Saturday 15 October 2011

Anak Aku Hak Siapa

I am fening2 lalat mahu memenangi hati insan2 yang di sayangi. Hati kami suami isteri, mertua dan mama aku. Anak aku bertuah kerana ketiga2 pihak ini sangat mengambil berat akan kebajikannya sehingga aku sebagai ibu adakalanya tersepit.

Aku bukan menyalahkan sesiapa tapi semua pihak harus bertolak-ansur.

Masalahnya begini, mertua aku lebih suka Nadia membesar dalam suasana dorang sebab kami berbeza bangsa dan budayaMungkin juga ada unsur driskimansi di sini kerana bangsa kami selalunya di pandang rendah oleh keluarga suami. Dan aku boleh rasa usaha mertua supaya anak aku berada bersama mereka.

Yang aku nda berapa selesa, aku sebagai ibu seolah nda boleh buat keputusan apa yang terbaik untuk anak aku. mertua aku cuba untuk memutuskan apa yang dorang mau. Aku ada pendirian sendiri tapi ia bakal melukakan hati mertua ku kalau dorang kurang menghormatinya dan jangan aku pula dianggap menantu yang abaikan hati dorang. Suami juga seperti mihak pada ibubapanya tapi harap-harap ndalah jadi isu isu besar hingga kami pula yang begaduh nanti.

Normallah kalau anak kita lebih rapat dengan ibu kita sebab kita adalah anak perempuan ibu kita. Ipar aku sendiri juga tinggal bersama mertua aku dan sudah sama-sama membesarkan budake tu. So kenapa bila anak aku ada masalah bila dia bersama mama aku? Sebab itulah aku katakan ianya diskriminasi kaum. dorang nda mau anak aku membesar dengan cara kami tapi aku yakin dengan keputusan ini.

5 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Bincang sama suamimu Nani...

Apabila kita berkahwin, perlu untuk kita tinggal berasingan dengan famili kerana untuk membentuk nilai kekeluargaan mengikut cara kita dan suami... Mentua dan famili kita mungkin hanya boleh advise.. keputusan adalah pada kita...

Nani said...

Mgkn mcm x adil sbb thn dpn anak aku sekolah d kg bwh jagaan mama sbb aku nda rasa persekitaran di bandar sesuai utk anak aku. Dia lain, pintar, lincah maka dgn kelebihan itu biar dia membesar cara kampung. Aku nda mau dia jadi perempuan yg hilang sopan santun dan tiada sifat malu. 4 bln dia sekolah di kg mentua ku mulutnya sgt kurg ajar! Itu yg aku nda mau.

Anonymous said...

betul la bah tindakan ko tu Nani... adab, sopan dan ciri2 manusia berdisiplin itulah yang kita patut utamakan. jangan terpedaya dengan luaran semata2. aku sangat faham keadaanmu. sangat faham, sebab kita berada di perahu yang sama... cuma benda ni kena buktikan yg cara hidup kita adalah lebih baik..

Unknown said...

nani itu risikonya bila anak dijaga oleh orang lain (walaupun beliaumu atau mertuamu)

ko nda bulih kata bila mertua mu jaga anakmu jadi begini.. bila beliau mu jaga anakmu jadi begitu..
jadi bala besar tu..

jadi bincangla sm si panjang..

cari lah perkataan yg sesuai demi menjaga hubunganmu suami isteri & beliau & mertuamu.. :)

atau susah2.. suh ja si nadia sekolah di kk ba.. ko yang mengasuh.. depan mata mu juga dia membesar.. :)

Nani said...

Mariah: Insya Allah, ya kita memang dalam perahu yg sama.

Nowriz: nanti aku sambung di part 2