Tuesday 31 January 2012

Hari Minggu Berpetak-petak

sejak kereta rosak seminggu lepas aku tiada keluar jalan2, malas naik bas tapi ahad lepas wajib keluar sebab aku mau beli sim card broadband. uh, nda kuasa sudah ku online sepanjang masa pakai henpon ni. untuk masa2 tertentu bolelah tapi hampeh sebab line (Digi) ada tapi nda boleh berungsi di dalam modem Celcom. Aik, hari tu bole pula.. pastu pakai model una henpon BB pun sama jugak! Hampeh'gas betul! Mau nda mau kena melanggan postpaidlah juga ni. Kalau ada jual modem ja pun ok juga. Malas mau hutang2 ni. Aihhh !

Masuk2 ja Suria Sabah, lalu depan kedai baju Trio di ground floor sebelah butik Coach kalau nda silap. Mulanya aku tertarik nampak baju petak budak. Sale pula tu. Harga RM59 less 70%. Murahnya! Kain pun bagus, apalagi aku rembat. Aku mmang suka tengok budak perempuan pakai baju petak-petak. Comel dan elegen. Jumpa pula baju petak untuk orang besar, RM79 less 70% jugak. Apalagi, terus ngap! Anak aku, aku dan suami aku dapat sehelai tapi nanti mau pigi sana balik, tambah koleksi.

Color harmoni. Sudah lama mau pakai baju petak tapi nda jumpa yang berkenan.

Lepas beli baju, kacau ipad di kedai Apple. Isk, best! macam mau angkat time tu jugak! Aku nda mau jenama lain, mau Apple jugak. Samsung tu susah tekan. Apple, sentuh ja tau suda cara pakai tapi untuk mau beli tahun ni belum lagi kot. TunGgu Apple upgred dulu sebab Azmah cakap ipad msih banyak kekurangan. Ngamlah juga, aku mau beli tv bru ni. Sejak 6 tahun kawen ni, macam2 sudah brang dibeli tpi tv belum pernah. Ni kalilah, orang bilang. Hehehe...

Lepas kacau ipad lepak di Upperstar bersama sepupu di atas tapi pic ni kami snap di CP.

Dua-dua sepupu aku. Perempuan tu kawin ngan abang sepupu aku yg sebelah lagi. Perempuan tu sepupu belah mama, yg lelaki ni sepupu belah bapa aku. 1st time keluar serentak macam ni.

Punyalah tiada wayang best di Suria, terus kami ke CP sebab aku mau tingu wayang di atas. Aku rindu kmunculan Fazura. Jangan sebut nama Lisa Surihani, bosan.

Perasankah baju Fazura? Petak wooo !

Petak lagi !!!

Jantan bedebah tiga orang ni pun petaaaakkk ! Sangat bedebah, nda berenti buat lawak yang lucu gila dalam filem ni. Baju dorang ni kena sponsor Padini. Hmm, patutlah berpetak-petak. Hujung tahun hari tu pun, masa fashion show di Suria, banyak baju petak diperagakan. Memang trend betul petak ni sekarang. Yalah, berpetak2lah aku ni jugak. Trio, tunggu aku datang balik. Mau beli yang kelabu pulak ni kali. Hua hua huaaaa...

P/s: kulit muka aku makin licin dengan Dermedex! Oh!


Saturday 28 January 2012

Sabar Ja !

Aku nda tau napa line celcom di rumah yg baru aku pindah raya lepas ni slow. Balik2 merungut pasal line, yg merungut pun bosan yang terungut (pembaca) lagilah bosan. Sim broadband digi aku pun suda ku buang, adussss ! Bisuk aku mau turun kk, beli sim broadband yang baru. Laptop aku berabuk suda berbulan nda kena on/dipakai. Ada hati lagi mau beli iPad.

Selain tv LED yg betul2 aku wish skg ni, iPad juga adalah dlm wish simpanan ku tapi aku belum decide betul2 mau ipad sbb nanti laptop tu hilang fungsi di rumah. Lagipun di rumah ni aku sorang ja ada urusan sama internet. Si Ghazali bukan ada masa sebab dia keluar subuh, balik malam. Malamnya hanya utk makan dan tidur. Kadang2, sempat beramah mesra sama aku pun nda. Bukan pasal dia overtime gila2 tp balik kerja terus pi padang bola main hoki! Main bola lah, apalagi? Dan aku makin perasan badan dia turun. Aku masak sedap pun sama jugak. Penat membuatkan dia nda dapat layan sangat selera makan. Bila mama dia ka, kakak dia tegur pasal perunbahan tubuh badannya, rasa bersalah pula. Yalah, aku duduk rumah makan tidur ja kan? Tersentaplah bah juga. Ada aku kisah? Bukan aku nda jaga makan minumnya tapi dia yang nda mau jaga badan sendiri. Sudahlah keja 10 jam sehari, 6 hari seminggu. Pastu jam4.30 am keluar rumah sudah, apa nda gitu. Aik, melarat pula aku ni hehehe.

Aku suka henpon Blackberry ni tapi kenapa tiba2 aku rasa aku makin tamak mau henpon yg cekap berinternet? Takut nanti kalau aku beli iPad, adalagi alasan, ipad walaupun buli bawa jalan tapi besar. Bagus lagi Samsung Galaxy... Pastu beli lagi ... Hutang masih keliling pinggang tapi mau juga begaya. Jangan! Jangan amalkan! So, tunggu aku beli sim baru broadband, aku mau tau adakah keinginan ku yg tipis untuk memiliki iPad akan hilang atau sebaliknya... Tv LED pun tangguhkan dulu. Slow... Slow... Kereta pun masih dalam pemerhatian.

Aku mau on balik kebloggeran ketegaran keakuan.. Digi, tunggu kau bisuk !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berita Baik dan Kurang Baik

berita baik yang pertama ialah seorang kawan mengenalkan aku sama ni produk. kalau nda silap made in singapore. (aku nda paham kenapa nda buli taip hurup besar bila edit entri ni melalui henpon. alasan kuat jangan beli henpon baru tapi beli ipad 2. lupakan iphone). 

dan aku sedang angin, tiap kali kusyuk mengupdate entri anak aku mesti buat kacau walaupun katun sedang bersiaran di tv. ya aku paham dia tiada rakan sepermainan tp please time aku update blog jgn kacau.

sori ada iklan yang nda diundang. ok, dermedex ni secara nda sengaja pun, terintroduce sama aku sebab aku suda ada set pencuci, toner dan pelembap jenama aiken. selain tu seperti yang kamu tau aku ada mesin urut muka tp aiken seolah hanya mampu mengawal keadaan dan mesin urut tu pula aku tengok hanya efektif sebagai anti ageing untuk kulit ku tp bukan jerawat aku yang sangat degil ini. untuk mau jaga hati kawan (bini bestfren suami aku), maka aku cuba juga walaupun takut risiko produk ni bakal merumitkan lagi keadaan. dipendekkan cerita, 3 hari 3 malam ja aku pakai, kesannya sangat terserlah dan mujurlah aku cuba kan? kalau nda, muka ku hanya dalam kedaan terkawal tapi bukan sembuh sepenuhnya seperti sekarang.

inilah wajah ku yang terbaru selepas menggunakan dermedex. diambil semasa dalam perjalanan ke kudat menggunakan kamera henpon 2mp saja kemarin. rasa macam fotogenik semula. kebelakangan ni sangat malas bergambar2 sebab rasa diri kurang jelita. ya lah, gambar di atas tu jelitalah sangat kan.. hehehe.

berita yang kurang baik adalah seperti dalam gambar di atas. minggu lepas kami ke kudat, sudah parking baik punya di kompleks sukan, time balik dan mau reverse, sesuatu bunyi pelik kedengaran di bawah seat pemandu. sekali check, oh no! ball joint telepas... so? rusak di kudat, time semua kedai cina tutup cuti chinese new year dan kami tinggal di kk !!! esoknya, lelaki yang sedang terbongkok itu datang dari kk menjemput kami pulang ke kk. selepas seminggu baru datang balik mau bikin tu kereta tapi teka apa yang berlaku?

masih nda settle hanya kerana satu nat penting nda buli dibuka sebab rudy (lelaki dlm gmbr yg sedang terbongkok) nda bawa dia punya spana size 36. what the *tut! masa, duit dan tenaga sia2 dibuang hanya kerana kesilapan kecil. contack sana-sini, dan kami didatangi beberapa kawan yang ingin membantu dan situasi yang hampir malam, segalanya tidak berhasil kerana spana size itu hanya dimiliki dan dijual di kedai2 part tertentu di kudat dan hari sudah gelap, mana ada kedai buka lagi.

aku dengan sedaya upaya minta pertolongan di facebook melalui group rungus fm (bangsa aku) dan menghebahkan kesulitan ku di twitter melalui @sabahinfo dan @kkcity. thanks pada semua yang prihatin tapi bantuan nda sempat diberi sebab kami pula yang kejar masa mau balik kk sebab esoknya suami harus bekerja. kerja pembaikan yg seterusnya diserahkan pada salah seorg ahli keluarga terdekat di kudat tapi sehingga kini (kurang drpd 24jam) aku belum dapat berita sama ada kereta tu sudah settle ataupun belum. diketika ini suami mungkin berasa di padang sukma/kompleks sukan likas, apalagi main bolalah. keretu rusak di tempat jauh tu pun pasal main bola juga. dan esok pun sepatutnya suami main lagi di kudat atau ranau. suami pilih ranau tp nampaknya nda dapat pigila kali kalau kawan dia nda bawa kereta. 

apa yang berlaku dengan kereta tu aku memang kesal. kereta tu baru tukar part yang sudah expired dan langsung tiada tanda2 ada kerosakan lain sehinggalah ia menunjukkan diri. ya, jalan jauh memang adakalanya kereta buat hal tiba2. bagi kereta baru mungkin tiba2 tayar pancit tapi bagi kereta yang nda baru macam kereta kami tu, bukan setakat tayar tapi risiko untuk rosak di mana2. 

mekanik aku cakap, jangan risau. selepas semua kerosakan ni dibaiki, insya allah tiada lagi yang perlu dirisaukan. sebagai kereta lama, sudah masanya dia memerlukan anggota badan yang baru dan sebagai honda, memang sudah dikenal pasti alat2 gantinya mempunyai jangka hayat yang lama.

aku yakin kata2nya tapi aku nda sabar semuanya diselesaikan secepat mungkin. aku sayang kereta ni, aku harap dia tabah hati membawa kami yang selalu berjalan jauh. info tambahan, jalanraya kota belud-kota marudu sangat teruk buat masa ini kerana kerja2 pembaikan jalan sepanjang beberapa km sedang dijalankan.

walaupun berita kerosakan kereta ku ni seolah memberi persepsi yang kurang enak terhadap kereta2 terpakai, tapi janganlah kamu rasa terganggu bagi yang bercadang ingin memiliki kereta terpakai. itu hanya kerosakan kecil, kereta tu secara keseluruhannya masih ditahap yang tip top condition. time kereta tu jalan, dia lebih smooth berbanding toyota cygnus yang berharga hampir setengah juta atau sekurang2nya 350k mengikut pengalaman pemanduan suami ku sendiri. sedangkan honda tu hanya beberapa belas ribu sahaja harga dipasaran semasa.

kami nda mampu beli kereta yang perlu bayar ansuran tiap bulan. kami mampu beli kereta terpakai secara cash ja buat masa ni dan kalau mampu pun belum pasti aku mau memilikinya kerana aku nda buli hidu bau kereta baru. aku mabuk, percayalah! dan aku memang suka kereta lama. eksotik, seksi dan menggiurkan! yakah? hahaha....

dan aku rindu kereta tu. oh !!!!

Tuesday 17 January 2012

Oh, Mereka Makin $%^*&&**()*( !!!

Huh!
Sesi blogwalking baru selesai biarpun nda semua blog dlm list aku sempat jenguk.
Dan, ya! Mereka-mereka makin meletup-letup.
Header tukar, banner baru. Pemilik blog pun makin tambah jelita. Siapakah itu?

Hanis Zalikha. 

oh! 

Aku bila lagi ya?
Tunggu aku beli iPad tapi tahun depan.
Depan?
Hahaha, pasti ketinggalan jauh dan akhirnya blog ini hanya tinggal sampah yang nda berbau tapi menyemakkan mata saja.

Blog si Aki pun makin mantap.
Warna-warni gitu. Oh, aku jeles !!! Hehehe...

Tunggu, tunggu !!!

p/s: aku boleh drive sudah pada kelajuan 60-80/kmj.

Saturday 14 January 2012

Kenapa Aku Tidak Bekerja

Alhamdulillah, genap sudah dua tahun aku bergelar surirumah..

Apakah perasaan anda setelah 2 tahun bergelar surirumah?
Secara jujurnya aku sangat gembira dan selesa. Bebas dari segi tanggungjawab yang berat.. Bebas dari tekanan kerja. Gembira kerana akhirnya impian aku tercapai untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa.

Bagaimana kehidupan anda selepas meninggalkan pekerjaan?
Sebenarnya susah kerana gaji suami tidaklah setinggi mana.. Memang kekurangan itu dirasai dengan ketara, namun alhamdulillah Allah beriku rezeki dilain punca dan hakikatnya kami masih boleh bercuti dan makan makanan mewah.

Tidakkah anda teringin untuk kembali bekerja?
Jauh disudut hati perasaan itu ada tapi itu hanya keinginan kecil yang didesak oleh persekitaran. Bukan dari naluri aku yang sebenarnya, so lupakan.

Adakah ini keputusan seumur hidup anda?
Ya. Kalau boleh aku mahu menjadi surirumah sehingga anak2 membesar dan membina keluarga masing-masing. Namun disudut lain, aku masih membuat perancangan dan impian ingin menjadi usahawan yang berjaya dimasa depan. Aku nda suka makan gaji.

Apa nasihat anda kepada wanita yang masih bekerja diluar sana?
Wahai wanita di luar sana, sila resign sekarang jugak!

Eheheh! Gurau ja..

Ok, serius. kakak-kakak, adik-adik sekalian. Segala-galanya memerlukan wang tapi wang bukan segala-galanya.

Janganlah desak hidup anda dengan membiarkan anak2 turut merasakan derita bila meraka terpaksa mengharungi susah payah ketika ditinggalkan bekerja.

Ambillah keputusan yang bijak dan selamat. Tidak rugi anda membesarkan anak2 dengan tangan anda sendiri. Kalau kita kembali pada fitrah yang sebenar pun, kita diciptakan untuk menjaga keluarga. Jika, suami masih mampu memberi nafkah, berkorbanlah. Korbankanlah kerjaya untuk membesarkan anak2. Percaya pada rezeki Allah. Jika kita benar2 ikhlas menjaga anak kita, Allah akan mempermudahkan. Sebaik2 tempat bagi wanita ialah di dalam rumahnya.

Pesanan ini tidak sesuai untuk semua wanita bekerja. Jika terasa pedas, maka anda sedang menggigit lada.

Naluri lain-lain. Lakukanlah apa yang
bersuara dalam hati kita.

Anda mungkin sanggup, tapi hati aku tidak! Inilah keputusan ku sehingga Allah mengaturkan jalan lain untukku. Aku percaya Allah.

Bila kita ingin berbuat sesuatu yang baik, maka perjalanan yang akan kita lalui tidaklah sebaik, tidaklah semanis mana. Setiap keimanan diturunkan ujian.

Begitu juga aku. Bila tidak lagi bekerja, kekurangan sangat dirasai.. Tapi lupakah aku bahawa, aku masih boleh bercuti, aku masih boleh keluar makan2 dan masih boleh shopping sikit2? Itu tandanya rezeki Allah tidak pernah putus walau itu semua bukan datang secara langsung dari titik peluhku sendiri.

Satu saja peganganku, "perbuatan yang baik dengan niat yang baik dengan hati yang ikhlas, tidak akan sia-sia". Walaupun susah-payah tapi aku percaya, aku yakin, Allah Maha Kaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 13 January 2012

Sekarang Aku Kisah

Hujung bulan Oktober lalu bila kawan ku si Azie tegur yang aku makin berisi, aku langsung nda terasa hati, terguris ka tersinggung ka... Langsung nda. Aku malah macam bangga pula hehe. Itu pasal sebab aku langsung nda kisah dengan apapun berlaku dengan tubuh badan ku masa itu.. Tapi masa ini, aku sangat kisah. Kisah dengan serius ya ! Pasal apa, aku buli rasa sudah, bahagian perut ku, pangkal lengan dan belakang ku ni macam ketat-ketat. Maksudnya, badanku memang naik sedikit. Sedikitla tapi aku buli rasa sudah.. Jadi memang aku kisah sekarang.

Bukan apa, dulu aku nda risau pun kalau aku makan banyak. Itu memang tabiat aku yang sukar dikikis. Aku bukan diet punya urang, k. Aku kuat makan. Selain puasa, aku mana boleh tahan makan. Sarapan pagi ja pun, aku mana bole ambil yang ringan2. Mesti ambil yang berat macam nasi atau mee. Sebab kalau aku nda ambil sarapan berat, aku tiada tenaga mau buat kerja menjelang makan tengahari. Tapi walaupun tabiat ini agak kronik bagi kebanyakan orang, bagi aku normal sebab kadar metabolisma ku cukup tinggi. Segala lebihan tenaga dari karbohidrat dan lemak senang dibakar dalam badan ku. Nda payah senaman, asalkan aku ada gerakan rutin tiap hari dan sepanjang hari. Kalau dulu ya la kali sebab aku wanita yang bekerja. Hari-hari turun opis, naik tingkat atas hantar faks, dan bergosip sama admin ku hehehe.. Tapi kini kerana ku bergelar surirumah, mau gerak di mana? Gerak ja, peti sejuk. Gerak ja, dapur. Gerak ja, ambil pinggan isi makanan. Nda selera makan di rumah, pigi makan di restoran macam-macam. Akibatnya, naikla badan. Tambahan lagi, jarang sudah aku makan Spirulina. Cuci usus pun jarang, mana nda jadi begini.

Masa kawan-kawan ku dari KL pigi sini hari tu, si Cidot bangun pagi ja terus pigi dapur "ketung-ketang, ketung-ketang". Masaklah. Rasa macam ada bibik pula dalam rumah. Bangun ja, buka mulut buli makan. Ada tukang masak yang sangat rajin. Masakan pula, memanglah sedap. Macam mana mama dorang kasi lahir dorang ni. Sudahlah rajin masak, masak pun sedap gila! Jumpa orang macam aku, nah abislah! Padahal si Cidot tengah diet. Siap ambil HerbaLife lagi.. Eeee, nda aku taulah macam mana dia buli tahan nafsu makan dengan memasak. Aku, buli nangis kalau tahan makan oh. Bila Cik Dot balik, kami laki bini masi tercari2 makanan bila bangun pagi. Sampai laki ku cakap, bagusnya kalau si Dot masi di sini. Buka mata ja buli makan. Hahaha.. Macam ada tanda2 kena madu tau... Hehehehe..

Entahlah, sejak aku nda keja sudah ni kan, malas ku menjadi2. Kalau aku bangun jam5 pagi pun, aku bukan buat keja di dapur tu. Macam-macam lagi aku bikin. Maunya jam10 baru aku masak. Pastu aku jarang sudah masak yang special.. Kalau dulu masak daging blackpaper la, ayam masak merah la, aik macam2la konon. Sekarang, aku suka masak yang simple2. Ayam goreng. Sup herba. Sayur tumis. Telur goreng. Adakah kerana aku tinggal di bandar menyebabkan aku jadi begini? Bila mau makan sedap, cari di luar. Di rumah masak simple.. Mungkinlahkan? Oh, tapi aku rindu masak nasi ayam dan nasi lemak. Blender aku pun suda ada sini so bulilah mengeluarkan bakat lama yang tersimpan sekian lama.. Mendrive pun buli sudah so anytime pigi pasar beli keperluan dapur. ( Ayat menebus dosa2 lalu).

Balik dari Kundasang hari tu si Ghazali @ Panjang masi ada cuti satu hari maka kami pigi 1B tingu wayang. Masa tu aku pakai t-shirt putih ja dipadankan dengan jeans.. Sangat simple hinggakan aku rasa dressing tu macam penjual sayur ja. Alolo.... Pastu aku komplen la dengan suami. Aku cakap " aku makin gemuk. Aku nda lawa sudah... Aku sedih...". Ghazali senyum ja pastu dia cakap " cantik pun begini. Comel. Nda ba juga gemuk sangat. Kalau gemuk pun aku sayang juga...". (Semua suami akan cakap yang sama). Aku balas lagi " pasal yang sayangla ayang mau jadi cantik. Biar suami ayang senang hati..". Pastu dia bilang, "yalah. Jangan difikir sangat..". Isk, gedik pula adegan tadi kan...

So, aku ambil keputusan mulai minggu ni aku start joging. Joging tu lebih kepada maksud jalan kaki laju-laju. Mau kurangkan pemakanan tu mungkin belum mampu so rajin makan kenalah rajin makan. Cuma, joging pun aku ada masalah jugak. Kena bawa anak, sebab Ghazali pulang petangnya enggak tentu kok. Bila bawa anak, 4atu round tasik Taman Tun Fuad ja lah jawabnya aku mampu buat. Terpaksa anak aku pun ikut jalan kaki laju-laju. Bila penat aku sikut dia di belakang ku. Takut memudaratkan tulang belakang so aku nda berani melakukan aksi itu hari-hari. Plan B, kena bincang masa dengan Ghazali. Petang turn aku bersukan, dia jangan pigi main bola. Biar malam baru dia main futsal. So, deal!

Kecantikan tu penting dan diinginkan setiap wanita. Cuma kesedaran dan kesungguhan ja yang menentukan secantik mana kah kita. Paling penting cantik untuk sihat dan sihat untuk cantik. Kamu kenal Maria Farida kan? Aku lebih kagum kecantikannya berbanding Rozita Che Wan. Rozita nampak kurus dan boleh diteka usianya. Maria Farida nda nampak kurus tapi nampak kecil, berisi dan sangat muda. Kulit pejal-pejal gitu. Geram aku tengok. Dan, Maria Farida comel. Sentiasa nampak belasan tahun. Aku rasa nanti dia berumur 60 tahun, kulitnya takkan benyak beza dengan sekarang. Harap2, kita semua boleh jadi macam Maria Farida.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Beep!!! Peep!!!



ehem-ehem !
senyum lebar dulu. tunjuk gigi...


ok, ini ceritanya. tadi petang kedua kali sudah aku memberanikan diri mendrive di kk. alhamdulillah, yang pertama tu, destinasi pertama terminal wawasan sebab ambik sepupuku yang ikut bas dari putatan. then  ppigi kg. air dan terus ke centre point. siap parking tingkat 6 lagi kunun. deh, dengan penakut ku ni macam nda percaya ja buli naik parking atas cp dan balik tu redah jam lagi.

hari ni, destinasi aku mula2 starcity pigi sana stokis elken beli spirulina. ayoyo, lagilah sesak sebab budak2 tengah diambil oleh parents masing2. kalau ditingu memang meremang bulu roma mau masuk sana tapi aku hantam saja, nah buli jah bah. itu ja aku pikir, kalaula aku salah parking ka, salah lorong ka, minta ja siapa2 yang baik hati kasi alih kereta ku. syukurla, lancar ja aku masuk dan keluar di sana. pastu, aku lalu kg. air dan pigi bandaran ambik barang sama sepupu ku.

masa tukar lorong dari round about depan bandaran tu, lorong mau masuk kg.air, iswara hampir langgar sisi kereta ku. aku memang masi slow bah kalau tukar2 lorong ni tapi tu iswara mau juga jalan dulu. bukan setakat hon, dia tunjuk tangan lagi yang bermaksud "apa macam kau pandu ooh?!". aku buat muka selamba ja la. dia nda nampakka stiker p aku di belakang tu? dia nda nampak ka aku slow2 move pi kanan? aiyo... 

tapi, biasalah bah tu kalau baru membiasakan diri mendrivekan? mesti kamurang pun ada pengalaman macam ni kan? aku kasi kuat semangat ja ni. jalanraya tu semua orang punya, so apa mau takut. buat masa ni aku nda drive laju pun sebab kawalan stereng ku belum berapa bagus. harap2 dalam sebulan ni, aku akan ok.. hehe.



Sunday 8 January 2012

3-8hb Jan 2012

Sempena tahun baru, aku pun mau cuti-cuti juga. Ndalah pigi obersea, dalam negeri saja pon oke. Bolehhlah longgar-longgarkan sikit kepala yang makin sendat dengan memori-memori tahun lepas yang ndalah indah sangat.

Inilah geng-geng cuti ku. Dari kiri Cidot, aku, Man, Jijah,  anak aku Nadia dan Syima.

Dari aport terus dinner di Upperstar, Suria Sabah.

Keesokan harinya ke Pulau Manukan, mandi-manda dan snorkeling. Jijah kata, kalau dia ada pulau mcam ni dekat dengan tempat tinggal, tiap2 minggu dia memulaukan diri. Pantai dan laut memang best! 

Aku nda mandi. Tiada mud mau basah-basah badan. Mud ku baring-baring atas pasir dan makan 3x sejam. Muahahahaaha! Akibatnya, badan rasa macam 60kg sekarang. Rasa in loh!

Esoknya lagi, trip ke Kundasang. 1st time kena bagi bunga idup oleh lelaki dan yeay, lelaki itu suami sendiri. Suka! Suka! Sayang Panjang!


Malamnya, bbq tapi malas ambil gambar so tiadalah yang korang boleh tengok. Tapi kitorang 6 orang ja, Dot dan Jijah masak boleh makan 12 orang. Daging pnggang dan steamboat.

Desa Farm-Mesilau, Kundasang.

Aku tiada. agak malas posing berkali2. Moody pula ki ni rasa diri kurang jelita. makan bnyak. hhehe..

Sebagai bukti kedatangan..

Sedap, kurang rasa lemak tapi aku nda minum. Geli rasa. Susu kambing pun ada. Harga 1 liter RM4.70 kalau nda silap.

Sebelum meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah, jejak juga aku di Mesilau Nature Resort. Memang cantik. Betul2 dalam hutan belantara pergunungan. Tinggi dan sejuk tempatnya. Chalet pun mahal tapi sangat privasi. Honeymoon di sini sangat tip-top punya.. Tak caya, cubalah tapi kami nda menginap di sinilah. Cuma tengok-tengok ja.

Pemandangan di sekitar chalet.


Dari Mesilau balik ke Kundasang. Dalam perjalanan, singgah di kebun bunga. Mau beli bunga, borong sja d sini. Harga boleh runding. Haiii, nasiblah aku duduk apartment.. Memang bikin semangat mau tanam bunga. Peminat kaktus, inilah antara jenis yang ada.

Warna kuning paling cantik.

Antara koleksi bunga-bungaan yang ada.. Tanam campur2 lawa jugakan?..

Pemandangan dari pekan Kundasang. Kabus tebal, musim hujan. Kalau nda mau berkabus, datang pertengahan tahun.

Balik dari Kundasang, tingu wayang dan makan lewat malam di Waterfront, KK.

Acara last sebelum balik KL, shoping pearl!!!
Jangan shoping kalau kelam kabut sebab mata memang jdi rambang. 3,4 jam shoping sini agak biasa ya.

Macam2 ada. Murah2 tapi kenala jadi pelanggan tetap bru dapat murah. Kalau mu murah, bole cari aku ja. Kalau datang dari KL, cari Man.

Sekian..

Monday 2 January 2012

Hari Bekerja

Rindunya keja opis..
Rindu kawan2...
Rindu bos, hehehe...

Hari ni bukan hari bekerja korang ja, aku pun banyak keja yang perlu disiapkan semuanya hari ni jugak kerana malam nanti ada pelawat datang rumah.. Kawan2 dari kL. Man, Jijah, Cik Dot dan Syima, yeay !!!

So keja2 yang perlu dibereskan hari ni, basuh baju, lipat kain, kemas rumah, sapu dan mop. Malangnya, belum sempat abiskan semua kain dibasuh, mop pun belum, bekalan air putus. Aku nampak ada traktor di tepi jalan sana, ini mesti paip pecah lagi ni.. Lantai ndala kotor sgt tapi mau juga mop, biar tetamu selesa. Harap2 belum petang sangat air sambung balik.

Jam7 malam, dorang akan sampai aport Man minta terus ke Upperstar, Suria. Nah kejangkitan suda dia demam Upperstar ku. Best bah Upperstar di Suria tu. Cantik deconya.. Ada pc lagi untuk online.. Kalau mau buang2 boring sambil makan2 dan online, sanala tempat paling sesuai... Isk, nda sabar bawa dorang sana hehe..

Esok pula, pigi Manukan then kalau tiada plan lain, dinner di Anjung Selera, Tanjung Lipat. Tunggu update seterusnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 1 January 2012

Usia dan Kulit Wajah

Tahun baru maka usia pun baru.. Selain daripada kita mensettingkan goal kita untuk setiap tahun, sepatutnya apa yang kita perlu fikirkan ialah kecantikan diri seiring dengan bertambahnya usia..

Aku sejak remaja lagi memang sudah memasang angan2 dan impian bahawa bila dewasa nanti aku akan menjadi perempuan yang cantik hingga ke usia tua jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Insya Allah...

Aku pernah tulis dalam dairi yang bila dewasa nanti aku akan memakai set penjagaan wajah dari jenama2 yang mahal seperti Clarins dan membayangkan diri begitu jelita diusia 20-an... Hehehe... Kalau nampak iklan2 kosmetik dimajalah2, aku teruja sangat membaca apakah kebaikan produk itu. Dan kegilaan ku membeli majalah Remaja telah memberi aku ilmu facial sendiri di rumah. Pada usia 18 tahun aku suda start facial sendiri. Masa tu aku memang ada set pencuci muka, skrub dan mask sbg bahan asas dalam melakukan facial. Cara2 yang aku biasa amalkan dulu ialah:

1. Cuci muka dengan sabun muka.

2. Stimkan muka menggunakan wap air mendidih ( aku akan tuang air panas dalam besen kecik dan hadapkan muka atas permukaan besen. Tujuannya, wap itu akan melembutkan dan membuka liang roma yang tersumbat bagi memudahkan penyentalan kulit mati, whitehead dan blackhead).

3. Pakai skrub.

4. Pakai mask.

5. Bilas muka pakai toner dan pelembap.

Ok, inilah rutin aku tiap minggu. Alhamdulillah, rutin ini banyak membantu kesihatan kulit. Muka ku mudah diserang jerawat pasir.. So bila ada jerawat yang mengering, muka ku sangat kasar so disanalah peranan skrub untuk mengembalikan kelicinan kulit. (Napa ayat2ku ni skema betul?).

Dalam family aku, terutama mama, bukanlah pengamal ilmu2 kecantikan. Tambahan pula, semasa muda kulit mama memang cantik semulajadi tanpa sebarang masalah. Hanya bila sudah beranak-pinak dan usia meningkat baru nampak masalah kulit mama tapi mana dia kisah.. Aku balik2 nasihat pun nda mau dengar. Cuci muka, dan taruh pelempab pun nda disiplin. Skrub, masker lagilah jauh sekali. Naa, dari situ aku macam takut dengan penuaan pramatang pada kulit. Tambahan lagi kulit ku memang sensitif dan susah dijaga.. So sampai sekaranglah rutin itu masih aku buat sejak usia 18 hinggalah 27 tahun. Sampaikan abis ribuan membeli mesin facial tapi berbaloilah. Walaupun kulit muka ku ndala secantik yang lain sbb kulit memang mudah bermasalah, tapi paling penting, kedutan2 ketara di tempat2 yg familiar macam belum kenampakan dan sepatutnya pada usia ni perlu suda mengamalkan kalogen untuk menentang masalah kulit pada umur 30-an yang mana keanjalan kulit akan mula jatuh menjunam tapi buat masa ni belum lagilah aku start dan kalau aku mau start nanti jenama pilihan suda ada iaitu El-Marino, Elken !

Tentang pemilihan jenama produk ni pula, bezanya jenama di pasaran dan El-Marino, Elken ni ialah produk kalogen yang ada dipasaran tu lepas kita minum dia pandai hilang.. So kena konsisten pengambilannya sepanjang masa jika mau kulit sentiasa ada bekalan kalogen tapi apa yang aku tau El-Marino ni, kalogen yang kita minum akan kekal dalam kulit. Hilang secara semulajadi bukan hilang kerana cara kalogen itu dihasilkan sebelum dijual. Lain company lain cara buatkan, naa itulah kelainan Elken.

Aku bukan taksub sangat dengan produk Elken, tapi sebelum dia buat produk dia akan kaji kenapa produk dia lebih baik dari produk yang sedia ada... Selagi dia bukan terbaik dalam pasaran Elken nda akan buat produk itu. Itu memang prinsip dia. Dan dia cari produk bukan sekitar Malaysia tau, dia akan cari seluruh dunia, pilih semua yang terbaik, buat perbandingan dan akan ambil yang terbaik dari yang terbaik! Memang baik punyalah! Sebab itu harga agak mahal tapi kualiti memang nda buli cakaplah.

Lagi satu Elken punya cara sebelum dia pasarkan produk, dia ambil masa yang lama untuk kenalpasti produk itu betul2 terbaik. Selepas produk itu dibuat, orang dalam akan mengamalkan dulu produk itu untuk membuat testimoni, barulah dijual secara rasmi. Dia bukan upah siapa2 untuk test produk tu. Tidak perlukan mana2 artis untuk jadi duta walaupun ada artis yang guna produk dia.. Nda perlu balik2 masuk Selamat Pagi Malaysia, Wanita Hari Ini untuk buat publisiti atau pasang banner di setiap tempat untuk promote dia punya barang. Sangat ekslusif. Dan ada diantara produk itu mengambil masa sehingga 2 tahun untuk testimoni sblm dilancarkan.. So itu yang aku trust sgt2 produk Elken.

Ingat lagi dulu ada kawan tanya "kalau Elken tu best sangat kenapa nda pernah keluar tv?". Segala apa barang yang diiklankan di tv tu bukannya semua bagus. Iklan tu berharga beribu-ribu ringgit jadi ada dia kisah produk kau bagus ka nda? Yang dia tau, kau bayar, dia iklan. Itu ja. Sudah famous, seluruh dunia mau beli. Barang laku, stesen tv pun tambah kaya. Atau Elken tiada duit untuk kos promosi bayar tv dan bayar artis jadi duta? Rekod jualan Elken yang baru 16 tahun ditubuhkan, tiap tahun setanding dengan company MLM yang suda 40 tahun di Malaysia. Ratusan juta. (Tiba2 emo..).

Maksudnya di sini, jenama lain bukan nda baik tapi kita mau yang terbaik. (Urm, poyo!). Apapun pilihan ditangan masing2. Hehe..

P/S: Hinggakan panty liner pun, aku hanya guna Elken punya.. Ta' mau jenama lain.. Jenama lain aku akan gatal2 kalau pakai... ( Fanatikkan?). Tapi kegfanatikan terbaru ku, Holika Holika !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.