Wednesday 3 August 2011

Sebagai Menghargai Follower

Lepas solat subuh, aku buka laptop dan blogwalking....
Nampak entry abglan terus klik dan baca.... Ia berkenaan tentang pengkomen terbanyak... lebih kurang begitulah maksud entry tu, kalau ragu2 sila baca sendiri....

Sebenarnya, aku sudah lama mencari gadget ni tapi tak jumpa-jumpa yang senang nak letak dlm blog... Akhirnya aku menggoogle juga dan jumpa yang paling mudah cara nak buat dan itulah hasilnya.... Siapa nak ambik, silakan klik saja. Dan hasilnya, amat melucukan kerana walaupun aku follow banyak blog tapi blog2 yg aku follow tu kebanyakannya blogger papan atas, mana mungkin dia nak follow balik apalagi nak menggatal balik komen kat sini kan?

Dan ada juga blog yang aku follow dan selalu blogwalking tu bukanlah blogger papan atas tetapi tidak pernah membalas kunjungan apatah lagi komenan, tak kisahlah yang penting aku suka baca blog dorang. Yang aku banyak pasti ni, kebanyakan pelawat aku tak suka tinggalkan komen kerana mungkin dorang bukan blogger so just baca and leave... Itu saja. Pun aku tak kisah, asalkan aku dapat kongsikan sesuatu yang baik kepada yang datang melawat.

Tetapi aku sangat-sangat menghargai sokongan daripada dua blogger ni yang dari blog lama hinggalah ke blog aku yang baru ni tak henti2 berkunjung dan meninggalkan komen. Sama ada dorang hanya nak balas budi baik aku sebab selalu jenguk blog dorang dan meninggalkan komen ataupun kerana dorang angau gila dengan blog ni, dorang adalah yang terbaik! Angau gila bermaksud, kalau aku tak follow atau komen blog dorang pun, dorang masih terhegeh2 jenguk blog aku, macam yg aku buat kat blog2 yang hebat2 tu hehehe... Mereka yang dimaksudkan ialah, abglan dan Fazil Hamid. Tapi kalau mengikut kiraan pengkomen tertinggi, Fazil Hamid masih mendahului abglan... tengkiu, tengkiu kepada bro berdua... Semoga silaturahim kita terus terjalin, cewah!

Boleh tak aku tanya, kenapa korang suka baca blog aku? Jangan bagi jawapan sentap k, hahaha....

9 comments:

Cikgu Abah said...

nak bg jawapan sentap nih...hahaha...
jap eh..aku pon tak penah fikir kenape kalau online nak bace blog ni...hehehe...
tapi kalau online memang rase nak bace...
hehehe...

Aku MamaGlam said...

seorang kawan, tidak akan berharap n melakukan sesuatu utk mendapat balasan yg sama atau selainnya. tp seorang kawan, akan sentiasa ingin mengetahui perkembangan cerita hidup kawannya yg lain melalui pelbagai cr, salah satunya ialah melalui blog. wlupun tiada komen yg ditinggalkan tp sekurang-kurangnya seorang kwn sempat membaca n mengetahui perihal kawannya.

mcm aku la, aku suka lawat blog ko sbb ko kwnn aku suda dlm dunia blog nih tambah lg kita ni dr sabah sama2. aku nda kisah kwn aku dtg atau tidak ke blog aku, komen atau tidak entry aku. yg aku tau, aku tulis entry d blog dan but blog ni, sebab aku anggap ia sbg diari maya aku sendiri, dunia aku sendiri. dah, jikalau ada kawan yg nak tau cerita aku (oldfren or new one), aku bg je la alamat blog aku tuh..

mo cerita pjg xcukup masa, byk komitmen, so apa2 hal baca d blog ja.. mcm tu la aku buat dgn blog kwn2 aku..

kadang2 aku terfikirkan psl kawan aku "apa cerita suda dia,?", aku masuk la blog dia.. mcm tu la aku wat ngn blog ko.. dan blogger lain..

wah, pjg statement kan.. hihihi.. tp mmg jujur ni jwpn aku nih..

abglan said...

Mekasih Nani, terasa dihagai lak bla Nani tulis camni. Aku memang suka baca sbb aku rasa ko tulis ni ikhlas, ko pun tak sombong. Tu sbb aku suka lepak sini :).

Ko tambah le follower, nt lg amai org lepak n komen kat sini.

Nani said...

Wah, terharu aku baca semua komen korang...

MamaG: terasa ikhlas sgt apa yg kau tulis dlm komen di atas. menyentuh hati. Aku pun sama. Bnyk2 blog dlm redeye team, tinggal blog mu lagi yg ada dlm list aku.

fazil : Tq banyak.. Aku rasa blog kita takdelah hebat sangat tapi kita menulis dari hati bukan nak glamer...

abglan: tq banyak juga. wpun blog abglan makin naik, masi sudi lawat ke sini.

jejahjohan said...

aku? owh mentang2 aku x selau comment... :p

Nani said...

izah: janganlah... bukan korag yg aku maksudkan... pleasee jgn kecik hati :(

abglan said...

Makin naik tak lah Nani tp mmg dah makin banyak kawan.. :) suka lah...!

Aku MamaGlam said...

yaka. bgs la klu aku msh dlm senarai kwn mu. sian aku ni xramai kwn alam maya. tp bl ko ckp tu, kita mnulis bkn utk glamer. kita hepi klu ada yg sudi setia follow crita kita. kita xkisah jer pd yg xsudi follow kita atau yg harap balasan kan.

myred eye msh mcm tu jg. aku follow jg kdg crita blog dorang klu aku sempat atau teringat. lgpula dlm fb pun ko la yg aktif komen statusku. yg len mn ntah. update status pun mcm xbrapa nk ada. bz kut. apa2 pun arap2 kita tetap lg jd kwn maya sampi bila2 n blh kongsi mcm2 crita n info baik. kan kan.

Nani said...

ya sbb aku suda tukar blog jadi yg lain tu aku inda ingat suda alamat blog dorang... tp nda apa la bah belum terlambat lagi kita membina persahabatn di alam maya ni..