Friday 22 July 2011

Malang Atau Bertuah....

Hm, ada masanya aku rasakan hidup aku susah... Yang sekarang ni la...
Bila nampak kawan-kawan berkahwin dan dapat suami yang berpendapatan tinggi, aku kata 'aku susah'.
Bila ada kawan yang post kat fb nak tukar kereta yang ansurannya RM1700 satu bulan, aku kata 'aku susah'.
Bila nampak kawan-kawan pakai kereta baru dan drive sendiri, aku kata 'aku susah'.
Bila aku kata 'aku susah' aku jadi sedih dan kesal 'kenapa aku tak bertuah macam dorang?'
Aku mula mengganggap bahawa aku lebih layak menerima kehidupan yang lebih baik berbanding mereka.
Hm, macam kelakar pulak entry ni hehehe...
Aku kata 'aku susah' tapi see, ada tiga perkara ja yang aku nampak yang menyebabkan aku kata 'aku susah'.
Dalam susah2 tu aku nak checklist balik benarkah aku susah:


  1. Walapun gaji suami sederhana tapi kami masih boleh menonton wayang selalu...
  2. Walaupun gaji suami sederhana kami masi boleh makan kat luar selalu...
  3. Walaupun kami taklah senang macam orang lain tapi kami ada 2 bijik kereta satu besar dan satu kecik (kereta lama).
  4. Walaupun kami belum mampu beli rumah tapi masih mampu menyewa rumah yang selesa di kawasan yang selesa.
  5. Walaupun income tak banyak tapi masih bole jalan-jalan di negeri orang dan insya Allah di negara orang pulak lepas ni.
  6. Time kesempitan duit masih ada cousin2 yang sedia membantu walaupun dorang juga bukanlah dari golongan yang mampu sangat.
  7. Aku masih boleh melayari internet.
  8. Guna hanfon blackberry walaupun ada masa line kena bar sebab lambat bayar bil (hahaha...).
  9. Ada mesin facial yang berharga 2 ribu.
  10. Pakai korset harga 2500 ribu.
  11. Masih bole tengok Astro.
  12. Ada anak yang nakal (hehehe..)
  13. Suami yang baik.
  14. Ayah aku yang dah sumbangkan banyak wang ringgit untuk kami.
Sebenarnya banyak lagi nikmat yang masih kami kecapi dengan izin Allah tapi aku tak tau macam mana nak listkan di sini.... So, korang pun boleh nampak walaupun aku selalu kata 'aku susah' tapi kalau bandingkan dengan orang lain, aku sebenarnya jauh lebih mewah dari orang yang betul2 susah.
dan, 

"Kalau kita mudah bersyukur, kita takkan perlukan banyak perkara untuk buat diri gembira"

Cukuplah kalau kita masih mengingati Allah, ada keluarga yang bahagia cukup makan dan cukup pakai.
Alhamdulillah...

Pendek kata, apapun corak kehidupan kita, cukup untuk kita gembira andai kita selalu bersyukur dan tak payah nak bandingkan hidup kita dengan orang lain.

Dunia tak menuntut kesempurnaan, manusia yang mempelbagaikannya hingga seolah manusia perlukan segalanya untuk bahagia..

2 comments:

abglan said...

Allah tak bagi kita yang baik tapi yang dia bagi yang terbaik.. :)

Nani said...

Subahanallah. Alhamdulillah.