Thursday, 20 October 2011

Kebebasan : Sebelum Dan Selepas Berkahwin

Kami akan mengadakan reunion bagi bekas-bekas Kerani SBPKP (subsidi baja padi) Lembaga Pertubuhan Peladang yang baru ditamatkan kontrak perkhidmatan pada bulan Jun yang lepas. Sebahagian dari kami ada yang mengundur diri sebelum ditamatkan kontrak kerana yang lain dapat kerja di jabatan lain, yang lain nda tahan stress, yang lain nda tahan gaji selalu tunggak dan lambat dan yang lain mungkin saja mau berehat. Ada juga kawan2 lain yang masih berkhidmatlah tapi gaji nda suda ikut skim N17 sebab Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sudah yng bayar. PPK ni buat bisnes so income dari bisnes itulah yang bikin bayar gaji kerani subsidi baja.

Kenapa ku bilang stress, ya tau tempat lain pun ada stress tapi untuk subsidi baja ni lain sikit dia punya stress. Kau kena layan karenah petani yang mcam2 dan suka komplen jika stok baja tidak cukup, lambat sampai dan sebagainya. Kadang sampai gaduh2 lagi. Jadi siapa dapat tempat yang petani dia agresif dan ramai pula lagi, memang nda tahan lama tu dia kerja. Tapi jawatan ni tetap mungkin nda jugalah kmi berenti. Kasi tahan saja tu stress.

So aku antara tukang atur ini reunion yang bakal diadakan di bilik karaoke Karamunsing. Aku Cadang buat di 1B tapi dorang bilang karaoke di sana nda best.

Jadi ada sorang member ni yg bakal kahwin pada 18 November yang belum sure datang (tinggal di Tuaran) so aku berfikir, dia sanggup lepaskan peluang begini sama kawan2 sedangkan dia mau kawin suda? Biasanya perempuan kalau suda kahwin ramai yng melupakan kehidupan sosial kerana macam2 hal rumahtangga dan pnyebab utama tiada jaga anak. Kalau dapat suami yang senang dirunding nda apa tapi selalunya susah.

Aku sebelum kawin nda pernah jalan2 pigi KK untuk dating, nda pernah suda lepak sama kawan, aku terkurung di kampung dan berkonflik sama ibubapa sehinggalah ku kawin.

Alhamdulillah, dapat suami yang baik dan memahami. Kalau aku mau keluar dia sentiasa mengizinkan jika perlu. Kami keluar berdua, makan2, jalan2 (melancong dlm negeri), karaoke dan tengok wayang. Semua yang kmi nda pernah buat semasa bujang sekarang suda jadi rutin kami. Aku jarang bagi alasan "alah, laki aku nda suruh... anak aku anu... itu... ini...". So maksudnya, aku masih ada kebebasan itu walaupun suda bersuami. Kebanyakan kawan aku hilang keistimewaan ini selepas berkahwin.

Ada juga yang cakap kalau sebelum kawin suda bebas nanti suda kawin memang bekurung dalam rumah. Betulkah?

Ada juga yang memilih untuk tidak bebas kerana dia sudah mencipta dunia sendiri selepas berkahwin dan mungkin orang luar sudah tidak begitu penting bagi dia. Itu terlebih bahagia namanya tapi nanti sudah bermasalah sama suami barulah cari kawan-kawan.

Kenapa perlu mengubah diri terlalu jauh selepas kawin? Aku nda fahamlah sebab dari bujang sampai sekarang aku masih juga begini. ingat kawan2 dan bergaul.

4 comments:

nowriz said...

bergantung kepada individu..

bila sudah berkahwin ni.. ibarat mengemudi kapal sendiri..

ada yang selesa berlayar sendiri..

ada yang suka berlayar 2 kapal..

ada yang mau berlayar dalam kumpulan..

kadang2.

bila sudah belayar..

ada yang berlayar sendiri terus ke tengah lautan..

ada jua berkonvoi berlayar ke lautan..

ada jua yang berlayar di siring2 tebing ja..

apapun.. bergantung kepada kapten.. kalau kapten kapal bilang ok.. kita berenti di jetty untuk rehat2 & makan2 & isi minyak & tinguk pemandangan.. so, seisi kapal terpaksa la menurut saja turun kan..

so, kapten mu jenis santai.. untungla..

dapat kapten lantak mati.. kalau kapal mo karam di lautan.. terikut la jua ko karam.. melainkan ko ada bot kecil atau pelampung untuk selamatkan diri..

ada faham? :p

Nani said...

Nowriz: Haha! sangat faham. Yg nda best tu mula2 mau belayar sorg2 terus pg lautan dlm, suda karam baru minta bantuan sama kapal lain sbb dia tiada perahu kecil. Katanya, kapalnya tagap dan besar, mana mungkin buli karam. Mau2 nda mau menulung juga kita.

miya said...

mau juga aku bekawan, tp kwn2 suma lari ni..

laki lg la, selalu ejek.. "ko 2 teda kawan, kesian."

duii...

Nani said...

aku pun sama, kalau kawan lama lps kawin hampir semua netapuk. Deii, boring terus hidup. tiada sosialiti.