Monday, 3 October 2011

2 Jenis Isteri. Yg Mana Satu Pilihan Si Aki?

Hahaha!!!
Tiba2 ada nama si Aki kena bagi soalan...
Bah Aki nanti kau jawab dengan jujur. Jangan buhung ok?

Begini ceritanya Aki....

Isteri ada dua jenis... Satu suka jauh dari suaminya... Yang satu lagi nda bulih jauh dari suaminya.

Reason: Suka jauh dari suaminya.
Mungkin dia bosan. Kes ini berlaku kebanyakan bagi suami yang bekerja jauh dari kampung. Contoh di bandar2 la. Jadi ada isteri yang nda mau ikut si suami sebab, mgkn gaji suami tidaklah banyak sangat tapi dia mau tinggal rumah yang selesa. Macam aku, wpun gaji suami sikit ja tapi aku nda mau menyewa bilik, mau juga satu biji rumah..

Reason: Tidak boleh jauh dari suami.
Risau dengan keadaan suami jika isteri tinggal jauh. Nanti siapa mau masak? Siapa mau cuci kain bajunya? Takut dia sunyi dan mengurat awek lain (ini kes terpencil...).

Si Nani ni ialah isteri jenis yg kedua.
Baru 1 minggu aku balik kampung, hati aku sudah gundah-gulana.
Bila aku bercalling sama suami aku pertanyaan wajib "sudah makan? Nasi nda hangus ka? (sebab blm beli periuk karan). Apa lauk? Baju suda cuci? Rumah kemas juga?"
Lepas tu hari2 risaukan dia... Takut dia sunyi... Lelaki yang sudah beristeri kenapa harus bersunyi2 dalam kerelaan?

Aku balik kampung sebab bosan di rumah tapi lps 1 minggu, hati aku bagai dipanggil2 untuk pulang ke pangkuan suami... Mana mau cari isteri macam aku ni (ahaks!). Aki jangan kau muntah, nanti kau kena penyakit aneroksia.. So kepada suami ku, harap kau tau yang isteri mu ini tidak seperti isteri2 yang lain yang tergamak membiarkan suaminya berkelana berbulan2 juga bertahun2...

Nota Tangan :
Aku bawa cousin aku balik kk sbb suami dia pun keja sini. Dia tinggal di kampung sebab anak2nya sekolah suda. Sepatutnya kami balik hari ni (selasa) tapi aku tunda ke hari khamis sebab suami pun balik kampung, biar balik sama2 tapi cousin aku macam cacing kepanasan suda. Mau juga balik hari ni.... Dan dia mau aku pun balik hari ini. Hoi, kau tia tau ka aku ni isteri yang setia? Bukan macam kau!

Sekian saja entry untuk si Aki...

9 comments:

Aki said...

ha ha ha.. bukan isteri ja tu kak.. lelaki pun ada 2 jenis..

1. Yang suka jauh2..

2. Yang tia tahan jauh2..

biarpun si Aki sama si sumandak sudah 5 tahun Becinta dari jauh ja,susah betul mau bejumpa,tapi still,si Aki tetap yang nombor 2..

paham2 ja la.. si Aki ba ni.. he he he.. :p

Nani said...

cewah... ngam laitu hehe...

Izah Johan said...

aku jenis yang nda bulih jauh juga... RINDU!!! hahahahaha.... nk jugak menyebok kan....

abglan said...

Erm.. aku tak tau la yg jenis mana sbb tak try lagi berjauhan. Sekarang ni macam belangkas

nowriz said...

sy jenis yang setia.. sebenarnya sy nda kisah jauh ka dekat ka..

yalah kalau sudah tuntutan kerja & komitmen lain kan yang tidak dapat dielak2..

namun dari pengalaman yang menyiksakan lampau..

sy pilih la no.2.. & sy yakin si chentahati pun begitu.. kalau inda masakan dia sanggup pindah kerja ke KK kan.. :p

Nani said...

izah: semoga dpt psgn yg nda pyh bpisah jauh..

Nowriz: insya Allah, mudah2an. siksa baitu. gilakah? hehe

abglan: jgn cuba2 nanti merana hahaha!!

miya said...

mana2 sejja. hihi

miya said...

mana2 sejja. hihi

Nani said...

free size la kau ni miya? hehe