Saturday, 29 December 2012

Bisnes Ku dan 121212 !

Nah ambik kamu!

Gambar2 tunggang langgang.

Inilah yang aku sibukkan 2 minggu yang lepas.

Kalau kamu tingu gambar bawah, Panjang dan kawan2nya sedang pigang parang, itu ialah job yang pertama kami awal bulan Disember. Lokasinya kebun sawit bapa di Kg. Sosop, Pitas. Kebun nda kecik ja dalam 5 ekar kot. Bebuah suda tapi tiada penjaga kebun, buahnya belum pernah dijual sebab bantut. Tiada baja. Kebun ni ada kisahnya sendiri tapi belum buli aku ceritakan buat masa ini. Cuma apa yg aku ingin katakan, kami boleh hidup tanpa makan gaji jika kebun ni dijaga seperti sepatutnya tapi..... Sedih aku mengenangkan suami yg tiada feeling utk kebun ini. Stop!

Ok, kedua. Pic kanopi dengan hiasan skalop biru+kuning. Tu projek kedua pada 12-13hb Disember di Kanibungan, Pitas. Blm abis keja di kebun, kami ke Kanibungan pula dpt tempahan pakej kanopi.

Pic seterusnya ialah tempahan kanopi di Kg. Datong, Pitas. Sana 18-20hb kami buat keja. Sini yang ada sandi sikit keja kami sebab last minute tkg pasang kelambu kanopi cancel order. Terpaksa kami pasang secara manual. Ok kak, nda apa. Kalau gini gayanya, aku buat kelambu aku sndrila, nda payah order kau lagi. Puteri Canopy boleh pasang kelambu tp oleh kerana big boss (dia ka aku big boss? Aku la! Haha. Yg malas tu second bos haha) ni ada malas skit tu psl pass sma krew lain pg buat tp cancel last minute. Kau bunuh reputasi bisnis kau sendiri. Wpun job pertama aku bg kau kecik, tp itulah startingnya utk kita deal job yg lbh besar. Tak pa, Puteri Canopy boleh berdiri di kaki sendiri.

Sbnrnya, tempahan kali ni pun dari deal yg kecik-kecik juga sma pembuat pelamin tu, Diamond Bridal. Dia yang pass customer ni sma Puteri Canopy sb aku prnh ambil job kecik sma drg dlu wpun nda untung bnyk. Mulanya aku mau cancel tp kami runding awal tp dia pujuk2 ckp sdh terlanjur deal dgn customer susah mau cari kanopi lain, last2 aku ambik jg. Dlm hati, xpa.. Kicik2 lama2 jd besar. See? Kan betul. Yg si kelambu ni pula, aku sdh booked awal2 dia ok2 ja. Bila sdh sampai date call xdpt psg. Pengantin pula nda mau kompromi. Dia tetap mau ada kelambu utk kanopi pelamin, so kami buat ja la. So aku nda blame diala, pengantin mana boleh dikecewakan, takut muncung sepanjang masa besanding.

Pastu kain nda ckup. Kami pkai kelambu putih ja pdhal request mau putih+ungu. Last2, kami buka kain skalop psg jd kelambu barulah siap. Wpun penat, lega dan gembira sb akhirnya cabaran dpt diatasi. Aku puji budak2 yg keja sama kami kali ni, bukan saja rajin tp bnyk bg buah fikiran mcm mana mau kasi siap keja. Btl2 membantu. Klu sblm ni, kami laki bni sja la becakaran psl pasang kain ni haha.

Dalam2 kesibukan kami ni, disitulah ipar ku over due bersalin. Dia ni pernah keguguran sekali masa kandungan pertama, 3 bln slps gugur dia mengandung balik. Dia ni jenis yang nda tahan sakit dan ada manja sikitla. Bla.... Bla... Bla... Malas mau ceta yg lain2 masa dia over due, masuk wad 9hb tu sb hospital mau monitor keadaan dia. 3 hari dia dalam wad kami tiada masa melawat lagi pun dia ok juga bukannya ada komplikasi bahaya pun. Tu yg mertua aku marah tu. Sampai masa dia bersalin 12hb, sdh 5cm masi nda beranak2 lagi. So klrga risaulah keadaan dia cuma over acting la pulak. Time tghri laki baru balik dari kebun, dengan penatnya, dengan laparnya dapat panggilan dari kakak ipar sambil menangis. Kononnya ipar yg mau bersalin tu mencari. Nah, siapa nda menggelabah. Ingatkan nazak sudah. Kelam-kabut pg hospital. Sampai hospital dpt jelingan manja dan kakak yg mengcall tu menangis2 suda. Astaga, mati sudahkah dlm hati ku. Lagilah laki ku hilang kawalan. Mengamuk di hospital mau masuk dewan bersalin mau jumpa kakaknya. Laki ku pun satu juga. Panik nda tentu pasal mgkn psl dia terkejut, sdhla penat, lapar lagi.

Last2, dapat juga jumpa kakaknya ditepi tingkap. Kamu tau mcmna keadaannya? Tenang ja. Siap pujuk laki aku lg jgn bgtu. Huh! Menyirap darah, mengegelegak hati!

Ayat yg keluar dari kepala ku, "berbaloika perbuatan dorang sampai begitu?".

Org di dalam baik2 ja, yg kamu sampai menangis siap menjeling kami sebab nda melawat di wad, laki aku naik gila, berbaloika?

Dan lagi aku mendidih bila dapat tau, punyalah sng baby keluar, no jahit2 sb no kuyak2. Faham kuyak?

Dari hari itulah sampai ke hari ini, bekudis hati ku sma dorang!

Pointnya, jangan ingat masalah sendiri sja. Kena fikir masalah orang lain. Kami bukan sengaja2 bersibuk2, tu kebun kena diuruskan secepat mungkin sebab minggu sebelum tu bapa ku memaki hamun aku pasal harta dunia! Bapa aku kalau bagi ceramah memang pedas kata-katanya. Aku sampai menangis2 malu dikata macam-macam.

Time kami susah, bukan dorang boleh tolong pun. Kami nda ambil hati sebab paham juga, sama-sama kurang mampu.

Dan bila drg ada masalah kami xdpt datang, kenapa mau bagi reaksi bgtu? Sb dia x mau paham kami. So, fine!

Aku memang masih sakit hati sampai sekarang tapi aku masih ada iman. Aku tiada dendam, cuma satu ja aku minta. Aku mau jauhkan diri dari dorang. Hidup aku nda akan aman dengan persekitaran begini.

Pleaseeeee !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: