Thursday 13 October 2011

K-Pop, Ada Aku Kisah ???

Belum ketinggalan sangatka kalau aku buat entry pasal K-Pop? Belum juga ba kan? Ah, apa aku kisah kalau aku mau cerita juga? Apa kau buli buat?

Sebenarnya aku memang nda kisah walaupun sini-sana pun gilakan K-Pop dan dressing artis2 K-Pop. Di tv3 hari tu pun buka topok juga pasal ni dan paling nda tahan kita boleh lihat di mana2 pengaruh fesyen K-Pop sedang melanda negara kita dan Sabah aka Kota Kinabalu nda terkecuali. Kalau di facebook pula budak2 skulah kalau mau share pic muka sendiri keluarlah segala posing atau mimik muka yang ala2 comel itu termasuk adik aku yang bakal ambil SPM nda lama lagi dan bila nampak picnya aku selalu bagi ayat meluat 'kau pikir kau comellah sangat?'. Hahaha. Nda taulah kalau ada motif dengki tapi aku memang meluat hehe. Perasan comel bah walaupun memang muka dorang comel ataupun nda comel tapi kerana dorang fotogenik maka kenampakan comel.

Nda dinafikan, lagu2 dorang best dengan tarian dan kecantikan/kekacakan penyanyi tapi aku masih nda kisah. Fesyen? Jangankan fesyen K-Pop, tudung shawl, tudung itu tudung ini pun aku nda mampu mau ikut, apakan lagi K-Pop. Kalau cakap pasal fesyen, aku memang nda berapa mengikut trend sebab sedar akan diri yang mungkin sesuai mungkin walaupun boleh cari jalan supaya jadi sesuai. Dan masih membuktikan aku nda kisah. Yang aku tau aku mau pakai jubah bila keluar rumah macam Ustazah Pilihan tapi aku kena stanby kain untuk buat baju dengan fesyen jubah yang terkini dan sesuai dgn aku yang kecil molek lagi pindik*. Aku nda suka shawl sebeb kena lilit dan aku berhajat memakai jubah sebab aku malas pakai baju yang berlapis2 hanya kerana mau cover anu* dan anu*. Bagus pilih baju yang tutup semua anu*. Kan? Tapi kalau bilang mekap, Korean punya style memang terbaikla ngam untuk aku sbb mu muka ala2 Chinese look la kununnya tapi aku nda suka mata ku yang kicik ini. Kena hati2 bila pakai celak sebab kalau nda ngam cara maka bertambah sepet dan hujung mata menghala ke atas.

Aku masih ingat masa study di Melaka dulu dan ada satu masa tu aku free hair sekejap kerana cuba menjadi gadis liar yang terkawal. So kami suka pigi pasar malam. Sana ramai peniaga Cina dan bila kami mendekati gerai mereka, si Uncle akan cakap "meou so mo'?". Aku pun nda tau apa maksudnya tapi selalunya aku tersentak, cepat pergi dari gerai dan ketawa terbahak2. Unbelieveble! Adakah aku benar2 kelihatan macam gadis Cina walaupun berkulit gelap. Masya Allah. Dan ada satu insiden, seorg promoter Cina jumpa aku di tangga kedai dan dengan tergesa2 mempromote tentang restoran dan makanannya. Ada beberapa minit dia bercakap dengan laju sekali dan aku yang terkaku dan terkedu kerana dia terus bercakap dalam bahasa Cina. Selepas dia noktah sekejap terus aku menyampuk, miss aku bukan Cina. Kali ni dia yang terkedu. Hahaha. Sia2 air liurnya selama beberpa minit bercakap dengan tangkas tapi satu perkataan pun aku nda faham. Nah, baru kau tau. Hahaha.

Actually aku suka kalau dorang rasa aku Chinese look tapi aku takut dorang salah orang lagi hahaha. Tapi sekarang nda suda berlaku sebab aku sudah bertudung semula tapi kalau yang nda pernah nampak aku buka tudung dan nampak, masih ada jugalah kadang2 yang terkejut dan kata "oh, macam Cina pula kau ni kan?" Dengan nada kagum. Oh, macamlah aku cantik sangat kamu kagum2 begitu. Buat I perasan dan kambang saja.

No comments: