Monday 26 September 2011

Lucu Bila Orang Tanya

Adakalanya aku rasa kelakar bila orang macam aku yang selalu online, kacau kawan2 tiba2 lama menghilang... Bila keluar balik, berduyun2 tanya, kenapa menghilang? Apa khabar? Kau di mana skrg, lama nda nampak? Hehehe... Ada juga yang masih kisah kalau aku tiada. Poyonya ayat....

So pertanyaan2 seperti itu membuatkan aku ingin menjelaskan kenapa aku sering menghilang? Aku ni kalau dah menghadap laptop, jangan harap ada orang kacau! Aku sangat marah dan tiba2 bersikap bengis. Hoooooh. sangat buruk.

Tak kira siapa. Anak aku sendiri kalau cuit2 aku nak nenen, nak makan, aku hangin satu badan. Juga kalau time2 syok online, line pula lembap hah, 3 hari bad mood terus (taklah, 3 jam ja).

Makanya, orang macam aku kalau online harus sehari suntuk terus tanpa gangguan lepas tu wajib stop hingga seminggu atau lebih. Tapi selalunya tak lebih sangat sebab otak aku beku kalau terlalu lama tak keluar di alam maya.

Bila sedar diri ada perangai tak senonoh macam tu, maka aku meimitkan masa untuk beronline dan lebih menumpukan pada anak dan rumahtangga. Kini, aku lihat anak aku lebih happy dan bersikap baik kerana diberi perhatian dan mendapat layanan yang sepatutnya dari ibu yang tidak bekerja.. Dan baru aku yakin, percaya dan belajar, anak hanya mahukan perhatian yang sepatutnya. Bila dia rasa disayangi dan dihargai maka lebih mudah nak didik si anak tadi.

Selama aku jadi ibu sepenuh masa, anak aku belajar erti tanggungjawab sesuai deengan umurnya semampu yang aku boleh. Contohnya, habis makan dia akan hantar pinggan mangkuk ke sinki... Mula2 dia marah bila disuruh tapi oleh kerana tiap kali dia lakukan aku bagi pujian, skg ni dia dah biasa dan jarang suda merungut. Malah dia bangga tiap kali buat hal yg sama, katanya "aku pandai kasi cantik rumah".

Selain itu, kain kotor tidak lagi tertangguh hingga lebih dari 4 hari baru dibasuh. Ya, aku sedang beritahu korang aku isteri yang pemalas sebab aku rasa software aku dah bnyk kena virus... program aku dalam keadaan yang celaru... Slow, hang... Macam2la. Nak format terus tak boleh sebab otak manusia bukan macam komputer... Kena install antivirus dan dia remove virus perlahan2 supaya program akan berfungsi dengan lancar.

Alhamdulillah, aku kurang suda garang sama anak... Dulu aku stress, anak selalu kena marah2... Alhamdulillah... Perlahan2 hidup aku berubah jadi yang sepatutnya. Perlahan2 sedang kembali ke haluan yang aku mahukan. Isteri umpama nakhoda dalam sebuah kapal layar.. Kapten mana mungkin bole buat kerja sorang diri...f

Raya 2011

24 sept bersamaan 26 Syawal.

Baru abis tengok klip video raya d Astro @15. Lagu Ct tp lupa tajuknya. Sambil menonton aku rakam suara sndri nyanyi2 kecil. Hehehe.. Tone suara bole tahan tp kalau pakai suara besar pasti hancurrr!

Pcya x u all aku blm ada pic bagi baju raya tahun ni? Malas pula nak pose time gi open house.. Ayoyo.. Photoshoot pun x jd pg hari tu sbb laki aku hangin nak hantar nak jemput ke lokasi. Geram sgt! Tak bolela nak merewang kalau harap supir mcm Panjang ni. Takpe, tunggu Ayang drive dulu. Hm!

Perasaan raya aku tahun ni masi tak puas2. Masi terasa kurangnya hingga hari ni. Gara2 tak dapat balik diawal raya tp aku janji tahun depan raya mcm thn ni takkan berulang lagi. Its ok Nani, kau bole tebus detik indah yang terlepas itu. Pasti!

Realiti dan Fantasi

22hb.9

Sdh bbrp hari hjn. Aku dan Nadia tpksa diam di rmh. Nsb baik Astro dh psg so x la bsn sgt. Best psg Astro Byond. Bole set reminder utk rcgn yg kita suka dan klu lupa bkn stkt dia ingat'n tp chanel akn btkr a'matik. So x bmbg lg utk tlpd rcgn2 yg kita suka. Tq Astro dgn servis baru yg sgt mbantu. Selain tu jg ada parenting cntrl utk rcgn yg x sesuai utk kanak2 tp aku x buatla sbb anak aku blm pnd pk remote lg hehe.

Aku draf entry ni d tmn permainan. Sdh beberp hri x keluar rmh sbb hjn, alhamdulillah ptg ni cuaca elok ja. Separuh mendung. Bolela dtg awal kat tmn, x panas mcm selalu. Nadia senyum smp telinga sbb blh bmain. Aku sepatutnya mlakukan snmn jln kaki tp mcm malas ja hehehe. Dah 4 hri ganti puasa, rasa bdn ringan terus takbur x mau snmn.

Stp kali berada di tmn ni aku suka memerhati blok2 artmnt yg ada di sekitarnya. Aku rasa 60% phuni CH ni mrupakn golongan yg bpndptn rm3.5k ke atas sbln suamii+isteri. Yg selebihnya ialah student kolej, bujang dan glgn bpndptn bwh 3k.

Smlm dlm Hikayat Putera Syazlan, salah satu dialog Abby dlm skrip ialah "di KL ni kalau x kerja keras jgn hrp engkau nak hidup!". Mean bkn kL ja, secara umumnya bandar. Apa yg aku faham bila hidup d kota kita akan bnyk aktiviti luar. Yg kalau diturutkan semua menuntut pbelanjaan yg tinggi so siapa tak kuat cari mkn jd pengemis. Malah lbh menyedihkan ada yg smp tak siuman krn gagal dlm hidup di kota mcm ni. So inilah realiti dan fantasi hidup kita. Kalau kita hidup secara realistik, wpun tak kaya sgt kita bole survive tp klu kita asyik berangan dan berlagak org kaya maka kita sdg menuju kehancuran.

Hidup d kota kita x semestinya terlalu mengikut kehendak hati utk hidup mewah mcm org lain jika kita x mampu. Kita kena sedar asal usul kita. Apa yg ada di kota mcmni x semestinya utk dikecapi semuanya melainkan kita mmg ada kuasa utk memperolehinya.

Secantik mana pun sesebuah kota, kampung juga yg paling indah dan tenang.

Saturday 24 September 2011

Bila Aku Bahagia Dengan Lelaki

Kejap kecewa kejap bahagia.
Begitulah hidup, ada turun naik.
Kadang kita suka kadang kita berduka.
Biasalah.

Hari tu aku marah dengan kaum2 suami yang tidak bertimbang rasa. bini dorang ok ja, aku pula yang kecoh. Adaka patut? Nda patut2.

Oklah, hari ni aku mau sayang2 lelaki sebab walaupun lelaki boleh jadi suami yang penting diri tapi sebenarnya lelaki sangat best dibuat sebagai kawan baik. ya kawan baik. Aku ni walaupun adakalanya prejudis sama sikap lelaki tapi aku sebenarnya ramai kawan2 baik dari kalangan lelaki. Antara lelaki2 itu ialah Fazil, aglan, Aki dan bla.. bla.. Hahaha. Mengaku ja aku kan, padahal aku bkn siapa2 pun bagi kamu. (Aklah gurau ja. Adala org2 yang dimaksudkan. Kalau kamu mau jdi kwan baik Nani sila buat pengumuman bhawa kmu berkawan baik dengan Nani lm blog masing2 tp kalau bini/awek kmu mngamuk, tu aku nda tu, hehehe.

Apa yang best kau kwan ngan lelaki, kita nda kn emo2 bila sembang dgn dorang. Kita aan terhindar dari mengata orang sbb lelaki bkn jenis mengumpat. Cool bukan? Tp best sangat bila lelaki la bergosip sbb drg kurang menghentam sesuatu secara personal tp selalu secara umum. Lepas tu sgt lawak ok.

Banyak bercakap dengan orang lelaki mengelak kita dari melihat sesuatu dan brcakap sesuatu dengan negatif. Pendek kata berkawan dengan lelaki sgt fun. Tapi jgn silap, bukan dengan semua perempuan dorang mahu berkawan, bersembang dan bergosip tau. Hanya dengan beberapa jenis prempuan saja dan adakalanya ku terkilan sbb lelaki mudah menerima aku sebagai kawan berbanding perempuan. Why?

Dan aku sendiri akan kekok bila berada dalam sekumpulan perempuan kerana aku harus berlakon, aku nda bole jadi diri sendiri sbb kebanyakan dari perempuan yg sepatutnya jdi kawan ku sangat plastik! oh! Aku nda faham kenapa perempuan harus berpura2 sesama sendiri. Bercakap harus ikut gaya tertentu, topik harus tertentu dan pembawaan diri harus tertentu. Sudah2lah, aku bosan.

Friday 16 September 2011

Bila Aku Kecewa Dengan Lelaki

Sangat susah cari tajuk untuk entry ini....

Sebelum tu aku mau tanya "ADAKAH LAGI PEREMPUAN YANG BETUL2 BAHAGIA DENGAN SUAMINYA?".

Aku tanya ni bukan psl aku nda bahagia dengan suami aku (kadang2 ja) tapi melihat dunia sekeliling aku (keliling kamu nda tau la..) aku rasa macam tiada yang betul2 bahagia dengan suaminya... Ada juga yang nampak bahagia tapi aku nda percaya yang dorang tu betul2 bahagia walaupun sejak kenal orang2 ni dorang nda pernah menyuarakan keburukan suami. Aku tau hati perempuan, adakalanya suka duka biar dipendam saja jangan tunjuk dengan orang lain.. Wanita yang kuat jati diri, penuh keyakinan dan sangat berdikari. Jika ini ada dalam diri mereka, apapun masalah, bukan masalah lagi bagi mereka. Positive thinking bilang orang putih.

Oklah, point yang sebenar ialah rumahtangga. Kadang2 aku rasa perempuan kalau mau jaga hati, mau jaga diri baik jangan kawin sebab bila kawin kita nda akan tau nasib kita selepas kawin. Adakah bahagia atau sebaliknya walaupun suami kita itu ialah orang yang suka, cinta dan sayang sama kita. Bila sudah kawin lelaki akan mudah lupa semua tu. Ya bukan semua lelaki akan lupa tapi kebanyakan yang ada di sekeliling ku ialah dari golongan yang mudah lupa... Lelaki jangan marah saya.

Lagi satu perangai lelaki yang aku memang nda suka ialah "kamu sayang bini kamu?" "Ya, sayang bah, Adaka laki nda sayang bini?". Kononlah dia soal aku balik tapi hakikatnya 'sayang' itu hanya dimulut dalam hati lagi kita nda tau tapi melihat perlakuan jauh sekali. Bila ditanya "kau bilang syg bini tapi kenapa kau buat dia bgtu?". "Nda smestinya aku buat bgtu, nda sayang. lelaki ni biasalah bukan mau tunjuk." Pegi blahlah dengan ayat 'nda mau tunjuk' tu. BERAMBUS! Kamu kena percaya itu hanya muslihat dorang melalui kata2.  Kalau kamu nda percaya, cuba kamu ingat masa mula2 bercinta... Kata-kata sayang mereka sentiasa dibuktikan dengan perlakuan. Apa yang kita minta dorang turuti. Baru nda jumpa 2, 3 hari katanya 'abang mau mati'. Kalau kita nda mau jumpa dia bilang 'mau bunuh diri'. Pigi matilah kau!

okla, aku mau tanya lagi. KAMU SETUJU KA SAYANG ITU TAK PERLU TUNJUK DENGAN PERLAKUAN? Siapa setuju, bongoklah. Ya aku tau ada lelaki yang nda pandai tunjuk perasaan dia tapi itu sikit ja. Kebanyakannya pandai tapi bila sudah kawin, mau tunjuk tu dorang geli sudah. Iya geli. Kalau yang ada isteri tiada penampilan tu bulihlah diterima geli tapi kalau yang bini masih lawa tapi geli jugak, memang tiada otak! Ego nda bertempat.

Satu lagi senario yang selalu aku nampak dan dengar dari cerita... Seburuk2 suami, isteri akan layan bagai raja di rumah... Sebab hormat dan isteri itu beriman. Kenapa iman? Kamu kenal Fir'aun kan? Bini dia Asiah. Begitu kejam Fir'aun tapi Asiah sangat sabar orangnya. Sampaikan Allah cakap "siapa (isteri) yang bersabar dengan perangai buruk suaminya maka akan dapat pahala seperti Asiah". Nah mungkin itu pasal isteri tetap berbakti pada suami walau seburuk mana suaminya. Ada yang hari2 kena sepak terajang tapi masih juga taat..

Kedua, sebaik-baik isteri belum tentu dapat layanan baik dari suaminya. Ya suaminya. Bagi isteri yang duduk rumah/surirumah, selalu dipijak2 kepala. Tidak dihormati. Isteri minta duit kena maki. Lepas tu, ada silap sikit kerja rumah yang dibuat kena protes. Kalau kamu pernah baca ayat ini "kau nda layak jadi surirumah". Itu ayat contoh. Si isteri terpaksa diam ja sebab sedar bahwa dia hanya menumpang makan sama suami. Patutkah kita cakap menumpang?

Lagi bangang kalau yang isterinya sama2 bersusah payah kerja untuk membantu meringan beban suami dalam menanggung belanja rumahtangga tapi masih juga dipinggirkan suami. Balik rumah, isteri soranglah berperang di dapur, basuh baju, lipat kain, kemas rumah, uruskan anak2 tapi suami hanya tau makan dan menghadap tv atau tidur. Kononnya itu suda kewajipan isteri. Isteri minta tolong sikit, merungut dan marah2. Kalau hujung minggu yang dia tau keluar jumpa kawan2 berseronok sesuka hati tapi perasaan isteri di rumah dia nda pernah mau ambil tahu.

Perempuan atau isteri bukan mau dilayan macam puteri.... Cukuplah kalau kamu berlemah-lembut dan menghargai pengorbanan dorang dalam keluarga. Janganlah kamu memperkecilkan isteri, kamu hormatlah dia walaupun dia bukan pegawai tinggi. Susahkah? Lelaki selalu cakap, "masak, mengemas tu tugas dia." Cari makan tu tugas siapa? Tapi kenapa isteri tolong kamu? Kalau yang surirumah pula. "ngamla semua kerja dia buat, dia tu bukan pandai cari duit sendiri". Jadi bagi kamu dia tu semata2 macam orang gajilah? Atau hanya pelacur untuk melayan nafsu?

Haih, kalau mau dihuraikan satu2 mmg nda abis tapi aku harap pada kebanyakan lelaki supaya sedar dirilah sikit. Zaman skg ni perempuan lebih maju ke depan dari kamu. Kamu fikir kamu siapa oh? Aku ada baca blog yg aku sudah lupa linknya yg mengatakan lelaki juga perlu ada Kementerian Pembangunan Lelaki sbb prestasi lelaki skg semakin membimbangkan. Makin ke belakang dari semua segi terutamanya dalam hal institusi rumahtangga. Yalor, kalau pemimpin jatuh, yg dipimpinnya macam mana pula? Mesti kucar-kacir. Negara tiada masa depan jika kaum lelaki dibiarkan begini. Takkan kamu mau wanita pula menyandang semua jawatan tinggi dalam pemerintahan negara. Adoi.

Maksud aku yang sebenar, sayangilah, hormatilah dan kasihilah isteri2 kamu. Dia banyak bekorban dan banyak membantu. Kejayaan kamu, kedudukan kamu bukan datang untuk kamu nikmati sendiri. Allah memberi itu semua kerana anak isteri kamu. Kamu layanlah isteri kamu sebagai mana dorang layan kamu.

Thursday 15 September 2011

Budak Berumur 4 Tahun Berbakat Jadi Super Model






Aku paling suka pose ini...
Kenalkan sekali lagi, ini anak aku yang comot, selekeh lagi serabai.
Anak aku memang sukar dilihat dalam keadaan comel dan cantik kerana ada beberapa sebab.
Dia sangat aktif so jangan harap kalau kau ikat ka tocang ka rambutnya akan kemas dari pagi hingga petang. At least sampai tengahari.
Kedua mamanya ni sangat nda tabah mahu kekalkan anak dalam keadaan yang sentiasa menarik. Ada aku nampak memang tabah. Aku suka anak aku dalam keadaan simple. kalau dulu suka beli selipar kasut banyak2 tapi skg ada satu atau dua cukuplah. Pakaian budak2 susah mau jaga. Tinggal sana tinggal sini. Hilang sana hilang sini, apatah lagi macam anak aku ada 3 rumah. Mak aku, mertua dan rumah kami sendiri. Pakaian pun sini sana.

So pose dia ni aku just snap tanpa bagi arahan macam mana mau pose.

Open House & Photoshoot

Terpaksa putuskan puasa hari ni sebab ada open house lepas solat Jumaat...
Dan aku ada photoshoot pada jam3 pm nanti..
Sempat ka pigi open house lagi ni?
Mau mekap lagi, rasanya aku nda sempat pigi la open house...
Atau photoshoot tu yang aku cancel?
Aik mana bulih...

Photoshoot tu ialah anjuran Hijaber's Community Sabah yang mana baru juga ditubuhkan di facebook pada baru2 ini.  Tujuannya ialah mahu menjalinkan silaturahim sesama muslimah dan ingin menarik minat muslimah yang lain untuk memakai hijab. Selain itu, HCS juga akan mengadakan aktiviti keagamaan seperti ceramah dan kutipan derma yang masih dalam perancangan. Apa yang pasti, sudah 2 acara yang sudah diumumkan iaitu photoshoot pada hari ini 16 Sept dan open house pada 25 Sept nanti. Akan ada banyak lagi aktiviti yang sedang dirancang sebenarnya, Insya Allah semoga semuanya berjalan lancar.

Buat masa ni ahli untuk HCS berjumlah 411 tapi yang benar2 faham tentang HCS rasanya belum sampai 50% dari jumlah ahli. Aku pun mula2 kena add dulu hampir mau leave tapi syukurlah sebab aku sempat baca detail HCS dan terus mengikuti perkembangannya.

Adakalanya aku rasa aku terlalu excited dengan group tu. Ya memang. Bukan apa, aku memang sukakan aktiviti macam mana, keluar, buat event, jumpa orang, kenal orang2 baru dan bersosial. Dulu masa buat Elken, inilah yang selalu kitorang buat, ada event untuk wanita sahaja seperti Total Beauty Workshop selama 3 hari 2 malam. Best sangat. So bila dah pernah buat semua tu dalam tujuan bisnes, inilah masanya buat macam tu juga tapi untuk tujuan keagamaan.

Alhamdulillah.

Wednesday 14 September 2011

Awas Wanita !!!


London, Hidup di era digital membuat banyak wanita menghabiskan banyak waktunya di depan komputer. Menurut penelitian, hal ini bisa mempercepat proses

penuaan yang antara lain ditandai dengan kulit keriput.

Fenomena yang disebut ‘wajah komputer’ ini sering didapati pada wanita berkarier yang menghabiskan waktu berjam-jam di depan komputer. Bahkan ibu rumah tangga sekalipun bisa mengalaminya ketika sudah kecanduan internet di rumahnya.

Seorang ahli bedah kosmetik asal Inggris, Dr Michael Prager telah membuktikannya dalam sebuah penelitian. Dokter spesialis botox tersebut menemukan fenomena semacam itu dialami sebagian besar pelanggan dan sejumlah wanita yang bekerja di perkantoran.

“Saat sedang tegang dan serius di depan komputer, umumnya para wanita akan mengernyitkan dahinya sekalipun kadang tidak disadari,” ungkap Dr Prager.

Jika berlangsung berjam-jam dan rutin setiap hari, kernyitan tersebut akan mempercepat pembentukan keriput. Garis-garis wajah itu lama-lama akan terbentuk di dahi maupun bagian kulit wajah lainnya.

Dikutip dariTelegraph, Minggu (26/9/2010), wanita yang terlalu lama di depan komputer juga rentan mengalami gejala ‘leher kalkun’. Dinamakan demikian karena kulit di bagian leher menggelambir seperti kulit kalkun.

Menurut Dr Prager, gejala ini disebabkan oleh posisi duduk yang jarang berubah dalam jangka waktu yang sangat panjang. Akibatnya otot leher memendek dan kulitnya turun lalu membentuk semacam gelambir.

Sedangkan untuk mengatasinya, Dr Prager punya tips jitu yakni dengan meletakkan cermin kecil di samping layar monitor. Harapannya para wanita bisa cepat menyadari ketika wajahnya mulai mengernyit, lalu berusaha mencari cara untuk lebih rileks.

Berbagai cara bisa dilakukan sebagai upaya relaksasi. Selain istirahat sejenak di sela-sela bekerja dengan komputer dan berjalan-jalan, melakukan senam otot wajah juga cukup efektif melawan efek penuaan dini.

Kamu Bukan Orang Lain Part ii

Ok part 1 ialah cerita sekitar aku tingkatan 5 tahun 2002.

Tahun 2003 aku belajar komputer (MLVK, Sijil Kemahiran Malaysia dalam Sistem Maklumat Tahap 2) di Melaka. Ijah nda jadi ikut sebab ada gosip mengatakan kolej itu tidak diiktiraf. Sampai aku gaduh besar dengan bapa aku sbb gara2 gosip itu bapa aku jadi nda yakin dan halang aku pergi sedangkan hanya tinggal beberapa hari sebelum penerbangan. Aku berdegil juga.

Masa di Melaka, aku selalu berkirim surat dengan Ijah. Mamanya pun selalu juga call tanya ada duit kah nda.... Kalau tiada nanti dia bank in, tapi masa tu walaupun aku selalu ikat perut, tiap kali ditanya soalan tu, aku cakap ada ja... Nda sampai hati pula minta duit dgn mama angkat.

Selepas 5 bulan aku study di sana, Ijah bagitau aku kena balik 1 Jun 2004 sbb mau lapor diri di Uitm. Dalam diam, dorang urus kemasukan aku dan si Ijah di sana. Kebetulan masa tu Tata pun sdg study di sana. Lepas tu bapa aku pula suruh aku balik sebab mau aku masuk form 6. Plan bapa aku kalau result ok, ambil course pendidikan di U nanti, terus jadi guru gaji 3k!

Tapi mama Ijah lebih pantas bertindak. Dia yang ambil aku di airport, dan terus nda suruh aku balik kampung. Mama Ijah bilang kalau kau mau balik, mak cik nda hantar, kau balik sendiri. Masa tu manalah aku tau apa2 di KK tu. Aku suruh bapa ambil tapi bapa pun nda datang. Nah apalagi, masuklah aku Uitm. Masa tu huru-hara jugalah sebab aku kecewakan bapa aku untuk kali kedua. Masa di sini, mama Ijah selalu jugalah bagi aku duit belanja. Selepas beberapa bulan di Uitm, bapa ku buli terima sudah tapi abis ja pra 1 sem, aku buat hal lagi. Nda sambung study, tapi balik Melaka mau sambung SKM aku. Ni kali, mam Ijah pun kecewa, bapa aku lagilah! Apa punya anaklah aku kan?

Tahun 2004, bulan Mac kalau nda silap aku balik Sabah suda sbb terpaksa quit juga dari kolej sebab bapa nda sain aku punya loan tanda protes dia nda mau aku terus di sana. Huh, masa ni aku betul2 dalam konflik. Aku pun nda tau kenapa aku bgtu degil dan kenapa aku nda buli paksa diri untuk buat apa yg aku nda suka demi bapa aku? Ya, sebaba aku dan bapa memang nda rapat so aku tiada perasaan halus untuk mau berkorban apa saja untuk bapa. Aku memang mau balas jasa dorang tapi aku mau pilih cara aku. Mean aku mau diberi kebebasan mau belajar di mana, mau kerja di mana... So quitlah dengan perasaan penuh dendam pada bapa. Akhirnya sekarang, bapa juga yang banyak bantu aku dari segi kewangan. Kemewahan yang pernah aku rasa dulu ialah titik peluh bapa aku atas nama aku. Tu yang buat aku nda buli terima bila diri tiada pencapaian. Aku mau tebus segala kehampaan yang pernah aku bagi bapa aku.

Tahun 2005, aku jarang contack sama Ijah, mamanya dan kakaknya juga. Aku kawin pada tahun 2006 pun dorang nda datang sebab masa tu pakcik pun sudah pindah jabatan di KK. Masa tu aku dapat tau bahawa dorang banyak krisis. Ijah bagitau. Aku tumpang sedih tapi nda buli buat apa. Oh ya, masa aku bertunang bulan Jan, 2006 mama Ijah ada datang. Dia hadiahkan aku seutas rantai emas dan ini 1st aku ada barang kemas. Ya, aku sangat menghargai pemberian itu. Mama aku sendiri belum pernah belikan aku aku barang kemas sbb mama pun nda biasa pakai. Aku masih rasa bahawa, aku masih anak mama Ijah. Terharu.

So dari tahun itu, aku nda pernah jumpa dorang lagi. Sekali jumpa balik dalam tahun 2008 ka, tu pun jumpa tepi jalan ja.

Tahun 2010, baru aku jumpa dorang balik. Aku call Aming mau sponsor dia ikut satu event Elken. Kalau ngam, aku mau dia jadi bisnes partner aku tapi satu salah faham berlaku selepas itu membuatkan Aming agak terasa hati dengan aku. Aku mengaku mungkin ada silapnya di situ tapi aku nda sangka bahawa hal ni buli jadi sampai bgni.

Skg apa yang aku pasti, ada sedikit perubahan spritual mungkin bukan saja pada Aming tapi mungkin seluruh keluarga. dengan Ijah pun, hubungan kami nda berapa ok. Ni pun pasal dia terasa hati juga dengan aku. Urm, apa yang aku sudah buat ah... Dengan Ijah, aku ada niat mau bantu. Bukan semata2 mau promote produk... Ok, aku terima kalau dorang anggap itu semua kesilapan aku.

Dengan Aming ya salah faham. Mungkin aku agak mendesak sbb aku pun didesak. Ming, kalau kau tau aku lama suda nda aktif Elken kerana salah sorang upline aku berkata sesuatu yang telah menjatuhkan sedikit maruah ku... Tapi mungkin aku lebih tabah sikit so wpun agak terasa hati dengan upline tapi aku nda buat macam yang kau buat sama aku skg. Tapi beza tu sebab antara aku dgn upline hanya rakan bisnes so mungkin bulilah aku buat nda tau ja. Tapi antara kau dgn aku, entahlah macam mana. Aku terkilan sebenarnya. Sangat2 terkilan. Lama sudah aku simpan perasaan terkilan since bila di fb pun dia buat nda kenal ngan aku sampai aku remove dia dengan Ijah sebab aku nda mau perasaan terkilan aku menjalar menjadi perasaan yang nda mau berbaik lagi dengan dorang dua beradik.

Rasa sangat malu dengan kamu semua... Haiya, kalau buli aku nda mau ambil tau lagi pasal kamu tapi aku nda bulih sebab, KAMU BUKAN ORANG LAIN.

P/S:
SESIAPA YANG SEDANG BERGIAT DALAM MLM, DAN PERNAH MENGHADAPI SITUASI MACAM AKU (ANTARA AKU DAN UPLINE), KAMU JANGAN SALAHKAN UPLINE. MUNGKIN DIA TAK SENGAJA. DAN KALAU BOLEH KAMU JANGAN BERHENTI DARI BISNES KAMU. TERUSKAN, KERANA KAMu SENDIRI AKAN RUGI KALAU CABARAN BEGITU BUAT KAMU GAGAL. Aku pun masih berharap untuk teruskan bisnes ni tapi aku sedang tunggu masa yang sesuai.

Kamu Bukan Orang Lain Part i

Ini cerita 9 tahun yang lepas.

Aku berada di Tingkatan 5. Aku ada classmate, kami panggil dia Ijah (nama penuh nda buli didedahkan).
Ijah seorang yang baik tapi nda ramai yang suka berkawan sama dia sebab dia suka meluahkan perasaan secara melampau (melampau bg dorang, bagi aku masi ok lagi). So sesiapa yg pernah jadi mangsa akan serik berkawan. Aku ni mudah kesian dgn orang, bila aku tgk bgtu, terus aku jadi kawan dia. Ya satu2nya kawan yg boleh layan semua cerita dia. Ijah seorang yang kesunyian, murung dan sensitif. Dia anak ketiga dari 7 org adik-beradik (skg 8 sudah). Dia ada kakak 2 org tapi sdg belajar di bandar (masa ni kami di luar bandar).

Kami semakin akrab. Masa tu aku tinggal di asarama SMK Pitas. Kadang2 si Ijah bawa aku bermalam di quaters dorang bila mama dan daddynya pg KK dan bermalam di sana. Lama kelamaan, mamanya suka pula aku berkawan sama si Ijah.

Pada satu petang, dalam jam2 gitu, si Ijah cari aku di asrama (lps balik sekolah). Bilangnya mama panggil pg kantin sekolah mau jumpa. Aku pun menurut tanpa banyak soal tapi dengan perasaan was2. Apahal mama si Ijah panggil aku kan? Sampai ja di kantin mamanya suruh aku oder makan dan minum, kami bersama sorg kawan mamanya (aku lupa namanya tapi akumkenal la). Masa tu aku budak miskin lagi so hal2 makan di kedai ni adalah sesuatu yg luarbiasa bagi aku hehehe. Lepas tu tiba2 kwn mamanya tanya, siapa ni? Terus mama Ijah cakap "anak aku bah ni!"

Gulp! Sikit aku tertelan sudu.
Anak? Bapa aku ada bini lain ka?
Perempuan simpanan?
Atau aku anak angkat angkat mama ku?
Hah?
Aku terkaget sekejap tapi aku diam ja..

Tiba2, "macam mana sekolah mu? Ok juga? Buku rujukan cukup? Kalau nda, nanti kasi senarai, mak cik tolong beli..."

Bah apa pikir mu? Baru sekali jumpa sudah kena offer begitu. Masa tu aku memang gila shopping buku rujukan. Aku suka buku rujukan terbitan Pelangsi Pelangi sama Sasbadi.

Aku jawab, "ok bah. Buku...... Cukup juga..". Padahal kalau buli bukan ja buku tu mau dikasi list, macam2 tu termasuk baju baru, kasut baru, beg baru hehehehe...

Lepas tu, kisah itu berakhir di sana.

Selepas beberapa bulan. Tiba2 lagi mamanya suruh aku tinggal di rumah dorang. Padahal jauh lg rumah drg dari sekolah. Rumah ku dekat ja. Aku terkaget lagi sebab masa tu aku tinggal asrama, apahal aku mau tinggal rumah orang pula kan? Aku x dapat bagi kata putus tapi dalam diam mama Ijah jumpa bapa aku minta izin supaya aku tinggal rumah drg dan bapa aku juga macam nda boleh menolak sbb suami kepada mama Ijah ialah second bos bapa ku di pejabat daerah. Maka tinggallah aku dengan dorang.

Pada satu hari, masa kedua2 kakak Ijah ada di rumah Tata dan Aming, mama Ijah mengumumkan bahawa aku adalah anak angkatnya... Reaksi dorang ok ja tapi dalam hati nda taulah pulak. Maka ikut aku, mamanya  ada 4 anak perempuan. Fizikal aku dan Ijah nda jauh beza. Pendek, tembam2 cuma aku gelap sikit. Kira sama spesislah juga. Cuma tata dan Aming sempat bergurau "buli jugalah mak tapi suruh tukar namanya pigi Norharnani... Hahahaha!!!!". Aku pun ikut ketawa secara malu2. Ya, nama drg semua ada Nor.

Dipendekkan cerita, slps lafaz anak angkat itu, aku dapat layanan yang baik dari keluarga dorang. Ya betul2 baik. Walaupun si Aming nampak garang tapi dia baik. Tata pun sama. Tapi oleh kerana nda lama tu si Aming abis suda belajar diploma maka kami lebih rapat sbb dia bnyk masa di rumah.

Masi aku ingat, masa aku bday pada tahun 2004 kalau nda silap, Aming bawa aku jalan pi KK dan tengok wayang. Dia belanja hokey. Tu 1st time masuk panggung d KK ni. Maklumlah sudalah budak miskin, budak kampung lagi tu. Filem yg kami tgk ' The Day After Tommorow". Aku yg pilih wayang tu, best jugalah. Pandai juga aku hehehe.

Dan apa yg aku ingat2 lagi, mama Ijah asal ja pi mana, balik mesti ada benda yang dia akan belikan aku dan Ijah. So bila pi sekolah kami macam kembar. Kena bagi belanja RM5 satu hari bagi dua. Sampai geng2 kami Boy, Syed dan Radi pi bodek2 aku. "Kau belanja dulu bah kami. Kau kan anak orang kaya sudah skg.." Hahaha, masih aku ingat kata2 si Boy. Cilaka oh kau Boy (padahal dia couple sama si Ijah).

Bersambung..........

Jual Kereta

Aku ada 2 bijik kereta.
Bijik 1 ialah Toyota Starlet 1.3 model tahun 1986...
Bijik 2 pula ialah Toyota Land Cruiser BJ60 90-an kot.
Sori tak dapat share gambar sbb line tengah slow gila babs!
Nanti korang googlelah yer kalau korang rajinlah.

Aku belum dapat lesen memandu aku sebab aku belum test JPJ lagi.
Walaupun teringin sangat mau memandu, aku sebenarnya sambil lewa dalam hal ni.
Ndak fokus! Bertangguh2, mungkin sebab aku belum ada kereta yang boleh aku drive secara haram.


So nda berapa feelinglah, orang cakap.

Kereta bijik 1 tu Panjang nda suruh drive sbb katanya kereta tu laju.
Aku sudah test sekali, ya memang sedap bawa kereta tu. Sesuai dgn size aku.
Dia takut kalau aku bawa nanti, ke'terer'an aku memandu melebihi dirinya.
Ya, dia dasar tak mau kalah.

Kereta bijik 2, ialah kereta besar.
Kalau kamu tau sejarah kereta2 Ninja King Toyota, kereta aku tu adalah model terawal daripada ninja2 yang ada skg ni.
pada zaman 80an dan 90an, kereta ini ialah kereta mewah para2 menteri di Sabah dan mungkin juga Sarawak.
Biasalah, sejak azali, jalanraya di negeri kami nikan trouble way, so jangan harap kereta2 BMW, Mercedes mau bergaya di sini...
Kenapa orang muda macam aku dapat kereta tu?
Sebenarnya, bapak aku yang belikan sebab bapa aku aktif politik pada zaman kereta itu dikeluarkan maka mungkin ada nostalgianya dengan kereta tu.
Aku rasalah sbb nda pernah pula dia cakap.
Lagipun bapa cakap, kereta tu besar, kuat, tinggi, luas dan selesa untuk jalan jauh.
Ya, kalau bawa ke Tawau 8 jam perjalanan dari Pitas, memang selesa.
Laki aku pun suka sebab badan diakan panjang, kalau bawa kereta Starlet boleh kejang satu badan anti hehehe..

So sekarang aku mau let go itu Starlet mau ambil kancil secara cash.
Sebenarnya aku mau Viva tapi aku tgk kalau beli cash paling murah 26k, mana mau cari yg 16l lagi?
Tapi nda apalah sbb kan ada dua kereta.
Buat masa ni pakai yang mana mampu dulu.
Insya Allah ada rezeki nanti aku mau ambil BMW siri yang paling baru. Woha!
Terkejut mak! hehehehe..

Best pakai kereta yang beli secara cash sbb nda payah fikir ansuran tiap bulan tapi kalau dapat kereta yang nda berapa bagus kondisinya sakit juga buat mantainance.
So kalau mau beli kereta terpakai, pastikan bawa pakar yang boleh dipercayai agar kereta yang bakal dibeli dalam keadaan yang baik.

Starlet tu memang banyak masalah sbb time beli kitorg kelam kabut.
Sudah tau kereta tu nda berapa ok tapi beli ja sbb keadaan sgt2 memerlukan.
Lepas beli bikin enjin dalam 3k.  tahun pakai suda hampir 10k keluar untuk penyelenggaraan.
Skg enjin ok, cuma kena bikin sikit part2 yang lain ja.
Tapi kalau memang ada bajet, buang lebih utk kereta macam ni pun berbaloi juga sbb kereta ni memang sedap!

Nah, Buli Sudah Bagi Hadiah... Lariiii !!!


Komen Terbanyak



Haaah!
Matilah kali ini.
Aku pernah janji mau kasi hadiah pada pengkomen terbanyakkan?
So aku sudah edit widget komen terbanyak maka terpaparlah jumlah komen yang terbaru yang mana abglan 1 komen lagi sudah layak dapat cenderahati..
Suka sangat buat janjikan, tunaikan! Tunaikan!

Kepada abglan, nanti bagi emel kat nani lepas bagi komen yg ke50 ok. Hehehe...
Tahniah!

Tuesday 13 September 2011

Tukar Baju Part ii

Kemarin masa mau keluar untuk mau sambut bufday Panjang, aku mula sudah pening mau pakai apa.. Boring dengan pakaian yang tersangkut. Ya, dulu pakaian2 itu pernah membuatkan aku berasa "hot", "gojes", "moden" dan "pandai bergaya" tapi kini semua perasaan itu semakin luntur.

Aku pigang sudah baju kurung moden ku yang warna biru tu tapi akhirnya aku menghentikan kelakuan itu lalu berpaling sama Panjang dan tanya "Yang, bulikah kalau aku pi mana-mana pakai baju kurung ja?" dan aku mendapat jawapan yang dingin "entah". Maka aku pun terus "e..n..t..a..h". Akhirnya keluarlah kami dengan mengenakan baju biasa yang berwarna biru juga.

Kalau aku keluar sorang, of coz nda payah tanya dia tapi ini keluar dengan dia.. Kadang aku malas mekap bila keluar dengan Panjang dan dia selalu tegur "lawa2 sikit bah kalau keluar sama aku..". Lawa dalam erti kata pakai mekap dan pakai baju yang kemas dan cantik. Iyalah, kalau gitu, tunggu aku beli baju yang ala2 jubahlah barulah senang.. Mungkin baju kurung agak melampau dipakai untuk keluar dengan suami kan?

Budak kecil pun comel sangat bila pakai baju kurung.

Bayangkan kalau macam ni selalu... Hehehe... Macam mak datin la pulak.

Monday 12 September 2011

Bufday Panjang Kemarin

Aku sangat excited sebenarnya mau sambut hari lahir Panjang walaupun aku tau nda cukup bajet mau buat secara meriah.. Pindah rumah, raya, kena saman, claim belum masuk itulah antara kekangan ku untuk meriah2 (padahal meriah tak semestinya mahal tapi kan aku suda bilang aku suka yang privasi).

Aku sudah plan, mau beli kek kecil, bagi hadiah kecil tapi mau sambut ditempat yang besar tapi hancur sama sekali. Nda tau kenapa, Panjang pula yang malas sebab mungkin penat. Beberapa hari kebelakangan ini dia kena suruh o.t. Turun jam4.3am, balik jam7 turun balik jam9, balik jam1 pagi. Kesian laki aku, epss! Suami aku.

Ok, aku sentap bila dia cakap "kalau kamu mau keluar, kamu naik baslah sama si Cocong (nama panggilan untuk anak aku)". Haih, macamlah aku mau keluar hari ni untuk suka2 diri sendiri. Terus aku pun kecik hati, buat muka tawar hati, mulalah buka laptop dan layan fb atau blog mahu menyejukkan hati sendiri (cuba memahami situasi bahawa dia penat tu yang tiada mood mau keluar). Aku tiada plan B untuk ini, maka kalau dia nda mau, bah biarlah.

Dekat tengahri dia masuk bilik mau sambung tidur dan aku cuba untuk nda ambil kisah. Tiba2 dia call aku bertubi2 (dalam rumah pun bercalling2..). Aku buat nda tau. Lepas tu dia memanggil dari dalam bilik, lama baru aku muncul depan pintu dengan suara yang layu bertanya " k..e..n..a..p..a.." (baca dengan dua harkat setiap huruf). Dia jawab, "baca sms". Aku check, tiada so dia send balik "kalau kamu mau jalan lagi, pigilah bersiap". Cuba teka apa reaksi aku? Salah! Aku sikit pun nda gembira. Terlanjur hati ku tawar tapi selepas membiarkan mesej itu selama beberapa belas minit aku pun bersiap juga walaupun dengan perasaan yang tawar (ph natural suda). Takut kalau aku ingkar, menambahkan lagi rasa penatnya.

Akhirnya kami keluar juga menuju ke 1Borneo kerana niat mau makan steamboat di Jaws Restaurant. Dalam kereta Panjang ceria ja bawa aku sembang tapi aku acuh tak acuh sebab ngantuklah pulak. Sekali sampai tutuplah pulak.. kami sampai jam2 lebih, sekali open balik 5.30pm. Terus makan nasi campur ja di Apple Cafe..

Yang best makan sini, banyak lauk-pauk, murah dan sedaplah bah juga.. Masa membayar, aku berdiri di sebelah seorang lelaki muda yang aku rasa student UMS berdasarkan pemakaiannya..(UMS kan dekat dgn IB). Dia makan nasi lauknya sayur dan telur goreng ja. Aduh, kesian, mungkin mau save belanja. Teringat dulu masa study. Bila hampir kekeringan duit, kami makan di warung nasi+telur goreng yang berharga RM1.20 ja. Aku rasa macam mau tolong bayar ja nasi budak tu tadi... Ok, next time la.

Lepas makan, kami bawa anak main game dengan kami sekali bergame bersama... Best wooo! Tapi lepas ni Panjang mau main bola dan dia berjanji lepas main bola akan datang balik untuk tujuan steamboat. Tadi aku mau beli kek tapi Panjang nda mau. Kalau ikutkan hati aku memang mau marah sebab, sepatutnya hari ni biarlah dia spent time untuk family jah bah, jgnlah dulu campur aduk dengan hobi tapi malaslah mau protes. Followkan ja lah. Kami pg Kg. Likas sbb dia main di padang Saga. lepas dia abis main, kira mau suda pi 1B balik tapi aku hilang mood suda pi sana. Akhirnya kami pi Anjung Selera, Tg. Lipat dan makan juga steamboat tapi kerana mood suda hilang, aku rasa kemarin adalah bufday suami aku yang langsung tidak bermakna. Ok, stop! Lu fikirlah sendiri...




Ini ja aktiviti kami yang aku rasa bermakna.... Nampak anak happy, abahnya happy dan aku lagilah happy kalau nampak semua orang happy.

Isi tersirat entry ini:
Aku suka buat orang gembira tapi aku akan sedih jika orang yang aku mau kasi gembira tu nda gembira.

Lepas Blogwalking, Jadi Blur...

Nani... Nani..
Tadi bukan main ligat otak kau sebelum baca entry2 baru blog2 yang kau suka..
Selepas baca, mungkin otak sudah terisi, terus nda tau mau mulakan cerita dari mana..
Ok, jangan putus asa, teruskan membaca.

Rumah aku sekarang ni sangat huru-hara mengalahkan rumah lelaki bujang yang pemalas..
Bersepah, belum sapu dan pinggan-mangkuk disingki masih berlonggok.
Kalau laki aku Panjang nampak, mesti dia ucap tahniah banyak kali dan kutuk aku nda layak jadi surirumah.
Memang pun, aku layak jadi bussineswoman (betulkah eja?) ja. Uhuks!

Aku bangun 7.49 am kalau nda silap. Haiyooo, skip solat subuh padahal aku puasa 6 hari ni. Aku sahur air minum ja subuh tadi. Solat dhuha mampu kah lagi ni? Aduiii. Iman lemah. Entah, aku ada masa2 semangat bangun subuh dan ada pula masa2 nda larat bangun subuh. Hentikan! Hentikan! Dunia sementara saja, akhirat yang abadi.

Astina kau geng paling cemerlang, bagi komen yang banyak sekali dibanyak entry ku yang tunggang-langgang. Aku suka komen ini dan aku hampir mengeluarkan airmata kerana terharu... Rin, tq jugak.


 catherine- said...

happy birthday utk panjang.
untuk nani, kamu isteri yang sgt special :)

tahniah!
11 September 2011 22:30
Delete

Blogger A.s.t.i.n.a said...

Entry ini menginsafkan diri...

Sa selalu tertanya2 tentang nilai suami isteri... Sebelum kawen dan selepas kawen... Di mana tiada lagi hadiah.. Cukup ucapan dan mengingati.. Ingin juga lari dari landasan tetapi siren tetap berbunyi di hati...

Sa pernah kecundang dalam perkahwinan pertama... Atas inginkan nilai kehidupan suami isteri itu sa ambil keputuan paling berat dalam hidup sa..

Blogger A.s.t.i.n.a said...

Nani cantikkk..
Bah lain juga ko punya penulisan ni geng.. Sa mcm baca betul2 diri ko yg baru..? Apa kejadian? Terlanggar batu bersurat? Batu belang batu bertangkup atau batu seremban?

Tapi siuk juga entry begini labih telus pandangan diri.. Tanpa perlu berlapik bahasa berbunga..
11 September 2011 23:40
Delete

Sunday 11 September 2011

Tukar Baju ...

Sebenarnya aku mau cakap tentang fesyen atau imej baru...
Nadia dan abahnya masi dibuai mimpi so mummy mau nakal2 dulu di sini kekekek!

Orait, begini.
Korang mesti perasankan revolusi fesyen bagi muslimah masa kini semakin menjadi2 dan yang paling ketara ialah fesyen tudung. Kalau pg mana2 pusat membeli-belah mesti nampak suda macam2 trend bertudung...

Kedua pakaian.
Bila kita cuba untuk ikut trend, adakalanya aurat agak terbelakang walau hakikatnya tubuh kita dibaluti kain diseluruh pelusuk yang wajib tapi ketat.. Yang penting tertutup.

So sudah lama aku fikirkan dan aku rasa hendak laksanakan.....
Aku bosan pakai jeans...
Atau seluar yang ala2 legging...
Cari baju tanpa lengan dan kena beli inner pula..
Oh, aku suda bosan.

Aku rasa, tiap kali keluar aku mau pakai baju kurung... nda kisahlah kurung asli atau moden..
Ataupun mau beli baju ala2 jubah...
Senang pakai nda payah mau mix and match, bikin gua sakit kepala ja.
Asalkan aku nda pakai jeans atau seluar ala2 legging, baju tanpa lengan pakai inner...

Sayang baju raya tersimpan macam tu saja...

Mati Kutu & Sehangat Tahi Ayam

Jam sedang menunjukkan 11.40 malam mengikut jam laptop aku dan Panjang belum balik kerja lagi. Dia out station ke Ranau hantar barang kali di cawangan BTC sana... Dorang supply makanan asrama kalau nda silap.
Tadi ada jugalah keluar pi CP tapi kejap ja, hasrat untuk balik rumah sama-sama dengan dia musnah dan punah sama sekali sebab baru aku ingat dia bawa motor pula pi kerja... Dan masa aku sedap2 makan pizza dia sms ka call membagitau dia pg sana Ranau... Terus aku rasa mati kutu.. Betul2 mati kutu. Sudahlah hari ni hari paling boring sebab biasalah hari minggu, feeling santai-santai sama family tapi dia pula kerja. Aku suruh suda si Panjang tu tukar offday balik pi hari Ahad tapi dia nda mau sebab mau elak monday blues.. Blues nda blues, aku yang hari2 blues... Rasa macam nda menahan suda ni. Ikut rasa mau ja packing barang, balik kampung rumah mama... Mau sangat kawin kan, rumah mama jugalah diingat. Ya betul, bila sudah kawin rumah mama jugalah yang paling best ! Kalau yang suka melawan cakap tu (macam aku dulu, hehe), rumah mama lah yang selalu diingat-ingat.

Hurm, bila diingat balik, ya aku memang anak yang degil satu masa dulu tapi aku sebenarnya anak yang senang kompromi tapi mungkin parents aku bukan orang yang pandai pakai pendekatan psikologi maka konflikla selalu... Dan aku rasa anak aku dah copy sedikit keperibadian ku, tu yang kena hati-hati didik dia... Senang saja, buat dia rasa selesa dengan kita sudah... Yang aku rasa unik tentang anak aku, bila aku buat sesuatu yang dia suka dia akan cakap "ma kasi mi, sayang mami" padahal aku nda pernah ajar dia buat begitu. Aku pula, nda pernah bagi ayat tu sama mama masa kecik. alhamdulillah, itu tandanya aku dekat dihati anak aku.

ok, cerita tahi ayam pula.

Berbbm dengan Fazli tadi... Kitorang ada planning mau ke Perth hujung tahun depan so sepatutnya balik dari KL ja hari tu aku suda start kumpul duit tapi mungkin rezeki lebih tu belum ada maka sesen pun belum masuk akaun simpanan aku lagi. Kalau begini nampak gayanya pakai duit syarikat aku lagila nampaknya itupun kalau dapat kelulusan dari bos (ayah aku) hehehe... Tapi sebolehnya aku mau pakai duit titik peluh sendiri.

Fazli tanya, bisnes jaga baby macam mana? Aku kata tak berapa menjadi lagipun aku mau buat benda lain sbb jaga baby kena komitment (masa) tinggi, kalau belum ada pembantu, mau cuti pun susah so kebetulan belum ada budak yang mau minta jaga bagus aku buat benda lain dulu.... Tapi aku nda maulah cakap lebih lanjut, tunggu jadi baru cerita panjang...

Rasa macam liat sangat aku ni mau cari duit sendiri... Malas! Sebelum kamu cakap aku malas, biar aku cakap dulu. harap2 diri rasa tercabar dan bangkit berjuang sepantasnya. Aku memang hari-hari rasa tercabar. Nda boleh menerima diri tiada pencapaian apa2 dalam hidup sedangkan sendiri tau ada potensi itu dalam diri. Inilah krisis identiti sebenarnya... Memang selesa jadi surirumah, kurang stress, nda fikir kerja, bos, client tapi kalau diri itu ialah kaki lepak, kaki shopping, kaki wayang, kaki melancong, kaki macam2, jgn haraplah mau jadi surirumah melainkan suami bergaji paling kurang 5k sebulan. Demand oh demand... Dulu nda mau cari laki kaya kan.... Dulu aku nda mata duitan... (ayat cover tu).

Bila diingat balik inilah akibatnya bila aku hidup bermewah-mewahan beberapa tahun yang lalu. Kadang beli itu-ini pejam mata ja nda payah bajet berapa duit keluar so bila sekarang cuba untuk balik ke pangkal jalan, rasa susah pula. Yang aku perasan sangat, aku boleh menahan diri daripada shopping pakaian dan kosmetik tapi yang lain2nya sangat payah dikikis dari tabiat terutamanya sifat suka bersantai-santai dan makan-makan di luar...

Ya Allah ya Tuhan ku. Apa mau jadi dengan diri aku sekarang?

Kawan2 tolong nasihatkan aku, pleaseee .... !

Saturday 10 September 2011

Myvi 1.5 Mahu Mengganas Di Pasaran!

entry ini dicilok dari beatyjohn. Thanks beaty, nasib pi blog kau tadi, kalau nda, aku nda tau oh ada Myvi Transformer ni...



This car really make me to think of Bumblebee of Transformer’s autobots. This car called Myvi Extreme. Well I’m not expert in car thingy but this yellow color is cool right?
Myvi-Extreme-1.5

Myvi-Extreme-1.5

Nani: Wah, sungguh mempersona... Tu la, kamu kalaua da model baru jangan buru-buru membeli. Kan melepas mau ambil model ni. Tiru macam aku, slow dan steady ja membeli kereta baru sebab aku tau ada banyak lagi model kereta tempatan yang bakal keluar.

Kebetulan masa model2 yang lepas keluar aku belum mampu bah so bagus jugalah sebab tercontrol jugalah nafsu mau berkereta baru. Buat masa ni kita main kereta yang sudah berhand2 dulu la... Nanti2lah membeli yang 1st hand punya hehe.

Esok Bufday Laki Aku

Rasa macam kasar ja bila aku membahasakan suami ku sebagai 'laki aku'.
Tapi kalau aku membahasakan dia sebagai suami aku, formallah pulak.
Ah, apa2 sajalah....

Esok bersamaan 12 Sepetember ialah hari lahir Panjang yang ke 26. Aku tua 2 bulan ja dari dia. Apala sangat 3 bulan tu kalau banding dengan fizikal aku yg memang ketot dan awet muda ni, hihihi....

Seperti tahun2 sebelumnya, acara wajib bila sambut bday takdenye berparti-parti key. Kami nda biasa tu parti-parti segala. Parti politik taulah. Nda kiralah bday aku ka, bday si Panjang ka, kami lebih suka celebrate secara privasi iaitu berdua mahupun bertiga (selepas mempunyai anak). Kami hanya makan kek. Ya kek.... Sebelum ni aku ada simpan koleksi gambar kek kitorg tapi bila dah tukar2 hanpon dan tiada tempat yg tetap mau simpan segala data, semuanya hilang entah ke mana... Hadiah? Sejak kawin rasanya kami nda pernah bagi hadiah bday antara satu sama lain. Bagi aku, dah hidup bersama dia itulah hadiah hari jadi sepanjang hidup aku, selagi aku bahagia menjadi isterinya. Wpun bukanlah 365 hari setahun bahagia, sebab biasalah laki-bini ada ja selisih faham kan... Macam couple lah jugak bah... Korang ni macam nda faham pula...

Bagi aku cukuplah setakat mengingati tarikh tu.... tapi tahun ni aku rasa nak buat lain sikit sebab beberapa bulan yang lepas, Panjang adalah jugak bebel-bebel pasal hadiah bday ni. Aku selalu belikan dia sesuatu pada bukan waktu bday nya so mungkin dia nak merasa aku berikan dia sesuatu semasa hari istimewa dia pulak... Oklah Yang.... Ayang cuba kali ini hehe...

Lagipun, tahun ni dia dah keje so nak bagi dia semangat untuk terus menjadi ketua isi rumah yang bertanggungjawab. Gaji dia taklah banyak mana jika banding laki kau kerja peguam ka, majistret ka tapi tenaga yang dia dah guna untuk dapatkan sesuap nasi itu bukan calang2 dan sebenarnya sangat mahal harganya... Jika majikannya tidak dapat memberi gaji yang setimpal, aku rasa aku sebagai isteri perlulah memberi penghargaan dalam bentuk lain...

 Bersama rakan sekerja. Dari kiri: Panjang dan Najir.

Ini ialah Central Kitchen, BTC Caterer... Diorang panggil CK. Ck ni dah macam stesen bas sebab BTC mempunyai puluhan van, termasuk lori bagi mengangkut peralatan catering. Kira di KK ni BTC merupakan pelopor terbesar industri catering ni, tu pasal kenderaan pun dah ada berpuluh2 kepunyaan syarikat. Syarikat ni kepunyaan En. Kadir Sikandar, berbangsa India (warganegara) tapi kebanyakan manager dia berasal dari India (bukan Malaysia).

"SETIAP REZEKI YANG DIBAWA BALIK OLEH SUAMI KE RUMAH AKAN DIBERI PAHALA SEDEKAH".

Oleh itu, para suami-suami sekalian, janganlah kamu berasa terbeban untuk mencari nafkah untuk keluarga. Allah akan beri ganjaran sedekah yang mana salah satu malan yang boleh dibawa mati selain anak yang soleh dan ilmu yang pernah kamu ajarkan pada orang lain dan sehingga kamu mati ilmu itu masih diamalkan....

Selamat bekerja kepada para suami sekalian....

Bila Tiada Astro

Bila tiada Astro, siaran RTM adalah yang terbest dialam maya..
Tapi bila kabel RTM pun tiada, apakah yg lebih best dari itu?
Sejak pindah rumah hampir 2 minggu yang lepas, terasa sangat lain dan bosan.
Sudahlah tiada siaran Astro sebab bil belum byr dan rasanya kabel Astro pun suda rosak, lagi parah kabel RTM pun tak bole pakai, siaran tak terang... Gawat!

Kemarin ke Pekan Donggongon aku dah apply Astro baru menggunakan nama Ghazali @ Panjang... Terus tukar ke Astro beyond tapi kena tunggu 2 minggu... Kenapalah lama sangat? So berikutan dengan itu, si Ghazali teruslah rajin o.t tiap2 malam kerana bosan duduk di rumah. So tinggalah aku dan anak berdua di rumah.

Kesian dengan anak aku, dia tu dahlah jenis yang tak pandai diam. sepanjang hari membebel, bila kita tak layan merajuk dan marah2. Anak aku panas baran, kadang aku sendiri rasa tak boleh handle tapi bila dia dengan mak aku, ok pulak. Aku malas nak layan bila ia mengada-ngada. Bila ingat balik masa aku kecik dulu, aku memang selesa duduk dengan nenek dan aku tak banyak karenah bila dengan nenek. Nenek aku tak pernah pukul aku atau marah aku macam mak aku juga sekarang.Dia tak pandai marahkan cucu apatah lagi nak pukul. Lain dengan mak mertua aku, dia memang penyayang tapi dia pandai marahkan cucu. Kadang kalau dia geram pandai pukul juga tapi jaranglah.

Tu pasal aku memang selesa dengan nenek aku dulu tapi mak ayah tak bagi aku tinggal dengan nenek lagipun nenek bukan Muslim.. Nenek aku lemah lembut. Kalau marah aku pun marah dengan lembut tapi menusuk kalbu (nenek belah mak). Nenek belah ayah aku tak berapa rapat. Kat sini budayanya, anak2 akan lebih rapat dengan family sebelah mak banding sebelah ayah. So aku mulai nak fikir, bila anak aku sekolah nanti biarlah dia tinggal dengan mak. Mungkin senang sikit nak bentuk peribadi dia. Aku tak berapa sabar nak menangani karenah dia. Lagipun, perangai anak aku dah berubah sejak dia tinggal dengan mertua aku dulu. Kat sana budak2 cakap kasar, so anak aku dah banyak masuk pengaruh tu kat dia. Aku berlembut pun macam dia tak boleh terima. Haih! Anak aku bukan saja cakap kasar tapi perlakuan juga kasar.

Macam cerita Upin dan Ipin. Kan dia tinggal dengan nenek dia. Rasa macam best ja. Damai ja hati menonton suasana mereka dalam vcd tu... Rasa macam real sangat.

Kita ni Buang Dosa Pun Malas

Selalu terjadi selepas solat maghrib aku akan menjauhi segala macam yang boleh membatalkan wudhu kerana malas hendak ambil wudhu yang baru... Pada hal setiap kali kita berwudhu, maka akan keluarlah dosa-dosa kita melalui hujung2 jari... Tu pasal kita ni nak buang dosa pun malas. Allah beri kita segala kebaikan dan rahmat tapi nampak sangat kita terlalu berkira tentang amalan kita.. Janganlah berputus asa kerana Allah memang dah cop kita ni sebagai umat akhir zaman yang sentiasa melakukan dosa... Allah juga tidak pernah bosan menerima taubat dan ibadah kita. Walaupun kejap kita patuh kejap kita lalai tapi Allah sentiasa menerima kita tapi sungguh pun begitu tidak bermakna kita boleh sengaja untuk berlalai-lalai kerana siapa tahu umur kita tak panjang, time tu pulak ialah time kita lalai, siapa yang rugi? Kita juga sedangkan Allah dah beri peringatan sejak dahulu kala.

Sempat baca blog abglan tadi dan aku tertarik dengan kata-katanya


Satu lagi perkara yang ketara yang korang bleh rasa ialah begitu kurengnye aku menjengah dan berblogwalking kat blog korang, berbanding sebelum nih. Senang je nak tau aku datang ke tak, kalau aku tak komen kat entri korang maknanya aku tak datang le tu sebab habbit aku ni suka mengomen dan menyebok. Rasa bersalah sebab korang tetap datang, tetap komen… ingat je korang kat aku ek’… aiyak! !’m sorry…..
Haaa… aku dah mintak maap dah he he. So… bleh le aku malas-malas pas ni wak ka ka!! ngeh ngeh… habit hangat taik ayam aku dah mula melanda diri. Mula-mula dulu rasa aku rasa bleh dok sebaris dengan blogger-blogger hebat, tp bila dah jd blogger ni baru tau bukan senang hu hu. Memang seronok bila tiap-tiap hari blog kita improve dan waktu tu kita makin seronok berblog sampai tertinggal macam-macam perkara pun takpe…
Simple je jd blogger ni, “give more effort… u get more”. Tapi bila lama-lama aku rasa aku nie macam dah jadi hamba blog plak. Patutnya blog nie yang jadi hamba aku or sebagai medium menghubung aku dengan korang. Sebaliknya aku pulak yang hanyut dengan maintain itu ini, analitik, statstistik, seo, pr, alexa, backlink dan macam-macam lagi sampai aku sendiri tak kenal siapa aku.. cis cis cis sungguh tak best.
Korang fikirlah sendiri ok... Isyak dah masuk waktu wa chaw dulu.....

Friday 9 September 2011

Beku Macam Ais...

Bangun pagi hati gelisah dan gundah-gulana.
Macam-macam hal menerjah fikiran atau lebih tepat jika aku katakan ianya ialah dilema.
Dari dulu aku kata aku suka jadi suri-rumah tapi bila aku jadi surirumah, hati tak senang.
Aku rasa banyak masa disia2kan bila tak buat apa-apa yang boleh mendatangkan duit.
Hm, mata duitan rupanya...
Jaga baby? Entah aku rasa macam tak kuasa lagi sebab masa aku akan terikat dan aku tak boleh buat benda lain yang aku suka.
Sebenarnya aku ada planning lepas ni nak buat apa tapi tu lah, aku ni suka buat semua benda dengan slow-slow.

Bila banyak sangat yang sedang bermain-main dalam fikiran aku jadi blur, nak cerita macam mana pun terus jadi tak tau....
Hati aku meronta2 mengatakan aku harus jadi seseorang..
Ya, seseorang yang ada pencapaian...
Terfikir macam nak study balik sebab nak aktifkan semula sel2 otak..
Entahlah...

Thursday 8 September 2011

Super Duper !

Assalamualaikum...
Hehehe.... Sunyinya site aku nie....
Kesiaannn....
Okla, korang jangan benci aku lagi, aku dah kembali...

Apa nak cerita ni/ Cerita raya ka atau cerita semasa?
hurm... Cerita raya dulu la....

Kitorang balik beraya pada Syawal yang keempat. Dalam perjalanan balik kampung sempat singgah 2  rumah kawan... kalau bukan pasal tak sabar jumpa keluarga rasanya bukan 2 rumah ja tu tapi berumah-rumah, heheheee....

Bertolak jam9 am dari rumah, sampai rumah mak aku jam3 lebih... Sampai ja kitorang dihidangkan dengan nasi dan lauk. Nyummm.... Walaupun dah berabis makan di dua  rumah tadi tapi aku makan di rumah mak aku macam tak makan dari pagi hahaha... Laki aku geleng kepala tak henti2 haha.. Ei, suka hati aku la nak makan banyak.. Nilah dendam yang nak dibalas sejak 1 syawal tau!

Dalam jam6 ptg baru bertolak ke rumah mertua pulak. Sampai rumah mertua, hanya kak ipar yang ada.. Mak dan ayah pigi kenduri.. Di sana kitorang dah tak makan sangat sebab baru rasa full. Jam9 lebih macam tu baru mak dan ayah balik. Lepas salam, dan tengok tv kejap aku terlelap... Dalam aku terlelap Panjang baru makan balik sebab dah lapar.. Self servis lah jawabnya.

Cuti kita tak lama... 4 hari ja so keesokannya, sibuk pula gotong-royong kat padang SK. Pekan Pitas 1 untuk persiapan hari raya hari keluarga Kg. Kelumpang yang ke-5 kali/tahun. Aku bergegas ke rumah mak sbb malam ni turn rumah mak aku pula untuk kita bermalam.. Huh! Rasa sangat kelam-kabut.

Hari ke3 di kampung maka berlangsunglah sukaneka Hari Raya Hari Keluarga dan inilah antara acara yang dipertandingkan.... Saksikanlah..

 
 Acara boling padang menggunakan buah kelapa dan botol air minum.

 Kami sekeluarga....
 Acara kuda buta... sepatutnya ni lari sambil tutup mata so anak yang kat atas tu tunjuk jalan tapi bapa-bapa ni main redah je lari buka mata haha... Laki aku dan anak aku ialah pemenang paling kiri, tempat kedua...
 Acara kupas kelapa tanpa menggunakan alat..
 Inilah keluarga besar Kg. Kelumpang....
 Anyam ketupat..
 Sampan darat.
 Acara parut kelapa. Baju hijau kakak ipar aku.
 Lari pakai selipar tempurung

 Baju merah dua dari depan ialah suami ku yang gagah perkasa.
 Antara lawan team laki aku. Ni kalahkan dorang.
 Pusingan seterusnya...
Sepatutnya team laki aku dijangka menang kerana dorang paling hansem ramai ahli yang tinggi tapi akhirnya kecundang tempat ketiga saja... Apa der!