Friday 30 March 2012

Kenapa Lamaran Cinta (Kahwin) Mengharukan?

Aik, macam nda abis-abis lagi tau topik ni. Baca entry Si Aki Borneo tadi, dia buat related post tetang lamar-melamar. Bila, aku mengkomen terasa sebak pula hati. Ya, sebak bila aku tulis entry ni hari tu, masa komen tadi dan sekarang pula...
Maka, timbullah soalan kenapa lamaran cinta @ ajakan kahwin itu mengharukan?
Bagi aku, ada beberapa perasaan bila memikirkan tentang lamaran ni. Antaranya:
1. Kita rasa diri istimewa sekali bila ditanya persetujuan sama ada kita sudi dikahwini atau tidak. Why not? Kembang setaman bah hati bila ditanya sudi kawin dengan dia atau nda. Atau juga mungkin gugur jantung dibuatnya akibat debabaran yang melampau. Hahaha.
2. Respek! Sanjungan dari pihak lelaki kepada wanita yang ingin dikahwininya. Bertanya sama ada si wanita setuju dikahwini atau tidak menggambarkan betapa si lelaki merasa tidak layak berada di samping wanita itu kerana baginya wanita itu terlalu mulia dan istimewa. Sudah pasti ngeri jika jawapan yang bakal diberikan ialah TIDAK! Betul tidak? Pastinya, nda tidur semalaman si lelaki memikirkan sama ada lamarannya diterima ataupun kemungkinan akan ditolak.
3. Penghargaan. Terlafaznya "sudikah sayang dikahwini ku?" maka lelaki akan lebih menghargai wanita yang dicintainya. Merasa begitu penting wanita itu untuk selalu berada di sisi hingga akhir hayatnya. Rasa ingin mati jika nda jadi kahwin.
4. Tulus dari hati. Dengan melafazkan sendiri lamaran, lelaki akan feeling lebih. Selalunya lelaki ni kurang jiwang kan? Dorang jenis selamba sebab mengawal ego bahawa dia sedang dirasuk cinta. Namun dengan melafazkan lamaran, sesungguhnya dia mampu merasakan hebatnya perasaan itu jauh dilubuk hatinya.
5. Keterujaan. Ayat lamaran memperhebatkan lagi perasaan cinta. Wanita akan lebih yakin dengan bakal pasangan dengan keberanian si lelaki menyatakan isi hatinya secara romantik.
6. Sesungguhnya inilah detik yang sentiasa dinantikan setiap wanita dalam hidup mereka. Tu yang siap nangis bagai..
7. Memang menharukan. Ada juga orang sudi kahwin ngan aku.. Terasa diri bagaikan puteri.. Indah bukan?
(Hampir hilang idea membuat list ini..).
Dan kenapa aku sebak?
Jika aku dilamar semula diusia perkahwinan yang ke6, bagi aku ianya sesuatu peristiwa yang sangat istimewa. Apatah lagi ianya buat pertama kali dari mulut suami sendiri.
Ya betul. Masa kami bincang tentang pertunangan 6 tahun lepas, tidak terlintas pun tentang lamaran.
Aku mau bagi suami aku satu perasaan baru tentang kewujudan aku dalam hidupnya. Perasaan bahawa kami masih utuh biar berapa usia perkahwinan. Memberi nafas baru pada hubungan yang semakin tua.. Biar seolah baru semalam kami bernikah. Gitu bah. Hehehe..
So kalau kamu mau dilamar dan melamar dengan power, silalah kamu pigi di blog Si Aki Borneo untuk membaca tips. Tajuk entrynya Wedding Proposal. Sori nda dapat bagi link sebab aku update blog dari hanfon jak ni.
Peace!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 27 March 2012

6 Tahun DiKahwini Tanpa Lamaran Cinta

baru mau start tulis entry pasal ni, sebak pula rasa hati. uiseh !

napa juga tiba-tiba mau tulis pasal lamar-melamar ni? kamu ada nampak scha dilamar awal di tv tu?
aku tiada tinguk tapi nampaklah sedutan dia sikit di tv tadi.
selain tu, twitter pun balik-balik update pasal dorang.
ya, nda dinafikan scha dilamar penuh dramatik dan mengharukan dan artis 1st kali buat macam tu depan tv.
dan dari rentetan peristiwa ini aku terasa sesuatu.
"aku belum dilamar!".
ya, belum! sangat pasti belum.
kenapa belum? selepas 6 tahun kawin baru aku perasan akan hal ni.
aku dirisik dan ditunangkan begitu saja lalu bernikah tanpa pernah suami aku mengucapkan kata-kata ini " sudikah kau menjadi isteri ku nani?" sambil menyarungkan cincin.

hm, orang kampung macam kami perlukah buat begitu? (gelak kejap).
perlu nda perlu, kena perlu jugak!
aku nda peduli, aku mau jugak hahaha.
aku usik ghazali tadi (henpon tiba2 x bole taip huruf besar), aku cakap kau belum lamar aku. dia: sudah bah. 
aku: mana da! kau lamar aku di puncak gunung nanti! (separuh menjerit)
dia: hahahahahaha !!!
aku: kalau nda pun, 10hb april lah (anivesary percintaan kami).
dia: hahahahaha (makin gelak ni lelaki).
aku: kasi sarung cincin emas!
dia: tiada duit ku bah beli cincin.
aku: hahahahaha !!!!!!
dia: tunggu gaji dululah lepas kita bisnes nanti..
aku: buli bah tapi jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang!
dia: ngeeeeeh ! (tersengih).


*ayat di sini telah dipadam kerana 18sx ! hehehehe.


tadi sebelum balik kk, kami sempat buka kotak lama yang menyimpan surat2 cinta lama kami.
masa kami bercinta, 2003-2006 hanfon sudah digunakan secara meluas tapi masa tu kredit paling murah pun 50-30rm sahaja, so zaman surat-menyurat memang sempat kami cipta dalam hubungan kami.
punya lucu!
paling nda tahan bila salah satu surat tu aku tulis kononnya "setakat ini dulu surat ayang buat kali ini bla.. bla.. bla.. " penuh lagi 1 lembar aku sambung cerita.
wakakakakak !!!! lucu gilak!
dan ada satu kad ucapan bday laki aku bagi sama aku dia tulis guna pensil kayu.
aku tau, ni mesti pensil kayu anak buah dia yang baru sekolah tadika. dengan tulisan yang macam tulisan darjah 1 kakakakakak!!!!
tulisan dia memang buruk, ok.

aduh, macam-macam kisah ada.
dan aku perasan, aku selalu bagi dia kad warna pink! apakah? hahahaha !!!
lip lap lip lap lagi tuh. adeiii. :)))

pastu baca lagi diari detik-detik sebelum percintaan.
auwww! hehehe.
nda payah cakaplah, dahsyat.
5 hari sebelum declare couple, sudah pigang tangan jalan. adakah? perbuatan duluan sebelum perkataan.
masa couple pun dia nda tanya pun, "aku mau kau jadi kekasih aku. bulihkah?".
dia hanya cakap "kalau kita serasi, apa salahnya kita couple?".
dan kami declare couple dengan ayat ini "macam mana lah tu, kita nda jumpa 4 hari?".
wah! buli gitu ah.
aduii, buli pecah perut jugalah kalau diingat balik.

(edit) dia memangla nda melamar secara direct sama aku 
sebab segala-gala persiapan kawin mak bapa dia yang sediakan sebab masa tu kami berdua baru 21 tahun yang menganggur. harap maklum.
namun, aku nda pandang itu semua.
aku tetap tunggu lamaran dia, tu pun kalau dia masi sudilah, hahaha. kesian kau nani..

dalam perkahwinan, memang bukan sentiasa manis yang kita telan. betul!
tapi suka-duka itulah warna-warna kehidupan yang akan terlukis seindah pelangi.
perkahwinan, mengajar kita menghargai orang seadanya dalam hidup kita. 
ada masa, hati berdarah tapi percayalah, itulah nikmat hidup yang tuhan bagi sama kita. 
manis-pahit yang kita lalui ada mesej dari tuhan untuk kita.
i always love u ghazali !
sekian.

Sunday 25 March 2012

Lagi_lagi Pasal Rumah

Aiyak!
Rumah kampung (konkrit) dengan bajet 30k rasa macam hanya mimpi.
Walaupun aku belum jumpa tukang untuk bagi tengok pelan rumah tapi dengan kiraan congak pun macam nda sukup sudah ni.
So macam mau tukar plan pula.
Plan B ialah, just renovate rumah sedia ada mungkin dalam 10-15k, baki duit buka ladang sawit lagi bagus kot.
Nanti lain hari, renovate lagi rumah.

Namun ku layan juga mata tadi melihat-lihat design rumah di google tadi jadi sama-samalah kita cuci mata.

Oh, sangat simple tapi indah... Landskap memainkan peranan penting jika ingin rumah kelihatan indah seperti ini.

Rumah bertingkat yang simple. Nda payah bina rumah besar gedabak!

 Masi pilihan hati ku.

Bapa aku mesti suka rumah ni, kalau aku berduit aku buatkan dorang rumah macam ni. Sejuk perut mama mengandungkan aku hehehe...

Rumah kampung Inggeris, memang menawan.

Lagi satu rumah bertingkat yang simple.




Antara susun atur rumah yg menarik hati ku..


KemAs !

Seram memikirkan aku kalau ada rumah begini. Takut mati karang, cinta dunia tak mau hilang. Semua manusia menginap di kubur yang sempit, hanya amalan yang akan memberi kita kubur yang mewah so lupakan angan-angan membina rumah yang besar2 lagi indah macam ni..


Friday 23 March 2012

NERVES! NERVES!

Huha! Huha! Huha!
Adakah bunyi pernafsan begitu?
Kamu tiadakan? Aku ada, haha...

Selepas berkonflik, bertekak, berbenci selama beberapa hari mempersoalkan tentang hala tuju hidup dan masa depan, akhirnya kami temui jalan yang benar..
Uiseh, jalan yang benar ya..

Laki aku dibuang kerja, sejak awal bulan lalu kerana ketidak sefahaman antara bos dan pekerja.
Sebenarnya, lama dulu laki aku pernah resign tapi masa tu bos rasa dia yang salah so dia ambil laki aku kerja balik lepas tu, laki aku kerja sehabis baik cuma selalu ambil cuti untuk join kalau boleh semua game bola sehinggalah bos dia hilang kesabaran lalu mengambil keputusan untuk pecat laki aku.

Setahun jadi kuli orang, kini tiba masanya jadi bos pulak!
Alhamdulillah, daripada kesulitan itu, menganggur sehingga kini Allah telah tunjukkan jalan untuk kami memikirkan rancangan lain.
Yalah, mau hidup punya pasal.
Akal kena panjang beb!
Alhamdulillah, Allah sentiasa sayangkan dan memberi pertolongan pada hamba-hambaNya yang nda kenal erti putus asa.

Aku mengaku, aku nda malu mau sharekan story-story seram macam ni sama kamurang.
story yang bikin meremang bulu roma bila aku mendedahkan yang kehidupan aku ndalah sehebat kehidupan blogger-blogger lain.

Aku mungkin kurang kongsikan cerita yang aku beli kasut tinggi harga 3k! Beg harga 5k! Atau dapat BM_er model terbaru harga lebih setengah juta. Juga bukan kesinambungan kejayaan aku dalam MLM, melainkan cerita-cerita puaka yang hidup aku turun-naik dan masih terumbang-ambing. Ya, itulah sinopsis kehidupan ku .

Aku study hanya tahap STPM, laki aku SPM pun kandas abis! Ya, kawan-kawan. Inilah kami.


Nerves memikirkan:

Rumah Impian

Jaminan kewangan

Memulakan perniagaan.

Tuesday 20 March 2012

Rumah Impian

Bapa aku balik-balik minta buku ASB aku sebab dia mau masukkan sejumlah duit untuk ditambah pada simpanan sedia ada tapi malar aku cakap hilang sebab takut kedapatan yg isi dalam buku tu tinggal 3 angka. Ya, memang ada kesilapan dalam berbelanja 2,3 tahun sebelum ni sebab ku terlalu optimis dalam meyakini bahawa duit yang angus tu akan dapat balik tapi makin lama macam makin sukar sebab aku dibelenggu beberapa amaun hutanglah pulak. Odoiiii...

Last bapa minta aku serah buku akaun pada hujung bulan Feb lalu, tiba-tiba membuka minda ku btapa bernilainya simpanan itu. Dan membuka niat untuk mendapatkan balik duit tu dengan beberapa usaha yang sudah dikenalpasti dan dikaji. Teka apa? Semestinya ASB LOAN!

Secara jujurnya agak complicated jugalah pengurusan loan ini sebab i. Status pelaburan ASB dalam Islam sama ada haram atau halal. Majlis Fatwa Kebangsaan sudah isytihar sebagai harus namun pelaburan itu belum dibuktikan patuh syariah. Lalu, secara pribadi Ust. Zaharuddin yang juga salah seorang ahli panel dalam perbincangan status ASB yng lepas masih tidak mengiktiraf ASB sebagai harus sebab sebahagian daripada keuntungan ASB ialah hasil pelaburan yang melibatkan perjudian. Aku ada baca buku tentang riba di kedai buku Popular di CP dan dia bilang, alasan Majlis Fatwa Kebangsaan membagi hukum ASB sebagai harus kerana darurat; yng dimaksudkan ialah orang Islam benar-benar memerlukan ASB sebagai aternatif menjamin kewangan mereka bagi yang tidak berkemampuan.

ii. Loan ASB Islamik tiada lagi di Maybank maka aku mmbuat urusan di CIMB ja sebab lebih mudah prosesnya berbanding Maybank bagi pemohon bukan kkitangan kerajaan macam aku ni. Ada try tanya Bank Islam tentang personal loan tapi katanya tiada pinjaman untuk orang macam aku yang keja sendiri.

Lepas tu timbul pula dilema aku memilih amaun untuk loan ASB. Aku layak memohon sehingga 200k untuk tempoh bayaran 25 tahun tapi selepas 25 tahun persoalannya, apa yang buli aku nikmati dari simpanan itu sedangkan umur sudah pun senja...

Matlamat aku menyimpan ialah untuk buat rumah yang selesa dalam masa yang terdekat tapi kalau harapkan ASB, takut-takut nda kesampaian. Manalah tau umur na panjangkan? Hehehehe...

So akhirnya aku dapat solusinya dan aku ambil amaun yang kecik dulu sebab bank cakap senang adjust juga kalau aku mau tambah loan di masa depan. Amaunnya 50k untuk 25 tahun.

Beralih pada isu rumah pula, aku mengambil keputusan buat loan peribadi untuk sejumlah yang mampu bayar tapi bukan sekaranglah tapi dalam tahun ni jugak sebab kami laki bini sepakat untuk balik kampung paling lambat pun November tahun ini. 

Dan aku sudah mula berangan hebat tentang rumah yang bakal dibina dengan kos 30-50k saja. Yalah, kalau mau tunggu 25 tahun lagi baru mau buat banglo, belum tau lagi hrga barang masa tu berapa. Jangan-jangan 200k pun nda cukup buat rumah yng selesa.

Maka antara calon rumah yang menarik hati ialah seperti di bawah berikut (ikut ayat buku teks sekolah):

Yang ni, besar kot. Paling nda pun mau 100k juga ni tapi aku suka colornya.. So, tolak.

Rumah ni boleh diadjust dari segi saiz sebab design buli tahan, aku suka cermin dan warnanya tapi au nda suka kaki limanya. Kecik sangat. Tolak!

Aku suka warna dan jendelanya tapi design ni manalah sesuai dengan bajet kecil. Tolak!

Aku suka landskap dan reka bentuk. Tapi mesti 30-50k nda cukup kalau buat macam ni. Pendapat akulah. Tolak!

Ni comel dan ala-ala rumah kampung, sesuai dengan bajet tapi tolak jugalah.

Aku suka semua tapi ni mau 50k juga kali ni.

Ni diaaaa! Model pilihan. aku suka color, jendela cuma pintu tu aku tukar cermin dan kaki lima kasi lebar dari tepi ke tepi. patung tu ja aku nda mau.  Macam muat ja bajet aku. 

Kriteria utama rumah impian aku ialah mesti pintu besar2 dan jendela pun mau luas. Untuk ruang tamu aku nda suka pakai aircond, biar angin semulajadi keluar masuk rumah.

Sebab aku mau pasang langsir sebesar dinding macam ni. Pendek kata rumah aku 40-50% ialah cermin/kaca. Nda mu rumah gelap-gelap, aku mau open punya dan aku mu tanam bunga-bungaan disekeliling rumah. Alamak, lupa ambil pic contoh.

Sekian entry yang panjang lebar.

Friday 16 March 2012

Terlanjur Disakiti

Entry yang bersifat agak peribadi.
Terpaksa diluahkan juga...

Aku bukan jenis orang yang mudah disakiti kerana aku mudah membuka hati dan minda dalam banyak perkara.

Membuka hati dan minda bermaksud, jika ada orang beniat untuk menyakiti hati aku sama ada secara direct atau pun melalui medium lain, biasanya aku akan biarkan ja. Malas mau layan tapi kali ni, orang yang sepatutnya melindungi aku, atau disaat orang menyalahkan aku dia akan kata betul ataupun paling tidak menyembunyikan kesilapan ku. Ini tidak! Malah dia yang memberi gambaran bahawa aku ni sangatlah bukan elok orangnya dan aku terpaksa pertahankan diri pada orang ketiga, dan orang ketiga itu pula menarik muka bila bersemuka dengan ku. Maka itu yang menambahkan ketidak selesaan perasaan ku dan meruntuhkan kekuatan ku untuk melihat wajah mereka.

Ya Allah...
Berilah aku kekuatan.

sabahkini.net: ADO KOTA MARUDU RENTUNG DALAM KERETA

sabahkini.net: ADO KOTA MARUDU RENTUNG DALAM KERETA: PERIKSA....Pasukan forensik dan bomba memeriksa keadaan kereta mangsa yang musnah terbakar awal pagi kelmarin. Oleh : WILLIE...

Monday 12 March 2012

Apa Kau Fikir?

Lama juga nda updatekan?
Sekarang kalau ada idea pun, untuk mengupasnya panjang-panjang aku macam tiada bahan. Suka fikir yang simple-simple, ringkas, pendek dan malas mahu dipanjangkan.

Minggu lepas berlaku satu insiden, bukan kemalangan bukan juga kesakitan cuma sesuatulah. Hal family..

Sekarang sudah ok, tapi aku rasa fikiran diawang-awangan. Ibarat sampan terapung tanpa pendayung, ibarat kapal dilautan hanyut tanpa layar. Mengikut saja ke mana angin bertiup.

Satu sajalah aku kena selalu ingatkan diri, ialah tentang apakah hidup ini?

Hidup ialah perjuangan bukan tunduk pada nasib. Mungkin kita tidak mampu menjadi orang sehebat idola-idola dunia cukuplah kalau kita boleh jadi idola kepada adik-beradik dan menjadi kebanggaan ibubapa. Hidup berdikari dan mencipta jalan hidup sendiri yang bermakna.

Sedikit rasa khilaf tapi aku tau apa aku buat dan kenapa aku buat.. Aku ada jawapan. Lantaklah apa orang fikir pasal aku lepas ni. Aku sudah penat menjaga hati orang, kali ini masa untuk aku melindungi dan menjaga hati ku sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 8 March 2012

Stress Hilangkan Selulit

Oke, itu falsafah baru dalam hidup aku. 2 hari lepas, aku mengalami sedikit/krisis kecil maka dalam 2 hari tu, hati agak gundah-gulana, risau, sedih, hampa dan kuciwa.

Lagi satu berita baik, sudah sah aku naik 2kg tuan2 dan puan2 sejak raya lepas, aku memang naik saham. Tapi apa yang begitu ajaib, dalam masa 2 hari kesetressan ku itu, aku rasa hilang 0.5kg sebab bila ku belek selulit di belakang paha, ia hilang serta-merta. Sungguh menakjubkan tuan2, puan2.

Kan aku cakap, berat aku cpt naik dan cepart turun. Wah, kalau gini harusnya makan hati seminggu lalu berat kembali 45kg, wohoo!

Oleh kerana, hari ni alhamdulillah sepertinya hati udah aman sedikit gitu, makanya gue mikirin untuk kontrol makannya. Jangan enak-enakan terusss! Nanti badannya juga kenakkan, nggak bisa dislimkan semula dong. (Tak paham kenapa tiba2 guna dialek ini).

Lalu, terlintas difikiran ku, dalam apa jua perkara, kita harus disiplinkan diri, tetapkan rules sendiri kalau tak mau orang lain jadi pengarah ke atas segala gerak-geri kita.

Matlamat jangka panjang aku ialah kelihatan seolah 30an di usia 60an gitew!

Aku nda akan dressing macam datin2 yang sarat dari hujng kepala ke hujung kaki, nampak sangat macik or macam Datin Maimon dalam Lawak Ker Der!

Ya, ada sorang perempuan ni kononnya up to date tapi bila ada majlis, hamboi umur baru 28 tapi baju macam 38 gitu.. Ayoyo.. Suka pakai gincu warna tua-tua nak tunjuk diri mature. Sayang muka yang ala2 babyface nampak kertu sebelum waktunya.

Eii, dia punya pasallah! Jaga pasal sendiri dulu. Nak muda konon, tapi ado. Kah!kah!kah!

P/s: aku sedang ber eksperimen menjadikan minyak kelapa dara sebagai mask atau serum anti penuaan tradisional. Jangan tiru aksi ini di rumah tapi so far muka aku ok ja. Kulit mcm bole terima. Kalau korang mau tiru juga aksi ini, ada aku kesah? Hahahaha!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.