Friday 30 March 2012

Kenapa Lamaran Cinta (Kahwin) Mengharukan?

Aik, macam nda abis-abis lagi tau topik ni. Baca entry Si Aki Borneo tadi, dia buat related post tetang lamar-melamar. Bila, aku mengkomen terasa sebak pula hati. Ya, sebak bila aku tulis entry ni hari tu, masa komen tadi dan sekarang pula...
Maka, timbullah soalan kenapa lamaran cinta @ ajakan kahwin itu mengharukan?
Bagi aku, ada beberapa perasaan bila memikirkan tentang lamaran ni. Antaranya:
1. Kita rasa diri istimewa sekali bila ditanya persetujuan sama ada kita sudi dikahwini atau tidak. Why not? Kembang setaman bah hati bila ditanya sudi kawin dengan dia atau nda. Atau juga mungkin gugur jantung dibuatnya akibat debabaran yang melampau. Hahaha.
2. Respek! Sanjungan dari pihak lelaki kepada wanita yang ingin dikahwininya. Bertanya sama ada si wanita setuju dikahwini atau tidak menggambarkan betapa si lelaki merasa tidak layak berada di samping wanita itu kerana baginya wanita itu terlalu mulia dan istimewa. Sudah pasti ngeri jika jawapan yang bakal diberikan ialah TIDAK! Betul tidak? Pastinya, nda tidur semalaman si lelaki memikirkan sama ada lamarannya diterima ataupun kemungkinan akan ditolak.
3. Penghargaan. Terlafaznya "sudikah sayang dikahwini ku?" maka lelaki akan lebih menghargai wanita yang dicintainya. Merasa begitu penting wanita itu untuk selalu berada di sisi hingga akhir hayatnya. Rasa ingin mati jika nda jadi kahwin.
4. Tulus dari hati. Dengan melafazkan sendiri lamaran, lelaki akan feeling lebih. Selalunya lelaki ni kurang jiwang kan? Dorang jenis selamba sebab mengawal ego bahawa dia sedang dirasuk cinta. Namun dengan melafazkan lamaran, sesungguhnya dia mampu merasakan hebatnya perasaan itu jauh dilubuk hatinya.
5. Keterujaan. Ayat lamaran memperhebatkan lagi perasaan cinta. Wanita akan lebih yakin dengan bakal pasangan dengan keberanian si lelaki menyatakan isi hatinya secara romantik.
6. Sesungguhnya inilah detik yang sentiasa dinantikan setiap wanita dalam hidup mereka. Tu yang siap nangis bagai..
7. Memang menharukan. Ada juga orang sudi kahwin ngan aku.. Terasa diri bagaikan puteri.. Indah bukan?
(Hampir hilang idea membuat list ini..).
Dan kenapa aku sebak?
Jika aku dilamar semula diusia perkahwinan yang ke6, bagi aku ianya sesuatu peristiwa yang sangat istimewa. Apatah lagi ianya buat pertama kali dari mulut suami sendiri.
Ya betul. Masa kami bincang tentang pertunangan 6 tahun lepas, tidak terlintas pun tentang lamaran.
Aku mau bagi suami aku satu perasaan baru tentang kewujudan aku dalam hidupnya. Perasaan bahawa kami masih utuh biar berapa usia perkahwinan. Memberi nafas baru pada hubungan yang semakin tua.. Biar seolah baru semalam kami bernikah. Gitu bah. Hehehe..
So kalau kamu mau dilamar dan melamar dengan power, silalah kamu pigi di blog Si Aki Borneo untuk membaca tips. Tajuk entrynya Wedding Proposal. Sori nda dapat bagi link sebab aku update blog dari hanfon jak ni.
Peace!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

nuranne said...

Mesti sweet. Walaupun sdh ada anak masih kena propose.. Tanda ingatan tu yg bermakna.