Sunday 30 October 2011

Kenapa Aku Tidak Kisah ?

Sejak beberapa hari yang lepas, aku berada dalam tempoh yang sangat selesa. Separuh dari hutang yang perlu dilangsaikan segera sudah ku laksanakan. Hutang apa? RahsiaAaaa..

Sekejap susah, sekejap senang merupakan kitar hidup yang sangat menginsafkan. Apa yang aku rasa bila senang untuk dua tiga hari, aku takut lupa kepada kesederhanaan yang selama ini ku jalani.. Kesenangan sangat melalaikan namun aku bersyukur kerana rahmat Allah sentiasa ada.. Kesenangan juga rahmat, kepayahan juga adalah rahmat kepada manusia.

Kemarin (29 Okt) reunion ex Kerani SBPKP Sabah berjalan dengan jayanya walaupun hanya 5 orang yang berkesempatan tetapi kehadiran dimeriahkan oleh anak2 comel kami. Maaf pic nda dapat disertakan kerana kekurang canggihan hanfon ini (alasan membosankan). Semasa bertugas kami tidaklah terlalu rapat tetapi selepas kebanyakan dari kami tidak berkhidmat lagi kerana ditamatkan kontrak, maka erat pula silaturahim itu semula.

Azie, dari Kuala Penyu terkejut dengan perubahan ku. Katanya aku semakin berisi tapi yang aku hairan kenapa aku nda terasa bila dikatakan makin berisi? Korang taukan perkataan tu sangat 'pantang' untuk perempuan? Dan tadi aku membelek2 tubuh dicermin dan bertanya pada sepupu ku, betulkah aku makin berisi? Katanya, adalah bertambah sikit tapi kenapa aku tidak bimbang? Aneh, pelik dan ajaib. Selalunya aku cepat panik bila tanda2 kurus ku tidak kelihatan dicermin. You know what? Aku feeling keibuan sekarang... Sangat keibuan... Dengan selera makan ku dan kondisi emosi yang lain daripada biasa, aku feeling mengandung. Tidak, kau tidak silap eja. MENGANDUNG. Budak bawah umur sila abaikan perenggan keibuan ini. Ya kawan2, kerana feeling keibuan, aku tidak risau kalau badan naik (nda faham kenapa harus menggunkan perkataan feeling yang sebenarnya bermaksud naluri).

Tapi aku lagi nda faham kenapa harus ada feeling padahal si bulan tetap datang pada waktunya hanya kitarannya berubah daripada 28 hari menjadi 31 hari.. Aku cuak juga beb, ingatkan kitar kita nda berubah.. Yalah, takut2 menopous diusia muda. Kehkehkeh! Adakah?

Tapi aku faham jika dorang cakap aku makin berisi kerana aku dapat merasakannya cuma mula2 ja aku nda faham kenapa aku tidak kisah (selalunya panik).

Apapun, hidup perlu diteruskan. Hidup ialah perjuangan...

Wednesday 26 October 2011

Online Dari Henfon ke Steamboat

Kurang dua minggu lagi, maka genaplah sebulan aku mengonline dari henpon Blackberry ku sahaja... ceah, sajalah bagitau jenama henfon supaya kmu turut merasa "ee, macam best ja online pakai Blackberry" dan terus kamu survey2 harga di Mall. Kan? Kan? Kan?

Bagus tu bagus tapi penat sikitlah otot tapak tangan bila kau menaip entry panjang berjela-jela dan susah mau masukkan gambar sebab aku nda pandai post entry yang macam emel tu. Aku gasak ja taip terus dari lamannya.. Dan online dihenpon tidaklah setanding kepuasannya bila kau mengonline di laptop pulak. Tapi lepas ni aku akan mengonline dari laptoplah ni sebab, sangat bosan bila entry tidak bergambar, bikin rusak mood ja.

Aku mengidam sangat makan steamboat sejak kebelakangan ini sejak kami disogokkan makanan ini masa datang Keyhel hari tu. Sebelum ni, nda terlintas pun mau makan steamboat ni dan semalam kami ke Windbell Seafood Restaurant, Tg. Aru untuk men'try steamboat di sana. Harga dlm tenet rm25 tapi semalam suda naik ke 27 lah pulak. Dalam tenet tu, dia cakap tempat ni kira paling best di KK tapi bagi aku tidak kerana piawaian aku terhadap servis dan menu mkanan tinggi ok.

Aku sudah pernah makan steamboat buffet di Jaws, 1B dan Windbell ialah kali kedua bagi buffet di Sabah dan komplenan ku ialah:
-Jaws murah tapi buffet sudah dimansuhkan.
-Kedua2 restoran ni mengasingkan harga minuman dalam buffet.
-Sudah tu, air putih pun kena order. Kasi stand by lah bah.
-Pilihan makanan sangat sikit dan kurang menggilakan.

Aku bukan mengagungkan makanan di Semenanjung tapi di sana kalau pasal makan paling tip top. Sabah ni, sedih. Steamboat buffet di sana yg aku pernah makan, juling mata mu meningu pilihan makanan yang ada. Air, jangankan air kosong, cendol, ABC pun masuk dalam harga buffet. Paling puas hati. Hari tu satu kepala baru RM23 beb! Malulah sikit, kononnya, Sabah punya seafood murah. Terus aku tumpul selera untuk berbuffet2 steamboat lagi. Ini selera akulah, aku kalau makan cerewet sikit.

Kalau kamu tanya restoran febret aku di KK ni, ini listnya:
-Upperstar
-Kedai Kopi Daily, Foh Sang
-Food Court Giant, Kelombong
-Homes, 1B.
-Restoran Apple, 1B.
-TLC, Anjung Selera, Tg. Lipat
-Restoran Sri Melaka, Kg. Air
-Seafood, Kg. Air.
-Faezah, Centre Point (bnyk lauk)
-Waterfront (lupa nama kedai. kedai Melayu).
-Sinario Cafe (breakfast).
-Apiwon, Damai.

Itu ja yang aku ingat. Selamat mencuba bagi yang belum pernah ke sana.

Monday 24 October 2011

Dalam Banyak-Banyak Plan

Anak aku sudah balik ke sini sejak hari Sabtu dan kemarin kira mau bawa dia ke Pulau Mamutik (Manukan dan Sapi sudah pernah pergi) tapi atas urusan lain, rancangan terpaksa dibatalkan.

Jam11 aku ke Sabah Park, KK Times Square hantar borang tempahan mendaki gunung utk bulan satu ni tapi rupanya rate mendaki untuk Sabahan dan bukan Sabahan berlainan. Kalau Sabahan dalam anggaran RM150 tapi kalau none dalam RM400 lebih. Ada kawan2 dari KL bah yang datang so sekali aku bgitau ratenya, adalah sorang member yang nda puas hati hehehe. Katanya, Sabahan kau ke semenanjung nda dikenakan sebarang bayaran yang berlainan... Aku pun nda berapa clear pasal hal ni tapi ada kawan cakap ini ada kaitan dengan beberapa perjanjian semasa Sabah menyertai pembentukan Malaysia. Dengan itu kemungkinan besar akan terbatallah plan kami mau mendaki tapi harap2 ndalah.

Lepas ke Sabah Park kami ke Centre Point (CP) pula sebab aku mau carilah konon2nya skin care aku tu dan Panjang mau buat full body massage. Kami ada tukang urut kegemaran di sana. Sejak kenal kakak tu kami menjadi pelanggan tetap kedai tu. Kemarin dia bgitau bulan depan dia akan pindah bekerja di Helen Beauty di CP juga. So kalau dia pindah kedai, kami pun akan pindah kedailah jugak. Kakak tu ramah sangat dan kami suka cara dia urut.

Pasal skin care yang aku cari tu, aku geledah abis2an Watson dan Guardian tapi nda jumpa yang sesuai. Kira mau cuba Garnier tapi set dia nda lengkap. Kira mau pigi 1B tapi Panjang penat so aku beli di Ngiu Kee ja tu pun berat hati mau cuba tapi pencuci muka aku sudah abis jadi beli ja apa yang ada. Harap2 sesuai.

Sunday 23 October 2011

Likas United vs UMS : 1-3

Semalam berlangsunglah pembukaan liga bolasepak KK anjuran DBKK di Stadium Likas dan pasukan Likas United bertemu UMS berentap dengan keputusan 1-3.

Sebagai penyokong pasukan Likas United, persembahan mereka cukup mengecewakan bila hanya berjaya menggol satu jaringan saja. Dari awal permainan memang UMS sentiasa melakukan serangan lebih banyak dari Likas tapi kalau dari segi peluang untuk menjaring, Likas banyak peluang. Kalau diikutkan mungkin Likas boleh menjaring sebanyak 5 gol tapi mungkin sudah nsib akan kalah, so klahlah jugak jawabnya.

UMS merupakan johan liga ini pada tahun 2009 dan aku perhati prestasi dorang masih bagus untuk penampilan pertama pada liga tahun ini. Apa yang membezakan corak permainan antara Likas dan UMS ialah tahap kecekapan IQ dalam perlawanan. Dorang lebih tangkas dan pantas, mungkin pasal dorang masih muda dan otak pelajar dorang itu membuatkan dorang bernas dalam mengatur setiap gerakan. Itu pendapat akulah sebab dalam sukan bukan hanya kecergasan fizikal yang penting tapi ketajaman fikiran juga penting. Mungkin masih terlalu awal untuk menilai tapi kita tunggu perlawanan seterusnya dan tengok prestasi Likas macam mana. Lagi satu,
aku nda faham bila coach lambat menukar pemain walaupun ada pemain yang keletihan dan nda larat suda mengejar bola. Di saat-saat akhir baru dia mau ganti.

Panjang memegang posisi sebagai midfield dan prestasi dia semalam bolehlah dipuji. Kawan-kawan dia cakap lawan takut hantar bola kalau Panjang ada. Kali ini Panjang diberi kepercayaan menjadi antara pemain utama kerana menampakkan potensi yang semakin bagus. Perlawanan lepas Panjang hanya jadi pemain simpanan kerana malu2 menunjukkan kebolehan dia. Harap-harap dia boleh menyumbangkan kemenangan untuk pasukan. Kalau diikutkan, Likas United mempunyai ramai pemain berbakat dan boleh dikatakan bukan mudah menjadi pemain utama kerana ramai yang layak sebenarnya. Kau Panjang, alang2 menyeluk pekasam, inilah masanya. Tunjukkanlah apa yng ada, sekurang2nya orang ingat nama kau di KK ni. Kalau kau sia2kan peluang ini, lepas ni jangan jadi kaki bola lagi. Amaran keras dari pihak yang berkuasa.

Saturday 22 October 2011

Selesai Berujikaji Pada Hari Sabtu

Pada malam hari Jumaat, kami si Panjang mau keluar makan steamboat, jadi sebelum jalan tu aku berpugut2 (mengedik) dengan satu2nya pashmina yang aku ada. Tujuan pashmina itu bukan untuk dibuat tudung tapi untuk selimut dalam masa pigi Genting hari tu. Tapi berbeza kali ini bila aku pigi testing2 lilit itu pashmina di kepala dan tiba2 aku seperti menguasai pemakaiannya sebagai tudung. Bagi sesiapa yang nampak profile pic aku di FB nah itulah hasilnya. Dan itulah gaya pashmina yang terpaksa aku pakai pigi 1B makan steamboat tapi akhirnya kami tukar menu di Homes kerana Jaws nda buat buffet suda untuk steamboat. Lukik (lokek) juga punya bos tu restoran. Cis! Tolong bagitau aku di mana lagi ada restoran steamboat buffet di KK ni dan berapakah harganya. Nda puas hati ku ni nda temakan steamboat.

Bagi yang belum tau, sebanyak2 fesyen tudung, shawl dan pashmina ialah jenis tudung yang aku nda pandai dan nda suka pakai sebab aku tgk macam nda kemas walaupun trendy. Aku nda suka bila shawl yang dipakai tu nda limpas dada kerana anu ku bukanlah lawa sangat mau kena tayang. Kalau lawa pun, kenapa mau tunjuk? Orang lain pun ada baitu barang. Sama juga. Cuma yang membezakan, bulat, leper, besar, kecil, tegang atau kendur saja. Hehehe.

So persepsi baru aku bagi pashmina, not bad. Actually, kainnya nampak panas tapi bila pakai di kepala, simple, mudah dan sangat selesa rupanya. Dan kalau kau nda sengaja kasi singkat memang buli coverlah anu tu. Cuma kalau baru first time, kadang terganggu jugalah sedikit gerak-geri sebab takut muka nampak pelik tapi rasanya aku suka. Aku terbayang2 sudah mau shopping pashmina lepas ni.

Lepas tu aku menggoogle trend2 pemakaian tudung masa kini terutamanya ikon fesyen kita iaitu artis. Ada juga aku try style Hana Tajima tu tapi aku rasa baik lupakan dulu buat masa ini. Dan dalam ramai2 artis yang mempunyai cara pemakaian tudung tersendiri, aku memilih Heliza sebagai idola dalam fesyen bertudung. Tapi bukanlah 100% cara dia aku ikut tapi dia sebagai panduan akulah sebab konsep tudung Heliza ala2 ustazah. Kalau kita tengok pun, makin lama tudung Heliza makin labuh. Lagi syok sebab selalu nampak dia pakai jubah. Harapa2 Heliza terus konsisten dengan fesyennya itu dan harap lebih ramai lagi mencontohi dia. Tapi aku nda suka tengok dia senyum perasan comel dalam gambar ya. Macam budak sekulah.

Kenapa tidak Yuna? Aku nda suka bila Yuna pakai skinny jeans yang ketat pastu pakai shawl yang tutup kepala ja. Kalau sekarang lagilah aku nda berkenan bila gaya tudungnya ala2 serban gitu. Deh, mau betul bah nampak ranggi or funky sebab dia pernah mengaku dia tu ala2 tomboy. Lantaklah mau jadi tomboy ka koboi ka... Kan.

Siapa tau Liga KK anjuran DBKK start suda malam ni? Si Panjang main dalam pasukan Likas United ok. Kalau nda berubah posisinya defend kanak/kiri tu. So malam ni jom ramai2 ke Stadium Likas. Wehuuu! Jumpa di sana.

Nota: Baru aku tau Siti Nordiana dan Diana Amir sudah pun bertudung litup. Alhamdulillah makin ramai artis berhijrah di usia muda.

Thursday 20 October 2011

Melawan Kesepian Bilang Siti

Hari ni nda berapa bermood untuk berfb-fb dan nda payah kasi post status "aku boring" nanti nampak macam kesian, terdesak dan minta perhatian secara melampau.

Memang aku rasa sepi. Aku rindu anak aku sampai aku termimpi-mimpi semalam. Esok baru anak aku kembali di pangkuan kami. Mentua ku, bawa2 berehat. Masuk 3 minggu suda anak ku di sana, aku tahan ja segala kegusaran dan kegelisahan tapi ini kali nda dapat sudah. Aku telampau rindu dia dan kamu lupakanlah dulu sekejap tentang persekolahannya, biar kami atur sendiri.

Aku tidur sebentar tadi dan bermimpi kami sedang berada dalam kereta menuju ke Kedah. Aku bawa si Panjang singgah satu restoran yang sangat unik yang mana ianya seperti berada di atas sebuah kapal layar dan terdiri daripada stall-stall yang kecil. Aku berkenan mau mkan di satu stall tapi si Panjang nda mau ikut. Aku marah lalu aku pergi seorang diri. Tiba-tiba stall itu bertukar menjadi sebuah ruang yang sangat klasik dan aku bertemu seorang nenek tua. Nenek tua itu tersenyum dan bertanya asal-usul ku. Katanya dia suka dengan ku dan dia perkenalkan aku dengan seorang lelaki yang mirip Asyraf Muslim (aik, tiba2lah kan?). Lelaki tampan dan nenek itu tersenyum manis. Nenek itu memandang kami berdua lalu berkata, alangkah bagus kalau kamu berpasangan (owh, tapi Asyraf bukan taste saya nenek, walaupun dia hansem). Tapi terus nenek sedih sebab lelaki tu sudah berpunya. Tiba2 datang Panjang dan aku pun kenalkan pada nenek. "Nek, sebenarnya aku pun sudah berpunya". Terus mimpi ku hilang. Aku dikejutkan dengan lagu Chibi Maruko Chan dihanpon ku.

Dan sebenarnya, aku mau bagitau aku tiba2 diserang mood bercuti bulan madu. Hari tu aku bercadang buat percutian singkat dengan suami ke Kundasang tapi belum ada ongkos dan masa. Dan dari 2, 3 hari lepas aku dok menyelongkar pakej honeymoon dan Langkawi menjadi pilihan hati. Aku sudah sekali ke sana pada Mei 2009 dan aku betul2 berhajat membawa si sayang aku ni bulan madu di sana. Kalau boleh hujung bulan Nov ni tapi nda tau cukup bajetkah apa ni sebab nanti bulan 1 ni aku dan kawan2 mau cuti2 lagi sini Sabah. Dorang datang dari KL. Dapat kawan pun jauh2. Di Sabah ni aku tiada kawan. Ada pun bukan kawan yg betul2 kawan. Kawan untuk keperluan ja.

Sepatutnya, hujung minggu buli lepak2 tapi kalau lepak pun sama Panjang ja. Atau pun hari2 biasa begini terpaksa berkurung. Cousin aku ja yang satu kepala sama aku tapi dia cuti sekolah baru ada di KK. Doa2 dapatla honeymoon ni.

Mesilau Nature Resort pun macam boleh tahan oh.

Kebebasan : Sebelum Dan Selepas Berkahwin

Kami akan mengadakan reunion bagi bekas-bekas Kerani SBPKP (subsidi baja padi) Lembaga Pertubuhan Peladang yang baru ditamatkan kontrak perkhidmatan pada bulan Jun yang lepas. Sebahagian dari kami ada yang mengundur diri sebelum ditamatkan kontrak kerana yang lain dapat kerja di jabatan lain, yang lain nda tahan stress, yang lain nda tahan gaji selalu tunggak dan lambat dan yang lain mungkin saja mau berehat. Ada juga kawan2 lain yang masih berkhidmatlah tapi gaji nda suda ikut skim N17 sebab Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sudah yng bayar. PPK ni buat bisnes so income dari bisnes itulah yang bikin bayar gaji kerani subsidi baja.

Kenapa ku bilang stress, ya tau tempat lain pun ada stress tapi untuk subsidi baja ni lain sikit dia punya stress. Kau kena layan karenah petani yang mcam2 dan suka komplen jika stok baja tidak cukup, lambat sampai dan sebagainya. Kadang sampai gaduh2 lagi. Jadi siapa dapat tempat yang petani dia agresif dan ramai pula lagi, memang nda tahan lama tu dia kerja. Tapi jawatan ni tetap mungkin nda jugalah kmi berenti. Kasi tahan saja tu stress.

So aku antara tukang atur ini reunion yang bakal diadakan di bilik karaoke Karamunsing. Aku Cadang buat di 1B tapi dorang bilang karaoke di sana nda best.

Jadi ada sorang member ni yg bakal kahwin pada 18 November yang belum sure datang (tinggal di Tuaran) so aku berfikir, dia sanggup lepaskan peluang begini sama kawan2 sedangkan dia mau kawin suda? Biasanya perempuan kalau suda kahwin ramai yng melupakan kehidupan sosial kerana macam2 hal rumahtangga dan pnyebab utama tiada jaga anak. Kalau dapat suami yang senang dirunding nda apa tapi selalunya susah.

Aku sebelum kawin nda pernah jalan2 pigi KK untuk dating, nda pernah suda lepak sama kawan, aku terkurung di kampung dan berkonflik sama ibubapa sehinggalah ku kawin.

Alhamdulillah, dapat suami yang baik dan memahami. Kalau aku mau keluar dia sentiasa mengizinkan jika perlu. Kami keluar berdua, makan2, jalan2 (melancong dlm negeri), karaoke dan tengok wayang. Semua yang kmi nda pernah buat semasa bujang sekarang suda jadi rutin kami. Aku jarang bagi alasan "alah, laki aku nda suruh... anak aku anu... itu... ini...". So maksudnya, aku masih ada kebebasan itu walaupun suda bersuami. Kebanyakan kawan aku hilang keistimewaan ini selepas berkahwin.

Ada juga yang cakap kalau sebelum kawin suda bebas nanti suda kawin memang bekurung dalam rumah. Betulkah?

Ada juga yang memilih untuk tidak bebas kerana dia sudah mencipta dunia sendiri selepas berkahwin dan mungkin orang luar sudah tidak begitu penting bagi dia. Itu terlebih bahagia namanya tapi nanti sudah bermasalah sama suami barulah cari kawan-kawan.

Kenapa perlu mengubah diri terlalu jauh selepas kawin? Aku nda fahamlah sebab dari bujang sampai sekarang aku masih juga begini. ingat kawan2 dan bergaul.

Wednesday 19 October 2011

...Kalau Aku Kaya...

Kalau bercakap tentang KAYA semua orang suka dan mungkin ada juga yang nda ambil kisah sebab KAYA itu bukan datang percuma melainkan susah payah dan usaha yang sangat perit. Tapi kalau KAYA itu sesuatu yang free, siapa nda mau kan? 

Dan kamu tau siapa wanita terkaya? Cari di forbes.com.

Semua orang sukakan kekayaan, dan semua oang sentiasa mengangankan kekayaan dan aku juga selalu brfikir, penting sangatkah kekayaan bagi semua orang? Dan apa sebenarnya definisi kekayaan bagi setiap individu? Sekaya manakah yng diimpikan semua orang?

Oklah, katakan jika setiap orang daripada kita diberi peluang atau diberi kekayaan percuma, apakah sebenarnya barang atau perkara yang betul kamu mahukan dengan kekayaan itu. Dengan syarat hanya 5 perkara dibenarkan.. 

Jom kongsikan!




Skin Care Harus Serius

Bah.....Dari tengahari lagi aku mundai_mandir di CP ni. Kira mau balik jam6 sebab jam4 tiada bas tapi bilang Panjang tunggulah sini sebab dia mau tingu wayang nanti malam. Bah, on ja bah ni. Kau belanjakan? Aku mana ada duit nantilah kerja dulu balik tu pun kalau rajin :p..
So untuk buang-buang masa yang ada 3 jam lagi ni aku pun pg tandas buang hajat kecil, tukar tudung, cuci muka yang mula brminyak, simpan lipstik sikit lepas tu duduk lagi layan FBdan blog. Lepas hanfon abis batri aku masuk Watson survey2 mekap dan skin care (muka). Kemudian masuk cyber (cafe) untuk post entry pasal skin care.

Masa belek2 muka dicermin tadi, terserlah sangat masalah kulit aku. Aku pun nda tau kenapalah ni? Skin care yang pernah settlekan masalah aku dulu pun nda berkesa suda bila aku pakai balik hanya yang menjadi penyelamat sementara kulit ku bila aku rajin memakai Eternal Beauty (EB), alat kecantikan pengurut muka dari Elken yang satu2nya ada di Asia Pasifik dan hanya dijual oleh Elken tapi oleh kerana kemalasan ku maka power EB ini perlu juga disupport oleh skin care yang sesuai agar kulit wajah kekal terpelihara kejelitaannya. 

So apa yang aku perlu lakukan? Aku kena pigi analisis kulit dulu barulah boleh tau skin care bagus. Patutlah skin care yang aku ngam dulu nda berkesan sudah, rupanya kulit ku menuju kematangan dan sangat sensitif. Susah mau dapat skin care yang sesuai. Aku nda taulah kenapa kulit ku telampau susah diatur. Aku suka semua produk Elken, malangnya semua dia punya skin care nda ssuai sama aku dan skin care dia yang untuk kulit sensitif pula sedang diupgred dan dihentikan pengeluaran.

So tunggulah sesi analisa kulit ku nanti. Mana best tempat meningu kulit di kk ni aa?

Tuesday 18 October 2011

Diet Kerana Bola

Kemarin aku ikut si Panjang pigi Stadium Likas, dorang ada training di Padang B untuk Liga KK yang akan diadakan pada hujung minggu ni. Dorang coach dorang sendiri yang dikenali sebagai Coach Yaya. Berumur dalam lingkungan awal 50an. Masih berkhidmat dengan kerajaan. Ingatkan dorang training main bola rupanya hanya fitness training ja. Joging-joging, buat senaman regangan dan beberapa lagi jenis senaman yang aku nda tau namanya.

Dihujung2 waktu latihan, Panjang semput dan nda buli suda teruskan senaman lain. Coach Yaya mau kalau Panjang teruskan (setengah jam sebelum sesi latihan tamat) tapi Panjang nda buli sudah paksa sebab dia takut cramp. Ya dia pernah mengalami hampir satu badan sampai dia masuk wad kecemasan tahun lalu so dia sedikit trauma.

Lepas tu Coach Yaya membebel. Katanya Panjang ada badan dan bakat, sepatutnya Panjang boleh pergi jauh dan kalau boleh Coach Yaya mau Panjang hingga ke tahap pemain Liga Malaysia dengan syarat Panjang kena tingkatkan stamina dan prestasi permainan. Kononnya potensi itu suda terserlah. So malam tadi aku cadangkan supaya Panjang kurangkan sikit makan sebab sekarang beratnya kalau nda silap 80kg lebih dgn ketinggian 6 kaki lebih. Dulu masa kami masi kapel2 beratnya baru 68kg. Bnyk jugalah naik kan? So Panjang pun setuju walaupun agak keberatan sebab dia memang kuat makan. Hehe, samalah macam aku. Hahaha.

Maka dengan itu, kami cadang kalau malam nda makan nasi, just makan ruti paun (roti) atau sandwich ringan ja dengan segelas teh atau milo panas. Dengan aku2 sekalilah ikut diet. Hehehe.

So kepada peminat2 bola sepak yang membaca entry ini, siapa kata aku nda support laki aku main bola? Aku pernah hadiahkan Panjang kasut bola berharga RM799 dan RM499 pada tahun 2009, dan pernah juga paksa dia ikut ujibakat Futsal RTM pada tahun yang sama tapi dia tidak terpilih. Aku juga suka mengikutnya ke mana2 anjuran pertandingan bola sepak dan menjadi pom2 girl yg duduk diam2 ja sambil kontrol ayu di astaka dengan harapan dia tambah power di padang kalau nampak aku duduk2 dengan penuh gaya menawan. Haha. Tapi kadang2 dia pandai hilang fokus kalau aku ada menonton sebab mungkin dia takut ada penyokong lain mau mengurat time duduk2 di astaka ataupun dia malu2 kucing untuk jadi lebih hebat di padang. Woha (tagline keretamayat).

Aku sanggup berkorban semampu yang boleh untuk support dia dalam sukan bola sepak sebab aku tau itulah sebenarnya cita2 dia. Aku rasa dia masih ada masa untuk mencapainya kalau dia betul2 fokus dan berusaha dan aku pun masih berharap kalau cita2 itu boleh tercapai. Tengoklah macam mana.

So, selamat berdiet Nani dan Panjang....

SIAPA AKU ?

Cuaca mendung dan line nda berapa clear. Mau blogwalking pun nda tenang. Gangguan. Dengan keobsesan ku berinternet ni kan, sesuai supaya aku beli ipad, lupakan ipHone. Dan kenapa keypad Curve lebih sedap dari Bold? Dulu keypad Bold lebih sedap dari Nokia (memangla).

Kamu rasa kamu betul2 kenal diri kamu ka?

Pernahkah kamu lupa siapa diri kamu yang sebenar?

Masa boleh mengubah kita dan adakalanya kita nda perasan pun perubahan dalaman kita dan msih menganggap kita masih macam dulu.

Terus-terang, aku masih belum kenal diri aku yang sebenar dan aku masih ada krisis identiti hingga kini walaupun aku sudah berada difasa kedewasaan. Aku rasa aku masih bersembunyi disebalik diri sendiri kerana bila aku mengaku bahawa inilah diri aku yang sebenarnya, jiwa aku meronta2 memberitahu bahawa adalagi diri lain disebalik diri yang sekarang ini dan aku belum berapa pasti diri yang macam mana kah yang tersembunyi itu? Cuma satu aku pasti diri yang masih malu2 menonjol itu jauh lebih sempurna dari yng sedang ada sekarang ni. Diri yang tersembunyi itu, sangat positif orangnya, berimpian tinggi, tingga daya usaha, periang, dan sentiasa dapat apa yang dia mau.

Aku rasa ada satu dinding pemisah untuk aku jadi diri yang sebenarnya dan aku tau dinding jenis apa yang mnghalang itu cuma kadang2 aku lupa. Aku lupa yang aku terpaksa memilih jadi diri yang sekarang kerana memberi peluang pda orang lain yang sepatutnya mencari dan memiliki dirinya yang sebenar.

Dan sebenarnya aku yang sekarang ialah

Seorang isteri yang sangat menyayangi pasangannya.

Seorang anak yang yang belum membalAs jasa ibubapanya.

Seorang ibu yang cuba mendidik anaknya agar mencapai impian dalam hidup dan akan bahagia.

Seorang wanita yang menunda segala keinginanya demi untuk lelaki yang sangat dia cintai.

Untuk mengakhiri entry ni, ni dia lagu Siti sebagai soundtrack hehe

BISA KAH?

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Monday 17 October 2011

Anak Aku Hak Siapa Part 2

Banyak betul entry aku yang berpart-part ni. Membaca komen kamu pada part 1 membuatkan aku semakin jelas apakah sebenarnya krisis ini dan aku masih mahu berkongsi dan mengharapkan feedback dari yang sempat membaca.

Sebenarnya masalah aku untuk membesarkan anak ialah persekitaran. Aku nda kata yang mentua ku nda pandai jaga cucu, dan aku juga bukan kata yang mama ku adalah nenek terbaik di dunia tapi aku harap aku nda gagal sebagai ibu yang merancang dan memutuskan apa yang paling sesuai untuk anak aku.

Pertama: Normal bagi kanak jika dia lebih rapat dengan nenek sebelah mama sebeb nenek itu ibu kita, yang membesarkan kita yang melahirkan kita. Sama ada masalah suami atau anak2 kita lebih selesa berkongsi dengan ibu bukan dengan mertua tapi aku mahu supaya anak aku rapat dengan keduanya tapi mertua cuba monopoli.

Kedua: Anak aku yang pintar dan lincah. Kelebihan ini membuatkan anak aku sangat cepat menyerap apa juga yang dilihat dan didengar dan ini perkara serius yang sangat aku pentingkan dalam membesarkan dia. Di KK ni macam2 manusia ada dan kanak2 yg bakal dia jumpa akan datang dari berbagai ltar belakang yang kita nda tau. Dengan kelebihan yang ada dan usia yg begitu awal aku rasa dia belum pandai untuk mengikut yang baik dan membuang yang buruk dan sebab itulah aku memilih kampung. 4 bulan dia di tadika kampung mentua ku, aku hampir nda kenal anak aku dan bukan senang didik dia balik. Itu baru 4 bulan, kalau 4 tahun? Sandi kali oh. Insya Allah, aku akan tinggal di kampung untuk menyekolahkan Nadia jika suami izinkan.

Dalam membesarkan anak2 cabara-cabaran sebeginilah perlu dihadapi dn betul kata Nowriz, akulah yang harus menjaga anak aku untuk mengelakkan krisis macam ni. Ya, kalau suami aku nda bertolak-ansur dalam hal ni memang akan jadi pertelingkahan besar ni. Masalahnya mungkin masih ada pertikaian jika anak ku bersekolah di kampung walaupun aku sendiri menjaganya di sana sebab mertua ku ada diskriminasi kaum. Dia tetap kurang setuju anak aku membesar dalam budaya Kaum Rungus Muslim kerana Nadia ada darah keturunan Diraja Sultan Brunei (zaman dulu) tapi kami tidaklah sehina itu. Malah walaupun kmi bukan berdarah keRajaan* tapi kami nda pernah jadi hamba pada siapa-siapa.

Sebenarnya isu anak aku ni sejak pertengahan tahun lagi tapi setle sekejap bila aku berenti kerja dan bawa anak ke KK. Aku tinggalkan dia seminggu yang lalu sebab seminggu yang sebelumnya kami balik kampung mama ku. Bila mama aku mau ambil turnnya untuk minggu ini, mertua aku tidak benarkan dengan alasan anak aku mau sekolah sedangkan aku tinggalkan anak aku hanya untuk dorang melepaskan rindu bukan untuk kasi sekolah dia. Jadi mama aku pun perasan suda yang mertua aku cuba untuk melobi dan siapa yang kena, akulah. Aku memang marah suda, sebab aku rasa mertua ku nda hormat keputusan aku. Masa ambil Nadia bulan Mei lalu, aku sudah explain Nadia sekarang bukan perlukan sekolah tapi dia perlukan kami sentiasa berada di sisinya. Dia masih terlalu kecil untuk tinggal dengan keluarga lain dan aku pun nda sanggup pisah lama2 sama anak. So kali ini dorang cuba mau ubah balik keputusan aku. Kusut jugalah fikiran.
Mama au sendiri nda pernah memaksa ku ikut kemahuan dorang dan mma aku memang nda ska ikut campur pasal anak aku tapi bila dia perasan mertua ku begitu jdi dia sudah tentu mempertahankan keputusan aku.

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Kalau nda juga, nah memang masam muka, sakit hati, kecil hti lani jdinya. Mertua ku tu, emosi sikit.

Sunday 16 October 2011

Jual Kereta Part 2

Baru balik rumah selepas pigi jumpa tu dealer kereta sana Putatan. Bisnis, bisnislah bah juga. Hari tu bilang 8 ribu, ni kali turun 6 setengah. Aiya, ah cai... Tidak apalah, nda juga au kelam kabut mau duit. Kalau dapat jual dapatlah, kalau nda pun itu tandanya nanti adalah rezeki datang supaya aku boleh kasi cantik balik kereta tu.

Sebenarnya kami lki bini sayang bah kereta tu tapi memandangkan aku yang belum cekap mendrive kereta manalah dapat handle kereta lasak tu. Tambahan lgi ini bandar, nda ramai rasanya pengguna lain yang faham bahawa kau baru pndai drive. Semua mengharapkan pemandu lain sudah terer sebab di bandar ni tiada masa kau mau kasi peluang orang lain jadi terus belajar. Kena maki2 ja ni nanti mendrive suda di jalan besar. Sabar sajalah nanti.

Saturday 15 October 2011

Anak Aku Hak Siapa

I am fening2 lalat mahu memenangi hati insan2 yang di sayangi. Hati kami suami isteri, mertua dan mama aku. Anak aku bertuah kerana ketiga2 pihak ini sangat mengambil berat akan kebajikannya sehingga aku sebagai ibu adakalanya tersepit.

Aku bukan menyalahkan sesiapa tapi semua pihak harus bertolak-ansur.

Masalahnya begini, mertua aku lebih suka Nadia membesar dalam suasana dorang sebab kami berbeza bangsa dan budayaMungkin juga ada unsur driskimansi di sini kerana bangsa kami selalunya di pandang rendah oleh keluarga suami. Dan aku boleh rasa usaha mertua supaya anak aku berada bersama mereka.

Yang aku nda berapa selesa, aku sebagai ibu seolah nda boleh buat keputusan apa yang terbaik untuk anak aku. mertua aku cuba untuk memutuskan apa yang dorang mau. Aku ada pendirian sendiri tapi ia bakal melukakan hati mertua ku kalau dorang kurang menghormatinya dan jangan aku pula dianggap menantu yang abaikan hati dorang. Suami juga seperti mihak pada ibubapanya tapi harap-harap ndalah jadi isu isu besar hingga kami pula yang begaduh nanti.

Normallah kalau anak kita lebih rapat dengan ibu kita sebab kita adalah anak perempuan ibu kita. Ipar aku sendiri juga tinggal bersama mertua aku dan sudah sama-sama membesarkan budake tu. So kenapa bila anak aku ada masalah bila dia bersama mama aku? Sebab itulah aku katakan ianya diskriminasi kaum. dorang nda mau anak aku membesar dengan cara kami tapi aku yakin dengan keputusan ini.

Friday 14 October 2011

Play The Game Part 2

Bah, lepas siri satu aku pula nda sabar mau post siri dua. Suda ku bikin bah semalam dan aku save dalam draf tapi sekali ku check tadi pagi, ndada suda. Salah klik kali aku semalam. Adedeh begitu rancak aku menaip dihanfon, hilang pulak. Aduh, aduh, aduuuuh! Tapi nda apala, just play2 la ni hehe.

 Pendek kata bila suda kenal cinta, kenal lelaki dan paling penting kenal diri so boleh suda main game. Just play2 la bilang urang putih.Dan ini juga pengalaman. Sebelum tu aku mau tanya, pernahkah kamu mengalami seorang lelaki yang sangat kamu kagumi dan kamu nda terfikir pun akan ada apa2 dengannya tapi dia tiba2 minat dengan kamu?

Pernah kah kamu dengan tiada kata putus tapi tiba si lelaki yang sepatutnya memuja kamu itu tiba2 dingin dan melayan kamu seolah kamu bukan kenalan rapat apatah lagi ada pertalian hati?

Ok, aku pernah mengalami ini.

So itulah, tiba2 dia dingin dan melayan aku mcm kami nda pernah rapat tanpa ada petunjuk jelas dan bagi lelaki kategori dia aku merasa tercabar. Mula2 frust jugalah, macam nda mau makan selama 2 minggu (cewah) tapi terdetik dalam hati "ok, kau mau main sama aku" then aku mainlah. Aaaaa, si Aki. Bukan main* dengan si Aki. Ni play2 ja hehe.

So kalau dulu aku akan terus berdiam diri sebab malu. Bagi aku "bah biarlah bah kalau orang nda mau sudah" tapi kali ini beza. Aku layan ja, manatau keadaan akan berubah. Dan dalam masa 2 hari saja kira aku sudah berjaya memikat dia semula. Well, saja mu test dia.  So aku bagitau kawan aku adakah ini dikira kemenangan? Katanya its was a beginning. (Betulkah ayat ku tu?) Hmm, lantaklah. Oh! Beginning? Huhu. Aiyak. (blur kejap sebab aku sdg dgr lagu Gurindam Jiwa nda sesuai sama cerita ni.)

So apa yang aku belajar masa tu tentang relationship ialah, PLAY THE GAME. Ya, just play. Dan aku rasa fun sangat haha. Aku dapat harga diri aku balik dan moralnya janganlah kerana kegagalan yang sedikit kita mengalah. Kita ada pilihan untuk terus berundur dalam satu2 hubungan tapi cubalah kali ni dengan cara lain pula. Hilangkan rasa frust dan hilangkan seolah kau sudah tiada harga diri bila tiba2 dilayan sebegitu. Anggap ja ianya satu permainan yang seronok dan kau melawannya dengan penuh daya tarikan sehingga dia terleka dan tewas. Kan?

Apa yang lelaki suka tengok pada perempuan dan selalunya akan memikat dorang ialah tahap keyakinan diri kita dan sejauh mana keterbukaan pemikiran kite
a tentang sesuatu perkara juga cara kita bangun setelah kejatuhan. Dorang suka bila dalam manaj kita tapi kita mampu menguruskan hidup kita tanpa bergantung dengan orang lain. Dalam lembut kita ada tegasnya. Dalam diam kita boleh menceriakan hidupnya dan dalam tenang kita tapi kita berupaya menghiburkan dia. Perempuan harus pandai membawa diri dalam semua keadaan tapi mungkin bukan semua lelaki pandai menilai kita. Segala ciri yang aku bagi tadi hanya disedari oleh lelaki2 yang ada I.q tinggi so kalau pasangan kita yang slow sikit, memang dia nda nampak tu.

Dan ini kata2 yang aku cipta kemarin "salah satu sebab kenapa harus jadi wanita cantik ialah untuk mendapat SELF CONFIDENT bukan saja2 minta puji".

Lepas ni kalau ada lelaki yang cuba main tarik tali sama kamu dan kamu rasa kamu mau dia, kamu main ja.. Jangan cepat mengalah. Bulih tu tapi kena ngam teknikla. So selamat mengubah diri dan selamat mencuba. Gud luck girls! ;))

Dan seorang rakan lelaki aku pernah berkata, wanita yang mempersona ialah

"Muda tapi berfikiran matang, dan Matang tapi kelihatan muda".

Kalau nda faham nanti tanya.

Thursday 13 October 2011

Play The GAME Part 1

Siapa suka bermain-main cinta? Bermain cinta syok, tapi dipermainkan cinta sakitkan? Kalau tak mau terbakar jari jangan cuba main api. Kalau takut dipukul gangster jangan berumah dekat rumah gangster (tiada kaitan). Kalau takut dilambung ombak jangan dating di tepi pantai. Kalau takut merana jiwa jangan dikau bermain cinta. Yihaa !

Tapi ni kali aku mau story pasal main cinta. Selama aku sekolah menengah aku tiada boipren pk sebab muka sangat bida tapi memilihlah pula. Yang aku mau nda mau sama aku, yang mau pula, aku yang nda mau. Alalala.. Tiadalah kejadian tapi bila kawan2 pi dating makan hati berulam jantung. Tu la nda pandai main cinta kan? Kalau pandai tu walaupun kita nda suka tu lelaki layan sajala buat2 kawan pigi kantin ka, atau sekali-sekala dia buli ambil balik dari sikulah. Coi lah kau Nani.

Abis SPM aku study di Melaka. Sana target nda mau main cinta sebab berharap akan ada pemuda Melayu jatuh cinta sama aku, aku pun suka dan bercinta sampai dia jadi suami aku. Aku sangat suka lelaki Melayu dan hasrat itu termakbul kerana ada 2 orang Mat Rempit tergila2kan aku. Ambek kau, hahahaha! Adik-beradik pula tu, tapi aku rasa macam nda aci ja sebeb apa kaki Met Rempit kan? Hahaha. Dua2 kena rejek tapi si adik ni pula yang sungguh2. Kesian juga bila diingat balik. Abang dia gatal skit, lepas kena rejek dia terus berambus dari hidup ku cari mangsa lain. Eii, bahaya ba bekawan sama mat rempit ni. Suka main perempuan dan si abang tu memang tukar2 awek ja. Pantang ada barang baru* sanalah dorang berebut mencari. Si adik ni pula belum ada awek dan menurut cerita kawan2nya belum berapa biasa main perempuan tapi adik sweet sikit dari abang tu dan pemalu tapi kelakar. Hahaha. Itulah yang aku suka tentang lelaki Melayu. Aki jangan kau rasa terhina, kau tetap macho di Sabah. Abglan dan Fazil rilek ye, kena puji sakan.

Lama juga si adik tu terkejar2 sama aku (cewah). Kebetulan housemate ku suda couple sama kawan sekampungnya so bertambah semangatlah dia mau juga couple sama aku. Dorang selalu lepak bawah hostel kami dan bila si adik ni melepak aku duduk rumah nda mau turun. Takut kena ngap! Belum pandai main cintalah katakan. Takut kena rogol, pendek kata. Kebetulan balkoni menghadap jalanraya dan nampaklah dorang berpeleseran di bawah. So bila si adik ada, dia terjerit2 dari bawah suruh aku turun. Lepas tu call aku pakai public phone merayu2 supaya aku kawan sama dia tapi aku tetap berdegil. Ada satu malam tu dia ckp ngan kawan ku, bagitau si Nani kalau dia nda mau jumpa aku, biarlah. Kami bercinta dari bawah ke atas sajalah. Mean, dia dongat ke balkoni ja kalau mau cakap sama aku hahaha. Adih, kasian oh. Lama2 dia fed up. Kononnya suda buang no fon aku tapi bila malam pandai pula minta balik sama kawan ku. Sampai ada satu masa tu, dia saja buat aksi lagak ngeri depan hostel sampai dia cedera didagu dan terkupas kulit siku gara2 eksiden dengan aksi itu hanya kerana minta perhatian aku. Dan kamu rasa apa aku buat? Aku buat de' ja! Adedeh, sampai hati kan? Kawan2nya marah sama aku. Dorang cakap " kau memang tiada hati perutlah Nani. Man suda luka begini pun kau nda peduli". Aku nda menjawab pun. Aiya, apa punya perempuan oh. Dan sampai aku balik Sabah, dia nda berjaya menjadi kekasih hati ku sebab dalam masa yang sama si Panjang masuk daun. Alahai... Kenapalah kau Panjang? Aku mau lelaki Melayu bukan kau.. sama si Panjang pun sadis juga ni cerita tapi lain kalilah aku cerita sama kamu. Aku nda bercadang mau kasi panjang entry tapi nah.. Panjang sudah pun entry bini si Panjang. Aku memang suka yang panjang. Woha!

Last2 si Man couple dengan kawan sekelas aku tapi cinta dorang ndalah sehebat macam kalau aku yang jadi aweknya haha. Cilaka kau Nani. Hahaha. So bila diingat2 balik kenapalah aku nda main saja kan? Ini mentang2 nda suka teruslah jadi tikus yyang takut dimakan kucing. Ayoyoyo. Pasal dia Mat Rempit bah. Kalau bukan, aku rasa aku mau juga sama dia..

Man, kau sungguh baik hati. Kau lelaki pencinta ku yang paling hebat antara yang pernah ni tapi apakan daya kita tiada jodoh dan aku pun melepas untuk kawin dengan lelaki Melayu semenanjung. Nasiblah ada si Panjang, kalau tidak entah siapalah sangkut sama aku. Panjang I lap u !

Adakah sini yang sanggup gadai nyawa untuk dapatkan perempuan yang dicintai? Memanglah mat rempit nda takut mati tapi kawan2 si Man yang lain bila awek jual mahal dorang kasi tinggal dan cari lain dan hanya si Man sorang ja yang sanggup buat begitu hanya untuk mau diterima gadis macam aku yang ndalah seberapa ni bah. Itu baru jantan oh tapi diusia ku sekarang bila ingat balik kenangan ni sedih dan terharu. Kalau aku bulih jumpa balik si Man aku mau ucap thank u banyak2 sama dia. Dia tinggal di Kg. Paya Ikan, Bukit Baru, Melaka. Nda tau dia suda kawin ka belum... Tapi beberapa tahun lepas ada juga dia bertanya khabar.

K-Pop, Ada Aku Kisah ???

Belum ketinggalan sangatka kalau aku buat entry pasal K-Pop? Belum juga ba kan? Ah, apa aku kisah kalau aku mau cerita juga? Apa kau buli buat?

Sebenarnya aku memang nda kisah walaupun sini-sana pun gilakan K-Pop dan dressing artis2 K-Pop. Di tv3 hari tu pun buka topok juga pasal ni dan paling nda tahan kita boleh lihat di mana2 pengaruh fesyen K-Pop sedang melanda negara kita dan Sabah aka Kota Kinabalu nda terkecuali. Kalau di facebook pula budak2 skulah kalau mau share pic muka sendiri keluarlah segala posing atau mimik muka yang ala2 comel itu termasuk adik aku yang bakal ambil SPM nda lama lagi dan bila nampak picnya aku selalu bagi ayat meluat 'kau pikir kau comellah sangat?'. Hahaha. Nda taulah kalau ada motif dengki tapi aku memang meluat hehe. Perasan comel bah walaupun memang muka dorang comel ataupun nda comel tapi kerana dorang fotogenik maka kenampakan comel.

Nda dinafikan, lagu2 dorang best dengan tarian dan kecantikan/kekacakan penyanyi tapi aku masih nda kisah. Fesyen? Jangankan fesyen K-Pop, tudung shawl, tudung itu tudung ini pun aku nda mampu mau ikut, apakan lagi K-Pop. Kalau cakap pasal fesyen, aku memang nda berapa mengikut trend sebab sedar akan diri yang mungkin sesuai mungkin walaupun boleh cari jalan supaya jadi sesuai. Dan masih membuktikan aku nda kisah. Yang aku tau aku mau pakai jubah bila keluar rumah macam Ustazah Pilihan tapi aku kena stanby kain untuk buat baju dengan fesyen jubah yang terkini dan sesuai dgn aku yang kecil molek lagi pindik*. Aku nda suka shawl sebeb kena lilit dan aku berhajat memakai jubah sebab aku malas pakai baju yang berlapis2 hanya kerana mau cover anu* dan anu*. Bagus pilih baju yang tutup semua anu*. Kan? Tapi kalau bilang mekap, Korean punya style memang terbaikla ngam untuk aku sbb mu muka ala2 Chinese look la kununnya tapi aku nda suka mata ku yang kicik ini. Kena hati2 bila pakai celak sebab kalau nda ngam cara maka bertambah sepet dan hujung mata menghala ke atas.

Aku masih ingat masa study di Melaka dulu dan ada satu masa tu aku free hair sekejap kerana cuba menjadi gadis liar yang terkawal. So kami suka pigi pasar malam. Sana ramai peniaga Cina dan bila kami mendekati gerai mereka, si Uncle akan cakap "meou so mo'?". Aku pun nda tau apa maksudnya tapi selalunya aku tersentak, cepat pergi dari gerai dan ketawa terbahak2. Unbelieveble! Adakah aku benar2 kelihatan macam gadis Cina walaupun berkulit gelap. Masya Allah. Dan ada satu insiden, seorg promoter Cina jumpa aku di tangga kedai dan dengan tergesa2 mempromote tentang restoran dan makanannya. Ada beberapa minit dia bercakap dengan laju sekali dan aku yang terkaku dan terkedu kerana dia terus bercakap dalam bahasa Cina. Selepas dia noktah sekejap terus aku menyampuk, miss aku bukan Cina. Kali ni dia yang terkedu. Hahaha. Sia2 air liurnya selama beberpa minit bercakap dengan tangkas tapi satu perkataan pun aku nda faham. Nah, baru kau tau. Hahaha.

Actually aku suka kalau dorang rasa aku Chinese look tapi aku takut dorang salah orang lagi hahaha. Tapi sekarang nda suda berlaku sebab aku sudah bertudung semula tapi kalau yang nda pernah nampak aku buka tudung dan nampak, masih ada jugalah kadang2 yang terkejut dan kata "oh, macam Cina pula kau ni kan?" Dengan nada kagum. Oh, macamlah aku cantik sangat kamu kagum2 begitu. Buat I perasan dan kambang saja.

Wednesday 12 October 2011

Saya Tiada Cerita Dari Beliau

Kalau kamu mau cerita tentang beliau sila ke blog Nowriz. Sori nda dapat bagi link sebab hanfon aku nda cukup canggih untuk itu semua. Si Nowriz ni kalau di rumah nama panggilannya si Nonong dan dia anak sulung dari 8 beradik kalau nda silap tapi aku nda biasa panggil dia si Nonong. Aku biasa panggil dia si Aming. Aku memang kenal family dorang dan aku tau sangat pasal beliaunya. Aku tulis entry ni bukan mau tumpang glamer tapi adala yang aku mau sampaikan.

Aku respek beliau si Aming. Kalau duduk satu kereta sama dia nda akan sunyi. Dia pandai bawa orang berbual,pandai buat lawak dan pandai becakapla pendek kata. Beza dengan beliau kau. Kalau jalan dari Pitas ke KK pun kau buli kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut dan kamu akan sedar dia bukan beliau yang mesra dengan anak2. Sunyi kereta. Tiada lawak dan tiada hilai tawa kau dengar kalau jalan sama beliau ku. Aku nda sedih pun, aku sudah sebati dengan karakter beliau ku. Tapi kalau kau mau dengar suaranya tunggu dia membebel. Nah, satu hari satu malam nda abis tu. Mengkritik ja kerjanya tapi tu pun aku sebati suda. Kadang2 hingga sekarang bapa masih nda memandang kami sebagai anak yang dewasa tapi percakapannya dan kadang layanannya kami ni macam baru budak abis sekolah. Hmmm, tu yang aku terasa sikit tapi biasalah. Ibubapa ada karenah masing2. Beliau ku muda lagi, baru 46 tahun, mamaku 45 tahun.

Aku nda pernah bincang sesuatu yang peribadi sama bapa sebab aku nda fikir yang dia boleh faham dan mau berbincang dari hati ke hati. Apa yang dia tau, menyalahkan, mengkritik dan mencari silap anak2. Bapa kurang hormatkan anak2 tapi walaupun begitu bapa sudah bagi aku kemewahan dan kesenangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dia mula bising2 sbb dia kata ' mengasi abis duit ja yang kamu tau'. Hahaha. Sentap jugalah tapi bapa, apa yang kami makan dari rezeki yang bapa bawa tidaklah Allah sia2kan untuk bapa. Mudah2an kami berkesempatan membalasnya.

Bapa aku nda sekolah tinggi, memulakan hidup sebagai buruh kasar di KK ni, kemudian balik kampung jaga kebun, jadi kakitangan rendah Pejabat Daerah dan kini mungkin dia lebih kaya dari D.O (I think) hahaha. Bukan tembirang ah. Kenyataan. Tapi kamu nda akan percaya sbb bapa ada 4 biji kereta second hand (bukan ninja Super King) dan rumah pun rumah papan PPRT saja (bukan banglo) sedangkan kawan2 bapa semuanya kelihatan apa yang dorang ada. Sungguh pun begitu aku kagum dengan bapa sebab walaupun dia tau dia mampu dia tidak menunjuk. Kawan2 lain berlumba2 pakai kereta mewah, bapa steady ja pakai kereta second hand. Kawan2 yang lain suda buat banglo, bapa masi duduk rumah PPRT. Aku harap bapa ada simpanan yang cukup kerana tidak memebeli aset2 tersebut.

Aku kagum dengan cara bapa memajukan diri walaupun dia bukan bapa yang penyayang dan mengambil berat tapi aku pernah kecewakan harapannya. Aku suma berdoa agar aku diberi rezeki dan kesempatan utk menggembirakan dan membanggakan bapa sebelum dorang betul2 tua. Amin.

10 Alasan Tidak Kaya

Bayak orang berasumsi, kekayaan berasal dari pendapatan. Semakin banyak pendapatan, makan semakin kayalah kita. Benarkah begitu? Dari sebuah sumber yang layak dipercaya, berikut ini adalah 10 alasan kenapa kita tidak kaya. Kita disini berarti saya dan Anda. Silakan disimak untuk melihat dan menimbang lalu mencari solusi bagaimana kita bisa kaya.


Anda lebih peduli tampang motor atau mobil anda. Banyak yang lupa, bahwa motor atau mobil adalah sarana transportasi, yang ga perlu ganti tiap taun. Cukup terawat dan nyaman dikendarai, bukankah itu cukup?

Anda gengsian dan berlebihan. Jika anda percaya bahwa anda pantas menjalani gaya hidup tertentu, atau merasa pantas memiliki barang tertentu namun ga punya cukup duit, anda ujung-ujungnya akan ngutang. Makin banyak deh utangnya.

Anda kurang diversifikasi usaha. Kata orang, jangan meletakkan telor dalam satu keranjang. Jatuh sekali aja, ancur deh semua.

Anda terlambat Memulai. Ketika sebuah trend usaha atau peluang bisnis muncul, segeralah sambar jangan sampe orang lain mendului dan anda dapat ampasnya.

Anda ngga menikmati pekerjaan. Kalo kerja aja ga bisa dinikmati, gimana akan bisa fokus mengembangkan diri?

Anda tidak suka belajar. Mentang-mentang sudah pegang ijasah, malas deh buka buka pelajaran dan belajar dari yang lebih berpengalaman. Udah merasa pinter bos?

Anda tidak tau harga. Awalnya berniat inves dengan mengeluarkan modal bejibun. Tapi produk yang anda modali dalam dua tahun ga ada harganya lagi. Menyebalkan bukan?

Anda membeli barang-barang yag ga berguna. Mumpung lagi diskon begitu pikiran anda, maka kemudian banyaklah barang anda borong. Tapi ga semua itu anda butuhkan. Ujung-ujungnya? Anda merubah uang jadi sampah.

Rumah anda terlalu besar. Rumah besar, perawatan juga besar. Kalo untuk 2 atau 3 orang saja, kenapa bikin rumah kayak GOR? Pamer yah?

Anda gagal memanfaatkan peluang. Seringkali anda merasa mampu melakukan sesuatu, tapi tidak melakukan sama sekali. Belakangan hari hanya berkomentar, “ah kayak gitu si gue bisa…”, dan tetep aja anda ga melakukannya. Nyesel deh belakangan hari.

resepmanjur.com

Tuesday 11 October 2011

Terlewatkah Aku Mengagumi Oprah Winfrey?

Tahun2 sebelum aku mungkin aku tau siapa Oprah atau hanya pernah dengar namanya tapi aku nda pernah tau siapa manusia ini sehinggalah kebelakangan ini aku selalu menonton talk shownya.

Pertama, aku begitu minat menonton setiap episod bual bicara ini kerana topik2 yang diketengahkan sangat memberi inspirasi, mengubah persepsi dan setiap kali menonton kita akan dapat pengalaman baru.

Kedua, tetamu Oprah. Dia bukan hanya mengundang celebriti terkenal dan ahli politik tapi orang2 biasa. Macam2 pengalaman dari tetamu yang berbeza2 dipaparkan.

Ketiga, selepas mungin 2 bulan suda aku boleh dikatakan hari2 menonton Oprah Winfrey Show, aku semakin kagum dengan cara Oprah menemubual. Santai dan tidak formal walaupun dia sedang menemubual ahli politik. Dan jika kisah2 peribadi pula yang dibawa oleh tetamu, perbualan itu sangat mesra dan menyentuh hati sehingga aku rasa mereka bukan berbual depan kamera tapi mereka berbual secara peribadi. Cara Oprah menemubual membuatkan tetamu ikhlas berkongsi dan tidak berselindung dengan apa yang dia cuba kongsikan.

Siapakah Oprah?
Sebenarnya Oprah hanya budak kampung dan hodoh pada waktu kecil dan awal remajanya. Pernah menjadi mangsa rogol dan kematian bayi pra matang/keguguran. Tidak pernah berkahwin dan pada usia 50an dia ada seorang teman lelaki yg aku lupa namanya.

Oprah memulakan kerjaya sebagai pembaca berita pada usia 19, kemudian wartawan pada awal 20an kemudian beliau memulakan rancangan Oprah Winfrey Show pada usia 23 tahun jika x silap. Hanya dalam masa 3 tahun talk show Oprah terkenal di seluruh dunia dan mempunyai rating sangat tinggi sehingga menjadikan beliau antara jutawan terpenting di Amerika.

Oprah sangat berpengaruh sehingga masa lembu diserang penyakit dan beliau membuka topik utk itu dan beliau berkata "saya takkan makan daging lembu lagi" pasaran daging lembu telah merosot beberapa peratus. Oprah disaman berikutan insiden itu tetapi Oprah telah memenangi kes. Pendek kata, apa yg Oprah suka dan tidak suka akan mempengaruhi dunia.

Dan satu fakta yang sangat menakjubkan, wanita ini sangat kaya ok. Dia boleh memberi beratus buah kereta untuk penonton yg datang ke studio seolah kereta itu hanya senilai dgn kereta mainan. Bayangkan! Tapi aku masih mencari apa kekuatan dia sebenar sehingga berjaya sedemikian rupa sebab ramai juga org yg berjaya tapi Oprah lain. Sgt lain. Itu yg aku suka tentang Oprah. DIA MEMANG LAIN.

Monday 10 October 2011

Statistik Perceraian

Langit tidak selalunya cerah..Siapa mahu keluarga yang telah dibina berakhir dengan perceraian? Siapakah si waras yang mahu bahtera rumahtangganya berakhir dengan kemusnahan? Lebih-lebih lagi bila anak-anak telah hadir di sisi menagih kasih sayang, penjagaan dan keprihatinan.

Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dibuat lawak. Bergegar ‘Arasy Allah bila Talaq berlaku dan Talaqlah perkara ‘halal’ yang paling dibenci Allah.



Bila sebut perkahwinan maka ia adalah ‘aqad untuk saling bertanggungjawab, beramanah, bersefahaman, bertoleransi malah ia adalah sebuah perkongsian pintar yang terbina di atas Mahabbatullah bersuluhkan iman, ilmu dan pengalaman bersumberkan firman dan sabda.

Bila perinsip asas ini gagal dihayati, maka perkahwinan hakikatnya dibina di atas dahan yang sangat rapuh. Sudahnya, ia bagaikan empangan retak yang menanti belah. Faktor-faktor lain ketika itu hanya bertindak sebagai ‘penambah perisa’ kepada ketidak tentuan dan keretakan itu.

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, telah berlaku 42.3 peratus kes perceraian dan peratusannya seperti berikut:

1. (12 peratus) disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan,
2. (11.5 peratus) kerana tidak bertanggungjawab.
3. (8.8 peratus) kerana campur tangan mentua atau ipar duai
4. (7.1 peratus) disebabkan ketagih dadah atau alcohol
5. (1.6 peratus) kerana masalah kewangan
6. (1.1 peratus) kerana terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
7. (0.5 peratus) kerana didera
8. (12.6 peratus) kerana factor-faktor lain

B. Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan:
1. Cina, iaitu 45.8 peratus
2. Melayu (44.9 peratus)
3. India (20 peratus).

C. Perceraian disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai:
1. India : (30 peratus)
2. Melayu (7.4 peratus)

Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman DI dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran di Kuala Lumpur semalam.

beritaharian online@sahabatamal

Kalau Kawan Bercerai

Sebentar tadi kami perang di bbm.
Topik cerai berikutan ada member yang dalam diam sudah berpisah dengan suaminya baru beberapa bulan yang lalu.
Aku tumpang simpati dan sedih kerana apa yg aku tau dorang keluarga bahagia.
Usia perkawinan yang begitu muda. Baru tiga tahun.

Secara ringkas masalah dalaman rmhtga kawan aku ialah kewangan.
Itu punca pertama kemelut mereka hingga satu tahap mslh itu melarat ke bahagian lain yang menggugat kepercayaan suami isteri dan akhirnya membawa perceraian.

Member2 aku dlm bbm mengupas punca perceraian itu lebih kepada kewangan dan kawin muda.

Urm, aku tak setuju sebenarnya walaupun mungkin dan nyata itu ialah puncanya.

Betul, sebelum kita memutuskan utk berkahwin, kewangan dan kematangan harus di ambil kira tapi kawan aku yg bercerai ni rasanya berusia dalam lingkungan awal 30-an. So isu kawin muda mungkin boleh ditolak. Apa yg aku tak setuju dengan kewangan, cuba kita imbas semula kes2 perceraian di kalangan artis. Rasanya mereka bukan tidak cukup wang tapi perceraian masih berlaku. Kan?

Actually aku pun masi kurang clear tentang punca sebenar perceraian secara umum tapi apa yang aku yakin ialah dalam rumahtangga memang perlu kematangan. Kematangan adakalanya kita tidak boleh ukur berdasarkan usia kerana ada juga pasangan yang suda 40-an pun masih boleh bercerai. So what? (Aku rasa aku putar belit hujah sendiri dan aku sendiri yg bingung).

Aku rasa, apapun mslh dlm hubungan, toleransi, pertimbangan yg tinggi, ketenangan dan kesanggupan utk berbincang berkali2 itu sangat penting utk mencapai kesepakatan. Dalam kes kawan aku ni, aku rasa mungkin antara penyebabnya ialah ego isteri terlalu tinggi dan si suami pula tidak mampu berfikir panjang dan cepat buntu lalu melafazkan talak dengan harapan masing2 boleh menjalani hidup yg diingini sendiri (bukan keinginan bersama). Mungkin suami nak mcm ni tapi isteri tak boleh ikut. Si isteri plan mcm ni tapi suami pula tak mau ikut. Last2, masing2 bawa haluan. Tapi aku tau dorg masih saling mencintai dan berharap satu hari nanti mereka bersatu semula.

aku dan suami berkahwin pada usia 21 tahun (kami sebaya). Kalau dihitung2 usia tu aku sendiri rasa macam nda percaya yang kami berkahwin sebegitu muda. Sekarang, umur 28 pun masih muda aku rasakan. Kdg2 aku sedar, bila bertengkar dengan suami ketidakmatangan pasti terserlah. Pergaduhan seolah tiada penghujung dan isu yang menjadi maslah tiada penyelesaian tapi akhirnya kami berdua akan berdiam diri, bertenang hingga masing2 berpujuk2an sesama sendiri semula.

Adakalanya suami aku rasa tak mampu memberi yang terbaik pada keluarga (dia rasa terdesak utk jadi yg terbaik) dan berserah jika aku masih sanggup bersamanya, tapi aku bagi dia keyakinan dan tunjukkan padanya aku sanggup bersama biar susah atau senang hidup dengannya dan alhamdulillah kami sudah melalui 5 tahun pertama dlm fasa perkahwinan.

Tahun 2009 kami mengalami krisis yang membuatkan aku hampir2 memikirkan perpisahan kerana masa tu suami seolah tiada matlamat untuk membela keluarga. Masa tu kami masih di kampung, family keliling pinggang, kawan2 sentiasa ada bersama so mungkin suami belum merasakan suda tiba masa untuk dia berdikari so aku berfikir haruskah aku meneruskan hidup dengan suami yang begini? Kalau aku mau cari pasal boleh saja aku ke mahkamah menuntut nafkah zahir selama 3 tahun berkahwin dan masa itu aku bekerja dengan kerajaan (jawatan kontrak). Bila berbincang suami seolah tidak boleh menerima tanggungjawab dan ego aku mula memuncak tapi akhirnya aku mengambil keputusan utk mengorbankan kerjaya aku, membawanya ke bandar untuk bagi dia peluang mencari rezeki seterusnya menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Jika tidak, keputusan ku hanya satu. Pergi ke mahkamah dan menuntut cerai. Aku tak bimbang apa2 pada masa itu kerana aku boleh menyara anak aku dengan kerjaya itu. Aku sedar tindakan ini sangat berisiko kerana andai kata selepas aku resign dan suami masih tidak berubah sudah tentu itu satu pengorbanan yg memusnahkan diri sendiri tapi aku yakin Allah tak sukakan perceraian. Apa yang aku buat adalah utk menyelamatkan rumahtangga ku dan aku yakin Allah akan tunjuk jalan. Alhamdulillah, kami masih bersama hingga hari ini. Pendapatan isi rumah kami tidak menentu tapi jika masing2 saling menyokong, insya Allah apapun dugaan boleh ditempuh.

Bukan mudah aku menerima kedaan ini pada mulanya. Sejak kahwin kami tidak pernah hidup susah sehinggalah tahun ini kesusahan dari segi kewangan mula terasa bila aku tidak lagi bekerja. Aku jarang shopping dan berjimat seboleh yang mungkin. Aku adakalanya tertekan bila terpaksa mengubah diri menjadi sederhana dalam kewangan tapi inilah hasilnya. Inilah petunjuk Allah. Kami tidak jadi berpisah. Alhamdulillah.

So bila kawan aku bagitau hal perceraian dorang, aku rasa masalah rumahtangga kami tak jauh beza dan iktibarnya sangat jelas. Pengorbanan, toleransi, buang ego, berdoa, yakin pada kekuasaan Allah, berhijrah, dan sokonglah suami membina maruah diri dimata keluarga. Sehingga kini aku nda pernah menyesal melepaskan kerja aku kerana itulah penyelamat hubungan kami.

Dalam perkahwinan, fasa2 rumahtangga itu berbeza2. Bagi aku ada 3 jenis fasa iaitu 3 tahun pertama, 5 tahun pertama dan 10 tahun pertama itu merupakan fasa2 awal sama ada bahagia atau sukar dalam rumahtangga. Selepas fasa2 itu, keadaan akan bertukar. Kesabaran sangat diperlukan untuk fasa2 itu. Aku sudah melalui fasa 5 tahun pertama dan tahun depan adalah penentu sama ada fasa ini berakhir ataupun bersambung menjadi fasa 10 tahun pertama. 10 tahun beb, kalau masalah masih sama boleh difikirkan bahawa mungkin jodoh tidak panjang tapi selagi boleh bertahan, harus bertahan kerana nasib anak2 harus difikirkan. Aku tidak boleh menjangka 5 tahun akan datang macam mana tapi aku sentiasa berdoa semoga Allah bukakan pintu rezeki kami dan tambahkan toleransi kami dalam menyelesaikan masalah.

Nota: Aku berkongsi hal rumahtangga bukan untuk memburukkan suami tapi aku mau kita sama2 ambil iktibar. Aku pun masih belajar tentang rumahtangga. Kehidupan zaman kini tidak semudah zaman dulu. Sangat mudah untuk tersilap langkah, semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dijauhkan dari segala musibah dunia dan akhirat. Amin.

Sunday 9 October 2011

Kamu Suka Bekerja?

Sekali lagi aku mau tanya, kamu suka bekerja?
Suka? Tidak?
Oh, ada yang kata suka, ada yang kata tak suka.
Apapun jawapan, aku 'bisa' memahami tapi jawapan aku ialah TIDAK !
Of coz lah kan, kalau suka mana mungkin aku memilih menjadi surirumah walaupun keadaan kewangan keluarga sebenarnya memerlukan aku agar bekerja membantu suami.

Asasnya manusia hanya suka bersenang-lenang.
Kalau boleh biar goyang kaki tapi tiap jam duit masuk akaun bank.
Makan gaji mana mungkin membenarkan hal sedemikian rupa.
Kerja sendiri juga tidak akan ada hal seperti itu.
Jika kamu tau, goyang kaki dapat duit hanya akan berlaku jika anda seorang pelabur tapi bukan pelabur kecil2an tapi paling kurang 1 juta ringgit!
Hanya melabur dengan jumlah itu baru anda akan goyang kaki dapat duit.

Aku masih dalam dilema dan sering menyoal diri.. Sampai bila aku harus duduk di rumah? Berbaloikah aku duduk di rumah? Patutkah aku mencuba sekali lagi untuk bekerja membantu suami mencari nafkah?
Sebenarnya aku masih belum ada jawapan pasti. Adakalanya kami mampu bermewah2 pada bulan2 tertentu dan 3 bulan kebelakangan ini seolah seperti keadaan kewangan kami semakin membimbangkan tapi alhamdulillah aku masih belum terdesak dgn keadaan ini. Aku masih mahu menguji ketahanan diri, dan aku masih mahu melihat kemampuan diri adakah keadaan ini boleh kami atasi dengan hanya bertahan begini?
Ya, aku mau belajar sesuatu darinya. Tidak Cukup Wang adalah ayat yang menakutkan sepatutnya bagi orang macam aku yang sepatutnya ada income 5k paling kurang dengan cara hidup sekarang. Adakalanya menakutkan tapi aku mahu melaluinya dengan semulajadi.. Selepas berkahwin, 2011 boleh dikira sebagai tahun sukar bagi kami sejak berkahwin pada 2006.

Aku rasa kami masuk ke alam perkahwinan dengan perancangan dan starting yang baik sekali sehinggalah aku membuat perubahan drastik dan satu keputusan sukar pada hujung 2009 dan boleh dianggap 2010 dan 2011 ialah fasa bagi kami membina semula kehidupan.

Dan diusia ini (26 tahun) sepatutnya fokus aku dan suami seharusnya pada kerjaya kerana kami sudah membina sebuah keluarga dan dalam perjalanan untuk membesarkan keluarga dan mempastikan anak2 membesar dengan persekitaran yang tak payah mewah, cukup sekadar selesa dan sederhana.

Tetapi apa yg berlaku sekarang, aku tiada kerjaya dan suami juga belum menjumpai kerjaya yang betul2 sebati dgn dirinya. Sekarang, dia memang belum fokus pada kerjaya kerana mungkin pada usia 26 terlalu mentah untuk dia fokuskan diri tapi aku nampak kesedaran yang dia ada dan pemikirannya sudah ke arah itu cuma dia tak boleh lakukan secara drastik. So, take him time. Aku mau tengok mcm mana dia bangunkan dirinya. Ikutkan hati aku tak sampai hati membiarkan dia berjuang sendirian but as a man, a father n a husband he will, he must!

Dia hanya perlukan sokongan dan aku masih belajar menjadi penyokong yang padu dan kukuh.

Ya Allah, suami ku bukan lulusan universiti yang membolehkan dia mengharap jawatan tinggi di mana2 sektor. Dia juga bukan lagi dari keluarga yang senang tapi aku mohon kepadaMu, di mana pun dan bagaimana pun dia bermula membona kehidupannya, Engkau berkatilah dan Engkau bukakanlah pintu rezeki kami agar kami boleh menggembirakan hati kedua ibu bapa kami dan adik-beradik kami. Izinkan orang tua kami menikmati budi kami sebelum mereka pergi. Amin.

Cerita Dari TV

Adegan 1:

Panjang baru balik dari kerja-padang bola-main bola baru balik rumah. Jam7 lebih kurg then kami sama2 menonton Astana di mana Kak Nita menerjah rumah Ahadiat Akashah. Di akhir rancangan, bini Ahadiat menunjukkan hobinya iaitu menunggang moto besar bila ada masa lapang. Terus Panjang kata "mcm tu bah, best. Masing2 ada hobi sendiri". Ok darling, I sgt tau apa u maksudkan dgn ayat tu lalu dia menambah lagi "kalau banyak duit mungkin mcm tu la". Aku pun berkata "kalau kau bnyk duit, aku nda akan kacau hobi kau. Lempar ja duit atas lantai, kita keluar dan buat hal masing2".. Dia menambah lagi kalau aku ada kemewahan tahap itu aku mgkn nda ingat balik rumah or lebih tepat jika apa yg dia maksudkan ialah aku akan curang di luar. What? Curang? Kalau betul, kenapa Ahadiat dan isteri masih bersama? Siti dan Datuk K pun masih bersama dan ramai lagi pasangan yang kaya-raya kekal dlm ikatan suami isteri walaupun masing2 selalu melayan hobi secara berasingan... Dan aku tertanya dalam hati, adakah ianya hanya sekadar wang/kekayaan?

Shut up! Kalau kita menganggap kebahagiaan hanya boleh diperolehi dari lambakan wang, itu pemikiran yg sgt salah. Sila tukar fikiran 1 saat dari sekarang. Mungkin semua manusia boleh jadi manusia yang kaya raya tapi tidak semua manusia tahu dan mahu berkerah tenaga utk itu kerana menjadi kaya seolah sesuatu yang ajaib dan hanya manusia terpilih saja yang boleh kaya. Maka, jika kita mengukur kaya dulu baru bahagia, maksudnya selagi kita tak kaya selagi itulah kita tidak boleh bahagia. Sampai matilah nda bahagia kalau tidak kaya. Jgnlah sia2kan hidup dgn berpegang pada kuasa wang.

Adegan 2:

Habis ja rncgn Astana, si Panjang tertidur. Aku teruskan siaran tv dgn rncgn Oprah Show. Biarkanlah Panjang, dia memang penat. Aku yang hanya duduk di rumah pun letih, apatah lagi dia.

Aku sangat suka Oprah Show tapi panjang nda suka. Aku nda faham kenapa dia nda suka... Tu yang membezakan tahap pemikiran kami berdua. Bukan meninggi diri tapi aku lebih berfikiran jauh berbanding dia kerana aku suka rancangan2 ilmuan seperti aku. Oprah Show bercerita tentang jatuh bangunnya seseorg dalam hidupnya. Bercerita tentang semangat perjuangan dalam hidup dan perjuangan mereka mengharungi dugaan hidup. Sangat memberi inspirasi dan motivasi juga teladan dan iktibar.

Ya tuan2, puan2. Hidup ini bukan mudah walaupun tak sesukar mana tapi lebih kepada tidak semudah yang dikata. Kita tidak boleh meneruskan hidup dengan hanya memandang dari sudut pandangan kita sendiri kerana dalam kehidupan manusia bermacam2 pengalaman yang ada. Jika kita rasa kita sedang susah pada ketika ini, ada ramai lagi yang lebih susah dari kita. Jika ketika ini kita merasa sangat sedih, pasti ada insan lain yang lebih bersedih dari kita.. Kita nda akan tahu itu jika kita hanya fikirkan diri kita seorang yang sedang menempuh hidup. Bila menonton rancangan seperti itu, maka baru kita akan tahu bahawa rupanya hidup kita bukan hanya seperti apa yang kita alami. Insan lain juga sedang mengharungi keadaan yang berbeza yang mana lagi sukar dari apa yang kita hadapi. Jika kita sedar tentang hal ini, rasa bersyukur tu akan terbit dalam hati. Syukur bukan hanya bila kita dapat kerja tetap, dapat isteri lawa, dapat suami yang panjang, naik pangkat or apa2 kurniaan yang nyata. Ketika ditimpa musibah juga kita wajib bersyukur kerana dgn musibah itu, kita sebenarnya lebih dekat dengan Allah. Dengan musibah itu jika kita menginsafinya akan menebus doa2 lampau kita. Memupuk keyakinan kita pada kuasa Allah dan membuatkan kita lebih tunduk pada Allah. Masya Allah.

Adegan 3:

Aku menonton pula rncgna di TV AlHijrah yang mcm rncgn Cubaan di Astro Oasis. Bila orang tu kantoi ja, pengacara akan menanyakan soalan wajib, jika Rasulullah masih bersama kita sekarang apa agaknya dia lakukan dgn situasi tadi? Soalan lain, jika Rasulullah ada di depan anda sekarang, apa yg boleh anda katakan dalam masa 1 minit?

Korg rasa, korg boleh berkata ka? Aku rasa tidak. Bagi aku, aku harap aku boleh menyentuh kaki Rasulullah dan menangis... Betapa banyak akhlak Nabi yang kita tidak amalkan pada zaman ini. Sifat kerendahan hati Nabi yang mana kalau mknn jatuh ke tanah pun jika boleh dibersihkan baginda akan pungut dan memakannya. Bukan seperti kita, kalau jatuh kuih sebiji atas meja mmakan pun kita buang, kononnya kita ni pembersih sangat. Pembersih atau sombong? Berlagak kononnya kita ni manusia yang ada harga diri yang tinggi tapi hati sentiasa takbur.

Wallahu 'alam.

Tuesday 4 October 2011

Aku Mau Gaduh Sama Kau !

Aku sudah seharian buang2 boring di CP ni. Orang Sabah taulah CP ni apa, yg bukan org Sabah CP ialah Centre Point.. Walaupun KK suda ada 1B (One Borneo) tapi CP masi antara tempat yang paling best melepak walaupun dorang cakap CP vs Pilak. Pilak? Apa itu pilak nanti tanay si Nowriz atau si Aki, dorang tau tu.

Aku sedang bengang gila siput babs ni sebab suai ku si kaki bola... Abglan dapat teka ka kaitan gaduh dengan kaki bola? Aku harap abglan faham atau cikgu Fazil kita... Ok, kalau kamu faham nanti terangkan dalam komen sebab idea aku mau gaduh2 malap sedikit demi sedikit bila mendapat respon dari kamurang pasal "MAIN DENGAN SI AKI"... Ayoyo.... Apalah dosa ku kena itu ayat? Apapun api kemarahan ku sudah dapat dibendung diketika ini.

Dengan secebis perasaan nakal dalam hati isteri yang belum teguh iman, syaitan sedang berbisik,siapakah yang sudi menjadi skandal kepada isteri baik hati ini? Oh, jangan. Jangan sekali2 kamu mau mencuba... Aku tidak rela walaupun dalam hati sangat mahu kerana dendam... Alahai, bakat menjadi ustazah pilihan luntur lagi. Setan! Pergi kau jauh2. Jangan kau cemarkan kesucian hati ku. Setan !!!!

Pointnya di sini ialah BOLA atau ISTERI...? Mengapa harus isteri tunduk kepada bola? Mengapa harus bola no.1 dihati suami? Aku faham kerana semasa aku sekolah rendah aku merupakan satu2nya pelajar tahun 6 perempuan yang tiap kali waktu rehat akan menanggalkan gaun sekolah untuk bermain bola dalam panas terik. Dan perasaan pada waktu itu adalah seperti perasaan para kaki bola yang sedang membaca entry ku. Hebat bukan? Tapi berilah waktu2 istimewa itu bukan pada bola. Mengapa dan kenapa? Mana mungkin aku dicurangi dengan bola? Arghhhh!

Sekian. Sori aku emo... Pesanan ku, jangan kamu main dengan si Aki..

Yang benar..............










Bola atau isteri?

Monday 3 October 2011

Main Dengan Si Aki




Bulih2nya org cari perkataan di atas dalam blog aku...
Aki kau harus bertanggungjawab.
Hahaha !!!












2
Kata Kunci Carian
tesettür
5
nur kasih
2
bacaan rumi sembahyang dhuha
1
game ganjaran untuk cople di17th
1
kampung kelumpang pitas sabah raya 2011
1
kenapa bukak fb pakai bb macam macam hal
1
main dgn aki
1
mama maruko chibi maruko chan
1
orang islam di bangladesh
1
resepi2 melayu
1