Monday, 22 August 2011

10 Hari Mencari Housemate...

Aku dah lama fikirkan ni... tapi masa tu tak jalan sebab aku keje so masih mampu nak tanggung sewa rumah dan kononnya nak privasi...

Rite now, ekonomi tengah naik turun, dan aku pun dah tak keje, baru rasa bahawa bagusnya kalau ada housemate sebab satu boleh jimat duit byr sewa rumah. Dua, kalau Panjang balik lambat ada juga kawan kat rumah dan tiga bosan takde kawan...

Maka pada beberapa hari yang lalu aku dengan tak seriusnya iklankan bilik aku ke Mudah.my dengan ayat iklan yang tunggang-langgang. Pada fikiran ku, adake orang nak nanti? Dan kemarin sehari suntuk aku dihujani panggilan2 dari beberapa individu yang berminatkan bilik tu dan dah ada sorang yang dtg tengok bilik.

Insya Allah, yg datang kemarin tu 80% confirm akan menyewa dan drg dah kawin ada sorg anak. Tu okla. Panggilan yang lain kebanyakan dari lelaki tapi rasanya aku tak ambiklah. Takut! Aiyo dan yang tak boleh blah dapat satu panggilan dari perempuan yang berminat nak sewa 'bersama tunang". Tunang? Terus aku tolak sebab aku tak nak subahat dengan maksiat.. Berani2 nak tinggal serumah dengan tunang. Nak sangat, kawinlah. Aduh. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan perkahwinan mereka secepat yang mungkin. semoga mereka tak memanjangkan dosa maksiat mereka. Amin.

Hurm, cuak juga nak dapat housemate ni tapi aku berdoa semoga mereka tak bawa keburukan dalam rumah ni dan sentiasa berkelakuan baik. Takpelah, ayah aku cakap kalau baru nak mulakan hidup kat bandar ni tak payahlah mewah2 dulu. Ayah selalu bising bila dapat tau sewa rumah ni agak tinggi, katanya membazir duit dan katanya lagi tak payahlah dulu korang berlagak kaya. Hurm , kayakah?

Ingat lagi masa kami kecik2 dulu, ayah bawa berhijrah ke bandat KK ni tapi masa tahun 90-an. Kami tinggal menyewa rumah setinggan saja. Dalam 5 tahun mcm tu jugalah ayah keja sbg driver lori. Rasa macam aku ikut jejak langkah ayah aku sajakan... Suami aku pun driver juga. Driver catering. Tapi sekarang ni ayah aku dah boleh dianggap usahawan yang berjaya pada umur 40-an. Agak lambatlah juga tapi, harap2 kami dapat ikut jejak langkah dia dan mencapai kejayaan lebih awal, insya Allah.

5 tahun lepas tu, ayah bawa kami balik kampung dan mengusahakan kebun pisang dan kelapanya... Selain tu, buka kedai runcit di kampung. 10 tahun kemudian kami berhijrah ke pekan yang jauh dari kampung sebaba ayah dah dapat keja di Pejabat Daerah sebagai Pengawal Keselamatan. Beberapa tahun kemudian ayah, buka lesen kontraktor dan bermulahlah kisahnya sebagai seorang ahli perniagaan.

Masa mula2 jadi kontraktor, dalam proses masi belajar, ayah hanya jadi lembu cucuk hidung kepada beberapa kuasa besar ahli perniagaan berbangsa Cina di pekan Pitas. Pernah sekali tu, lesen aku kena pinjam oleh sorang taukeh buat projek jalan. Claim sangkut sebab pengurusan Bank Pertanian (Agro Bank) yang memeng terkenal dengan kelembapannya. Taukeh tu bentak ayah dengan suara tinggi. Dia cakap "aku sudah kata jangan masukkan claim tu di bank ni, masukkan dalam bank lagi satu! Menyusahkan!". Padahal kesilapan claim itu juga berpunca dari Pejabat Daerah yang salah memasukkan no akaun dalam boucer bayaran. Huh, aku rasa nak ja tampar muka taukeh bodoh sombong gila tu. Sejak dari itu, ayah tak berurusan lagi dengan taukeh tu dan ayah mula menguruskan sendiri projek yang dia dapat. Kalau ada taukeh yang nak pinjam lesen pun ayah berhati2 sebelum memulakan kerjasama niaga dengan mereka. Yalah, masa tu ayah pun baru lagi dalam bidang tu, manalah ada modal besar untuk ambil projek besar.. Terpaksalah bagi pinjam dengan taukeh dulu. Kesiankan ayah... tapi alhamdulillah skg ayah dah boleh berdiri di kaki sendiri malah ramai rakan2 niaga yang ayah bantu dari segi modal..

So itulah perjalanan hidup ayah aku dari seorang yang tiada menjadi adalah sikit.. Aku harap satu hari nanti kami pun boleh jadi macam ayah. Sekarang ni tak kira sekolah tinggi atau sekolah tak tinggi, kalau tak pandai cari peluang susah nak maju. Persaingan sengit. Kalau nak harapkan dapat jawatan dalam kerajaan tu, susahlah. Apa keja yang ada, buat sajalah dulu. Ambil pengalaman.

 Inilah kekuarga ku masa ayah masi keja buruh kasar... Baju biru tu aku.
 Kiri ialah ayah aku sekarang. Dah 46 tahun umur ayah, tak lama lagi masuk 50. Ya Allah berilah aku kesempatan membalas budi orang tua ku sebelum mereka tua...
Aku bersama Pengurus Projek I&P (pemaju hartanah antara yang terbaik di Semenanjung) dan pegawai CIDB dari KL, dah lupa pangkat dia.

8 comments:

Norhisham Nordin said...

Inshaallah, mudah-mudahan ada rezeki yg lebih baik nanti... yg penting kita kena usaha kan... aku ada plan nak gi KK & Tawau dalam bula Februari nanti... ceritalaa kat aku tempat apa yg best kat KK tu.. wife aku suka seafood...

Nani said...

Insya Allah.... nak buat step by step la ni...

Norhisham Nordin said...

xleh laa pergi bulan Jan nanti... sebab bulan Feb dah ada plan nak gi Pulau Mabul di semporna...

abglan said...

banyakkan bersabar, teruskan usaha... biasa la baru nak mulakan hidup.

Orang tua ko mmg tabah, smoga semangat dia sama ngan ko gak

Ain Atika Zailani said...

peerrgghh mak cantik ayah hemsem,,,hehhe masa muda...huhuhu

hamzah ian said...

comel time kecik2

Nani said...

abglab: Insya Allah...

Ain: ya tp skg mereka makin dimamah usia. mak pun dah kedut sana sini..

hamzah: rambut tu mak yg potong tau hihihi...

SimplySeoul said...

Inshaallah pintu rezeki allah ada di mana2. sentiasa terbuka. kalau lambat pun mesti ada hikmah tersembunyi. semua benda smula dari kepayahan, susah. teda yg jatuh dari langit (kalau ada sy paling selalu tgk langit hehe)