Friday 30 December 2011

Kan Best Kalau Sudah Plan

Happy New Year !!!!

Mood bercinta datang lagi...

Alangkah best kalau time ni aku sedang berada di Kundasang menyambut tahun baru hanya BERDUA dengan suami tercinta Ghazali Amirul...

Jalan2 pekan Kundasang dan lepak dalam bilik menikmati keindahan bukit-bukau di sana.

Sepatutnya, plan dari awal. Cuti ini buat apa, cuti itu pigi mana. Ni hari sudah datang barulah meroyan sorang diri di rumah sebab baru sedar orang lain berjoli, sendiri bekurung. Padan muka. Hahaha...

Ok, nda apa. Sambutan new year aku akan bermula 3hb-8hb Janurai depan. Bukan BERDUA tapi beramai. Kawan2 dari KL datang Sabah. Kalau kamu ada baca entry aku pasal pigi Genting bulan6 lalu, haaaa doranglah geng2 itu. Antara destinasi utama Pulau Manukan dan Kundasang.. Kalau bukan kerana ada antara kawan tu baru 1st time datang Sabah, mungkin lagi gempak konon2nya aktivitinya.. Sepatutnya kami mendaki gunung tp yang lain xda bajet, jadi cancel la.

Dalam planning juga, untuk anivesary kami tahun 2012 yang ke9 (anivesary percintaan, perkahwinan lain), barulah kami mendaki gunung insya Allah kalau tiada halangan. Jun bday aku, mungkin sambut di KL lagi atau Indon.. Tengoklah kalau ada tiket murah dan bajet nda lari.. Hutang keliling pinggang ni sekarang, hehehee..

Pastu bulan 9 bday Panjang, kena bulan puasa atau raya kah tu? Ni belum bincang apa mau buat. Dan bln9 ni juga anivesary perkawinan yang ke 6.. Eeeee, 6 tahun suda kami kawin. Macam baru juga aku rasa.. Feeling becinta masi kuat. Alhamdulillah.

Bulan 11, Nadia punya arijadi, ni mungkin buat di KK ja la kali. Di rumah pun bulih juga..

Pastu end year tahun depan harus plan baik punya ni. Nda mau lagi macam tahun ni, ampai2 ja nda buat apa2. Boring oh!

Semoga berjalan dengan lancar. Ya, Allah murahkanlah rezeki kami tahun depan. Bulan10 mau pigi Perth dengan kawan pramugara terlampau ku di MAS... Harap2 jadi... Semuanya bergantung bajet... Murah rezeki, murah rezeki, murah rezeki. Amin.......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: