Tuesday 31 July 2012

Aku Harap Satu Hari Nanti Aku Ada Buku Sendiri

Biarpun blog aku nda sehebat mana tapi aku akan teruskan minat menulis ini.


Tiba-tiba kemarin terupdate di status facebook (dalam group rahsia) yang aku mahu menulis satu buku bila tiba harinya kelak.

Sejak tahun 2009, hidup aku banyak cerita, konflik yang memerlukan aku bertindak lain dari yang lain. Bekorban sesuatu demi rasa cinta ku, prinsip ku dan kemahuan ku dalam hidup. Isu utama ialah aku mau jadi isteri dan ibu yang sempurna untuk keluarga ku dan kerana itu aku melakukan semuanya. Itulah yang kamu mau cerita jika dimurahkan rezeki aku boleh menrbitkan buku sendiri tentang pengalaman aku dalam rumahtangga. Aku pasti ramai wanita yang menghadapi dilemma tu tapi nda ramai yang bertindak mengikut kata hati macam yang aku buat.



 Bak kata-pepatah ikut hati mati tapi nda semestinya mati kalau kau ikhlas dan niat kerana Allah. Membuat sesuatu tindakan kerana niat yang betul dan mengharapkan keredhaan Allah. Yakin bahawa niat kau betul dan yakin bahawa Allah akan bantu hambaNya yang berniat baik apatah lagi dalam mempertahankan rumahtangga, suami dan anak.

Aku mau wanita diluar sana berani bertindak sebagai wanita yang sebenar. Maksud aku menurut naluri seorang perempuan, isteri dan ibu yang sebenar bukannya menguburkan segala hasrat keibuan, keisterian dan keperempuanan kerana TAKUT tersalah langkah. Hidup perlu berani untuk menuntut kemahuan sebab manusia jenis aku memang nda bulih hidup di bawah kawalan orang lain yang tidak menepati kehendak ku. Aku rasa dunia sangat kejam dan aku nda sanggup menurutinya.



Aku mau bagi inspirasi kepada wanita yang ingin mempertahankan haknya tanpa mengabaikan hak orang lain. Dapat menangkan semua orang. Bukan mudah tapi ada cara.

Family first!



Insya Allah semoga tercapai.

Aku Capek Dengan Segmen

Terlebih dahulu, terima kasih yang tak terhingga kepada kawan baik aku Dania Eryati sebab sudi tag aku dalam satu segmen yang disertainya di myideakini.com. Ya tag itu amat2 dihargai..

Sebenarnya segmen ni best tapi aku sudah puas buat benda ni dulu. Aku minta maaf sangat dengan Yati sebab nda dapat join. Bukan apa, aku sudah penat. Dulu kami ada satu grup juga yang memang komited buat benda ni tapi tiba-tiba admin senyap dan rakan-rakan lain pun sibuk dan lama-kelamaan terus senyap dari mengaktifkan diri. Bukan itu saja, ada pula blogger lain buat benda yang sama dan aku berkali-kali menyertai, memang berhasil tapi kini semuanya senyap. So aku memang sudah penat join segmen2 yang bertujuan menambahkan follower. Aku memang mau ramai orang baca cerita aku tapi aku nda larat sudah mau bersusah-payah untuk itu. Sekarang aku menulis atas dasar minat tanpa paksaan dan harapan tinggi jika ada sesiapa yang menggilai blog ini. Kalau ada terima kasih sangat dan harap kita terus jadi rakan blog sampai bila-bila.

Sekali lagi, terima kasih Yati....

Sunday 29 July 2012

Kalaulah, Ya Allah...

Tiap kali ramadhan, perkataan ini mesti akan muncul di benak fikiran...

"Kalaulah masjid sentiasa dikunjungi para jemaah seperti setiap hari sepanjang bulan puasa".

Kan?
Bulan puasa memang bulan mulia. Lihat saja tiap malam, semua masjid di seluruh negara meriah dengan kehadiran jemaah. Tua muda, miskin kaya, besar kecil, lelaki perempuan, jauh dekat pasti mendatangi masjid. Yang nda pernah solat pun tiba-tiba bila bulan puasa, hari2 nampak muka bila solat tarawih. Sejuk hati memandangnya.

Tapi,
Kenapa tidak di hari2 biasa? Adakah kedatangan mereka kerana juadah yang dihantar setiap malam selepas solat? Mereka saja tau apa niat datang masjid. Selain itu, orang lain dok kusyuk solat di dalam, dia dok sembang di luar hingga habis rakaat tarawih. Sesungguhnya itulah orang-orang yang rugi.

"Kalaulah setiap hari Jumaat kita bersedekah makanan di masjid selepas solat Jumaat seperti yang kita lakukan senpanjang bulan puasa iaitu bersedekah makanan kepada jemaah selepas solat tarawih".

Kan?
Kalau bulan puasa siap ada list dari 1 Ramadhan hingga habis bulan nama-nama penduduk yang akan menyediakan juadah di masjid. Patutlah ramai orang datang masjid, yang lainnya hanya mau makan saja tapi tidak mengapa sebab itu salah satu cara menarik minat umat kita rajin ke masjid. 

Tapi,
Kalau bulan2 biasa. Masjid lengang saja. Adakalanya nda sampai 10 org pun yang berjemaah tiap waktu solat di masjid sedang rumah umat Islam keliling masjid ada. Sangat menyedihkan. Masjid tinggal bersawang, berhabuk tiada pengunjung. Lagi pelik bila rumah si polan hanya beberapa langkah dari masjid pun, masih tidak tergerak hati untuk berjemaah. Sakit hati melihatnya. Bila tabligh datang ke rumah mengajak berjemaah, ada yang bersembunyi atau menjawab sinis. Apa mau jadi umat kita sekarang? 

"Kalaulah tiap kenduri tahlil,kesyukuran, doa selamat dilakukan di masjid".

Kan?
Aku pernah baca tentang suasana meriahnya masjid di zaman Rasulullah. Semua kenduri-kendara dibuat di masjid. Siap masak di masjid lagi. Sebab tu masjidnda pernah tiada orang di zaman Rasulullah. Umat Islam bersatu-padu. Masjid tempat bermesyuarat, selain ceramah-ceramah agama. Alangkah indahnya masa itu.

Tapi,
Sekarang bandingkanlah. Tidak kira kenduri tahlil, doa kesyukuran, doa selamat, masing-masing mau buat di rumah sendiri. Seharian bertandang ke rumah tuan rumah, kita tinggal solat tapi boleh pulak berdoa ramai-ramai. Di mana afdhalnya doa dorang. Bayangkanlah kalau 3 jenis kenduri ini dilakukan di masjid, sementara tunggu majlis bermula, tetamu sempat solat berjemaah, diselitkan pula ceramah agama atau soal jawab agama bukannya hanya duduk dan berbual kosong seperti yang dilakukan oleh orang-orang kita sekarang. Lagi teruk, disesetengah kenduri tahlil, sebahagian tetamu menganjurkan judi kecil-kecilan yang berlarutan dari awal malam hingga ke subuh hari. Bayangkanlah, saudara-saudari ku sekalian. Apa sudah jadi sama masyarakat kita sekarang?
Islam agama yang mudah tapi janganlah dipermudahkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puasa Sesederhana Yang Mungkin

7 Ramadhan...

Why?
Sejak aku kawin, aku rasa bulan puasa tahun ni begitu berlainan sekali. Sama ada kami memang pemalas ataupun dengan erti kata lain, puasa tahun ni kami memang duduk rumah, tengok tv, buka puasa, pg tarawih, tgk tv atau tidur awal dan bangun sahur. Aaa, itu sajalah aktiviti kami seharian. Baru berapa kali saja kami keluar rumah sebab ada urusan di Pekan mahu pun pg KM (Kita Marudu), selainnya begitu2lah tu.

Kalau tahun lalu pula, kami tinggal di KK 3 beranak. Masa tu bila diingat kadang rasa sedih juga. Suami masih makan gaji di BTC. Bagi yang tinggal KK mungkin taulah apa tu BTC. Ya dia keja sebagai driver catering ja. 6 hari seminggu dengan waktu kerja 8-12 jam sehari seawal 4.30 subuh. Bayangkanlah. Sebelum puasa pun, badan suami memang turun mendadak. Penat dan kurang rehat. Sama ada mau salahkan tugas dia atau mau salahkan hobi dia sebab balik keja dia nda balik rumah terus kalau petang terus pg padang Saga, Kg. Likas main bola sepak. Kalau nda sempat main petang, futsal pula pada malamnya. Jaranglah dia bulih rehat cukup2 selepas abis keja. Aku berleter pun nda guna, sebab sudah hobi dia, dia nda rasa penat pun dengan rutin harian tapi diterjemah padah bentuk fizikalnya yang semakin kurus.

Aku?
Masa tu aku ambil upah jaga budak tapi baby yang datang so aku jaga babylah. Sepanjang puasa aku jaga baby. Ndalah penat keja tu tapi mungkin aku bukanlah babysitter yang terhandal maka susut jugalah badan ku dan time puasa kami amat kesempitan duit. Nasiblah kami ada tabung duit syiling. Hari2 pigi kedai beli sungakaian dan barang dapur dengan duit syiling ja. Rumah kami memang selesa tapi makan hanya cukup-cukup ja. Nasiblah akaun company aku sentiasa ada rezeki, disitulah kami selalu menumpang makan dan bayar sewa rumah tapi time puasa tu memang kering. Syukurlah nda juga lama kami diduga begitu, apapun ianya cukup menginsafkan. Ya, moralnya, menyimpanlah selagi ada duit. Aku memang boros beberapa tahun dulu. Adakalanya sebulan perbelanjaan ku mencecah RM5 ribu. Shopping ssesuka hati tanpa membajet duit. Ambil ja apa yang disuka, kalau pi KK pun menginap di Hotel yang 3/4 bintang. Huh!


Sekarang, kami menjalani bulan mulia dalam kesederhanaan. Bulan ni langsung tiada job sebab tu rutin harian kami agak selesa dan diterjemah juga kepada bentuk tubuh badan yang nda berubah, hehe.

Soal juadah, aku selalu kering idea mau makan apa dan yang sandi bazaar di Pitas ni masi ditahap menyedihkan. Balik2 kuih, mee 50sen, martabak, sayap dan air. Tiadalah menu2 yang pelik2 tapi sedap macam di tempat lain. Nah, lagilah kau blur. Sudahlah nda tau mau masak apa, harapkan bazaar pun hampeh. Kami hanya sungkai yang special klu org sebelah hantar juadah (mak mertua/kakak ipar). Dorang jgn cakap. Kalau berbuka memang juadah meriah sampai nda abis makan. Kalau makan ramai-ramai memang selera membuak-buak berbanding kalau makan berdua, lidah agak tawar sikit tapi suami aku macam pandai terasa kalau juadah simple atas meja. Hm, taulah aku. Rumah mak dia kan sebelah ja so mesti dia terasa kalau meja makan kami lengang ja. Kan, kalau bazaar ada kan senang. Mau makan apa beli ja, yalah kalau makan berdua ja macam leceh juga kalau mau masak yang rumit2. 

Tapi memang style akulah kali mau menjalani Ramadhan dengan sederhana, nda taulah kalau anak2 aku sudah ramai dan membesar mesti mau masak banyak-banyak kali. Bukan apa, aku kalau nampak makanan nda habis, pastu dibuang sewenangnya, aku memang nda senang hati. Ramai lagi manusia di dunia ni kebuluran, kita yang hidup sempurna ni patutlah beringat. Makan apa yang termampu. Sepatutnya Ramadhan untuk kita merehatkan perut dan usus dari bekerja keras saban hari menguruskan sistem pencernaan dan perkumuhan kita, so inilah peluang makan secara ala kadar.
p/s: kalau ada sisa makanan yang nda habis, eloklah bagi binatang makan, jgn dibuang begitu saja. Sekurang2nya ia masih bermanfaat kepada makhluk hidup yang lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 23 July 2012

Praktis Mekap Part 1

Akhirnya aku berjaya menghuru-harakan wajah-wajah insan di bawah ini dengan eksperimentasi mekap ku yang pertama dua hari yang lepas.

Model-model ternama lagi jelita yang ku pilih kali ini ialah adik aku sendiri Umie 22 tahun, my mom 46 tahun dan sorang mak sedara aku lewat 40-an/awal 50an.

Bukan main lagi mencabar wajah-wajah dorang untuk dibuat ujikaji.

 Umie sebelum disolek....

 Selepas disapu foundation Sari Ayu, concealer jenama Cina, compact powder IN2IT dan loose powder dari Bodyshop.

 Selepas disapu aye shadow Elizabeth Arden pula. Satu-satunya koleksi mekap aku yang mahal.

 Selepas.... Muka adik aku ni nda banyak masalah sepanjang aku menyolek, lagipun kulit masih muda. Memang senang sangat mau buat. Aku rasa untuk 1st ni, ndalah lawa sangat tapi secara asas tu aku rasa sudah bulih berbanding sebelum ni.

Yang pasti, aku sudah boleh menguasai sapuan foundation agar menjadi rata.

My mom sebelum mekap.


 Selepas sapu bedak asas....

Dan, siap. Aku rasa aku berjaya ubah muka mama dengan sedikit seri namun cabaran aku di sini ialah membentuk garis mata. Mama kan sudah berumur, kalogen di bahagian mata ndada sudah, kulit jadi berlapis dan kendur, aku sapu celak punya tebal bila dia buka mata terus nampak sikit. Adoi... ni mesti ada bulu mata palsu baru menjadi ni.

Macik Asnah. Lupa ambil gambar sebelum mekap tapi dia ni mata dia ndalah tua sangat cuma kelopak mata dia luas.


Aku rasa agak failed di bahagian eye shadow. Macik pun cakap dia nda suka warna mata dia. Oh, silap tekniklah ni dan finally aku sudah tau apa silapnya.


Thursday 19 July 2012

Siapa Kata Kahwin Tu Susah?

Nda payahlah aku hurai panjang tentang majlis kahwin. Rasanya sebut ja ayatnya/perkataannya semua orang tau apa barangnya...

Persediaan...
Sibuk...
Banyak fikiran...
Sempurna...
Majlis yang dipuji-puji tetamu...
Duit hantaran tinggi...
Jimat kos...
Mewah...
Meriah...
Banyak duit keluar...
Letih...
Macam-macam...

Faham list di atas? Aku pasti kamu faham.

Dari pengalaman sendiri hinggalah perkahwinan kaum kerabat, itulah antara senario yang berlaku.

Siapa kata majlis kahwin mudah? Susah sebenarnya, banyak hal mau difikir.. Aiyo...

Siapa kata majlis kahwin susah? Mudah sebenarnya, nda payah banyak fikir. Buat majlis simple sudah. Nda payah buat persediaan bak puteri raja yang naik pelamin.

Aku puji majlis yang terbaru jiran merangkap family sebelah suami aku. Tiada ribut tiada angin, jemputan datang tiba-tiba seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Biasanya, majlis kahwin setahun sebelum acara sudah dicanang-canang sini-sana, sudah kelihatan beberapa persiapan berbentuk mengubahsuai rumah dan sewaktu dengannya. Apa-apa ja lah, kamu tau lah tu tapi yang ni 'tiba-tiba' ja dan aku tumpang gembira dan terharu sebab, akad nikah dapat dilaksanakan secara sempurna dan majlis juga berjaya diadakan dengan meriah sekali. So? Kahwin ni susahkah senang?

Susah?

Senang?

Siapa kata susah?

Siapa setuju senang?

Tepuk dada tanya selera. Semua hal boleh dipermudahkan kalau kita berfikir secara simple maka benda pun akan jadi simple. Berfikir secara complicated maka benda pun bulih jadi sesukar-sukarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 17 July 2012

Kemudahan Pinjaman Yang Betul-Betul Membantu

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Aku ni asal ja bangun pagi, otak mula sdh ligat... Ok jugalah time2 ada idea bgni aku boleh post ke entry terus. Ni pinjam hanpon suami ja sebab internet di hanpon ku sdh aku off. Lain bah aku ni, kalau on ja internet di hanpon aku nda mau buat kerja lain sudah. Menghadap hanpon ja... So dengan cara itu ja aku boleh kawal diri hihi.
Pagi ni aku mau cerita pasal pinjaman kewangan. Tapi sebelum tu aku mau buat sedikit imbasan masa lalu... Kalaulah aku memulakan bisnes ini paling tidak pada tahun lalu atau 2010, aku rasa aku nda akan mengalami masalah modal. Masa tu, kewangan ku agak stabil dan silap besar apabila berbelanja sesuka hati tanpa menyimpan sedikit pun. It's ok, benda sudah berlalu so inilah yang perlu aku sematkan dalam hati sangat2. Berjimat dan menyimpan.
Setakat ni modal yang sudah aku gunakan lebih 20 ribu dan aku rasa perlukan dalam 10-15 ribu lagi untuk menjadikan perniagaan ini lengkap sepenuhnya. Aku perlu beli paling kurang satu set pelamin, 10 pasang baju pengantin, aksesori dan mengikuti kelas mekap secara sepenuh masa.
Sejak tahun 2005 aku sudah menjadi ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan pinjaman bermula rm1000 dan pinjaman tertinggi setakat ini ialah RM7000. Sebenarnya aku sudah layak meminjam sebanyak rm14000 tapi aku nda ambil jumlah itu sebab masalah pembayaran yang tinggi dan singkat iaitu satu tahun ja. Sekarang pinjaman yang aku buat ialah rm5000 dan setiap minggu aku wajib bayar RM115 (termasuk simpanan wajib, ia senagai tabungan yang boleh diambil kalau keluar dari AIM) dan rm460 sebulan jika nda silap. So kamu fikirlah, bisnes baru mau naik dan kena pula membayar RM460 sebulan dan setiap minggu, kamu rasa adakah ianya membantu ataupun membebankan?
Sepatutnya hal ini aku fikirkan sebelum membuat pinjaman. Ya, betul tapi sekarang aku bukan menyesal meminjam sebab aku sudah tau dan faham tentang syarat pinjaman AIM sekian lama. Cuma aku berfikir, AIM merupakan satu badan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu peniaga2 kecil yang miskin yang jika ada yang gagal menjelaskan pinjaman tiada tindakan undang2 dikenakan hanya perlu tebalkan muka dihadapan rakan2 ahli jika berlaku tunggakan tapi aku rasa pinjaman jenis ini tidak membantu semua jenis perniagaan. Aku rasa pinjaman AIM hanya sesuai kepada perniagaan-perniagaan yang mempunyai pendapatan harian seperti peniaga makanan. So fikiran aku sekarang ialah mau cari kaedah pinjaman lain yang lebih munasabah, mampu bayar dan betul-betul boleh membantu aku dalam bisnes ni.
Buat masa ni kawan aku sarankan untuk aku buat pinjaman di MARA dan insya Allah kalau sesuai dan layak, aku akan buat pinjaman ni. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kelas Mekap Sentuhan Aneez, Horizon Hotel, Kpta Kinabalu

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan bilang urang...

Alang-alang bisnes canopy aku mau jadi juruandam sekali lalu aku pun ikut bengkel mekap yang singkat iaitu sehari pada 15hb Julai baru2 ni.

Bersama kawan-kawan baru dari Sipitang dan Tenom..

Sesi bermula

 Kami kusyuk sudah dan diberi kebenaran melihat dan menyentuh alat-alat mekap Kak Niza...
 Selesai mekap, apalagi... Posing la...
 Budak-budak baru belajar posing... Maafkan slah dan silap hehe..
 Model orang tawau Lina namanya...
Shoot lagi...

Kelas sehari ni memanglah nda cukup kalau target mau pandai terus tapi Kak Niza bagi tau praktis selalu.. So, nanti aku praktislah ni.

Monday 16 July 2012

Sempit Sikit Bulan Ini

Nda ramai rasanya blogger yang akan share cerita hidup yang tahap sampai begini. Kebanyakan blogger akan share benda-benda yang bila kita baca kita rasa betapa perfectnya hidup dorang dan itu juga salah satu sebab dorang akan dapat ramai follower sebab cerita hidup drg memang fun sentiasa... Yalah, aku sendiri rasa bila baca blog2 yang macam tu, aku sendiri seolah2 berada diawangan yang aku juga hidup perfect macam dorang. Lagipun aku ni memang suka berangan haha...

Tapi sekarang bukan masa berangan tapi masa untuk menjadikan angan-angan itu satu kenyataan. Bukan senang mau dapat apa yang kita mau. Betullah kata orang kerja keras tu perlu. Kalau kita tengok orang-orang kaya yang bisnes tu, life dorang macam semudah petik jari ja kan? Petik saja kita nampak dorang ada rumah banglo. Petik saja, kereta biasa bertukar kereta mewah. Hmm, mudah sangat dimata kita tapi usaha dan kepayahan itu dorang saja yang tau macam mana dan begitulah juga apa yang aku alami sekarang sebagai seorang peniaga yang belum setahun jagung pun, baru mau tumbuh ni. 

Sekarang ni, kami ibarat kais pagi makan pagi. Ada tempahan ada duit, tiada tempahan tiada duit sebab kami suami isteri full time buat kerja ni, tiada gaji bulanan yang ditunggu2. Si Panjang selalu cakap mau kerja sini, mau kerja sana tapi aku sudah tetapkan matlamat untuk dia. Tiada lagi istilah makan gaji untuk kami berdua, melainkan rezeki tiba-tiba datang dan salah seorang dari kami dapat tawaran kerja kerajaan, tu mungkin bulih dipertimbangkan tapi kalau kata kami berharap begitu memang ndalah. Bukan aku kata kerja tetap ni nda bagus tapi jiwa aku tu bukan disitu sebab aku memang malas buat kerja orang.
Ya betul. Time aku kerja di Lembaga Pertubuhan Peladang dulu pun, kerja aku update blog memanjang sampai bos sound hihi.. Teringat buku The Magic Of Thinking Big mengatakan seseorang takkan maju dalam pekerjaan yang tidak disukainya dan penulis menyarankan agar setiap individu mengenalpasti apa bidang yang diminati dan berusahan supaya bekerja di situ agar potensi untuk dia berjaya lebih tinggi. 

Penulis juga menceritakan pengalaman rakannya sendiri bernama Dan yang berbakat dalam bidang kewartawanan tetapi bekerja sebagai penolong pengarah di syarikat elektronik kerana menganggap bidang kewartanan tidak boleh menghasilkan duit yang banyak. Dan kata "gaji saya memang lumayan, tempat kerja menyeronokkan, jaminan hidup pun ada tapi entah mengapa saya tidak sukakan pekerjaan itu. Alangkah baiknya kalau saya jadi penerbit atau membuka syarikat akhbar selepas tamat pengajian dulu..."

Penulis berkata "Sikap Dan mencerminkan rasa bosannya dan dia menunjukkan sikap sinis pada banyak perkara. Dengan sikapnya begitu sukar baginya mencapai kejayaan besar selagi dia tidak berhenti kerja dan kembali bergiat dalam bidang kewartawanan. Hal ini kerana kejayaan memerlukan usaha tanpa mengenal penat lelah dan kita hanya bersedia berbuat demikian apabila kita benar2 meminati perkara yang kita lakukan" (buku ini sudah diterjemahkan dalam bahasa Melayu).

So, samalah macam aku dulu. Bila laporan banyak aku merungut, buat nda padul dan stress sendiri sebab aku rasa terpaksa buat kerja tu hanya semata-mata inginkan jaminan kewangan. Berbeza dengan sekarang, cabaran bertimpa-timpa tidak sedikit pun menjejaskan usaha aku untuk meneruskan bisnes aku walaupun pulangan masi ditahap kais pagi makan pagi. 

Dan kemarin, rakan seuniversiti aku dulu Sanisah @ Nisa tapi difacebook dia taip namanya sebagai Niesha, hah lebih glamer gitu (aku di U setakat Pra saja, kamu jangan salah faham aku ni lulusan ijazah pula hehehe) contack aku dan menanyakan pasal peluang bisnes. Dia kerja kerajaan sekarang tapi jawatannya hanya taraf SPM bukan Diploma seperti yang dia layak. Dia kata, dia pun nda tahan makan gaji dan teringin buat macam aku. Dia masih bujang. So aku bagi dia beberapa idea sebab dia bilang aku tiada otak bisnes macam kau so aku nda tau apa peluang yang sesuai untuk aku bermula... Hm, yakah aku ni otak bisnes? Aku rasa aku bukan otak bisnes sangat pun tapi keinginan aku yang berbeza dari orang kebanyakan yang mendorong dan membuka minda untuk berniaga.
Aku tanya balik apa bisnes yang dia suka, dia bilang apa-apa pun boleh tapi dia mau cari sesuatu yang boleh dilakukan secara sampingan dulu. Oleh kerana dia minat mekap so aku cadangkan dia ambil kelas mekap sebagai ilmu asas kemudian start secara slow down. Cikgu mekap aku cakap "asalkan kau sudah mula, pasaran akan terbuka dengan sendirinya yang penting kau buat beberapa strategi pemasaran yang simple. Contoh, kau praktis mekap orang, pastu kalau jadi upload dalam facebook tunggu orang like dan komen. Kalau ada yang suka insya Allah adalah yang mau jadi pelanggan kau". ( Aku ada entry lain pasal mekap, tunggu ya...) 

Dan berbalik pada cerita asal tadi, kerana masih ada bayaran tempahan lalu yang belum dibuat maka agaknya sepi ramadhan dan raya kali ni. Sudah buang duit prepare untuk wedding tiba-tiba tiada payment, sabarlah. Kereta aku pun sudah expired roadtaxnya, sabar sajalah. Pendek kata ikat perutlah macam ni, sabar sajalah.... Untuk permulaan ni SABAR SAJALAH.... Kekekekek!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 10 July 2012

Buat Baik Dibalas?

Tiba-tiba bersisa kekesalan, kekecewaan dan kehampaan dalam hati yang seakan sukar hilang. Setelah dua sudah insiden berlaku... Aku rasa sudah tiba masanya aku berubah sebelum keadaan lebih parah.

Apa dia tu? Kamu mau tau?

Kalau aku bagitau apakah kamu akan kata aku bodoh atau lurus-bendul? Mari kita sama-sama nilaikan...

Insiden pertama:

Kerana pengantin orang susah, mak dia sakit tenat tapi belum tahap nazak dan bapanya sudah tua, berbini dua, anak-anak semuanya menganggur, agak kasihan melihat. Lalu, pengantin menempah kanopi yang sepatutnya berharga RM1200 tapi aku hanya caj RM900 tanpa deposit dan free alas meja dan reben bangku ikut warna tema, lalu selepas kerja-kerja pemasangan dilakukan aku menghantar sms mengatakan sepatutnya pembayaran sudah dilakukan tapi apa balasan yang aku dapat? Kata-kata yang pedas! Ya, itulah habuan bila berurusniaga dengan orang yang ada talian keluarga... Hingga kini, bila kami bersemuka rasa macam masih ada jurang sisa-sisa perselisihan akibat sms meminta bayaran itu. Bayaran sudah pun dibuat 3 hari selepas majlis namun aku percaya insiden itu masih berkesan dihati kami masing-masing walaupun kami sedang berusaha melupakannya dan hidup seperti biasa, bertegur sapa seperti biasa..

Insiden kedua:

Aku mengetahui adalagi majlis yang bakal berlangsung juga dikalangan kerabat... Atas niat yang baik dan tulus-ikhlas aku menawarkan diri untuk memberi khidmat sekali lagi untuk kanopi dan pelamin. Pengantin seorang yang baik dan soal pembayaran aku rasa tidak akan ada masalah kerana aku yakin dengan integritinya (kalaulah sikap tanggungjawab, amanah, tidak mengambil kesempatan itu boleh dipanggil sebagai integriti). Lalu semuanya berjalan dengan lancar... Kami telah melakukan yang terbaik untuk job kali ini walaupun tiada bayaran pendahuluan kerana demi atas nama 'kekeluargaan' yang sekian terjalin. Cuba teka apa berlaku pulak kali ini? Juga masalah payment. Mengelak insiden pertama berlaku lalu aku mendiamkan diri seminggu selepas majlis sehinggalah pada satu hari aku sudah tidak tahan lalu menghantar sms. Mujurlah, tiada kata-kata pedas dibalas kali ini cuma yang aku terkilan, dia tidak memberitahu terlebih dulu apa masalahnya sehingga aku menghantar sms. Aku rasa dia memang terasa hati tapi apakan daya, ini periuk nasi aku. Dia meminta tempoh untuk melangsaikan hutang itu dan aku nda kisah sebab dia sudah bagitau kenapa dia lambat bayar... Aku bukanlah kejam sangat...

Bakal Insiden Ketiga:

Kali ini pengantin kata mau bayar habis selepas semua kerja-kerja kami laksanakan dengan sempurna untuk mengelakkan dia pula yang tertipu tapi kali ini aku nda mau lagi sakit hati, makan hati atau mati hati hanya kerana benda2 buduh ni semua. Apa hal, pasal ni aku bermasam muka sama keluarga sendiri hanya kerana DUIT? Dan aku nda mau dipersalahkan lagi atau dianggap bukan2. Aku nda akan mengulangi lagi memberi diskaun kasihan atau pun menawarkan diri untuk menjadi heroin dalam majlis siapa2 lepas ni sebab nda selalunya perlakuan baik kita akan dipandang baik apatah lagi dibalas baik sebab manusia ada ego masing-masing.. Fikiran sempit dan mengambil kesempatan akan kebaikan kita. Biarlah lepas ni kita sama-sama kalah, sama-sama menang. Kau mau kau bayar, kau nda mau pigi cari lain.

***

Prinsip aku dalam bisnes ialah bukan setakat untung tapi kebajikan sesama umat Islam dan manusia pun aku mau jaga juga. Perniagaan kalau menindas  orang lain nda akan selamat di akhirat tapi memang sedih kalau kebajikan orang kita jaga tapi kebajikan kita sendiri diperlekehkan....


Friday 6 July 2012

Kenapa Ramai Jurugambar Suka Canon?



mycadnik
17th-October-2011, 07:08 PM
Yang saya lihat kenapa fotografi di malaysia suka guna CANON berbanding dengan NIKON..?.

So...kepada pakar2 dah biasa guna NIKON tapi beralih arah ke CANON dan sila cerita secara ringkas sedikit...

Terima Kasih,
ajim
17th-October-2011, 07:13 PM
saya bukan pakar... so saya tak tukar NIKON ke CANON... saya masih pengguna NIKON...

ni depend pd kegunaan... & after sales service...
roslishirlin
17th-October-2011, 07:22 PM
drpd feedback yg saya terima, byk yg komen : Nikon - sharp, Canon-cantik color.....itu kelebihan masing2.....tp rasanya ikut citarasa sendiri & mana yg kita lebih selesa guna :-)
ajim
17th-October-2011, 07:31 PM
drpd feedback yg saya terima, byk yg komen : Nikon - sharp, Canon-cantik color.....itu kelebihan masing2.....tp rasanya ikut citarasa sendiri & mana yg kita lebih selesa guna :-)

sorry roslishirlin... utk sharp & color cantik tu depend pd kemahiran kita mengawal kamera...
husnikick
17th-October-2011, 07:34 PM
Sy pengguna Canon...rakan² rapat photography sy kebanyakkannye pakai Nikon.. xde ape² yg membezakan sangat melainkan lens²/speedlite/bateri tak bole tuka²/pinjam²/mahupun try²... & bagi saya, hasil output gambar yg terakhir yg paling penting skali. Canon bole hasil kan gambar cun, Nikon pun bole hasil kan gambar cun. Begitu juga dengan camera² yg lain. Camera hanyalah tools utk kita create gambar. :victorious:
fiq habib
17th-October-2011, 07:51 PM
saya dulu juga pemilik nikon dan kini menggunakan canon. pada saya, saya tak nampak terlalu banyak kelebihan dalam mana2 brand inikan pula nak mengatakan mana2 satu mendominasi pengguna.

setelah saya menggunakan 5 buah model nikon dari d60, d70s, 2xd80, d200 & d90, saya bertukar kepada canon 60d. sebab saya bertukar kepada canon adalah atas pilihan peribadi namun nikon tetap bintang yang menyerlah. sukar juga nak buat keputusan pada mulanya. secara simple dan adil, saya dapat rumuskan:

nikon
1) lens2 murah atau kitlens sangat berkualiti dan boleh digunakan untuk buat job. lens mahal apatah lagi..
2) built quality sangat kemas
3) fungsi dalaman yang agak mudah difahami
4) hanya pernah mengalami masalah dengan rubber grip d200 yang mengembang
5) after sales servis yang baik

canon
1) lens murah atau kitlens berkualiti rendah dan secara personal saya takkan gunakan untuk job. L lens memang mengancam.
2) built quality sangat kemas
3) fungsi dalaman yang mudah difahami
4) tiada masalah dengan rubber grip
5) after sales service yang baik

dari segi kualiti gambar, saya lebih nampak lens yang memainkan peranan utama.. ini sekadar pengalaman saya.. sila saja berikan pendapat anda.

saya juga pernah memiliki kamera fujifilm hs10 untuk buat jalan2. kamera ini pun menghasilkan gambar yang cun!. pendek kata kamera apa pun tak kisah. yang penting tangan yang memetik picunya...
mycadnik
17th-October-2011, 10:04 PM
dari segi kos pulak yg saya lihat NIKON lagi murah sedikit berbanding dgn CANON?..
Azamsani
17th-October-2011, 10:43 PM
Saya penguna NIKON.. yang penting Men behind the camera tu hahahhaa
uchin
18th-October-2011, 12:46 AM
i own both system. so saya tengah2 laaaa??? hahaa!! just kidding!

but yes i own both. nak kira murah; wide canon lagi murah, tele nikon lagi murah. its just a tool, nothing more.
mujzisme
18th-October-2011, 12:14 PM
the best camera is the camera that you have right now.
sar
18th-October-2011, 03:07 PM
dah bertahun dulu saya guna nikon D50, D80, D90 and D700 fx...D700 mmg terbaik dr ladang la..banyak berjasa..dan akhirnya saya alih kpd Canon 5dm2. sebulan guna kekok..masuk bulan kedua, 5dm2 lebih2 terbaik2 dr seluruh ladang...hehehe..ada feel bila guna 5dm2..rasa lain mcm la.. dah setahun lebih guna..susah nak describe...:)
Fadzil Nordin
18th-October-2011, 05:33 PM
Tak tau nak buat perbandingan, sbb tak pernah lompat.
stegma
18th-October-2011, 05:41 PM
pada saya yg penting mcm mana kita nk mengawal camera tu... bukan jenama ... saya umpamakan mcm mercedez ngan BMW... ikut la citarasa masing-masing...
anakanakayah
18th-October-2011, 08:23 PM
the neverending story...:)
kamera sama je rasanya, cuma brand jer yang lain, tangan masing2, mata pun masing2..
ada yang boleh terima,ada yang tidak..tapi kalau yang fanatik-fanatik tu for sure akan 'berentap' punya..hehe
asyrafgraphic
18th-October-2011, 10:26 PM
supo saya asal nya saya pengguna canon...tapi nk upgrade ke medium pro..sebabnya x cukup bajet nk upgrade medium pro utk canon last beralih kepada nikon murah sikit....bagi saya sama je..ade kelebihan & juga keburukan.:tears_of_joy:
sinis
19th-October-2011, 08:38 AM
Bagi pendapatan saya.. kalau nak beli Nikon, perlu beli sekurang2nya D7000 dan ke atas baru berbaloi. Untuk model bawahan, Canon adalah lebih bagus dari segi features, dari segi kualiti gambar terpulang kepada citarasa individu. Ada beberapa ciri yang Nikon "lumpuhkan" pada model bawahan contohnya in-body focusing motor dan HSS, manakala bagi kamera Canon, cirinya lebih kurang je dengan model2 tinggi, cuma kekurangan dari segi kuantiti(buffer kurang misalnya) dan kurang dail/button. Itu pendapat saya la.

Lagipun rasanya Nikon ni mahal sikitlah berbanding Canon. Nikon ni lebih kepada premium brand, macam Apple.
Ruzlan Mohd Zin
22nd-November-2011, 08:07 AM
Yang saya lihat kenapa fotografi di malaysia suka guna CANON berbanding dengan NIKON..?.

So...kepada pakar2 dah biasa guna NIKON tapi beralih arah ke CANON dan sila cerita secara ringkas sedikit...

Terima Kasih,
Saya rasa ramai photog guna nikon laa..Kat malaysia ni tak silap kuar paper hari tu canon hanya menguasai 43% dari pasaran dslr kat malaysia.

Biasanya jika seseorang tu pakai canon, rasanya payah sikit nak tukar kpd sistem lain melainkan mereka ada kedua2 sistem canon dan nikon.

Walaupun saya pakai body entry level canon, tapi ianya cukup serasi dgn keperluan fotografi saya yg hanya sebagai hobi.

Pada saya, sistem canon lengkap dan antara yg saya suka ialah:
1)Free bundle sofware seperti Digital photo prodesional (DPP) yg sangat berguna, ringan dan free update. User canon tidak memerlukan sofware lain untuk proses raw, tone, level dan sebagainya. Lagipun image transfer setting boleh dibuat secara auto kepada photoshop.

2)Sistem lens yg simple, mudah dan boleh autofocus pada semua body canon.
Lens2 canon hanya tercatit EF dan EFS sahaja. Iaitu EF untuk FulFrame dan EFS untuk Crop body yg mana semuanya boleh autofocus pada body2 crop dari entry level hingga ke mid level. Manakala perkataan "L" lens canon adalah dari kualiti lens terbaik didunia.

3)Menu canon pada pendapat saya cukup simple.

4)Ringan terutama pada entry level. Yg ni saya suka sebab senang nak bawak kemana2.

p/s semua kamera boleh menghasilkan gambar yg cantik kalau kena caranya.
So, setelah aku juling membaca sebahagian daripada pendapat ini, maka aku simpulkan, kita nda akan faham kelebihan sesuatu kamera sebelum memilikinya dan menggunakannya. Pada pendapat aku, kalau baru mau belajar ambil gambar, pakai kamera apapun nda kisah asalkan hasil gambar terang. Nanti sudah pro sikit bolehlah upgred pakai kamera yang pro juga. So, bulihla aku pakai Lumix ! Tu pun tengok dululah fungsi dia menepati citarasa atau tidak.. Nanti tanya jurujual... 

Tips Memilih Kamera DSLR

Sebenarnya, aku ada juga minat sikit tentang foto dan mengambil foto ni tapi ilmu belum cukup> Maka sebelum aku betul-betul serius menanam minat yang lebih dalam dengan foto-memfoto ni, haruslah belajar sedikit demi sedikit secara tidak formal mengenai kamera dan untuk kali ini, aku menggoogle pasal tips memilih kamera dslr.. Jom kita korek sama-sama..



Kamera DSLR memang gadget yang fantastis untuk digunakan sebagai alat mengambil gambar. Jika Anda mulai tertarik pada hobi fotografi dan ingin memiliki kamera DSLR, sebaiknya Anda menyimak tips bagaimana caranya memilih kamera DSLR yang tepat bagi Anda sesuai kebutuhan seperti yang dilansir dari She Knows (08/05) berikut ini.

Harga
Berbagai macam kamera DSLR memiliki variasi harga yang beragam sesuai dengan fitur yang ditawarkan. Pastikan Anda memiliki budget yang cukup untuk membeli kamera DSLR yang Anda inginkan.
Nani: Lebih banyak fungsi lebuh mahal kali kan..

Kegunaan
Hal percuma dalam memilih kamera adalah membeli yang paling mahal namun tidak mengerti bagaimana cara mengoperasikannya. Maka dari itu perhatikan baik-baik mengenai kegunaan pada kamera DSLR yang akan Anda beli. Jangan sampai Anda sia-sia membeli kamera terbaik namun tidak sesuai dengan kebutuhan Anda.
Nani: Nah, jangan beli kamera kalau nda tau guna. Buang karan ja...  Macam juga beli hanpon. Beli mahal-mahal tapi nda tau guna, setakat mau begaya buat apa..

Resolusi
Apabila Anda gemar mencetak foto yang Anda ambil dalam ukuran besar, sebaiknya Anda membeli kamera dengan resolusi besar sehingga hasil cetakan foto juga bisa maksimal sesuai yang diinginkan.
Nani: Resolusi tu maksudnya megapixel... 

Ukuran
Ukuran kamera DSLR memang jumbo dan tidak seperti kamera digital biasa. Namun ada pula beberapa kamera DSLR mini yang memenuhi kriteria yang cukup baik dan bisa Anda bawa kemana-mana saat bepergian.
Nani: Laratkah bawa kamera yang muncung panjang ke mana saja? 

Konektivitas
Beberapa jenis kamera DSLR menawarkan fitur tertentu untuk memindahkan foto-foto dari kamera ke perangkat komputer tanpa melalui kabel data. Perhatikan baik-baik apakah Anda memerlukan kamera yang dilengkapi fitur tersebut atau tidak.
Nani: kalau mau yang nda payah kabel kasi sedia RM sajalaaa...

Fitur tambahan

Fitur lainnya pada kamera DSLR yang mungkin perlu Anda ketahui adalah pengaturan ISO untuk memotret di tempat gelap, lensa khusus untuk memotret dengan lebih profesional, dan yang lainnya. Pastikan Anda memiliki tujuan dengan jelas saat menentukan kamera yang ingin Anda beli agar fungsinya tidak sia-sia.
Nani: Kawan aku kata kalau mau tangkap gambar kawin kena pakai muncung yang khas. Hm, yakah? 

Sebelum Anda membeli sebuah kamera DSLR, sebaiknya Anda juga bertanya pada profesional dan beberapa teman yang sudah sering membeli gadget tersebut. Semakin banyak masukan yang Anda terima, maka Anda akan semakin mudah menentukan kamera DSLR mana yang ingin Anda beli.
Tapi persoalan ku kenapa orang yang pro menggambar ni selalu pakai Canon? Kalau Lumix nda bolehka? Aku tingu lawa pun gambar dia...? Untuk jawapan kepada persoalan ini, kita korek lagi lain kali....


- Sumbernya : http://jekethek.blogspot.com/2012/05/tips-membeli-kamera-dslr-bagi-pemula.html#ixzz1zp4jYzB3

Wednesday 4 July 2012

Wedding 29/Jun Part ii

Setelah bertungkus-lumus bertarung dengan ke'slow'an line sejak kemarin, akhirnya berjaya juga aku update tentang wedding2 nih. Payahnya tapi aku gigih juga mau update sebab nda sabar mau share dengan semua.

TERIMALAH....

Saja letak balik pic ni walaupun sudah disiarkan di keluaran yang lalu..

Sekali lagi agar kamu teringat-ingat haha...

Kak Supiah ialah pelanggan bertuah pada pertama kalinya ambil full pakej (kanopi+pelamin) dari company i yang belom daftar ni Puteri Canopy & Bridal dengan tema biru. Kak Piah seorang guru dan memang amat menggemari warna ini.

Suasana sebelum majlis bermula.

Kasi detail skit pandangan di dalam kanopi. Reben kerusi tu sepatutnya 2m tapi bila ikat baru perasan rupanya pendek tu sebab ekor dia bantut. Sensitif sikit dengan perkataan 'bantut' ni. Tukang jahit aku (jiran sebelah rumah) ukur 2m pakai tangan so mungkin ada kesilapan di situ. Lain kali pakai kayu kak..


Sejuk mata memandang. Walaupun ada diantara komen mengatakan pelamin ini pucat, bagi aku yang berfikiran moden ni, ok pun color ni. Garang sgt kampunganlah. Taste masing2lah kan.. Tahniah Kak Piah, aku sokong pilihan kakak.

Cuma aku kurang setuju bila gerbang ini diletakkan di sisi kanopi tapi bukan di hujung (tempat tetamu masuk). Agak tidak protokol sedikit tapi tuan rumah sudah atur begini, aku ikut sajalah. Gerbang ni menghadap tangga serambi rumah (kaki lima) tempat pengantin turun dari rumah.

Maaf, kabur mungkin sebab flash kamera sudah berlanggar-langgaran tu pasal jadi kabur. Kesain kamera Samsung aku yang bukan dslr kena baham oleh kamera2 Canon yang muncung panjang-panjang tu.


Tu dia seri pengantin yang nda biasa pakai mekap. Sangat manis.

Baju tradisi suku kaum Sungai (Pitas). 


Acara memotong pulut kuning... Majoriti ahli keluarga dan tetamu mengenakan baju berwarna biru sempena warna tema pilihan pengantin.

 Kami sekeluarga.....

Kali ni selamat. Nda payah beli baju baru sebab aku memang berlambak kurung biru. Baju ni dibuat time adik aku kawin April 2010. Jimat duit aku kali ni hehe. Tudung pun recycle ja. Kalau kamu check balik entry2 lepas, aku rasa tudung ni sudah beberapa kali disiarkan..

Dari gambar atas tu hinggalah gambar-gambar solo aku di bawah ni ditangkap oleh anak aku Nadia so jangan heran kalau ada pose melampau di bawah tu nanti haha....

Nasib baik elok ja muka aku kekekek....

Tengok jam tu, 10.29 malam. Di sini acara di majlis kahwin berlangsung hingga jam2 subuh kata ko! Kalau yang nda biasa tu memang akan terkejut pengantin bersanding dari siang hingga ke subuh. Ya memang itulah budaya di sini. Acara kahwin-kahwin memang meriah.


Jangan ambil hati ya, pose ni untuk kanak-kanak bawah umur sahaja hihihi...

Nah, baru sedar perangai kau terlebih sudah..

Cakkk !!!

Haruslah kek juga berwarna biru !

Tiang kek, ko ada?

Baju tema untuk potong kek... Haruslah biru juga...

Malam tu kebanyakan dari kitorang pakai biru jenis ni. Macam hijau, dia juga. Siapa tau ni biru apa?

Jurufoto sudah moody. Jom balik!

 Majlis malam tu turut dirakam oleh RTM Sabah tapi bila dia mau kasi siar nda tau pulak. Kami belum diberi maklumat. Akhir kata, senang hati ku dapat menjadi sebahagian daripada hari bahagia orang. Terima kasih kepada Supiah dan Alif kerana bagi kami kepercayaan untuk memberi perkhidmatan ini di hari bahagia dorang. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah. *Ayat berulang...

Sunday 1 July 2012

Wedding 29/Jun Part i

Alhamdulillah, job baru2 ni berlalu dengan jayanya. Semua berjalan lancar dan hasil kerja kami pun semakin baik. Dengan hanya sedikit asas dan pengalaman kami masih banyak belajar. Yang lucu tu, bila mau buat sesuatu yg baru dalam keja kami (suami isteri) mesti ada sedikit percanggahan pendapat sblm kami sepakat. Hmm.... Budak2 baru belajarlah katakan. Hehe. Tapi nda kisahlah, anggap ja itulah asam garamnya. Tiada keja yg mudah di dunia tp bersyukurlah kalau pekerjaan kita tu sesuatu yang kita minat dan suka buat.

Tahniah kepada pasangan Supiah dan Muhd. Alif semoga bahagia ke akhir hayat. Terima kasih tak terhingga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan sebahagian daripada majlis Kak Piah.

Nantikan gambar-gambar yang lain..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.