Friday 5 August 2011

Ramadhan Ke6

Semangat ja buka laptop pagi-pagi kerana ada pemberitahuan emel bahawa beberapa individu meninggalkan komen diblog. Uh, mesti ada cerita best kata ku dalam hati... Tapi bila buka blog, baca entry kawan-kawan, aku pulak yang blur... cuma bila baca blog Fazil Hamid, terkesima dengan entry bayi putus kepala semasa dilahirkan. Terkesima bukan kerana cerita tu best tetapi perasaan ngeri bila perempuan tu bersalin seorang diri dalam tandas, dan mungkin  dia menarik kepala bayi itu secara paksa sehingga terputus. Astghfirullah hal'azim! Umur perempuan tu tidak sibutkan (berlaku di Melaka-akhbar Metro) tapi korang bayangkanlah macam mana dia melalui detik itu.

Teringat bila kami sekeluarga menonton wayang pada hujung minggu, beberapa bulan yang lepas (kami jarang keluar hujung minggu kerana Panjang hanya cuti pada hari Isnin), shopping mall dibanjiri oleh remaja yang kebanyakan 15 tahun ke bawah pada perkiraan ku. Kebetulan mungkin mereka ada aktiviti kokurikulum sebab ramai diantaranya memakai tshirt KRS (Kadet Remaja Sekolah).

Apa yang terlihat ialah, beberapa kelompok dari remaja tadi dengan tanpa segan silu lalu lalang dengan kesan love bite di leher.. Yang lain pula bertampal dengan plaster untuk cover... Sakit sungguh mata melihat dan agak mengganggu fikiran. So, korang nilailah sendiri. Bila begitu mungkin dapat disimpulkan bahawa, pelajar sekolah adalah golongan yang paling berani melakukan aksi2 melampau dan baru2 ni aku terbaca pula blog yang mengatakan seorang pelajar perempuan 16 tahun mengaku tiada dara dengan statement yang sangat berani. Yang tak boleh blah boleh pula dia cakap "biar aku takde dara tapi aku masih ada maruah". MARUAH? Lawak sungguh!

Memang sangat membimbangkan! Kalau dulu, perkara sumbang yang pernah aku tau hanya dilakukan oleh golongan dewasa tetapi kini pelajar sekolah pula yang banyak melakukannya. Amat menyedihkan. Tapi aku setuju jika faktor yang menyumbang gejala sosial ini ialah "dunia tanpa sempadan". Sejak telefon berkamera dan bluetooth dikeluarkan, bertambah mudah video lucah disebarkan. Tambahan lagi sekarang, pelajar2 kita mula menggunakan telefon seawal sekolah rendah dan telefon yang mempunyai kemudahan itu kini semakin murah harganya dan mampu milik oleh semua golongan. ok, entry ni dah macam karangan sekolah hahaha...

Talian internet, laptop dan komputer yang semakin murah sepatutnya melahirkan golongan yang celik i.t tapi disalah gunakan. Hurm, tak nak panjangkan lagi entry ni.... Cukuplah...

6 comments:

ladymariah said...

kalau kita dulu budak2 nda lagi pandai malu2 kan nani. kalau sekarang sekolah rendah pandai dah bcinta2. yaiii.. bikin gali juga bah.

K said...

teknologi memang bagus, tapi bila disalahgunakan, memang begini lah jadinya =)

Cikgu Abah said...

setuju...mmg teknologi antara faktor utama..
cume masalahnya..bile semue ni tak di kawal..
budak2 fikiran singkat..tau nak seronok je..
malah ramai yg tak tau ape masalah akibat drpd gejala sosial ni...
pening jadi ibu bapa kan..takot..

Nani said...

Mariah: ya betul itu. kalau copule pun, mana berani mau jumpa2 ni semua. pakai surat ja..

sergeant/Fazil: kalau boleh janganlah anak2 didedahkan sgt dengan teknologi yang canggih. Mean, kena tgk umurlah. kalau masih sekolah tu tak payah bg hanfon yg canggih2. cukup boleh sms dan call sudah. penggunaan internet di rumah pun kena pantau selalu.

mmg cabaran jadi ibubapa masa kini sgtlah hebat..

Aku MamaGlam said...

semuani terpulang dgn apa input yg kita bg dan yg mereka terima. Jadi bgtu la output yg kita nampak. zaman suda brubah.

Nani said...

tapi macam 1 ja yg aku nmpk paling pntg ibubapa harus buat ialah, bagi anak supaya rapat sama kita... jadi maksudnya kita kena selalu ada komunikasi dan wujudkan suasana b'kasih syg di rumah... selalunya, anak2 yg rapat dgn ibubapa akan berfikir berkali2 sblm melakukan sesuatu keburukan krn takut mengecewakan org yg mereka syg... dan mereka lebih patuh kepada nasihat org tua..