Friday 30 December 2011

Jom Selongkar Barangan Peribadi

Bangun tidur ja, on hanfon dan tengok update di twitter dan fb. FB tiada apa yang menarik tapi twitter ada update pasal kemalangan di Tambunan dan kemenangan Maharaja Lawak Mega semalam. Kawan aku Mariah buat review pasal lipstik Holika Holika yang kedainya baru buka di Suria Sabah baru2 ni. 

Aku memang da kegilaan sikit sama gincu ni dan nanti aku pigi Suriah melihat apa yg ada, lalu terbit idea mu post pasal barang2 peribadi termasuk kosmetik dan penjagaan muka.

So, inilah hasilnya. Mari aku cerita satu2.

Untuk mekap inilah apa yang aku ada. Macam2 brand ada tapi yang terbaru dan termahal ialah Elizabeth Arden, beli bulan lepas di Metrojaya, Suria.

Ini pula ialah handbag dan dompet baru ku yang juga baru dibeli bulan lalu juga di Metrojaya, Suria Sabah. Handbag aku yg lama (pakai 3 tahun, Sembonia) terkopek2 suda walaupun tiada kuyak di mana2. Beg tu memang tahan, sumbat barang2 berat pun nda putus, memang suka beg tu tapi apakan daya.

Ok, dalam handbag aku, itulah barang2 yg wajib aku bawa di mana saja. Panty liner dari Intimo, Elken ~ dompet~bedak~beberapa biji gincu dan pelembap bibir~tisu~buku catatan~losyen tangan, ni kes nda sempat belosyen di rumahlah ni~sanitizer~minyak kapak. 

Membawa minyak angin menjadi tbiat baru sebab masa pigi KL bulan Jun lepas, aku tiba2 diserang angin perut masa makan2 di Tasik Shah Alam. Mau2 pitam aku masa tu, sebarang minyak tiada dalam beg. sekali lega aku balik rumah dan sapu minyak bam gamat. Nah, kan betapa pentingnya minyak angin dibawa ke mana2.

Yang ni pula Eternal Beauty, Elken. Mesin pengurut muka yang menjadi kekasih hati ku. Produk ni lah yang membuatkan aku menjadi member Elken sebelum terfikir mau buat bisnes MLM pada Nov, 2009. EB pakai bersama Massaging Pack Elysyle, Elken. 

Mesin urut ni hanya efektif dengan Massaging Pack, Elysyle. Aku pernah beli massage cream dari jenama lain dan membuat urutan muka tapi nda nampak apa2 perubahan. Kalau Massaging Pack, 10 minit urut sebelah muka, akan kelihatan kulit sebelah muka terangkat dalam 0.5cm lebih tinggi berbanding sebelah muka yang nda diurut. Maksudnya, kulit anjal, tegang dan licin hanya dalam masa 10 minit. Paling best, akan ada perubahan besar pada garis2 halus tepi mata dan pipi lebih terbentuk. Dagu pun akan lebih runcing. Memang siok! Selama aku ada EB ni aku nda pernah lgi facial di mana2 salun. inilah salun facial ku di rumah. Harga RM1901 dan ada gift harga RM500++. Berbaloi2kan?

Kalau ada kawan2 minta facial, aku hanya caj RM25-35 sahaja..

Inilah koleksi Elizabeth Arden ku. Mungkin jenama ni ndalah famous macam kebanyakan jenama yang sewaktu denggannya tapi gara2 sale hri tu, nah temerasa sudah mekap dan gincu mahal.

Sejarah terbelinya E.A ni, seminggu aku dan cousin ulang-alik tiap hari window shopping di Suria. 7 hari berturut, ok. Mulanya aku cuma mau survey handbag sebab aku mmang cerewet memilih handbag, tambahan lgi kali ini aku mau hndbag yang nda berapa besar. Sambil2 tu kami masuk kedai Watson, Guardian dan Metrojaya mencuba berbagai jenama lipstik dan lipgloss. Time2 kami sedang asyik bergincu di Metrojaya masa tu kami guna tester Revlon, kami disapa oleh beaty consultant E.A. Bla.. Bla.. Bla.. Aku dan sepupuku terus jtuh cinta sama E.A. Cara dia explain produk dan harga nda begitu memaksa, nah lagilah kami macam cacing kepanasan. Dengan hanya pembelian RM156 kami dioffer beli set mekap tu yang bernilai RM1900++ pada harga RM314 sahaja. Gilakah nda tu? Dapat lagi boucer tunai RM100 terus aku beli dompet yang atas tu hhahahaha... 1st time rasa diri betul shopping ketika Sale. Rasa lucu pun ada.. Shooping brang nilai 4k bayar nda sampai 1k. Ni baru di KK ja, kalau kL lgilah gila. Oh y, kwan aku shopping di London 2 hri lepas, lagilah gila aku rasa. Sale berabis di sana bilangnya. Yang geram tu, dia mau balik suda bru bgitau dia sudah shopping. Cis! Ndala sempat kirim barang.

Cream to powder, eye shadow, blusher Elysyle, Elken. Cream tu kalau pakai, nmpak natural, bebas kimia tapi macam nda berapa ngam dikulit ku. Kulit2 Chinese bulilah yang memang sedia mulus. Tu j yg ku komplen utk kosmetik Elken, kurang pilihan bgi aku yng berkulit nda berapa putih macam aku.

Yang ni pula aku borong masa sale Guardian bulan Mei lepas di CP. Ada bnyak tapi yang lain suda aku bgi ipar dan cousin ku. Nafsu membeli jgn ckp tapi bukan abis pakai pun semua since duduk rumah ni suda. Kalau masi keja, sebulan mungkin maskara pun abis sebotol.

BODYSHOP ! Aku suka berus dia. Ada blusher juga tapi suda tukar sama cousin sebab macam nda pndai abis aku pakai. 1st time guna concealer~loose powder~maskara. Semua aku suka. Harga buli tahanlah jugak.

Ni mekap aku paling murah. Beli di Noveal, CP. Masa ni aku keabisan mekap dan tgh pokai, so ini ja yang mampu masa tu hihhihi.

Dan yang last ni, produk penyelamat msalah jerawat ku. Aku pakai ni sejak akhir tahun 2003 tapi au stop pada akhir 2009 bila dpt set pencuci muka gift beli EB hari tu. 1 tahun ja aku bertahan guna Elken punya tu, jerawat ku menyerang semula. Aku start balik guna Aiken bulan April lepas kalau nda silap dan alhamdulillah masih mujarab asalkan disiplin cuci muka pagi petang, dan toner+moisturiser jangan tinggal setiap kali lepas cuci muka.

Sekian.

4 comments:

efa fairuz said...

sy suka entry nih.. seronok tgk koleksi produk kecantikan orang lain.. hehehe

Nani said...

Aku pun suka. Efa pun buatlah entry yg sama, aku mau baca hehe

miya said...

baguss oo.. aku punya mekap cikai2 sejja. itupun ndak tau di mana disimpan. sana sini beterabur. nanti mau keluar baru mencari.hoho..

Anonymous said...

Nak sentuh psl EB.... kenapa agen elken br2 ni dtg jual pakej smp rm4k +++ sedangkan hanya arround rm 1900....

Beli EB dan Massaging Pack Elysyle, Elken shj how much? Pls advise