Tuesday 20 March 2012

Rumah Impian

Bapa aku balik-balik minta buku ASB aku sebab dia mau masukkan sejumlah duit untuk ditambah pada simpanan sedia ada tapi malar aku cakap hilang sebab takut kedapatan yg isi dalam buku tu tinggal 3 angka. Ya, memang ada kesilapan dalam berbelanja 2,3 tahun sebelum ni sebab ku terlalu optimis dalam meyakini bahawa duit yang angus tu akan dapat balik tapi makin lama macam makin sukar sebab aku dibelenggu beberapa amaun hutanglah pulak. Odoiiii...

Last bapa minta aku serah buku akaun pada hujung bulan Feb lalu, tiba-tiba membuka minda ku btapa bernilainya simpanan itu. Dan membuka niat untuk mendapatkan balik duit tu dengan beberapa usaha yang sudah dikenalpasti dan dikaji. Teka apa? Semestinya ASB LOAN!

Secara jujurnya agak complicated jugalah pengurusan loan ini sebab i. Status pelaburan ASB dalam Islam sama ada haram atau halal. Majlis Fatwa Kebangsaan sudah isytihar sebagai harus namun pelaburan itu belum dibuktikan patuh syariah. Lalu, secara pribadi Ust. Zaharuddin yang juga salah seorang ahli panel dalam perbincangan status ASB yng lepas masih tidak mengiktiraf ASB sebagai harus sebab sebahagian daripada keuntungan ASB ialah hasil pelaburan yang melibatkan perjudian. Aku ada baca buku tentang riba di kedai buku Popular di CP dan dia bilang, alasan Majlis Fatwa Kebangsaan membagi hukum ASB sebagai harus kerana darurat; yng dimaksudkan ialah orang Islam benar-benar memerlukan ASB sebagai aternatif menjamin kewangan mereka bagi yang tidak berkemampuan.

ii. Loan ASB Islamik tiada lagi di Maybank maka aku mmbuat urusan di CIMB ja sebab lebih mudah prosesnya berbanding Maybank bagi pemohon bukan kkitangan kerajaan macam aku ni. Ada try tanya Bank Islam tentang personal loan tapi katanya tiada pinjaman untuk orang macam aku yang keja sendiri.

Lepas tu timbul pula dilema aku memilih amaun untuk loan ASB. Aku layak memohon sehingga 200k untuk tempoh bayaran 25 tahun tapi selepas 25 tahun persoalannya, apa yang buli aku nikmati dari simpanan itu sedangkan umur sudah pun senja...

Matlamat aku menyimpan ialah untuk buat rumah yang selesa dalam masa yang terdekat tapi kalau harapkan ASB, takut-takut nda kesampaian. Manalah tau umur na panjangkan? Hehehehe...

So akhirnya aku dapat solusinya dan aku ambil amaun yang kecik dulu sebab bank cakap senang adjust juga kalau aku mau tambah loan di masa depan. Amaunnya 50k untuk 25 tahun.

Beralih pada isu rumah pula, aku mengambil keputusan buat loan peribadi untuk sejumlah yang mampu bayar tapi bukan sekaranglah tapi dalam tahun ni jugak sebab kami laki bini sepakat untuk balik kampung paling lambat pun November tahun ini. 

Dan aku sudah mula berangan hebat tentang rumah yang bakal dibina dengan kos 30-50k saja. Yalah, kalau mau tunggu 25 tahun lagi baru mau buat banglo, belum tau lagi hrga barang masa tu berapa. Jangan-jangan 200k pun nda cukup buat rumah yng selesa.

Maka antara calon rumah yang menarik hati ialah seperti di bawah berikut (ikut ayat buku teks sekolah):

Yang ni, besar kot. Paling nda pun mau 100k juga ni tapi aku suka colornya.. So, tolak.

Rumah ni boleh diadjust dari segi saiz sebab design buli tahan, aku suka cermin dan warnanya tapi au nda suka kaki limanya. Kecik sangat. Tolak!

Aku suka warna dan jendelanya tapi design ni manalah sesuai dengan bajet kecil. Tolak!

Aku suka landskap dan reka bentuk. Tapi mesti 30-50k nda cukup kalau buat macam ni. Pendapat akulah. Tolak!

Ni comel dan ala-ala rumah kampung, sesuai dengan bajet tapi tolak jugalah.

Aku suka semua tapi ni mau 50k juga kali ni.

Ni diaaaa! Model pilihan. aku suka color, jendela cuma pintu tu aku tukar cermin dan kaki lima kasi lebar dari tepi ke tepi. patung tu ja aku nda mau.  Macam muat ja bajet aku. 

Kriteria utama rumah impian aku ialah mesti pintu besar2 dan jendela pun mau luas. Untuk ruang tamu aku nda suka pakai aircond, biar angin semulajadi keluar masuk rumah.

Sebab aku mau pasang langsir sebesar dinding macam ni. Pendek kata rumah aku 40-50% ialah cermin/kaca. Nda mu rumah gelap-gelap, aku mau open punya dan aku mu tanam bunga-bungaan disekeliling rumah. Alamak, lupa ambil pic contoh.

Sekian entry yang panjang lebar.

5 comments:

Aku MamaGlam said...

cantik2 juga tuh. Insya Allah, ada rezeki kamu anak beranak tuh. Yg penting usaha dan doa. Kira ko suka rumah 1 tgkt la...

aku pun.... best kn ada laman, garden...

Nani said...

Suka btingkat tp bajet blm cukup buat yg bertingkat. Insya Allah, murah rezeki dptla kami bkin rumah comel nanti.

Aki said...

he he he.. be cool ja kak.. ok juga tu.. :).. lagipun, rumah yang kakak pilih tu pun, cukup lawa sudah tu.. kalau sudah siap, sa mo pigi beraya di sana la.. :D

Nani said...

Aki: kau buat aku mau ketawa pecah perut. amacam? skg tukar plan suda. x pyh tgu rumah atas tu wujud, lps renovate nti pun kau buli datang hehe

Unknown said...

bestnya nani kalau dapat capai impian kita ye?