Tuesday, 23 August 2011

Jaga Baby Bukan Bisnes ka?

Kemarin bercalling dengan sorang member bisnes di kampung.
Katanya duit loan dah keluar, dah boleh ijab qabul (i.Q). Kitorang adalah ahli2 Amanah Ikhtiar Malaysia..
Aku belum ada bisnes so untuk mengaktikan kumpulan aku harus buat loan juga seberapa yang perlu tapi kali ni modal tu kawan aku yang pakai sbb dia memang banyak projek. Orait.

Dalam perbualan tu dia tanya aku boleh balik hari ni ka tidak (rabu).. Aku kata tak boleh. Dia tanya kenapa? Aku kata aku jaga baby. "Hah, jaga baby? Keja apalah yg kau buat ni? Baik ko balik kampung buat bisneslah." Urm, aku taklah menjawab dengan bijaksana sekali. Aku bagi jawapan yang la kadar ja "nantilah". mesti dia bengang hehehe.. Jaga baby bukan bisnes juga ka? Kan dapat duit jugak tu? Haih, korang janganlah nak peningkan kepala aku. Aku bukan tak nak kaya macam korang tapi aku ada halangan. Faham tak? HALANGAN?

Sekarang ni aku pun sedang confuse sama ada terus nak tinggal bersama laki aku kat KK ni sambil cari wang sampingan atau pun balik kampung buat bisnes. Balik kampung pun bisnes apa boleh buat? Bisnes kecik2 adalah. Aku tak nak yang kecik, kalau boleh aku nak buka kedai yang betul2 kedai namanya. Kedai yang bernyawa. Aku nak buka butik pengantin yang lengkap bukan macam yang sesetengah tu, buat pelamin ja tapi servis lain takde. Tu bisnes, tak cukup nyawa tu. Biarlah ayah buat bisnes kontraktor aku tu, aku malas nak campur sebab ayah tak pernah nak ajar aku pun... Aku nak campur makan duit ja, ahak!

Lepas tu mak cakap hari tu dia suruh aku bukak kantin kat sekolah di kampung aku. Tu pun macam best ja, ni balik raya nanti nak bincang dulu. Aku dah malas fikir keja makan gaji ni sebab aku tak suka masa aku terikat dan kena duduk bawah telunjuk orang. Oh sangat tak suka. Kalau kerja kerajaan mungkin boleh dipertimbangkan sebab tak kejam sangat. Ye ke tak kejam? Hurm...

Lagi satu pilihan yang ada, aku masi berharap boleh sambung balik bisnes MLM aku di Elken. Hari tu upline datang jumpa aku, bagilah sikit kata2 semangat, ter'hot jugalah tapi ............ Selagi ada tapi selagi tulah susah nak berjaya. Dah terbuktikan? Kalau semua kita iya kan, pasti jadi dengan cepat. Aku nda pasti, aku ada satu ketakutan sebenarnya, aku x tau apa yang aku takutkan... Setahun aku aktif MLM, tekanan begitu kuat aku rasakan hingga akhirnya aku tarik diri buat sementara waktu. Lepas tu hidup aku beransur tenang dan redha menjalani hidup yang tak mewah tapi ada ja orang yang macam nak push aku.

Pleaselah, aku dah penat. Aku nak kosongkan minda aku balik baru masukkan satu persatu matlamat yang dah kucar-kacir. sebolehnya, aku tak nak balik kampung. Aku nak berjuang di kota yang belum seberapa metropolitan ni. Aku nak buktikan sesuatu pada keluarga aku dan aku masih ada harapan menggunung nak balas jasa mak bapa aku, paling tak pun bagi mereka rasa bangga dan gembira punya anak macam aku yang satu masa dulu tersangat degil. aku tak kisah pun hidup sederhana macam ni tapi harapan ayah aku terlalu tinggi untuk aku... Tu yang mendorong aku untuk tak nak jadi manusia yang biasa2 tapi nak yang luarbiasa... Ayah, mak, doakanlah aku... Restu mak ayah, restu Allah juga.

Aku nak settlekan secepat mungkin lesen memandu aku barulah aku boleh sampai ke tempat yang dituju... Kawan2 ku yang budiman semuanya, doakan aku dari kejauhan ok.. Kalau aku dah mampu nanti, aku belanja korang coconut shake 10 gelas seorang. Mesti mau kan? Ataupun nanti aku belanja korang makan steamboat 10 hari berturut2 untuk 1st time, woha!

Terimalah gambar melampau dari Nani.....

9 comments:

Fazil Hamid said...

hehehe...bisnes gak tu..mane tau 1 hari boleh bukak taska ke nursery ke...seriusly kaya gak..ade member pakcik die buka cawangan nuri..sampai berpuluh ribu income sebulan...ape2 hal yg penting buat plan dulu..

Nani said...

Tu lah pasal... siapa tak nak idup senangkan tapi semua tu takkan berlaku sekelip mata.... perlu masa tapi.... hem, tapi lagi... hehe

Anonymous said...

jaga budak pun bisnes jga ba, dpt duit jga kn...lagi bgus sbb ko x pyh keluar modal lg..masa dn tenaga ja la...lain la klu mo buka nursery sdh..tpaksa la keluar modal jga. hmm, mcm x bgus jga kn klu ko blk kmpg tp laki d kk pla..bkn apa tp iblis itu kn sentiasa mencari peluang utk 'menyusahkan' hidup kita..apapun, apa jua yg ko lakukan, aku sentiasa sokong dari jauh sbb aku tau ko akan buat yg terbaik.. sama2 la kita mendoakan agar kita dpt capai apa yg kita impikn. take care & gud luck. - sahabatmu

beaty said...

wah gud luck ya for ur coming business..

Nani said...

Anonymous: tq la banyak2.... napa ba tu malu2 bagi nama..

beaty: tq la...

Nani said...

tu la, kalau buli nda juga aku mau jauh2 dari laki bah ni... ni la kalau buli mau biz d kk ja...

Norhisham Nordin said...

buka nursery pun berbaloi juga tau... membe saya buka nursery + tadika sekali... kerja bukan semuanya dia yg buat... dia akan upah cikgu & pembantu... aku boleh cuba tanyakan membe aku tu camne cara-caranya... mgkin ko boleh belajar dulu...bila dah yakin, baru boleh cuba...

abglan said...

Kerja ni sangat sesuai utk perempuan saja sbb sangat sabar dan sayang pada budak kecik

SimplySeoul said...

bisnes tu...boleh capai income yg tinggi kalau diusahakan. bila customer makin banyak boleh ambik pekerja...amin.