Tuesday 17 July 2012

Kemudahan Pinjaman Yang Betul-Betul Membantu

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Aku ni asal ja bangun pagi, otak mula sdh ligat... Ok jugalah time2 ada idea bgni aku boleh post ke entry terus. Ni pinjam hanpon suami ja sebab internet di hanpon ku sdh aku off. Lain bah aku ni, kalau on ja internet di hanpon aku nda mau buat kerja lain sudah. Menghadap hanpon ja... So dengan cara itu ja aku boleh kawal diri hihi.
Pagi ni aku mau cerita pasal pinjaman kewangan. Tapi sebelum tu aku mau buat sedikit imbasan masa lalu... Kalaulah aku memulakan bisnes ini paling tidak pada tahun lalu atau 2010, aku rasa aku nda akan mengalami masalah modal. Masa tu, kewangan ku agak stabil dan silap besar apabila berbelanja sesuka hati tanpa menyimpan sedikit pun. It's ok, benda sudah berlalu so inilah yang perlu aku sematkan dalam hati sangat2. Berjimat dan menyimpan.
Setakat ni modal yang sudah aku gunakan lebih 20 ribu dan aku rasa perlukan dalam 10-15 ribu lagi untuk menjadikan perniagaan ini lengkap sepenuhnya. Aku perlu beli paling kurang satu set pelamin, 10 pasang baju pengantin, aksesori dan mengikuti kelas mekap secara sepenuh masa.
Sejak tahun 2005 aku sudah menjadi ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan pinjaman bermula rm1000 dan pinjaman tertinggi setakat ini ialah RM7000. Sebenarnya aku sudah layak meminjam sebanyak rm14000 tapi aku nda ambil jumlah itu sebab masalah pembayaran yang tinggi dan singkat iaitu satu tahun ja. Sekarang pinjaman yang aku buat ialah rm5000 dan setiap minggu aku wajib bayar RM115 (termasuk simpanan wajib, ia senagai tabungan yang boleh diambil kalau keluar dari AIM) dan rm460 sebulan jika nda silap. So kamu fikirlah, bisnes baru mau naik dan kena pula membayar RM460 sebulan dan setiap minggu, kamu rasa adakah ianya membantu ataupun membebankan?
Sepatutnya hal ini aku fikirkan sebelum membuat pinjaman. Ya, betul tapi sekarang aku bukan menyesal meminjam sebab aku sudah tau dan faham tentang syarat pinjaman AIM sekian lama. Cuma aku berfikir, AIM merupakan satu badan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu peniaga2 kecil yang miskin yang jika ada yang gagal menjelaskan pinjaman tiada tindakan undang2 dikenakan hanya perlu tebalkan muka dihadapan rakan2 ahli jika berlaku tunggakan tapi aku rasa pinjaman jenis ini tidak membantu semua jenis perniagaan. Aku rasa pinjaman AIM hanya sesuai kepada perniagaan-perniagaan yang mempunyai pendapatan harian seperti peniaga makanan. So fikiran aku sekarang ialah mau cari kaedah pinjaman lain yang lebih munasabah, mampu bayar dan betul-betul boleh membantu aku dalam bisnes ni.
Buat masa ni kawan aku sarankan untuk aku buat pinjaman di MARA dan insya Allah kalau sesuai dan layak, aku akan buat pinjaman ni. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 comments:

~ As ~ said...

Try TEKUN, memang pinjaman untuk perniagaaan, usahawan.

Nani said...

As: ya baru juga google pasal TEKUN tadi, lbh kurg macam MARA juga prosesnya. Insya Allah kalau tiada aral melintang.

kak gojes said...

sama kita nani...betul ckp kau tu..dan memang aku pun cari cara lain utk meminjam

Nani said...

yati, kau pun aim ka?

kak gojes said...

aim jugak..dulu...sekarang payah betul aku rasa membayar aku berhenti la...

aku ada tag kau di sini nani

http://mydaniaeryati.blogspot.com/2012/07/aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html

Nani said...

oh. aku pun hampir keluar sdh dulu tp kawan ku nda suruh sebab susah cari sulam so aku teruskan juga. skg ni aku mengurus dlu trading lesen utk pinjam di MARA bikin cover tu AIM.