Saturday 31 August 2013

Pernikahan

Melihat orang bersanding...

Satu perasaan halus akan terbit dari hati.

Terharu dan gembira namun...

Risau dan sedih kerana si wanita bakal menempuh sesuatu yg berat dan menyakitkan.

Kerana di mata ku, seburuk2 wanita tidak akan lupa kewajipannya...

Tidak akan ingkar tanggungjawabnya...

Biar hatinya dilukai beribu kali dia tetap setia dan taat pada suaminya...

Namun lelaki...

Biar isteri sempurna mana dia tetap akan mudah lupa diri...

Lupa kewajipan...

Lupa tanggungjawab...

Lupa jasa dan kebaikan isteri.

Balik2 entri sedih... Sorry.

Aku tidak sampai hati mengucapkan "aku xda perasaan lg pada mu" tp tadi terucap juga.

Alangkah sedih wajahnya mendengar ungkapan itu, aku tau tp taukah dia aku sengsara memaksa hati setiap hari. Dia bahagia aku bersamanya namun yg ku rasakan macam mana?

Ikhlaskan saja kepergian ku spt mana ku ikhlaskan bahagia ku pergi demi bertahan utknya...

Bukan berdendam tp terimalah kehidupan.

Aku nda mau hidup dalam kesedihan lagi. Aku nda mau lagi menatap pandangan2 simpati 'mereka' padaku. I'm ok, don't worry tp drg tetap jg memandangku penuh simpati spt tak mau pecaya yg aku ok. Pandangan simpati itu juga membunuh keyakinan diri ku. Seperti ingin menutup wajah bila keluar rumah. Spt muka bumi ini tidak layak dipijak org spt ku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 30 August 2013

Mood Hujung Minggu

Duduk rmh ja. Pagi ada p tamu kejap tu pun jam10 pagi sdh. Peniaga ramai sdh yg kemas barang. Mau beli mknn ringan utk jualan kantin. Pastu cari2lah knun sayur kampung manatau adalg tgl tp abis suda. Beli sayur putih yg masi ada akar dan bunga kempayas sja la. Beli bilis juga.

Pastu balik rumah, bekpes dan tidur. Sekali bangun waktu Zuhur sdh masuk dan berjemaah sma laki.

7 tahun kawin, nda prnh kami solat berjemaah. Syukurlah krn musibah ini laki ku mula berubah dan mula rajin solat. Kalau jln p mana2 dan masuk waktu dia akan singgah masjid/surau berdekatan utk menunaikan kewajipan.

Tapi yg sedihnya, aku masih belum dapat mengembalikan perasaan ku sma dia. Aku cuba tp berat...

Rumah ni terasa begitu sepi. Anak ku sekali-sekala sja tidur sma kami, dia tidur sma ibunya (kakak suami). Aku rsa dia boleh faham sdh kedaan kmi dan dia spt xmau masuk campur dan bg ruang utk kami bdua aman dlm rmh ini.

Dapur ku berselerak sedikit. Xda mud mau jadi surirumah cemerlang mcm dlu. Jarang kmi makan d rmh, kalau hari biasa, tghri mkn di kantin (aku masak lauk), malam kdg nda makan. Kalau lapar adala org tu membawa nasi dr rmh sebelah (mertua). Buruk perangaikan..

Pagi tadi ada sukaneka sempena sambutan hari raya keluarga Kg. Kelumpang tp aku nda pigi. Malam ni pun ada mkn2 pun aku nda mau pigi. Janganla aku dipaksa2 kalau nda mau api naga keluar dari mulut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pindah Rumah

Sejak kebelakangan ni, entry di blog ni menjadi semakin peribadi... Diharap kpd pembaca agar membaca dgn minda terbuka dan harap dimaafkan jika ada yg kurg selesa dgn kisah yg dikongsi...

Aku ada cousin yg baru dapat keja di Kementerian Pelajaran dan bertugas di Kudat. Sejak dia mula bertugas, rumahnya ditinggalkan kosong sb isteri dan anak2nya menumpang semula di rmh ibu saudara ku (mamanya). So, aku tanyala klu drg setuju baik aku duduk rmh tu semantara drpd dibiar kosong bgtu hanya dihuni tikus2 bekeliaran.

Cousin aku sdh mengizinkan dan Rabu lps isterinya bawa aku utk bersihkan rmh tu tp aku nda dpt buat sb kesuntukan masa. Petang sdh aku p rmhnya, so kami sembang2 sjala.

Berpisah itu tidaklah susah sangat tp bila ada anak, mgkn cara tu kenalah slow skit memikirkan persekolahannya. Ini pula sdh hjg thn, so mau pndh sekolah pun alang2 sdh tp sekurg2nya aku mau tinggalkan tmpt ni dlu. Angin aku x baik dgn semua org d sni. Aku mau mengasingkan keluarga ku dr persekitaran ini.

Rumah ku di kampung masi blm ada kejadian apa2... Bulan 12 lalu aku sdh tempah kayu dgn org yg ku percaya, tp ada saja alasannya smp skg mau bln12 sdh balik, tu kayu nda jg sampai2. Fed up aku bgni. Terpaksa ku bersabar dgn semua perkara.

Namun yg jelas, blm ada tanda2 yg pasti utk hati ku kembali 'sperti dulu'. Bagi aku, perasaan dlu mmg sdh smp di 'akhir garisan'. Bkn lg isu tanggungjwb, itu atau ini tp skg sdh jelas aku mmg xda perasaan sdh utk meneruskan hubungan ini, namun skrg aku terpaksa bertahan. Biarlah ku leraikan satu persatu kemelut ini. Hanya kuasa Tuhan akan mengubahnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Ini Dan Semalam iii

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 29 August 2013

Ke Mana Hendak Diteruskan?

Mungkin kamu blm mengalami, namun aku sedang mengalami.

Sedang mengalami 'kemelut di muara kasih' bak tajuk lagu Ziana Zain.

Aku merasa sesat dlm perjalanan ini, aku nda tau mau ke mana sdh ni. Ki kiri rasa salah, ke kanan juga rasa salah... Aiyo!

Tu maksudnya, aku hilang identiti diri sudah. Apabila segala ygh diperjuangkan spt sia2 dan tidak bermakna, jiwa ku pergi meninggalkan aku.

Raya 2013, alhamduillah aku dipertemukan dgn kwn lama... Sgt lama sb dr kecik kami sdh kenal, satu sekolah hanya tpisah bila abis sekolah menengah tp sementara sja. Lps tu jumpa balik tp x prnh berbual panjang.

Aku terima kasih sgt sma dia. Kerana perbualan yg panjang, aku seperti kenal diri balik. Sdh 2minggu perbualan itu berlalu, namun segala ygh dikatakannya selalu berngiang di telinga.

Aku spt x kenal diri ku lagi tp dia masih mengenal ku dgn baik. Ya Allah, apa sudah jadi sma diri ku ni?

Dia seakan2, dgn izin Tuhan menunjukkan ku di mana ku harus tuju dan jln mana harus dilalui.

Aku membelek album yg memuatkan gmbr2 lama ku. Segala kenangan menerpa dan segar balik diingatan.

Di sni rupanya aku bermula, kata ku dlm hati.

Dan aku sedar, org yg tepat kita patut cintailah ialah org yg tidak menyebabkan jiwa kita pergi tp dia seharusnya mengekalkan jiwa kita terus berada dlm jasad.

Ya Tuhan ku...

Dan aku sbnrnya sorg yg mudah melupakan kisah2 lama jika ianya tdk bererti, syukurlah masih ada org yg menyimpan segala memori itu utk aku diingatkan kembali.

Aku betul2 sedih dan kesal. Kenapa aku menyia2kan waktu yg ada dlu? Kenapa aku buta? Kenapa aku silap menilai? Aku mau mengulang detik2 indah itu, detik2 semasa aku adalah 'diriku' yg sebenarnya.

Bulihkah lagi aku mengutip sisa2 kenangan itu utk menjadi peta ku ke perjalanan di masa depan?

Sediiiiiihnya, itu sja yg aku bulih cakap.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pokok Dan Harapan

Pokok mangga tepi rumah beliau ku ni seingat ku blm penah bebuah tp cousin aku ada ckp penah bebuah. Ntah, aku nda ingat suda.

Aku post ni d fb dan aku merasakan keajaiban bila sebuah pokok yg spt sdh dikompomkan mandul tba2 bebuah.

Bagai ada satu mesej yg ingin disampaikan oleh pokok ini atau pun aku yg memandai2 ada mesej segala...

Jika kamu mau percaya dgn mesejnya, bunyinya bgni:

Jika bertahun lamanya pokok ini sabar menanti utk dirinya berbuah, bgtu jg dgn kehidupan yg sntsa ada harapan cuma kita yg mudah berputus-harap.

Dari ku yg masih mencari2 makna hidup sbnr...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 28 August 2013

Hari Ini dan Kemarin ii

Kiri pakai gincu Avon, kanan gincu magic D'Herbs.

Tabiat baru ku tiap pagi sblm turun kantin, aku mesti ambil gmbr dan post di fb. Adala keheranan, biarla ba aku buang tabiat kan..

Setiap perbuatan ada motif.

Selama ni rasa diri hodoh, btl2 hilang keyakinan diri akibat dan kesan drpd konflik hidup yg berlaku.

Boleh dikatakan aku hilang 'jiwa' ku selama beberapa tahun. Alhamdulillah, wpun skg aku masi dalam lingkungan mslh itu namun, sedikit demi sedikit kekuatan ku menular dan alhamdulillah aku 'bisa' menerima diriku semula dan menghargai kewujudan 'jiwa' ku kembali.

Sedihkan...

Hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 27 August 2013

Hari Ini Dan Semalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Membaca Buku Motivasi

Lepas makan tadi, aku mencapai buku2 di rak utk dibaca. 3 buku motivasi dan dua buku perkahwinan (agama) aku ambil dan membaca secara lompat2 semuanya sb sdh prnh baca so sdh mark mana isi2 penting.

Selesai membaca lumpat2... Barulah aku perasan. Ya ampun, kenapa sdh aku bgni ni?

Erm.

Mgkn sb aku dlm 'situasi' skg ni, membuatkan sikap ku pun nda menentu. Ya, Allah. Maha Tahu Engkau, mendetik hati ku membuka buku2 itu lalu mengingatkan aku pada sikap masa kni.

Ubah.

Ibarat kata Prof. Muhaya, minda perlu selalu reset. Betul, tingukla macam aku ni... Lain btl sdh perangai. Syukurla ada buku ni, buli jg bljr balik2. Jgnla kita kedekut mbeli buku2 ilmiah. Blh ulgkaji bila2 masa sb kita manuisa 'mudah lupa'.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bercakap Dengan Anak

Aku baru tiba di rumah, anak ku menyambut ku di pintu. Soalan wajibnya: mami ada beli makanan utk Cocong (nama timangan, org lain aku nda galakkan panggil dia Cocong, panggil Nadia)?

Aku bilang tiada. Merajuk dia.

Lepas laki ku solat isyak aku minta spya bawa Nadia pi rumah jiran aka kedai runcit kampung2 beli mknn. Duitnya cuma syiling berjumlah rm1.50 aku kurik di celah2 beg yg padat dgn brg (mcm2 ada).

Pastu aku ckp: bah pi la jln sma babah (kedai tu nda jauh pun. Selang dua rmh ja).

Aku pesan jgn kasi abis tu duit. Bakinya simpan.

Nadia tanya: mami yg mana aku pakai? (Ada 10sen, 20sen dan 50sen).

Aku jwb: mana2 ja yg pntg ada baki.

Moral of the story la ba knun..

Aku mengajar dia berfikir secara kritis, cewah. Hehe.

Bila dia tnya duit mana yg dipakai, aku nda tentukan yg mana, asalkan dia faham arahan dan belajar membuat keputusan sendiri. Mean, dia akan berfikir sendiri, pakai ja duit yg mana2; 10/20/50sen asalkan jangan abis.

Kita menunjukkan jalan kpd anak2, biar dia yg berinisiatif arah mana dituju asalkan sampai ke destinasi yg ditetapkan.

Ikhlas dari seorang ibu yg tidak punya apa2... Hihi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Edward Maya Ft Sianna In my Arms Lyrics YouTube

Agnes Monica - Rindu | Official Video

Nani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 24 August 2013

Ada Aku Kesah?

Hmmm, tadi perasaan ku sakit sangat. Dari semalam mau menangis, dari kemarin pula tp airmata ku keras kepala xmau mengalir. Last2 pagi tadi keluarla sekejap... Skg ni, terus mcm rsa xda apa yg berlaku. Hm, kdg kita ni pandai pelik dgn sikap sendiri.

Tp aku sedar... Bertahun bergelumang dgn sakit hati dan skrg mgkn sdh lali jadi boleh survive suda.

Nda sdh peduli sangat hati ku ttg hal2 yg menyakitkan hati ni. Kalau perlu aku menangis, menangis dan lepas tu semuanya jadi kosong semula. Xda masa la aku mau smpn memori2 jahat lama dlm kepala.

Jan la kita sedih2, kasi happy2 sja.... :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hidup Perlu Diteruskan

Petikan dr status fb:
Harnani Nani
Tidaklah beriman seseorg manusia itu jika Tuhan tidak mengujinya dgn ujian yg berat dan dia berjaya mengharunginya dgn sabar dan tawakal.
Sebentar tadi
 · Suka · Komen · Kongsi · Alih Keluar

Harnani Nani
Tiada manusia yg mau pengalaman yg menyakitkan dlm hdupnya nmun putaran hdup bagaikan roda, pasti ada pahit manisnya. Kesakitan bkn mudah utk diterima tp sekali dpt diserap dlm minda/emosi ia akn btukar mjadi kekuatan/kekebalan hati yg luarbiasa pd ujian hdup yg akn dtg. Allah sntsa ada...

***

Satu-persatu perkara menyakitkan datang namaun silih berganti dgn kemanisan. Betullah jika kita x ckup iman, sedikit keindahan kita akan terlalai namun sedikit kesukaran membuatkan kita terkulai.

Sebagai manusia biasa dan umat akhir zaman Allah sdh menggolongkan kita umat manusia yg sentiasa berbuat dosa namun kita juga umat yg akan masuk syurga mendahului umat manusia terdahulu jika kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 22 August 2013

Tabiat Ku

Aku masih kurang jelas aapakah sikap ku yg apabila menginginkan sesuatu, semahunya petik sja terus dapat adalah membawa kebaikan/keburukan. Tak mau kasi lama2, tak mau berlengah, tak mau tangguh2.

Contoh, klau aku mau beli sesuatu benda dan duit mmg ada, aku memang lps cakap ja terus akan dpt benda tu.

Tapi kalau menyiapkan tugasan pulak, aku suka buat last minute. Study pun mcm tu jg. 2mgu sblm exam barulah aku strugle mengadap buku. Aku x bole study awal2, sb klu aku study awal2 otak aku x bole fokus ttg apa yg aku bljr... Dan aku tertekan. Ermmmm...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 16 August 2013

Sabar

Mahukan hidup yang terbaik, proses tidak pendek, mungkin agak panjang.

Ya, Allah. Berilah aku kekuatan menghadapinya. Tingkatkanlah kesabaran ku menanti hari yg menggembirakan. Tabahkanlah hati ku meniti hari2 yg mendatang. Lapangkanlah dada ku menghadapi org2 sekeliling ku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 11 August 2013

Bertuahnya Aku

Hikmah disebalik kesusahan yg ku alami, menyedarkan aku betapa org2 terdekat ku begitu mengambil-berat dan menyayangi aku. Mereka memerhati aku membuat silap dan seakan menanti aku terjatuh dan bersedia untuk menyambut tgn ku yg ingin bangun semula.

Manisnya rahmat Allah...

Aku semakin menikmati kesalahan langkah ku satu masa dulu.

Kenapa aku menjauhkan dan mengasingkan diri daripada jalan hidup yg sepatutnya aku jalani?

Aku buta selama ni.

Tapi aku telah sedar. Yg ku inginkan semoga aku dapat memperbaikinya dan menebus semula waktu2 yg terbuang selama beberapa tahun sebelum ini.

Aku langsung nda sangka kalau mungkin aku buli kembali semula ke alam hidup ku yg sepatutnya. Alam hidup yg mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ku dan membuatkan aku mengenal siapa diri ku semula yg selama ini aku semakin kehilangannya.

Maha Suci Allah...

Semoga inilah kepastiannya. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2013-Osem!

Aku rasa, makin lama hidup ku ke arah kecelaruan, kekeliruan yg semakin memuncak. Kenapalah harus ku lalui semua ini? Apakah Tuhan sdg memberiku satu mesej? Dan aku harus mencari dan mengertikan apa mesej itu.

Ya, Allah. Aku benar2 perlukan petunjukMu. Aku bukan lg mau membahagiakan diri, cukuplah kalau boleh menyenangkan hati orang tua walau hanya sekali.

Bukakanlah pintu rezeki seluasnya, agar apa yg ku cita2kan dapat aku laksanakan.

Aku bukan mau jadi jutawan. Aku mau sekadar yang cukup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 8 August 2013

Raya Pertama

Seperti yang dirancang, menu ialah rendang daging, ketupat, dan soto. Mcm sikit ja kan, tp menyiapkan masakan ya Allah punyalah kami ribut hahaha.

Hmm, mgkn krn bkn stp tahun aku jadi ketua chef jd persediaan tu masi lemah. Makanya, bepikir lg aku. Tahun depan, rumah mama or rumah mentua? Klu tipa2 thn rmh mama, mesti lama2 aku jadi cekap. X la kelam kabut lg mcm stp thn bila beraya di sni.

Yg bkin klm kabut tu, sehari sblm rya aku pg suping sayur2. Pagi jalan jam3 ptg baru balik. Adik bujang 2 org yg tgl d rmh, just psg langsir dan tkr sarung kusyen. Mama pun jalan jg, tugas mama selalunya menyediakan dapur dan kelengkapan dapur lain tp xda kena buat.

Kami rileks ja smp la malam raya. Malam raya menyampat lg buat kuih siput sb mcm x lengkap klu kuih ni xda. Pastu adunan kurg memuaskan sb adik bujg yg satu cerewet xmau bnyk mnykla apala... Last2, adunan tlalu lmbut dan melekit sb x ckup mnyk. Digoreng pun susah. Adun balik.

Pastu dapur pun mama nda bungkar sedia, mau jam4 subuh sdh aku tidur tp mcm xda2la keja tebuat.

Jam5.30 bgn blk, snala berabis. Bwg2 pun blm dikupas, snala msk rendang, pastu, buat soto dan last sekali buat kuah kcg. Jam10 baru siap. Siap2 gitu, ingatkan aman suda, sekali keluarga dari kampung datang, ribut taufan jadinya. Punyalah ramai.. Kelam kabut lg goreng ayam, rebus mihun hahaha. Tapi, aku happy sgt2 drg datang, lama ba nda bejumpa time raya. Since drg pun pindah di kg sdh, tinggal kami2 lg di Taka ni. Kwn2 membesar ramai yg dtg. Ex2 bf pun ada juga, ehem! Haha. Eii, rindu zmn budak2 dlu sma durg. Skg semua sdh kawin.

Sblh ptg, xda tetamu sdh kmi beraya tmpt mentua la pula then pi rmh macik Asnah di Saab dan melawat kwn di Bawang yg baru balik SMC, sebulan di sna sb dia eksiden. Kepala kena opret buang drh beku. Kwn ni mmg rapat sma kmi sefamily, kalau raya x missed mesti dia beraya sama kmi. Dia eksiden moto, telanggar sapi. Kmrn, bdnnya sihat jg cuma blm pandai cakap lg. Tgn kanan masi besimen sb patah pergelangannya.

Balik rmh sdh malam, cuci muka sja pastu baring2 d ruang tamu naa tetidur smp pagi. Sekeluarga kmi tetidur di ruang tmu kepenatan hihi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 5 August 2013

Mood Beraya

Tema Baju Raya:
Tahun ni aku nda membeli baju raya sb aku ada 2 psg baju lg yg blm prnh pakai. Satu warna hitam+putih dan satu lg peach. Jd yg hitamputih aku jdkan baju raya dan kebetulan ada cousin suami kwin raya ni jd peach tu la dipakai nanti. Hitamputih aku jahit tmpt tkg jahit dan peach tu aku beli di TAR masa p kL Okt thn lalu. Dan thn2 rya akn dtg rasanya aku akn jahit sja baju, ndala membeli. Puas sdh pakai yg ready made.

Resepi:
Tahun ni mcm jg tahun2 lps bila raya tmpt family ku, makanan simple2 sja. Tahun ni antara menu dalam cadangan ialah:
-nasi impit/nasi pulut (nda kmi pandai menganyam ketupat :p)
-daging rendang
-kuah kacang (1st time buat ni, hrp2 menjadi)
-soto ayam
-tom yam seafood (extra)
-biskut raya (wajib ni..)

Simple kan? Hihi.

Turn Raya:
Tahun ni sebelah ku. Mama mentua sdh request raya pertama sblh pagi kumpul dlu di rmhnya tp mana bisa dong begitu. Hati ku nda enak makanya, ku biarkan suami ku di sna biarlah aku dan ank ku di sini. Nanti pagi2 raya klu semua kerja dapur ku di sini suda beres, mandi2, mekap2 barulah pg sna. Sdh jg aku kasitau mama kmrn, siap salam sium pipi lg. Nmpk wajahnya sebak tp apa bulih buat mak. Tahun ni dan tahun lps rezeki kami ckup2 makan sja. Kita tabah sajalah, mudah2an 2 tahun ini menjadi pengajaran yg lbh pekat kpd kmi utk berusaha lbh gigih lg spya thn dpn hidup meningkat bagus. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 2 August 2013

Pra Raya

Ni kali la rekod. Selasa-rabu KK, Khamis-Jumaat, Jumaat-Sabtu
KK lagi.

Selasa bawa anak dan suami beli baju raya dan servis acond keta dan beli cat keta mau touch up cat yg pudar. Sian ba keta ni, nda brp terurus segala keperluannya, nsb la keta ni wpun buruk2 masih lasak. Tq Honda buat keta yg hebat. Alhamdulillah, wpun hdup seadanya tidaklah sensara sgt mcm org lain.

Plan mau pergi balik ja tp Nadia mau btl menginap di hotel. Tu pun nda puas satu malam. Sekali aku ckp duit byr hotel sdh abis terus dia ckp "oh dibayar kaini mami tidur sini?". Hahaha, ya nak. Bayarrrrr. "Oooo". Dptla kasi happy hatinya skit. Yg sorg tu malar membawa gaduh. Ai tekanan aku tp magsabal sajala.

Smp Pitas, beliau suruh lg atur pembaharuan lesen CIDB ku yg sdh expired. Jalan lg khamis, pastu urusan nda siap tpaksa sambung hari ni. Alhamdulillah semuanya beres jg, yg sorg tu, ada2 ja hal bkinnya begaduh sama aku. Adihhhh. Bkin hilang sabar juga lama2. Tu la aku bljr sdh drive p KK sb kalau malarlah beikut bgni, nda jg ketahanan betekak sja kerja.

Apapun, hidup perlu diteruskan. Xda guna layan kesedihan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 1 August 2013

Wajah Penat

Raya tahun ini aku mau soping yg paling minima tapi oleh kerana kereta ku mengalami rupa yg hampir kritikal maka bajet 1.5k bnyk buang p kereta tu pun blm semua penyakitnya baik.

Mula2 servis aircond dan beli cat kereta utk touch up bonet dan bumbung yg sdh pudar warnanya. Maklumlah, 2 thn sma owner lama keta tu nada beparking d tmpt yg berbumbung. Itula jadinya. Yg lain, beli baju suami dan anak.

Tahun ini sederhana dan kalau boleh biarlah berterusan sederhana. Hati rsa lebih tenang dan aman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.