Saturday 29 December 2012

Perlu Post Atau Tidak?

#Entry Salah Post

Aku ni ada grup ladies2 di facebook yang mana kira tempat kami share pelbagai info termasuk kisah rumahtangga yang bermasalah. Macam-macam ada dalam grup ni.

Dalam grup tu, memang semua perempuan yang sudah berkahwin hanya sorang saja yang bujang tu pun umur sdh 29 tahun, so okla. Lagipun dia bestfren dan kampungmate dgn admin grup. Wpun dia blm kawen tp dia spoting. Bolela jugk masuk story2 horror kami urang nih.

Dalam ramai-ramai member nda semua yang suka mengadu masalah rumahtangga lagipun mungkin dorang memang tiada masalah besar pun. Gilalah orang tiada masalah mengada-nagadakn masalah kan...

Actually entry tu tersalah post di grup facebook. Ndalah heran sebab dorang memang tau sudah pun cerita tu. Tapi kwn aku sorang cakap

"Berani juga kau post begitu dalam blog? Kalau keluarga laki mu baca macam mana?"

Jawapan ku:

# blog aku belum terkenal sampai kepengetahuan keluarga suami ku.

# kalau pun ada, lantaklah!

# blog ialah harta paling peribadi yang aku ada so segala isi kandungannya ialah luahan ikhlas dari hati bukan niat untuk memburukkan sesiapa.

# bukan juga utk menyebarkan aura negatif pada pembaca.

# aku sekadar berkongsi real life story bukannya fairy tail story, ngam ka tu?

# sama ada baik atau buruk, pembaca kena terima itu hakikat kehidupan sebenar manusia.

# jangan samakan aku dengan blogger lain yang bila dia bercerita tentang family tiada skelumit pun kecacatan pada hubungan dorang sedangkan Tuhan saja tau. Baca blog nowrizmars.blogspot. Dia kakak angkat ku. Kisah benar semua ada di dalam. Lagi sandi dari kisah aku dan lagi real dari kisah aku. Tp aku buli rasa ianya perkongsian ikhlas dari hati bukannya untuk menunjukkan kehinaan diri.

# kita jangan takut dengan balasan pada niat baik kita. Jika orang salah menilai itu maksudnya mata hatinya buta.

# jadilah diri-sendiri biar pun dalam blog. Aku mula blogging tahun 2008. Blog2 terawal yang aku baca ialah.... Tak bole bagitau hehe. Tp mmg terkenal blog2 ni tapi dalam setiap entry hanya perfect life yg dorang cerita. Kamu tau apa jadi, aku jadi dengki. Sudah dengki, aku mulalah trip ada life mcm drg. Pastu, aku x boleh trima kehidupan ku sbnr sb bila membaca paparan drg di blog aku bertanya " kenapa aku nda bahagia? Kenapa org lain sangat bahagia?". My Allah. Sangat mengesali hidup, langsung nda bersyukur. Aku hanya benar menerima diri seadanya beberapa tahun slps itu. Mgkn krn usia ku masa tu masih mentah baru 22. Tapi sekarang, aku bacalah berapa ribu blog pun yang mengisahkan kesempurnaan hidup dorang #katenyer! Aku nda rasa apa2lagi. Sebab aku tau, tiada manusia di dunia yang bahagia sepanjang masa. Sebahagiannya mungkin mmg betul nda mau share, kedua dorang berlakon happy gitu. So aku nda mau siapa yang baca blog aku rasa mcm yg aku rsa dlu. Biar dorang tau kehidupan sebenar ni macam mana. Sekarang, wpun adakala hidup ku huru-hara, hidup ku sederhana, adakala nda cukup duit pun utk makan, tapi aku betul-betul gembira. Aku jauh lbh gembira ada kehidupan yang sekarang berbanding dulu. Ya kita akan gembira dengan hidup sendiri bila kita sudah faham erti hidup yang sebenar. Alhamdulillah. Syukur ya Allah.

***

Biarlah kita menulis sesuatu yang boleh mengajar orang lain.

Kita menulis mesej yang baik pun kalau dongeng semata-mata, tiada gunanya.

Manusia berbeza latar belakangnya, kalau malar kesempurnaan hidup kita mau cerita, jd manusia2 yg biasa akan rasa bahawa tiada tempat untuk dorang di dunia ini, macam yang aku rasa mula-mula dulu. Hidupnya akan hanya dalam angan-angan dan itu bakal memusnahkan diri dia sndiri.

Ukur baju dibadan sendiri dan berpijaklah di bumi nyata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Aku MamaGlam said...

Ngam la dgn title blog mu 'aku adalah apa yang aku tulis'. Hihihih. Ya semua tu bgantung dgn apa tujuan kita berblog kan. Huhuhu..

Walaupun niat kita baik tp cara juga kena baik. Sebab niat tidak menghalalkan cara. Tp apa2 pun, niat dan cara kita biarlah berlapik juga kan. Mmg blog kita sukati kita, tp jgn sampai kita menyakiti hati org lain yg terbaca, org yg terlibat dlm cerita. Sbb mungkin boleh mengaibkan atau terfitnah org terlibat tanpa kita sedar kepada satu dunia yg baca blog kita.

Kita boleh berkongsi the real life story yg mgkn sedih, geram, sakit hati psl org lain tp berlapik, dan jg mgkn dgn tidak secsra direct mengambarkan atau sebut nama org yg terlibat.

Blh berkongsi suka duka real life in real world tp berlapik la. Apalagi kalau melibatkan keluarga.
Peringat buat diri sendiri juga sbg blogger. Huhuhu..