Monday, 23 July 2012

Praktis Mekap Part 1

Akhirnya aku berjaya menghuru-harakan wajah-wajah insan di bawah ini dengan eksperimentasi mekap ku yang pertama dua hari yang lepas.

Model-model ternama lagi jelita yang ku pilih kali ini ialah adik aku sendiri Umie 22 tahun, my mom 46 tahun dan sorang mak sedara aku lewat 40-an/awal 50an.

Bukan main lagi mencabar wajah-wajah dorang untuk dibuat ujikaji.

 Umie sebelum disolek....

 Selepas disapu foundation Sari Ayu, concealer jenama Cina, compact powder IN2IT dan loose powder dari Bodyshop.

 Selepas disapu aye shadow Elizabeth Arden pula. Satu-satunya koleksi mekap aku yang mahal.

 Selepas.... Muka adik aku ni nda banyak masalah sepanjang aku menyolek, lagipun kulit masih muda. Memang senang sangat mau buat. Aku rasa untuk 1st ni, ndalah lawa sangat tapi secara asas tu aku rasa sudah bulih berbanding sebelum ni.

Yang pasti, aku sudah boleh menguasai sapuan foundation agar menjadi rata.

My mom sebelum mekap.


 Selepas sapu bedak asas....

Dan, siap. Aku rasa aku berjaya ubah muka mama dengan sedikit seri namun cabaran aku di sini ialah membentuk garis mata. Mama kan sudah berumur, kalogen di bahagian mata ndada sudah, kulit jadi berlapis dan kendur, aku sapu celak punya tebal bila dia buka mata terus nampak sikit. Adoi... ni mesti ada bulu mata palsu baru menjadi ni.

Macik Asnah. Lupa ambil gambar sebelum mekap tapi dia ni mata dia ndalah tua sangat cuma kelopak mata dia luas.


Aku rasa agak failed di bahagian eye shadow. Macik pun cakap dia nda suka warna mata dia. Oh, silap tekniklah ni dan finally aku sudah tau apa silapnya.


2 comments:

Dania Eryati said...

percubaan yg baik..berani kau nani..klu aku..mana aku berani mekap org..ngehehehhe...tenyeh muka sendiri jak la

Nani said...

apa nda berani klu adik sndri hehe... antam ja bah haha