Saturday 31 December 2011

WishList 2012

Happy, happy new year !!!

Amacam semalam? Kamurang sambut new year di mana? Kalau yang couple, pigi datingla.. Yang suda kawin, bawa anak bini jalan2, makan2.. Yang single hangout dengan kawan2. Apalagi?

Urm, tahun baru azam baru impian baru.. Mungkin nda semua planning tahun menjadi lalu ada diantara kita bawa ke tahun baru tapi untuk aku, aku nda mau sentuh sikit pun pencapaian tahun lalu. Tahun baru perkara baru so au rasa taahhun 1012 ni adalah tahun untuk aku beronok-ronok saja. Tak mau sedih-sedih aaaar ....

Pic di bawah ialah himpunan wishlist tahun ini. Susunan suda terbalik tapi nda apa. Kamu pahamlah tu.

Plan Oktober : PERTH

Idea tiba2 mau melancong oversea ni bila kenal ngan Fadzli (pramugara MAS).. Kawan kepada kawan. Bukan skandal ok, mesti kamu bayangkan dia kacak dan mnggoda. Sebenarnya ya tapi tak! hehehe... Dia lembut skit not gay.. Dia senang kawan ngan perempuan. Nda payah mau dengki aku ada kawan baik sorang pramugara ehehehe...

Fadzli ada kawan yang keja di Perth so penginapan pengangkutan boleh save. Tapi sebagai pelancong yang hanya mnggunakan bajet sejimat mungkin, tunggulah tiket murah AirAsia..

Plan Jun : BALI

Atau

KOTA BANDUNG

Baca di google tadi, bandung ni sejuk suhunya. Macam Cameron. Waaa tatau pula, suda tau lagi semangat mau pigi. Trip Indon ni kira mau jalan berdua ja dengan suami tapi kalau ada kawan mau ikut, ok juga. Actually mau honeymoon sempena bulan kelahiran ku. Dan ! Google bagitau tadi, Bandung syurga membeli-belah. Adoi, aku nda mau shuping bah ni, janganlah goda aku. Ya, melancong nda semestinya kita kena shopping. Jangan pening2 kepala mau beli souvenier utk org kalau nda banyak bajet. Bagi aku, itu nda penting! (Jahat).

Bali nda payah banyak cakapla, kamu pun tau suda ada apa dengan Bali.

Plan April : MENDAKI GUNUNG KINABALU

Apala maknanya kita orang Sabah kalau nda merasa pijak puncak gunung kebanggaan kita ni. So, kamurang jnganla sibuk2 dulu pigi tempat orang sebelum naik Gunung Kinabalu. Murah ja kos naik sana ni. Please! Naiklah kamurang Sabah.

Plan Febuari: CAMERON HIGHLAND

Ini plan paling dekat dan kritikal. Dapat boucher penginapan RM600++ di Equtorial Hotel tapi tiket flight pun belum ada.. Ayoyoyo !!!

Plan Januari: Cuti-cuti 3hb-8hb KK-Kundasang ja.... 

Friday 30 December 2011

End Year 2011

Kalau aku nda keluar hari ni dari rumah, entah apakah kejadian. Siapa pun nda tahan dengan rasa bosan, bukan?


Jam12 sudah bertolak dari rumah tadi, terus ke Suria Sabah. Mau tingu apa barang ada di Holika Holika. Sebelum cuci mata, melantak di Kenny Rogers. Ya, ampun. Aku kalau pasal makan skg ni, sempurna. Duit abis bikin makan ja, nasibla badan nda melambung tinggi naiknya tapi lemak semakin berleluasa di sini-sana. Mau main badminton tiap petang pun tiada partner.


Dan kawan ku berjoli nda lain nda bukan, Nadia ! Abahnya kerja, so kami berdua saja.

Macam kesian bunyinya tapi aku boleh dikatakan nda ramai kawan untuk dibawa keluar. Yang bujang yang bersuami pun selesa dengan dunia sendiri, yang bole dibawa keluar semua kawan2 di KL. Apala nasibkan? Hehehe.

Jom Selongkar Barangan Peribadi

Bangun tidur ja, on hanfon dan tengok update di twitter dan fb. FB tiada apa yang menarik tapi twitter ada update pasal kemalangan di Tambunan dan kemenangan Maharaja Lawak Mega semalam. Kawan aku Mariah buat review pasal lipstik Holika Holika yang kedainya baru buka di Suria Sabah baru2 ni. 

Aku memang da kegilaan sikit sama gincu ni dan nanti aku pigi Suriah melihat apa yg ada, lalu terbit idea mu post pasal barang2 peribadi termasuk kosmetik dan penjagaan muka.

So, inilah hasilnya. Mari aku cerita satu2.

Untuk mekap inilah apa yang aku ada. Macam2 brand ada tapi yang terbaru dan termahal ialah Elizabeth Arden, beli bulan lepas di Metrojaya, Suria.

Ini pula ialah handbag dan dompet baru ku yang juga baru dibeli bulan lalu juga di Metrojaya, Suria Sabah. Handbag aku yg lama (pakai 3 tahun, Sembonia) terkopek2 suda walaupun tiada kuyak di mana2. Beg tu memang tahan, sumbat barang2 berat pun nda putus, memang suka beg tu tapi apakan daya.

Ok, dalam handbag aku, itulah barang2 yg wajib aku bawa di mana saja. Panty liner dari Intimo, Elken ~ dompet~bedak~beberapa biji gincu dan pelembap bibir~tisu~buku catatan~losyen tangan, ni kes nda sempat belosyen di rumahlah ni~sanitizer~minyak kapak. 

Membawa minyak angin menjadi tbiat baru sebab masa pigi KL bulan Jun lepas, aku tiba2 diserang angin perut masa makan2 di Tasik Shah Alam. Mau2 pitam aku masa tu, sebarang minyak tiada dalam beg. sekali lega aku balik rumah dan sapu minyak bam gamat. Nah, kan betapa pentingnya minyak angin dibawa ke mana2.

Yang ni pula Eternal Beauty, Elken. Mesin pengurut muka yang menjadi kekasih hati ku. Produk ni lah yang membuatkan aku menjadi member Elken sebelum terfikir mau buat bisnes MLM pada Nov, 2009. EB pakai bersama Massaging Pack Elysyle, Elken. 

Mesin urut ni hanya efektif dengan Massaging Pack, Elysyle. Aku pernah beli massage cream dari jenama lain dan membuat urutan muka tapi nda nampak apa2 perubahan. Kalau Massaging Pack, 10 minit urut sebelah muka, akan kelihatan kulit sebelah muka terangkat dalam 0.5cm lebih tinggi berbanding sebelah muka yang nda diurut. Maksudnya, kulit anjal, tegang dan licin hanya dalam masa 10 minit. Paling best, akan ada perubahan besar pada garis2 halus tepi mata dan pipi lebih terbentuk. Dagu pun akan lebih runcing. Memang siok! Selama aku ada EB ni aku nda pernah lgi facial di mana2 salun. inilah salun facial ku di rumah. Harga RM1901 dan ada gift harga RM500++. Berbaloi2kan?

Kalau ada kawan2 minta facial, aku hanya caj RM25-35 sahaja..

Inilah koleksi Elizabeth Arden ku. Mungkin jenama ni ndalah famous macam kebanyakan jenama yang sewaktu denggannya tapi gara2 sale hri tu, nah temerasa sudah mekap dan gincu mahal.

Sejarah terbelinya E.A ni, seminggu aku dan cousin ulang-alik tiap hari window shopping di Suria. 7 hari berturut, ok. Mulanya aku cuma mau survey handbag sebab aku mmang cerewet memilih handbag, tambahan lgi kali ini aku mau hndbag yang nda berapa besar. Sambil2 tu kami masuk kedai Watson, Guardian dan Metrojaya mencuba berbagai jenama lipstik dan lipgloss. Time2 kami sedang asyik bergincu di Metrojaya masa tu kami guna tester Revlon, kami disapa oleh beaty consultant E.A. Bla.. Bla.. Bla.. Aku dan sepupuku terus jtuh cinta sama E.A. Cara dia explain produk dan harga nda begitu memaksa, nah lagilah kami macam cacing kepanasan. Dengan hanya pembelian RM156 kami dioffer beli set mekap tu yang bernilai RM1900++ pada harga RM314 sahaja. Gilakah nda tu? Dapat lagi boucer tunai RM100 terus aku beli dompet yang atas tu hhahahaha... 1st time rasa diri betul shopping ketika Sale. Rasa lucu pun ada.. Shooping brang nilai 4k bayar nda sampai 1k. Ni baru di KK ja, kalau kL lgilah gila. Oh y, kwan aku shopping di London 2 hri lepas, lagilah gila aku rasa. Sale berabis di sana bilangnya. Yang geram tu, dia mau balik suda bru bgitau dia sudah shopping. Cis! Ndala sempat kirim barang.

Cream to powder, eye shadow, blusher Elysyle, Elken. Cream tu kalau pakai, nmpak natural, bebas kimia tapi macam nda berapa ngam dikulit ku. Kulit2 Chinese bulilah yang memang sedia mulus. Tu j yg ku komplen utk kosmetik Elken, kurang pilihan bgi aku yng berkulit nda berapa putih macam aku.

Yang ni pula aku borong masa sale Guardian bulan Mei lepas di CP. Ada bnyak tapi yang lain suda aku bgi ipar dan cousin ku. Nafsu membeli jgn ckp tapi bukan abis pakai pun semua since duduk rumah ni suda. Kalau masi keja, sebulan mungkin maskara pun abis sebotol.

BODYSHOP ! Aku suka berus dia. Ada blusher juga tapi suda tukar sama cousin sebab macam nda pndai abis aku pakai. 1st time guna concealer~loose powder~maskara. Semua aku suka. Harga buli tahanlah jugak.

Ni mekap aku paling murah. Beli di Noveal, CP. Masa ni aku keabisan mekap dan tgh pokai, so ini ja yang mampu masa tu hihhihi.

Dan yang last ni, produk penyelamat msalah jerawat ku. Aku pakai ni sejak akhir tahun 2003 tapi au stop pada akhir 2009 bila dpt set pencuci muka gift beli EB hari tu. 1 tahun ja aku bertahan guna Elken punya tu, jerawat ku menyerang semula. Aku start balik guna Aiken bulan April lepas kalau nda silap dan alhamdulillah masih mujarab asalkan disiplin cuci muka pagi petang, dan toner+moisturiser jangan tinggal setiap kali lepas cuci muka.

Sekian.

Kan Best Kalau Sudah Plan

Happy New Year !!!!

Mood bercinta datang lagi...

Alangkah best kalau time ni aku sedang berada di Kundasang menyambut tahun baru hanya BERDUA dengan suami tercinta Ghazali Amirul...

Jalan2 pekan Kundasang dan lepak dalam bilik menikmati keindahan bukit-bukau di sana.

Sepatutnya, plan dari awal. Cuti ini buat apa, cuti itu pigi mana. Ni hari sudah datang barulah meroyan sorang diri di rumah sebab baru sedar orang lain berjoli, sendiri bekurung. Padan muka. Hahaha...

Ok, nda apa. Sambutan new year aku akan bermula 3hb-8hb Janurai depan. Bukan BERDUA tapi beramai. Kawan2 dari KL datang Sabah. Kalau kamu ada baca entry aku pasal pigi Genting bulan6 lalu, haaaa doranglah geng2 itu. Antara destinasi utama Pulau Manukan dan Kundasang.. Kalau bukan kerana ada antara kawan tu baru 1st time datang Sabah, mungkin lagi gempak konon2nya aktivitinya.. Sepatutnya kami mendaki gunung tp yang lain xda bajet, jadi cancel la.

Dalam planning juga, untuk anivesary kami tahun 2012 yang ke9 (anivesary percintaan, perkahwinan lain), barulah kami mendaki gunung insya Allah kalau tiada halangan. Jun bday aku, mungkin sambut di KL lagi atau Indon.. Tengoklah kalau ada tiket murah dan bajet nda lari.. Hutang keliling pinggang ni sekarang, hehehee..

Pastu bulan 9 bday Panjang, kena bulan puasa atau raya kah tu? Ni belum bincang apa mau buat. Dan bln9 ni juga anivesary perkawinan yang ke 6.. Eeeee, 6 tahun suda kami kawin. Macam baru juga aku rasa.. Feeling becinta masi kuat. Alhamdulillah.

Bulan 11, Nadia punya arijadi, ni mungkin buat di KK ja la kali. Di rumah pun bulih juga..

Pastu end year tahun depan harus plan baik punya ni. Nda mau lagi macam tahun ni, ampai2 ja nda buat apa2. Boring oh!

Semoga berjalan dengan lancar. Ya, Allah murahkanlah rezeki kami tahun depan. Bulan10 mau pigi Perth dengan kawan pramugara terlampau ku di MAS... Harap2 jadi... Semuanya bergantung bajet... Murah rezeki, murah rezeki, murah rezeki. Amin.......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 29 December 2011

Sebelum Aku Tidur

Petang tadi time ujan-ujan tu, tiba-tiba kawasan rumah aku blackout.. Suami merengek-rengek minta masak mee maggi.. Urang bilang, makan megi time ujan-ujan, sedap.. Nah, itulah tu dia minta masak megi. Belum aku masak, dia sudah .... Kroooh !!! Krooooh!!! Tertidur. Kesian, baru balik keja. Aku pun nda jadilah masak megi. Aku melipat kain. Abis lipat, rasa boring pula dan lapar. So turunla aku pigi kedai membeli apa2 yang patut. Kira mencari keropok lekor tapi tiada orang menjual jadi beli martabak jawa, goreng pisang dan buntut ayam panggang ja. Ni kali aku jalan kaki ja, nda la aku mendrive, senaman sikit. Kereta pun baru cuci tadi. So, akibat kekenyangan, tidur awal la tadi. Blm jam9 pun so tu pasal mata masi celik lagi walaupun suda pukul 1 pagi.

Urm... Di malam2 buta ni aku macam mau flash back secara ringkas ja hidup aku sepanjang tahun 2011 ni. Kiranya macam muhasabah dirilah bah ni.

Tahun ni merupakan tahun yang sukar juga bagi aku. Meninggalkan MLM (jualan langsung) pada bisnesnya (masi guna produk) sebab aku rasa terkejar2, hidup kelam-kabut dan tertekan.. Bukan salah leader aku tapi aku dengan rela hati mengundur diri buat sementara waktu. Salah satu alasan kukuh, aku nda pandai drive. Nda mau menyusahkan upline jumpa prospek sini-sana mengharapkan dorang.

Dari itu, aku cuba cari keja yang akan membuatku hidup secara biasa semula sebab buat MLM ni kau bukan biasa, kau luar biasa. Ada matlamat, positive thinking dan fokus ! Dapatla juga keja tu dan aku rasa diri makin slow, down, dan aku rasa aku hampir jadi orang lain, bkn diri aku. Mungkin pasal tempat aku keja tu nda sesuai dengan status dan pengalaman keja aku.

6 bulan bekerja, aku berenti dan jadi surirumah sepenuh masa. Rasa lega sedikit sebab, rumahtangga terasa lebih aman jika isteri yang mengatur segala-galanya. Dan memang ini aku mau dari dulu. Aku bukan mau jadi jutawan, bukan mau jadi CEO, bukan mau jadi wanita hebat di luar. Aku mau hebat di dalam tapi selama beberapa bulan, hebat juga konflik dalaman aku.

Konflik tu, dalam mengimpikan aku menjadi surirumah, ada satu naluri yang meronta-ronta supaya aku jadi wanita yang ada pencapaian. Aku perlu buktikan sesuatu pada orang tapi di akhir tahun ini, aku dapat rasakan, itu hanya naluri terpencil. Naluri utama ku ialah tetap menjadi surirumah. Ya, walaupun kami bukan orang senang di sini tapi asalkan hati aku tenang, tenteram.. Duit bole cari tapi ketenangan susah .... Semoga dengan keyakinan dan pendirian ini rezeki datang dengan cara lain.

Insya Allah, kalau rezeki aku memang dalam MLM tiba masa aku bole bangkit balik. Kalau rezeki itu bukan pada kerjaya aku, semoga suami aku mendapatnya dalam pekerjaannya pula. Amin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khas Untuk Pembaca Sabahan

Bagaimana didik anak?
( If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots- Maddox. )
****

Soalan pembaca:

Salam and salutations

Saya cadangkan KeretaMayat tulis entry tips didik anak2 pulak. Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja. Jaga pesakit. Ada amalan yang susuai untuk didik anak? boleh share dengan kami, terima kasih.

Jawapan dari Hamka keretamayat.

Salam and solutions.

Anak aku masih kecik-kecik, yang sulung masih sekolah rendah, yang kecik masih berpampers, jadi nak tulis dari segi pengalaman belum sempurna, tapi aku nak tulis juga tip-tips perihal jaga anak setakat yang aku tahu. nota kepada diri sendiri.

1.Tolong bagi nama yang ringkas.

Aku pelik zaman sekarang, mak bapak suka benar menyusahkan masa depan si anak dengan bagi nama anak panjang nak mampus, kesian anak korang bila waktu nak isi borang, ruang kotak tak muat, waktu exam terkial kial nak tulis nama, lepas tu bila nak kahwin, terkebil kebil Tok Kadi dan calon menantu nak sebut nama anak yang panjang nak mampus.

"Aku nikahkan dikau, Tuan Abdul Ahmad Rais Said Altonfok Tonfok Tun Kiai Berahim Bin Ammad Fuad Zambri Mamawee Al Tompek dengan Siti Ainun Bariah Putri Gusti Ledang Amani Kudus Binti Tun Doctor Datok Tuah Syeid Haji Abdul Malik Karim Abdullah dengan mas kahwin.., hargahhh, putus nafas! Semput.. semput!"

Mana ada dalam islam suruh letak nama anak panjang panjang?, dalam islam ajar nama pendek pendek jer, contoh: Nuh, luth, Adam, Isa, Ali, Umar, dan lain lain, kan senang? Al quran tak nak ikut, habis tu nak ikut sape? puteri gunung ledang? Dah buang tebiat? Nak kena sumpah muntah darah? Bingai tak habis habis.

Nama anak perempuan aku sepatah jer, Najiha binti Hamka, habis cerita.., aku bagi nama anak aku ni bukan gabungkan nama nenek aku dan bini aku atau makanan kegemeran dan peristiwa, aku namakan nama anak aku najiha sebab waktu lahir, dalam TV ada drama bertajuk, "syair buat najiha", lakonan Rita Rudani, aku memang minat Rita rudani waktu bujang dulu, jadi terus letak nama Najiha. Woha!

2.Kalau boleh, bagi nama anak yang unik

Nama unik, maksud aku namanya tak terlalu ramai yang guna, ini dari segi psikologi, anak akan cepat terkenal kerana orang akan mudah ingat nama beliau, dan cerahlah masa depan insyallah, serta mudahlah beliau untuk takluk dunia, macam nama Hitler.., he he,

Contoh nama aku, Hamka, kat sekolah, jarang sangat aku jumpa dengan orang nama Hamka, kalau jumpapun, tak hensem macam aku, aku tetap win- woha!, dan nama anak aku terkini, Hazkil, sempena Nama Nabi terdahulu yang sezaman nabi Ibrahim, setakat ni aku tak jumpa nama anak kawan aku bernama Hazkil, dan aku panggil dia dengan nama manja "K".., mungkin bila besar esok, dia akan jadi Datok K, dapatlah aku menantu secantik Siti nurhaliza, dapatlah pakcik pergi konsert maharajalawak percuma –woha!

3.Jangan takutkan anak dengan hantu.

Mak bapak yang bodoh jer ajar anak takutkan hantu, tak de manfaat langsung ajar anak takutkan hantu. Sejak dari kecik lagi, aku dah bagitahu pada anak aku bahawa hantu itu tidak wujud, malahan, aku tak pernah cerita hantu pada anak aku dan larang siapa-siapa yang berdekatan dari menyebut-nyebut tentang hantu, dan jika ada hantu yang menjelma, siaplah aku kerjakan! Woha!

Aku juga ajar anak aku agar tidak takut kepada gelap, untuk itu aku buat ujian 'seekers' iaitu dengan meletakkan mainannya di bilik belakang, tutup semua lampu. Lepas tu aku duduk bahagian depan rumah dan arahkan anak aku, sorang sorang pergi ambil mainan dalam bilik belakang yang gelap, siapa yang berlari di kira gagal (kena pukul), siapa yang menjerit dan menangis juga di kira gagal.., (aku terajang) dan alhamdulillah mereka berjaya mencari mainan dalam rumah yang gelap (di bilik belakang pula tu) tanpa menjerit, menangis atau takut…

Maka senanglah aku tidur berasingan dengan anak anak aku, dan jimat bil letrik sebab anak aku memang suka tidur dalam gelap, kalau bukak lampu, mereka akan merayu agar di tutup, ok.., jimat letrik dan dapatlah aku beramaradana dengan isteriku tanpa perlu bimbang anak ternampak 'toyol'. Woha!

4.Tak payah habiskan duit hantar anar anak belajar ilmu yang pelik pelik.

Ada orang habiskan duit beribu ringgit hantar anak anak belajar ilmu yang kononnya hebat untuk si anak waktu cuti sekolah dengan ilmu pelik seperti hafal sifir 78, menjawab soalan matematik menggunakan minda, teknik silang jari untuk sifir 46, teknik adiputra, vedic math, mental math dan lain lain, bagi aku semua tu buang duit, buang current, sebab zaman sekarang dah ada calculator, kesian anak hafal sifir 78 darab 36 dan berkira kira dalam kepala, selepas 10 minit tersenyum puas, anak orang lain dan siap 0.05 second tekan calculator.. kejayaan matematik bukan di ukur dari segi betapa cepat hafal sifir pelik pelik, tapi paham konsep, baik belajar kalkulus, Math engnenering, EMT dan lain lain.., ni satu contoh ilmu, ada banyak lagi, pikir sendiri.

5.Jadikan anak, hadiah yang paling dia suka adalah buku.

Kurangkan peluang hiburan, seperti peluang main geme, internet, atau astro, maka anak akan cuba cari hiburan dengan perkara lain, dan apabila si anak terhibur dengan membaca buku, maka insyAllah, cerahlah masa depan mereka.

6. Didik anak cara Sunnah.

Anak macam 'sponge bob', akan 'menyerap' semua kelakuan ibu bapa sebagai falsafah hidup, bapak yang solat di rumah, anak juga akan ikut solat di rumah walaupun bila besar jadi ustaz, bapak yang tak solat, anak jugak akan sama tak solat walaupun bila besar jadi pemimpin parti so call islamic. Maka, untuk didik anak cara sunnah, mak bapak dulu kena amalkan sunnah, mak bapak masuk tandas tak tutup kepala, anak akan ikut.., (aku ler ni..oh) mak bapak hantar nenek ke rumah orang tua, anak juga akan hantar korang ke sana,oh..

Jadi, jaga sunnah dalam diri korang, sebab si anak sedang perhatikan korang.., pernah member aku tegur lepas solat isyak pada satu malam," eh, Hamka, kau tak ajar anak kau solat sunnat bakdiah dengan betul ke Hamka?, aku tengok dia solat satu rakaat jer..

Aku cakap, "anak aku tu solat witir..," (macam bagus aku ni, pergi mampus!)

Secara ringkas, anak belajar dari pemerhatian, bermakna, jika kita ikut sunnah Nabi, maka senang anak nak ikut, jika kita KO, anakpun KO sama, (tertakluk pulak kepada kawan kawannya)

7.jika ada orang menegur kesalahan anak kita, ucapkanlah terima kasih

Ni penting!, jika ada orang marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada mereka yang cuba selamatkan masa depan anak kita..Kenapa Mak bapak jenis tu aku panggil bangang?!

Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bangang!

Masa aku kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak aku cakap aku ni nakal usik anak dia, mak aku terus ucap terima kasih, dan pukul aku depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan aku, itulah yang mak aku lakukan..

Tapi ada jugak jiran aku, bila mak aku mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak aku, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..

Sekarang, mak aku dan jiran aku tu pun dah arwah, dan aku tengok, anak jiran aku tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)

Dan hari ini, aku tengok ramai mak bapak yang bila kita mengadu salah anak mereka, di makinya kita, tak boleh terima keturunannya buat silap konon, apa punya bangang?!

Jangan rosakkan masa depan anak anak kita, jika salah hukumlah.., dan jika ada orang lain mengadu, ucaplah terima kasih kerana dalam dunia ini, masih ada orang yang sayang pada anak-anak kita..

Korang tahu kenapa ramai mak bapak bangang dalam hal sebegini?

Ini adalah kerana sikap tak boleh dikritik, dan rasa diri betul dan sempurna, yang mana apabila ada orang mengkritik anak mereka, pada pandangan si bangang ini, seolah mengkritik diri mereka, aduhai.., anak buat salah, orang tegur, buat apa nak emosi, lebih baik betulkan anak sewaktu masih boleh dibetulkan..,


Aku tahu korang sayang pada anak korang, tapi cara korang tunjuk kasih sayang biarlah dengan cara yang betul, Lukman Nur Hakim yang bijaksana selalu pesan, "anak tidak dapat tidak perlu dihukum, seperti kebun perlukan air" atau pepetah melayu lama; "sayang anak, tangan tangankan..," atau pepatah keretamayat.


"jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih"


8.Hidupkan suara Nabi di rumah.

Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..

Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu,

Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila 'Suara Nabi' di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...

Untuk itu, aku juga belajar-belajar menghidupkan 'Suara Nabi' (bacaan ta'alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..

Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?

Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?

Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali "suara Nabi" dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?

Jawapan mereka adalah mereka mendengar "suara Nabi" setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis "suara Nabi" di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap?(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)

Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..

Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar 'suara Nabi'.., apatah lagi anak anak kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..

9. Jangan tunggu 10 tahun baru nak pukul anak.

Percaya cakap aku, tak nak ulas bab ni.., anak aku belum 10 tahun lagi, dah kena pukul dah, pergi surau diam jer kat belakang, (macam riak aku ni..oh) tak macam budak budak lain yang buat bising kat belakang surau waktu solat, bapak pulak buat bodoh jer, bila tanya, kenapa tak larang anak buat bising, mereka cakap, tunggu 10 tahun baru boleh pukul.., apa ke bengap?! Memang Nabi suruh pukul anak tak solat bila umur 10 tahun, dan itu bab solat, bab lain, tak kan nak tunggu 10 tahun? Lagipun dalam islam tahun pendek, anak umur 8 ke 9 tahun kelendar masihi dah 10 tahun dah.., pukul jer anak tu, ada hadith, rumah yang di gantung rotan untuk mengajar anak, dapat pahala, tu gantung, kalau pulul lagi banyak pahala. dan tak perlu aku cerita tahap pukulan yang macam mana, aku tahu korang semua tak slow. Biar anak takut dan hormat sama kita waktu mereka kecik., cuba rujuk gambar di bawah:

Gambar di atas aku petik dari web maddox, dan aku kongsi nasihat beliau:"If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots."

Jap lagi ada yang butthurt: "eh, Hamka, kenapa qoute ayat orang kapir?"

Yelah yelah, aku qoute kata kata Lukman al hakim, anak perlu dipukul seperti kebun perlu di airi... amacam puas hati?!

Ok, Aku rasa cukup sampai sini, anak aku dah menangis nak susu, pergi dulu, bancuh susu jap. Eh, rupanya anak aku menangis sebab si abang sulung yang usik? Mana rotan? Siap kau!!

( Babak seterusnya terpakasa di potong kerana terlalu ganas yang agak keterlaluan, juga ada gabungan dua atau lebih unsur ganas yang lain)

Sekian.

Ps: Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang hitam, mereka akan mencoteng muka mak bapak dengan kapur- woha!

POSTED BY HAMKA (keretamayat.blogspot.com)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Testing


rasa mau gelak pun ada, bila kemudahan ini sudah lama ada tapi aku pandang sepi, sekarangkan senang. bole update blog dengan pic2 melampau suda bila2 masa dan di man jua..

atas tu pic paling baru. wajah pemandu lesen p, alhamdulillah tercapai juga misi aku untuk memiliki lesen memandu akhir tahun ini. aku start ikut kelas bulan januari okey, disember baru siap kerana hampir2 give up mau teruskan. amali 8 jam aku ulang semula menjadi 16 jam. semangat kental untuk amali yang kedua, terus lulus ja ujian jpj. so aku boleh sudah meninggalkan 2011 dengan hati yang lega dan wajah di atas ialah wajah cuak berjinak2 mendrive sorang diri. nda sangka langsung suami aku yang gagah perkasa itu takut kalau aku yang drive. mulutnya macam murai, pep pop pep pop. bila drive sorang lagi steady dan confident sebab tiada tukang kritik di sebelah.


dan gambar atas yang nda berapa gojes ni ialah diambil pada minggu yang lalu. rasa macam wajah lebih suci tanpa mekap tebal buat masa ini. aku mekap ikut mood. kalau time tiada mood begojes-gojes mau juga mekap, siaplah. 

Wednesday 28 December 2011

Hidup Lagi Rupanya...

Aku mencatat pada jam7.50 pagi. Awal, kalau di opis2 ini time2 kritikal dorang punch card, tapi aku ini time2 kritikal aku mau post entry baru kerana terasa sangat rindu ! ingatkan blog ni hilang nyawa sama sekali tapi bila tengok statistik kedatangan pengunjung, hidup lgi rupanya walaupun mungkin yang datang bukan peminat setia tapi biarlah aku hidupkan semula halaman kesayangan ini.

Genap sebulan aku menyepi. Mencari ilham kononnya, banyaklah kau punya ilham tapi malas mau tulis pulak.

Mood menulis hampir tiada langsung kerana masalah2 teknikal yang jgn dilayan sangat.

Kamu perasan atau tidak, berapa ramai kenalan yang kamu ada? mungkin ribuan.. tapi berapa ramai dari kenalan itu adalah kawan kamu? Kamu tau apa itu kawan? Mungkin ada yng jawab, kawan ialah orang yang paling rapat dgn kita di pejabat/sekolah/kampung dan lain-lain. Kawan ialah, orang yang seringkali kita ajak keluar bila kita bosan. Kawan ialah org yang suka belanja kamu makan. Kawan ialah, orang yang menyimpan bnyak rahsia kamu. Kita ada pendapat msing2 tapi bagi aku, kawan ialah orang yang berkongsi SUKA-DUKA dengan kita, orang yang mendengar nasihat kita, orang yang boleh menerima kritikan kita, orang boleh simpan rahsia kita, bole faham kita, bole dengar luahan kita, orang yang sentiasa menyokong kita, orang berani mengatakan apa kesalahan kita dan paling penting dia sentiasa bersama kita dalam apapun keadaan. Sebenarnya, aku sedang kehilangan orang ini dalam hidup aku.

Aku seorang yang banyak berfikir. selain daripada menulis, aku perlu bercerita pada seseorang yang aku prcaya untuk mengosongkan minda dan orang itu sedang hilang dan seperti aku tidak dapat menghalang...