Thursday, 11 August 2011

Tak Cukup Steady Lagi...

Aku ialah perempuan... Ya, perempuan... Perempuan ialah sinonim dengan emosi.. Setuju? Aku setuju.. Bila bercakap, perempuan akan bercakap dengan emosi. Benda yang sedih sikit akan jadi sedih banyak bila beremosi.. Begitu juga dengan benda yang lucu sikit akan jadi lucu banyak jika kita beremosi.. Emosi ialah satu perasaan yang membawa2 kita untuk memberi reaksi yang berlebih2an.. Itulah yang aku faham tentang emosi..

Dan, sekarang aku ialah sedang beremosi. Buktinya, hal kecik yang mengganggu fikiran boleh aku rasakan begitu berat hingga menangis teresak2, sorang2... Huh, apa kes?

Sebagai sorang wanita yang kelihatan berwibawa, aku tak suka sangat nak emosi-emosi apalagi nak nangis. Huh, tak gedik langsung, nangis2 ni kan? Hilang keseksian aku... Dan aku nak jadi seorang perempuan yang cool sbb cool akan menampakkan kita lebih bjaksana dalam semua situasi... Tapi dah nama pun manusia biasa, ada masa2 ketabahan dia rapuh lalu bersedih walaupun hal yang menyedihkan tu tak lah gempak mana pun. Ala, rilek ar!

Dalam sedih2 aku terus ketawa riang bila rakan fb ku yang pernah berkata tak nak mengandung lagi tiba2  kata tadi dah berbadan dua balik. Apa kes? Oh, no... Aku dah ketinggalan... Aku nak juga.. Hehehe...

7 comments:

abglan said...

Aiyak.. usaha tana kejayaan..!
p/s: Jangan usaha di siang hari kui kui kui

Norhisham Nordin said...

huhuhu... sabar beb... kdg2 beremosi pun bagus jugak... tak boleh selalu nak jadi kuat jek... nanti kita jadi mcm takde perasaan pulak... huhu...

Fazil Hamid said...

kita di sarankan wasotiah...(betul ke eja tu..)
bersederhana dlm semue perkara...emosi bagu..tp jgn sampai dikuasai emosi..sbb kite maseh ade akal...hehehe...

Si Mama Glam said...

gegurl mmg xpenah bpisah ngan emosi. biasala tu. tu la sifat hakiki perempuan. cool mcmmn pun, klu namanya pompuan still akan emosi. lg2 time mengandung dan lepas bsalin. hambik ko! tu kalau xjaga atau kawal emosi, habis la! hihihi.

mcm mamaG, mamaG jenis yg mmg xpandai mrajuk. klu nk marah, marah terus pastu hbs kat ctu jer. lepas mkn n tido, dah tak ungkit atau nk igt lg dah psl tu. cumanya ygjd persoalan dihati ilah smenjak mamaG anak 2 ni, mamaG jd lbh sensitif. cpt sgt sedey klu tgk movie atau drama sedey. sip nangis tu ha. hahaha. yg jd pelik tu sbb mamaG ni asalnya mmg kasar n lasak wlupun nampak cam ayu. hihi.

Dr. Ben said...

betul... saya yang punya isteri pun kadang2 kelam kabut melayan emosi.

abglan said...

Wah... lama menyepi, kemana kamu?

My MiRa said...

huhuhuhu


hye..mira singgah sini ya