak menarik sebab belum ada apa2lagi dah ada bakal pelanggan yang tunjuk 'fiil'. Adaka patut dia nak aku jaga anak dia kat umah dia (atas umah aku). Pastu offer pula aku buat bisnes jaga anak kat umah dia dan income bagi 2.

What the hell?
Ceah, samsengnya ayat...

Sekali-kali NO! Dia nak jadi bos ke? Kalau nak sangat, bukalah sendiri, nak potong jalan nampak. Terus, pagi2 buta tadi aku hantar sms menyatakan ketidaksetujuan dengan ayat yang paling sopan. Mungkin dia tak suka rumah aku terlalu luas dan tak banyak mainan untuk anak dia 9memang alasan mainanla juga yang dia cakap kat aku). Banding umah dia yang dah nak muntah dek jumlah mainan anak yang begitu banyak padahal anak yang besar baru masuk 2 tahun. So nanti budak2 nak tidor kat mana? Rumah pun dah sesak ngan barang. Yang kosong ruang tamu tapi kosong perabot ja tapi semak oleh basikal anak dia yg rasanya ada 6-8 bijik! Wohooo! Ko buka kedai mainan lagi baiklah kak.

Dia bukan apa, dia trauma anak dia pernah jatuh dan luka didahi semasa dijaga oleh nursery berdaftar so dia nampak lantai aku tak berlapik dengan karpet cam ni

Gambar hiasan..

Tapi pada firasat aku, rasanya nursery tu ada karpet ni kan? Tapi apahal budak bole cedera? Tu pasal, dorang tak cukup mata nak perhati semua budak2 kat situ. So lantak dialah kalau nak cerewet sangat. Aku hanya akan ambil budak dari ibu yang yakin pada aku. Rumah aku tak banyak barang pun, aku rasa sangat selamat untuk kanak-kanak. Dapur tu ja yang belum berpagar tapi insya Allah dorang takkan kacau selagi mata aku melihat mereka dan akan dipagar secepat yang mungkin.

Dan beberapa amalan yang perlu aku elakkan semasa menjaga budak ialah:
-Tidak membasuh baju disiang hari.
-Tidak membuka laptop disiang hari.
-Tidak mandi disiang hari tapi mandi sebelum solat subuh.
-Pendek kata aku tidak melakukan aktiviti yang menyebabkan mata aku berpaling dari memerhati mereka.

Aku nak budak2 tu rasa rumah ni macam rumah sendiri bukan nursery.
Dan aku akan berlagak seperti ibu mereka dan bukan setakat pengasuh mereka.
So segala tingkah-laku aku akan berbeza dari seorang pengasuh di rumah nursery.
Ada faham?

Aku sanggup berhenti kerja demi untuk menjaga anak sendiri kerana bimbang tentang masa depannya jika lebih lama dia di bawah jagaan orang lain so apa yang anak aku akan dapat itulah anak-anak bakal pelanggan aku akan dapat. Macam mana aku jaga anak aku, begitulah aku jaga anak korang, mungkin anak korang lebih lagi. So dont worry mama, trust me ja.

4 comments:

SimplySeoul said...

Pasal elak buka laptop memang setuju. Kawan sy keypad laptop semua tcabut, sebab anak main sekali.

Masya Allah sis. Glad that I meet U. Insha Allah sy gigih menulis. Sapa tau rezeki di pen saya. Terima kasih sis

Nani said...

bukan pasal keypad ja ni tapi nanti kalau layan laptop, budak masuk dalam kuali pun nda karang tesedar hehe...

miya said...

cerewet jg 2 urg.. pandai2 mengatur ni. haha lawak.

Nani said...

1 hari ja aku jaga baby dia ni. baby dia penangis dia pula nda yakin sama aku..