Tuesday 31 July 2012

Aku Harap Satu Hari Nanti Aku Ada Buku Sendiri

Biarpun blog aku nda sehebat mana tapi aku akan teruskan minat menulis ini.


Tiba-tiba kemarin terupdate di status facebook (dalam group rahsia) yang aku mahu menulis satu buku bila tiba harinya kelak.

Sejak tahun 2009, hidup aku banyak cerita, konflik yang memerlukan aku bertindak lain dari yang lain. Bekorban sesuatu demi rasa cinta ku, prinsip ku dan kemahuan ku dalam hidup. Isu utama ialah aku mau jadi isteri dan ibu yang sempurna untuk keluarga ku dan kerana itu aku melakukan semuanya. Itulah yang kamu mau cerita jika dimurahkan rezeki aku boleh menrbitkan buku sendiri tentang pengalaman aku dalam rumahtangga. Aku pasti ramai wanita yang menghadapi dilemma tu tapi nda ramai yang bertindak mengikut kata hati macam yang aku buat.



 Bak kata-pepatah ikut hati mati tapi nda semestinya mati kalau kau ikhlas dan niat kerana Allah. Membuat sesuatu tindakan kerana niat yang betul dan mengharapkan keredhaan Allah. Yakin bahawa niat kau betul dan yakin bahawa Allah akan bantu hambaNya yang berniat baik apatah lagi dalam mempertahankan rumahtangga, suami dan anak.

Aku mau wanita diluar sana berani bertindak sebagai wanita yang sebenar. Maksud aku menurut naluri seorang perempuan, isteri dan ibu yang sebenar bukannya menguburkan segala hasrat keibuan, keisterian dan keperempuanan kerana TAKUT tersalah langkah. Hidup perlu berani untuk menuntut kemahuan sebab manusia jenis aku memang nda bulih hidup di bawah kawalan orang lain yang tidak menepati kehendak ku. Aku rasa dunia sangat kejam dan aku nda sanggup menurutinya.



Aku mau bagi inspirasi kepada wanita yang ingin mempertahankan haknya tanpa mengabaikan hak orang lain. Dapat menangkan semua orang. Bukan mudah tapi ada cara.

Family first!



Insya Allah semoga tercapai.

No comments: