Friday, 19 August 2011

Apa Yang Berlaku Hari Ini...


1. Berbuka hanya dengan segelas milo sebab Panjang o.t. Malas nak makan macam2 bila sorg2.

2. Aku boleh jaga anak asuhan aku sebaik mungkin tapi aku masih tak boleh pupuk rasa sayang aku sebagaimana aku sayangkan anak aku. Rasa macam ada bakat jadi mak tiri yang jahat ja hihi.... Tak, aku ibu yang baik hehe.

3. Nak sangat makan ayam goreng tapi belum beli ayam lagi. Macam selera budak2 pula kan...

4. Nak buat kuih raya tapi jaga baby. Kalau nak buat malam, mmg tak larat der!

5. semoga Allah terus tabahkan hati kita semua untuk melalui setiap dugaan yang diberi. Aku selalunya malu nak berdoa takut tak layak untuk meminta lebih2 dari Allah tapi sesungguhnya kuat meminta itulah yang disukai Allah. Ya allah kuatkanlah iman kami, gandakanlah ketabahan kami semoga kami perolehi hikmah disebalik ujian Mu.

6. Baca blog Jejah dan tngok video Catriona Rosa dan Wardina bagaimana dorg terbuka hati untuk jadi muslimah yang sejati. sampai menitis air mata dibuatnya dan aku sedar tentang satu perkara. Tidak semestinya kita beragama Islam itu bererti kita dah diberi hidayah sepenuhnya dari Allah. Kita hanya mendapat hidayah bila kita benar2 hidup dalam akidah Islam. 

7. ayah dan ibu aku merupakan mualaf, so adakalanya rakan2 sebangsa yang tak seagama mempertikai kenapa harus bertudung? Ya, aku dapat tangkap maksud dorang sebab ramai diluar sana yang pakai tudung tapi rosak akhlaknya maka jawapan aku ialah "memang benar, bertudung tak semestinya orang tu baik (zaman ini) tapi bagi yang ikhlas memakainya pasti akan kelihatan berbeza daripada yang lain." 

Aku suka no 7 maka pada hari ini hanya ada 7 perkara yang mampu untuk aku lahirkan dari pemikiran ku... Mood tak berapa betul takut buat entry mengarut hehehe.... 

5 comments:

Fazil Hamid said...

memang org bertudung tak semestinya baik..tp tutup aurat kan 1 kewajipan...kat situ je dah kurang 1 dosa..kan..kan..kan..

Izah Johan said...

yg no 6 tu aku suka... pasal ko g kat blog aku... :P alhamdulillah jika aku juga merasa keinsafan... itu bermakan masih ada iman didalam diri... teruskan niat untuk menjadi muslim sejati....
ayam gorang pon sedap kan...
nak resipi ayam masak lemak ke?? jup g aku post

Nani said...

Fazil: Ya betul.

Izah: tq la sb share video tu... terus rasa nak gi umrah secepat mungkin...

abglan said...

Aku sokong apa cikgu kata tu, tudung tu memang wajib pakai.

Nani said...

tudung kan macam solat juga... ia wajib dan belum tentu menggambarkan kita ni manusia beriman melainkan amalan lain dilakukan bersama...