Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru !

So, apa kamurang buat di malam ambang merdeka ni? Hehe

Seperti gambar di atas, petang tadi kami meraikan penghujung tahun dengan menjadi johan futsal anjuran Kg. Gusung, Pitas.

Dan yg lucu sikit 1st time jadi pengurus pasukan, team aku terus Johan! Hahaha. Tekejut jg penganjur bila muncul perempuan pg depan ambil hadiah sambil dorang ketawa dan cakap "ni la satu2nya pengurus perempuan. Patutla kamu xdpt lawan". Kekok sangat berada di tengah-tengah lelaki-lelaki hihihi.

Malam ni pula, kampung mengadakan parti kecil2an sempena sambutan new year. Adala makan2 skit dan orang nyanyi karoke.

Dalam hati yang bknlah alim sangat, alangkah bagusnya kalau org kampung suka mengimarahkan masjid dr buat majlis hiburan mcm ni. Sedih masjid lengang setiap hari wal hal, rumah org kiri-kanan, dpn blkg ada.

Hmmmm.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 30 December 2012

Update Pasal Rumah

5 tahun sudah tinggal di rumah setinggan. Bukan kawasan setinggan tapi standard rumah ialah setinggan hehe.

Tiba sudah masanya kami move on dan ready untuk membina 'rumah baru' hidup baru.

Aku nda pandai design rumah so apa susah cari ja di internet.

Gambar ni kalau x silap, dia macam rumah-rumah kayu di Indonesia.

Kalau kamu gugel, mimang rumah-rumah kayu akan keluar dari website dari Indon.

Rumah-rumah kayu dorang memang lawa-lawa dan pelbagai rekabentuk.

Aku sebenarnya suka rumah batu dan bertingkat tapi oleh kerana bajet tidak begitu besar dan mau buat step by step so rumah kayulah pilihannya.

Bagi aku biar rumah kecik dan murah asalkan cantik dan jangan cincai.

Rumah besar kalau nda tersusun pun tiada guna.

Kos rumah ni kami pakai cash ja insya Allah kalau murah rezeki tu pasal kami belum mampu buat rumah batu.

Biasalah, keja sendiri manala ada loan..

Utk rumah ni aku mau 2 bilik tidur di bawah dan yg atas tu ialah master room.

Lokasi rumah kalau nda berubah aku mau buat di kampung di kelilingi pokok sawit dan getah tapi tepi jalan aspal.

Aku nda mau cerita panjang lg pasal rumah ni, nanti sudah start pembinaan baru aku update balik hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Update Rumah Idaman

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bapa ku dan Menjahit

Pagi tadi sempat kami berbincang pasal mau pg KM (Kota Marudu) mau shoping keperluan sekolah adik-adik dangan mama dan bapa. Adik aku yg bujang tu (si Tinang) pula akan masuk Giatmara pada 2hb/jan dan dia juga mau beli sikit keperluan diri di KM.

Nota: smlm tidur di rumah mama sebab di rmh ku tiada air paip. Masak, mandi, berak pun masalah.

Bapa: bisuklah kita jalan.
Tinang: bisuk aku mau kemas baju sudah.
Bapa: kau mau pigi mana?
Tinang: Selangor (bergurau).
Mama: menjahit!
Aku: pg Giatmara.
Bapa: apaka guna-guna tu menjahit tu...(Protes mcm biasa).
Aku: pa, cuba kau tanya macik Suming berapa pendapatan dia sebulan dengan menjahit?
Bapa: (diam)
Mama: jgnla sebulan satu hari sja.
Aku: nmpk skit tu ma klu 1 hari. Bapa mau ni jumlah besar terus.
Mama: sma juga tu kalau didarab sebulan.
Bapa: menjahit ni kena tingu tempat juga bkn sembarang.
Mama: tukang jahit ni wpun betapuk dlm almari org tetap cari juga.
Aku: jiran sblh rmh pun hari2 dpt tempahan. Ribu jg sebulan dia dpt.
Bapa: (diam tak bererti dia mengalah).

Haa, begitulah bapa ku. Dia sja yang betul, payah mau support usaha anak-anak. Dia mau segala apa yg dilakukan anak-anak 100% mengikut piawaian yang dia kehendaki.

Baik-buruk tindakan kami payah dia mau terima secara positif. Bukan membagi semangat malah selalu dia buat kitorang down. Suka buat kami rsa apa yg sdg kami buat tiada hasil.

Sebelum ni kes adik aku masuk UiTM. Kami begaduh sampai aku menangis-nangis. Na, percaya kamu, aku yg sudah kawin dan dewasa pun masi buli menangis bila begaduh sma bapa.

Bapa ku ni keja pengawal Keselamatan gred KP10 di Pejabat Daerah tp lantikan kerajaan negeri bukan kontrak company, so masa adik dapat tawaran uitm tu dia minta pendapat dengan second boss dia Penolong Pegawai Daerah. Dan ADO bongok tu cakap, bagus masuk form six, sb Uitm ni buang masa dan bla bla bla... Aku x brp ingat sudah point bangangnya. Apalagi bapa ku ni percayalah bulat2. Dia memang langsung nda restu adik aku masuk uitm, adik ku pun menangis-nangis sudah takut nda jadi jalan di Samarahan, Sarawak.

Bkn apa, alasan bapa nanti adik nda belajar bagus2, buang masa sja pg sna.

Mslhnya, si Tinang tu pun dari form six juga tapi sampai skg langsung xda tawaran U. Apply Uitm pun nda lulus. Na, mengampai di rumah sampai skg. Baru2 tu dia keja dgn company Cina kilang culvert tp dia duit sb gaduh dgn adik bos! Teruslah dia sambung balik tugas baby sitternya.

Dan lg 1 contoh cousin aku sndri anak kakak bapa. Dlu dia dpt keja Pembantu Pengurusan Murid, Jabatan Pelajaran tapi dia tolak sb alasan mau sambung bljr. Masuklah dia form 6, keputusan cemerlang, pun sama. Sampai skg menganggur sebab tiada tawaran U. So, kan sudah melepas. Keja dia tolak sb target mau mau masuk maktab atau Upsi, last2 nda dapat. Kan sudah rugi? So mcm si Tinang pula kempunan masuk U.

Semua tu aku cakap sama bapa tapi dia tetap nda terima tapi syukurlah last minute dia tukar fikiran dan restu juga adik ke uitm. Dan bapa patut bangga kami 4 beradik yang tua baru sorang masuk U. Aku masuk jg uitm dlu tapi pra ja pastu aku nda sambung lagi. Cuma apa yg aku support sangat adik masuk uitm tu, sb aku nmpk smgt dia utk bljr masih tinggi. Nda sma mcm smgt ku masuk pra dlu. So aku hrp dia buli tebus kegagalan ku dlu dan banggakan bapa dan mama.

Si Tinang pula, aku support juga masuk Giatmara ambil kursus menjahit sebab aku selalu nasihat dia. Zmn wanita bekerjaya skg kena buat persiapan dari bujang. Aku mau kami perempuan buat bisnes sendiri supaya bila kawin ada anak, ndalah susah cari penjaga. Dia nsdri buli lihat anak adik ku lelaki yg bininya keja nurse. Payah mencari pengasuh. Menangis melolong waktu malam mencari maminya so mgkn si Tinang buli terima sudah so itulah yg dia buat (masuk Giatmara). Aku siap cakap ngan dia, time nda sibuk dgn kanopi aku buli bantu dia.

Nota: aku mungkin bukan contoh kakak yang baik sebab belajar pun setakat STPM, tp dengan pengalaman prnh bekerja dgn gomen dlu dan skg dpt bisnes kecil-kecilan, aku bulilah guide adik-adik skit ttg memilih hala tuju hidup terutama kami perempuan. Dan aku memang galakkan dorang bisnes. Biarlah belajar setinggi mana, kalau ada peluang. Aku ulangi kalau ada PELUANG, bisnes lagi bagus sebab aku mau dorang letakkan anak-anak ditangga no.1 bila kawin nanti. At least ada pilihan pada masa utk kerjaya dan juga keluarga. Keja makan gaji kita no choice. Mslh anak2 kementerian/majikan tidak mau ambil tau. Kau kena settle sndri. Kau morning sickness pun xda cuti khas pun drg bagi sdgkan azabnya Tuhan saja yg tau. sudah tu, sarat-sarat pun masi dihantar out station di Pedalaman. Tiada hati perut betul!

So, itulah kisah kami hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 29 December 2012

Bisnes Ku dan 121212 !

Nah ambik kamu!

Gambar2 tunggang langgang.

Inilah yang aku sibukkan 2 minggu yang lepas.

Kalau kamu tingu gambar bawah, Panjang dan kawan2nya sedang pigang parang, itu ialah job yang pertama kami awal bulan Disember. Lokasinya kebun sawit bapa di Kg. Sosop, Pitas. Kebun nda kecik ja dalam 5 ekar kot. Bebuah suda tapi tiada penjaga kebun, buahnya belum pernah dijual sebab bantut. Tiada baja. Kebun ni ada kisahnya sendiri tapi belum buli aku ceritakan buat masa ini. Cuma apa yg aku ingin katakan, kami boleh hidup tanpa makan gaji jika kebun ni dijaga seperti sepatutnya tapi..... Sedih aku mengenangkan suami yg tiada feeling utk kebun ini. Stop!

Ok, kedua. Pic kanopi dengan hiasan skalop biru+kuning. Tu projek kedua pada 12-13hb Disember di Kanibungan, Pitas. Blm abis keja di kebun, kami ke Kanibungan pula dpt tempahan pakej kanopi.

Pic seterusnya ialah tempahan kanopi di Kg. Datong, Pitas. Sana 18-20hb kami buat keja. Sini yang ada sandi sikit keja kami sebab last minute tkg pasang kelambu kanopi cancel order. Terpaksa kami pasang secara manual. Ok kak, nda apa. Kalau gini gayanya, aku buat kelambu aku sndrila, nda payah order kau lagi. Puteri Canopy boleh pasang kelambu tp oleh kerana big boss (dia ka aku big boss? Aku la! Haha. Yg malas tu second bos haha) ni ada malas skit tu psl pass sma krew lain pg buat tp cancel last minute. Kau bunuh reputasi bisnis kau sendiri. Wpun job pertama aku bg kau kecik, tp itulah startingnya utk kita deal job yg lbh besar. Tak pa, Puteri Canopy boleh berdiri di kaki sendiri.

Sbnrnya, tempahan kali ni pun dari deal yg kecik-kecik juga sma pembuat pelamin tu, Diamond Bridal. Dia yang pass customer ni sma Puteri Canopy sb aku prnh ambil job kecik sma drg dlu wpun nda untung bnyk. Mulanya aku mau cancel tp kami runding awal tp dia pujuk2 ckp sdh terlanjur deal dgn customer susah mau cari kanopi lain, last2 aku ambik jg. Dlm hati, xpa.. Kicik2 lama2 jd besar. See? Kan betul. Yg si kelambu ni pula, aku sdh booked awal2 dia ok2 ja. Bila sdh sampai date call xdpt psg. Pengantin pula nda mau kompromi. Dia tetap mau ada kelambu utk kanopi pelamin, so kami buat ja la. So aku nda blame diala, pengantin mana boleh dikecewakan, takut muncung sepanjang masa besanding.

Pastu kain nda ckup. Kami pkai kelambu putih ja pdhal request mau putih+ungu. Last2, kami buka kain skalop psg jd kelambu barulah siap. Wpun penat, lega dan gembira sb akhirnya cabaran dpt diatasi. Aku puji budak2 yg keja sama kami kali ni, bukan saja rajin tp bnyk bg buah fikiran mcm mana mau kasi siap keja. Btl2 membantu. Klu sblm ni, kami laki bni sja la becakaran psl pasang kain ni haha.

Dalam2 kesibukan kami ni, disitulah ipar ku over due bersalin. Dia ni pernah keguguran sekali masa kandungan pertama, 3 bln slps gugur dia mengandung balik. Dia ni jenis yang nda tahan sakit dan ada manja sikitla. Bla.... Bla... Bla... Malas mau ceta yg lain2 masa dia over due, masuk wad 9hb tu sb hospital mau monitor keadaan dia. 3 hari dia dalam wad kami tiada masa melawat lagi pun dia ok juga bukannya ada komplikasi bahaya pun. Tu yg mertua aku marah tu. Sampai masa dia bersalin 12hb, sdh 5cm masi nda beranak2 lagi. So klrga risaulah keadaan dia cuma over acting la pulak. Time tghri laki baru balik dari kebun, dengan penatnya, dengan laparnya dapat panggilan dari kakak ipar sambil menangis. Kononnya ipar yg mau bersalin tu mencari. Nah, siapa nda menggelabah. Ingatkan nazak sudah. Kelam-kabut pg hospital. Sampai hospital dpt jelingan manja dan kakak yg mengcall tu menangis2 suda. Astaga, mati sudahkah dlm hati ku. Lagilah laki ku hilang kawalan. Mengamuk di hospital mau masuk dewan bersalin mau jumpa kakaknya. Laki ku pun satu juga. Panik nda tentu pasal mgkn psl dia terkejut, sdhla penat, lapar lagi.

Last2, dapat juga jumpa kakaknya ditepi tingkap. Kamu tau mcmna keadaannya? Tenang ja. Siap pujuk laki aku lg jgn bgtu. Huh! Menyirap darah, mengegelegak hati!

Ayat yg keluar dari kepala ku, "berbaloika perbuatan dorang sampai begitu?".

Org di dalam baik2 ja, yg kamu sampai menangis siap menjeling kami sebab nda melawat di wad, laki aku naik gila, berbaloika?

Dan lagi aku mendidih bila dapat tau, punyalah sng baby keluar, no jahit2 sb no kuyak2. Faham kuyak?

Dari hari itulah sampai ke hari ini, bekudis hati ku sma dorang!

Pointnya, jangan ingat masalah sendiri sja. Kena fikir masalah orang lain. Kami bukan sengaja2 bersibuk2, tu kebun kena diuruskan secepat mungkin sebab minggu sebelum tu bapa ku memaki hamun aku pasal harta dunia! Bapa aku kalau bagi ceramah memang pedas kata-katanya. Aku sampai menangis2 malu dikata macam-macam.

Time kami susah, bukan dorang boleh tolong pun. Kami nda ambil hati sebab paham juga, sama-sama kurang mampu.

Dan bila drg ada masalah kami xdpt datang, kenapa mau bagi reaksi bgtu? Sb dia x mau paham kami. So, fine!

Aku memang masih sakit hati sampai sekarang tapi aku masih ada iman. Aku tiada dendam, cuma satu ja aku minta. Aku mau jauhkan diri dari dorang. Hidup aku nda akan aman dengan persekitaran begini.

Pleaseeeee !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perlu Post Atau Tidak?

#Entry Salah Post

Aku ni ada grup ladies2 di facebook yang mana kira tempat kami share pelbagai info termasuk kisah rumahtangga yang bermasalah. Macam-macam ada dalam grup ni.

Dalam grup tu, memang semua perempuan yang sudah berkahwin hanya sorang saja yang bujang tu pun umur sdh 29 tahun, so okla. Lagipun dia bestfren dan kampungmate dgn admin grup. Wpun dia blm kawen tp dia spoting. Bolela jugk masuk story2 horror kami urang nih.

Dalam ramai-ramai member nda semua yang suka mengadu masalah rumahtangga lagipun mungkin dorang memang tiada masalah besar pun. Gilalah orang tiada masalah mengada-nagadakn masalah kan...

Actually entry tu tersalah post di grup facebook. Ndalah heran sebab dorang memang tau sudah pun cerita tu. Tapi kwn aku sorang cakap

"Berani juga kau post begitu dalam blog? Kalau keluarga laki mu baca macam mana?"

Jawapan ku:

# blog aku belum terkenal sampai kepengetahuan keluarga suami ku.

# kalau pun ada, lantaklah!

# blog ialah harta paling peribadi yang aku ada so segala isi kandungannya ialah luahan ikhlas dari hati bukan niat untuk memburukkan sesiapa.

# bukan juga utk menyebarkan aura negatif pada pembaca.

# aku sekadar berkongsi real life story bukannya fairy tail story, ngam ka tu?

# sama ada baik atau buruk, pembaca kena terima itu hakikat kehidupan sebenar manusia.

# jangan samakan aku dengan blogger lain yang bila dia bercerita tentang family tiada skelumit pun kecacatan pada hubungan dorang sedangkan Tuhan saja tau. Baca blog nowrizmars.blogspot. Dia kakak angkat ku. Kisah benar semua ada di dalam. Lagi sandi dari kisah aku dan lagi real dari kisah aku. Tp aku buli rasa ianya perkongsian ikhlas dari hati bukannya untuk menunjukkan kehinaan diri.

# kita jangan takut dengan balasan pada niat baik kita. Jika orang salah menilai itu maksudnya mata hatinya buta.

# jadilah diri-sendiri biar pun dalam blog. Aku mula blogging tahun 2008. Blog2 terawal yang aku baca ialah.... Tak bole bagitau hehe. Tp mmg terkenal blog2 ni tapi dalam setiap entry hanya perfect life yg dorang cerita. Kamu tau apa jadi, aku jadi dengki. Sudah dengki, aku mulalah trip ada life mcm drg. Pastu, aku x boleh trima kehidupan ku sbnr sb bila membaca paparan drg di blog aku bertanya " kenapa aku nda bahagia? Kenapa org lain sangat bahagia?". My Allah. Sangat mengesali hidup, langsung nda bersyukur. Aku hanya benar menerima diri seadanya beberapa tahun slps itu. Mgkn krn usia ku masa tu masih mentah baru 22. Tapi sekarang, aku bacalah berapa ribu blog pun yang mengisahkan kesempurnaan hidup dorang #katenyer! Aku nda rasa apa2lagi. Sebab aku tau, tiada manusia di dunia yang bahagia sepanjang masa. Sebahagiannya mungkin mmg betul nda mau share, kedua dorang berlakon happy gitu. So aku nda mau siapa yang baca blog aku rasa mcm yg aku rsa dlu. Biar dorang tau kehidupan sebenar ni macam mana. Sekarang, wpun adakala hidup ku huru-hara, hidup ku sederhana, adakala nda cukup duit pun utk makan, tapi aku betul-betul gembira. Aku jauh lbh gembira ada kehidupan yang sekarang berbanding dulu. Ya kita akan gembira dengan hidup sendiri bila kita sudah faham erti hidup yang sebenar. Alhamdulillah. Syukur ya Allah.

***

Biarlah kita menulis sesuatu yang boleh mengajar orang lain.

Kita menulis mesej yang baik pun kalau dongeng semata-mata, tiada gunanya.

Manusia berbeza latar belakangnya, kalau malar kesempurnaan hidup kita mau cerita, jd manusia2 yg biasa akan rasa bahawa tiada tempat untuk dorang di dunia ini, macam yang aku rasa mula-mula dulu. Hidupnya akan hanya dalam angan-angan dan itu bakal memusnahkan diri dia sndiri.

Ukur baju dibadan sendiri dan berpijaklah di bumi nyata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Entry Salah Post

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: nanialing@yahoo.com
Date: Sat, 29 Dec 2012 08:22:50
To: Ladies ChitChat<220301768019872@groups.facebook.com>
Reply-To: nanialing@yahoo.com
Subject: Adakah Aku Penting Diri?

Start 121212 tarikh keramat tahun ini, bnyk btl konflik dalaman dan luaran yang berlaku. Gara-gara satu insiden aku nda betegur sama kedua org mertua dan juga dua org ipar perempuan.

Sejak tu, until now we blm ok sangat like before.

Lama betul hati ni betul-betul mau sejuk. Aku mengelak sebolehnya ada masalah dengan mentua sebab sekali timbul masalah antara kami maka bila-bila masa akan ada gunung berapi yang tunggu masa meletup dalam hati.

Hal menantu mentua ni sangat perlu dijaga tapi kalau sebelah pihak ja fikir, sebelah lagi asik fikir diri yang betul, maka inilah yang berlaku. Aku nda cakap aku betul dan aku nda juga cakap aku salah. Terpulanglah sama dorang menilai.

Selain mentua, aku juga ada sedikit masalah dengan bapa aku sendiri. Aiyo, mau berapa orang bermasalah aku kena hadapi?

Aku cuba melupakan segala masalah dorang dan cuba teruskan kehidupan dan tugas seharian tapi ada pihak yang nda paham. Mulalah membagi tanggapan yang bukan-bukan last2 aku hilang sabar.

Masa Panjang kena sakit dengki (denggi salah eja)dengan automatiknya aku dan mentua perempuan jadi baik, mentua lelaki ja yang masih berat mata mau pandang aku sebab dia ni jenis yang segan-segan orangnya. Dengan ipar masih ada dingin sikit.

Pagi tadi ada kenduri di rmh kakak mertua perempuan tapi aku nda pigi sebab aku belum larat lagi. Aku penat. Dua minggu none stop dengan bisnes, sudah habis sambung terus dengan Panjang kena masuk wad. Energy orang macam aku ni pecut 100m boleh, marathon jgn harap. Kmrn dari jam9 pagi-9 mlm aku basuh alas kerusi 42 helai. Amat lama sebab alas tu berlumpur dan nda kena basuh sejurus siap majlis, tu la degil sangat kotornya. Macam mana mau basuh kalau air di rmh pun putus bekalan, pastu 4 hari aku jaga orang di wad. Aku sudah sangat2 stress sebab penat dan itulah alasan ku nda pg kenduri hari ni sebab hari ni sesi menjemur pula. Kalau kain basuhan nda tejemur hari ni, so di mana mau jamur kain yg lain nanti sebab masi ada berlonggok lagi di sna tu.

Suami mulanya marah juga aku nda pg kenduri tu sebab dia ingatkan aku sudah benci dengan semua family dia, last2 mungkin dia sedar dia sudah salah faham, dia pujuk balik dan minta maaf.

Esok aku sambung lagi basuh kain-kain skalop aku. So aku xtau bila aku bole rileks secara normal. Basuh tu pun, aku pg rmh adik juga dekat Pekan sb di sni masi blm ada air paip.

So klu boleh, aku mau ada orang faham kalau aku belum mau pg mana-mana buat skg ni. Nda payahlah anggap aku ni bukan-bukan. Dan aku mau bgtau kalau kenduri-kendara ni aku memang kurang rajin mau datang, so aku harap ada orang boleh faham juga. Klu family belah aku marah aku nda dtg kenduri dorang, tu aku boleh terima tapi kalau mentua ku mau marah sebab aku nda datang kenduri dorang, tu ralat sikit.

Senang fikir ja ba tu.

Mcm adik ipar aku juga, time kami beradik sibuk di dapur dan dia nda tolong, aku nda anggap bukan-bukan pun. Aku paham dia bukan malas cuma segan dan mungkin nda tau mau buat apa or takut apa yang dia buat nanti nda kena pula sama aku.

Aku pun lebih suka kalau dia nda tolong sebab takut dia serba salah. Bgtu juga kalau aku dtg ke sna, bila aku masak dia memang nda akan sentuh apa pun kerja dapur kecuali basuh pinggan. Bukan sebab dia nda pandai masak atau malas masak tapi dia segan aku ada dan aku nda fikir pun bukan-bukan.

Anggap saja ianya satu penghormatan dari adik ipar kepada kakak ipar. Dia hormat lalu dia segan. Kan simple?

Berlainan dengan situasi ku di sini. Bila aku nda mau bantu di dapur, adalah orang yg masam2 muka.

Bila aku nda mau dtg kenduri, bertalu-talu pertanyaan kenapa nda pigi. Betul-betul aku rasa segala gerak-geri ku dikawal. Aku susah untuk menjadi diri-sendiri. Sebab itu Rasulullah menekankan umatnya untuk sentiasa bersangka baik sesama sendiri. Kalau kita suka bersangka buruk, permusuhan mudah berlaku dan akan banyak silaturahim yang boleh putus.

Aku suka tinggal di sini tapi kalau berlarutan aku diperlakukan begini, aku sudah terfikir untuk lari dari persekitaran begini. Aku mau buat rumah tempat lain. Aku nda mampu sudah menepis sangka buruk orang. Biar aku hidup dengan cara sendiri.

Luahan ikhlas dari blognanialing.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 28 December 2012

Naik Gila

Aku kalau penat cepat tertekan.

Ya aku memang nda tahan dengan tekanan.

Aku suka memikirkan sesuatu secara simple, nda mau yg complicated.

Sebab otak aku memang nda buli serabut yang terlalu.

Energy ku lain dr yang lain. Aku pun kadang nda paham.

Dari pagi tadi 9am aku start basuh kain-kain kanopi, plus keja-keja sampingan sambil basuh baju di mesin basuh, jam9 malam baru siap. Tu pun nda abis lagi. Ada dua longgok lagi menanti esok dan aku betul-betul stress buat keja ni berhari-hari. Kotor btl kain-kain aku sebab halaman customer baru2 ni berlumpur. Ya Allah, azabnya aku membasuh.

Utk next urusniaga, aku mau caj sikit utk basuhan kain-kain. Aku mau hntr cuci dobi ja lah. Aku betul serik ni kali dan aku xmau berulang basuh banyak2 dan kotor macam. Ya Allah, aku ngantuk sudah. Kira mau cerita panjang tp mata ni berat sgt.

Oh, ngantuknya!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 26 December 2012

Keluar Hospital

Tengahari tadi kami dibenarkan untuk pulang. Lega tapi balik rumah stress pula.

Dengan ketiadaan bekalan air sdh 2 minggu ni, rumah berhamburan barang. Kain2 skalop kanopi ku berlonggok sini-sana belum berbasuh. Dapur yang sempit macam stor sdh sebab sini-sana barang nda tesusun sebab surirumahnya bizi sejak minggu-minggu yang lepas. Aku nda mau cerita panjang pasal rumah setinggan, nanti simpati pula kamu. Rumah kami layak masuk rancangan Bersamamu hehe. Ndala teruk sangat tapi kalau aku kasi tingu pic, mungkin kamu terkejut juga ni. Tunggu rumah baru ku siap, baru aku bagi tingu rumah lama ni. Buruk di luar tapi masih selesa di dalam.

Tinang call tadi (adik no3 lahir 1990), mau minta bawa pg Kota Marudu (KM) bisuk dia mau ikut temuduga Giatmara. Aku iyakan saja padahal aku macam nda larat ni, bukan macam tapi pasti!

Aku sms Isa (adik lelaki no2 lahir 1988), aku suruh dia bawa si Tinang. Si Tinang tu kan maid dia so apa2hal kenalah tanggungjawab sikit. Otak ku belum centre lagi ni. Cepat naik angin, pelupa dan macam mamai2 sb 2 mgu lebih tidur nda cukup. Aku marahla juga, tinang tu jaga anak dia dari 1st sampai yg ke2. Berebut kami hak menjaga anak tahun 2010. Dia langsung nda mau tolak ansur sama aku lalu memaksa aku meninggalkan anak di kampung selama 4 bulan (masa tu kami tinggal KK), 2 bln kemudian aku resign sb kesian dgn anak ditinggal jauh. Tiba masa skg, dia mau lepas tgn pula sma kebajikan adik yg jadi maid dia selama ni. Pleaselah! Aku bukan mau bekira tp biar adik-adik aku ada rasa tanggungjawab sesama sendiri.

Taulah dia sibuk dengan projeknya tapi keperluan adik yang suda bnyk bantu dia jangan dibuat nda tau. Bila ada keperluan baru aku dicari, tiada keperluan jadi hamba dorang. Jangan begitu.

Kalau aku sihat, aku nda kisah, jgnkan ke KM, ke KK pun aku nda kisah tapi time-time skg memang nda sesuai. Aku mau rehat sebab bnyk hal lg di rmh ni aku mau kasi settle. Aku xda super power untuk buat semua ni dgn sekelip mata. So, adik-adik ku sila bagi kerjasama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 25 December 2012

Kisah Di Wad Hari Ke3

My hubby semakin sembuh. No demam2 lagi, boleh sdh jaga diri sendiri, kencing sendiri, minum sendiri tp makan tetap permaisurinya hidangkan. Bak layanan hospital 1st class gitu! Pastu selera makan membuak-buak. Macam-macam pula mau dimakannya. Kemarin mau makan tom yam, suruh budak-budak (kwn yg lbh muda dari dia) tapaukan di warung tp warung tu nda pula ada menu tom yam. Aik, macam aku sudah cerita ja dlm entry sebelum ni... Ok, lumpat serita!

Malam ni pun awal aku mengantuk, mungkin baru mau recover balik kepenatan dan kemengantukan yang banyak tertunggak sejak 2 mgu lepas, kalau nda pun, pasal aku kuat makan macam laki aku juga. Di wad ni, makan jak keja kami laki bini. Sihat sdh ba dia ni, kalau kasi tinggal sorg di wad pun bulih suda tp macam nda sampai hati juga kasi biar dia sorang. Takut dia boring tiada manusia dia mau bawa gaduh. Laki aku ni suka marah-marah walaupun benda kecik! Kadang hilang sabar juga aku dibuatnya. Dia ni manusia yg cepat naik suhu tp cepat jg sejuknya. Tu pasal klu dia marah2 aku nda takut pun, meluat lagi ada hahaha. Dapatlah dia jelingan manja ku kalau marah-marah nda tentu pasal. Lagi satu sukaaaaaaaa sangat merungut. Hal sekecik semut pun selera dia mau merungut. Anak manjalah katakan. Kesabarannya memang bukan untuk diuji sebab dia memang fail sedia. Amboi, ngumpat ka? Hahaha. Pedulik! :p

Aku baca blog Ceeramoon tadi, dia bilang laki dia a to z baik, perfect! Entah dia propa saja atau memang sudah itu takdirnya dapat suami yg dipuja-puja walau di mana jua, tapi lain pula dengan aku hihi. Laki aku baik juga, bukan nda baik tapi perangai dia tadi yang baru aku sebutkan tu salah satu penegasan utama sama dia. Kalau sudah tua, nyanyuk, macam mana pula dia ni? Ya Allah, semoga aku jenis isteri yang sabar, sabar dan lagi sabar hehe. Apapun, sudah itu jodoh Tuhan kasik mesti dialah yang terbaik untuk aku. Mungkin aku terasa sangat akan kelemahan yang dia ada tapi Allah lebih tau kenapa perlu dia jodoh ku, kennn!

Dan, amboi mau tambah lagi. Ok, stop. Berdosa ngumpat suami sendiri bukan suami kau. Ekekekek!

Tengahari tadi balik rumah mama kejap (dekat dgn hospital banding rmh aku), masak tom yam yang direquest oleh YAB Dato Sri Ghazalu. Namaun kesilapan teknikal sedikit bila tiada daun limau purut, aku hentam perahkan limau kapas dan campak sekali dengan kulitnya. Apa jadi, tom yam ku yg lazat jadi pahit. Sorii suami, lupa pula limau kapas lebih power dr limau kasturi. Silap teknik ayang, hahaha. Selera jugalah dia makan sampai ketam surih masak kari aku sikit pun dia nda rasa. aku bagi pak cik tua sebelah katil tu. Habis dia makan, syukur. Tiadala pembaziran makanan. Aku paling takut kalau makanan nda habis dibuang begitu ja. Teringat orang2 yang kebuluran di negara2 yg susah.

Cerita malam pula, aku awal ngantuk. Baru mau update blog, mata sudah terkatup-katup. BB aku pun hampir terhempas ke lantai tika jari-jemari ku melonglai ketiduran. Lelap sekejap, sedap ja tidur ku tapi dikacau oleh batuk yang melampau. Pesakit dalam wad ni tida sorang pun yang batuk teruk macam aku, mean memang aku pun sakit jugak ni. Spirulina ada aku beli minggu lepas tp oleh kerana cash nda cukup sebotol 500 biji tu ja la aku dpt beli. Kongsi makan pula si laki bini, terpaksa nda buli makan dos tinggi. Mau jimat, haha. Kalau dulu, sekali makan 20 biji aku telan sekali dlm sehari. Masa tu aku kaya lagi. Skg ni, kena berjimat so sakit2 aku yang sudah lama betapuk, keluar semula dengan beraninya. Tunggu kau batuk!

Pacik depan katil Panjang ni sakit ampus. Petang tadi dia sesak nafas, kesian aku tengok lalu aku pun menggooglelah pasal asma ni, waaa macam aku pun ada simptomnya. Batuk, bersin, selsema, alergik dan pernafasan tidak selesa. Adohai, Nani. Jaga kesihatan mu.

Nite~
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 23 December 2012

Jaga Panjang Di Wad, Hospital Pitas

Ketika menulis entry ini daku kemengantukan sebenarnya. Tadi dapat lelap sekejap ja tapi time aku baru mau sedap modop (tidur) batuk ku pula tiba-tiba datang.

Pastu si Panjang cakap mau makan tom yam dan soto air tangan mak cik Penang (isteri bapa saudara dia) so aku terus sms budak2 minta tapau makanan berkenaan. Sekali yang datang soto keduanya, tiada tom yam. Rasa mau balik rumah ja masak tapi malas mau ulang alik. Mau suruh kakak ipar masak, tom yam bukan kepakaran dia pula haha. Dia kalau lauk majlis kawen bulilah tapi tom yam fail pulak hahaha. Biasala, manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. Macam aku, kalau masak utk majlis kahwin memang nda layak, tapi sesetengah masakan adala juga yang aku terer. Kununlaaa...

Masuk hari kedua di hospital si Panjang pun berselera aku juga terjangkit. Yang lucu, makanan hospital pun dia rasa sedap, menu tadi kacang panjang tumis dan ayam masak kurma kali tu. Adoi, kalau ginila, menjaga perut sjala keja di wad ni.

Update demam Panjang, so far dia ok. Suhu makan stabil dalam 35c. Memang dia sakit denggi ni. Di hospital Pitas memang musim denggi. So kalau ada sesiapa yang demam panas, menggigil kesejukan dan sakit kepala, janganlah dibiarkan. Pergi hospital cepat2. Anda mampu mengubahnya.

Bercakap soal sakit-makit ni kan, aku sebenarnya mau ambil insurans Prudential bah ni. Kalau pi KK, selalu limpas2 tu di bangunannya di Jalan Lintas kalau nda silap. Cantik tu logo dia tapi ingatkan ni produk konvensional sbb tingu nama pun macam oversea punya ba. Aku nda ingat macam mana aku buli jatuh cinta dengan insurans ni.... Ops! Ingat sudah. Aku baca blog Ceeramoon hari tu. Anak dia demam ja, masuk wad insurans cover wad 1st class (swasta) sampai rm2000! Kau pernah? Haa, dr sna la aku jatuh cinta sama ni takaful.

Pastu aku study pula pasal produk dia di internet, masya Allah sungguh menepati citarasa ku. Sudahlah Islamik, coverage (amboi macam line telefon pulak) pun memang best. Tapi ejen aku blm kot ambil exam so aku blm dpt mencarum lagi. Eh, mencarum? KWSP ka apa? Haha.

Plan seterusnya aku mau jd ejen Prudential juga. Hihi. Ah, nantila cerita balik. Panjang mau pinjam phone ku mau tingu you tube.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

The End 2012 !

Banyak kemelut di celah-celah bisnes yang semakin naik. Alhamdulillah.

aku nda tau dari mana mau bermula.

Sekarang aku berada di Hospital Pitas, Panjang kena tahan di wad, suspek denggi atau jangkitan kuman di paru-paru. Pitas musim denggi sekarang, mungkin pasal kelambu di rumah sudah kuyak hihi.

Panjang ok cuma suhu badan tinggi kadang mencecah 40c. Pagi ni katanya kepala sudah ringan sikit. Nda senang tidurlah juga aku dibuatnya, kejap2 kencing dan mau minum air. Kencingnya disambut saja dalam bekas, unik sangat aku rasa sbb dgn posisi mengiring, nda payah bangun pun buli kencing. Kalau kita wanita, lepas beranak kalau mau ke toilet pun kena bangun walaupun si kawan masih perit dijahit. Uniknya lelaki, istimewanya wanita kennn?

Sebenarnya, sudah 2 minggu kami dalam kesibukan. Sibuk dengan tempahan kanopi dan sibuk menguruskan ladang sawit. Biasalah hidup petani hehe. Belum sempat rehat laki aku sakit pulak. Aku ok cuma batuk ku yang sudah sebulan lebih ni nda baik-baik lagi. Risau jg, nti laku aku sembuh, aku pula ganti sakit. Tak boley jadi...

Kanopi sudah settle, ada satu tempat lagi yang belum buka 6 buah kanopi. Mujurla, pekerja aku kali ni sangat baik dan bertanggungjawab. Dorang ni kawan Panjang main bola di Kudat, alaa club yang kononnya bakal masuk Liga Malaysia tu... Tapi dalam ramai-ramai pemain, adala 3 ekor ni yang jadi pengikut setia kapten diorang. Pegi kebun tebas rumput pun dorang ikut, pasang kanopi pun dorang juga. Hinggakan yang sorang tu hampir mau korbankan Krismas dia semata-mata mau tolong kasi clear keja-keja kanopi. Ni baru kawan namanya.

Nanti aku sambung ceta balik kalau ada idea. Aku mau keluar kejap, mau bagi gaji sma budak2 kanopi ku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.