Thursday 11 August 2011

Benci Ibu

At 3 years old, we say ''Mommy I love you."
At 10 years, ''Mom whatever."
At 16 years, "My mom is so annoying."
At 18 years, "I'm leaving this house."
At 25 years, ''Mom, you were right''.
At 30 years, ''I want to go to Mom's house."
At 50 years, ''I don't want to lose my mom."
At 70 years, "I would give up everything to have my mom here with me.
" You only have one mom. appreciate ur mom  and love your Mom.

************************************************************************************
Pagi kemarin ada member hantar mesej tu kat bbm...
Selalunya apa2 mesej yang tak penting atau tak menarik aku akan ignorekan aje tapi bila baca mesej tu, menusuk dalam hati...

Korang rasa tak ada menusuk dalam hati tatkala membaca mesej itu? Mestia adakan? Kalau yang pernah gaduh ngan mak tu, mustahil tak tertusuk... Jom kita kupas satu2...

At 3 years old, we say ''Mommy I love you." 
Anak aku berumur 4 tahun... dan apa yang ayat tu cakap ialah itulah yang berlaku dengan anak aku. Bagi aku dalam tempoh ni, anak kita dah mula memahami apa yang sedang berlaku disekelilingnya... Begitu juga dengan hubungan antara dan ibunya... Masa ni mereka sangat sayangkan kita, suka bersama2 kita... Masa nilah kalau kita nak didik dia jadi anak kita, masa yang sangat sesuai start untuk nak bentuk jati diri dia yang sebenarnya. Dari pemerhatian ku, anak aku sangat sensitif dengan semua perlakuan aku pada dia... Bila aku berpaling sedikit, dia akan merajuk... Dalam setiap apa yang dia nak lakukan, dia nak aku ada bersama. Contoh: tengok tv. Bila iklan dia akan datang kat aku minta peluk, cium semua... Bila aku tak layan dia merajuk...

At 10 years, ''Mom whatever." 
Hasil macam mana kita bentuk anak pada umur 3 tahun mula kelihatan di usia ini pada perkiraan ku.. Dia dah ada ideologi sendiri dari apa input yang kita beri dan sedikit dari pengaruh sekitarnya.. Dah ketara sama ada dia degil ataupun ikut cakap... Dah boleh jauh dari mak.. Ini time untuk ajar dia berdikari pulak.. Aku dulu pada usia ni dah pandai masak nasi, masak maggi, basuh baju, jaga adik dan buat keja rumah sikit... Dah pandai suka lelaki pun, hehehe...

At 16 years, "My mom is so annoying." 
Hokey, dah remaja dan akhil baligh.. Persahabatannya semakin meluas dan jika pada umur 10 tahun dia dah mula degil, pada 16, lagilah ketara. See, dia dah mula bosan dengan kita. Masa ni kita tak boleh nak marah dia sangat. Kalau nak marah pun dengan berhemah kerana dia mula merasa yang dia tu dah besar dan boleh fikir sendiri. Tak boleh always jadi mak dia tapi time ni kita kena jadi kawan yang paling rapat dengan dia, kalau tak bersedialah menerima ayat di atas. Itulah yang aku rasakan pada usia aku 16! Aku nak mak aku jadi kawan aku...

At 18 years, "I'm leaving this house." 
Time tu enjoy! Masa ni anak kita dah habis sekolah menengah so, boyfren of cos akan ada... Perangai juga makin menjadi2 kerana dia dah mula keluar ke dunia nyata yang banyak pancaroba... Time kita kena teruskan peranan kita semasa dia 16 tahun tapi masa ni kita dah mula berkomunikasi dengannya dengan cara dewasa... Jangan cuba nak rendah2 martabat diri dia. Respek selalu dan kena bincang secara lembut jika dia buat salah.. Ambil hati dia selalu supaya dia tak rasa kita ni mengongkong dan rasa nak lari dari rumah. Pastikan suasana dalam rumah kita selalu menggembirakan anak2.

At 25 years, ''Mom, you were right''. 
Pada usia ni aku dah kawin tau dan itulah kata2 yang selalu terbit dalam hati aku apatah lagi skg aku dah ada anak... Kita dah rasa macam mana kedudukan kita sebagai isteri dan sebagai mak... Baru kita mula sedar, "patutlah mak macam tu dulu...". Kita dah mula memaafkan segala persengketaan kita dengan mak masa muda2 dulu bagi yang pernahlah...

At 30 years, ''I want to go to Mom's house." 
Anak-anak semakin membesar dan adakalanya kita tak dapt menangani masalah anak-anak dan juga suami... Lalu kita selalu call mak kita, lawat mak kita nak mengadu masalah. Lepas masalah dah settle lita tambah sayang mak kita... Tapi ada juga yang time susah cari mak, dah senang lupa... Balik kampung pun susah.

At 50 years, ''I don't want to lose my mom." 
Kalau panjang umur, masa ni mak kita dah tua sangat... Kita makin sedar bahawa tak lama lagi mak kita akan meninggalkan kita... dan kita tak sanggup itu terjadi..

At 70 years, "I would give up everything to have my mom here with me.
" You only have one mom. appreciate ur mom  and love your Mom.
Kita pun dah tua... Kalau tak insaf lagi tak taula... Kita masi ingat mak kita lagi tak agak2 pada usia ni? 

Anak-anak yang baik ialah anak-anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang dan perhatian...
Anak-anak yang baik ialah anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga harmoni dan hormat menghormati...

Kalau kita rasakan kita tak dibesarkan dengan itu semua, janganlah bersedih. Bersyukurlah kerana kita masih mampu menjadi insan yang baik pada hari ini. Ada mak bapak yang tak perfect tapi apa yang cuba dorang buat ialah nak didik kita jadi orang berguna. Pastikan kesilapan mak bapa kita tak berlaku pada anak2 kita. 

Siapa pun mak bapak kita, tolonglah... Jangan lupakan mereka.. pada usia tua bukan wang ringgit yang dorang mahukan tetapi perhatian dari anak2... Luangkan masa menjenguk mereka selalu...

mama ialah baju hijau 2 dari kiri...
Family ku...

4 comments:

Cikgu Abah said...

setakat ni..anak masih cakap "abah saya hebat.."
hehehe..waktu die cakap adalah waktu yg mcm tak best...mesti ade sesuatu yg die nak..hahaha...

Nani said...

hahaha... bijak sungguh anak itu ye... Mudah2an hingga ke besarlah dia anggap abah dia hebat... anak aku selalu cakap "eiii, mummy comel, comel, comel!" sambil cubit pipi aku...

abglan said...

He he he... elok le, syurga bawa tapak kaki ibu

Norhisham Nordin said...

ibu aku dah lama takde dah... apa lagi nak raya ni, mesti rasa tak best... dah tak seronok dah...