![]() |
diambil dari google.. |
Aku baru habis membaca buku berjudul KENAPA LELAKI
MENIPU? Dimuka hadapan buku itu tertulis “naskah yang mesti dimiliki oleh setiap wanita-membongkar
rahsia di sebalik KECURANGAN LELAKI” ataupun bagi aku naskah yang
kalau tidak dimiliki pun mesti dibaca oleh setiap wanita. Terpulanglah pada
kamu sama ada rasa mudah menjumpai buku ini di perpustakaan desa/negeri ataupun
di kedai buku, sama ada hanya membacanya atau memilikinya sekaligus. Aku jumpa
buku ni di perpustakaan desa berhampiran rumah (di kampung) dan sebenarnya buku
ni dipinjam secara curi-curi kerana limit buku yang boleh dipinjam hanya dua
tapi aku curi pinjam sebab takut ada orang lain pinjam dulu hehe. Padahal
library ni hari-hari lengang, aku rasa sejak 2 hari lepas, akulah pengunjung
tetap dan satu-satunya di sini... Apa aku peduli, aku sudah habis baca so hari
ni bulih curi-curi memulangkannya hah, hah, hah!
Sebelum menulis draf entry ni, aku sebenarnya baru selesai
menemankan suami bersahur, aku nda puasa sebab ‘uzur’. Sudah baring atas katil
mata nda mau tidur pula dan sekarang semasa aku menaip ni perut memulas so aku
ke tandas sebentar ya....
***
(Selepas
lima 3.5 minit)
Ok, sudah. Lawas pula subuh-subuh ni, mungkin minum air
soya banyak sangat kali.
Kita mulakan. Selepas habis membaca buku ni aku mau buat
ulasan sendirilah tentang kenapa lelaki menipu, kenapa lelaki curang...
Sebelum tu, ada satu petikan yang mencuit hati aku dari
buku ni iaitu:
“Untung menjadi lelaki. Sehingga umur mencecah belasan
tahun masih tidak perlu berbuat apa-apa. Hampir tidak perlu berfikir tentang
tanggungjawab lain selain belajar (sekolah), paling teruk Cuma sekali-sekala
kena ke kedai belikan ini-itu untuk emak. Biasanya itu semua bukan dilakukan
secara percuma, mesti ada upah. Selebihnya Cuma main, main dan main. Kain baju
emak cuci, makan-minum pula kakak sediakan. Pinggan dan cawan adik perempuan
basuhkan.”
Kenapa aku suka petikan tu, sebab bila terbacanya baru aku
terfikir. Patutlah lelaki lambat matang, patutlah selepas kahwin pun ramai
lelaki tidak bertanggungjawab dan nakal, ini rupanya punca dia. Sejak kecil
lelaki dididik dengan cara dia dilayan serba-serbi, kurang dilibatkan
tugas-tugas dalam rumah, dari kakak sampai adik menguruskan dirinya. Ok,
mungkin kita tidak pertikaikan kalau kanak-kanak lelaki tidak diajar macam mana
buat kerja dapur tapi yang silap kanak-kanak lelaki juga tidak diajar macam
mana bekerja seperti membantu ayah di sawah, di kedai atau menjadi nelayan
(mengikut pekerjaan ayahnya) dan sebagainya seperti mana kanak-kanak perempuan
diajar masak, basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah, sapu rumah dan jaga adik.
Kalau kanak-kanak perempuan sejak umur 5 tahun sudah diajar peranan dia sebagai
perempuan lelaki juga patut diajar peranannya sebagai lelaki tapi dalam
kebanyakan keluarga ini yang mereka terlepas pandang.
Pendapat aku, sepatutnya lelaki sejak kecil dididik memikul
tanggungjawab, kalau tidak dapat membantu ayah bekerja pada masa lapang atau
cuti sekolah, sepatutnya anak lelaki menjadi penyelia kepada timbalan ketua
rumah iaitu ibu. Anak lelaki sepatutnya mengetuai kakak-kakak dam adik-adik di
rumah. Sama-sama belajar buat kerja rumah. Aku yakin kalau anak lelaki
diterapkan sikap ini sejak kecil, bila dia besar nanti dia akan ada keupayaan
mengepalai rumahtangga dan mendidik isteri sebaik mungkin. Ini tidak, semua
tugas rumah isteri seorang bersusah-payah, yang dia tau bila lapar hidangan
tersedia depan mata. Bila dia ngantuk, bila-bila masa boleh landing atas tilam.
Bila dia bosan, sesuka hati lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi hingga lewat
malam tanpa menghiraukan keadaan isteri di rumah dan lagi parah bila gatalnya
sudah sampai, pasang lain pula di luar.
Aku melontarkan pendapat ini bukan saja berdasarkan petikan
itu tapi dari pengalaman ku sendiri. Di sekeliling ku lelakinya terdiri
daripada golongan tadi. Menganggap diri sebagai raja dan kurang mengambil kira
diri orang lain khasnya isteri.
Buku ini juga mengupas siapa lelaki selepas berkahwin dan
siapa perempuan selepas berkahwin. Secara keseluruhannya, hidup lelaki masih bebas
selepas berkahwin tapi hidup perempuan umpama keluar dari satu kandang masuk ke
kandang yang lain. Jika suami seorang yang yang agak kurang bagus, kandang itu
bertukar sangkar. Kamu fahamlah bah tu kan, apa maksud kandang dan sangkar? Ya,
tanggungjawab dan beban. Tanggungjawab itu sudah wajib tapi beban itu bila
suami langsung tidak bertanggungjawab mencari nafkah apatah lagi membantu
tugas-tugas isteri yang lain. Sudahlah malas bekerja, di rumah tidur makan saja
kerjanya.
Soal curang dan menipu pula, penulis berusaha mengupas
pelbagai kes kecurangan dan akhirnya kesimpulan yang kita boleh dapat dari buku
ini ialah tiada sebab-sebab khusus kenapa lelaki suka menipu dan berlaku
curang. Ini berkaitan dengan fitrah kejadian lelaki. Maksud fitrah pada pendapat
aku, itulah sifat-sifat lelaki sejak ia diciptakan. Maksudnya, fitrah lelaki
bukan curang tapi fitrah lelaki sentiasa inginkan cabaran, buat benda-benda
baru, selalu tukar selera, berhibur tiada hujungnya, inginkan kelainan dan hati
muda walaupun badan sudah tua. Lalu dalam Islam ada poligami kerana Allah tahu
itulah fitrah lelaki tapi poligami itu disalahgunakan, hanya menurut nafsu
jarang mengikut hukum yang sepatutnya. Oleh kerana selalu disalahgunakan, tiada
perempuan yang mahu hidup bermadu dan itulah yang menyebabkan ramai lelaki
curang dibelakang isteri.
Dalam buku ni juga diselitkan beberapa kisah kecurangan
yang mana banyak melibatkan rumahtangga yang aman damai. Selalunya kecurangan
dikaitkan bila isteri tidak pandai melayan suami, isteri hilang bentuk badan,
isteri tidak pandai ‘bermain’ seks, dan macam-macam alasan lagi tapi banyak
juga kes yang melibatkan perempuan-perempuan yang baik dan sempurna tidak
kiralah dari layanan, penampilan mahupun seks dan jawapannya tiada jawapan
untuk menjawab KENAPA LELAKI CURANG?
Dari pemikiran aku sendiri, aku juga mengakui tiada cara
untuk mengelak daripada risiko diduakan suami dan aku selalu menasihatkan diri
sendiri jangan terlalu memberi harapan tinggi dalam hubungan, jangan terlalu
berangan tinggi bahawa hidup ini sentiasa bahagia dan sentiasa membuka hati
membuka minda akan kemungkinan kecurangan itu berlaku supaya kita boleh
bersedia dari segi fizikal dan mental.
Kebanyakan daripada rakan-rakan ku jika ditanya hal ini
antara jawapan yang aku dapat “oh, tidak. Aku takut memikir hal ini sedikit
pun.” Maksudnya dia nda mau fikir dan menolak kemungkinan lalu bila benar-benar
berlaku atas dirinya, sendiri hampir sasau dan semakin dibenci suami.
Bagi aku simple saja, biar apapun pun berlaku kita sediakan
diri. Sentiasa perbaiki diri, sayangkan diri dan jaga diri baik-baik.
Maksudnya, jaga kecantikan, jaga pergaulan dan pandai membawa diri. Ada kawan
kata “alah, nda payahlah becantik-cantik. Tingu Erra Fazira, cantik pun kena
cerai juga. Tingu si anu lawa pun cari lain juga lakinya”. Kalau sendiri pun
nda mau peduli diri sendiri, kenapa kita mengharap orang lain mau bersama kita
sampai bila-bila? Betul, kecantikan tidak menjamin kebahagiaan tapi apa yang
penting jika berlaku kecurangan yang membawa perceraian, sekurang-kurangnya
nilai diri kita masih ada. Orang tidak memandang kegagalan rumahtangga itu
berpunca dari kita yang tidak pandai mengurus diri. Mungkin kita buruk di hati
suami yang lama tapi siapa tahu ada lelaki lain yang lebih menghargai kita dan
bakal menjadi teman hidup sehidup-semati. Paling tidak pun, jika memilih untuk
membujang hingga ke tua selepas berpisah, orang masih memandang tinggi pada
kita. Orang akan berkata “biar pun janda tapi dia sangat baik, sangat hebat.
Suaminya memang rugi meninggalkan dia” dan paling bagus kalau suami yang curang
itu gila talak pula dengan kita. Hah, hah, hah, boleh gitu? Macam drama Bagi
Balik Janda Ku lakonan Betty Banafe dan Shamsul Ghau Ghau. Lucu sangat!
So, akhir kata... Hidup berumahtangga memang tidak dapat
dijangkakan tapi asal saja kita sayangkan diri kita terlebih dahulu dan
menghargai diri sendiri terlebih dahulu. Paling penting kita respek diri kita
sendiri terlebih dahulu.
Ingat kisah Irma Hasmie dan Nabil? Lu fikirlah sendiri...
P/S: Jangan
salah didik anak lelaki, kelak anak kita bakal menjadi perosak hati seorang
wanita satu masa nanti.
8 comments:
ah kau ni nani...ada kebetulan seja bah penulisan blog kau ni sama aku...ngeheheh..mataku bengkak nani..baru menangis semalaman..tp baca entri kau ni aku tersenyum..lelaki yg dimaksudkan dlm buku tu mmg x kena ajar buat kerja bah tu dr kecik..alasan adik pempuan..aku kenal jiran aku dulu..semua adik-beradikk lelaki pempuan diajar buat keja..nah skrg bagusnya semua tahu buat kerja biarpun sudah kawin..
nah bagus tu kalau kita ada persamaan Yati hehe... ya bah< anak lelaki jgn dibiar nda buat kerja. jgn tunggu dia besar baru mau suruh ini itu, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung. klu sdh besar baru mau ajar, liat sdh tu. lagi sandi kalau langsung nda mau ikut sudah. kesian bini jadi mangsa.
dah tebiat kot
mmg tabiat...
siuk pla aku mbaca pompuan mesti pndi jaga diri hehe...
kena belajar lg tu cammy... malah slps kawin pun kita masi belajar jg
sory to said...laki n pmpuan lau dh x ikut hukum Allah..smua hncur..
anon: betul..
Post a Comment