Wednesday 24 August 2011

Akhir Kata Untuk Hari Ini..

Will be right back jika tak sibuk, ada duit nak beli top up broadband dan panjang umur insya Allah.


Korang jangan nakal2 ye... Yang nak balik kampung jaga anak2, jaga isteri, pandu cermat jiwa selamat.


Buat masa ni mungkin tak online 2, 3 hari...
Mungkinlah....


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...



Raya 2010-coklat

Raya 2009-hijau


Nantikan color raya tahun 2011 !!!

Tak Perlu Kata Apa2... senyum!

Bintang-bintang baru di Elken Cawangan Kota Kinabalu, Sabah...
Sideline2 ku...
"ASAL MAU SAJA, PASTI DAPAT"











Update Reward Pengkomen

Makluman kepada semua hadirin sekalian, papan pencatat jumlah komen korang tidak dapat dilihat buat masa ini, tak tahu apa masalah gadget tu maka, pemberian cenderahati belum dapat dikuatkuasakan serta merta..

Apapun, jangan risau hadirin yang dihormati dan dikasihi teruslah membebel bersama ku dilaman ini. Kehadiran tuan puan semua amatlah menyerikan blog yang tak seberapa ini.

Sekian dan terima kasih!

Tuesday 23 August 2011

6 Hari Lagi Misi Mencari Housemate

Cuak! Cuak!
Kenapa cuak, sebab kalau boleh aku nda mau pindah dari rumah ni...
Aunty Shanaz, tolong!!!

Pasangan laki-bini dari Kota Belud tu nda jadi menjadi housemate kami, hmm mulanya rasa frust juga tapi ngamla bah juga... Mungkin drg nda sesuai maka Allah takdirkan drg nda jadi menyewa di sini... Hampir rasa terdesak mau ambil penyewa lelaki tapi takutlah pulak... Ok, nda apa. tawakal dulu..

Pagi tadi dapat panggilan dari sorang Nurse Melayu (merujuk pada bahasa percakapan). Esok dia mau tengok rumah katanya dan dia perempuan bujang dan mungkin agak muda dari aku (merujuk pada panggilan kakak darinya selepas aku kata aku 26 tahun).

Mulanya bila dia tau aku sudah berlaki takut dia mau ikut tinggal tapi aku bagi dia ayat power sikit baru dia ok lagipun aku surirumah, kalau aku kerja juga mungkin ndalah dia mau bercadang menyewa sini.. Jadi harap2lah dia jadi menyewa sini baru lega sikit hati aku....

Kata Ku


Jika baik hubungan kita dengan Allah, maka baiklah juga hubungan kita sesama manusia...

Selagi kita tak nampak kebaikan Allah selagi itulah kita akan melihat manusia dengan pandangan yang buruk2 belaka...

Pandangan buruk manakan membuatkan kita akan berhubung baik dengannya...

Dan bila kita memandang manusia lain dengan keburukan, maka itulah gambaran diri kita..

Maksudnya kita juga manusia yang buruk.

Jaga Baby Bukan Bisnes ka?

Kemarin bercalling dengan sorang member bisnes di kampung.
Katanya duit loan dah keluar, dah boleh ijab qabul (i.Q). Kitorang adalah ahli2 Amanah Ikhtiar Malaysia..
Aku belum ada bisnes so untuk mengaktikan kumpulan aku harus buat loan juga seberapa yang perlu tapi kali ni modal tu kawan aku yang pakai sbb dia memang banyak projek. Orait.

Dalam perbualan tu dia tanya aku boleh balik hari ni ka tidak (rabu).. Aku kata tak boleh. Dia tanya kenapa? Aku kata aku jaga baby. "Hah, jaga baby? Keja apalah yg kau buat ni? Baik ko balik kampung buat bisneslah." Urm, aku taklah menjawab dengan bijaksana sekali. Aku bagi jawapan yang la kadar ja "nantilah". mesti dia bengang hehehe.. Jaga baby bukan bisnes juga ka? Kan dapat duit jugak tu? Haih, korang janganlah nak peningkan kepala aku. Aku bukan tak nak kaya macam korang tapi aku ada halangan. Faham tak? HALANGAN?

Sekarang ni aku pun sedang confuse sama ada terus nak tinggal bersama laki aku kat KK ni sambil cari wang sampingan atau pun balik kampung buat bisnes. Balik kampung pun bisnes apa boleh buat? Bisnes kecik2 adalah. Aku tak nak yang kecik, kalau boleh aku nak buka kedai yang betul2 kedai namanya. Kedai yang bernyawa. Aku nak buka butik pengantin yang lengkap bukan macam yang sesetengah tu, buat pelamin ja tapi servis lain takde. Tu bisnes, tak cukup nyawa tu. Biarlah ayah buat bisnes kontraktor aku tu, aku malas nak campur sebab ayah tak pernah nak ajar aku pun... Aku nak campur makan duit ja, ahak!

Lepas tu mak cakap hari tu dia suruh aku bukak kantin kat sekolah di kampung aku. Tu pun macam best ja, ni balik raya nanti nak bincang dulu. Aku dah malas fikir keja makan gaji ni sebab aku tak suka masa aku terikat dan kena duduk bawah telunjuk orang. Oh sangat tak suka. Kalau kerja kerajaan mungkin boleh dipertimbangkan sebab tak kejam sangat. Ye ke tak kejam? Hurm...

Lagi satu pilihan yang ada, aku masi berharap boleh sambung balik bisnes MLM aku di Elken. Hari tu upline datang jumpa aku, bagilah sikit kata2 semangat, ter'hot jugalah tapi ............ Selagi ada tapi selagi tulah susah nak berjaya. Dah terbuktikan? Kalau semua kita iya kan, pasti jadi dengan cepat. Aku nda pasti, aku ada satu ketakutan sebenarnya, aku x tau apa yang aku takutkan... Setahun aku aktif MLM, tekanan begitu kuat aku rasakan hingga akhirnya aku tarik diri buat sementara waktu. Lepas tu hidup aku beransur tenang dan redha menjalani hidup yang tak mewah tapi ada ja orang yang macam nak push aku.

Pleaselah, aku dah penat. Aku nak kosongkan minda aku balik baru masukkan satu persatu matlamat yang dah kucar-kacir. sebolehnya, aku tak nak balik kampung. Aku nak berjuang di kota yang belum seberapa metropolitan ni. Aku nak buktikan sesuatu pada keluarga aku dan aku masih ada harapan menggunung nak balas jasa mak bapa aku, paling tak pun bagi mereka rasa bangga dan gembira punya anak macam aku yang satu masa dulu tersangat degil. aku tak kisah pun hidup sederhana macam ni tapi harapan ayah aku terlalu tinggi untuk aku... Tu yang mendorong aku untuk tak nak jadi manusia yang biasa2 tapi nak yang luarbiasa... Ayah, mak, doakanlah aku... Restu mak ayah, restu Allah juga.

Aku nak settlekan secepat mungkin lesen memandu aku barulah aku boleh sampai ke tempat yang dituju... Kawan2 ku yang budiman semuanya, doakan aku dari kejauhan ok.. Kalau aku dah mampu nanti, aku belanja korang coconut shake 10 gelas seorang. Mesti mau kan? Ataupun nanti aku belanja korang makan steamboat 10 hari berturut2 untuk 1st time, woha!

Terimalah gambar melampau dari Nani.....

Monday 22 August 2011

10 Hari Mencari Housemate...

Aku dah lama fikirkan ni... tapi masa tu tak jalan sebab aku keje so masih mampu nak tanggung sewa rumah dan kononnya nak privasi...

Rite now, ekonomi tengah naik turun, dan aku pun dah tak keje, baru rasa bahawa bagusnya kalau ada housemate sebab satu boleh jimat duit byr sewa rumah. Dua, kalau Panjang balik lambat ada juga kawan kat rumah dan tiga bosan takde kawan...

Maka pada beberapa hari yang lalu aku dengan tak seriusnya iklankan bilik aku ke Mudah.my dengan ayat iklan yang tunggang-langgang. Pada fikiran ku, adake orang nak nanti? Dan kemarin sehari suntuk aku dihujani panggilan2 dari beberapa individu yang berminatkan bilik tu dan dah ada sorang yang dtg tengok bilik.

Insya Allah, yg datang kemarin tu 80% confirm akan menyewa dan drg dah kawin ada sorg anak. Tu okla. Panggilan yang lain kebanyakan dari lelaki tapi rasanya aku tak ambiklah. Takut! Aiyo dan yang tak boleh blah dapat satu panggilan dari perempuan yang berminat nak sewa 'bersama tunang". Tunang? Terus aku tolak sebab aku tak nak subahat dengan maksiat.. Berani2 nak tinggal serumah dengan tunang. Nak sangat, kawinlah. Aduh. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan perkahwinan mereka secepat yang mungkin. semoga mereka tak memanjangkan dosa maksiat mereka. Amin.

Hurm, cuak juga nak dapat housemate ni tapi aku berdoa semoga mereka tak bawa keburukan dalam rumah ni dan sentiasa berkelakuan baik. Takpelah, ayah aku cakap kalau baru nak mulakan hidup kat bandar ni tak payahlah mewah2 dulu. Ayah selalu bising bila dapat tau sewa rumah ni agak tinggi, katanya membazir duit dan katanya lagi tak payahlah dulu korang berlagak kaya. Hurm , kayakah?

Ingat lagi masa kami kecik2 dulu, ayah bawa berhijrah ke bandat KK ni tapi masa tahun 90-an. Kami tinggal menyewa rumah setinggan saja. Dalam 5 tahun mcm tu jugalah ayah keja sbg driver lori. Rasa macam aku ikut jejak langkah ayah aku sajakan... Suami aku pun driver juga. Driver catering. Tapi sekarang ni ayah aku dah boleh dianggap usahawan yang berjaya pada umur 40-an. Agak lambatlah juga tapi, harap2 kami dapat ikut jejak langkah dia dan mencapai kejayaan lebih awal, insya Allah.

5 tahun lepas tu, ayah bawa kami balik kampung dan mengusahakan kebun pisang dan kelapanya... Selain tu, buka kedai runcit di kampung. 10 tahun kemudian kami berhijrah ke pekan yang jauh dari kampung sebaba ayah dah dapat keja di Pejabat Daerah sebagai Pengawal Keselamatan. Beberapa tahun kemudian ayah, buka lesen kontraktor dan bermulahlah kisahnya sebagai seorang ahli perniagaan.

Masa mula2 jadi kontraktor, dalam proses masi belajar, ayah hanya jadi lembu cucuk hidung kepada beberapa kuasa besar ahli perniagaan berbangsa Cina di pekan Pitas. Pernah sekali tu, lesen aku kena pinjam oleh sorang taukeh buat projek jalan. Claim sangkut sebab pengurusan Bank Pertanian (Agro Bank) yang memeng terkenal dengan kelembapannya. Taukeh tu bentak ayah dengan suara tinggi. Dia cakap "aku sudah kata jangan masukkan claim tu di bank ni, masukkan dalam bank lagi satu! Menyusahkan!". Padahal kesilapan claim itu juga berpunca dari Pejabat Daerah yang salah memasukkan no akaun dalam boucer bayaran. Huh, aku rasa nak ja tampar muka taukeh bodoh sombong gila tu. Sejak dari itu, ayah tak berurusan lagi dengan taukeh tu dan ayah mula menguruskan sendiri projek yang dia dapat. Kalau ada taukeh yang nak pinjam lesen pun ayah berhati2 sebelum memulakan kerjasama niaga dengan mereka. Yalah, masa tu ayah pun baru lagi dalam bidang tu, manalah ada modal besar untuk ambil projek besar.. Terpaksalah bagi pinjam dengan taukeh dulu. Kesiankan ayah... tapi alhamdulillah skg ayah dah boleh berdiri di kaki sendiri malah ramai rakan2 niaga yang ayah bantu dari segi modal..

So itulah perjalanan hidup ayah aku dari seorang yang tiada menjadi adalah sikit.. Aku harap satu hari nanti kami pun boleh jadi macam ayah. Sekarang ni tak kira sekolah tinggi atau sekolah tak tinggi, kalau tak pandai cari peluang susah nak maju. Persaingan sengit. Kalau nak harapkan dapat jawatan dalam kerajaan tu, susahlah. Apa keja yang ada, buat sajalah dulu. Ambil pengalaman.

 Inilah kekuarga ku masa ayah masi keja buruh kasar... Baju biru tu aku.
 Kiri ialah ayah aku sekarang. Dah 46 tahun umur ayah, tak lama lagi masuk 50. Ya Allah berilah aku kesempatan membalas budi orang tua ku sebelum mereka tua...
Aku bersama Pengurus Projek I&P (pemaju hartanah antara yang terbaik di Semenanjung) dan pegawai CIDB dari KL, dah lupa pangkat dia.

Bawa Jalan Anak Orang

Kemarin Panjang punya offday, so dia bawalah kitorang ni shopping kononnya tapi bila dah sampai 1B, dia just beli sehelai seluar saja... Apalah...

Aku? Aku memang tak beli apa2 sbb mood shopping aku kasi hilang sekejap. Rasa macam alang2 sebab tak dapat balik raya.. Bukan nak mogok ok, tapi tunggu masa lain baru aku mau shopping. Siapa yang nda mau shopping tapi dalam keadaan skg, kena plan baik punya sebelum shopping. Apa yang aku nak shopping skg janyalah kuih raya saja untuk aku dan Nadia makan2 nanti dipagi raya sambil menonton tv, yihaa! Pasti seronok!
Erm, jiran depan rumah yang tak dapat balik Pahang tu ada open house ka? Bini dia, Kak Ati baru bersalin Ahad lalu kalau tak silap.... Panggil2lah kami ya.. hehehe. Apapun tahniah buat Kak Ati dan suami sebab dapat baby girl...


 Nampak wajah mulia ja bila dikelilingi anak-anak... Baby tu ialah anak asuhan aku. Curi2 bawa keluar kemudian mesej mak dia kononnya baru nak minta izin bawa jalan, nasib baik approved. Ni yang aku suka jaga nak dia ni sbb mak dia tak cerewet dan bagi kepercayaan pada aku untuk melayan anaknya macam anak aku sendiri.. Lenguh jugalah jalan sebab stroller tak bawa, aku ganti dengan Panjang dukung dia.. Berat tau, nampak tu, gempalkan...


Masa datang KL hari tu, kawan bawa makan steamboat kat Flaming, so sejak dari hari tu baru sedar bahawa kami ni penggemar steamboat so for the second time di Sabah mencuba steamboat. Kali ni Di JAWS RESTORAN, I Borneo. Not bad lah tapi kalau banding ngan Flaming, aku rasa Jaws perlu tingkatkan seni mendisplaykan makanan baru orang rasa tempt tu syurga makanan seafood. Kitorang ambil buffet RM20 satu kepala.. Tak banyak makan sgt sebab Lionel (baby) gedik. Nangis. Budak ni lebih serasi dengan Panjang sebab aku garang dgn dia hehehe. Kalau Panjang dukung dia rasa aman dan selamat ja, bila aku dukung nangis lah pulak. Oh, dah pandai pilih orang ya. Takpe, next adalagi. Tunggu kau Jaws!

Sunday 21 August 2011

Tuan Rumah Oh Tuan Rumah

Permohonan ku untuk minta diskaun sewa adalah mendukacitakan.
Dengan ayat "boleh juga aku sediakan aku kasi bersih rumah dan bagi perabot tp kadar sewa akan naik lagi. Kalau anda tidak setuju, carilah rumah lain yang lebih murah". Itulah sms keramat dari bakal tuan rumah aku yang baru. Sentap jugalah tapi aku balas dgn jwpn yang sangat mesra "alamak, hehe. Nda apalah, ikut sajalah ni kadar sewa yang diberi" padahal dlm hati rasa nak gaduh besar ja. Tapi Nani sabar. Dalam keadaan bgni biarlah mengalah dulu. So aku cakap dengan Panjang, aunty Shanaz ialah tuan rumah paling baik di dunia! Sayang aunty Shanaz.

Tapi dengan tiba2 semalam ada sms dari seseorang bertanyakan tentang nak jadi housemate aku tapi belum ada kata putus sebab dia sms pun dah tengah malam so masa aku balas mungkin dia pun suda tidur. Bah, harap2lah dia jadi masuk so aku masih boleh terus bertahan di rumah aunty Shanaz ataupun kalau dia nak lagi bajet, bawa ja dia pindah rumah baru tu.

Kepada tuan rumah tadi, dia saja tak nak bagi apa2 dalam rumah tu sbb ada sorg penyewa sblm ni angkut segala langsir dan tmpt sangkut langsir tu sekali bila dorang keluar rumah. Jahat betul! Yang mangsanya penyewa baik macam aku. Tapi xpala, kalau memang rezeki aku duduk kat situ, nanti aku buatlah apa yg patut.

Akhir kata, kalau korg jadi tuan rumah satu masa nanti, jgnlah jadi macam aunty Theresa yang berkira sangat. Kalau ya pun dia tak mau bagi sikit perabot dlm rumah jgn kejam sangat sampai nak bersihkan rumah pun bakal penyewa yg buat. Kain laigsir pun kena pasang sendiri. Kejam sangatlah.

Aunty Syanaz paling best. Rumah cantik dan sewa berpatutan. Semoga Allah merahmati aunty Shanaz dan moga aunty Theresa akan lebih prihatin dimasa akan datang. Penyewa tak semuanya jahat, kenala sangka baik selalu. Kalau takut rumah rosak, pantaulah selalu rumah tu ba.. Adeh, nda pasal2 aku membebel pasal tuan rumah.

Saturday 20 August 2011

Pindah Rumah Siri 2

Aku sedih nak tinggalkan rumah yang sekarang ni....
Aku kalau dah stay satu tempat dan aku suka tempat tu, payah untuk aku pindah tempat lain.
Masa study di Melaka hari tu, aku suka sangat bandar Melaka dan aku suka sangat hostel kitorang sampaikan nak balik Sabah aku frust gila!
Memang gila!

Pernah sekali tu raya tahun 2003, semua housemate balik rumah sebab cuti... Masa tu dah couple dengan si Panjang (ajuk abglan), dan si Panjang udah balik ke Sabah untuk beraya, aku sanggup sorang2 kat hostel yang seram (bila diingat balik) dan sakit terbaring sorang diri dalam bilik sebab semua kawan dah balik. Nasib tak mati kalau tak dah busuk aku agaknya dalam tu baru orang tau, nasiblah si Panjang kejap2 call sebab dia tau aku sorg2 dalam rumah. Cewah! kisah cinta dulu2la katakan. Sanggup hanya kerana aku terlalu suka tempat tu.
Nasiblah kawan rapat aku yang sangat sayangkan aku hingga mak dia ambik aku anak angkat, datang balik ke hostel angkut aku balik ke Masjid Tanah dan beraya bersama dorang. Uhhh, terharunya. Tq Aien, jasa mu dikenang, Insya Allah ada rezeki nanti aku datang melawat family kau di Melaka...

Dan inilah juga perasaan ku utk rumah ni sebab tuan rumah dia baik sangat.
Masa mula2 masuk rumah ni, segalanya sudah diatur dengan baik. Aunty Shanaz siap cat balik, letak aircond dalam kedua2 bilik, bagi perabot sikit... memang kitorang masuk dalam keadaan yang selesa.

Lain pula ceritanya dengan tuan rumah baru ni. Dia seorang guru, dia baik tapi mungkin tiada masa nak uruskan rumah so "adakah" patut dia suruh aku bersihkan sendiri rumah tu? Alamak! Walaupun dia letak deposit sewa hanya untuk sewa sebulan (mulanya 2 bulan), tapi aku rasa masi tak berbaloi sebab rumah tu serba kekurangan. Langsir pun tiada, dinding pun ada lekat gam sini-sana.. Perabot langsung tiada ok. Aircond jauh sekali. Aduh! So aku sms aunty Theresa tadi minta dia pertimbangkan sewa sebab bnyk duit aku keluar nak buat rumah tu elok. Doa2 dia bagilah aku diskaun.

Rasa macam nak cat dinding utama dengan color
ni supaya kalau anak aku conteng tak nampak sangat.

Insya Allah kalau semua berjalan dengan lancar, aku nak cat balik dinding rumah tu di mana2 bahagian yang perlu dan angkut barang dari kampung. Oh, tak sabarnya nak duduk rumah yang complete rasa macam duduk seumur hidup kat situ. Aku ni obses sikit pasal rumah. Aku nak rumah aku adalah tempat paling seronok dalam hidup aku. aku rindu meja makan aku, peti sejuk aku, almari baju aku, meja solek aku, pinggan mangkuk aku, semualah... Ko ada? Hehehe...


Berita Baik Kepada Pengkomen Terbanyak...

Dah beberapa minggu cadangan ni tersimpan saja dalam kepala otak, baru hari ni nak umumkan secara rasmi.
Nani dengan berbesar hati akan memberi cenderahati kepada pengunjung blog yang mencapai komen ke 30 kali yang pertama.

Cara Penyertaan:
1. Mestilah seorang follower.
2. Rajinlah komen.

Reward pertama akan diberi kepada komen yang mencapai 30x yang pertama. Seterusnya jika korang semakin aktif mengomen, komen yang ke100, 150, 200 akan dapat reward juga. Reward yang diberikan buat masa ini dirahsiakan kerana ianya boleh jadi macam2 bentuk.. Hehehe... biar kasi suspen sikit. Tapi antara reward itu nanti ialah, aku akan buat satu entry khas untuk dia dalam blog aku dan akan letakkan RSS Feed dia dalam blog ini dan kempen ramai2 orang untuk follow orang tu. Haaa, best tak? Bestkan?

Aku buat semua ni sebagai menghargai masa dan tenaga yang kawan2 peruntukan untuk mengunjungi blog ini. Selain tu, utk mengeratkan silaturahim antara kita. Aku faham korang ikhlas nak komen entry aku tapi aku pun ikhlas beri korang cenderahati supaya korang ingat aku sampai bila2... Harap korang boleh terima dengan hati yang senang-lenang.

pic dari becahitam.blogspot....
Selamat mengomen kepada semua !!!

Testimoni RM20 !

Alhamdulillah, walaupun belum banyak tapi dah ada yang sangkut...
Bolehlah untuk isi minyak kereta.
Kalau ada yang berminat, klik banner sebelah kanan tu ja...
Setakat ni, aku belum serius sangat buat biz ni sebab tak banyak masa sangat.
Ebook dia tentang blog tu memang best...
Untuk meningkatkan lagi pengetahuan anda tentang cara nak tarik trafik lebih banyak dalam blog, dapatkan lah pakej 8 buah ebook pada harga hanya RM20 sahaja.
Klik banner atau pun sini.

11 hari join dah collect RM60.

Pengesahan berjaya!

PEMBAYARAN TAJAAN


TarikhIDUsernameButiran BayaranAktifkan
8/19/2011 4:53:00 PM86915leemin00Tarikh: 8/19/2011 4:34:21 PM
Jumlah: RM20
Butiran:
Transaction History
Transaction Date/Time Transaction Ref No / Status Transaction Detail From Account / Account Type To Account / Beneficiary Name / Details Other Details Bank / Commission Charges(RM) Amount(RM)
19-Aug-2011 16:45:47 PM 91804165 Successful IBG to MAYBANK Savings Account-i /

GHAZALI AMIRUL - 1.00 20.00
Aktif
Batalkan
8/11/2011 8:44:00 AM85864nurazmiTarikh: 8/10/2011 9:51:11 AM
Jumlah: RM20
Butiran: PENAMA : GHAZALI BIN AMIRUL
NO RUJUKAN : 40084690
Aktif
Batalkan
8/10/2011 9:26:00 AM85849CAM171985Tarikh: 8/10/2011 08:43:07 AM
Jumlah: RM20
Butiran: RM0.00 M2U:3rd Party Funds Transfer - RM20.00 succesful on 10 Aug 2011 08:43:07
Aktif
Batalkan

SOALAN LAZIM



1. Adakah perniagaan ini merupakan syarikat MLM, Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim Cepat Kaya?
Bukan. Perniagaan ini adalah perniagaan jualan yang biasa. Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan tetap. Kami menawarkan pakej reseller kepada pembeli kami. Jika anda menaja keuntungan 100% milik anda dan pembayaran terus dibuat ke akaun anda bukan admin.


2. Bagaimanakah untuk mempromosikan program ini?
Untuk mempromosikan program ini ruangan khas dan panduan promosi  telah disediakan. Anda boleh mengekses pautan ini jika keahlian anda telah diaktifkan.


3. Siapakah yang mengaktifkan keahlian?
Keahlian ahli baru akan diaktifkan oleh pihak penaja bukannya admin. Sila pastikan anda mengisi borang butiran transaksi bagi membolehkan penaja anda mengaktifkan keahlian anda. Jika keahlian anda masih lagi belum aktif dalam masa 24 jam sila sms atau email penaja anda. Jika anda gagal menghubungi penaja anda sila email kepada rm20segera@gmail.com


4.Bagaimanakah untuk mendapatkan produk ebook yang disediakan.
Ebook boleh terus di download dari laman keahlian anda. Login terlebih dahulu dan klik pada laman download ebook (hanya untuk ahli berbayar). Kami akan cuba untuk senantiasa mengemaskini ebook-ebook terkini untuk bacaan anda.


5.Bagaimanakah untuk menyertai program ini?
Mudah sahaja, daftar keahlian sebagai free member dan login serta  key in  username dan kata laluan anda. Langkah seterusnya pergi ke pautan klik di sini untuk aktifkan keahlian anda. Sila buat pembayaran RM20 kepada penaja anda dan isi butiran transaksi. Jika bayaran dibuat mengunakan internet banking sila copy paste maklumat ke dalam ruangan ini. Jika bayaran mengunakan cara bank in. Sila masukan Nama Bank, Tempat dan Jumlah serta Nama Penerima. Anda juga digalakkan menghantar sms kepada penaja anda contoh RM20Sesegera usernama_anda MBB RM20 14/12/09 4.10 pm bagi mempercepatkan pengaktifan keahlian anda.


6. Bagaimanakah penaja ingin mengaktifkan keahlian peserta baru?
Sebagai penaja anda bertangungjawab mengaktifkan keahlian ahli baru yang telah membuat pembayaran kepada anda. Untuk mengaktifkan keahlian ahli baru anda perlu login dan klik di pautan Klik disini untuk semak dan aktifkan. Sila pastikan downline anda mengisi borang transaksi. Sekiranya borang transaksi tidak diisi, maklumat downline untuk diaktifkan tidak dipaparkan. Anda juga boleh menyekat keahlian downline tajaan jika terdapat pemalsuan pembayaran.


7. Bagaimanakah sekiranya saya terlupa kata laluan?
Mudah sahaja anda hanya perlu klik di sini dan kata laluan akan dihantar ke alamat email anda.


Antara E-book yang disertakan ialah:


Panduan Asas Affiliate

Panduan Membina Laman
Web Perniagaan

63 Killer Marketing
Strategies


Bina Blog dalam
Masa 3 Minit Sahaja
Cara Upload Laman Web
Dengan Mudah

Million Dollar Email

Cara Mendapatkan Beribu-ribu
Pelawat Dengan Mudah
Six-Figure Secrets:
100 Powerful Promotion Tactics!

The 30 Minute Marketing

 
Cara Promosi Menggunakan
Yahoo Group
  
  
  

Friday 19 August 2011

SALAHKAH ISTERI TAK BEKERJA?

Dah, tak yah cari butang new post. Entry ni ada kat atas sikit ja...

Aku bukan mengamuk kerana disalahkan tidak bekerja tetapi hanya nak meluahkan rasa hati wanita yang tak bekerja. Ini bukan edisi sentap-menyentap, hanya luahan perasaan saja. Tapi dengan perasaan yang cool, tak mau emo2 ye.. Hehehe..

Ok cam ni, kemarin chat dengan sorang member yang juga dah resign dan jadi surirumah sahaja. Suaminya ialah taukeh jual kereta. Kalau nak kata kaya, kayalah juga, kalau nak kata sederhana pun boleh sebab laki dia memang jenis ekonomi punya olang... Alamak, dah tersleng Cina la pulak.

So aku tanyalah dia, ok ka jadi surirumah? Dia kata ok tapi selalu kena warning jangan pakai duit banyak sangat.. Urm, macam pernah ku dengar ayat seumpama itu dari bibir seseorang. Siapa? Tak yahlah kau nak sibuk, baca abis dulu...

Ok, aku kadang berada dalam dilema... Perempuan masa kini adakah tidak releven lagikah duduk rumah..? Macam kawan aku tu, bukan dia nda mau keja tapi laki dia yang nda suruh sebab laki dia nda mau cari orang gaji tapi boleh pulak kena warning jangan pakai duit banyak hingga kawan aku malu mau minta duit poket dan hanya menunggu dihulur. Kesian perempuan kan? Rasa hina pulak kami ni... Ceah, tiadalah. Gurau jak.

Aku keliru bahawa, isteri harus duduk rumah jaga anak atau perlu kerja juga..? Pasal apa, fenomena zaman sekarang, yang dapat laki kaya pun, isteri dia masih ingin bekerja. Yang dapat laki kaya tanpa warning pakai duit banyak pun, siisteri tetap mau kerja juga.. Kalau yang dapat suami kurang kaya tu kita fahamlah mau tambah income kan....

Ada lelaki mau isterinya duduk rumah tapi isteri berdegil mau juga bekerja. Ada pula isteri yang diizin bekerja tapi berdegil mau duduk rumah...

Tapi jawapannya ialah, tak kiralah suami kaya ka, kurang kaya ka, isteri mahu bekerja kerana inginkan kebebasan dan kemuliaan dalam hal kewangan.. Zaman skg suami mithali dah tak ramai, off coz kebanyakan akan dapat warning yang sama macam kawan aku tu kan... Cuma saja cara warning tu yang lain mengikut suami masing2..

Lepas tu, kes cerai-berai yang makin menjadi2 tu memberi satu perasaan fobia kepada setiap wanita, adakah nasibnya terbela jika tiba2 ditinggalkan suami? Ya, kalau difikir2 memang menakutkan.

Ok, sekarang cuba korang tanya aku kenapa aku tak nak keja? Jawapan aku sudah tentunya panjang lebar kerana aku akan gunakan bahasa paling saintifik untuk menunjukkan aku wanita tak bekerja yang paling baik. Oh, riak tu. Tak boleh. Baiklah, pendek kata sama ada wanita tu kerja atau duduk rumah, itu tak salah apa2... Kerja pun dia masih ada tanggungjawab, tak kerja pun lagilah ada tanggungjawab tapi nasihat ku kepada wanita yang ikhlas untuk jadi surirumah, kita yakinlah pada rahmat Allah... jangan fikir yang bukan2, jangan takut kita ditinggalkan suami lalu tiada tempat bergantung. Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup diiringi dengan niat dan setiap niat yang baik akan dipelihara oleh Allah dari segala keburukan. Sama2lah kita bermohon, agar kita jadi SURI yang terbaik hingga suami2 kita tak sanggup nak tinggalkan kita kecuali ditinggal kerana mati. Jika berlaku juga, itu ujian... Bersangka baik pada Allah bahawa setiap kesulitan akan dibalas degan kesenangan olehNya..

Buat masa ni, aku masih dengan kedudukan ku iaitu duduk rumah, sehinggalah jika keadaan betul2 perlu untuk aku turun padang barulah aku beraksi. Sesungguhnya bagi wanita itu, rumah adalah yang lebih baik bagi dia.

Akhir kata, kalau penulisan ini tak berapa perfect, korang tambah2kanlah melalui komen...

Pindah Rumah

Tajuk aku sempoi ja tapi sebelum menaip ayat yang pertama ni macam hal2 nak tambah kat dalam entry ni.. Bak kata orang Sabah, kita gerodok ajalah (gerodok=hentam).

Ok, tajuk utama ialah pindah rumah... Ya, petang ni aku mau tangok satu rumah yang selang beberapa blok ke bawah dari rumah yang kami duduk skrg (apartment).

Rumah yang kami duduk skg ni jika diukur pada kapasiti pendapatan isi rumah, agak mahallah juga sebab yang duduk pun baru kami bertiga, bilik sebelah hanya dihuni oleh bantal2, tilam usang dan kain baju yang belum dilipat. Family aku pun kalau turun ke bandar takde maknanya nak tumpang tido kat sini, hotel jugalah yang dicari.. Nampak sangat banyak duit kan? Adik aku pun sama yang dah berbini tu. Cari hotel juga padahal bilik kosong tu ada aircond, tilam, bantal, selimut semua. katil ja yang tiada. Sombong betul dorang ni. Kononnya jauh nak turun KK, tapi kalau kira kos, mahal lagi hotel berbanding duit minyak untuk ulang-alik ke sini... Lantaklah. Malas nak layan..

Sewa rumah yang skg ni dengan yang lama beza RM200 ja... tapi duit tu kalau kumpul setahun dah boleh gi Perth kot.. Ha? Tak boleh? Tak cukup? Ok tapi dah boleh beli tiket ke Perth. Ha, kena tahu nilai duit sebab kita ni walaupun tak berapa nak kaya, kalau pandai manage duit, boleh round satu dunia juga tau. Perth tu mmg destinasi idaman tapi nak kira juga kalau kos sama macam buat umrah, baik aku gi umrah dulu... Yihaa!

Sejak aku dah tak kejela kan, berhempas pulaslah juga suami aku tu cari makan. Kesian tu jangan katalah. Bil celcom aku pun dah tunggak 2 bulan, korang jangan pura2 simpati pulak.. Tu yang lama tak update blog tu, nah terbongkar suda rahsia.. Hm, macam tak malu ja aku bagitau masalah kewangan aku ni kan.. Takpelah, sama2 kita beringat sebab aku pun 1st time dapat masalah mcm ni sejak bertahun2 lamanya... So, terima dengan hati yang redha dan bersyukurlah sebab selepas diberi kesenangan oleh Allah, kini dia uji dengan sedikit saja kepayahan... alhamdulillah, tu tandanya kita dalam perhatian Allah. Dia tak nak kita terus hanyut.. Alhamdulillah.

So apa yang perlu dilakukan sekarang ialah, kurangkan perbelanjaan yang berbentuk kemewahan tetapi bukan keperluan. Bul celcom tu tak kisahlah kena bar utk beberapa bulan lagi, asalkan hati ku senang. Aku masih ada hutang kad kredit dalam amaun ribu2.... tapi korag jangan kerutkan dahi sbb kad tu dah lama ditamatkan perkhidmatan. Skg harus guna debit kad sahaja, faham?

Shopping raya? Ha, ni yang best nak cerita ni.... Kalau Panjang tak dapat cuti, memang tak shoppinglah jawabnya. Pakai saja baju lama (baru beli 2 bulan lalu, baru sekali pakai).

Wayang? Ni yang sedih ni, takkan tengok wayang pun tak boleh? Yeay, masi boleh...

Makan kat luar? Ni yang payah nak ubah tabiat ni. Dasar surirumah zaman moden, muak dgn masakan sendiri, memang tak boleh kalau tak makan luar, tapi mulai sekarang disiplinkan diri untuk masak sedap2 di rumah sahaja... Air tangan seorang ibu dan isteri tu berkat hingga ke akhirat.

Hm, dah panjangke aku taip ni sebab ada berjela ayat lagi nak kena taip tapi takpelah aku buat entry lain pula untuk baki ayat yang masi beratur panjang kat belakang tu... Topiknya ialah, SALAHKAH ISTERI TIDAK BEKERJA? Hot tak tajuk tu? Hot kan..? Kalau hot klik pada new post!

Apa Yang Berlaku Hari Ini...


1. Berbuka hanya dengan segelas milo sebab Panjang o.t. Malas nak makan macam2 bila sorg2.

2. Aku boleh jaga anak asuhan aku sebaik mungkin tapi aku masih tak boleh pupuk rasa sayang aku sebagaimana aku sayangkan anak aku. Rasa macam ada bakat jadi mak tiri yang jahat ja hihi.... Tak, aku ibu yang baik hehe.

3. Nak sangat makan ayam goreng tapi belum beli ayam lagi. Macam selera budak2 pula kan...

4. Nak buat kuih raya tapi jaga baby. Kalau nak buat malam, mmg tak larat der!

5. semoga Allah terus tabahkan hati kita semua untuk melalui setiap dugaan yang diberi. Aku selalunya malu nak berdoa takut tak layak untuk meminta lebih2 dari Allah tapi sesungguhnya kuat meminta itulah yang disukai Allah. Ya allah kuatkanlah iman kami, gandakanlah ketabahan kami semoga kami perolehi hikmah disebalik ujian Mu.

6. Baca blog Jejah dan tngok video Catriona Rosa dan Wardina bagaimana dorg terbuka hati untuk jadi muslimah yang sejati. sampai menitis air mata dibuatnya dan aku sedar tentang satu perkara. Tidak semestinya kita beragama Islam itu bererti kita dah diberi hidayah sepenuhnya dari Allah. Kita hanya mendapat hidayah bila kita benar2 hidup dalam akidah Islam. 

7. ayah dan ibu aku merupakan mualaf, so adakalanya rakan2 sebangsa yang tak seagama mempertikai kenapa harus bertudung? Ya, aku dapat tangkap maksud dorang sebab ramai diluar sana yang pakai tudung tapi rosak akhlaknya maka jawapan aku ialah "memang benar, bertudung tak semestinya orang tu baik (zaman ini) tapi bagi yang ikhlas memakainya pasti akan kelihatan berbeza daripada yang lain." 

Aku suka no 7 maka pada hari ini hanya ada 7 perkara yang mampu untuk aku lahirkan dari pemikiran ku... Mood tak berapa betul takut buat entry mengarut hehehe.... 

Thursday 18 August 2011

Tak Tau Nak Kata Apa..

Rasa macam takdak story ja kalau aktiviti harian adalah duduk rumah...
Hehehe... macam lucu sendiri ni.
Untuk makluman kawan2 yang ada tinggal pesan tu, aku dah jaga baby balik so tiada masa sangat mau update blog...

Jom kita cerita pasal raya...
Sapa yang suda dapat cuti?
Sapa yang tak dapat cuti? Tak dapat? Kerja kerajaan mustahil tak dapat, wajib semua dapat.
Kitorang ni yang rasanya beraya sendirian di bandar sebab Panjang belum ada tanda2 kena bagi cuti pada raya pertama dan kedua...
Kemarin dia sedih sungguh. Katanya kawan2 lain sibuk isi borang cuti, dia lagi yang bos tak sound lagi. Kasihan..
Aku tak kisah dapat balik ka tidak, apa yang penting ialah kami tetap bersama dia walau apapun keadaan.
Dia dah bagitau awal, suruh aku dan Nadia balik kampung dulu tapi rasanya aku tak setuju. Tak sampai hati pulak, kita happy2 kat kampung dia sorang2 kat sini...
Sedih jugalah tak jumpa family raya pertama tapi tak kisahlah...

Thursday 11 August 2011

Tak Cukup Steady Lagi...

Aku ialah perempuan... Ya, perempuan... Perempuan ialah sinonim dengan emosi.. Setuju? Aku setuju.. Bila bercakap, perempuan akan bercakap dengan emosi. Benda yang sedih sikit akan jadi sedih banyak bila beremosi.. Begitu juga dengan benda yang lucu sikit akan jadi lucu banyak jika kita beremosi.. Emosi ialah satu perasaan yang membawa2 kita untuk memberi reaksi yang berlebih2an.. Itulah yang aku faham tentang emosi..

Dan, sekarang aku ialah sedang beremosi. Buktinya, hal kecik yang mengganggu fikiran boleh aku rasakan begitu berat hingga menangis teresak2, sorang2... Huh, apa kes?

Sebagai sorang wanita yang kelihatan berwibawa, aku tak suka sangat nak emosi-emosi apalagi nak nangis. Huh, tak gedik langsung, nangis2 ni kan? Hilang keseksian aku... Dan aku nak jadi seorang perempuan yang cool sbb cool akan menampakkan kita lebih bjaksana dalam semua situasi... Tapi dah nama pun manusia biasa, ada masa2 ketabahan dia rapuh lalu bersedih walaupun hal yang menyedihkan tu tak lah gempak mana pun. Ala, rilek ar!

Dalam sedih2 aku terus ketawa riang bila rakan fb ku yang pernah berkata tak nak mengandung lagi tiba2  kata tadi dah berbadan dua balik. Apa kes? Oh, no... Aku dah ketinggalan... Aku nak juga.. Hehehe...

Benci Ibu

At 3 years old, we say ''Mommy I love you."
At 10 years, ''Mom whatever."
At 16 years, "My mom is so annoying."
At 18 years, "I'm leaving this house."
At 25 years, ''Mom, you were right''.
At 30 years, ''I want to go to Mom's house."
At 50 years, ''I don't want to lose my mom."
At 70 years, "I would give up everything to have my mom here with me.
" You only have one mom. appreciate ur mom  and love your Mom.

************************************************************************************
Pagi kemarin ada member hantar mesej tu kat bbm...
Selalunya apa2 mesej yang tak penting atau tak menarik aku akan ignorekan aje tapi bila baca mesej tu, menusuk dalam hati...

Korang rasa tak ada menusuk dalam hati tatkala membaca mesej itu? Mestia adakan? Kalau yang pernah gaduh ngan mak tu, mustahil tak tertusuk... Jom kita kupas satu2...

At 3 years old, we say ''Mommy I love you." 
Anak aku berumur 4 tahun... dan apa yang ayat tu cakap ialah itulah yang berlaku dengan anak aku. Bagi aku dalam tempoh ni, anak kita dah mula memahami apa yang sedang berlaku disekelilingnya... Begitu juga dengan hubungan antara dan ibunya... Masa ni mereka sangat sayangkan kita, suka bersama2 kita... Masa nilah kalau kita nak didik dia jadi anak kita, masa yang sangat sesuai start untuk nak bentuk jati diri dia yang sebenarnya. Dari pemerhatian ku, anak aku sangat sensitif dengan semua perlakuan aku pada dia... Bila aku berpaling sedikit, dia akan merajuk... Dalam setiap apa yang dia nak lakukan, dia nak aku ada bersama. Contoh: tengok tv. Bila iklan dia akan datang kat aku minta peluk, cium semua... Bila aku tak layan dia merajuk...

At 10 years, ''Mom whatever." 
Hasil macam mana kita bentuk anak pada umur 3 tahun mula kelihatan di usia ini pada perkiraan ku.. Dia dah ada ideologi sendiri dari apa input yang kita beri dan sedikit dari pengaruh sekitarnya.. Dah ketara sama ada dia degil ataupun ikut cakap... Dah boleh jauh dari mak.. Ini time untuk ajar dia berdikari pulak.. Aku dulu pada usia ni dah pandai masak nasi, masak maggi, basuh baju, jaga adik dan buat keja rumah sikit... Dah pandai suka lelaki pun, hehehe...

At 16 years, "My mom is so annoying." 
Hokey, dah remaja dan akhil baligh.. Persahabatannya semakin meluas dan jika pada umur 10 tahun dia dah mula degil, pada 16, lagilah ketara. See, dia dah mula bosan dengan kita. Masa ni kita tak boleh nak marah dia sangat. Kalau nak marah pun dengan berhemah kerana dia mula merasa yang dia tu dah besar dan boleh fikir sendiri. Tak boleh always jadi mak dia tapi time ni kita kena jadi kawan yang paling rapat dengan dia, kalau tak bersedialah menerima ayat di atas. Itulah yang aku rasakan pada usia aku 16! Aku nak mak aku jadi kawan aku...

At 18 years, "I'm leaving this house." 
Time tu enjoy! Masa ni anak kita dah habis sekolah menengah so, boyfren of cos akan ada... Perangai juga makin menjadi2 kerana dia dah mula keluar ke dunia nyata yang banyak pancaroba... Time kita kena teruskan peranan kita semasa dia 16 tahun tapi masa ni kita dah mula berkomunikasi dengannya dengan cara dewasa... Jangan cuba nak rendah2 martabat diri dia. Respek selalu dan kena bincang secara lembut jika dia buat salah.. Ambil hati dia selalu supaya dia tak rasa kita ni mengongkong dan rasa nak lari dari rumah. Pastikan suasana dalam rumah kita selalu menggembirakan anak2.

At 25 years, ''Mom, you were right''. 
Pada usia ni aku dah kawin tau dan itulah kata2 yang selalu terbit dalam hati aku apatah lagi skg aku dah ada anak... Kita dah rasa macam mana kedudukan kita sebagai isteri dan sebagai mak... Baru kita mula sedar, "patutlah mak macam tu dulu...". Kita dah mula memaafkan segala persengketaan kita dengan mak masa muda2 dulu bagi yang pernahlah...

At 30 years, ''I want to go to Mom's house." 
Anak-anak semakin membesar dan adakalanya kita tak dapt menangani masalah anak-anak dan juga suami... Lalu kita selalu call mak kita, lawat mak kita nak mengadu masalah. Lepas masalah dah settle lita tambah sayang mak kita... Tapi ada juga yang time susah cari mak, dah senang lupa... Balik kampung pun susah.

At 50 years, ''I don't want to lose my mom." 
Kalau panjang umur, masa ni mak kita dah tua sangat... Kita makin sedar bahawa tak lama lagi mak kita akan meninggalkan kita... dan kita tak sanggup itu terjadi..

At 70 years, "I would give up everything to have my mom here with me.
" You only have one mom. appreciate ur mom  and love your Mom.
Kita pun dah tua... Kalau tak insaf lagi tak taula... Kita masi ingat mak kita lagi tak agak2 pada usia ni? 

Anak-anak yang baik ialah anak-anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang dan perhatian...
Anak-anak yang baik ialah anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga harmoni dan hormat menghormati...

Kalau kita rasakan kita tak dibesarkan dengan itu semua, janganlah bersedih. Bersyukurlah kerana kita masih mampu menjadi insan yang baik pada hari ini. Ada mak bapak yang tak perfect tapi apa yang cuba dorang buat ialah nak didik kita jadi orang berguna. Pastikan kesilapan mak bapa kita tak berlaku pada anak2 kita. 

Siapa pun mak bapak kita, tolonglah... Jangan lupakan mereka.. pada usia tua bukan wang ringgit yang dorang mahukan tetapi perhatian dari anak2... Luangkan masa menjenguk mereka selalu...

mama ialah baju hijau 2 dari kiri...
Family ku...

Wednesday 10 August 2011

Makan-Makan dan Nyanyi-Nyanyi

Semalam sambut bufday caousin aku ERIC....
Cousin aku ni anak yatim, selepas ayah dia meninggal dunia ketika dia masih kecik, mak dia pula kawin orang lain dan tinggalkan dia sebab masa tu Eric dibesarkan oleh mendiang atuknya... Dan sudah 11 tahun Eric tak jumpa mak dia yang rasanya dah balik Indon ikut suami barunya.. Ibunya bukan tak nak dia lagi tapi masa tu Eric dah selesa tinggal dengan atuknya.. So, now my mom is like his mom la.. so he's like my brother la kan... Beria-ia budak ni nak sambut bufday, so aku as like his sis support ajelah setakat mana yang boleh.

Mula2 nak sambut kat umah je, tapi kalau kat umah takde pa nak buat. Nak nyanyi kang, jiran kebisingan so so kitorang pakat2 sambut di karaoke sajalah.. Acara bermula 9.30 pm-11.30 pm.. Selamat menjamu mata hehe...

 Inilah kek Eric... Tak sedap sebab tak sempat carik yang best.. Lupa pula bawah tu ada kedai kek... La...
 Kanak2 tua menyanyikan lagu happy bday...
 Pisau kek pun lupa mintak kat kedai...
 Bersama abang ipar...
 Adala juga nyanyi skittt ....
 Baju biru ialah Panjang.. bagi yang belum kenal tu, ha ni lah dia suami tercinta ku.. Uhuk! Uhuk!
 Ha, nyanyi sakan... Rasa macam nak telan mic tu..
 Pose istimewa dari Eric...
 Bersama gadis idaman.. Dengar khabar Eric tulis surat cinta kat budak pempuan tu dan budak ni suka senyum bila gambar dia diambil ok... Tak cam aku, bila nak ambil pic selalu confuse, nak senyum nampak gigi ke nak senyum simpul tapi selalunya aku suka senyum simpul... Ayulah kononnya...

Ni semua rakan sekerja... Kadang2 time keja dorang pandai gak gaduh2 tapi bila dah enjoy, tak kenal musuh lagi dah.. Tu tekanan kerja, masing2 hot sendiri so kena selalu enjoy macam ni supaya silaturahim erat semula.. Beberapa orang antara mereka ni ialah warga Filipina...

Ok, sekian saja entry tuk hari ni..
Salam sayang semua....

UpDate

Rasa macam takde benda sangat nak share hari ni...
Sibok dok layan member2 yang nak join RM20 tu...
Kawan ada tegur tadi, sebelum buat apa2 bisnes internet, kaji dulu halal haramnya dan aku dah baca satu blog ustaz tadi katanya perniagaan internet tak smestinya haram... cuma cara perlaksanaan tu yang kena hati2, takut kan riba dan ada unsur gharar...
Biz RM20 tu sebenarnya jual ebook.. Lepas aku dah bayar RM20, aku dah dapat pun ebook tu. Aku tertarik tentang ebook pasal blog... Tapi walau bagaimanapun, disarankan kepada sesiapa yang pasti tentang hukum jual ebook ni, silalah nasihatkan aku sekali lagi sebab rasa minat sangat nak buat biz ni...

Erm... mana jiran aku ni? Dah update aku ke belum ni...

Monday 8 August 2011

Selamat BerJiran

Sangat tak sabar mengetahui siapakah jiran aku dalam segmen Jom Cari Musuh yang aku sertai hari Jumaat lalu jika tidak silap dan akhirnya dengan dub dab dub dab! kemarin aku dah dapat siapa orangnya.... Cuma, kemarin tak sempat update pasal jiran so hari ni, terimalah...... 



Hahaha!!!
Gempak tak? Gempak tak jiran gua? Macam Otai ja kan muka dia tapi tak taulah dia ni Otai Lemas ka Otai timbul sebab dah 3 hari keputusan berjiran diumumkan, beliau belum kunjung tiba untuk mengupdatekan diri ku ke dalam entry beliau.. Tapi jangan kuciwa jangan merana, kita sama2 nantikan kedatangan beliau... Katanya dia, muka otai tapi hati jambu! Oppss! Salah. Muka Otai tapi pandai masak hahaha.... Kebetulan dapat jiran yang tak pandai masak, so bolehlah berguru. Wah, tq Kiroro sebab bagi jiran yang hebat... Kalau dia malas2 nak update blog, nanti aku bagi surat saman kat dia. Huh, belum ada apa2 dah nak tunjuk ke'otai'an masing2.. Ok, kita gurau2...

Kepada Norhisyam, selamat berkenalan dan selamat menjadi jiran yang prihatin dan bertanggungjawab...

Sunday 7 August 2011

Macam Lah Blackberry Tu Best Sangat!

Oh, my God! Ada blogger kutuk hanfon kecintaan ku..
Sentap hati den tapi den maafkan dia.

Soal suka hanfon, benci hanfon ni, itu terpulang pada hati masing2. Walaupun kita suka gila babs* ngan hanfon tu, kita nda boleh paksa orang untuk ikut kegilaan kita kan..

Berdasarkan isi kandungan dan komen pembaca dalam entry di atas tu, antara kelemahan Blackberry yang disebut ialah:

-keypad kecik.
-kredit sakit.
-kena beli aplikasi dikedai (pakai duit lagi).

Dan jawapan Nani kepada 3 permasalahan itu:
1. Keypad kecik tu memang agak menjengkelkan untuk beberapa hari diawal penggunaan tetapi akan settle menjelang seminggu BB menjadi teman baik mu. Malah rasa sgt cepat menaip ok.

2. Kredit tu bagi aku mmg leceh skit kalau kita pakai prepaid tapi untuk jimatkan pulsa anda, anda ada 3 pilihan untuk menukmati kemudahan BB yang ada iaitu, on BBM hanya 50sen sehari, on FB hanya RM1.00 sehari ataupun ON internet hanya rm2.50 sehari dan anda bisa menikmati BBM dan FB sekaligus. Rasanya jimat jugakkan? Kalau broadband RM5/6 sehari bagi pengguna Celcom.. Kalau pakai postpaid, tak payah cakap, memang puas ko nak buat apa pun.

3. Setahu aku segala aplikasi BB takde yang nak beli dekat kedai. Dalam hanfon boleh download secara free yang berbayar pun ada tapi tu kalau kau kayalah.

Tapi macam mana dia tak suka Blackberry, macam tulah jugak aku tak suka iphone. Pelik sungguhkan 2 jenis manusia macam kamikan? Tapi kalau ada duit lebih nak juga merasa pakai hanfon IP sekali seumur hidup tapi kawan aku yang pernah jadi hantu IP satu masa dulu cakap, Ip lagilah hisap darah. Mahal gila bila nak guna internet dalam tu, orang kaya terkecuali.

Yang paling aku suka BB, very connecting people... Aku semakin ramai kawan sejak guna BB dan aku lebih boleh pakai kawan bbm berbanding kawan FB.. Sebab apa, bbm kita boleh berhubung setiap masa dan di mana jua.. Lebih privasi dan..... entah nak cakap macam mana lagi. Bagi kawan yang sedia ada, BB membuatkan kami sering berhubung dan hubungan sentiasa rapat gitu !!!

Okla, apa yang aku cakap tu belum tentu boleh pujuk korang suka BB tapi tu ialah perasaan aku terhadap hanfon kecintaan ku. Terpulanglah korang suka hanfon apa tapi kalau boleh, pilihlah BB! Hahaha. Boleh bbm aku selalu...

Saturday 6 August 2011

Sambal Belacan OH Sambal Belacan

Kalau korang mau tau, aku adalah hantu ulam dan hantu sambal belacan!
Resepi2 Melayu ni memang membuatkan aku menjelma jadi hantu... Tapi dalam hantu-hantu, aku masih lemah dalam menyediakan sambal belacan yang menyengat di rumah tapi biasanya kami hentam ja... Panjang selalu komplen "kenapa pahit?" kalau ak pun, "kenapa asam betul ni?".. Aiyo, itu dah amaran yang bermaksud "pigi belajar buat sambal belacan yang sedap!" dengan nada keras dan garang sekali. Laki aku panas baran skit tapi cepat sejuk, ni pasal aku dah terikut2 sedikit samseng macam dia... Ok, tipu! Aku masih wanita sejati yang terpelihara keayuannya... Bluwekss!!!

Hari tu aku bbm Jejah nak minta resepi sambal belacan sebab dia Melayu tulin yang duduk kat Klang, Selangor tapi maybe dia sibuk dah lupa nak bagi aku resepi dia. Perempuan ni sangat pandai memasak lebih pandai dari mak dia ok. Masih awal 20an dan masih single. Sangat suka budak-budak, caring dan macam2 lagi kemuliaan hati yang ada padanya.. Sesiapa berkenan sila ke blog beliau, hehehe..

Oleh kerana Jejah dah lupa aku godek2 google dulu manatau dapat resepi yang sesuai... Jap eh!

Sila tunggu sebentar line agak lembap sedikit... manalah resepi ni.. Ok dah jumpa tapi simple sangat... Ceh, nak juga resepi yang susah..
Ok, dah dapat.


Sambal Belacan Resepi Melaka 4.00 
Kiriman: lynn 
Sumber: resepi turun temurun org melaka 


Bahan-Bahan:
1. Cili hidup 4/5 batang (boleh juga letak 2/3 batang cili padi untuk lebih pedas sikit)
2. Belacan fresh (untuk kenali yg freshnya - belacab tersebut berwarna pink (seperti warna udang geragau)
3. sebucit garam
4. ½ camca teh gula pasir
5. sedikit air asam jawa.
6. 1 biji limau sambal
Cara:
1. bakar belacan hingga naik bau,,, sedap.. 
2. tumbuk cili hidup, cili padi dan belacan tadi hingga 3/4 lumat. 
3. then masukkan gula, garam tadithen di tumbuk lumat. 
4. kemudian dicampur dengan air asam pekat tadi 
5. gaul sebati dan hidangkan dengan limau sambal yang dipotong dua.( perahan limau sambal boleh menambahkan lagi rasa sambal belacan ini)

sumber



Ok dah jumpa. Oh, patutlah... Aku selalu buat sambal belacan pakai cili padi yang telah dikisar dan tak pernah guna cili merah, patut pun lain rasanya... Hurm, nanti nak cubalah.

Kepada sesiapa yang ada resepi sambal belacan silalah share bahan2nya ok...

Idea entry ni muncul bila baca entry Ceera... ma kasi akak!