Wednesday 30 May 2012

Tips Menjadi Ahli Perniagaan Islam Yang Berjaya


antara langkah awal sebelum berniaga, kamu mestilah:

1. bekerja dengan orang lain terlebih dahulu- Inilah yang kami lakukan sebelum memulakan perniagaan. Alhamdulillah dengan ilmu yang ada, bolehlah diguna pakai.

2. jangan curi tulang ketika bekerja

3. mulakan perniagaan secara kecil-kecilan

4. mengambil cuti 6 bulan tanpa gaji untuk menguji ketahanan diri.
-Ada yg yakin sgt terus letak jawatan, last2 bisnes lingkup, kerja pun dah tiada.....

5. mendapatkan banyak pengalaman.

6. modal yang cukup dalam masa 6 bulan yang pertama.

Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga telah memberitahu tentang TIPS memantapkan diri untuk berniaga.

1. berkawan rapat dengan usahawan yang telah berjaya

2. belajar daripada orng yang biasa atau pernah gagal dalam perniagaan.

3. selalu mengikuti kursus atau membaca buku

4. mencari modal

5. mendalami pengatahuan dalam bidang anda ceburi.

jika anda nekad , pastikan faktor-faktor ini yang menekadkan anda untuk menjadi ahli perniagaan..

*ingin bergelar usahawan

*membebaskan diri dari rutin harian

*ingin berubah angin

*ingin menjadi bos sendiri

*meningkatkan tarap hidup anda

*bosan dengan kerja dahulu

Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga memberikan petua untuk murah rezeki dalam perniagaan. perkara ini memang semua perniaga mahu kerana ianya dapat memberi keuntungan bagi menjamin perniagaan anda.

antara yang dapat risya simpulkan ialah.

--> patuh dengan suruhan Allah

--> bermunajat pada malam hari

--> mendoakan ibu bapa

--> menbaca Al-Quran

--> solat taubat

--> istigfar

--> solat sunat isyrak dan dhuha

--> bersedekah

--> bertawakal pada awak

--> membantu golongan miskin

--> memberi binatang makan

--> tunaikan haji @ umrah

--> senyum

--> dan paling penting berumah tangga jika BUJANG

anda juga mestilah ada kekuatan dan ketahanan diri. Maka, anda mestilah berfikir bolehkah anda 




# adakah anda sedar bahawa menjalankan perniagaan sendiri memerlukan masa 12-16 jam? dan bekerja pada hari cuti AM dan ahad?



# adakah anda mempunyai stamina yang cukup?



# adakah anda mempunyai emosi yang cukup kuat?


# adakah keluarga anda sanggup turun padang jika anda ditimpa kesusahan?


# adalah anda sanggup dipandang rendah oleh kaum keluarga yang menilai anda telah kehilangan taring?


# adakah anda sedia untuk kehilangan wang simpanan?


jika YA , tahniah, anda memang telah bersedia untuk menjadi seorang usahawan. tetapi anda harus ingat,


anda perlu cekal dan tabah untuk menghadapi sebarang dugaan dan rintangan yang melanda.




Tuesday 29 May 2012

Kucing !

Antara banyak2 negeri di Malaysia ni negeri yang nda berapa diminati ialah Sarawak tapi ditakdirkan juga aku pigi sana dalam masa yang dekat dan tidak dirancang langsung.

Kerana...

Adik aku dapat masuk UiTM Samarahan dan bapa ku malas mau hantar dia maka akulah yang ditugaskan untuk ke sana.

Kenapa tidak suka?

Sebab kami sama-sama di Borneo so aku rasa macam sama juga tempat kami ni. Budaya dan suku kaum pun tida banyak beza tapi alang-alang sudah ada peluang ini, bah apalagi ini kalilah! Hehehe. Oleh kerana ini baru 1st time aku pigi sana jadi aku pigi CC menggoogle pasal Kuching dan oleh kerana Samarahan nda juga jauh dari Kuching, ada baiknya kami menginap di Kuching ja la (yakah nda jauh? 25km kan? Dekat laitu..).


Dan lokasi pilihan ialah Waterfront... Ya mau cari hotel yg dekat2 sni ja.. Buli la lepak2 waktu malam. Ndada bnyk masa kali ni mau jalan-jalan satu bandar. 

Trademark dorang.... 

Ingatkan KK ja ada Waterfront, rupanya dia ada juga... Ok laituuuu...

Thursday 24 May 2012

Sibuk !



Sudah lama aku menyepi.... Hanfon bb aku tiba-tiba nda buli masuk emel jadi untuk hantyar emel mau update pun nda dapat....

Setelah sekian lama merasa diri tidak fotogenik lalu malas berhambar, yg atas tu gambar terbaru ku masa kursus Pelancaran Kor Tani untuk Zon Sabag di Kota Kinabalu baru-baru ini. Walaupun aku bukan staff Peladang lagi tapi segala aktiviti yang mampu aku sertai, aku akan hadir.

Itu wajah ku selepas mengalami penambahan berat badan sebanyak 3kg. Sudah lama naik tapi bari kini (kot) aku bagitau jumlah kg hehehe...

Untuk makluman, sudah sebulan kami menetap di kampung. So far semuanya so good. Bisnes pun alhamdulillah mula mendapat sambutan. Satu hal yang aku belajar dari bisnes partner aku, keuntungan datangnya dari kemurahan hati bukannya kemahalan harga pada barang jualan kita. Betul. Ada di kalangan pelanggan merupakan rakan-rakan seperjuangan di LPP, minta diskaun gila2, kami turutkan saja walaupun pada pandangan mata kasar macam merugikan tapi tidak. Allah sayang orang yang murah hati. Berniaga bukan hanya untuk mendapatkan untung tetapi juga berbuat kebajikan kepada manusia lain. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada suami, keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan. Sayang kamu !!!


Monday 7 May 2012

Pelanggan Nda Cerewet, Aku Yang Ceweret

Rumah kampung aku belum pasang streamyx apalagi waifi apalagi coinnect pakai ipad, hihihi... Maka jaranglah ada kesempatan mengupdate kalau nda pi cc sebab bb aku pun tiba2 nda buli masuk emel padahal itu jalah harapan ku mengupdate dengan cara mudah dan pantas..

Sejak pindah balik di kampung dan buat starting bisnes kanopi, hingga hari ini masih sibuk. Tempahan start pada awal Jun, tapi oleh kerana bisnes ni dibuka dengan cara  merangkak (sikit demi sikit), maka ada panjang sikit masa untuk penyediaan bahan-bahan untuk set kanopi aku. Sampa laaa ni meja bulat aku belum sampai dan aku sudah'kering... payment meja masih ada separuh belum langsai tapi kamu jangan ikut panik, aku yakin pasti ada jalannya disaat2 akhir. Aku punya mainan ni dari dulu, memang last minute punya manusia... Tenang kita ging!

Kalau diikutkan, aku buli sabe bnyk untuk permulaan ni tu kalau aku ikut standard kampung yang bilang urang Pitas, sukue-sukur lagi tapi aku nda mau yang begitu. Walaupun di daerah ni aku belum ada pesaing yang hebat sangat tapi aku akan pastikan akulah pesaing hebat yang pertama hebat buat durang... Nah, jaga kamu!

Kau pikir, lapis bangku aku pun bukan cincai2 oh... kain pun mahal (kalau banding dgn dorang punya), upah buat pun mahal sebab apa kau mau KUALITI! Paham? Kualiti !!! Costumer aku bdada sikulah pasal kanopi ni semua tapi aku buat2 ada sekolah. Aku kalau jadi pelanggan kira cerewet juga ni sebab aku antara manusia yang maukan majlis yang sempurna jadi kenapa durang mau cincai2? jadi aku transferkan saja kecerewetan ku itu pada servis ku. Kalau aku mau yang terbaik, maka aku pun mau bagi orang yang terbaik. Jangan gila untung ja kalau servis macam taik! Itu bisnes kafir namanya... Menganiayai orang...

jadi hasilnya kerja kami pagi tadi hingga lewat tengahari adalah seperti berikut:

 Nda payah mau lokek riben bangku tu, aku pakai 2 meter panjang dan 2 jengkal lebar ok.
Yang aku pernah nampak di sini, menyedihkan sangat.

Yang ni pula bikin kami laki bini gaduh pagi2 sebab so Panjang mau tulis singkatan ja PCB tapi aku nda mau. Aku mau juga tulis panjang yang amatlah azab juga kerjanya menypray pakai cat spray.. Kerana kualiti, kami sanggup juga ! Kan aku bilang, nda mau cincai2...

Nampakkan beza kerusi kami?



Yang ni pun sama....

Kamu jangan salah faham, 2 gambar di ats tu bukan di ambil dari Pitas tapi aku just google2 ja... Tapi bgnilah contoh servis yg ada di Pitas (highlight pada riben ja)... Ini ok lagi, kalau yg di sini sedih skit dari ni... So, aku bukan mau tunjuk yang aku lebih baik dari dorang tapi aku mau tunjuk bahawa inilah kehendak aku jika majlis tu aku punya... 

Senang ja, kalau mau bagi servis baik tepuk dada tanya citarasa sendiri. Kalau servis kita buruk maka itu tandanya kita memang tiada taste bilang urang putih. Sekian dulu, doakan aku berbisnes dengan lancar. Insya Allah. 

Salam sayang dari kami sekeluarga (pic basi tahun 2009, ambik ko! hahaha)...