Tuesday 11 October 2011

Terlewatkah Aku Mengagumi Oprah Winfrey?

Tahun2 sebelum aku mungkin aku tau siapa Oprah atau hanya pernah dengar namanya tapi aku nda pernah tau siapa manusia ini sehinggalah kebelakangan ini aku selalu menonton talk shownya.

Pertama, aku begitu minat menonton setiap episod bual bicara ini kerana topik2 yang diketengahkan sangat memberi inspirasi, mengubah persepsi dan setiap kali menonton kita akan dapat pengalaman baru.

Kedua, tetamu Oprah. Dia bukan hanya mengundang celebriti terkenal dan ahli politik tapi orang2 biasa. Macam2 pengalaman dari tetamu yang berbeza2 dipaparkan.

Ketiga, selepas mungin 2 bulan suda aku boleh dikatakan hari2 menonton Oprah Winfrey Show, aku semakin kagum dengan cara Oprah menemubual. Santai dan tidak formal walaupun dia sedang menemubual ahli politik. Dan jika kisah2 peribadi pula yang dibawa oleh tetamu, perbualan itu sangat mesra dan menyentuh hati sehingga aku rasa mereka bukan berbual depan kamera tapi mereka berbual secara peribadi. Cara Oprah menemubual membuatkan tetamu ikhlas berkongsi dan tidak berselindung dengan apa yang dia cuba kongsikan.

Siapakah Oprah?
Sebenarnya Oprah hanya budak kampung dan hodoh pada waktu kecil dan awal remajanya. Pernah menjadi mangsa rogol dan kematian bayi pra matang/keguguran. Tidak pernah berkahwin dan pada usia 50an dia ada seorang teman lelaki yg aku lupa namanya.

Oprah memulakan kerjaya sebagai pembaca berita pada usia 19, kemudian wartawan pada awal 20an kemudian beliau memulakan rancangan Oprah Winfrey Show pada usia 23 tahun jika x silap. Hanya dalam masa 3 tahun talk show Oprah terkenal di seluruh dunia dan mempunyai rating sangat tinggi sehingga menjadikan beliau antara jutawan terpenting di Amerika.

Oprah sangat berpengaruh sehingga masa lembu diserang penyakit dan beliau membuka topik utk itu dan beliau berkata "saya takkan makan daging lembu lagi" pasaran daging lembu telah merosot beberapa peratus. Oprah disaman berikutan insiden itu tetapi Oprah telah memenangi kes. Pendek kata, apa yg Oprah suka dan tidak suka akan mempengaruhi dunia.

Dan satu fakta yang sangat menakjubkan, wanita ini sangat kaya ok. Dia boleh memberi beratus buah kereta untuk penonton yg datang ke studio seolah kereta itu hanya senilai dgn kereta mainan. Bayangkan! Tapi aku masih mencari apa kekuatan dia sebenar sehingga berjaya sedemikian rupa sebab ramai juga org yg berjaya tapi Oprah lain. Sgt lain. Itu yg aku suka tentang Oprah. DIA MEMANG LAIN.

12 comments:

Unknown said...

ya.. aku pun peminat talk show oprah.. kalau ko minat oprah.. aku rekomen ko tengok talk show rachel ray.. itu pun best juga..

Aki said...

dia kaya sebab dia lain tu kak.. :-p

Piweet said...

tngok jgak talk show dia...mmg best=)

Anonymous said...

Ming: rachel tu chanel apa pulak?
Aki: yabah.
Piweet: mau tgk episod yg lama pula nanti.

Nanialing

A.s.t.i.n.a said...

tiada pernah terlewat apapun...


lalinkk baru mo start balik blogging ni.. huahua

Anonymous said...

aku bersyukur kerana menjadi penonton rancangan oprah sejak di bangku sekolah. sedikit demi sedikit, dia adalah salah seorang pemberi suntikan semangat kepada aku untuk membawa haluan sendiri untuk belakar sampai ke peringkat lebih tinggi dan tidak pernah menghiraukan kata2 orang yg suka menjatuhkan orang (budaya biasa orang kita).

oprah juga mengajar aku untuk berfikiran terbuka dan berani bersuara dan memberikan pendapat walaupun di hadapan perdana menteri.

hebat kan peranan dia? salute!

Nani said...

Mariah kau ada ciri2 mcm Oprah. Bagus kau buat talk show la, nanti aku jadi asistant kau.. Siapa tau, sbb Malaysia perlukan rancangan begitu di sini.

Anonymous said...

jauh sangat bah aku dgn oprah huhuhu kalau buat talk show memang aku tidak nampak benda tu di malaysia lagi. tapi kalau buat buku tu memang dalam proses... tapi perlu beberapa tahun lagi utk siapkan sebab prosesnya agak panjang, aku perlu tengok hasil dari perkahwinan campur aku sendiri. pangalaman dari hidup sendiri...

Nani said...

Kau mau tulis psl rumahtangga ka mariah?

LM the Traveler said...

perbezaan budaya, stereotype... dari stage awal sampai bkeluarga. penerimaan... mcm2 la..masi dlm stage awal di mana halatuju. aku tidak focus dlm 1 hal saja sebab lebih baik tulis ikut keadaan...

Nani said...

Ya aku pun rasa mau tulis sesuatu juga tapi mcm kau juga masih menunggu perjalanan seterusnya dan menunggu hasil/keputusannya. Yg ni pun ada kaitan dgn rmhtga tp dia lbh fokus pada diri org tu. Klu mau tulis ttg pengalaman, mkn lama sikit. Sbb kita kena bgtau apa isu utama, konflik2, penyelesaian/penamatan, berjaya/tidak dan akhirnya apa yg kita belajar dr semua tu. Itu yg sbnrnya aku mau kongsi dgn org bila kisah itu berakhir.

Anonymous said...

gday blognanialing.blogspot.com owner discovered your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your website http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer search engine rank optimization seo works backlinks backlink solutions Take care. Jay