Monday, 17 October 2011

Anak Aku Hak Siapa Part 2

Banyak betul entry aku yang berpart-part ni. Membaca komen kamu pada part 1 membuatkan aku semakin jelas apakah sebenarnya krisis ini dan aku masih mahu berkongsi dan mengharapkan feedback dari yang sempat membaca.

Sebenarnya masalah aku untuk membesarkan anak ialah persekitaran. Aku nda kata yang mentua ku nda pandai jaga cucu, dan aku juga bukan kata yang mama ku adalah nenek terbaik di dunia tapi aku harap aku nda gagal sebagai ibu yang merancang dan memutuskan apa yang paling sesuai untuk anak aku.

Pertama: Normal bagi kanak jika dia lebih rapat dengan nenek sebelah mama sebeb nenek itu ibu kita, yang membesarkan kita yang melahirkan kita. Sama ada masalah suami atau anak2 kita lebih selesa berkongsi dengan ibu bukan dengan mertua tapi aku mahu supaya anak aku rapat dengan keduanya tapi mertua cuba monopoli.

Kedua: Anak aku yang pintar dan lincah. Kelebihan ini membuatkan anak aku sangat cepat menyerap apa juga yang dilihat dan didengar dan ini perkara serius yang sangat aku pentingkan dalam membesarkan dia. Di KK ni macam2 manusia ada dan kanak2 yg bakal dia jumpa akan datang dari berbagai ltar belakang yang kita nda tau. Dengan kelebihan yang ada dan usia yg begitu awal aku rasa dia belum pandai untuk mengikut yang baik dan membuang yang buruk dan sebab itulah aku memilih kampung. 4 bulan dia di tadika kampung mentua ku, aku hampir nda kenal anak aku dan bukan senang didik dia balik. Itu baru 4 bulan, kalau 4 tahun? Sandi kali oh. Insya Allah, aku akan tinggal di kampung untuk menyekolahkan Nadia jika suami izinkan.

Dalam membesarkan anak2 cabara-cabaran sebeginilah perlu dihadapi dn betul kata Nowriz, akulah yang harus menjaga anak aku untuk mengelakkan krisis macam ni. Ya, kalau suami aku nda bertolak-ansur dalam hal ni memang akan jadi pertelingkahan besar ni. Masalahnya mungkin masih ada pertikaian jika anak ku bersekolah di kampung walaupun aku sendiri menjaganya di sana sebab mertua ku ada diskriminasi kaum. Dia tetap kurang setuju anak aku membesar dalam budaya Kaum Rungus Muslim kerana Nadia ada darah keturunan Diraja Sultan Brunei (zaman dulu) tapi kami tidaklah sehina itu. Malah walaupun kmi bukan berdarah keRajaan* tapi kami nda pernah jadi hamba pada siapa-siapa.

Sebenarnya isu anak aku ni sejak pertengahan tahun lagi tapi setle sekejap bila aku berenti kerja dan bawa anak ke KK. Aku tinggalkan dia seminggu yang lalu sebab seminggu yang sebelumnya kami balik kampung mama ku. Bila mama aku mau ambil turnnya untuk minggu ini, mertua aku tidak benarkan dengan alasan anak aku mau sekolah sedangkan aku tinggalkan anak aku hanya untuk dorang melepaskan rindu bukan untuk kasi sekolah dia. Jadi mama aku pun perasan suda yang mertua aku cuba untuk melobi dan siapa yang kena, akulah. Aku memang marah suda, sebab aku rasa mertua ku nda hormat keputusan aku. Masa ambil Nadia bulan Mei lalu, aku sudah explain Nadia sekarang bukan perlukan sekolah tapi dia perlukan kami sentiasa berada di sisinya. Dia masih terlalu kecil untuk tinggal dengan keluarga lain dan aku pun nda sanggup pisah lama2 sama anak. So kali ini dorang cuba mau ubah balik keputusan aku. Kusut jugalah fikiran.
Mama au sendiri nda pernah memaksa ku ikut kemahuan dorang dan mma aku memang nda ska ikut campur pasal anak aku tapi bila dia perasan mertua ku begitu jdi dia sudah tentu mempertahankan keputusan aku.

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Kalau nda juga, nah memang masam muka, sakit hati, kecil hti lani jdinya. Mertua ku tu, emosi sikit.

5 comments:

ladymariah said...

anak itu ibarat kain putih, terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkan kehidupan mereka.

terpulanglah mahu menjadikan mereka yahudi atau nasrani.

sebagai ibu, doa dan keikhlasan ko sangat bererti untuk anak. buatlah yang terbaik, jangan sampai dek kerana mau jaga hati atau takut ada pihak merajuk, nasib anak-anak jadi taruhan.

bukan maksud berkurang ajar tapi itu hak ko juga... yg penting tunjukkan ko tetap hormat...

Nani said...

Tq Mariah.. Sedikit sebanyak nasihat kau menambah kekuatan ku. Mslh bgni membuatkan aku perlu 'menarik rambut dlm tepung'. Insya Allah.

nowriz said...

iya aku setuju cakap si mariah..

sekarang ni keputusan di tangan ko laki bini..

bincang la lagi kamu laki bini.. ini hal rumahtangga kamu.. kalau keputusan sudah bulat baru suruh panjang yang explain semua.. dia kepala rumahtangga.. dia pun harus main peranan..

ladymariah said...

apa juga bah kalau setakat keturunan tu nani... budaya tu bah yang penting. time budak2 ni la stage paling penting untuk serap segala nilai kehidupan. sikap diorang yang dipupuk sekarang akan membawa diri anak2 kepada attitude diorang... tiada juga guna telampau gembira dengan darah keturunan org baik2 kalau adab menunjukkan yang sebaliknya.

SeputihSalju said...

btl tu saya sokong.. Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkan kehidupan ank kita..