Friday 19 August 2011

Pindah Rumah

Tajuk aku sempoi ja tapi sebelum menaip ayat yang pertama ni macam hal2 nak tambah kat dalam entry ni.. Bak kata orang Sabah, kita gerodok ajalah (gerodok=hentam).

Ok, tajuk utama ialah pindah rumah... Ya, petang ni aku mau tangok satu rumah yang selang beberapa blok ke bawah dari rumah yang kami duduk skrg (apartment).

Rumah yang kami duduk skg ni jika diukur pada kapasiti pendapatan isi rumah, agak mahallah juga sebab yang duduk pun baru kami bertiga, bilik sebelah hanya dihuni oleh bantal2, tilam usang dan kain baju yang belum dilipat. Family aku pun kalau turun ke bandar takde maknanya nak tumpang tido kat sini, hotel jugalah yang dicari.. Nampak sangat banyak duit kan? Adik aku pun sama yang dah berbini tu. Cari hotel juga padahal bilik kosong tu ada aircond, tilam, bantal, selimut semua. katil ja yang tiada. Sombong betul dorang ni. Kononnya jauh nak turun KK, tapi kalau kira kos, mahal lagi hotel berbanding duit minyak untuk ulang-alik ke sini... Lantaklah. Malas nak layan..

Sewa rumah yang skg ni dengan yang lama beza RM200 ja... tapi duit tu kalau kumpul setahun dah boleh gi Perth kot.. Ha? Tak boleh? Tak cukup? Ok tapi dah boleh beli tiket ke Perth. Ha, kena tahu nilai duit sebab kita ni walaupun tak berapa nak kaya, kalau pandai manage duit, boleh round satu dunia juga tau. Perth tu mmg destinasi idaman tapi nak kira juga kalau kos sama macam buat umrah, baik aku gi umrah dulu... Yihaa!

Sejak aku dah tak kejela kan, berhempas pulaslah juga suami aku tu cari makan. Kesian tu jangan katalah. Bil celcom aku pun dah tunggak 2 bulan, korang jangan pura2 simpati pulak.. Tu yang lama tak update blog tu, nah terbongkar suda rahsia.. Hm, macam tak malu ja aku bagitau masalah kewangan aku ni kan.. Takpelah, sama2 kita beringat sebab aku pun 1st time dapat masalah mcm ni sejak bertahun2 lamanya... So, terima dengan hati yang redha dan bersyukurlah sebab selepas diberi kesenangan oleh Allah, kini dia uji dengan sedikit saja kepayahan... alhamdulillah, tu tandanya kita dalam perhatian Allah. Dia tak nak kita terus hanyut.. Alhamdulillah.

So apa yang perlu dilakukan sekarang ialah, kurangkan perbelanjaan yang berbentuk kemewahan tetapi bukan keperluan. Bul celcom tu tak kisahlah kena bar utk beberapa bulan lagi, asalkan hati ku senang. Aku masih ada hutang kad kredit dalam amaun ribu2.... tapi korag jangan kerutkan dahi sbb kad tu dah lama ditamatkan perkhidmatan. Skg harus guna debit kad sahaja, faham?

Shopping raya? Ha, ni yang best nak cerita ni.... Kalau Panjang tak dapat cuti, memang tak shoppinglah jawabnya. Pakai saja baju lama (baru beli 2 bulan lalu, baru sekali pakai).

Wayang? Ni yang sedih ni, takkan tengok wayang pun tak boleh? Yeay, masi boleh...

Makan kat luar? Ni yang payah nak ubah tabiat ni. Dasar surirumah zaman moden, muak dgn masakan sendiri, memang tak boleh kalau tak makan luar, tapi mulai sekarang disiplinkan diri untuk masak sedap2 di rumah sahaja... Air tangan seorang ibu dan isteri tu berkat hingga ke akhirat.

Hm, dah panjangke aku taip ni sebab ada berjela ayat lagi nak kena taip tapi takpelah aku buat entry lain pula untuk baki ayat yang masi beratur panjang kat belakang tu... Topiknya ialah, SALAHKAH ISTERI TIDAK BEKERJA? Hot tak tajuk tu? Hot kan..? Kalau hot klik pada new post!

2 comments:

abglan said...

Tiba-tiba aku rasa ko aktif menaip pulak secara tiba-tiba.

he he he... mari kita berjimat!!

Nani said...

hahahaha... tu la pasal tiba idea datang laju bagaikan ada turbo fuel injection !

jimat jgn tak jimat dah susah baru gelabah hehe..