Sunday 23 October 2011

Likas United vs UMS : 1-3

Semalam berlangsunglah pembukaan liga bolasepak KK anjuran DBKK di Stadium Likas dan pasukan Likas United bertemu UMS berentap dengan keputusan 1-3.

Sebagai penyokong pasukan Likas United, persembahan mereka cukup mengecewakan bila hanya berjaya menggol satu jaringan saja. Dari awal permainan memang UMS sentiasa melakukan serangan lebih banyak dari Likas tapi kalau dari segi peluang untuk menjaring, Likas banyak peluang. Kalau diikutkan mungkin Likas boleh menjaring sebanyak 5 gol tapi mungkin sudah nsib akan kalah, so klahlah jugak jawabnya.

UMS merupakan johan liga ini pada tahun 2009 dan aku perhati prestasi dorang masih bagus untuk penampilan pertama pada liga tahun ini. Apa yang membezakan corak permainan antara Likas dan UMS ialah tahap kecekapan IQ dalam perlawanan. Dorang lebih tangkas dan pantas, mungkin pasal dorang masih muda dan otak pelajar dorang itu membuatkan dorang bernas dalam mengatur setiap gerakan. Itu pendapat akulah sebab dalam sukan bukan hanya kecergasan fizikal yang penting tapi ketajaman fikiran juga penting. Mungkin masih terlalu awal untuk menilai tapi kita tunggu perlawanan seterusnya dan tengok prestasi Likas macam mana. Lagi satu,
aku nda faham bila coach lambat menukar pemain walaupun ada pemain yang keletihan dan nda larat suda mengejar bola. Di saat-saat akhir baru dia mau ganti.

Panjang memegang posisi sebagai midfield dan prestasi dia semalam bolehlah dipuji. Kawan-kawan dia cakap lawan takut hantar bola kalau Panjang ada. Kali ini Panjang diberi kepercayaan menjadi antara pemain utama kerana menampakkan potensi yang semakin bagus. Perlawanan lepas Panjang hanya jadi pemain simpanan kerana malu2 menunjukkan kebolehan dia. Harap-harap dia boleh menyumbangkan kemenangan untuk pasukan. Kalau diikutkan, Likas United mempunyai ramai pemain berbakat dan boleh dikatakan bukan mudah menjadi pemain utama kerana ramai yang layak sebenarnya. Kau Panjang, alang2 menyeluk pekasam, inilah masanya. Tunjukkanlah apa yng ada, sekurang2nya orang ingat nama kau di KK ni. Kalau kau sia2kan peluang ini, lepas ni jangan jadi kaki bola lagi. Amaran keras dari pihak yang berkuasa.

No comments: